2
Falsafah Perjuangan Hidup Dalam usaha kita mengerjakan suatu matlamat, kita hendaklah pegang pada beberapa prinsip dan falsafah sebagai tunjang perjuangan demi untuk memastikan segala yang kita hasratkan menjadii suatu kenyataan. Ruangan ini memaparkan beberapa prinsip dan falsafah perjuangan untuk tatapan bersama. Pertama : Jangan menyatakan tidak boleh sebelum anda mencuba Dalam dunia ini, tiada suatu yang pasti. Perkara yang anda yakin juga mungkin akan berhadapan dengan berbagai cabaran luar jangka. Apa sekali pun berlaku,anda teruskan usaha anda mengejar cita-cita. Bina azam menerima risiko dan mengerjakan apa yang orang lain tidak percaya. Jangan kisah sangat dengan kemungkinan yang bakal akan berlaku. Kedua: Berikan ruang untuk anda merasa kesilapan dan kegagalan Setiap proses dalam usaha kita mengerjakan kejayaan adalah landasan yang penting untuk membolehkan kita memanjat tangga yang lebih tinggi. Kesakitan dan kekecewaan hendaklah dijadikan sebagai ilmu dan kekuatan. Jangan mudah mengalah. Tanpa percubaan, kita tidak tahu di mana kelemahan kita. Jangan juga kita menunggu saat sempurna untuk bermula. Ketiga : Menjadikan perjuangan suatu misi hidup Misi adalah suatu yang tinggi. Ia menjadi tungga erti hidup. Tanpa misi yang kuat,hidup menjadi kapal yang terumbang ambing di tengah laut. Dengan adanya misi, kita dapat membina kejayaan tanpa mengira tahap pengorbanan. Kita mungkin perlu tepikan hiburan, kita mungkin perlu labur masa dan wang yang banyak. Jika kita sudi, ini bermaksud kita mengenal misi kita. Keempat: Menyerlah bakat diri Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Biarpan usaha berpasukan adalah suatu yang mulia, kita hendaklah bermula dengan inisitif diri sendiri untuk belajar dan

Falsafah Perjuangan Hidup

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hasil Karya Hilter Yew , 016-8120302, www.hilteryew.com penulis ruangan columnist Berita Harian, Utusan Malaysia, Daily Express, Borneo Post,

Citation preview

Page 1: Falsafah Perjuangan Hidup

Falsafah Perjuangan Hidup Dalam usaha kita mengerjakan suatu matlamat, kita hendaklah pegang pada beberapa prinsip dan falsafah sebagai tunjang perjuangan demi untuk memastikan segala yang kita hasratkan menjadii suatu kenyataan.

Ruangan ini memaparkan beberapa prinsip dan falsafah perjuangan untuk tatapan bersama.Pertama : Jangan menyatakan tidak boleh sebelum anda mencubaDalam dunia ini, tiada suatu yang pasti. Perkara yang anda yakin juga mungkin akan berhadapan dengan berbagai cabaran luar jangka. Apa sekali pun berlaku,anda teruskan usaha anda mengejar cita-cita. Bina azam menerima risiko dan mengerjakan apa yang orang lain tidak percaya. Jangan kisah sangat dengan kemungkinan yang bakal akan berlaku.

Kedua: Berikan ruang untuk anda merasa kesilapan dan kegagalanSetiap proses dalam usaha kita mengerjakan kejayaan adalah landasan yang penting untuk membolehkan kita memanjat tangga yang lebih tinggi. Kesakitan dan kekecewaan hendaklah dijadikan sebagai ilmu dan kekuatan. Jangan mudah mengalah. Tanpa percubaan, kita tidak tahu di mana kelemahan kita. Jangan juga kita menunggu saat sempurna untuk bermula.

Ketiga : Menjadikan perjuangan suatu misi hidupMisi adalah suatu yang tinggi. Ia menjadi tungga erti hidup. Tanpa misi yang kuat,hidup menjadi kapal yang terumbang ambing di tengah laut. Dengan adanya misi, kita dapat membina kejayaan tanpa mengira tahap pengorbanan. Kita mungkin perlu tepikan hiburan, kita mungkin perlu labur masa dan wang yang banyak. Jika kita sudi, ini bermaksud kita mengenal misi kita.

Keempat: Menyerlah bakat diri Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Biarpan usaha berpasukan adalah suatu yang mulia, kita hendaklah bermula dengan inisitif diri sendiri untuk belajar dan memimpin. Kita menjadi model pasukan. Bantuan hanyalah dikenali sebagai bonus tambahan.

Kelima: Mengubah mentaliti dan sikap diriBila kita mahu mencapai tahap hidup yang lebih mulia, kita hendaklah sedia mengubah corak hidup sekarang. Sesuatu yang anda suka hendaklah ditepikan demi untuk menyambut sesuatu yang lebih tinggi nilainya. Anda perlu menilai kembali kualiti keperibadian , adalah ia sesuai untuk matlamat yang anda hendakkan. Contohnya, jika anda mahu menjadi pengurus, anda perlu mempunyai sikap seorang pengurus.

KesimpulanHarapan anda akan menjadi kenyataan jika anda boleh mengusahakan semua prinsip perjuangan seperti yang tertera di atas. Selamat maju jaya.