Upload
zaujah-faeiz
View
313
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU
PENGAJIAN ASAS
MODUL 1/3
UNIT 1 : Guru dan Pengurusan Diri
TAJUK 1
Latihan 1.1.1
Adakah anda tahu tentang latar belakang sosio-sejarah diri anda? Buat catatan untuk
berkongsi maklumat sewaktu sesi tutorial.
Asal usul keturunan
- Asal Ibu : Pahang
- Asal Bapa : Kelantan
Lokasi tempat tinggal
- Sungai Lui N.Sembilan
Agama dan adat resam
- Islam
- Melayu : sedikit sebanyak masih tertakluk kepada adat resam Melayu tradisi.
Pekerjaan dan punca pendapatan
- Diri sendiri : Guru
- Bapa : Pemandu Lori
- Ibu : Surirumah
Bahasa dan amalan komunikasi
- Bahasa Melayu
- Dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan.
Amalan dan subbudaya keluarga
- tertakluk kepada pegangan agama yang kuat serta nilai tradisi lama. Justeru, segala aspek
kehidupan seperti pergaulan, pakaian dan pekerjaan berdasarkan nilai-nilai syariat Islam.
Dilahirkan dalam keluarga yang agak serba kekurangan lantaran hanya bapa yang bekerja di
samping bilangan adik beradik yang ramai, justeru sikap berdikari dan bertangungjawab
perlu dipupuk dalam diri. misalnya perlu menanggung persekolahan adik-adik.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga tidak bolah diabaikan : contoh saguhati bulanan
apabila pulang ke kampung setiap bulan.
Sistem peraturan dan hukuman
- Ibu dan bapa menjadi hakim dan penentu hukuman. Namun, anak – anak diberikan
kebebasan untuk menentukan pilihan sendiri selepas membuat pertimbangan antara baik dan
buruk. Rasa hormat dan patuh pada pandangan dan peraturan yang ditetapkan menjadi dasar
kepada perlakuan setiap ahli keluarga
Latihan 1.1.2: Definisi Kepercayaan
Apakah yang anda faham tentang kepercayaan?
Definisi kepercayaan menurut WIKIPEDIA secara umumnya bermaksud akuan akan
benarnya terhadap pekara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu
pekara itu akan disertai oleh perasaan pasti terhadap pekara yang berkenaan. Kepercayaan
dalam konteks psikologi bermakna satu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala konteks agama, kepercayaan
adalah sebahagian daripada batu asas bangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan
dikenali sebagai akidah.
Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak,
kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang
individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan
mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.
Latihan 1.1.3
Seterusnya, cuba anda fikirkan bagaimana proses sosialisasi di sekolah anda dan
peranan media massa mempengaruhi diri anda. Simpan catatan dan nota anda untuk
perbincangan semasa sesi tutorial.
Proses sosialisasi adalah satu proses interaksi antara manusia. Ia juga merupakan
proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Ia terbahagi kepada dua iaitu verbal dan
nonverbal. Di sekolah proses ini berlaku sepanjang masa dalam semua aktiviti contohnya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mesyuarat, taklimat dan sebagainya. Kerja
berkumpulan akan menggalakkan lagi proses ini di kalangan murid. Hubungan yang baik
akan memudahkan lagi proses ini berlaku dalam suasana harmonis, dipenuhi dengan
kesabaran, kesopanan dan saling hormati menghormati antara satu sama lain. Sosialisasi
mendatangkan pengaruh ke atas sahsiah. Media massa adalah satu alat penyebaran maklumat
yang berbentuk elektronik dan media cetak. Contohnya televisyen, radio, surat khabar,
majalah dan banyak lagi. Peranan Media Massa amat penting dalam mempengaruhi proses
sosialisasi di sekolah. Media massa merupakan sumber ilmu saya. Di antara peranan media
massa yang mempengaruhi diri saya ialah:
a. Sebagai agen penambah ilmu pengetahuan
b. Sebagai agen pengaruh pemikiran
c. Sebagai agen memberi dan menyalurkan maklumat atau informasi yang terkini
d. Sebagai agen mengubah persepsi saya dalam sesuatu perkara melalui
pemerhatian dan pengalaman.
Peranan media massa banyak mempengaruhi diri saya terutama dalam komunikasi,
sikap (keterbukaan) cara berfikir dan penampilan. Media massa juga mempengaruhi cara
pergaulan dan minat saya. Secara ringkasnya peranan media massa banyak mempengaruhi
saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti :
1. Dalam kemahiran mengajar
2. Dalam kemahiran berkomunikasi secara lisan bukan lisan
3. Dalam kemahiran menjalinkan sesama manusia
4. Dalam kemahiran menggunakan computer sebagai media
5. Dalam kemahiran membuat kajian pendidikan
6. Dalam kemahiran menyediakan bahan P&P
7. Dalam kemahiran kemudahcaraan
8. Dalam kemahiran menangani masalah dan cabaran
9. Dalam kemahiran berusaha ke arah pembangunan kendiri
Apa yang perolehi dari pengetahuan membuatkan saya dapat menerima dan mengakui
kelemahan diri sendiri dan seterusnya belajar daripada kesilapan dan memperbaikinya. Segala
ilmu pengetahuan yang saya perolehi melalui media massa akan aplikasikan dalam kehidupan
sebagai guru. Media massa dapat membantu saya melancarkan dan menyempurnakan lagi
tugas seharian.
Latihan 1.1.4
Senaraikan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembentukan sikap dalam nota
anda.
1. Faktor rakan sebaya – pergaulan dengan rakan sebaya amat kuat mempengaruhi
pembentukan sikap seseorang individu. Pengaruh ini amat besar kesannya terutama
kepada para remaja. Jika baik sikap rakan sebaya yangdigaulinya maka positiflah
sikapnya dan sebaliknya.
2. Faktor pendidikan – faktor ini lebih memfokuskan pendidikan awal yang diterima oleh
seseorang. Jika pendidikan yang sempurna berterusan diberikan oleh keluarga, maka
pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan tersebut.
3. Faktor persekitaran – faktor ini amat luas skopnya termasuklah keluarga,kebudayaan,
pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan masyarakat. Walaubagaimanapun,
persekitaran yang baik dan hamornis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan
sebaliknya.
4. Faktor Pengalaman - Pengalaman hidup dan kerja seseorang juga dapat mempengaruhi
sikapnya, sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif. Seseorang yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang perguruan tentunya lebih memahami dan mudah
beradaptasi dengan mana-mana sekolah di mana dia ditugaskan berbanding dengan guru
yang masih lagi ‘mentah’ di dalam bidang ini.
Latihan 1.2.1
Tulis esei 300 patah perkataan berpandukan soalan-soalan di bawah:
Apakah kaitan guru dengan etiket sosial?
Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku,
budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut
kesesuaian semasa berinteraksi sesuatu majlis rasmi dan pergaulan sehariannya. Guru adalah
agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat.
Etiket sosial adalah untuk :
Kemahiran guru dalam etiket sosial merapatkan hubungan guru dengan pelbagai lapisan
mesyarakat dan seterusnya memudahkan lagi tugas seorang guru dalam meraih jalinan
kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untuk mempertingkatkan pengetahuan
berkenaan prinsip-prinsip asas teori dan amalan dalam Tatacara Majlis Sosial Etika dan
Pengurusan Diri perlu dipraktikkan kerana ianya :
1. Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etika sosial dan personaliti
seorang guru.
2. Memberi lebih berkeyakinan dan bersikap positif terhadap gaya personaliti seorang
guru.
3. Dapat menerapkan nilai-nilai unggul di kalangan Penjawat Awam selaras
dengankeperluan Sektor Awam, Negara di alaf baru.
Sebagai seorang guru, kita mestilah melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran kerana guru akan menjadi idola kepada anak-anak muridnya serta mesyarakat.
Perlukah guru mengamalkan etiket sosial ?
Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu menguasai etiket
sosial. Guru yang mengamalkan etiket sosial merupakan platform untuk dirinya dalam
menyesuaikan diri dalam apajua keadaan yang dihadapinya. Guru merupakan orang yang
banyak berhadapan dengan situasi bersosial sama ada secara formal atau tidak formal. Guru
adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana dia berada. Segala tindak
tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajiban
bagi guru-guru mengamalkan etiket sosial untuk melengkapkan profession perguruan.
TAJUK 2
Latihan 2.1.1
Kuiz penilaian kecerdasan emosi kendiri.
Ya, saya menyedari kecekapan saya secara objektif.
TAJUK 3
Latihan 3.1.1
Sebagai persediaaan awal ,cuba anda berikan jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan. Gunakanlah pengetahuan dan pengalaman yang anda miliki untuk
menyatakan kefahaman anda. Anda juga digalakkan untuk merujuk buku-buku yang
disenaraikan bagi tajuk ini.
a.Apakah tugas seorang guru?
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan ke-
berkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran perib-
adi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak.
Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan
kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati
antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk
dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-
terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar
lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara
professional dan kreatif. Guru adalah pencorak utama dalam warna kehidupan seseorang
manusia. Jika putih warnanya maka baiklah masa depan dan sebaliknya.
Tugas seorang guru bukanlah semudah yang difikirkan oleh sesetengah orang. Tugas
seorang guru amatbesar dan berat dilaksanakan. Bak kata pepatah ‘ berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul.’ Secara ringkasnya tugas dan tanggungjawab seorang guru da-
pat dihuraikan seperti berikut:
1. Sebagai pendidik dan pembimbing
2. Sebagai pengajar
3. Sebagai pengamal ilmu
4. Sebagai pendisplin
5. Sebagai kaunselor
6. Sebagai ahli kaedah penilai
7. Sebagai agen sosialisasi
8. Sebagai agen perubahan
Di sini akan dihuraikan secara terperinci mengenai tugas dan yanggungjawab seorang in-
san bergelar guru.. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang menga-
malkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus
sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.
Etika perguruan belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai
kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara
perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati
oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Allah
1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah
di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan
harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan
berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya den-
gan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Diri
1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal,
emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari
segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ilmu
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkai-
tan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spiritualiti
Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat
manusia sejagat.
