Gadaian Farah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fiqh

Citation preview

  • GADAIAN NUR FARAH ATIKAH BINTI ZAINAL 8 PISMP PAI 1

  • MAKSUD GADAIAN~Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi ~sesuatu barang yang dijadikan peneguhan atau kepercayaan dalam urusan hutang-piutang.sesuatu barang yang dijadikan jaminan dalam hutang untuk menjelaskan hutang ketika pemiutang tidak berkemampuan untuk membayarnya. Barang itu boleh dijual sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.Gadaian = ar rahn

  • DEFINISI GADAIANSyafie Hanbali Maliki dan Hanafimenjadikan sesuatu sebagai jaminan bagi sesuatu hutang yang boleh digunakan untuk melunaskan jika penghutang gagal melunaskannyaharta yang dijadikan pegangan bagi sesuatu hutang dan ia boleh digunakan untuk membayar jika penghutang gagal membayar hutangnya kepada pemiutangpemberian seseorang yang diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual sebagai jaminan ke atas sesuatu hak

  • HUKUM GADAIAN

    Surah al-baqarah : 283-jika kamu bermusafir (dan bermuamalat tidak secara tunai) sedang kamu tidak mempunyai seorang penulis, Maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh yang memberi hutang). akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) Menyembunyikan persaksian. dan Barangsiapa yang menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya.(Riwayat Al-Bukhari)

  • RUKUN GADAIAN

    MAZHAB MALIKI, SHAFIE, HANBALIMAZHAB HANAFITIGA RUKUN1. Aqid : Rahin - penggadai : Murtahin - pemegang gadai2. Maqudalaih : Al-Marhun barang yang digadai : Marhun bih - hutang3. Sighah : Ijab dan QabulSATU RUKUN1. Sighah : Ijab dan Qabul

  • Keahlian mengurus hartanya. Penjaga atau bapa tidak boleh menggadaikan harta kanak-kanak dan harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa.Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.Tidak dipaksa : melakukan gadai mestilah dengan kehendak sendiriRAHIN DAN MURTAHIN(PENGGADAI DAN PEMEGANG GADAI)

  • MARHUN (BARANG YANG DIGADAI)Barang-barang yang halal dan sah diperjualbelikanBarang yang tidak boleh digadai ialah 1) Anjing 2) Babi 3) BangkaiTidak akan berlaku gadaian sehingga barang yang digadaikan itu diterima oleh orang yang menerima gadaian

  • MARHUN BIH(HUTANG)

    bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah hutang yang dimaklumitidak sah jika tidak berupa hutang seperti benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.

  • SIGHAH(IJAB DAN QABUL)

    Tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan qabul. lafaz perkataan akad adalah seperti saya gadaikan benda ini kepada anda untuk hutangku yang sekian banyak kepada anda. Maka jawab dari yang memberi hutang pula ialah saya terima gadaian ini

  • SYARAT GADAIANMAZHAB HANAFIMarhun mestilah harta benda dan bukan najis. perbelanjaan untuk meneruskan kewujudan barang gadaian adalah tanggungjawab penggadai.perbelanjaan menjaga barang gadaian adalah tanggungjawab penerima gadaian kerana memegang barang untuk faedah dirinya iaitu jaminan ke atas pinjaman. Sekiranya ijab dan qabul sudah dinyatakan tetapi barang gadaian belum diterima maka rahin boleh menarik balik akad gadainya sebelum barang gadai diterima.Akad mestilah tidak disandarkan kepada waktu contohnya saya gadaikan barang ini selama dua bulan.

  • Barang gadaian juga mestilah berada dalam kekuasaan penerima gadai setelah ia diterima. tidak sah menggadaikan buah atas pokok kerana pokok tempat buah berbuah itu tidak berada dalam kekuasaan murtahin. Barang gadaian mestilah tiada urusan dengan hak rahin. Contohnya, tidak sah menggadaikan sebuah rumah yang perkakasnya menjadi urusan rahin. Marhun tidak termasuk dalam barang yang boleh diambil manfaat oleh sesiapa yang tidak berkaitan dengan hak milik seseorang. Contohnya seperti rumput yang diperbolehkan untuk digembala.orang yang melakukan gadaian mestilah berakal kerana tidak sah gadaian orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz.

  • SYARAT GADAIANMAZHAB MALIKImerupakan orang yang sah jual belinya iaitu sudah akil baligh dan sudah dewasa.tidak boleh menggadaikan barang gadaian bagi orang yang sedang sakit yang berhutang di waktu sihatnya berlainan pula bagi orang yang berhutang di waktu sakitnya maka dia boleh menggadaikannya di waktu sakitnya.

