Upload
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Garis Panduan Pelaksanaan
MYGaya Hidup Terkini
Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM
dan Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
iii
Garis Panduan Pelaksanaan
MYGaya Hidup Terkini
Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM
dan Kementerian Pendidikan Malaysia
2016
iv
Penasihat
Dr Noor Aliyah Binti Ismail
Editor
Dr Nizam Baharom
Dr Sharol Lail Sujak
Dr Fauziah Ahmad
Edisi Pertama 2016
@Program Kesihatan Pergigian KKM
Hak cipta terpelihara, tiada bahagian dari
terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam apa jua bentuk mekanikal
atau elektronik kecuali setelah mendapat
kebenaran penerbit
Pengkatalogan
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Garis Panduan Pelaksanaan PROGRAM PENCEGAHAN DAN INTERVENSI
MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENERUSI
PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH / Editor Dr Nizam Baharom, Dr
Sharol Lail Sujak, Dr Fauziah Ahmad.
ISBN 978-967-12079-1-8
1. Smoking—Prevention. 2.Students—Dental care.
I. Nizam Baharom, Dr. II. Sharol Lail Sujak, Dr. III. Fauziah Ahmad, Dr.
616.86506
Diterbitkan oleh
Program Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 5, Blok E10, Komplek E, Precint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel: 603-88834215
Faks: 603-88886133
Email: [email protected]
Website: http://ohd.moh.gov.my
Facebook: www.facebook.com/pergigiankkm
Blogspot: www.ohdmoh.blogspot.com
v
Kandungan
Serangkai kata dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia vi
Kata Aluan Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM vii
1.0 Pengenalan 2
2.0 Konsep dan Justifikasi 3
3.0 Objektif Program 4
4.0 Pelaksanaan Program 5
4.1 Carta Alir Pelaksanaan Program 6
4.2 Saringan 7
4.3 Pencegahan dan Intervensi Ringkas 9
4.4 Intervensi Lanjutan Pelajar Yang Merokok 12
4.5 Laporan Pencapaian Program 13
5.0 Apendiks 16
Apendiks A Rekod Saringan Merokok (PPIM 01-2016) 17
Apendiks B Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan) (PPIM 02-2016)
18
Apendiks C TEKNIK 5R 20
Apendiks D Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian 21
Apendiks E Kaedah DEAD Pointers 25
Apendiks F Borang Ujian Fagerstrom 26
Apendiks G Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom dan Tindakan Susulan
27
Apendiks H Modul Intervensi Lanjutan 28
Apendiks I Rekod Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPIM 03-2016)
64
Apendiks J Daftar Intervensi Lanjutan Di Sekolah Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigan Sekolah (PPIM 04-2016)
65
Apendiks K Rekod Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPIM 05-2016)
66
6.0 Penyumbang 67
vi
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Amalan merokok merupakan faktor risiko utama yang telah
menyumbang kepada peningkatan penyakit tidak berjangkit.
Menurut kajian Global Youth Tobacco Survey 2009 , 46.7% murid
lelaki dan 12.4% murid perempuan yang berumur 13-15 tahun ada
mencuba menghisap rokok. Sementara, prevalen perokok semasa
pula adalah 30.9% di kalangan murid lelaki dan 5.3% di kalangan
murid perempuan. Ini amat membimbangkan!
Oleh itu, Program Pencegahan Dan Intervensi Merokok Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian
Sekolah telah dirangka untuk menurunkan prevalen merokok di
kalangan murid sekolah. Program ini adalah program kerjasama di
antara Bahagian Kesihatan Pergigian dan Bahagian Kawalan
Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Program ini merupakan elemen tambahan kepada
Perkhidmatan Pergigian Sekolah yang sedia ada.
Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar maka lahirlah
Garis Panduan Perlaksanaan Program Pencegahan Dan Intervensi
Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan
Pergigian Sekolah. Modul ini bakal menjadi rujukan yang
komprehensif kepada semua pihak yang terlibat. Akhir kata, saya
berharap misi kearah generasi bebas rokok akan tercapai!
Sekian, terima kasih.
Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
vii
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia
Pelan Strategik Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 telah menggariskan polisi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu kearah generasi bebas dari sebarang
bentuk amalan merokok melalui tiga (3) misi utama iaitu:
Sasaran kanak-kanak lahir pada tahun 2009 dan ke atas tidak memulakan
tabiat merokok
Menjadikan amalan merokok yang tidak diterima masyarakat dan
Menjadikan 100% tempat-tempat awam sebagai tempat dilarang merokok
Pelan ini mensasarkan tiga (3) objektif utama iaitu:
Mengekalkan prevalen merokok kurang daripada 5% di kalangan wanita
berumur 15 tahun dan ke atas
Menurunkan prevalen merokok kepada 15% menjelang tahun 2025
Mensasarkan penurunan kurang daripada 5% prevalen merokok (towards the
end game)
Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Bahagian Kesihatan Pergigian
memainkan peranan yang besar melalui “incremental dental care” dimana setiap
kanak-kanak sekolah akan mendapat pemeriksaan pergigian semenjak dari berumur
7 tahun iaitu yang berada di Tahun 1 persekolahan sehingga mereka menamatkan
alam persekolahan akan dapat membantu untuk mencapai misi Pelan Stratergik
Bagi Kawasan Tembakau 2015 – 2020 iaitu, kanak-kanak yang lahir pada tahun
2009 dimana pada tahun 2016 mereka berada di tahun 1 persekolahan dan ke atas
tidak memulakan tabiat merokok dan menjadikan amalan merokok amalan yang
tidak diterima masyarakat.
Justeru itu Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah melalui aktiviti “incremental
dental care” adalah satu kaedah yang sangat tepat dalam memastikan objektif Pelan
Stratergik Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 tercapai.
Dr Noor Aliyah Binti Ismail
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia
1
2
1.0 Pengenalan
Sejak tahun 1980, merokok telah dikenalpasti sebagai satu faktor risiko bersama
(common risk factor) untuk penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular,
kanser dan penyakit kronik obstruktif paru-paru, serta penyakit kesihatan oral1.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan penggunaan tembakau seperti
merokok akan menyebabkan kematian seramai 6 juta orang setahun2. Separuh
daripada perokok akan mengalami kematian pra-matang akibat merokok.
Menurut kajian Global Youth Tobacco Survey (GYTS)
2009, hampir separuh (46.7%) pelajar lelaki pernah
mencuba rokok sebelum umur 16 tahun, manakala 12.4%
pelajar perempuan pernah mencuba rokok sebelum umur
16 tahun3. Kajian ini juga menunjukkan bahawa prevalen
perokok semasa dalam kalangan pelajar berumur 13-15
tahun adalah 18.2% (pelajar lelaki 30.9%, pelajar
perempuan 5.3%).
Malaysia adalah salah sebuah negara yang telah menandatangani perjanjian
antarabangsa WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah
berkuatkuasa sejak 2005. Seiringan dengan itu juga, satu Pelan Strategik Kawalan
Tembakau Kebangsaan 2015-2020 juga telah diwujudkan. Di antara misinya adalah
untuk mewujudkan generasi Malaysia bebas tembakau.
Perkhidmatan pergigian di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk
menyumbang kepada pencegahan dan intervensi faktor risiko merokok ini. Menurut
Laporan Kesihatan Oral Sedunia 20034, perkhidmatan kesihatan pergigian boleh
memainkan peranan kerana:
a. Kesan merokok menyebabkan kerosakan gigi dan periodontal
b. Perkhidmatan ini mempunyai akses kepada kanak-kanak dan berpeluang untuk
mempengaruhi mereka sebelum ketagihan nikotin menjadi lebih serius
c. Anggota perkhidmatan kesihatan pergigian mampu meningkatkan motivasi
perokok untuk berhenti dengan menunjukkan kesan sebenar merokok pada gigi
dan mulut
d. Intervensi perkhidmatan kesihatan pergigian boleh menunjukkan kesan
intervensi yang sama efektif dengan anggota kesihatan yang lain.
Rujukan
1. WHO1980. Risk factors and comprehensive control of chronic diseases. Geneva: World Health Organization
2. WHO 2015. Tobacco Fact Sheet No 339. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs339/en/
3. Malaysia Global Youth Tobacco Survey (GYTS) Fact Sheet. 2009.
http://nccd.cdc.gov/gtssdata/Ancillary/DataReports.aspx?CAID=1
4. Petersen PE. The World Oral Health Report 2003. Continuous improvement of oral health in the 21st century and the
approach of the World Health Organization Global Oral Health Programme. Geneva, World Health Organization, 2003.
3
2.0 Konsep dan Justifikasi Program
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957.
Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk
memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila
mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat Pergigian dan Pegawai Pergigian
bertanggungjawab memeriksa dan merawat kesihatan oral murid-murid tersebut.
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan samada melalui Klinik
Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Bergerak.
Perkhidmatan pergigian di sekolah dijalankan secara tahunan. Ini bermakna pelajar
yang sama akan mendapat intervensi dan pengukuhan mesej tidak merokok dari
tahun ke tahun. Program yang berterusan sebegini mampu menyumbang ke arah
pembentukan generasi Malaysia bebas tembakau.
Perkhidmatan kesihatan pergigian mempunyai potensi yang besar untuk
mempengaruhi pelajar yang merokok untuk berhenti merokok. Pelajar dapat
menerima nasihat daripada anggota perkhidmatan kesihatan pergigian kerana
pemeriksaan dapat menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan oral. Pelajar juga
tidak merasakan beban masalah disiplin apabila berbincang dengan anggota
perkhidmatan kesihatan pergigian.
Pelaksanaan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah ini dapat menyumbang ke arah
penurunan prevalen merokok dalam kalangan pelajar. Intervensi ringkas yang
berdasarkan konsep 5A dan 5R bukan sahaja dapat meningkatkan kadar pengesanan
pelajar yang merokok, malah ia juga berpotensi untuk meningkatkan motivasi pelajar
yang merokok untuk berhenti merokok. Kaedah intervensi ringkas dapat menambah
nilai perkhidmatan kesihatan pergigian di sekolah, tanpa meningkatkan beban hakiki
sedia ada.
4
3.0 Objektif Program
3.1 Objektif umum
Untuk menurunkan prevalen merokok dalam kalangan pelajar sekolah
menerusi pencegahan dan intervensi kepada pelajar.
3.2 Objektif khusus
Untuk mengetahui status merokok dalam kalangan pelajar menerusi
saringan.