Tugas dan Tanggungjawab terhadap Profesion
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai ter-
hadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya.
5. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti ke-
pentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
6. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira
bangsa, agama atau kepercayaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
9. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajarnya
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
10. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan me-
mandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan rohani.
11. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai
diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
12. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
13. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat awam atau Negara dan haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap
para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat se-
tia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pela-
jaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti seko-
lah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap
para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau
ahli- ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-
cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan na-
manya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-
hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan con-
toh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata mata
pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan danmeng-
hadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat
1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa,
atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan ke-
pentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan mem-
bimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya per-
bezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggung-
jawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebu-
dayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan men-
jalani kehidupan harian dengan baik.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pen-
didikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah-
tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa ke-
cuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan meng-
gunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Mengapakah guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa?
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pemban-
gunan negara bergerak dengan rancak. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan men-
galami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-
teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak
cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembe-
lajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah
bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi
yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu
dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai
pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pe-
mangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan
ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pen-
didikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu
tersebut.
Keupayaan kita untuk membentuk satu wawasan yang jelas tentang pendidikan nilai
dan moral banyak bergantung pada kebolehan kita untuk befungsi sebagai agen yang adaptif,
iaitu guru yang mempunyai daya kebolehubahsuaian diri yang tinggi. Bagaimanapun, untuk
menjadi agen adaptif dalam konteks bilik darjah, guru perlu mempunyai pengetahuan yang
meluas dan mendalam tentang nilai, pedagogi, dan psikologi pembelajaran. Dengan perkataan
lain, sebarang usaha untuk membuat reformasi terhadap pendidikan nilai di sekolah akan
membabitkan satu usaha adaptif daripada apa yang kita boleh laksanakan kepada apa yang
kita perlu laksanakan.
Konsep perlu laksanakan mengimplikasikan bahawa pengetahuan para guru tentang
nilai dan pengajaran nilai adalah bersifat futuristik. Tanpa pengetahuan seperti itu, proses
adaptasi akan menjadi amat terbatas atau mungkin tidak dapat dilaksanakan. Ringkasnya,
adaptasi tidak akan menjadi satu realiti sekiranya kita tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang nilai dan pendidikan nilai.
Guru sebenarnya adalah agen perancang kepada pembangunan manusia dan pe-
mangkin kepada kecemerlangan bangsa dalam semua bidang. Tanpa guru tidak mungkin kita
dapat mencapai tahap yang kita nikmati kehidupan sekarang ini. Tugas sebagai seorang guru
banyak cabarannya. Setiap guru perlu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal. Guru
dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa kerana melihat kepada tanggungjawab-
nya terhadap Masyarakat dan Negara iaitu :
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pen-
didikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan
dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan harian dengan baik.
Guru bertanggungjawab dalam melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang kemahi-
ran yang akan disalurkan kepada jutaan manusia di institusi pendidikan dari peringkat rendah
ke peringkat yang tertinggi dan terbilang pada masa yang akan datang. Oleh itu guru
dikatakan sebagai arkitek pembangunan Negara Bangsa kerana guru mempunyai pelbagai
ilmu, kepakaran dan kemahiran yang akan disalurkan kepada jutaan manusia di institusi pen-
didikan dari peringkat rendah ke peringkat yang tertinggi.
Apakah yang anda faham dengan insan guru yang seimbang ?
Guru yang mempunyai budi pekerti yang mulia dan mempunyai ilmu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan dan kesepaduan dalam
aspek keilmuan, kerohanian, kemahiran disertai rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa
dan negara akan membawa bangsa dan negara ke mercu kecemerlangan dan kejayaan. Guru
yang seimbang perlu mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
1.Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenar membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan
Falsafah Pendidikan Negara menegaskan tentang keperluan setiap pelajar untuk
menerima pendidikan yang bersepadu, dimana potensi pelajar yang membabitkan semua as-
pek kehidupannya seperti aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial, dan rohani dikembangkan ke
tahap yang optimum. Jadi, fungsi pendidikan formal pada peringkat rendah dan menengah
adalah bukan sahaja perlu bertumpu kepada perkembangan kognitif (aspek akademik), tetapi
yang lebih utama ialah ianya perlu bertumpu kepada aspek pertumbuhan, perkembangan, dan
pembangunan keseluruhan diri (misalnya, gabungan jasmani dan rohani) setiap pelajar. Insan
guru seimbang adalah guru yang mengamalkan dan mengaplikasikan Falsafah Pendidikan
Negara.
Mampukah anda menjadi guru yang diharapkan oleh Negara?
Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai satu proses yang mempunyai pengaruh yang kuat ter-
hadap nilai dan gaya hidup seseorang warganegara, dan ianya dianggap sebagai satu
mekanisme yang penting bagi pembangunan individu, masyarakat, dan negara. Pendidikan,
khususnya pendidikan nilai yang selaras dengan ajaran agama (misalnya, pendidikan nilai
yang berdasarkan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan) telah wujud begitu lama se-
belum pendidikan formal bermula di negara ini, dan ianya terus mempunyai tempat yang is-
timewa sehingga hari ini walaupun kebelakangan ini, kedudukan itu dicabar dengan hebat
oleh amalan hidup yang bebas lepas. Namun inilah cabaran yang harus dihadapi oleh setiap
guru di Malaysia. Saya menceburi profesion perguruan kerana cita-cita sejak dari bangku
sekolah. Untuk merealisasikan aspirasi negara bukanlah satu tugas yang mudah tapi tidak
mustahil dilaksanakan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berpadu tenaga. Bak kata
pepatah ‘hendak seribu daya tak nak seribu dalih’. Berjuang sehingga terhenti nafas. Matla-
mat negara adalah satu tangungjawab yang wajib dilaksanakan. Saya
percaya bahawa dengan ilmu pengetahuan, pengalaman yang ada serta kerjasama daripada se-
mua pihak, saya mampu menjadi guru yang diharapkan oleh Negara. Masa depan negara ter-
letak di tangan guru. Untuk menjadi guru yang diidamkan oleh negara,Falsafah Pendidikan
Guru adalah menjadi rujukan dan matlamat saya untuk memenuhi aspirasi negara iaitu:
“Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung
aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisplin”
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung-
jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseo-
rangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Latihan 3.2.1
Ungkapan insan guru yang seimbang
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ula-
mak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan
kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati
antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Insan membawa makna seseorang
manusia yang mempunyai darjat dan kemuliaan yang tinggi sisi Allah dan disanjung tinggi
oleh masyarakat. Guru membawa maksud orang yang bertanggungjawab mendidik bangsanya
ke arah kesempurnaan pendidikan rohani dan jasmani.
Istilah seimbang membawa merujuk penekanan yang sama diberi kepada pembangu-
nan mental, rohani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Guru insane seimbang merupakan
seorang individu yang bertanggungjawab, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak tinggi,
kepercayaan kepada Tuhan, berjiwa tenteram, berbadan sihat dan cergas serta sedia beker-
jasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk
dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-
terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar
lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara
professional dan kreatif. Dia juga berusaha untuk memajukan bangsa dan negara serta mem-
punyai ketahanan diri untuk menangani pelbagai jenis cabaran hidup. Guru tersebut juga
mesti amanah dan sanggup berkorban untuk pembangunan, kesejahteraan dan kejayaan
bangsa dan Negara.
Latihan 3.2.2
Senarai ciri-ciri guru progresif dan saintifik.
Guru yang progresif dan saintifik adalah guru yang diidamkan oleh semua pihak bagi
mengisi keperluan pendidikan negara. Guru yang futuristik akan sentiasa menokok tambah il-
munya dengan membaca dan menghadiri seminar atau bengkel. Dengan itu, guru tersebut
sentiasa menyedari perkembangan baru dalam dunia pendidikan dan dapat memanikan per-
anan sebagai inovator.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion kegu-
ruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil
sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan
guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Di antara guru-guru yang
progresif dan saintifik secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1. sentiasa bergerak dan maju ke depan
2. berpandangan jauh dan berpengetahuan luas dalam pendidikan
3. sentiasa menggunakan teknologi dan memperkayakannya dalam pendidikan
4. menjadi penyumbang kepada ketamadunan teknologi
5. sentiasa menjunjung aspirasi Negara
6. peka terhadap perubahan persekitaran dan peredaran zaman bidang pendidikan senti-
asa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman.
Perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta
globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat
menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembela-
jaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan respon-
sive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa
kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komu-
nikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pen-
didikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi
info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga
untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai
melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pemban-
gunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk mem-
bangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor
(MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal
yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan
sebagai satu kurikulum di sekolah.
Dalam Wawasan 2020 telah dinyatakan bahawa menjelang 2020 negara akan
melahirkan satu masyarakat yang bertunjangkan sains dan teknologi sebagai asas utama
dalam kehidupan selari dengan keperluan dunia masa kini. Cabaran tersebut adalah cabaran
Wawasan 2020 yang ke enam iaitu:
“Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif
dan sentiasa ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi
tetapi juga penyumbang utama kepada tamadun, sains dan teknologi pada masa
hadapan ”
Latihan 3.3.1
Lima prinsip etika kerja.
1. Niat yang betul – mempunyai nawaitu yang ikhlas amanah, jujur dan bertanggungjawab
agama dan tugas yang dilaksanakan.
2. Perlakuan yang baik – mempunyai budi pekerti yang luhur dan peribadi yang mulia
dalam diri dan mampu menyalurkan dalam masyarakatnya.
3. Penggerak ke arah kebaikan – sentiasa berusaha memajukan diri dan melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kese-
jahteraan bangsa kearah kejayaan untuk dunia dan kebahagiaan di akhirat.
4. Mengotakan yang dikota – tidak pernah bersikap hipokrit, apa yang telah diikrarkan dan
diamanahkan merupakan satu kewajipan yang harus dilaksanakan dengan sempurna dan
jayanya.
5. Berdisplin dan beradap – sentiasa berdisplin dan peraturan menjadi garis panduan dalam
menjalankan proses pendidikan. Mempunyai daya ketahanan dan kawalan diri yang baik dan
mempunyai jalinan perhubungan yang baik dalam masyarakat.
