17
MENGESAN PERLAKSANAAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING, MENINJAU PERSEPSI UMUM DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI PERKHIDMATAN Pendahuluan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada murid, malahan juga kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar di samping menjadi tunggak pengurusan pembangunan murid. ( Muhyiddin Mohd Yassin,2009). Melalui petikan kata – kata di atas dapat lah disimpulkan bahawa bimbingan dan kaunseling mempunyai kepentingan yang amat besar kepada komuniti di dalam sekolah di mana terdiri daripada guru, pentadbir, murid, dan kakitangan sokongan. B&K membantu di dalam mebentuk bukan sahaja keperibadian atau jatidiri murid, ia juga secara langsung membentuk jasmani, emosi, dan sosial murid agar pemeringkatan berterusan mereka bergerak selari seimbang kesemua aspek dan tidak ada yang ketinggalan. Hasil daripada keseimbangan kelima spek tersebut maka lahirlah murid yang mana menepati semua kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan murid yang berketerampilan, berkeyakinan dan bijak. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. Guru bimbingan pula perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat. Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di

Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

MENGESAN PERLAKSANAAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING,

MENINJAU PERSEPSI UMUM DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI

PERKHIDMATAN

Pendahuluan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan

sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan

perkhidmatan kepada murid, malahan juga kepada warga sekolah dan masyarakat

sekitar di samping menjadi tunggak pengurusan pembangunan murid. ( Muhyiddin

Mohd Yassin,2009).

Melalui petikan kata – kata di atas dapat lah disimpulkan bahawa bimbingan dan

kaunseling mempunyai kepentingan yang amat besar kepada komuniti di dalam

sekolah di mana terdiri daripada guru, pentadbir, murid, dan kakitangan sokongan. B&K

membantu di dalam mebentuk bukan sahaja keperibadian atau jatidiri murid, ia juga

secara langsung membentuk jasmani, emosi, dan sosial murid agar pemeringkatan

berterusan mereka bergerak selari seimbang kesemua aspek dan tidak ada yang

ketinggalan. Hasil daripada keseimbangan kelima spek tersebut maka lahirlah murid

yang mana menepati semua kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

melahirkan murid yang berketerampilan, berkeyakinan dan bijak.

Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh

dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. Guru

bimbingan pula perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan

tidah sihat. Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di

antara guru, murid, guru bimbingan dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang

berkenaan. Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang

bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak digelar

kaunselor kerana meereka tidak ada pentauliahan di dalam bidang kaunseling dan tidak

ada perlantikan dari pihak atasan.

Page 2: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai

Besi 1.

Bahagian A – Perlaksanaan aktiviti – aktiviti kaunseling di SKJSB1

Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi Satu terletak di Kuala Lumpur

mempunyai unit Bimbingan dan Kaunseling yang menawarkan pelbagai perkhidmatan

kepada murid di sekolah tersebut dari segi bimbingan dan juga kaunseling. Oleh kerana

murid di sekolah tersebut tidak melebihi sertus lima puluh orang, jadi hanya seorang

guru kaunselor yang mendapat pentauliahan dalam kaunseling yang mengendalikan

unit tersebut. Bagi aktiviti bimbingan pula semua guru di sekolah tersebut terlibat secara

langsung dan bekerjasama dalam membimbing murid ke arah yang lebih cemerlang.

Seperti yang diketahui setiap unit di naungi oleh guru besar sekolah tersebut,

dan guru besar SKJSB1 adalah Tuan Haji Badarudin Bin Seradi dan di bawah nya

adalahketua unit bimbingan dan kaunselin iaitu Puan Rodzillah binti Mohd Rejab yang

telah dilantik menjadi kaunselor di sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu semua

guru diletakkan di bawah Puan Rodzillah sebagai guru pembimbing. Melalui perbualan

bersama kaunselor saya dapat mengumpul banyak maklumat mengenai unit bimbingan

dan kaunseling sekolah tersebut. Pelbagai kenangan pahit manis, cabaran dan

anugerah yang diterima di atas hasil kerja gigih beliau dalam usaha membimbing murid

agar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara , dan juga visi dan misi sekolah.