Untuk memberikan pencegahan dan intervensi ringkas kepada pelajar
untuk menghindari / berhenti merokok.
Untuk menggalakkan pelajar yang telah mula merokok untuk berhenti
merokok menerusi intervensi lanjutan.
5
4.0 Pelaksanaan Program
Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah dilaksanakan dengan kerjasama di antara
Bahagian Kesihatan Pergigian, Bahagian Kawalan Penyakit (Kementerian Kesihatan
Malaysia) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini akan dilakukan sewaktu
perkhidmatan pergigian sekolah dijalankan.
Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian utama iaitu:
1. Saringan dan Intervensi Ringkas
2. Intervensi Lanjutan Untuk Pelajar Yang Merokok
Pelaksanaan saringan dan intervensi ringkas adalah berdasarkan konsep 5A dan 5R
dan intervensi lanjutan menggunakan modul yang berdasarkan Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah.
6
4.1 Carta Alir Pelaksanaan Program
Mula
Tamat
Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk program
intervensi kaunselor bersama MySihat
SARINGAN
Menentukan status
merokok pelajar
Perokok Semasa
Current Smoker
Bekas Perokok
Ex-Smoker
Perokok Pasif
Passive Smoker Bukan Perokok
Non Smoker
PENCEGAHAN DAN INTERVENSI RINGKA oleh Jururawat / Pegawai Pergigian
1. Sewaktu rawatan pergigian
2. Sewaktu Pendidikan kesihatan pergigian
INTERVENSI LANJUTAN
Secara berkumpulan atau individu
oleh Pakar Pergigian Kesihatan
Awam atau Pegawai Pergigian
Pemantauan di
tahun hadapan
Pelajar berhenti merokok
Pelajar masih merokok
7
4.2 Saringan
Tujuan proses saringan adalah untuk mengenalpasti status merokok para pelajar.
Proses saringan boleh dilakukan sewaktu pemeriksaan gigi pelajar. Soalan ringkas
yang perlu ditanya ialah:
a. Adakah anda merokok ?
b. Adakah anda pernah merokok ?
c. Adakah anda terdedah kepada asap rokok di rumah dan persekitaran?
Pelaksanaan soalan saringan boleh dilakukan secara informal, mengikut kesesuaian
dan peringkat umur pelajar. Hasil soalan saringan merokok, status merokok pelajar
boleh ditentukan seperti carta alir berikut:
Pemerhatian juga boleh membantu menentukan status merokok pelajar. Tanda-tanda
yang mungkin didapati adalah:
a. Bau rokok pada pernafasan / pakaian
b. Stain nikotin – perubahan warna pada gigi disebabkan stain nikotin
c. Smoker’s lip – bibir gelap / hitam disebabkan merokok
d. Smoker’s palate – keputihan pada lelangit mulut
8
Definisi status merokok pelajar yang digunapakai di sini adalah,
Status Merokok
Definisi
Perokok Semasa
Seseorang yang merokok sekurang-kurangnya
satu rokok dalam tempoh 7 hari yang lalu
Bekas Perokok
Seseorang yang tidak merokok untuk 6 bulan
lepas atau lebih
Perokok Pasif
Seseorang yang tidak merokok secara terus
tetapi terdedah kepada asap rokok di rumah
sahaja
Bukan Perokok Seseorang yang tidak pernah merokok
Hasil saringan hendaklah dicatatkan di dalam borang PPIM 01-2016 (Apendiks A)
yang dicop pada rekod pergigian pelajar (Kad Rawatan Pesakit Am / Sekolah L.P.8-1
Pin.7/97).
9
4.3 Pencegahan dan Intervensi Ringkas
Intervensi ringkas adalah amalan yang mengenalpasti masalah merokok dalam masa
yang singkat dan menggunakan nasihat kesihatan yang ringkas untuk meningkatkan
motivasi penerima untuk mengatasi masalah tersebut.
Kaedah intervensi ringkas yang sering digunakan untuk merokok adalah kaedah 5A.
Kajian menunjukkan bahawa kaedah 5A mampu meningkatkan peluang seseorang
perokok untuk berhenti merokok, walaupun ianya adalah intervensi ringkas.
Komponen kaedah 5A adalah seperti berikut:
a. Ask Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada
b. Advise Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang
efektif, jelas dan personal
c. Assess Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti merokok
d. Assist Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya
e. Arrange Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat
berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan perokok agar
dapat mengikuti sasaran berhenti merokok
Terdapat juga adaptasi kepada kaedah 5A, iaitu kaedah 3A (Ask, Advise, Arrange)
dan juga kaedah ABC (Ask, Brief advise, refer to Cessation).
Pencegahan merokok dan intervensi ringkas berhenti merokok dilakukan pada dua
waktu iaitu:
a. Sewaktu pemeriksaan / rawatan pergigian pelajar individu
b. Sewaktu pendidikan kesihatan pergigian secara berkumpulan kepada pelajar
10
Pencegahan dan intervensi ringkas sewaktu pemeriksaan / rawatan pergigian pelajar
individu adalah berdasarkan status merokok pelajar:
Status Merokok Nasihat Ringkas
Bukan Perokok
dan
Perokok Pasif
Merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain
Merokok menyebabkan gigi cepat rosak
Merokok menyebabkan kulit muka menjadi kusam
Merokok menjadikan pernafasan menjadi semput
Jangan mencuba rokok
Jangan jadi mangsa kepada ketagihan tembakau / nikotin
Jauhkan diri dari asap rokok, jangan hidu asap rokok basi
Bekas Perokok
Tahniah kerana berjaya berhenti merokok
Kekalkan semangat untuk tidak merokok lagi
Ingatkan keburukan merokok (seperti di atas)
Perokok Semasa
Merokok merupakan ketagihan kepada nikotin, namun
ketagihan ini boleh diatasi.
Banyak kebaikan untuk berhenti merokok sekarang:
a. Gigi bertambah bersih
b. Kesihatan mulut bertambah baik
c. Paru-paru semakin cergas dan kuat
d. Kulit tidak lagi kusam
e. Dapat jimatkan wang
f. Risiko mendapat penyakit berkurangan (kanser paru-
paru, penyakit jantung, kanser mulut, dan lain-lain)
g. Dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran
Tingkatkan semangat untuk berhenti merokok.
Bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti merokok, teknik pendekatan 5R
lazim digunakan (Apendiks C).
11
Slaid 1
Slaid 2
Slaid 3
Pencegahan dan intervensi ringkas merokok sewaktu taklimat pergigian secara
berkumpulan kepada pelajar:
Sekurang-kurangnya tiga (3) dari tujuh (7) slaid Powerpoint yang telah disediakan
ditambah di dalam taklimat pergigian yang diberikan kepada para pelajar secara
berkumpulan (Apendiks D). Penekanan diberikan untuk meningkatkan pengetahuan /
fakta tentang bahaya rokok kepada pelajar agar pelajar dapat membuat pertimbangan
untuk menghindari / berhenti merokok. Penyampaian adalah di dalam bahasa yang
mudah difahami oleh semua peringkat umur pelajar.
12
4.4 Intervensi Lanjutan Pelajar Yang Merokok
Bagi pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti sebagai perokok semasa, satu intervensi
lanjutan akan diberikan. Intervensi lanjutan ini bertujuan untuk membantu pelajar-
pelajar yang merokok untuk berhenti merokok.
Intervensi boleh dilakukan di dalam bentuk berkumpulan atau secara individu.
Intervensi adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pencegahan
dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan
Pergigian Sekolah (Apendiks H). Terdapat 8 topik utama di dalam modul ini.
Pelajar yang merokok perlu menjalankan intervensi ini sekurang-kurangnya 3 kali
setahun. Intervensi secara berkumpulan boleh dilakukan secara kolektif dalam satu
daerah, di mana pelajar-pelajar dari beberapa sekolah di dalam satu daerah boleh
dikumpul bersama.
Kerjasama pihak sekolah adalah penting untuk menjayakan intervensi lanjutan ini.
Walau bagaimana pun, pelajar yang mempunyai kriteria berikut perlu dirujuk kepada
pihak kaunselor sekolah masing-masing untuk tindakan susulan oleh pihak sekolah.
Kriteria pelajar untuk dirujuk kepada kaunselor sekolah adalah:
a. Pelajar masih lagi merokok dan tidak berminat untuk berhenti merokok atau
tidak menunjukkan keinginan untuk berhenti merokok setelah beberapa kali
menjalani intervensi lanjutan.
b. Pelajar mempunyai masalah sosial seperti penggunaan dadah terlarang atau /
dan masalah disiplin yang lain.
Untuk tujuan rekod, fail khas perlu diwujudkan untuk menyimpan dokumen dan
maklumat intervensi lanjutan yang dilaksanakan kepada setiap pelajar yang terlibat.
Semua anggota yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan dokumen ini
disimpan ditempat yang selamat dengan akses yang terhad bagi memastikan
keselamatan dokumen terkawal.
13
4.5 Laporan Pencapaian Program
Semua maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan perlulah direkod dan dilaporkan
pada setiap peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri. Laporan boleh
dibahagikan seperti berikut:
a. Aktiviti saringan dan intervensi ringkas
b. Aktiviti intervensi lanjutan
4.5.1 Aktiviti Saringan dan Intervensi Ringkas
Data status merokok pelajar perlu diwujudkan bagi memudahkan
pengumpulan data peringkat sekolah. Borang PG 307 yang diubahsuai
dengan menambah kolum Status Merokok (perokok semasa, bekas
perokok, perokok pasif dan bukan perokok) boleh digunakan untuk
memudahkan pengumpulan data.
Laporan hasil dari saringan perlu dikemukakan dengan menggunakan
Borang PPIM 03-2016 (Rekod Saringan dan Intervensi (Appendik I)
setiap kali selesai sekolah. Rekod peringkat daerah perlu dikemukakan
kepada Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) setiap
bulan sebelum 5 haribulan bulan yang berikutnya.