Latihan 3.7.1
Jika guru mengamalkan semua nilai utama, objektif Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat dijadikan
kenyataan.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami satu anjakan paradigma baru dalam
usaha melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan dengan jayanya. Un-
tuk mencapai hasrat murni ini, pengemblengan tenaga daripada semua pihak amat diperlukan.
Dalam masa yang sama, semua guru mestilah mengamalkan nilai-nilai utama dalam etika
kerja yang telah ditetapkan. Jika nilai ini yang menjadi pegangan guru-guru, tidak mustahil
hasrat murni kerajaan Malaysia akan menjadi kenyataan.
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan Negara mele-
takkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian
khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengikti-
rafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang
serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampa-
ian ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi menga-
malkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat
bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu,
masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini
haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk
melahirkan satu
bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu
bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar
yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat
hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan
pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.
Kementerian Pendidikan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia se-
bagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan bagi memenuhi wawasan menjadikan pendidikan di
Malaysia bertaraf dunia (JPS: 2001). Data semasa telah menunjukkan peningkatan jumlah
pelajar antarabangsa mendapatkan pendidikan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2002, bilangan
pelajar antarabangsa di IPTS Malaysia mencapai 22,827 orang, iaitu peningkatan sebanyak
69.4% berbanding dengan tahun 2001 seramai 13,475 orang (JPS: 2003). Tahun 2000 bukan
sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama meng-
gabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam
bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta ke-
mampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario bela-
jar yang lebih menyeronokkan.
Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-
guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah mengimplementasikannya.
Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran
serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran begitu juga dalam
amalan di bilik darjah:
“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma
dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable kepada
yang lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggu-
nakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable”
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas hati
dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih giat lagi serta
sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai ilmu.Guru seharunya
lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja pe-
rubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akhibat daripada perkembangan teknologi dan
perledakan maklumat.
Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser,
989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru ter-
hadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hen-
dak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pela-
jarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses penga-
jaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan penga-
jaranya dengan bantuan bahan atau media. Perkembangan teknologi telah dapat mempelba-
gaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat
di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi ker-
tas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan ter-
dapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan
media elektronik seperti radio, TV, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir den-
gan ada teknologi maklumat seperti telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang mul-
timedia. Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia
hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi ke-
san yang positif dalam proses pembelajaran.
Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap seba-
gai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan system penyampa-
ian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan.
Sekolah Bestari
Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf
baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, social dan budaya masa kini.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan dapat menggabung
serta memberi penekanan terhadap:
1. Pembelajaran berbudaya fikir
2. Pemusatan kepada pelajar
3. Penggunaan pelbagai media secara bijak
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
5. Pengurusan persekolahan yang efektif
Usaha ini adalah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih
bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the
stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran
secara lebih berkesan .
“…… delivers education in a dramatically better
way to significantly enhance the achievement
of the goals of the National Philosophy of Education,
utilizing technology as the enabler,
and supported by appropriate people, skills, policies and
processes. It uses information to select and
implement effective tools and practices accompanied
by necessary organizational support and
continous professional development”
(Smart School task Force, May 1997)
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam
proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran guru
yang bersifat ‘pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara
menyeluruh dan seimbang.
2. Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang
tepat merentasi kurikulum
3. Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit
bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan
pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi tahun dan tingkatan
4. Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era mak-
lumat.
Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti:
1. Pendekatan berfokuskan pelajar
2. Pendekatan berfokuskan pembelajaran
3. Pendekatan berpusatkan pemikiran
4. Pendekatan berorientasikan proses
Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat :
1. Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
2. Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
3. Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)
Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharus-
nyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan
berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan
ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam
sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan
koperatif dalam menyelesaikannya, mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih
banyak berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sum-
ber yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai
hasilan pembelajaran.
Nilai-Nilai Utama Dalam Etika Kerja
Rumu-
san
Secara
tuntas-
nya,
hasrat
negara
untuk
menca-
pai Pen-
didikan
Bertaraf
Dunia
akan terlaksana jika semua guru di Malaysia mengamalkan sepenuhnya nilai-nilai utama
dalam etika kerja. Pendidikan di alaf baru juga hasil daripada perledakan dan perkembangan
teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru di bilik
darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai
ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan
bermakna.
Latihan 3.8.1
Bolehkah guru dikategorikan sebagai golongan yang professional ?
Apakah yang anda faham mengenai konsep guru yang professional ?
Guru boleh dikategorikan sebagai golongan profesional kerana sikapnya yang-
berdedikasi tinggi, sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan persekitanan, sentiasa
bersikap positif dan terbuka, berkeupayaan memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara.
Tugas seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran serta mempunyai peribadi
dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikanyang dibentuk mestilah mempunyai
kualiti. Di samping itu, tugas guru menuntut banyak kesabaran dan kesungguhan dalam
melaksanakan tugas tanggungjawab yang jitu dan tinggi.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk
dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-
terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar
lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara
professional dan kreatif.
‘Konsep guru yang profesional’ adalah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang guru
bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan. Bagi menjalankan tugas dengan
cekap, guru hendaklah berupaya pelajaran yang menarik, bermakna serta menyeronokkan
murid-murid.
Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang gurumesti-
lah memperolehi beberapa kemahiran keguruan seperti:
1. Kemahiran belajar
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran merancang
4. Kemahiran menyediakan bahan pengaaran pembelajaran
5. Kemahiran mengajar
6. Kemahiran mengurus
7. Kemahiran menilai
8. Kemahiran membuat kajian
9. Kemahiran berkomunikasi
10. Kemahiran mengendalikan aktiviti luar
11. Kemahiran menjalinkan hubungan sesama manusia
12. Kemahiran menangani cabaran atau masalah dan sentiasa berusaha ke arah
perbangunan kendiri
Latihan 3.8.3
Ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seseorang guru
Personaliti adalah sebenarnya merujuk kepada psikologi seseorang individu secara ke-
seluruhan. Ini merangkumi perangai, kecergasan, sentiment, sikap, minat, kepercayaan, cita-
cita dan nilai-nilai. Menurut Kagan, J, dan Segal, J. (1988) menakrifkan personality sebagai
corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa, tingkah
laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. Guru adalah idola kepada masyarakat. Oleh
itu guru-guru hendaklah mempunyai personaliti yang baik dan unggul untuk dipamerkan dan
seterusnya diikuti oleh masyarakat. Di antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru da-
pat huraikan seperti berikut:
1. Mempunyai ilmu untuk keperluan semasa di dunia dan ilmu tuntutan untuk akhirat.
2. Berbudi pekerti dan berakhlak mulia.
3. Mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan.
4. Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membangunkan anak bangsa.
5. Sentiasa bergerak maju ke hadapan.
6. Bijak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
7. Mempunyai kemahiran untuk menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat.
8. Sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan persekitaran.
9. Sabar dan tabah menghadapi cabaran yang dialami.
Dalam dunia yang sedang mengalami ledakan pengetahuan dan perkembangan sains
dan teknologi yang pesat, guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah ilmu penge-
tahuan dan kemahiran. Zaman ini banyak menuntut para guru agar dapat menampungi
keperluan dalam bidang pendidikan. Guru yang bersikap profesional akan menjamin kese-
jahteraan dan dapat melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada
masa yang akan datang. Guru-guru yang profesional hendaklah mempunyai ciri-ciri
seperti berikut:
1. Mempunyai kuasa pakar dalam perbagai kemahiran.
2. Mempunyai kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap dan berke-
san.
3. Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan membuat keputusan dengan
bijak.
4. Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelajaran atau maklumat dengan
5. Mempunyai komitmen dan kesungguhan yang kuat untuk mendidik anak bangsa.
6. Mempunyai kemahiran untuk membuat sebarang penilaian dengan tepat dan benar.
7. Mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan pembe-
lajaran.
8. Mempunyai kemahiran untuk mengguna teknologi dan menjadi penyumbang kepada
kemajuan dan pengkayaan sains dan teknologi.
9. Mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran dan mampu membuat perubahan
ke arah yang positif.
Sebagai seorang guru yang profesional, guru tersebut mestilah mempunyai tanggung-
jawab dan komitmen yang tinggi terhadap bidang profesion perguruan. Di antara tanggung-
jawabnya termasuklah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai ter-
hadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para
pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,
persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira
bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal kelu-
arga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan me-
mandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta
dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai
diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pela-
jaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap
para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau
ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-
cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan na-
manya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Latihan 4.1.1
Adakah anda mempunyai idea-idea lain untuk ditambah kepada senarai di atas?.
i) membuat penilaian terhadap sebelum dan selepas perubahan berlaku
ii) perubahan berlaku secara evolusi ( beransur-ansur )
iii) kesan yang berlaku selepas membuat perubahan, jika kesan itu tidak
mendatangkan kebaikan kepada kehidupan, lakukan perubahan lain yang
dirasakan perlu.
Latihan 4.4.2
(a) Perubahan yang saya telah alami atau telah berlaku pada diri saya sejak lima tahun
lepas.
Perubahan dari segi tanggungjawab iaitu bertambahnya rasa tanggungjawab terhadap
usaha untuk meningkatkan tahap pembangunan dan kemajuan masyarakat.
Perubahan dalam pentadbiran atau pengurusan kehidupan. Jika lima tahun yang lepas,
saya kurang mempunyai pengalaman tetapi sekarang pengalaman saya bertambah
dengan penghijrahan hidup. Berhijrah ke arah yang lebih positif.
Perubahan dari segi pengurusan kewangan. Perbelanjaan kini lebih terancang kerana
banyak yang perlu dibiayai sendiri.
Perubahan kerjaya dari daripada kerjaya sementara kepada kerjaya tetap dan terjamin.
(b) Tandakan ( o ) dalam petak yang tersenarai di bawah
· Kenal pasti perkara yang saya dapat ubah.
· Kenal pasti pilihan-pilihan saya untuk berubah.
· Saya mewujudkan satu sistem sekongan apabila saya hendak berubah.
· Saya menilai sikap kendiri.
· Saya bersikap luwes
· Sebelum berubah saya melihat perspektif tentang perkara yang perlu diubah
· Berusaha mencapai keseimbangan supaya tidak mengganggu pihak lain apabila saya
berubah.