Dalam tahun 2010 unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan lebih dari

lima program yang berkisarkan bimbingan dan kaunseling dari pelbagai aspek. Para

guru tidak lokek meyumbangkan tenaga dan wang ringgit dalam mengumpul dana serta

menjayakan aktiviti di bawah tadbiran unit bimbingan dan kaunseling. Antara program

yang telah dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling adalah kaunseling, ceramah,

pertandingan, pemilihan, penyelesaian masalah, membantu murid bermasalah,

perkhidmatan nasihat sepanjang masa, pemantauan bertereusan, sesi lawatan, dan

pelbagai lagi aktiviti atau program yang dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling.

Page 3: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Saya akan menerangkan setiap satu aktiviti yang telah dijalankan di sekolah

tersebut sepanjang tahun 2010 yang telah dikendalikan oleh unit bimbingan dan

kaunseling. Aktiviti pertama adalah ceramah, ceramah yang berkisarkan bimbingan dan

kanseling. Pihak sekolah akan menjemput penceramah luar yang mempunyai

pentauliahan dan perakuan di mana sesuai untuk menjadi kaunselor memberikan

ceramah mengenai kaunseling kepentignan kaunseling masalah yang boleh dikongsi,

kelebihan kaunseling, apa perkhidmatan yang ditawarkan, hak – hak pelajar, cara

mengendalikan masalah, dan pelbagai lagi. Para guru akan bersama sama

bekerjasama dengan kaunselor sekolah dalam menyediakan segala kelengkapan

untuk ceramah seperti kawasan, pameran, projektor, makan, dan minum pelajar dan

juga penceramah. Selain dari murid didedahkan mengenai kaunseling secara terperiinci

murid juga turut didedahkan mengenai beberapa perkara lain seperti keselamatan di

sekolah dan dirumah, talian – talian yang boleh dihubungi jika berlaku masalah dan

kepada siapa murid boleh mengadu selain dari ibu bapa mereka di rumah.

Aktiviti kedua pula ialah pertandingan yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan

kaunseling SKJSB1. Pertandigan yang dianjurkan oleh unit B&K adalah pertandingan

mewarna bagi murid tahap satu dan pertandingan melukis poster bagi murid tahap dua.

Selain itu ada juga pertandingan perbahasan, pertandingan bercerita, hadiah

disediakan oleh unit B&K sendiri. Murid yang memenangi pertnadingan berpeluang

mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi dan jika mempunyai kemahiran dan

kecekalan murid mungkin boleh mewakili peringkat negeri. Tujuan pertandingan

diadakan adalah untuk menyediakan platform atau landasan murid mencungkil bakat

terpendam mengasha bakat yang sedia ada agar lebih Berjaya dan berpeluang

mengesan kebolehan diri dalam mengecapa kejayaan selain dari cemerlang di dalam

peperiksaan. Pertnadingan biasanya diselaraskan format pertandingan dengan

peringkat zon agar murid boleh menunjukkan potensi mereka sepenuhnya ketika di

peringkat zon. Kaunselor sekolah membanting keringat naik turun PPD agar

pertandingan mencapai objektif dan selaras dengan visi dan misi sekolah.