Anggota yang dipertanggungjawabkan di peringkat negeri akan
mengumpulkan pencapaian setiap 6 bulan dan mengemukakan kepada
Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
(Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian) sebelum 10 haribulan
pada bulan Julai (pencapaian bulan Januari sehingga Jun tahun
semasa) dan bulan Januari (pencapaian bulan Julai sehingga Disember
tahun sebelum). Sesalinan laporan hendaklah juga dikemukakan
kepada Pegawai Epidemiologi, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan
Kesihatan Negeri masing-masing. Pegawai Epidemiologi Negeri akan
memanjangkan kepada Pegawai Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4.5.2 Aktiviti Intervensi Lanjutan
Senarai pelajar yang terlibat dalam intervensi lanjutan untuk setiap
sekolah perlulah direkod dalam Borang PPIM 04-2016 iaitu Daftar
Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui
Perkhidmatan Pergigian Sekolah adalah SULIT (Apendiks J). Daftar ini
menyenaraikan pelajar-pelajar yang dikenalpasti sebagai perokok
semasa dan penglibatan mereka dalam intervens lanjutan. Maklumat
14
dalam borang ini adalah SULIT dan terhad kepada Pegawai Pergigian
dan pembantu yang mengendalikan intervensi lanjutan.
Laporan berkaitan murid-murid yang terlibat dalam intervensi lanjutan
dilaporkan melalui Borang PPIM 05-2016 iaitu berkaitan. Rekod
Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui
Perkhidmatan Pergigian Sekolah (Apendiks K). Rekod ini dikemukakan
selepas intervensi lanjutan selesai di sekolah tersebut. Rekod peringkat
daerah perlu dikemukakan ke peringkat negeri di Pejabat Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) setiap bulan sebelum 5
haribulan pada bulan yang berikutnya. Anggota terlibat di Pejabat
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) akan mengumpulkan
pencapaian setiap 6 bulan dan mengemukakan kepada Bahagian
Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum 10
haribulan pada bulan Julai (pencapaian bulan Januari sehingga Jun
tahun semasa) dan bulan Januari (pencapaian bulan Julai sehingga
Disember tahun sebelum). Sesalinan pencapaian hendaklah juga
dikemukakan kepada Pegawai Epidemiologi, Unit Penyakit Tidak
Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan.
15
Ringkasan Penyaluran Laporan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah.
Peringkat Aktiviti Saringan dan
Intervensi Ringkas
Aktiviti Intervensi Lanjutan Pegawai
bertanggungjawab
Sekolah Rekod status individu pelajar
di PG307 (diubahsuai)
Borang PPIM 03-2016
kemukakan kepada Pejabat
Pergigian Daerah sama seperti
laporan HIMS yang lain
Borang PPIM 04-2016
Borang PPIM 05-2016
Kemukakan kepada Pejabat
Pergigian Daerah selepas
intervensi lanjutan selesai di
sekolah
Pegawai Pergigian
/ Jururawat Pergigian
Daerah Borang PPIM 03-2016
kemukakan kepada Pejabat
TPKN(G) sebelum 5hb bulan
yang berikutnya. (Kes baru
hendaklah sama dengan
jumlah kes baru program
pergigian incremental dalam
Laporan HIMS daerah)
Borang PPIM 05-2016
kemukakan kepada Pejabat
TPKN(G) sebelum 5hb bulan
yang berikutnya.
Penyelia / Ketua
Jururawat Pergigian
yang menyediakan
Laporan HIMS
peringkat daerah
Negeri Borang PPIM 03-2016
kemukakan data setiap 6 bulan
kepada Bahagian Kesihatan
Pergigian, sesalinan kepada
Pegawai Epidemiologi, Unit
Penyakit Tak Berjangkit, JKN.
Bagi bulan Januari sehingga
Jun (hantar sebelum 10 Julai)
dan bagi bulan Julai sehingga
Disember (hantar sebelum 10
Januari tahun berikutnya)
Borang PPIM 05-2016
kemukakan data setiap 6
bulan kepada Bahagian
Kesihatan Pergigian,
sesalinan kepada Pegawai
Epidemiologi, Unit Penyakit
Tak Berjangkit, JKN. Bagi
bulan Januari sehingga Jun
(hantar sebelum 10 Julai)
dan bagi bulan Julai
sehingga Disember (hantar
sebelum 10 Januari tahun
berikutnya)
Penyelia Jururawat Unit
Promosi / anggota lain
yang menyediakan
Laporan HIMS
peringkat negeri
16
5.0 Apendiks
Apendiks A
Borang PPIM 01-2016
Rekod Saringan Merokok
Apendiks B
Borang PPIM 02-2016
Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan)
Apendiks C
Teknik Pendekatan 5R
Apendiks D
Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian
Apendiks E
Kaedah DEAD Pointer
Apendiks F
Borang Ujian Fagerstrom
Apendiks G
Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom dan Tindakan Susulan
Apendiks H
Modul Intervensi Lanjutan
Apendiks I
Borang PPIM 03-2016
Rekod Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan
Pergigian Sekolah
Apendiks J
Borang PPIM 04-2016
Daftar Intervensi Lanjutan Di Sekolah Program Saringan dan
Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Apendiks K
Borang PPIM 05-2016
Rekod Intervensi Lanjutan Program Saringan dan intervensi
Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah
17
Apendiks A Borang PPIM 01-2016
TAHUN
KELAS
STATUS MEROKOK
Perokok Semasa
Bekas Perokok
Perokok Pasif
Bukan Perokok
TANDA-TANDA MEROKOK
Bau Rokok
Stain Nikotin
Smoker’s Lip
Lelangit Perokok
KESEDIAAN UNTUK BERHENTI MEROKOK
Ya
Tidak
DIRUJUK UNTUK INTERVENSI LANJUTAN
Ya
Tidak
Format ini disediakan dalam bertuk cop bersaiz : 87mm (lebar) × 117mm (tinggi)
REKOD SARINGAN MEROKOK
18
Apendiks B Borang PPIM 02-2016
Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan)
Nama Pelajar: .............................................. Sekolah: .....................................
Untuk diisi oleh pelajar sewaktu intervensi lanjutan. (Merokok bermaksud menghisap
atau menghembus asap / wap hasil tembakau atau bahan-bahan lain).
Bagi soalan yang bertanda *, anda boleh memilih lebih dari satu jawapan.
1. Berapa lama anda telah merokok? _____bulan _____tahun
(rokok / rokok eletronik / sisha & lain-lain)
2. Berapa batang rokok anda hisap sehari @ berapa kali anda mengambil rokok eletronik / sisha / lain lain.................(nyatakan)?
_____batang / kali sehari
*3. Sumber mendapatkan bekalan rokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain :
Beli sendiri kongsi dengan
kawan
Melalui ahli keluarga
Melalui kawan-kawan Lain-lain : Nyatakan ___________
*4. Apakah faktor yang menyebabkan anda mula menghisap rokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain?
Pengaruh kawan Pengaruh keluarga yang merokok
Stres / tekanan perasaan Perasaan ingin mencuba
Lain-lain : Nyatakan ___________
*5. Di manakah biasanya anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?
Di rumah Di sekolah Di kompleks membeli-belah
Di kedai makan Di perhentian bas Lain-lain : ___________
*6. Pada waktu bilakah anda biasa merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain?
Ketika stres / tekanan Ketika waktu bosan / tiada aktiviti
Selepas makan Ketika lepak / santai bersama kawan
Sewaktu belajar Lain lain:______________________
*7. Dengan siapakah biasanya anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?
Seorang diri sahaja Bersama ahli keluarga
Bersama kawan Lain -lain:_____________________
19
8. Adakah ahli keluarga yang serumah dengan anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?
Tidak Ya : (Nyatakan siapa: _____________________)
9. Pernahkah anda cuba berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?
Tidak pernah Ya : (Berapa kali anda mencuba? ______ kali)
10. Adakah anda mahu berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain sekarang ?
Tidak Ya, saya mahu berhenti merokok
11. Adakah anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?
Tidak Ya
*12. Selain dari merokok, adakah anda pernah mencuba sebarang dadah jenis lain?
Tidak
Ya (Nyatakan)
Ketum Gam Ice / syabu /ectasy
Ganja Heroin Lain:__________
Skor ujian Fagerstrom : _____ markah
Tahap ketagihan nikotin : Rendah Sederhana Tinggi
20
Apendiks C
Teknik Pendekatan 5R (Teknik 5R)
Teknik 5R lazim digunakan bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti
merokok. Komponen 5R adalah seperti berikut:
1. Relevance Bantu perokok untuk mengenalpasti kenapa berhenti merokok
adalah satu tindakan yang sangat berkaitan dengan beliau.
Contohnya berkaitan kesihatan fizikal / emosi diri, kewangan,
hubungan keluarga/sosial dan sebagainya.
2. Risk Galakkan perokok untuk kenal pasti kesan-kesan buruk akibat
perbuatan merokok.
3. Rewards Galakkan perokok untuk kenal pasti kebaikan sekiranya beliau
berjaya berhenti merokok.
4. Roadblocks Bantu perokok untuk kenal pasti halangan yang mungkin
menyebabkan kesukaran untuk berhenti merokok. Senaraikan
halangan-halangan ini dan bincangkan cara-cara yang terbaik
untuk mengatasinya.
5. Repetition Gunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan motivasi
perokok agar terus cekal berusaha sehingga berjaya mencapai
status bebas tembakau. Ulangi nasihat dan mesej berhenti
merokok setiap peluang yang ada.
21
Apendiks D
Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian
Slaid 1
Slaid 2
22
Slaid 3
Slaid 4
Kanser payu dara
23
Slaid 5
Slaid 6
24
Slaid 7
25
Apendiks E
Kaedah DEAD Pointer
D - Delay (Melengahkan)
Sengaja melengah-lengahkan masa untuk menyalakan / menghisap rokok
dengan melakukan kerja lain sehingga rasa gian hilang
E - Escape (Melepaskan diri)
Contoh melakukan aktiviti di kawasan larangan merokok atau menghindarkan
diri dari kumpulan yang sedang merokok
A - Avoid (Mengelak)
Mengelak dari apa-apa kaitan dengan rokok
Tidak mengelak pekara yang dapat membantu berhenti merokok
D - Distract (Mengalihkan fikiran)
Teknik relaksasi – teknik pernafasan, urutan, meditasi
Fokus minda kepada pelajaran, hobi atau keluarga
Melakukan perkara lain seperti kerja sekolah, kerja-kerja rumah dan membantu
keluarga
26
Apendiks F
Borang Ujian Fagerstrom
Borang Penilaian Tabiat merokok
Nama Pelajar:................................... .............. Sekolah:.....................................
Sila pilih satu jawapan yang paling sesuai untuk setiap soalan berikut:
1.Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?