· Mendapat pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dalam membuat se-
barang perubahan.
· Bersedia melakukan penghijrahan yang difikirkan perlu untuk berubah.
· Kenal pasti tanggungjawab yang memerlukan perhatian yang lebih dalam membuat
perubahan diri.
Latihan 4.5.1 :
Mengenal pasti jurang perbezaan persekitaran P&P
Lengkapkan pengurusan grafik pada Tajuk 4 Lampiran 2 untuk menonjolkan jurang
perbezaan antara persekitaran P&P konvensional dengan yang mutakhir, serta ke-
samaannya.
Dengan merujuk Tajuk 4 Lampiran 2, bandingbezakan persekitaran bilik darjah
tradisional dengan yang mutakhir. Cadangkan persekitaran P & P yang kondusif
mengikut perspektif murid.
Persekitaran bilik darjah adalah satu perkara yang penting bagi pembelajaran sebab ia
boleh menggalakkan atau menghalangi pembelajaran. Persekitaran dan suasana bilik darjah
yang teratur merupakan kesan yang baik kepada pembelajaran. Menurut Marlind(1975)
persekitaran dan suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
dalam pengajaran. Persekitaran ini boleh memberi sumbangan dari segi
kawalan,pembelajaran,perhubungan guru dan murid juga di antara murid dengan murid dan
keseronokan bekerja bersama-sama.
Bilik darjah tradisional
Sebelum kita mencapai kemerdekaan, bilik darjah tradisional sering digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran. Di dalam bilik darjah trdisionl susunan kerusi daan meja
disusun mengikut baris demi baris. Murid-murid pula duduk secara sebelah menyebelah.
Susunan fizikal ini adalah hanya berpusat kepada guru sahaja iaitu penglibatan murid-murid
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak digalakkan.
Rajah 1.1:Susunan bilik darjah tradisi
Susunan ini agak rigid serta tidak menggalakkan interaksi di antara guru dan murid
serta murid dan murid. Dengan ini suasana sosial dan emosi tidak begitu sihat. Sebahagian
murid merupakan individu yang pasif sahaja. Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil
kerja murid atau bahan Pengajaran dan pembelajaran.Suasana ini tidak mendorongkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam persekitaran P & P di bilik darjah tradisionl, guru lebih
mengutamakan kaedah kumpulan daripada kaedah seluruh kelas. Oleh itu setiap kumpulan
akan diberi layanan secara dekat.
Bilik darjah mutakhir
Persekitaran dan susunan bilik darjah mutakhir adalah lebih menekankan pada
pendekatan pengajaran berpusat kepada murid. Oleh itu, penyertan murid dalam proses P & P
adalah digalakkan. Penggunaan alat bantuan mengajar di kalangan guru sudah mula
digunakan dan dipertingkatkan. Program pendidikan pemulihan dan penggayaan telah
diperkenalkan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.
Susunan fizikal bilik darjah mutakhir berbeza dengan bilik darjah tradisional. Kerusi
dan meja telah disusun mengikut kumpulan. Cara penyusunan ini menggalakkan interaksi
murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana emosi dan sosial murid juga bertambah
baik. Penyusunan meja dan kerusi secara kumpulan membenarkan kaedah pengajaran secara
kumpulan dan individu digunakan. Aktiviti pemulihan dan penggayaan lebih mudah
dilaksanakan.
Papan hitam
Meja Guru
Almari
Rajah 1.2: Susunan bilik darjah mutakhir
Dalam persekitaran bilik darjah mutakhir ruang pembelajaran dan ruang bacaan telah
diwujudkan .Aktiviti-aktiviti seperti bercerita, perbincangan, membaca dan lakonan boleh
dijalankan di ruang bacaan manakala ruang pembelajaran digunakan untuk mempamerkan
bahan P & P yang berkaitan dengan sesuatu pembelajaran. Dengan ini akan dapt mewujudkan
interaksi di antara murid dengan bahan P & P dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermakna dan menarik. Papan pameran pula digunakan untuk mempamerkan hasil kerja
tangan, lukisan dan karangan murid.
Implikasi jenis-jenis bilik darjah ke atas pengajaran dan pembelajaran.
Sebahgian besar masa persekolahan murid-murid dihabiskan dalam bilik darjah. Oleh
itu, bilik darjah mestilah merupakan tempat yang menarik serta selesa.Keadaan seperti ini
akan memudaahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Bilik
drjah yang berlainan membawa kesan serta impilikasi yang berlainan ke atas pengajaran dan
pembelajaran.
Implikasi bilik darjah tradisional
Penyusunan kerusi dan meja murid adalah kaku dan mengikut baris demi baris.Keadaan
seperti ini membawa beberapa implikasi;
1) Interaksi di antara guru dan murid serta murid dengan murid tidak digalakkan.
2) Murid merupakan pelajar yang pasif.
3) Kerja kumpulan sukar dijalankan,program pemulihan adalah susah dilaksanakan.
4) Tidak menggalakkan penekanan terhadap perbezaan individu.
5) Kemahiran bersosialisasi dalam kumpulan tidak dapat dikembangkan.
Ruang bacaan
Ruang pembelajaran
Ruang pembelajaran
Papan hitam
Meja guru
Ruang pembelajaran
Implikasi bilik darjah mutakhir
Penyusunan kerusi dan meja secara kumpulan membawa beberapa implikasi berikut:
1) Pengajaran dan pendekatan berpusat kepada murid-murid dapat dilaksanakan.
2) Murid menjadi peserta yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
3) Pembelajaran menjadi satu proses yang lebih bermakna dan seronak bagi murid-murid.
4) Program pemulihan dan penggayaan lebih mudah dijalankan. Murid-murid lemah dapat
dibantu sebelum keadaan bertambah merosot.
5) Dari segi sosioemosi, murid-murid akan mengalami perkembangan yang sihat. Dalam
satu-satu kumpulaan murid dapat bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.
6) Perhubungn di antara guru dengan murid dan murid dengan murid akan bertambah baik.
Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Jurang perbezaan persekitarn P & P Konvensional dn mutakhir
Jurang perbezaan ini dapat kita kaji dalam pelbagai segi. Antaranya:
1) Peranan guru
Pada zaman dahulu atau konvensional guru berperanan hanya sebagai penyampai
maklumat sahaja kepada murid. Guru bertugas memberikan ilmu pengetahuan yang
cukup kepada murid dan hanya tertumpu di sekolah sahaja. Manakala bagi zaman kini
atau mutakhir, guru berperanan sebagai seorang guru, pembimbing, fasilitator dan
pemberi perangsang dalam bilik darjah. Tugasnya telah ditukar dengan usaha
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasimani dan
emosi. Guru mutakhir sanggup dan berani menghadapi cabaran ke arah mendidik murid
menjadi insan yang berguna.
2) Peranan pelajar
Pelajar pada zaman dulu hanya menumpukan pada pelajaran semata-mata tanpa
melibatkan diri dalam aktiviti. Tugas mereka hanya belajar dan menimba ilmu
pengetahuan. Murid juga agak pasif dan kurang berkembang dari segi emosi ,jasmani,
rohani dan intelek. Manakala pada zaman mutakhir ini murid merupakan peserta yang
aktif dan banyak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kelas. Ini
akan menggalakkan dan mempertingkatkan lagi perkembangan emosi dan sosial murid-
murid.
3) Pedagogi
Pada zamn daahulu, kedah mengajar memusat kepada guru dan murid adalah pasif.
Murid-murid sekadar dengar dan terima fakta yang disampaikan guru. Murid-murid
jarang digalakkan bertanya dan mengambil bahagian dalam aktiviti seperti berlakon dan
menyanyi.
M M M M
Rajah 1.3:Kaedah mengajar memusat kepada guru.
Kaedah yang digunakan pada masa dahulu ialah chalk and talk. Alat bantuan mengajar jarang
digunakan dan alat mengajar tunggal yang biasa digunakan ialah papan hitam sahaja.
Contoh-contoh strategi yang memusat kepada guru ialah kaedah bercerita, bersyarah, sokratik
dan tunjuk cara. Manakala pada zaman kini, kaedah mengajar adalah berbeza dari dahulu.
Pengajaran kini adalah memusatkan murid. Guru sentiasa melibatkan murid dalam pengajaran
iaitu secara bertanya, menjawab soalan, menggalakkan murid mengemukakan pendapat dan
mengambil bahagian yang aktif dalam pertandingaan.
M M M M
Rajah 1.4: Kaedah mengajar memusatkan murid
Alat bantuan mengajar juga digunakan. Dengan kata lain, pengajaran moden tidak
disampaikan melalui kaedah ‘bercakap dan menulis’ sahaja. Contoh – contoh strategi
memusatkan murid ialah kaedah dapatan penyelesaian masalah,perbincangan,permainan dan
lain-lain.
4) Peranan ibu bapa
Pada zaman dahulu ibu bapa berperanan sebagai menjaga dan mendidik anak-anak
semata mata. Ibu bapa tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah dan
menyerahkan tanggungajawab bulat bulat kepada sekolah untuk mendidik anak-anak
mereka. Suasana pembelajaran pada masa dahulu tidak disediakan dengan baik untuk
nakanak. Berbeza dengan zaman mutakhir kini ibu bapa sebagai sumber ilmu dan
menjadi klien atau rakan kepada sekolah. Ibu bapa kini banyak melibatkan diri dengan
aktiviti anjuran sekolah.Ini akan mendekatkan lagi dan mengeratkan hubungan antara
sekolah dengan ibu bapa.
GuruM:Murid
Guru
M:Murid
5) Strategi P & P
Stategi P & P pada zaman dahulu agak kurang berkembang. Dinding bilik darjah jarang
dihiasi dengan bahan P & P .Pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu pada papan
hitam dan kapur tulis sahaja. Manakala pada zaman kini strategi P & P telah
diperbanyakkan dan dipertingkatkan lagi. Ruang bacaan dan ruang pembelajaran telah
diwujudkan dan banyak menggunakan peralatan yang canggih seperti LCD,VCD dan
sebagainya.