Page 4: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Selain dari kaunseling dan bimbingan unit B&K juga menyediakan khidmat

nasihat bukan sahaja kepada murid bahkan kepada ibu bapa dan penjaga murid

sekolah tersebut. Mereka boleh membuat temujanji dengan kaunselor dan berjumpa

dengan kaunselor membincangkan masalah berkaitan murid tidak kira lah dari segi

pelajaran, kewangan,perangai, cara mengajar dan sebagai nya selagi ia berkaitan

dengan kecemerlangan murid boleh dibincangkan. Kaunselor akan cuba untuk mencari

kaedah atau cara dalam masalah atau isu yang timbul dan diutarakan ketika

pertemuan. Murid juga boleh duduk berbincang dengan guru pembimbing atau

kaunselor sendiri ketika waktu rehat kerana ketika waktu rehat dibuka untuk murid

bukan sahaja untuk membincangkan masalah bah kan boleh duduk berbincang

mengenai hal pelajaran dengan rakan, berehat, dan juga membaca buku. Ini kerana

suasana kondusif dan teraputik di bilik kaunseling menimbulkan perasaan tenang dan

gembira pada murid, menyegarkan semula badan dan minda mereka untuk

meneruskan sesi P&P selepas rehat.

Selain itu unit B&K juga turut mengadakan program – program membina seperti

ceramah kerjaya, kempen budi bahsa dan pelbagai lagi untuk membina mental, fizikal,

dan sahsiah murid agar setiap murid yang keluar dari sekolah tersebut seimbang dari

segi jasmani, emosi, roahani, intelek dan sosial selaras dengan kemahuan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan serta visi dan misi yang telah ditetapkan.program dan kempen

diadakan dengan bantuan para guru semua, kadang kala unit B&K menjemput

penceramah luar, badan persatuan luar seperti prostar dimana menjalankan kempen

mengenai dadah contohnya. Kadangkala guru atau kaunselor sendiri yang

mengendalikan secara menyeluruh kempen atau program yang telah dirancang.

Kebanyakkan kempen telah dirancang pada awal tahun tetapi ada juga program atau

kempen yang dijalankan secara mengejut atau ad hoc kerana permintaan pihak atasan

suapaya dijalankan disetiap sekolah, dan pihak B&K dipertanggungjawabkan untuk

menjalankan program tersebut contoh program seperti H1N1, denggi, dan beberapa

program lain.

Page 5: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Kaunseling berfokus juga adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh

unit B&K sekolah kepada murid, kaunseling berfokus adalah sesi kaunseling secara

formal dimana masalah murid dikenal pasti murid akan diminta hadir atau pun sukarela

hadir untuk menghadiri kaunseling berfokus. Guru akan menetapkan segalanya murid

hanya perlu hadirdan melibatkan diri dalam sesi kaunseling tersebut, ia terbahagi

kepada dua iaitu individu dan kumpulan. Murid dikehendaki menghadiri kaunseling

individu sebelum pergi menghadiri kaunseling berkumpulan. Hanya kaunselor akan

mengendalikan sesi ini kerana hanya beliau mempunyai pentauliahan bebrbanding guru

kain yang mana hanya dilantik sebagai guru bimbingan sahaja. Kadangkala jika kes

atau masalah yang dihadapi terlampau rumit ibu bapa di minta untuk hadir bersama

agar masalah yang timbul dapat diatasi dan ditangani.

Perkhidamatan terakhir yang ditawarkan oleh unit B&K SKJSB1 adalah lawatan

ke rumah pelajar yang telah dikenali mempunyai masalah yang agak berat. Tujuan

lawatan adalah mencari punca masalah dari akar umbinya, merapatkan hubungan ibu

bapa dengan guru. Selain itu guru dan kaunselor boleh mencadangkan beberapa jalan

penyelesaian kepada ibu bapa agar masalah dapat diatasi dan dielakkan dengan lebih

pantas dan lebih berkesan. Lawatna diadakan dengan dua cara iaitu mengejut atau

dengan menghantar surat kepada ibu bapa pelajar.

Semua perkara diatas adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak B&K

SKJSB1 kepada kurid muridnya agar mereka boleh Berjaya dalam kehidupan dan

cemrelang dalam pelajaran. Contoh perkhidmatan yang telah dijalankan sepanajang

tahun 2010 berdasarkan aspek yang telah diterangkan adalah ceramah kerjaya,

kempen anti dadah, perjumpaan ibu bapa, kempen budi bahasa, ceramah ponteng

sifar, sesi kaunseling berpusat, penjualan air dan batches, bimbingan berterusan,

program anak angkat, dan program motivasi akademik.