Dalam masa 5 minit (3)
6 hingga 30 minit (2)
31 hingga 60 minit (1)
Selepas 60 minit (0)
2.Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan
merokok? Contohnya di sekolah, kompleks membeli belah, perhentian bas
Ya (1)
Tidak (0)
3.Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?
Yang pertama di sebelah pagi (1)
Yang lain (0)
4.Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?
10 atau kurang (0)
11 hingga 20 (1)
21 hingga 30 (2)
31 atau lebih (3)
5.Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur
berbanding masa-masa lain sepanjang hari?
Ya (1)
Tidak (0)
6.Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di
atas katil untuk kebanyakan masa?
Ya (1)
Tidak (0)
Sila jumlah markah keseluruhan dengan mencampurkan semua markah dalam
kurungan, mengikut jawapan pilihan anda.
Skor ujian Fagerstrom : _____ markah
Tahap ketagihan nikotin : Rendah Sederhana Tinggi
27
Apendiks G
Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom Dan Tindakan Susulan
Markah ujian
Fagerstrom
Tahap ketagihan
Tindakan
0-3 markah
Ketagihan rendah
kepada nikotin
Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk
pelajar membuang tabiat merokok.
Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
Jika perlu rujuk kepada kaunselor sekolah
4-5 markah
Ketagihan sederhana
kepada nikotin
Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk
klien membuang tabiat merokok
Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
Perlukan terapi kaunseling lebih kerap mengikut
jadual yang ditetapkan atau kaunseling individu jika
perlu.
Rujuk kepada kaunselor sekolah jika perlu
6-10 markah
Ketagihan tinggi
kepada nikotin
(mungkin mengalami
gejala ketagihan /
gian yang kuat jika
berhenti merokok)
Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk
pelajar membuang tabiat merokok
Kaunseling secara individu
Perlukan kaunseling mengikut jadual yang ditetapkan
atau lebih kerap jika perlu
Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk rawatan lanjut
jika intervensi tidak berkesan
28
Apendiks H
Modul Intervensi Lanjutan
Program Pencegahan dan Intervensi Merokok dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Topik 1 Pengenalan: Mengenalpasti Pelajar Yang Merokok
Topik 2 Rokok dan Ketagihan
Topik 3 Bahaya Merokok & Asap Rokok (Perokok Pasif)
Topik 4 Kebaikan Tidak Merokok dan Persepsi Remaja Tentang Rokok
Topik 5 Peruntukan Undang-Undang dan Pandangan Islam Mengenai Merokok
Topik 6 Faedah Berhenti Merokok
Topik 7 Persiapan dan Kaedah Berhenti Merokok
Topik 8
Mengatasi Keinginan Untuk Merokok (Gian) dan Mengekalkan Status
Tidak Merokok (Relapse Prevention)
29
TOPIK 1: PENGENALAN: MENGENALPASTI PELAJAR YANG MEROKOK
1. AKTIVITI
Mengisi Borang Penilaian Tabiat Merokok Intervensi Lanjutan: Borang PPIM
02-2016 (Apendiks B) dan borang skor Fagerstrom (Appendiks F) untuk pelajar
yang dikenalpasti merokok
2. OBJEKTIF
i) Penilaian peserta
ii) Penilaian tabiat merokok
iii) Penilaian tahap ketagihan nikotin
3. MASA
30-60 minit
4. ALAT
i) Borang PPIM 02-2016 (Apendiks B)
ii) Borang Skor Fagerstrom (Apendiks F)
iii) Jadual interpretasi ujian Fagerstrom dan tindakan susulan (Apendiks
G)
5. LANGKAH
i) Fasilitator mengedarkan Borang Penilaian Tahap Merokok (PPIM 02-
2016) yang akan diisi oleh semua murid yang mengikuti Intervensi
Lanjutan. Jelaskan tujuan saringan dilakukan bagi tujuan kesihatan
dan bukan hukuman. Jika intervensi dibuat secara individu fasilitator
boleh mengisikan ringkasan penilaian tersebut untuk pelajar.
ii) Seterusnya edarkan borang skor Fagerstrom untuk diisi oleh murid
(ianya menilai status merokok dan tahap ketagihan kepada nikotin.
Jumlah skor hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Penilaian Tabiat
Merokok (PPIM 02-2016). Interpretasi tahap ketagihan nikotin adalah
seperti Apendiks G.
iii) Fasilitator memberi maklumat berkaitan tabiat merokok dan tahap
ketagihan nikotin dan membuat kesimpulan bersama murid.
iv) Fasilitator mengumpul data berkaitan intervensi dan memasukkan ke
dalam reten format yang disediakan.
v) Maklumat intervensi direkodkan dalam fail khas yang disediakan untuk
pelajar yang menjalani intervensi lanjutan.
30
TOPIK 2 ROKOK DAN KETAGIHAN
1. TOPIK
i) Kandungan dalam sebatang rokok dan asapnya
ii) Nikotin dan kesan ketagihan
2. OBJEKTIF
i) Peserta akan dapat memahami kandungan rokok
ii) Mengetahui faktor utama yang menyebabkan ketagihan.
3. KAEDAH
i) Ceramah
ii) Perbincangan / Latihan dalam Kumpulan
4. PRA DAN POS UJIAN (Ikut kesesuaian peringkat umur pelajar)
Arahan: Sila tandakan ( ) pada petak yang disediakan bagi jawapan yang
betul.
i) Di antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok yang
manakah menyebabkan ketagihan?
Tar
Plumbum
Ammonia
Nikotin ()
Karbon monoksida
ii) Lima (5) kesan-kesan ketagihan rokok
Murung ()
Mengantuk ()
Lesu ()
Ceria
Gian ()
Cergas
Resah gelisah ()
Waras
Berubah selera makan (selera meningkat)
Kurang tumpuan
31
5. NOTA FASILITATOR
i) Jenis Rokok Dan Kandungannya:
Produk hasil tembakau yang terdapat dalam pasaran :
Tidak terbakar (smokeless tobacco) : e-cigarette, tembakau
kunyah / hisap
Terbakar (combustible tobacco) : rokok, rokok gulung, cerut,
rokok paip shisha, bidis
Rajah 2.1:Produk hasil tembakau
Rokok Rokok Gulung / Daun Cerut
Bidis Tembakau kunyah Shisha
Tembakau snuf / snuf Rokok elektronik Paip
32
ii) Kandungan Rokok Dan Asapnya
7000 bahan kimia
300 bahan toksik
81 bahan penyebab kanser
Rajah 2.2 Antara bahan-bahan kimia di dalam rokok / asap rokok
iii) Bahan-Bahan Berbahaya Dalam Rokok:
Rajah 2.3 Bahan-bahan merbahaya dalam rokok
Karbon dioksida, nitrogen dioksida,
hidrogen sianida, aseton
KARBON MONOKSIDA
NIKOTIN, amonia, kresol, metanol, metopren, kadmium,
arsenik, sianida
Toluena, TAR, DDT, formaldehida, butana, logam berat, nitrosamina,
uretana
33
iv) Nikotin Dan Kesan Ketagihan:
Nikotin:
Adalah sejenis dadah yang terdapat dalam tembakau
Bahan yang menyebabkan perokok sukar untuk berhenti
merokok
Sampai ke otak dalam masa 7-10 saat selepas disedut
Menyebabkan ‘kebergantungan fizikal’ - ketagihan
Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan,
koma atau maut
Kesan fizikal:
Meningkatkan degupan jantung
Meningkatkan tekanan darah
Penyempitan salur darah
Meningkatkan paras asid dalam perut
Meningkatkan paras kolesterol dalam darah (LDL)
Pernafasan menjadi cepat dan pendek
Kesan Fisiologi:
Nikotin bertindak merangsang pengeluaran bahan kimia dalam sistem
saraf dan tubuh badan yang menghasilkan kesan fisiologi seperti di
dalam Rajah 2.4:
Rajah 2.4 Pencetus neuro hasil rangsangan nikotin dan kesan-kesannya.
Dopamin Kenikmatan, penekanan selera makan
Norepinefrin Rangsangan, penekanan selera makan
Nikotin Asetikolina Rangsangan, peningkatan kognitif
Glutamat Pembelajaran, peningkatan daya
ingatan
Serotonin Modulasi ‘mood’, penekanan selera
makan
Endorfin-β Pengurangan kebimbangan dan
ketegangan
Asid aminobutirik-gama
Pengurangan kebimbangan dan
ketegangan (gamma – aminobutyric
acid; GABA)
34
Pada peringkat awal, merokok memberi kesan selesa dan seronok
akibat dari rangsangan Dopamin yang dikeluarkan oleh otak. Lama
kelamaan, kebergantungan akan berlaku di mana perokok akan terus
merokok untuk mengatasi masalah ketagihan nikotin.
v) Konsep ketagihan
Seseorang menjadi ketagih merokok jika mengalami gejala berikut :
Toleran - Keperluan untuk meningkatkan pengambilan rokok
bagi mendapatkan kesan yang sama dengan yang sebelumnya
Rokok perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih
kerap berbanding sebelumnya.
Keinginan merokok adalah di luar kawalan perokok
Sindrom Tarikan - Timbul tanda-tanda seperti kegelisahan,
keresahan atau cepat marah akibat kekurangan jumlah nikotin
dalam badan.
Perokok perlu merokok bagi meningkatkan semula jumlah
nikotin dalam badan.
Sanggup menghabiskan wang dan masa bagi memenuhi
keperluan.
Menjejaskan pelajaran, pekerjaan dan pergaulan.
Tahu tentang bahaya rokok tetapi tidak mampu berhenti kerana
kebergantungan yang kuat terhadap nikotin.
vi) Rajah Putaran ketagihan
Rajah 2.5 Putaran ketagihan nikotin akibat merokok
35
vii) Tar Dan Kanser
Tar terhasil sewaktu pembakaran tembakau di dalam rokok. Ini
bermakna merokok akan menghasilkan tar di dalam asap rokok.
Tar adalah sangat toksik dan akan merosakkan tisu paru-paru
perokok di dalam jangka masa panjang.
Tar juga menyebabkan penurunan kesihatan oral dengan
menghitamkan gigi, merosakkan gusi dan mengurangkan
sensitiviti deria rasa lidah.
Tar mengandungi pelbagai bahan mutagenik (merosakkan
DNA di dalam sel) dan karsinogenik (menyebabkan kanser)
seperti Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH), benzene,
acrylamide and acrylonitrile.