Cadangan
Setelah dikaji implikasi dan jurang perbezan persekitaran bilik darjah konvensional dengan
mutakhir, maka di sini dapatlah saya membuat beberapa cadangan untuk menjadikan
persekitaran bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu yang
kondusif mengikut perspektif murid. Antaranya:
1. Saiz bilik darjah hendaklah cukup besar dan sesuai dengn bilangan murid.
2. Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan lebih berkesan.
3. Suasana bilik darjah dipenuhi dengan kemesran, kepercayaan dan kehormatan. Perhubun-
gan di antara murid dengan guru dan murid dengan murid adalah mesra dan jujur.
4. Murid-murid bebas bergerak sekiranya menjalankan aktiviti pembelajaran yang produk-
tif.
5. Kumpulan-kumpulan dibentuk supaya kaedah kumpulan dan individu dapat digunakan.
Dengan ini program pemulihan dan penggayaan dapat dilaksanakan.
6. Guru-guru mestilah menggunakan dan memperbanyakkan strategi dan alat bantuan men-
gajar ke arah menjadikan murid aktif dan memperkembangkan intelek, rohani, jasmani
dan emosi murid supaya menjadi insan yang berguna.
Rumusan
Melalui perbezaan dan cadangan yang diutarakan tadi dapatlah dirumuskan bahawa
persekitaran bilik darjah yang sempurna akan dapat membantu proses pembelajaran dan
pengajaran menjadi lebih teratur dan sistematik. Bilik darjah tradisional disusun mengikut
baris menjadikan murid pasif dan kurang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. Cara
susunan secara kumpulan membawa banyak faedah kepada murid seperti menjadi aktif, sedia
bertukar pendapat,berpeluang bersosialisasi dan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan
menyeronokkan. Dengan ini akan membantu mendidik murid menjadi seorang yang berilmu,
aktif dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Latihan 4.6.2 :
Mengisikan Grid Pengurusan Perubahan
Lengkapkan grid pada Tajuk 4 Lampiran 4 untuk mengenal pasti keperluan-keperluan
bagi merealisasikan perubahan.
TAJUK 5
Latihan 5.1.1
Petanda Tekanan Anda
Pernahkah anda mengalami tekanan ? Anda perlu mengenali punca dan petanda tekanan
supaya boleh mengawal atau menguruskannya. Rujuk Tajuk 5 Lampiran 1. Jawab soalan-
soalan kuiz secara ikhlas. Kemudian hintung jumlah skor dan kenal pasti tahap tekanan anda.
Latihan 5.2.1
Dengan merujuk Bab 8 dalam buku Hubungan Manusia Dalam Organisasi ( Mahmood
& Sabitha, 1996) halama 90-94, buat nota ringkas tentang beban kerja yang
menyebabkan tekanan.
Untuk menguji pemahaman anda, Buat jadual menunjukkan perbezaan beban kerja
kuantitatif berbanding dengan kerja kualiatif.
Ringkasan tentang beban kerja yang menyebabkan tekanan.
Beban kerja yang banyak boleh menyebabkan seeorang mengalami tekanan. Walauba-
gaimanapun kecergasan emosi yang terkawal mampu meringankan tekanan. Emotional intel-
legence atau disingkat EQ adalah kemampuan untuk untuk mengendalikan hal-hal negatif
seperti kemarahan dan keragu-raguan atau rasa kurang percaya diri dan juga kemampuan un-
tuk memusatkan perhatian pada hal-hal positif seperti rasa percaya diri dan keharmonisan
dengan orang-orang disekeliling. Dalam buku "Working With Emotional Intelligence", Gole-
man menekankan perlunya emotional intelligence dalam dunia kerja, suatu bidang yag ser-
ingkali dianggap lebih banyak menggunakan "cara berpikir analitis" daripada melibatkan
perasaan atau emosi. Menurutnya setiap orang dalam organisasi dituntut untuk memiliki EQ
yang tinggi.
Beban Kerja Kuantitatif Beban Kerja Kualitatif
Beban kerja yang terlalu banyak yang perlu dilak-
sanakan dengan penuh tanggungjawab dalam jangka
masa yang terhad.
Contohnya, apabila seseoang diberikan sesuatu lapo-
ran dan penilaiannya untuk disiapkan dalam waktu
yang disingkat, dia akan mengalami tekanan kerja ker-
ana bertungkus lumus mengejar masa.. Akibatnya
kualiti kerja akan menurun dan menyebabkan banyak
kerugian bagi banyak pihak.
Beban kerja terlalu sukar atau rumit yang memerlukan
komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam melak-
sanakan
Contohnya, seorang pakar perubatan yang cuba men-
cari ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS. Ini
bukannya tugas yang mudah kerana ia memerlukan
pemikiran dan
pengkajian yang kompleks.
Akibatnya, dia mengalami kebuntuan
fikiran dalam menyelesaikan tugas
tersebut.tugas.
Latihan 5.2.3
Denagn menggunakan pengurusan grafik kesan sebab-akibat, tunjukkan hubungkait
tekanan kerjaya, rakan sejawat dan keluarga terhadap diri individu sehingga
menyebabkan dirinya tertekan.
Punca tekanan Sebab tekanan Akibat tekanan Cara menanganinya
Tekanan
kerjaya
Selalu menghadapi
peraturan yang berubah-
ubah, tidak
mampu melaksanakan tu-
gas
yang mencabar dan
kurang kemudahan
yang diperlukan
Kerja selalu tergendala,
runsing
dan emosi terganggu
sehingga adakalanya in-
gin memberontak
Membentuk disiplin diri
yang tinggi dan
berfikiran terbuka, cuba
mengatasi tekanan den-
gan tenang dan
memanfaatkan apa
yang tersedia
Rakan
Sejawatan
Tidak memberikan
Kerjasama sepenuhnya
dan tidak dapat dibawa
berbincang
Lebih suka menyele-
saikan tugas secara berse-
orangan dan adakalanya
amat
memerlukan bantuan
Cuba mencari rakan
yang lebih memahami
dan berpuas hati
dengan hasil tangan
sendiri walaupun dengan
kerjasama
rakan-rakan sejawatan
kerja tersebut akan lebih
memuaskan
Keluarga Kehendak keluarga
yang tidak secocok
dengan kehendak
sendiri
Tidak mempunyai tempat
untuk meluahkan
masalah atau bersembang
dengan mesra
Terus cuba memahami
kehendak keluarga dan
menerangkan tentang
kehendak diri sendiri
supaya diterima
Latihan 5.3.1
Andaikan diri anda menghadapi cabaran tugas yang membuatkan anda mengalami
tekanan. Analisiskan situasi tersebut . Apakah puncanya, apakah kesannya ke atas
pretasi kerja, hubungan sesama rakan sejawat dan prestasi diri. Cadangkan tindakan
alternatif yang boleh anda ambil untuk mengurangkan tekanan dan kesan akibat
tekanan.
(a) Punca tekanan terhadap prestasi kerja
1. Beban kerja yang terlalu banyak yang mesti diasapkan dalam jangka masa yang
singkat.
2. Tugas yang diberikan tidak selari dengan kemahiran dan kebolehan yang ada dalam
diri.
3. Tidak mempunyai pengalaman dalam tugas yang diberikan.
4. Punca tekanan terhadap hubungan sesama rakan sejawatan
5. Hubungan dengan rakan sejawatan tidak baik akibat tidak sama pendapat, kedudukan
dan kebolehan yang menimbulkan konflik sesama mereka.
6. Tidak mendapat sokongan atau kerjasama yang jitu dalam menyelesaikan sesuatu tu-
gas.
7. Pilih kasih di kalangan rakan sejawatan menimbulkan rasa ketidakpuasan.
(c) Punca tekanan terhadap prestasi diri
1. Masalah peribadi atau masalah keluarga yang boleh mempengaruhi komitmen diri
dalam mlaksanakan tugas.
2. Sikap dan cara berkerja yang tidak berubah selari dengan perubahan dan pertambahan
tugas.
3. Tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik.
4. Tidak menerima penghargaan daripada majikan, timbil rasa kecewa terhadap suasana
kerja.
(a) Kesan tekanan terhadap prestasi kerja
1. Kerja tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ini menimbulkan banyak
masalah kepercayaan pihak tertentu terhadap kebolehan kita.
2. Penghasilan kerja yang tidak berkualiti.
3. Menyebabkan kerugian yang besar dalam organisasi.
(b) Kesan terhadap hubungan sesama rakan sejawatan
1. Kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang diharapkan.
2. Konflik yang berpanjangan menimbulkan suasana kerja yang tidak
menyenangkan.
3. Hubungan sentiasa renggang dan wujud persaingan yang tidak sihat dalam
melaksanakan tugas.
4. Wujudnya komunikasi yang tidak jelas.
(c) Kesan terhadap prestasi diri
1. Suntikan motivasi kurang dalam diri.
2. Tidak ada kemajuan diri dalam kerja yang dihasilkan.
3. Tidak dapat mengawal diri atau menyelesaikan masalah diri akibat kesan
4. daripada tekanan yang dialami.
Cadangan tindakan alternative untuk mengurangkan tekanan kerja.
1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
- Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
- Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda
- Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
- Merasa seronok bekerja
2) Rancang Kerja Anda
- Kendali masa anda dengan bijak
- Beri keutamaan pada kerja yang penting
- Jangan bertangguh dan elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
- Mengagihkan kerja dengan baik
3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
- Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah
menanganinya
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
- Ambil tindakan secara wajar
4) Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan
yang berlaku
- Rancang perubahan secara teratur
5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
- Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
- Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
- Hormati pandangan rakan sekerja anda
6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
- Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di
dalam menangani sebarang masalah
- Berkongsi
7) Amalkan cara Hidup Sihat
- Luangkan masa untuk beribadah
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Bersenam selalu dan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
- Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
- Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.
SOALAN TUTORIAL
BAB 1
Tulis Satu Refleksi Tentang “Siapa Saya” Berasaskan Latarbelakang Sosio-Sejarah
Anda.