Page 6: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Bahagian B – meninjau persepsi guru dan murid mengenai keberkesanan

perkhidmatan.

Melalui temubual guru dan murid disekolah tersebut dapat lah dirumuskan

beberapa perkara iaitu masalah yang sering dihadapi, halangan yang terpaksa dilalui

guru, tahap keberkesanan, serta kelebihan atau kebaikan, hasil daripada semua aktiviti

yang telah dilakukan atau dijalankan oleh unit B&K. perkara pertama yang dirumuskan

adalah jenis masalah yang timbul, melalui temubual dapatlah dirumuskan bahawa

masalah yang seringkali berlaku disekolah tersebut adalah ponteng, tidak kira samada

ponteng kelas atau pun ponteng sekolah. Boleh dikatakan di dalam satu kelas pastinya

ada seorang murid yang akan melakukan kesalahan ini acap kali. Masalah kedua

adalah tidak membawa buku teks dan buku latihan. Masalah ini telah menjadi

kelaziman kepada setiap pelajar bukan pelajar tertentu sahaja tetapi perbezaan nya

adalah kekerapan murid melakukan masalah tersebut. Yang menjadi kemarahan

adalah semua buku teks dibekalkan secara percuma kepada semua murid disekolah

tersebut tetapi murid tidak memanfaatkan buku pinjaman yang telah dibekalkan.

Masalah ketiga adalah ejek mengejek, ia mungkin kelihatan remeh tetapi melalui

ejek ini lah timbulnya masalah murid bergaduh, murid tercedera dan mungkin

membawa kepada pergaduahan luar sekolah serta kemungkinana yang paling teruk

adalah kematian.masalah keempat pula adalah mencuri walau pun perkara ini tidak

selalu berlaku tetapi ia tergolong dalam masalah utama disekolah ini. Ada beberapa kes

yang melibatkan pelajar sekolah tersebut dengan kecuriaan duit, barang dan makanan.

Masalah terakhir yang dapat di rumuskan sebagai masalah utama adalah masalah

keluarga. Kebanyakkan murid di sekolah ini berlatarbelakang kan dari keluarga yang

berpebdapatan rendah. Masalah kelaurga ini boleh menjadi punca kepada kes

kecurian, pergaduahan, dan beberapa kes besar yang mungkin melibatkan pihak polis.

Page 7: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Selain dari jenis masalah melalui temubual juga saya dapat merumuskan

kelebihan yang boleh didapati pada program dibawah unit B&K. antara kelebihan yang

yang sering kali disebut guru dan murid adalah, keberkesanan unit B&K dalam

meingkatkan semangat murid dalam pembelajaran . Selain itu kejayaan unit dalam

membanteras jenayah kecurian, merokok di dalam kawasan sekolah dan juga

mengurangkan aktiviti ejek mengejek diantara murid. Selain itu unit Berjaya

meningkatkan tahap adab sopan dan pemahaman murid norma masyarakat dalam

kehidupan melalui program budi bahasa.

Perkara terakhir yang dapat dirumuskan melalui temubual adalah halangan yang

dihadapi oleh guru dalam menjayakan semua aktiviti yang berpusatkan bimbingan dan

kaunseling serta kepayahan yang dihadapi oleh unit yang dapat dilihat melalui mata

warga SKJSB1. Halangan pertama adalah kekangan masa bagi kaunselor di man

beliau juga diminta untuk mengajar, juga kekangan masa kepada murid dimana jaudal

waktu belajar yang padat. Kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa mengenai hal

kaunseling kerana kepada mereka kaunseling adalah tidak penting dan hanya

membuang masa sahaja. Murid jarang datang secara sukarela ke bilik kaunseling guru

harus mencari, memujuk, membawa murid ke bilik kaunseling untuk terlibat sama

dalam aktiviti kaunseling bagi menangani masalah yang dihadapi.

Menurut dari temubual yang telah dijalankan tahap keberkesanan yang dapat

dilihat dalam setiap program adalah tinggi. Program yang dijalankan meninggalkan

impak yang amat besar kedalam diri sebahagian besar murid disekolah tersebut. Setiap

program dirancang dengan teliti agar masa yang digunakan adalah minimum tetapi

kualiti masa digunakan sepenuhnya. Contohnya yang telah disebutkan oleh guru dan

murid yang memberikan kesan atau impak yang besar ketahap perubahan murid kea

rah kebaikan adalah, program budi bahasa dan perubahan yang dapat dilihat adalah

hampir semua murid kini member salam kepada guru ketika berselisih di sekolah, dan

kesan nya sehingga sekaran dan mungkin berlarutan. Kedua adalah program

Page 8: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

kaunseling berfokus dan perubahan yang dapat dilakukan peratus kecurian telah turun

sehingga kosong peratus dan kes ponteng dapat dikurang daripada lima pelajar kepada

dua pelajar sahaja yang masih lagi di dalam pemantauan unit. Satu lagi program yang

menunjukkan hasil yang memberansangkan adalah program motivasi dimana murid

telah mula mengorak langkah untuk menentukan halatuju cita – cita murid telah mula

mempunyai subjek kegemaran mereka yang menjurus kepada cita – cita mereka dan

mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam peperiksaan.

Melalui temubual dan rumusan yang telah dibuat boleh dikatakan bahwa unit

B&K mempunyai kepentingan tersendiri di sekolah dan membanut dari pelbagai aspek

dalam meningkatkan pemeringkatan berterusan prestasi pelajar. Walaubagaimanapun

mereka tetap menghadapi beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan kerana tidak

cukup nya kakitangan dan ada sebahagian individu yang tidak ingin membuka minda

untuk bekerjasama bagi meningkatkan perstasi murid agar seimbang dari semua spek.

Beberapa lagi masalah kecil yang tidak dinyatakan kerana ia bukan lah sesuatu hal

yang besar bagi unit B&K seperti kewangan, maslah murid contohnya kurang adab

sopan, tidak menumpukan perhatian dalam kelas, mengganggu murid lain dan

sebagainya kerana ia bukan masalah major yang tidak boleh ditangani oleh guru

bimbingan lain.

Page 9: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Bahagian C – Cadangan penambahbaikkan.

Sudah semestinya di dalam sesuatu usaha akan berlaku nya beberapa kesilapan

di mana kadang kala kita manusia biasa akan terlepas pandang tetapi ada juga yang

akan dapat melihat masalah tersebut. Selain itu juga aka nada halangan yang akan

wujud di mana akan menyulitkan sesuatu perkara tersebut untuk dijayakan.

Walaubagaimana pun disebalik masalah dan halangan pasti akan ada cara untuk

mengatasi masalah tersebut atau cara penambah baikkan yang boleh dilakukan agar

perkara atau kesilapan yang sama tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Pertama perkara yang perlu dilakukan adalah menambah bilangan kaunselor di

sekolah tidak perlulah untuk meminta kepada pihak atasan untuk dihantar kaunselor

baru ke sekolah tersebut. Kita boleh menghantar guru – guru yang ada disekolah untuk

kursus untuk melayakkan mereka mereka untuk seorang kaunselor sekurang

kurangnya seorang ini untuk meringkan beban yang terpaksa ditanggung seorang guru

kaunseling di sekolah tersebut. Selain itu dengan perlantikan atau penambahan guru

kaunseling boleh mengoptimumkan penggunaan bilik kaunseling di mana bilik

kaunseling sentiasa akan kaunselor di dalam nya dan murid boleh berjumpa dan

bertandang ke bilik kaunseling pada bila bila masa sahaja.