Merokok (secara aktif atau pasif) akan menyebabkan sel paru-
paru terdedah kepada bahan-bahan ini dan meningkatkan risiko
mendapat kanser.
viii) Karbon Monoksida Dan Masalah Kesihatan
Karbon monoksida adalah gas tanpa warna yang terhasil akibat
pembakaran bahan yang mengandungi asas karbon seperti
tembakau.
Karbon monoksida diserap dengan cepat ke dalam saluran
darah dan terikat dengan molekul hemoglobin di dalam sel
darah merah.
Hemoglobin bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke
seluruh tubuh badan, tetapi karbon monoksida bersaing dengan
oksigen ke atas reseptor di hemoglobin.
Akhirnya sel darah merah tidak mampu membawa oksigen
sepenuhnya dan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat
untuk memastikan sel-sel menerima oksigen di seluruh tubuh
badan.
Merokok adalah penyebab utama tahap karbon monoksida
tinggi dalam darah dan perokok mempunyai tahap karbon
monoksida 10 kali ganda daripada bukan perokok.
Rajah 2.6 Karbon monoksida bersaing dengan Oksigen untuk molekul hemoglobin
di dalam sel darah merah
36
TOPIK 3 BAHAYA MEROKOK & ASAP ROKOK (PEROKOK PASIF)
1. TOPIK:
i) Padah merokok kepada pelajar / individu
ii) Penyakit yang dikaitkan dengan merokok
iii) Bahaya asap rokok basi (perokok pasif)
2. OBJEKTIF:
i) Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar / individu
ii) Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok
iii) Memahami kesan bahaya yang dihadapi oleh perokok pasif
3. KAEDAH:
i) Informasi dan perbincangan
ii) Perbincangan kumpulan kecil
4. PRA DAN POS UJIAN:
i) Pilih beberapa kesan akibat merokok terhadap pelajar
Mengheret ke arah dadah dan alkohol ()
Meningkatkan keterampilan diri
Melanggar disiplin sekolah ()
Disukai keluarga dan kawan
Menjejaskan prestasi pelajaran ()
Menjejaskan stamina ()
Menjejaskan penampilan diri ()
Cergas dalam sukan
Cemerlang dalam pelajaran
ii) Tiga (3) jenis penyakit akibat merokok
Kanser ()
Demam kencing tikus
Angin ahmar ()
Demam denggi
Penyakit jantung ()
37
5. NOTA FASILITATOR
i) Bahaya Merokok
Merokok adalah langkah pertama ke arah:
Penyalahgunaan dadah : 90% penagih dadah bermula dengan
rokok
Pengambilan alkohol : 70% penyalahgunaan alkohol bermula
dengan rokok
Masalah disiplin sekolah:
a) Ponteng
b) Vandalisme
c) Gangsterisme
d) Menjejaskan prestasi akademik dan ko-kurikulum
Stamina menurun: Kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah
Menjejaskan penampilan diri:
a) Selekeh / comot
b) Nafas berbau
c) Smoker’s lip – bibir gelap / hitam disebabkan merokok
d) Gigi kuning
Batuk
Mempercepatkan proses penuaan (kelihatan lebih tua):
a) Kulit cepat berkedut
b) Rambut cepat beruban
Menjejaskan kesuburan perempuan dan lelaki (mati pucuk)
Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran
janin
Pendek umur / kematian pra-matang secara purata, perokok
kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa
Menghidap penyakit-penyakit akut
Penyakit radang gusi
Jangkitan saluran pernafasan
Menghidap penyakit-penyakit kronik (keterangan lanjut di muka
surat seterusnya)
38
ii) Penyakit-Penyakit Kronik Yang Dikaitkan Dengan Merokok
Penyakit kanser:
Rajah 3.1 Penyakit Kanser
Kanser mulut dan lidah (3-15 kali ganda risiko)
Paru-paru (7-15 kali ganda risiko) Kanser payu dara
Kanser perut (2 kali ganda risiko) Kanser hati
39
Penyakit-penyakit kronik lain:
Rajah 3.2 Penyakit-penyakit Kronik
Penyakit paru-paru kronik seperti ‘emphysema’ (10-20 kali ganda risiko)
Serangan sakit jantung (1.5 - 3 kali ganda risiko)
Kebutaan
Angin ahmar / strok
Kerosakan buah pinggang
Penyakit periodontal
40
iii) Perokok Pasif Dan Bahaya Asap Rokok Pasif
Definisi perokok pasif
Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok.
Definisi oleh World Health Organization (WHO): Seseorang yang
terdedah kepada asap rokok selama sekurang-kurangnya15 minit
dalam masa 2 hari seminggu
Rokok yang menyala mengeluarkan 2 jenis asap iaitu:
a) Asap aliran utama (main-stream): asap yang dihembus
keluar oleh perokok
b) Asap aliran sisi (side-stream smoke): asap yang
dibebaskan di hujung puntung rokok yang terbakar
Kombinasi asap aliran utama dan asap aliran sisi dikenali sebagai
asap rokok pasif
Rajah 3.3 Jenis asap aliran rokok
Asap rokok aliran sisi tidak tertapis dan terhasil oleh proses
pembakaran yang tidak sempurna. Kandungan bahan kimia dalam
asap rokok sisi umumnya lebih tinggi berbanding asap rokok aliran
utama.
Asap aliran utama
Asap aliran sisi
41
Di antaranya :
i) 2 X ganda kandungan Nikotin
ii) 3 X ganda kandungan Tar
iii) 5 X lebih tinggi kandungan Karbon Monoksida (CO)
iv) 50 X lebih tinggi kepekatan bahan kimia yang boleh
menyebabkan kanser
Rajah 3.4 Asap rokok basi adalah sangat berbahaya kerana tiada tahap selamat
terhadap pendedahannya
Risiko kesihatan perokok pasif
i) 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
ii) 25% lebih tinggi mendapat sakit jantung
iii) Penyakit asma / lelah bertambah teruk
iv) Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi di
dalam kandungan
v) Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan/atau pra-
matang
vi) Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan
keguguran janin
vii) Meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser payu
dara
viii) Kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan
salur pernafasan dan jangkitan kuman di telinga
ix) Mengganggu pertumbuhan paru-paru kanak-kanak.
Asap Aliran Sisi
(70%)
Asap Aliran Utama dihembus
keluar (80%)
Asap Rokok
Pasif/basi
Asap Aliran Utama disedut
(30%)
Masuk paru-paru (20%)
42
Orang-orang di sekeliling perokok akan mengalami impak negatif
apabila mereka menghisap asap rokok basi.
Kajian mendapati bahawa:
Mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun,
adalah 30% lebih mudah mendapat demensia (nyanyuk)
berbanding dengan golongan yang tidak pernah tinggal
bersama perokok.
Meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi
golongan berisiko tinggi berpenyakit jantung.
Rajah 3.5 Anggaran kematian akibat terdedah kepada asap basi di seluruh dunia
Rajah 3.6 Risiko kesihatan berkaitan dengan perokok pasif
43
TOPIK 4: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG
ROKOK
1. TOPIK
i) Kebaikan tidak merokok
ii) Persepsi remaja tentang merokok
2. OBJEKTIF
i) Mengetahui kebaikan tidak merokok
ii) Mengetahui persepsi salah remaja tentang merokok dan fakta
sebenarnya
3. KAEDAH
i) Ceramah
ii) Perbincangan
4. PRA DAN POS UJIAN
i) Lima (5) kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok:
Kelihatan lebih segak ()
Membosankan
Dapat menjimatkan wang ()
Gagal dalam pelajaran
Tidak dapat menumpukan pada pelajaran
Lebih ceria dan riang ()
Runsing dan gelisah
Lebih sihat, cergas dan berstamina ()
Berpotensi mencapai kecemerlangan akademik ()
ii) Berikut adalah persepsi remaja tentang tabiat merokok. Sila tandakan
sama ada persepsi tersebut betul atau pun salah.
Betul Salah
Merokok melambangkan kedewasaan
Merokok memudahkan seseorang mendapat kawan
Merokok merupakan sumber ilham
Merokok melambangkan kehebatan (macho)
Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan
44
5. NOTA FASILITATOR
i) Kebaikan Berhenti / Tidak Merokok
Lebih segak
Matang
Berketerampilan
Keyakinan diri tinggi
Perawakan yang menarik
Kecemerlangan akademik
Lebih cergas dan berstamina
Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
Sentiasa ceria
Lebih disenangi orang lain
Lebih wang saku dan dapat berjimat cermat
ii) Persepsi Tentang Merokok
Ramai pelajar masih mempunyai persepsi yang salah tentang perbuatan
merokok. Ianya mungkin akibat propaganda syarikat rokok atau pemerhatian
mereka yang tidak berdasarkan fakta yang benar. Jadual 4.1 menunjukkan
persepsi yang sering di dalam pemikiran pelajar yang merokok. Perbincangan
bersama dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang fakta sebenar
perbuatan merokok.
Jadual 4.1 Persepsi remaja yang salah tentang merokok
Bil Persepsi salah Fakta sebenar
1. Merokok melambangkan
kedewasaan
Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan
dewasa. Kedewasaan bukan diukur dengan perbuatan
merokok.
Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri
sendiri.
2. Dengan merokok
seseorang itu mudah
dapat kawan
Apa guna mendapat kawan sekiranya memberi pengaruh
negatif terhadap anda.
Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat ramai kawan
yang baik kerana majoriti remaja tidak merokok.
3. Merokok boleh
mengekalkan
kelangsingan badan
Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan
badan.
45
Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan
pemakanan yang sihat.
Ini akan menjadikan remaja lebih sihat dan terhindar daripada
berbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan
lain-lain.
4. Merokok melambangkan
kehebatan (macho) bagi
lelaki dan bergaya (trendy)
untuk perempuan
Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu
yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan.
Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan
nafas berbau busuk.
5. Merokok merupakan
sumber ilham
Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya
sekadar meredakan ketagihan.
Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat
berfikir secara produktif.