Saya adalah anak kelahiran bumi yang makmur Pahang yang dilahirkan pada 21 Julai
1988 iaitu pada pagi Isnin kira-kira dalam jam 8.00 pagi. Ibu saya bernama Noraini Binti Mat
Sulaiman dan bapa saya pula bernama Mat Yasin Bin Mamat. Ibu bekerja sebagai surirumah
dan bapa saya pula adalah seorang pemandu lori. Sejak kecil saya diasuh dengan didikan
agama yang kuat oleh keluarga. Inilah yang menjadi pegangan hidup ‘ Islam is the way of
life, the true is only in Islam ’. Saya berjaya menamatkan pengajian sehingga ke Universiti
iaitu Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.
Selepas itu, saya berusaha mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya mendapat pekerjaan
yang tetan dan menjamin masa depan. Berkat usaha dan kesabaran saya akhirnya berjaya
menjadi guru. Inilah cita-cita yang saya idamkan sejak dibangku sekolah. Kini saya mempun-
yai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk dilaksanakan tetapi tidak mustahil untuk dis-
empurnakan. Saya ingin melihat bangsa saya berjaya mencipta nama yang baik bukan sahaja
di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Saya ingin melahirkan generasi yang boleh menjunjung aspirasi negara. Falsafah Pen-
didikan Guru menjadi garis panduan saya untuk merealisasikan aspirasi negara dengan
bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan dan berkhidmat kepada masyarakat sejagat.
Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini, saya perlu sentiasa bersedia dari segi
mental dan fizikal untuk mengharungi apa jua cabaran terutama dalam dunia pendidikan.
Saya adalah seorang guru yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan mensyarakat dan
menjadi pembangunan negara .
Dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada saya, saya akan berusaha untuk mereal-
isasikan Wawasan negara iaitu Wawasan 2020 yang menjadi inspirasi setiap masyarakat
dalam yang inginkan pembangunan yang seimbang. Saya juga adalah seorang guru yang akan
berusaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insya-
Allah.
Bincangkan secara kumpulan untuk membandingbezakan penampilan diri informal
dengan penampilan diri professional.
Aspek Informal Profesional
Pakaian Biasa : mengikut kegemaran
dan keselesaan sendiri. Tidak
tertakluk kepada sebarang
etiket pemakaian.
Kemas : berdasarkan etiket
pemakaian yang sesuai dengan
situasi.
Sikap Bergantung kepada sikap Perlu bersikap dengan sikap
semulajadi diri. Boleh menon-
jolkan prinsip peribadi diri.
yang positif dan tidak terlalu
dibuai emosi. Berkait rapat
dengan pandangan orang lain.
Perlu berubah mengikut ke-
sesuaian. Tidak sepatutnya
mementingkan diri sendiri.
Komunikasi Dalam konteks komunikasi
harian. Tidak tertakluk kepada
sebarang bentuk protokol.
Hanya nilai sikap yang akan
membezakan perlakuan ko-
munikasi antara individu.
(hormat mengormati dll) .
Bersifat mesra.
Tertakluk kepada konteks ko-
munikasi formal . tertakluk
kepada aspek potokol (misal-
nya pangkat dan situasi).
BAB 3
a. Huraikan interpretasi anda mengenai Model Konseptual Pendidikan Guru, Bahagian
Pendidikan Malaysia.
KETUHANAN
Rohani
Intelek Emos Jasmani
Pengetahuan
Nilai
Kemahiran
KEMASYARAKATAN KENDIRI
Model konseptual pendidikan guru adalah dibentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru
dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi
utama iaitu:
1. Ketuhanan
Matlamat pendidikan guru ialah mendidik supaya setiap individu mempunyai peningkatan
ilmu, menghayati dan mengamalkan ilmu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada
ajaran agama.
2. Kemasyarakatan
Konsep ini juga memberi penekanan kepada peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan
agen perubahan kepada masyarakat yang mampu melahirkan masyarakat madani. Usaha
mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang
kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa,
tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang
tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
3. Kendiri
Pendidikan guru memberi penekanan kepada pembinaan daya kefahaman dan patriotisme,
pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia bagi setiap
individu. Budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepAda
ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu.
Di bawah tiga dimensi tersebut,Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga
aspek utama iaitu;
1. Pengetahuan
Pendidikan ialah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan pengetahuan
dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Pendidikan guru juga perlu mensepadukan
ilmu dengan pengetahuan semasa sejajar dengan perubahan alaf baru. Ini adalah bagi
melahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya
menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.Oleh itu guru perlu peka
dan mempersiapkan diri terhadap perubahan dan cabaran yang datang.
2. Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran
dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu setiap guru perlu
memahirkan diri dalam penggunaan teknologi tinggi dan cuba mempelbagaikan bahan-bahan
pengajaran.
3. Nilai
Merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia,
berdaya tahan, patriotik, inovatif , kreatif dan patuh kepada etika profesional keguruan.Nilai-
nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Disamping itu juga, model ini juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru
secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani , emosi, intelek dan jasmani.
1. Rohani:Guru hendaklah berdisiplin, bertanggungjawab dan berakhlak tinggi.
2. Emosi:Mempunyai tingkah laku terkawal dan beremosi stabil serta bersemangat
kekitaan, berbelas kasihan dan kasih sayang.
3. Intelek : Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, berikhtiar untuk
mengembangkan daya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus dan
mengemukakan usul-usul yang baik. Selain itu juga guru hendaklah berupaya menggunakan
ilmu yang diperoleh serta membantu orang lain mendapat manfaat daripadanya.
Oleh itu, pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan
kesediaan untuk mematuhi-Nya. Sejajar dengan falsafah yang berpaksikan kepada ketuhanan,
pendidikan berhasrat melahirkan rakyat yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab serta
boleh menikmati kebahagiaan hidup dan sedia berbakti serta berkorban untuk masyarakat.
b.Hasilkan satu peta minda tentang ciri-ciri guru profesional.
Ciri-ciri guru yang profesional
Mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam profesion
keguruan.
Komited terhadap tugas dan bertanggungjawab
Mempunyai tatasusila yang tinggi
Memiliki sifat dan Memiliki sifat dan kualiti peribadi
social yang baik dan murni.
Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan
sentiasa berusaha menambahkan ilmu
pengetahuan sedia ada
KetekunanSuka akan kanak-kanak
Emosi terkawal
Peramah
Komitmen
Mempunyai etiket sosial dan beretika.
BAB 4
a.Buat penulisan jurnal relektif berdasarkan perlaksanaan suatu program yang terbaru di
sekolah dan buatkan penilaian mengenainya.
Tajuk :Kem Bestari Solat Kali Ke - 2
Objektif :Murid memantapkan lagi pemahaman dan cara pengaplikasian solat yang
lebih mantap
Matlamat :Murid boleh membaca , menghafal bacaan – bacaan yang perlu semasa solat
dan memahami pengertian bacaan dengan baik .
Sasaran :Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang beragama Islam
Strategi :
1. Mengetahui cara mengambil wuduk dan tayamum.
2. Mengetahui syarat – syarat wajib solat.
3. Mengetahui syarat – syarat sah solat.
4. Mengetahui rukun – rukun solat
5. Mengetahui bacaan – bacaan yang perlu dibaca semasa solat
6. Menghafaz surah – surah pendek
7. Masa belajar ialah pada hari Sabtu pukul 8.00 hingga 6 petang
8. Murid yang telah dapat menguasai dalam masa yang singkat akan menjadi rakan
pembimbing kepada yang masih lemah
Sumber Tenaga : Guru – guru Pendidikan Islam, Guru j-QAF Bahasa Arab dan Guru Kelas
Agama Petang
Jangkamasa : 10 jam
Penilaian : Guru-guru Pendidikan Islam, Guru j-QAF dan Guru KAP
b. Dengan merujuk Tajuk 4 Lampiran 2, bandingbezakan persekitaran bilik darjah
tradisional dengan yang mutakhir. Cadangkan persekitaran P & P yang kondusif
mengikut perspektif murid.
Persekitaran bilik darjah adalah satu perkara yang penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalangi pembelajaran. Persekitaran dan suasana bilik darjah yang
teratur merupakan kesan yang baik kepada pembelajaran. Menurut Marlind(1975)
persekitaran dan suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
Persekitaran yang
mutakhir
Persekitaran yang konvesional
Dari segi
Guru berperanan sebgi pembimbing, fasilitator, pemberi perangsang di dalam bilik darjah.
PERANAN GURU
Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan mengajar murid ilmu pengetahuan.
PERANAN PELAJAR
Murid sebagai peserta yang aktif, pembantu guru dan pelajar yang berkemahiran.
Murid hanya menumpukan pada belajar semata-mata dan agak pasif.
Kaedah memusatkan murid dan melibatkan murid dalam segala aktiviti. PEDAGOGI
Kaedah mengajar memusat kepada guru dan tidak menggalakkan murid dalam aktiviti.
Ibu bapa sebagai sumber ilmu dan pengalaman yang berguna dan lebih kepada klien atau rakan sekolah.
PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa menyerah tanggungjawab bulat-bulat kepada guru dan asinng serta tidak mendekatkan diri dengan sekolah
Mewujudkan ruang bacaan dan pembelajaran yang menyeluruh dalam segala aspek. Pelbagai aktiviti dijalankan dan penglibatan murid digalakkan.
STRATEGI P &
Dinding bilik darjah jarang dihiasi dan bahann P & P kur ang dan penglibatan murid tidak digalakkan.P & P hanya tertumpu kepada kapur dan terhad
PERSAMAAN DARI SEGI:1-Matlamat dan Falsafah Pendidikan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, dan emosi.2-Peranan guru mendidik dn melahirkan murid yang pandai dan berkualiti serta berkemahiran dalam segala aspek.
Anjakan paradigma perlu dari segi: Penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam mendidik anak bangsa menjadi insan
yang berguna. Perubahan pemikiran dan bersikap terbuka dalam segala segi samada di sekolah
atau di luar sekolah.
dalam pengajaran. Persekitaran ini boleh memberi sumbangan dari segi
kawalan,pembelajaran,perhubungan guru dan murid juga di antara murid dengan murid dan
keseronokan bekerja bersama-sama.
Bilik darjah tradisional
Bilik darjah tradisional sering digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Di dalam bilik
darjah trdisionl susunan kerusi daan meja disusun mengikut baris demi baris. Murid-murid
pula duduk secara sebelah menyebelah. Susunan fizikal ini adalah hanya berpusat kepada
guru sahaja iaitu penglibatan murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak
digalakkan.