  • barang yang digadaikan adalah barang yang sah dijual beli adalah sah digadaikan.Barang pinjaman sah untuk digadaikan :::seseorang meminjam barang dari orang lain untuk digadaikan ke atas hutangnya. Apabila si peminjam sudah menjelaskan hutangnya maka barang pinjaman itu hendaklah dikembalikan semula kepada pemiliknya. Sekiranya, si peminjam tidak membayar hutangnya maka barang pinjaman yang digadaikan atas hutangnya itu akan dijual dengan hutangnya dan si peminjam perlu mengganti barang pinjaman tersebut mengikut harga pada hari yang dipinjam.perbelanjaan menjaga barang gadaian adalah tertanggung di bahu pengggadai. Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul iaitu tawaran dan penerimaan dan tidak diselangi perkataan lain antara ijab dan qabul dan juga tidak diselangi oleh diam yang lama.

  • SYARAT GADAIANMAZHAB SYAFIEApabila seseorang menggadaikan rumah tetapi belum diterima oleh penerima gadai maka belum tetap akad gadainya kerana penggadai boleh menarik gadaian kembali dalam tempoh itu. Penggadai dan pemegang gadaian:1) seorang yang berkebolehan mengurus harta2) seorang yang baligh, berakal 3) bukan paksaan daripada orang lainBarang gadaian :1) hak milik mutlak penggadai bukan barang yang dirampas2) barang yang bernilai dan boleh dijual serta berbentuk benda bukannya berbentuk manfaat. 3) bukan barang yang mudah rosak dan bukan najis

  • Apabila barang gadaian sudah diterima oleh penerima gadaian maka sudah sahlah akad gadai dan tidak boleh mengambil semula barang gadaiansekiranya barang gadaian dicuri maka akad gadai tetap mengikat kedua belah pihak. barang gadai merupakan hak milik penggadaimerupakan barang dan bukannya najisSYARAT GADAIANMAZHAB HANBALI

  • sah mengambil gadai atas upah yang masih dalam tanggungan CONTOH ::seseorang sudah memberi upah kepada para tukang batu untuk membangunkan sebuah rumah maka dia boleh meminta barang jaminan dari mereka sebagai imbangan pekerjaan mereka. Sekiranya mereka tidak membangunkan rumah maka murtahin berhak untuk menjual barang yang digadaikan dan membayar upah kepada orang-orang yang membangunkan rumahnya dari penjualan barang tersebut

  • FAEDAH BARANG YANG DIGADAIMuhammad Uthman Shubayr (1996)bahawa keseluruhan faedah daripada barang gadaian menjadi hak milik penggadai Penerima gadaian tidak berhak menggunakannya tanpa izin dari pemiliknya sekiranya barang gadaian tersebut bukan daripada jenis yang boleh diperah susunya atau boleh ditunggangi.

  • melarang pemiutang menggunakannya secara mutlak.dipelopori oleh sebahagian ulama mazhab Hanafi, mazhab Shafie dan mazhab Hanbali. Menggunakan barang gadaian bermakna menyewa secara percuma. Oleh itu, meletakkan syarat pemberian manfaat adalah riba kerana penghutang terpaksa membayar hutang secara penuh manakala dalam masa yang sama penerima gadaian menggunakan barang tersebut secara percuma tanpa bayaran. PANDANGAN PERTAMA

  • membenarkan pemiutang menggunakannya secara mutlak. dipelopori sebahagian kecil ulama mazhab Hanafi.Mereka berhujah bahawa seseorang itu bebas menyedekahkan penggunaan barangnya kepada sesiapa yang disukai. seseorang itu bebas dan berhak meminjamkan barang gadaiannya sama ada kepada penerima gadaian atau bukan. PANDANGAN KEDUA

  • Menurut mazhab Hanafi pula penggadai tidak boleh mengambil manfaat barang gadai dari apa segi sekalipun kecuali apabila mendapat izin daripada penerima gadaianPANDANGAN KETIGA

  • PERBEZAAN

    GADAIAN SECARA ISLAMGADAIAN SECARA KONVENSIONALBarang gadaian tetap menjadi hak pemilik asalPerlu membayar nilai barang dan upahMembantu meringankan kesusahanNilai gadaian tidak merosotWang lebih dipulangkanTiada unsur penipuan semasa membuat timbanganBarang yang digadai akan lupus jika tidak ditebus dalam tempoh bayaranPerlu membayar nilai barang gadaian termasuk faedahMembebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur riba dan ghararNilai gadaian merosotWang lebih gadaian tidak dipulangkan.Mempunyai unsur penipuan