46
TOPIK 5: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM
MENGENAI MEROKOK
1. TOPIK
i) Peruntukan undang-undang
ii) Pandangan Islam mengenai merokok
2. OBJEKTIF
i) Mengetahui undang-undang berkaitan
ii) Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam
iii) Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok
3. KAEDAH
i) Perbincangan dan informasi
ii) Roleplay
4. PRA DAN POS UJIAN
Jumlah denda boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah Peraturan 13,
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011, sekiranya
disabitkan kesalahan memiliki, menguyah dan merokok:
a) RM 100
b) RM 500
c) RM 1000 ()
d) RM 1500
e) RM 2000
47
5. NOTA FASILITATOR
i) Peruntukan Undang-Undang Mengenai Merokok:
Di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 2004 (Pindaan 2011)
Melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di
bawah 18 tahun
Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok,
mengunyah, membeli atau mempunyai hasil tembakau
Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan
sebagai kawasan larangan merokok.
Remaja-remaja yang di dapati bersalah di bawah peraturan ini
boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM 1000.00.
Namun, biasanya kompaun ditawarkan sebanyak RM50,
sebelum kes dibawa ke mahkamah.
Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan
merokok dan sebaiknya berhenti merokok.
ii) Kawasan-Kawasan Larangan Merokok
Beberapa kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan
merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
2004 (Pindaan 2011) iaitu:
Hospital dan klinik (Kerajaan dan Swasta)
Pusat hiburan dan teater
Lif atau tandas awam
Tempat makan atau kedai berhawa dingin
Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
Di dalam mana-mana bangunan yang diwartakan oleh Menteri
Sekolah dan Institusi Pendidikan (Kerajaan dan Swasta)
Lapangan terbang
Premis kerajaan
Dewan Orang Ramai
Bas Sekolah
Tadika, taman asuhan kanak-kanak
Kaunter perkhidmatan awam:
a) Bank atau institusi kewangan
b) Tenaga Nasional Berhad
c) Pos Malaysia Berhad
d) Telekom Malaysia Berhad
Kompleks membeli-belah serta kaki limanya
Kompleks sukan
48
Stadium
Stesen minyak.
Kem PLKN
Kafe internet
Perpustakaan
Bangunan tujuan keagamaan.
Tempat kerja berhawa dingin dengan sistem hawa dingin
berpusat
Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di lebuhraya
iii) Pandangan Agama Mengenai Merokok
Hukum merokok dalam Islam adalah haram. Berikut adalah fatwa dan
nas yang menyokong pandangan ini:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada
23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa:” Merokok
adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya
terdapat kemudaratan”.
Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara
kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila
digunakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia
adalah diharamkan seperti firman Allah: ‘...Dan janganlah kamu
mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan...’ Al
Baqarah:195
‘...Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau,
maka merokok diputuskan sebagai haram...’ Sheikh Abdul Aziz
Abdullah bin Bazz, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi
Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi
‘...Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya,
mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan di dalamnya...’
Ulama Al-Azhar Lujnah (fatwa di Al-Azhar)
‘...Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan
tujuan apa pun akan merosakkan kesihatan dan merugikan
wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit.
Justeru itu berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah
diharamkan...’ Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar
Masjid Al-Azhar.
‘...menghisap rokok adalah haram dalam Islam...’ Fatwa oleh
Bekas Mufti Mesir. Dr Nasr Farid Wasil.
49
Hukum agama boleh menjadi satu faktor dorongan untuk berhenti
merokok. Pelbagai agama-agama utama yang lain juga menyokong
bahawa merokok adalah tidak digalakkan kerana mendatangkan
kemudaratan.
Agama Hindu menganggap merokok sebagai perbuatan
meracuni tubuh badan dan tidak sepatutnya diamalkan.
Di dalam agama Sikh, Guru Gobind Singh melarang
pengikutnya dari merokok. Tembakau dinamakan ‘jagat jhoot’
atau ‘penipuan dunia’.
Penganut Buddha digalakkan agar mengamalkan cara hidup
sihat dengan tidak merokok. Malah, di Bhutan, mana-mana
sami Buddha yang didapati merokok akan dipenjarakan.
50
TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK
1. TOPIK
Faedah berhenti merokok
2. OBJEKTIF
Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok
3. KAEDAH
Perbincangan
4. PRA DAN POS UJIAN
i) Nyatakan lima (5) kebaikan fisiologi dengan berhenti merokok
Sistem darah akan bersih daripada nikotin ()
Kandungan oksigen tidak akan meningkat dalam darah
Tekanan darah akan naik dengan mendadak
Denyutan nadi akan balik ke paras normal ()
Bertambah berat badan
Kesuburan lelaki dan wanita berfungsi baik ()
Muka nampak cengkung
Karbon monoksida akan berkurangan daripada tubuh ()
Berkurangnya risiko mendapat penyakit kardiovaskular ()
ii) Nyatakan lima (5) kebaikan psiko sosial apabila berhenti merokok
Terlepas daripada belenggu ketagihan ()
Meningkatkan keyakinan diri ()
Tidak disayangi oleh keluarga atau kawan-kawan
Prestasi akademik dan ko-kurikulum akan meningkat ()
Membentuk imej baru yang matang dan bergaya ()
Sentiasa ketagih
Kurang cerdas dalam pelajaran
Menjadi tauladan yang baik kepada seisi keluarga dan rakan
()
Tidak berkeyakinan
iii) Nyatakan dua (2) kebaikan ekonomi dengan berhenti merokok
Perbelanjaan merawat penyakit akibat merokok dapat
dijimatkan ()
Harga rokok akan dinaikkan
Dapat menjimatkan wang yang dibazirkan ()
Penanam tembakau akan kehilangan mata pencarian
51
5. NOTA FASILITATOR
i) Kesan Positif Pada Fisiologi Selepas Berhenti Merokok
Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula pulih
secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem
badan anda akan turun secara mendadak dan jantung serta paru-paru
anda akan membaik pulih kerosakan yang disebabkan oleh rokok.
Jadual 6.1 di bawah menerangkan perubahan drastik yang berlaku
dalam badan anda selepas anda berhenti merokok:
Jadual 6.1 Perubahan dalam badan selepas berhenti merokok
TEMPOH
BERHENTI
PERUBAHAN DALAM BADAN
Hari 1
Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida
telah disingkirkan daripada badan anda.
Hari 2
Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan. Deria rasa dan
bau anda juga bertambah peka
2 hingga 3 minggu Kesan gian rokok telah hilang.
3 minggu Lapisan silia, unjuran berupa rerambut dalam peparu anda mula
menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam paru-paru . Ini
menyebabkan anda batuk untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut
1 bulan Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana
pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah baik.
2 bulan Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka
suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.
1 tahun Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding
dengan seseorang yang masih merokok.
10 hingga 15 tahun Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti
mereka yang tidak pernah merokok.
10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru
adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih
merokok
52
ii) Kesan Psikososial
Terlepas daripada belenggu ketagihan
Keyakinan pada diri akan meningkat
Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-kurikulum
akan meningkat
Kehidupan akan lebih ceria
Kelihatan lebih tampan dan kemas
Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya
Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan
juga rakan-rakan
Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain yang
kebanyakannya tidak merokok
iii) Faedah Ekonomi
Banyak wang dapat dijimatkan
Jadual 6.2 Jumlah wang yang dapat dikumpulkan sekiranya berhenti merokok
Batang rokok 10 20 30 40
Kos rokok sehari
1 minggu (RM)
Satu bulan (RM)
Satu tahun (RM)
5 tahun (RM)
10 tahun (RM)
3.40
23.80
95.20
1,142.40
5,712.00
11,424.00
6.80
47.60
190.40
2,284.80
11,424.00
22,848.00
10.20
71.40
285.60
3,427.20
17,136.00
34,272.00
13.60
95.20
380.80
4,569.60
22,848.00
45,696.00
Dengan berhenti merokok, risiko mendapat penyakit dapat
dikurangkan dan kos rawatan penyakit akibat merokok dapat
dijimatkan.
Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan.
10% daripada kebakaran rumah berpunca daripada puntung
rokok yang menyala.
53
TOPIK 7: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK
1. TOPIK
i) Persiapan berhenti merokok
ii) Kaedah berhenti merokok
2. OBJEKTIF
i) Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok
ii) Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok
3. KAEDAH
i) Perbincangan
ii) Isi fail individu:
Sebab ingin berhenti merokok
Faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok
4. PRA DAN POS UJIAN
Tiga (3) perkhidmatan yang boleh diperolehi untuk membantu perokok
menghindari tabiat merokok adalah:
i) Melalui kaedah kaunseling ()
ii) Mendapatkan pertolongan daripada pekilang rokok
iii) Mendapatkan perkhidmatan rawatan gantian nikotin ()
iv) Mendapatkan perkhidmatan bomoh
v) Dapatkan rawatan daripada Klinik Berhenti Merokok ()
vi) Membakar kilang rokok
54
5. NOTA FASILITATOR
i) Persiapan Awal Berhenti Merokok
Cara untuk berhenti merokok
Terdapat 2 cara untuk berhenti merokok: Ianya mungkin bergantung
kepada tahap ketagihan dan penggunaan rokok
a) Berhenti merokok secara serta-merta
b) Berhenti secara beransur-ansur
Tarikh Berhenti Merokok (Quit date)
a) Tentukan tarikh untuk berhenti merokok –
b) Catat dalam diari / telefon pintar / kalendar
c) Pilih hari yang penting dan personal, contohnya tarikh
hari lahir diri sendiri, ibu bapa, WNTD, Merdeka dan
kenalpasti tarikh yang penting. Tarikh Berhenti Merokok
adalah sangat penting dan personal kepada perokok
kerana ianya adalah tarikh yang akan diingati dan sangat
bermakna.