Rajah 1.1:Susunan bilik darjah tradisional
Susunan ini agak rigid serta tidak menggalakkan interaksi di antara guru dan murid serta
murid dan murid. Dengan ini suasana sosial dan emosi tidak begitu sihat. Sebahagian murid
merupakan individu yang pasif sahaja. Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja
murid atau bahan Pengajaran dan pembelajaran.Suasana ini tidak mendorongkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam persekitaran P & P di bilik darjah tradisionl, guru lebih
mengutamakan kaedah kumpulan daripada kaedah seluruh kelas. Oleh itu setiap kumpulan
akan diberi layanan secara dekat.
Bilik darjah mutakhir
Persekitaran dan susunan bilik darjah mutakhir adalah lebih menekankan pada
pendekatan pengajaran berpusat kepada murid. Oleh itu, penyertan murid dalam proses P & P
adalah digalakkan. Penggunaan alat bantuan mengajar di kalangan guru sudah mula
Papan hitam
Meja Guru
Almari
digunakan dan dipertingkatkan. Program pendidikan pemulihan dan penggayaan telah
diperkenalkan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.
Susunan fizikal bilik darjah mutakhir berbeza dengan bilik darjah tradisional. Kerusi
dan meja telah disusun mengikut kumpulan. Cara penyusunan ini menggalakkan interaksi
murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana emosi dan sosial murid juga bertambah
baik. Penyusunan meja dan kerusi secara kumpulan membenarkan kaedah pengajaran secara
kumpulan dan individu digunakan. Aktiviti pemulihan dan penggayaan lebih mudah
dilaksanakan.
Rajah 1.2: Susunan bilik darjah mutakhir
Dalam persekitaran bilik darjah mutakhir ruang pembelajaran dan ruang bacaan telah
diwujudkan .Aktiviti-aktiviti seperti bercerita, perbincangan, membaca dan lakonan boleh
dijalankan di ruang bacaan manakala ruang pembelajaran digunakan untuk mempamerkan
bahan P & P yang berkaitan dengan sesuatu pembelajaran. Dengan ini akan dapt mewujudkan
interaksi di antara murid dengan bahan P & P dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermakna dan menarik. Papan pameran pula digunakan untuk mempamerkan hasil kerja
tangan, lukisan dan karangan murid.
Implikasi jenis-jenis bilik darjah ke atas pengajaran dan pembelajaran.
Ruang bacaan
Ruang pembelajaran
Ruang pembelajaran
Papan hitam
Meja guru
Ruang pembelajaran
Sebahgian besar masa persekolahan murid-murid dihabiskan dalam bilik darjah. Oleh itu,
bilik darjah mestilah merupakan tempat yang menarik serta selesa.Keadaan seperti ini akan
memudaahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Bilik
drjah yang berlainan membawa kesan serta impilikasi yang berlainan ke atas pengajaran dan
pembelajaran.
Implikasi bilik darjah tradisional
Penyusunan kerusi dan meja murid adalah kaku dan mengikut baris demi baris.Keadaan
seperti ini membawa beberapa implikasi;
1. Interaksi di antara guru dan murid serta murid dengan murid tidak digalakkan.
2. Murid merupakan pelajar yang pasif.
3. Kerja kumpulan sukar dijalankan,program pemulihan adalah susah dilaksanakan.
4. Tidak menggalakkan penekanan terhadap perbezaan individu.
5. Kemahiran bersosialisasi dalam kumpulan tidak dapat dikembangkan.
Implikasi bilik darjah mutakhir
Penyusunan kerusi dan meja secara kumpulan membawa beberapa implikasi berikut:
1. Pengajaran dan pendekatan berpusat kepada murid-murid dapat dilaksanakan.
2. Murid menjadi peserta yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Pembelajaran menjadi satu proses yang lebih bermakna dan seronak bagi murid-
murid.
4. Program pemulihan dan penggayaan lebih mudah dijalankan. Murid-murid lemah
dapat dibantu sebelum keadaan bertambah merosot.
5. Dari segi sosioemosi, murid-murid akan mengalami perkembangan yang sihat. Dalam
satu-satu kumpulaan murid dapat bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.
6. Perhubungan di antara guru dengan murid dan murid dengan murid akan bertambah
baik. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Jurang perbezaan persekitaran P & P Konvensional dan mutaakhir
6) Peranan guru
Pada zaman dahulu atau konvensional guru berperanan hanya sebagai penyampai maklumat
sahaja kepada murid. Guru bertugas memberikan ilmu pengetahuan yang cukup kepada murid
dan hanya tertumpu di sekolah sahaja. Manakala bagi zaman kini atau mutakhir, guru
berperanan sebagai seorang guru, pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam
bilik darjah. Tugasnya telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasimani dan emosi. Guru mutakhir sanggup dan berani
menghadapi cabaran ke arah mendidik murid menjadi insan yang berguna.
7) Peranan pelajar
Pelajar pada zaman dulu hanya menumpukan pada pelajaran semata-mata tanpa melibatkan
diri dalam aktiviti. Tugas mereka hanya belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Murid juga
agak pasif dan kurang berkembang dari segi emosi ,jasmani, rohani dan intelek. Manakala
pada zaman mutakhir ini murid merupakan peserta yang aktif dan banyak melibatkan diri
dengan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kelas. Ini akan menggalakkan dan
mempertingkatkan lagi perkembangan emosi dan sosial murid-murid.
8) Pedagogi
Pada zamn daahulu, kedah mengajar memusat kepada guru dan murid adalah pasif. Murid-
murid sekadar dengar dan terima fakta yang disampaikan guru. Murid-murid jarang
digalakkan bertanya dan mengambil bahagian dalam aktiviti seperti berlakon dan menyanyi.
M M M M
Rajah 1.3:Kaedah mengajar memusat kepada guru.
Kaedah yang digunakan pada masa dahulu ialah chalk and talk. Alat bantuan mengajar jarang
digunakan dan alat mengajar tunggal yang biasa digunakan ialah papan hitam sahaja.
Contoh-contoh strategi yang memusat kepada guru ialah kaedah bercerita, bersyarah, sokratik
dan tunjuk cara.
Manakala pada zaman kini, kaedah mengajar adalah berbeza dari dahulu. Pengajaran kini
adalah memusatkan murid. Guru sentiasa melibatkan murid dalam pengajaran iaitu secara
bertanya, menjawab soalan, menggalakkan murid mengemukakan pendapat dan mengambil
bahagian yang aktif dalam pertandingaan.
M M M M
Rajah 1.4: Kaedah mengajar memusatkan murid
GuruM:Murid
Guru
M:Murid
Alat bantuan mengajar juga digunakan. Dengan kata lain, pengajaran moden tidak
disampaikan melalui kaedah ‘bercakap dan menulis’ sahaja. Contoh – contoh strategi
memusatkan murid ialah kaedah dapatan penyelesaian masalah,perbincangan,permainan dan
lain-lain.
9) Peranan ibu bapa
Pada zaman dahulu ibu bapa berperanan sebagai menjaga dan mendidik anak-anak semata
mata. Ibu bapa tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah dan
menyerahkan tanggungajawab bulat bulat kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka.
Suasana pembelajaran pada masa dahulu tidak disediakan dengan baik untuk anak-anak. Kini,
ibu bapa sebagai sumber ilmu dan menjadi klien atau rakan kepada sekolah. Ibu bapa kini
banyak melibatkan diri dengan aktiviti anjuran sekolah.Ini akan mendekatkan lagi dan
mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.
10) Strategi P & P
Stategi P & P pada zaman dahulu agak kurang berkembang. Dinding bilik darjah jarang
dihiasi dengan bahan P & P .Pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu pada papan hitam
dan kapur tulis sahaja. Kini, strategi P & P telah diperbanyakkan dan dipertingkatkan lagi.
Ruang bacaan dan ruang pembelajaran telah diwujudkan dan banyak menggunakan peralatan
yang canggih seperti LCD,VCD dan sebagainya.
Cadangan
Setelah dikaji implikasi dan jurang perbezan persekitaran bilik darjah konvensional
dengan mutakhir, maka di sini terdapat beberapa cadangan untuk menjadikan persekitaran
bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu yang kondusif mengikut
perspektif murid. Antaranya:
1. Saiz bilik darjah hendaklah cukup besar dan sesuai dengn bilangan murid.
2. Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk membolehkan pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.
3. Suasana bilik darjah dipenuhi dengan kemesran, kepercayaan dan kehormatan.
Perhubungan di antara murid dengan guru dan murid dengan murid adalah mesra dan
jujur.
4. Murid-murid bebas bergerak sekiranya menjalankan aktiviti pembelajaran yang
produktif.
5. Kumpulan-kumpulan dibentuk supaya kaedah kumpulan dan individu dapat
digunakan. Dengan ini program pemulihan dan penggayaan dapat dilaksanakan.
6. Pelbagaikan strategi dan alat bantuan mengajar ke arah menjadikan murid aktif dan
memperkembangkan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid supaya menjadi insan
yang berguna.
Rumusan
Melalui perbezaan dan cadangan, dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran bilik
darjah yang sempurna membantu mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran yang
sistematik. Bilik darjah tradisional disusun mengikut baris menjadikan murid pasif dan
kurang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. Cara susunan secara kumpulan
menjadikan murid lebih aktif, sedia bertukar pendapat,berpeluang bersosialisasi dan
menjadikan pengajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Dengan ini akan membantu
mendidik murid menjadi seorang yang berilmu, aktif dan berguna untuk agama, bangsa dan
negara.
c. Berdasarkan hasil refleksi Tajuk 4 lampiran 4, sediakan kertas cadangan untuk
menstrukturkan semula sistem organisasi sekolah anda agar lebih kondusif kepada
perubahan.
