3
PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Sesebuah bilik darjah yang mempunyai murid dari pelbagai kumpulan etnik seharusnya mempunyai ciri-ciri mesra budaya. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dam mennghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya memberi kesan positif kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Antara perkara-perkara yang perlu disediakan oleh guru bagi mencapai hasrat tersebut ialah seperti berikut:- 1.0 Susunan meja dan kerusi murid Bagi menghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu memastikan sesunan kerusi dan meja murid disusun dengan kemas dan selesa. Guru harus menetapkan susunan meja atau kumpulan murid supaya setiap kumpulan terdiri daripada murid dari pelbagai etnik. Guru perlu pastikan tidak berlaku kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan etnik sahaja. Apabila aktiviti kumpulan diadakan, murid yang terdiri dari pelbagai etnik ini akan menjalani aktiviti yang dijalankan secara bersama. Secara tidak langsung, berlaku interaksi antara murid-murid ini. 2.0 Papan kenyataan Guru perlu menyediakan papan kenyataan yang boleh menempatkan pelbagai maklumat yang berkaitan seperti jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi kelas, senarai nama murid dan sebagainya. Pada papan kenyataan ini juga boleh ditampalkan ma.klumat-maklumat peribadi murid seperti nama penuh, kaum, agama, tarikh lahir dan alamat mereka. Maklumat-maklumat yang ditempatkan di papan kenyataan ini akan menjadi panduan murid untuk lebih mengenali sesama mereka. 3.0 Sudut info Pada ruangan sudut info ini, guru boleh meletakkan pelbagai maklumat berkaitan kaum-kaum di Malaysia. Selain itu pada sudut ini juga guru boleh meletakkan maklumat berkaitan adab-adab dalam perhubungan dalam masyarakat majmuk. Melalui pendekatan ini murid-murid akan dapat mengetahui perkara-perkara yang boleh mengganggu sensitiviti sesuatu kumpulan etnik. 4.0 Sudut bacaan

essei 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2

Citation preview

PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sesebuah bilik darjah yang mempunyai murid dari pelbagai kumpulan etnik seharusnya mempunyai ciri-ciri mesra budaya. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dam mennghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya memberi kesan positif kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

Antara perkara-perkara yang perlu disediakan oleh guru bagi mencapai hasrat tersebut ialah seperti berikut:-

1.0 Susunan meja dan kerusi murid

Bagi menghasilkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu memastikan sesunan kerusi dan meja murid disusun dengan kemas dan selesa. Guru harus menetapkan susunan meja atau kumpulan murid supaya setiap kumpulan terdiri daripada murid dari pelbagai etnik. Guru perlu pastikan tidak berlaku kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan etnik sahaja. Apabila aktiviti kumpulan diadakan, murid yang terdiri dari pelbagai etnik ini akan menjalani aktiviti yang dijalankan secara bersama. Secara tidak langsung, berlaku interaksi antara murid-murid ini.

2.0 Papan kenyataan

Guru perlu menyediakan papan kenyataan yang boleh menempatkan pelbagai maklumat yang berkaitan seperti jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi kelas, senarai nama murid dan sebagainya. Pada papan kenyataan ini juga boleh ditampalkan ma.klumat-maklumat peribadi murid seperti nama penuh, kaum, agama, tarikh lahir dan alamat mereka. Maklumat-maklumat yang ditempatkan di papan kenyataan ini akan menjadi panduan murid untuk lebih mengenali sesama mereka.

3.0 Sudut info

Pada ruangan sudut info ini, guru boleh meletakkan pelbagai maklumat berkaitan kaum-kaum di Malaysia. Selain itu pada sudut ini juga guru boleh meletakkan maklumat berkaitan adab-adab dalam perhubungan dalam masyarakat majmuk. Melalui pendekatan ini murid-murid akan dapat mengetahui perkara-perkara yang boleh mengganggu sensitiviti sesuatu kumpulan etnik.

4.0 Sudut bacaan

Sudut bacaan yang disediakan perlulah sesuai dengan kepelbagaian etnik yang berada di bilik darjah itu. Sebarang bahan bacaan yang menyentuh sesitiviti sesuatu kumpulan etnik perlu dihindari. Sebaiknya bahan bacaan yang disediakan mestilah bahan yang boleh membina jatidiri dan mengukuhkan perpaduan sesama kaum. Antara bahan-bahan yang boleh disediakan di sudut bacaan ialah buku-buku atau majalah yang memaparkan cara hidup kaum-kaum di Malaysia. Melalui pendekatan ini, murid-murid boleh mengetahui badaya-budaya yang diamalkan oleh kaum-kaum lain.

5.0 Sudut akses internet

Pada sudut ini, guru perlu menyediakan satu atau lebih set komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet di bilik darjah. Melalui kemudahan ini, murid boleh mencari bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu murid boleh mengakses maklumat berkaitan cara hidup kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Secara tidak langsung mereka akan mengetahui dang menghormati cara hidup kumpulan etnik lain.

6.0 Sudut hasil kerja murid

Sudut hasil kerja murid amat baik untuk di sediakan. Pada sudut ini hasil kerja murid yang terbaik akan dipamerkan dalam suatu jangkamasa tertentu. Melalui kaedah ini, murid-murid akan bersaing secara sihat untuk menempatkan hasil kerja mereka pada sudut tersebut. Seharusnya guru sama sekali tidak dibenarkan untuk bersikap pilih kasih dalam pemilihan hasil kerja yang terbaik.

7.0 Kata-kata nasihat atau motivasi

Pada ruang-ruang tertentu pada dinding bilikdarjah, guru boleh menampal kata-kata nasihat dan bermotivasi. Selain itu, guru boleh juga menampal kisah-kisah kejayaan tokoh-tokoh dari pelbagai kaum sebagai pembakar semangat bahawa semua kaum mempunyai hak yang sama untuk menikmati kejayaan.

8.0 Sudut menempatkan bekal makanan

Murid-murid sekolah rendah lazimnya akan membawa bekal makanan yang dibawa dari rumah ke sekolah. Bekal-bekal makanan ini perlu ditempatkan pada tempat khas secara bersama. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik ini sudah tentu membawa bekal makanan yang pelbagai. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dalam menasihati murid-murid supaya tidak membawa makanan yang boleh menyentuh sensitiviti kumpulan etnik lain.

9.0 Almari atau rak

Almari atau rak perlu disediakan di bilik darjah. Almari ini akan digunakan untuk menyimpan bahan-bahan pembelajaran, buku, majalah, risalah dan sebagainya. Selain itu hasil kerja murid juga boleh disimpan di dalam almari dan boleh digunakan sebagai panduan murid.

10.0 Sistem pengudaraan yang baik

Walaupun bilik darjah telah ditempatkan dengan pelbagai peralatan dan kemudahan, sistem pengudaraan yang baik perlu dititikberatkan. Sekiranya keperluan ini tidak disediakan dengan baik, maka murid tidak dapat belajar selesa dan seterusnya memberi kesan yang negetif kepada penumpuan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.