Tips untuk pemilihan Tarikh Berhenti Merokok:
a) Beri tiga pilihan tarikh yang sesuai
b) Jangan biarkan terlalu lama untuk berhenti merokok
c) Sebagusnya di dalam tempoh 2 – 4 minggu dari tarikh
perbincangan
Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti (fading
day)
Bagi yang memilih untuk berhenti secara beransur-ansur,
perkara berikut boleh dilakukan dalam masa 2-4 minggu
sebelum tarikh berhenti merokok:
Pelan berhenti - gunakan kaedah STAR (Set, Tell, Anticipate,
Remove)
a) Set - Menentukan tarikh berhenti merokok
Sebaik-baiknya tarikh berhenti dalam tempoh 2 minggu
selepas membuat keputusan untuk berhenti
b) Tell - Memberitahu;
55
Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan
dengan memaklumkan tarikh klien akan berhenti
merokok. Cuba dapatkan sokongan dari rakan-rakan
yang rapat dan boleh bawa rakan-rakan yang rapat
dalam sesi kaunselling.
c) Anticipate challenges – Menjangka cabaran/rintangan
yang akan dihadapi apabila berhenti merokok
Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum
berhenti
Memahami tanda-tanda dan cara untuk mengatasi masalah
gian apabila berhenti merokok
Amalkan kaedah DEAD Pointers (Apendiks D) untuk
mengatasi cabaran
Memahami situasi yang mendorong pelajar menyalakan rokok
dan bagaimana mengatasinya (Jadual 7.1)
Jadual 7.1 Menjangka situasi yang akan menyebabkan pelajar merokok semula dan
bagaimana untuk mengatasinya
Situasi Bagaimana mengatasi (Sesi perbincangan bersama
pelajar untuk mencari penyelesaian)
Bersama kawan-kawan
yang merokok
Elakkan dari terlibat dalam situasi berkenaan
Beritahu rakan-rakan anda tidak lagi merokok
Cekalkan hati untuk tidak merokok
Ahli keluarga yang
merokok
Alihkan perhatian – lakukan perkara lain
Ingatkan ahli keluarga yang merokok, asap rokok
membahayakan kesihatan diri sendiri dan ahli
keluarga yang lain
Ajak ahli keluarga untuk sama-sama berhenti merokok
Boleh buat ‘kad cinta’ untuk ayah yang merokok
Kawan yang memberikan
rokok percuma
Ingatkan rakan anda bahawa anda tidak lagi merokok
Minta rakan hormati pilihan anda untuk tidak merokok
Alihkan perhatian / buat perkara lain sementara rakan
sedang merokok
Galakkan rakan untuk sama-sama berhenti merokok
Situasi yang
mendatangkan stres dan
tekanan seperti
peperiksaan
Gunakan kaedah DEAD Pointers
Berbincang masalah dengan kawan-kawan, guru dan
ahli keluarga
Doa, sembahyang, meditasi bagi tingkatkan semangat
Melakukan teknik-teknik relaksasi
Mendapatkan masa tidur yang mencukupi
56
Membuang tabiat
merokok di dalam rutin
harian seperti pada
waktu pagi
Lakukan carta merokok dalam sehari dan lihatlah
waktu mana anda biasa merokok dan kenapa anda
merokok
Setelah mengenalpasti bila dan kenapa anda
merokok, cuba buangkan rutin merokok satu-persatu,
dimulakan dengan yang mudah dibuang dahulu (e.g.
seperti selepas makan).
d) Remove - Buangsemua perkara yang boleh
mengingatkan anda kepada rokok
Buang rokok yang ada dalam simpanan,
Buang barang-barang yang berkaitan e.g. bag / topi / t-shirt /
selaput telefon yang berkait dengan jenama rokok
Sembunyikan atau buangkan saja bekas abu rokok dan pemetik
api yang ada di dalam rumah, dalam kereta
ii) Aktiviti Lain Yang Perlu Dilakukan
Minum lebih banyak air (air masak)
Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) untuk
membuang tabiat tangan dan mulut yang sudah biasa
menghisap rokok, dan juga untuk meningkatkan pengeluaran
air liur
Mulakan bersenam / tingkatkan aktiviti senaman
Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan
baca setiap malam sebelum tidur
Wujudkan rumah, sekolah atau persekitaran bebas asap rokok
iii) Bantuan pada hari berhenti merokok (on Quit day)
Klien dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari
berhenti:
Buang semua rokok, mancis, tempat habuk rokok
Tukar rutin yang berkaitan dengan rokok seperti:
a) Tukar minum kopi kepada minuman lain yang tiada
kafein contohnya susu/air suam
Jangan kunjungi kedai di mana anda sering membeli rokok
Jangan bersama kawan-kawan yang merokok
Basuh semua baju yang berbau rokok
Jauhi tempat di mana ramai orang merokok
Berada di kawasan larangan merokok
57
Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam.
Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang anda
suka
Jumpa doktor gigi untuk membersihkan kesan merokok pada
gigi
iv) Tanda-Tanda Awal Apabila Berhenti Merokok
Apabila pelajar berhenti merokok, beliau mungkin akan mengalami
tanda-tanda berikut:
Pening atau ringan kepala. Ini disebabkan oleh penurunan
paras karbon monoksida dan peningkatan paras oksigen dalam
darah / otak.
Kebas di tangan dan kaki yang disebabkan oleh pengaliran
darah yang lebih baik.
Batuk – berfungsi untuk membuang lendir di salur pernafasan.
Selera makan bertambah kerana deria bau dan rasa yang
semakin baik.
Mulut menjadi tawar atau payau dan terjadi luka-luka kecil
kerana pertukaran organisma di dalam mulut.
Sembelit – tembakau mempunyai kesan laksatif (laxative)
Perasaan gian kerana paras nikotin ke otak berkurangan
Gelisah, cepat marah dan kurang tumpuan disebabkan oleh
kesan ketiadaan rangsangan nikotin dan pertukaran tabiat.
Semua tanda-tanda di atas adalah sementara semasa di peringkat
awal berhenti merokok. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa
kesihatan perokok akan menjadi bertambah baik dan ianya adalah
sebagai proses pemulihan dan penyesuaian kepada gaya hidup sihat
tanpa rokok.
v) Tanda-tanda gian / withdrawals
Kegelisahan
Cepat marah
Tiada mood / tidak bersemangat
Kurang tumpuan
Hilang sifat sabar
Susah tidur
Nadi menjadi perlahan
Selera makan meningkat
58
vi) Bagaimana menangani masalah gian (boleh juga rujuk kaedah
DEAD Pointer – Apendiks D)
Perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan
perasaan gian terhadap rokok:
Fahami bahawa gejala gian / withdrawal symptoms ini boleh
dialami sehingga sampai 10 minggu selepas berhenti merokok
Apabila timbul rasa gian, ingat bahawa perasaan ini akan hilang
dalam masa beberapa minit sahaja. Lihat jam dan anda akan
menyedari perasaan gian ini akan hilang selepas 3 – 5 minit
sahaja.
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula (sugar
free gum), makanan ringan tanpa lemak, buah-buahan dan lain-
lain.
Membuat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain
komputer, mengait, melukis dan sebagainya.
Membuat pekerjaan di mana merokok adalah menyusahkan
seperti membuat kerja sekolah, bersukan, membuat kerja
rumah, mandi atau beriadah.
Jangan duduk diam tanpa melakukan sesuatu atau menonton
TV terlalu lama.
Melakukan teknik-teknik relaksasi seperti bersolat, berwirid,
meditasi dan lain-lain.
vii) Kaedah Untuk Berhenti Merokok
Kaedah tanpa menggunakan ubatan / non-farmakologi
Kaedah tanpa farmakologi merangkumi semua kaedah selain
daripada penggunaan ubat. Ini termasuk pendekatan kerohanian,
terapi tingkah laku dan sebagainya.
Beberapa cara boleh diguna pakai seperti:
Amalkan pemikiran positif serta ingatkan diri bahawa banyak manfaat
boleh diperolehi dengan membuat keputusan berhenti merokok.
a) Meningkatkan kesihatan badan, stamina dan tenaga
b) Menurunkan risiko mendapat sakit: gigi kuning berkarat,
karang gigi, kulit cepat kendur, kulit berjerawat, gusi
bengkak, nafas berbau busuk, kuku/bibir hitam, batuk,
asma, ulser, kanser mulut (use good body image to stop
smoking)
59
c) Mewujudkan rumah dan sekolah tanpa pencemaran
asap rokok
d) Sikap dan tauladan yang baik
e) Menjimatkan kewangan
f) Melindungi orang sekitar anda dari penyakit akibat asap
rokok basi
Kaedah menggunakan ubatan/ farmakologi
Kaedah ini akan diguna pakai di bawah pengawasan Pegawai
Perubatan. Walau bagaimanapun rawatan farmakologi
biasanya diberikan kepada perokok berumur 18 tahun ke atas
sahaja. Bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk berhenti
merokok dengan cara kaunseling dan kaedah tanpa ubat,
beliau boleh dirujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik
Kesihatan yang berdekatan, dengan persetujuan ibu bapa
pelajar.
60
TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN
MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK (RELAPSE
PREVENTION)
1. TOPIK
i) Mengatasi keinginan untuk merokok/gian
ii) Mengekalkan status tidak merokok
2. OBJEKTIF
i) Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya
ii) Mengetahui kaedah mengekalkan status tidak merokok / keinginan
untuk merokok semula.
iii) Mengetahui cara melindungi diri daripada tabiat merokok
3. KAEDAH
i) Perbincangan
ii) Roleplay
4. PRA DAN POS UJIAN
Tiga (3) cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam amalan
merokok
a) Melepak
b) Sentiasa mengikuti ajaran agama dan kerohanian ()
c) Sentiasa menonton filem kartun
d) Melengkapkan diri dengan fakta-fakta tentang bahaya rokok ()
e) Menjadi kutu rayau
f) Melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti persatuan ()
61
5. NOTA FASILITATOR
i) Cara Mengatasi Keinginan Untuk Merokok Semula / Gian
Jadual 8.1 Gunakan petua 12 M untuk mengatasi keinginan untuk merokok
Melengahkan
Melambat-lambatkan mencari rokok atau tunggu
sekurang- kurangnya 5 minit sebelum menyalakan
rokok.
Menarik nafas panjang
Tarik nafas secara dalam (deep breathing), tahan
selama 5 saat dan lepaskan perlahan–lahan.
Minum air Minum banyak air kosong dan jus buah – buahan.
Elakkan minuman berkafein, manis atau beralkohol.
Membuat sesuatu Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada
rokok
Mandi dan membasuh
tangan
Basuh tangan setiap kali terasa ingin merokok
Mengunyah sesuatu Bila terasa ingin merokok – kunyah sesuatu
menggantikan rokok.