Refleksi Tajuk 4 Lampiran 4
Dalam Tajuk 4 Lampiran 4 berkenaan dengan cara untuk mengenal pasti keperluan-
keperluan untuk merealisasikan perubahan dalam organisasi saya supaya lebih kondusif
kepada perubahan. Bagi merealisasikan perubahan, setiap organisasi mempunyai kekuatan
dan kelemahan. Kekuatan yang perlu ada dalam organisasi saya ialah semua ahli mesti
bermuafakat dan bekerja bersungguh-sungguh mengikut bidang yang telah ditetapkan. Semua
harus memberi perkhidmatan yang cemerlang. Disebalik kekuatan yang ada, terselit juga
sedikit kelemahan dalam organisasi saya. Kelemahannya, sesetengah ahli tidak menjalankan
tugas yang diamanahkan kepada mereka dan membuat kerja sambil lewa.
Wawasan untuk organisasi saya ialah, kepuasan dan keadilah kepada semua pihak
sama ada pihak pentadbir, ahli, staf lain, ibu bapa dan masyarakat. Untuk mencapai wawasan
ini, setiap ahli perlu menunjukkan perkhidmatan yang cekap dan pantas. Ahli juga mesti
memberi layanan yang mesra dan prihatin kepada masyarakat sekeliling. Keutamaan
organisasi saya ialah memberi khidmat dan kepakaran yang terbaik kepada semua.
Bagi merealisasikan perubahan dalam organisasi saya, keputusan hendaklah dibuat
oleh ahli organisasi mengikut majoriti dan perlu mendapat sokongan daripada ahli-ahli lain
dan ketua organisasi. Perubahan yang diperlukan ialah mutu perkhidmatan, corak pengajaran
dan pembelajaran (P & P) dan penggunaan ICT supaya organisasi saya tidak ketinggalan
dalam penggunaan kemudahan sistem maklumat. Perubahan ini perlu bagi menyediakan
ruang dan tahap keperluan yang lebih tinggi bagi menyelesaikan masalah dengan lebih
sistematik.
Pihak yang harus memulakan perubahan mestilah orang atasan dan juga ahli-ahli yang
mempunyai idea yang bagus untuk menaikkan martabat organisasi. Semua pihak perlu
melibatkan diri termasuklah pihak pentadbir, kakitangan sekolah ibu bapa dan murid-murid.
Kemahiran yang harus ada ialah kepakaran dalam penggunaan ICT dan sumber organisasi
saya ialah mempunyai kemudahan ICT seperti Alat Bantu Mengajar (ABM) yang lengkap
agar perancangan yang dilakukan tidak tergendala.
Setiap organisasi perlu melengkapkan diri dengan latihan di dalam rumah, kursus
yang telah dihadiri serta kemahiran yang sedia ada daripada setiap individu. Bagi mendapat
sokongan luar, organisasi perlu mangadakan perjumpaan dengan Yang Berhormat, ibu
bapa,orang perseorangan untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi melengkapkan
kemudahan seperti ABM, P&P serta mendapat khidmat daripada guru-guru pakar yang
berkaitan. Setelah segala isu-isu diambil kira bagi merealisasikan perubahan dalam organisasi
saya, akhirnya pelan pelan induk harus disediakan mengikut struktur dan jangka masa yang
ditetapkan supaya organisasi berjaya dijalankan dan mendapat kepercayaan daripada semua
pihak.
BAB 5
PENGURUSAN TEKANAN
a. Apakah punca tekanan? Sediakan jawapan anda dalam bentuk grafik. Beri cadangan
alternatif untuk menyelesaikan masalah tekanan dalam grafik anda.
Tekanan intrinstik
Masalah hubungan
Karenah birokrasi
Keadaan/ suasana tempat kerja
Kebimbangan pencapaian kerja
Langkah mengatasi
Sentiasa berfikiran positif dan mengambil masalah sebagai cabaran membina.
Sentiasan berbaik sangka dan bersikap terbuka dengan rakan sejawatan.
Berusaha melahirkan imej kendiri yang positif dengan semua peringkat organisasi.
Tidak terlalu memberi tekanan kepada diri dalam mencapai kejayaan.
Perbezaan kebolehan/ jurang kebolehan
Tekanan intrinstik Pertindihan kerja
Masalah komunikasi
1) Tempat kerja
Masalah kemunikasi antara ahli keluarga
Pertelingkahan antara ahli keluarga Masalah kewangan
Kehendak yang berbeza
Keadaan/ suasana rumah
2) Keluarga
Langkah mengatasi
Komunikasi yang lebih berkualiti
Sentiasa berusaha memperbaiki hubungan dari semasa ke semasa
Saling bertoleransi (give and take).
Berfikiran positif
2. Bincangkan secara kumpulan hubung kait antara kerjaya, rakan sejawatan dan
keluarga ke atas individu.
Mereka yang mengalami masalah tekanan sering kali tidak menyedari bahawa
mereka mengalami masalah tekanan. Walau bagaimana pun, banyak antara mereka yang tidak
mengakui mereka mengalami masalah tekanan. Terdapat beberapa simpton yang dapat
menunjukkan seseorang itu menghidap masalah tekanan iaitu:dari segi fizikal seperti
keletihan yang melampau, pening kepala, insomnia, kesakitan dada, simpton dari segi
kelakuan pula ialah menjerit,menangis,sikap menyalahkan orang lain dan pelbagai lagi
simpton lain.
Langkah mengatasi
Sentiasa berlapang dada dan bertolak ansur.
Perbincangan keluarga
Komunikasi yang lebih baik
Selalu berusaha merapatkan hubungan melalui aktiviti-aktiviti libur keluarga
Masalah tekanan berlaku atas beberapa sebab yang datang dari kerjaya, rakan
sejawatan dan masalah keluarga. Contohnya bagi kerjaya seorang guru. Penghuraian tugas
seorang guru tidak hanya meliputi aktiviti pengajaran sahaja, namun bidang tugas guru
meliputi urusan kekeranian, kebajikan murid-murid, kesihatan murid-murid, kewangan
sekolah dan sebagainya. Kitalah guru, ibu bapa, pengasuh, kerani, jururawat,kaunselor dan
sebagainya.
Beban tugas yang banyak ini adalah penyumbang kepada masalah tekanan. Beban
tugas yang banyak ini semestinya akan menuntut kepada masa guru-guru. Tugas-tugas yang
tidak dapat diuruskan di sekolah akan dibawa balik ke rumah untuk disiapkan. Sepatutnya di
rumah, masa guru-guru harus diluangkan bersama keluarga tetapi disebabkan terdapat kerja-
kerja yang berkait dengan sekolah tertangguh, telah menyebabkan guru-guru mencuri masa
yang sepatutnya untuk keluarga digunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum
selesai. Jika seseorang guru (wanita) yang terlibat tidak pandai membahagikan masanya
untuk hal ehwal keluarganya maka lama kelamaan ini akan menwujudkan konflik dalam
sesebuah keluarga itu sendiri.
Di sekolah, guru-guru adalah satu kumpulan yang besar. Interaksi yang sihat antara
guru-guru akan melicinkan segala urusan di sekolah. Namun begitu terdapat juga di kalangan
guru-guru yang kurang mempunyai sikap berkerjasama. Maka ini akan menimbulkan masalah
kepada rakan guru yang lain. Antara langkah mengatasi masalah tekanan ialah pembahagian
kerja yang sama rata antara rakan setugas) namun ini tidak dapat dijalankan jika berlaku
kepincangan dalam sesebuah kumpulan kerja. Ekoran situasi ini, ia akan menimbulkan
masalah tekanan yang berpunca dari rakan setugas. Maka masalah tekanan yang berlaku
mempunyai kaitan yang amat rapat antara masalah yang timbul daripada rakan setugas,
kerjaya dan keluarga.
Bincang secara kumpulan hubungkait antara tekanan kerjaya, rakan sejawatan
dan keluarga ke atas individu.
Tekanan kerjaya yang merangkumi bebanan kerja yang berlebihan, aktiviti yang tidak
mengenal batas masa dan kurangnya kemudahan yang diperlukan, amat mengganggu kehidu-
pan peribadi individu, memandangkan individu juga mempunyai komitmen terhadap tugasan
dan keluarga yang tersayang.
Individu tidak dapat membahagikan masa dengan baik, walaupun telah diusahakan se-
daya upaya. Di samping itu, individu merasa terlalu letih, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi
juga mental. Fizikal yang tidak mendapat rehat yang secukupnya, kerana terpaksa
bergelumang dengan tugasan kerja, maktab dan keperluan keluarga yang berterusan hampir
sepanjang hari, tegasnya dari mula mata celik sehingga lewat malam fizikal tidak berehat
melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh tidak, mesti disiapkan setiap hari yang dilalui.
Rakan sejawatan juga tidak banyak membantu, malahan dalam banyak hal, kurang
memberi kerjasama ketika diperlukan. Adakalanya, rakan sejawatan seolah-olah sengaja
memberikan tugasan yang mempunyai ‘date line’ yang terlalu hampir, walaupun menyedari
bahawa individu mempunyai banyak komitmen lain, khasnya untuk mempersiapkan diri
berhadapan dengan para pelajar yang berbagai karenah. Ada di antara rakan sekerja yang
lebih senior cuba membuli individu sebagai seorang guru baru dengan memberikan beban
kerja yang lebih banyak berbanding dengan dirinya, walaupun kerja tersebut sepatutnya di-
lakukan bersama-sama, misalnya ketika melakukan aktiviti luar bilik darjah.
Tekanan Kerja-kerja rumah masih lagi dibiarkan untuk disiapkan oleh individu. Kare-
nah keluarga juga, seperti sengaja dibiarkan ketika individu sedang cuba menyiapkan tugasan
sekolah atau tugasan maktab. Ini menjadikan individu tertekan juga ketika berada di rumah,
walaupun selalu merasakan bahawa rumahlah tempat yang paling selesa untuk melepaskan
tekanan kerja yang tidak pandai berkurang di tempat kerja. Di sini dapatlah disimpulkan ba-
hawa tekanan kerjaya, rakan sejawatan dan keluarga, sesungguhnya memang mempengaruhi
kehidupan individu, bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental juga turut terganggu. Na-
mun, semua tekanan tersebut bolehlah dikatakan masih berada diperingkat sederhana dan
masih boleh diatasi, tekanan tersebut sebenarnya mematangkan individu dalam menangani
kehidupan sebagai seorang suri rumah yang berkerjaya, selagi tekanan tersebut masih berada
dalam kawalannya, selagi itu individu masih boleh berkembang sebagai seorang guru yang
cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang.