6
MAJLIS SAMBUTAN GAWAI RAYA PERINGKAT SK LAKSAMANA TARIKH: JUMAAT, 31 JULAI 2015 TEMPAT: DEWAN SRI LAKSAMANA BIL MASA ACARA 1. 8.00 pagi Majlis bermula Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal BismilLah pembuka bicara. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia Yang Berusaha Guru Besar SK Laksamana En Jaini Bin Jam Yang Dihormati barisan penolong kanan Tetamu-tetamu jemputan Warga pendidik SK Laksamana Warga sekolah SK Laksamana Serta anak-anak didik yang dikasihi sekalian Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah dengan iringan muzik. Semua hadirin mohon berdiri. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Ulik mayang nyanyian asli Dilagu si gadis merdu sekali Terima kasih sekalung budi Sudi datang ke majlis merai Ceria wajah dalam majlis

gawairaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jhjhh

Citation preview

MAJLIS SAMBUTAN GAWAI RAYA PERINGKAT SK LAKSAMANATARIKH: JUMAAT, 31 JULAI 2015TEMPAT: DEWAN SRI LAKSAMANABILMASAACARA

1.8.00 pagiMajlis bermula

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara

Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang, Awal BismilLah pembuka bicara.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1MalaysiaYang Berusaha Guru Besar SK Laksamana En Jaini Bin JamYang Dihormati barisan penolong kananTetamu-tetamu jemputanWarga pendidik SK LaksamanaWarga sekolah SK LaksamanaSerta anak-anak didik yang dikasihi sekalian

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah dengan iringan muzik.

Semua hadirin mohon berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ulik mayang nyanyian asli Dilagu si gadis merdu sekali Terima kasih sekalung budi Sudi datang ke majlis merai

Ceria wajah dalam majlis Hati berkobar semangat dibawa Sambutan gawairaya penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Sambutan Gawai Raya peringkat Sekolah Kebangsaan Laksamana. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berhimpun dan bersatu dalam majlis ini dengan penuh kedamaian dan harmoni.

Bacaan Doa

Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati.

Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rafiuddin bin Abu Halipah untuk memimpin bacaan asmaul husna, zikir munajat dan seterusnya membacakan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rafiuddin bin Abu Halipah atas pimpinan doa itu tadi.

Seperti yang hadirin dan hadirat sedia maklum, umat Islam telah menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal 1436H. Hari Raya Aidilfitri disambut untuk meraikan kemenangan atau kejayaan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan, di samping budaya kunjung-mengunjung yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Selain itu, pada bulan lepas Masyarakat Dayak telah menyambut menyambut perayaan hari gawai. Pesta ini adalah pesta selepas menuai dan disambut pada akhir bulan Mei dan awal bulan Jun.

Ucapan Perasmian Guru Besar SK Laksamana

Pulut dihidang enak rasanyalemang dan dodol pilihan kitaBingkisan kata ucapan rayaGuru Besar bermula bicara

Pahlawan melayu gagah perkasaMusuh datang habis dilawanTuan sudah diberi kuasaSudilah kira memberi ucapan

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Guru Besar SK Laksamana, Encik Jaini Bin Jam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berusaha Guru Besar.

2.9.30 pagiPersembahan Murid

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPersembahan pelajar ceria acara

Persembahan pada pagi ini, dimulakan dengan murid-murid daripada kelas _______________, bimbingan Cikgu ______________. Mereka akan menyampaikan ______________________________________________. Dipersilakan.

Terima kasih kepada murid-murid kelas __________________________ atas persembahan yang menarik itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,Kita juga akan menikmati pelbagai persembahan yang menarik daripada murid-murid kelas perdana, PPKI dan juga prasekolah.

Seterusnya Dijemput tahun ____ untuk mempersembahkan _____________________ Hasil bimbingan oleh Cikgu ______. Begitulah tadi persembahan yang bersemangat daripada kelas Tahun __

Setelah kita menonton persembahan bertemakan hari gawai, kita beralih pula kepada persembahan ______ Selamat Hari Raya daripada kelas tahun __, yang dibimbing oleh Cikgu ______.

Berwarna-warni pakaian murid tahun _, sesuai dengan lagu yang didendangkan tadi.Persembahan Thn 3&4

Persembahan seterusnya, ______ daripada murid tahun __ yang dibimbing oleh Cikgu ____. Dipersilakan. Itulah tadi persembahan yang mantap daripada murid tahun _.

Kita serikan lagi persembahan pada pagi ini daripada murid tahun _ dengan lagu mereka:Dipersilakan. Tahun _ juga telah menunjukkan kehebatan mereka mendendangkan lagu dengan penuh semangat.

Persembahan prasekolahKini, persembahan daripada anak-anak cilik murid prasekolah dengan persembahan mereka ________ Dipersilakan.Sungguh comel anak-anak prasekolah mempersembahkan nyanyian mereka sebentar tadi.

Persembahan terakhir pada pagi ini, iaitu nyanyian lagu _______ dipersembahkan oleh murid-murid PPKI, yang dibimbing oleh guru-guru PPKI.

Begitulah tadi persembahan yang sungguh menarik daripada murid PPKI.

3.11.00 pagiJamuan

Ketupat lemang dodol tersediaSatay utara tidak dilupaHidangan tersedia di mejaMari bersama menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

4. 11.30 pagiBersurai

Akhir kata, sekalung tahniah kepada semua warga kerja SK Laksamana yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan menyumbangkan tenaga bagi menjayakan Majlis Sambutan Gawai Raya Peringkat SK Laksamana pada pagi ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama padu dengan menyumbangkan pelbagai juadah dan sajian untuk dikongsi dan dinikmati bersama oleh para tetamu dan hadirin pada hari ini. Semoga usaha dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan sekalian mendapat ganjaran yang sebesar-besarnya dari Allah swt.

Semoga majlis yang telah diadakan ini memberikan manfaat dan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SK Laksamana,

Maka berakhirlah majlis sambutan gawai raya kita pada pagi ini. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.

Sungai disusur sehari-hariDalam gelap menangkap ikanMari menyusun sepuluh jariSalah dan silap harap maafkan

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,Wabillahi Taufiq wal Hidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi Taala wa Barakatuh.Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.