Kedua adalah bilik kaunseling itu sendiri. Sememangnya bilik kaunseling di

sekolah ini boleh dikatakan kondusif dan teraputik tetapi saiz adalah kecil. Bilik tersebut

hanya boleh menampung beberapa pelajar sahaja pada satu satu sesi. Jika boleh

diperluaskan sedikit bilik tersebut agar bilangan murid yang berada did dalam sesi

bertambah dan murid mempunyai ruang individu dan ruang bebas yang agak luas dan

selesa dan mungkin meningkatkan minat dan keyakinan mereka dalam melibatkan diri

adalam aktiviti atau sesi kaunseling yang telah dirancang oleh kaunselor. Selain itu

kaunselor boleh menambah aksesori atau bahan untuk kaunseling supaya sesi tersebut

lebih berkesan lagi. Ini kerana terdapat lagi bahan yang terpaksa disimpan ditempat lain

akibat daripada ruang legar di dalam bilik yang terhad dan kecil.

Page 10: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Selain itu tugas guru kaunseling juga terlampau banyak. Beliau sering dibebani

dengan tugas yang tidak seharusnya dilakukan oleh beliau seperti mengajar,

menguruskan pusat sumber dan pelbagai lagi. Pada asalnya guru kaunseling sekarang

adalah sepenuh masa tetapi selepas berlaku rombakan penjawatan guru kaunseling

sekarang menajdi guru kaunseling separuh masa. Selain itu dapat dilihat guru

kaunseling dibebankan dengan kerja-kerja yang dilihat tidak relevan dengan tugas guru

kaunseling. Contohnya seperti menjaga kolam ikan serta membaiki peralatan yang

rosak. Ini menyebabkan guru kaunseling kekurangan masa untuk merancang aktiviti

yang berkesan bagi murid disebabkan tugasan yang tidak sesuai dan juga kerana

beliau terpaksa mengajar di dalam kelas. Oleh itu, pihak pentadbir perlu memastikan

bahawa guru kaunseling tidak dibebankan dengan tugasan yang mengarut.

Pada pendapat saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dipertingkatkan

lagi dari segi pengurusannya supaya pelajar boleh berkunjung ke bilik bimbingan dan

kaunseling dan dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Dalam

memastikan billik tersebut lebih teraputik, bilik tersebut perlulah dipasang penghawa

dingin agar murid lebih selesa ketika sesi kaunseling. Pembelian LCD, Radio mahupun

television perlulah dilakukan dan diletakkan di bilik kaunseling agar ianya dapat

membantu semasa sesi kaunseling. Pemilihan warna dan hiasan dalaman juga akan

menjadikan bilik itu lebih kondusif. Pengedaran risalah dan juga diadakan papan

kenyatan bagi unit bimbingan dan kaunseling agar murid lebih maklum dengan segala

aktiviti ataupun program yang akan dijalankan. Setiap maklumat yang ingin

disampaikan juga haruslah menarik dan mudah difahami oleh murid-murid tersebut.

Harapan saya agar unit B&K dapat mencapai semua sasaran yang telah

ditetapkan pada tahun ini dan mungkin juga menambahbaik dengan cadangan yang

telah diberikan supaya peningkatan murid dapat dimaksimumkan dan bilik kaunseling

menjadi tempat utama yang sering dikunjungi samada bermasalah atua pun tidak.

Page 11: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Lampiran.

soalan temubual.

1. Apakah pendapat anda mengenai bimbingan dan kaunseling disekolah ini?

2. Kelemahan yang terdapat pada unit bimbingan dan kaunseling di sekolah ini.

3. Kelebihan yang ketara dapat dilihat pada setiap program yang dijalankan oleh

unit bimbingan dan kaunseling.

4. Penambahbaikkan yang seharusnya dilakukan.

5. Jenis masalah yang sering berlaku disekolah.

6. Pentingkah bimbingan dan kaunseling ?

Page 12: Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1

Gambar.