Simpan bahan gantian (makanan - oral substitutes)
seperti kuaci, epal, kismis, gula-gula getah tanpa gula di
rumah / sekolah
Melakukan senaman
regangan
Bergerak dan lakukan senaman regangan atau lenturan
Memohon doa Berdoa agar dikuatkan semangat untuk menempuhi
percubaan berhenti merokok
Berdoa agar berjaya menjadi bekas perokok tanpa
ketagihan nikotin lagi
Menjauhkan diri dari
rokok
Elakkan dari situasi / persekitaran yang berkait dengan
perbuatan merokok
Mengelakkan diri dari
merokok semula
Jangan mudah berputus asa
Berjanji tidak merokok lagi walaupun satu sedutan
Mendapatkan sokongan dan pemerhatian dari keluarga,
kawan dan guru / fasilitator
Menyibukkan diri Berikan tumpuan kepada pelajaran dan keluarga
Meditasi dengan
pemikiran positif
Amalkan pemikiran positif, sentiasa ingatkan diri
kelebihan berhenti merokok
62
ii) Mengekalkan Status Tidak Merokok / Tingkahlaku Berulang
(Relapse Prevention)
Sebab-sebab pelajar merokok semula
a) Faktor diri sendiri :
- Lemah jati diri, tiada matlamat kukuh, tidak tegas
dan mudah terpengaruh
- Tiada keyakinan diri
- Tiada kemahiran menangani stres / tekanan
- Ketagihan yang tinggi
b) Faktor persekitaran :
- Di kelilingi ahli keluarga dan rakan yang merokok
- Mudah mendapatkan bekalan rokok
- Sukar mengatakan ’tidak’ kepada rokok.
Mencegah ulangan (Relapse Prevention)
a) JANGAN MEROKOK WALAUPUN SATU SEDUTAN
b) Kemahiran mengatakan “TIDAK” dengan tegas
(Assertiveness)
c) Mengurus stres – senaman regangan , berekreasi
d) Mengurus emosi – teknik relaksasi
e) Meningkatkan aktiviti fizikal- senaman
f) Mengawal berat badan
g) Imej / identit baru, mengubah gaya hidup, menjauhi
kenalan yang merokok / tidak boleh memberi sokongan
Melindungi diri daripada tabiat merokok
Kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dan
menjauhi daripada merokok:
a) Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok.
b) Bina keyakinan diri - katakan ’TIDAK’ pada rokok
c) Bersikap positif terhadap cabaran
d) Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah:
e) Bersukan
f) Berekreasi
g) Bergiat aktif dalam persatuan
h) Sentiasa patuh ajaran agama
i) Tidak terpedaya dengan promosi dan iklan rokok
63
iii) Berkaitan rokok elektronik / e-vapor
Rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak,
boleh menyebabkannya pelajar terjerumus semula kepada
tabiat merokok.
Keselamatan penggunaan rokok elektronik masih belum
terbukti lagi.
Malah kajian menunjukkan terdapat beberapa bahan kimia
merbahaya di dalam wap rokok elektronik.
Ramai pengguna rokok elektronik akhirnya menggunakan
kedua-dua rokok biasa dan rokok elektronik.
Pelajar-pelajar hendaklah menjauhi rokok elektronik dan
hendaklah menyemai gaya hidup tanpa rokok / e-vapor / nikotin
/ tembakau.
64
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
REKOD SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH
TAHUN :____________________________
SEKOLAH/ DAERAH/NEGERI____________________________________
TA
HU
N /
TIN
GK
AT
AN
BIL
EN
R
OLM
EN
T KES BARU PEROKOK SEMASA BEKAS PEROKOK PEROKOK PASIF BUKAN PEROKOK
BIL
EN
RO
LM
EN
T
BIL
LE
LA
KI
PE
RE
MB
PU
AN
BIL
%
LE
LA
KI
PE
RE
MP
UA
N
BIL
RU
JU
KA
N
INT
ER
VE
NS
I LA
NJU
TA
N
BIL
%
LE
LA
KI
PE
RE
MP
UA
N
BIL
%
LE
LA
KI
PE
RE
MP
UA
N
BIL
%
LE
LA
KI
PE
RE
MP
UA
N
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28
M C I L M C I L
JUMLAH
PENERANGAN: Column 7, 18, 21 dan 26 : Bilangan / Kes Baru X 100. M=Melayu, C=Cina, I=India, L=Bumiputra lain
CETAK MENGGUNAKAN KERTAS A3
Apendiks I Borang PPIM 03-2016
65
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DAFTAR INTERVENSI LANJUTAN DI SEKOLAH
PROGRAM SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH :________________________________ NAMA PEGAWAI PERGIGIAN:___________________________
TAHUN:________________
NAMA PELAJAR KELAS
TARIKH KEHADIRAN STATUS SELEPAS
INTERVENSI LANJUTAN
Ru
juk
Ke
pad
a G
uru
K
aun
selin
g
Sesi
1
Sesi
2
Sesi
3
Sesi
4
(Jik
a p
erlu
sah
aja)
Sesi
5
(Jik
a p
erlu
sah
aja)
Sesi
6
(Jik
a p
erlu
sah
aja)
Tid
ak B
erh
enti
Ber
hen
ti
Tari
kh B
erh
enti
Mer
oko
k
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Apendiks J
Borang PPIM 04-2016 (SULIT)
66
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
REKOD INTERVENSI LANJUTAN
PROGRAM SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH
SEKOLAH/DAERAH/NEGERI :_____________________________
BULAN/TAHUN:________________
TAHUN/ TINGKATAN
BILANGAN PEROKOK SEMASA
BILANGAN PEROKOK
YANG MENYERTAI INTERVENSI LANJUTAN
BILANGAN PEGAWAI YANG
TERLIBAT DALAM
INTERVENSI LANJUTAN
BILANGAN SESI
INTERVENSI LANJUTAN
BILANGAN PEROKOK BERHENTI MEROKOK SELEPAS
INTERVENSI
BILANGAN PEROKOK DIRUJUK KEPADA GURU
KAUNSELING
JUMLAH
Apendiks K
Borang PPIM 05-2016
67
6.0 Penghargaan
1. Dr Sharol Lail bin Sujak
Pakar Kesihatan Awam Pergigian Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Dr Lydia Mason ak Lionel
Pakar Kesihatan Awam Pergigian Klinik Pergigian Kelana Jaya Lot 38294, Jalan Ss6/3a Petaling Jaya 47301 Selangor Darul Ehsan
3. Dr Zainab binti Shamdol
Pakar Kesihatan Awam Pergigian Cawangan Teknologi Kesihatan Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
4. Prof. Madya Dr Wee Lei Hum
Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
5. Prof. Dr Rahimah binti Abdul Kadir
Dekan, Fakulti Pergigian, Lincoln University College Petaling Jaya Selangor
6. Prof. Madya Dr Mohamad Haniki NikMohamed
Deputy Dean (Academic Affairs) Kulliyyah of Pharmacy International Islamic University Malaysia Kuantan, Pahang
7. YBhg Datin Dr Noralaini binti Ismail
Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Putrajaya Jalan P11/2, Presint 11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
8. Dr Rashidi Mohamed bin Pakri Mohamed
Pensyarah dan Pakar Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Keluarga Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
9. Pn Jaleha Yusuf
Unit Intervensi Dadah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
10. En Burhanuddin Disa
Unit Intervensi Dadah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
11. En Ahmad Fauzee bin Mohamad
Sektor Pengurusan Kaunseling & Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
12. En Mohd Pilus bin Abdullah
Sektor Pengurusan Kaunseling & Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
13. Dr Noorhaida binti Ujang
Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat Kementerian Kesihatan Malaysia
14. Dr Norhamimah binti Abdullah
Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia
15. Dr Marina Mohd Said
Pakar Kesihatan Keluarga PKD Batu Pahat, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia
16. Cikgu Jamnah Mohamed Zin
Kaunselor, Sekolah Menengah Tun Ismail Batu Pahat, Johor
17. Dr Zaleha Jailani
Pegawai Perubatan PKD Batu Pahat, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia
18. Cikgu Ibrahim Ya’akub
Kaunselor, Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu Kota Tinggi, Johor
19. Dr Fatanah binti Ismail
Cawangan Kesihatan Keluarga Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia
20. Datin Dr Siti Haniza Mahmud
Unit Quality Assurance Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
21. Dr Yusmah binti Muhammad
Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Johor Kementerian Kesihatan Malaysia
22. Dr Nur Farohana bt Zainol
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian Majlis Pergigian Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia
68
23. Dr Misliza binti Ahmad
Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
24. Dr Misah binti Ramli
Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan.
25. Dr Norli binti Abdul Jabbar
Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Kementerian Kesihatan Malaysia
26. Dr Ho Bee Kiau
Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Botanik Kementerian Kesihatan Malaysia Bandar Botanik, 42000 Klang, Selangor
27. Dr Norma binti Sabtu
Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Kementerian Kesihatan Malaysia
28. Dr Khalijah binti Mohd Yusof
Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Kementerian Kesihatan Malaysia
29. Encik Munshi bin Abdullah
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
30. Puan Rosnani binti Kassim
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Promosi Kesihatan Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
31. Dr Gunenthira Rao
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia
32. Dr Saidatul Nurbaya binti Buang
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia
33. Dr Noraryana binti Hassan
Unit Kawalan Tembakau dan Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
34. Dr Nizam bin Baharom
Unit Kawalan Tembakau dan Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
35. Dr Christopher Eugene
Unit Kawalan Tembakau dan Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
36 Dr Tay Hong Luk
Pegawai Pergigian Kesihatan Awam Pej. Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Perlis
37 Dr Fauziah Bt Ahmad
Pegawai Pergigian Daerah Pej, Kesihatan Pergigian Daerah Kulim/B.Baharu, Kedah
38 Dr Nur Azilina Ramli
Pegawai Pergigian Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri P. Pinang
39 Dr Law Chai Hoon
Pegawai Pergigian Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Pergigian Hospital Kuala Kangsar, Perak
40 Dr Zakiah Muhammad
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Negeri Sembilan
41 Dr Harlina bt Ali Hanafiah
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Melaka
42 Dr Kamariah Bt Seman
Ketua Penolong Pengarah Kanan Pej. Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan
43 Dr Muhammad Zulkefli Bt Ramlay
Pakar Pergigian Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bentong, Pahang
44 Dr Haliza Bt Tugeman
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu
45 Dr Aminnudin B. Mohd Natar
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak
46 Dr Roslinda Abdul Samad
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Johor
69
47 Dr Mohd Zaid B. Abdullah
Pakar Pergigian Kesihatan Awam Pusat Pergigian Kanak-kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
48 Datin Dr Norinah Bt Mustafa
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Sabah
49 Dr Siti Aminah Bt Jamaluddin
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri WP Labuan
50 Dr Nooraini Bt Osman
Pakar Pergigian Kesihatan Awam Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Pergigian Lembah Pantai Kuala Lumpur
51 Dr Nurkurshiah Bt Hj. Selamat
Ketua Penolong Pengarah Kanan Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Perak