3
Falsafah Pendidikan Barat A. Pendidikan Tradisional Barat 1. Perennialisme Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa. Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionalisti. Oleh yang demikian, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan. Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk univervsal dan tiada had masa. Fokus perennialisme ialah perkembangan diri. Ini adalah kerana orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanuisaan dahulu, bukan mesin atau teknik. Orang juga adalah pertamanya orang, dan keduanya pekerja. Oleh itu topic-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-topik vokasional. Topik-topik penting adalah topic yang membincangkan perkembangan seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta. Fakta sentiasa berubah. o Sebagai contohnya, dalam sains, perennialisme menggunakan strategi pengajaran penakulan saintifik, bukan fakta. Penakulan diilustrasikan dengan eksperimen-eksperimen yang terkenal. Dengan cara ini, murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan yang lebih bercorak kemanusiaan. Yang penting sekali ia menunjukkan ketidakpastian dan tindakan yang salah bagi sains sebenar. 1

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Citation preview

Page 1: Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Falsafah Pendidikan Barat

A. Pendidikan Tradisional Barat

1. Perennialisme

Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa. Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionalisti. Oleh yang demikian, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan.

Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk univervsal dan tiada had masa.

Fokus perennialisme ialah perkembangan diri.

Ini adalah kerana orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanuisaan dahulu, bukan mesin atau teknik.

Orang juga adalah pertamanya orang, dan keduanya pekerja. Oleh itu topic-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-topik vokasional.

Topik-topik penting adalah topic yang membincangkan perkembangan seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta. Fakta sentiasa berubah.

o Sebagai contohnya, dalam sains, perennialisme menggunakan strategi pengajaran penakulan saintifik, bukan fakta. Penakulan diilustrasikan dengan eksperimen-eksperimen yang terkenal. Dengan cara ini, murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan yang lebih bercorak kemanusiaan. Yang penting sekali ia menunjukkan ketidakpastian dan tindakan yang salah bagi sains sebenar.

Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan.

Guru membantu murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik. Sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahir membimbing perbincangan.

Nilai tradisional juga diajar secara explisit.

1

Page 2: Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

ii. Essensialisme

Essensialisme melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik. Essensialisme mengambil kira pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraaan.

Oleh itu, essensialisme adalah satu teori yang mempertikakan bahawa tujuan utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap generasi baru.

Essensialisme bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidikan seseorang yang kecekapan. Ini melibatkan pengajaran mata pelajaran asas tradisional yang berguna pada masa lampau, dan akan berguna juga pada masa akan datang.

Mata pelajaran yang penting adalah Membaca, Menulis, Matematik (3M) serta sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik. Ia juga memberi fokus kepada pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep dan prinsip. Program di bawah fahaman essentialis biasanya mengajar kanak-kanak secara ansur maju, daripada yagn mudah kepada yang lebih kompleks.

Essensialisme juga berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik. Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran dan pengajarannya. Ia berkuasa dalam mata pelajaran dan pengajarannya. Ia berkuasa di dalam bilik darjah, dan menentukan kurikulum.

Guru juga bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional. Oleh itu, seorang guru dianggap, sebaai model yang bernilai untuk dicontohi.

Dengan ini, kurikulum essensialisme adalah kurikulum umum, berpusatkan mata pelajaran yang menitikberatkan bahsa, sastera dan matematik, seni dan sains.

2