7
Greece Runtuh, Zon Euro Berkecai? Bayang-bayang ngeri keruntuhan Lehman Brothers pada September 2008 terus menghantui PIGS, iaitu Portugal, Ireland, Greece, dan Sepanyol. Anggota zon euro dibenarkan meminjam sesuka hati dan berbelanja seolah-olah tiada hari esok, sentiasa menyembunyikan akibat elok-elok. Sebagaimana banyak negara, kerajaan Greece bergantung pada wang yang dipinjam untuk belanjawannya. Namun begitu, kemelesetan menyukarkan usaha tersebut kerana hasil cukai merosot, sedangkan bayaran kebajikan mula meningkat. Krisis hutang Greece menjadi hal kepada semua negara kerana jika Greece mungkir atau menghempaskan euro, nescaya ini akan menghantar kejutan yang sungguh besar dalam seluruh pasaran modal global. Keadaan mula semakin terus-menerus tidak terkawal apabila agensi penarafan kredit Standard and Poor s pada tahun lalu menurunkan gred hutang kerajaan Greece kepada taraf junk. Penurunan gred itu mencetuskan panik dalam pasaran. Standard and Poor s juga menyatakan bahawa nilai euro KDNK Greece mungkin tidak kembali pada tahap tahap 2008 hingga 2017, bermakna negara ini tidak mempunyai harapan untuk keluar daripada kesusahannya. Takut jatuh muflis, Greece terpaksa memohon bantuan Kesatuan Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 110 bilion euro. Apabila Kesatuan Eropah dan IMF mula-mula berbincang pakej penyelamat AS$60 bilion untuk Greece, ini dianggap mungkin cukup untuk meredakan pasaran Eropah yang panik. Kemudian, Jerman buat hal dengan melengah-lengahkannya, dan para pelabur berebut-rebut mencampakkan bon Greek dan bon dari negara yang menghadapi masalah kewangan, iaitu Portugal dan Sepanyol. Pada pertengahan Mei tahun lalu, demi mencegah negara anggota yang lemah dalam zon euro daripada mungkir menjelaskan hutang mereka, Greece menerima sebahagian pinjaman daripada pakej pelan penyelamat yang berjumlah 110 bilion euro. Kesatuan Eropah secara rasmi memberikan pinjaman kepada Greece sebanyak 14.5 bilion euro, manakala IMF sebanyak 5.5 bilion euro. Dengan pinjaman 20 bilion euro membolehkan Greece membayar balik 8.5 bilion euro bon kerajaan yang matang. Pinjaman 110 bilion euro yang dipersetujui pada bulan April yang juga bermakna memberi perlindungan kepada Greece yang terpaksa melaksanakan langkah jimat cermat dalam usaha memotong defisit. Negara itu mempunyai jumlah hutang negara kira-kira 300 bilion euro, dan defisitnya pada tahun 2009 dianggarkan 13.6 peratus Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Greece Runtuh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gjfc

Citation preview

Page 1: Greece Runtuh

Greece Runtuh, Zon Euro Berkecai?Bayang-bayang ngeri keruntuhan Lehman Brothers  pada September 2008 terus  menghantui

PIGS, iaitu Portugal, Ireland,  Greece, dan Sepanyol. Anggota zon euro dibenarkan meminjam

sesuka hati dan berbelanja seolah-olah tiada hari esok, sentiasa menyembunyikan akibat elok-

elok. Sebagaimana banyak negara, kerajaan Greece  bergantung pada wang yang dipinjam

untuk belanjawannya.  Namun begitu, kemelesetan menyukarkan usaha tersebut kerana hasil

cukai merosot, sedangkan bayaran kebajikan mula meningkat.  Krisis hutang Greece menjadi

hal kepada  semua negara kerana jika Greece mungkir atau menghempaskan euro, nescaya ini

akan menghantar kejutan yang sungguh besar dalam seluruh pasaran modal global.

Keadaan mula semakin terus-menerus tidak terkawal apabila agensi penarafan kredit Standard

and Poor’s pada tahun lalu  menurunkan gred hutang kerajaan Greece kepada

taraf junk.  Penurunan  gred  itu mencetuskan panik dalam pasaran.  Standard and Poor’s juga 

menyatakan bahawa nilai euro KDNK Greece mungkin tidak kembali pada tahap tahap  2008

hingga  2017, bermakna negara ini tidak mempunyai harapan untuk keluar daripada

kesusahannya.  Takut jatuh muflis, Greece terpaksa memohon bantuan Kesatuan Eropah dan

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 110 bilion euro. Apabila Kesatuan Eropah

dan IMF mula-mula berbincang pakej penyelamat AS$60 bilion untuk Greece, ini dianggap

mungkin cukup untuk meredakan pasaran Eropah yang panik.  Kemudian, Jerman “buat hal”

dengan melengah-lengahkannya, dan para pelabur berebut-rebut mencampakkan bon Greek

dan bon dari negara yang menghadapi masalah kewangan, iaitu Portugal dan Sepanyol. 

Pada pertengahan Mei tahun lalu, demi mencegah negara anggota yang lemah dalam zon euro

daripada mungkir menjelaskan hutang mereka,  Greece menerima sebahagian pinjaman

daripada pakej pelan penyelamat yang berjumlah 110 bilion euro.  Kesatuan Eropah secara

rasmi memberikan pinjaman kepada Greece sebanyak 14.5 bilion euro, manakala IMF

sebanyak 5.5 bilion euro.  Dengan pinjaman 20 bilion euro membolehkan Greece membayar

balik 8.5 bilion euro bon kerajaan yang matang.  Pinjaman 110 bilion euro yang dipersetujui

pada bulan April yang juga bermakna memberi perlindungan kepada Greece yang terpaksa

melaksanakan langkah jimat cermat dalam usaha memotong defisit.  Negara itu mempunyai

jumlah hutang negara kira-kira 300 bilion euro, dan defisitnya pada tahun 2009 dianggarkan

13.6 peratus Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Page 2: Greece Runtuh

Kemungkiran hutang kedaulatan, Perdana Menteri Greece, George Papandreou

memberitahu Bloomberg pada akhir September lalu, merupakan “tragedi.”  Beliau dilaporkan

memberitahu bahawa Greece menolak mana-mana rancangan untuk menyusun semula hutang

dan mengulangi bahawa negara itu merancang untuk kembali semula ke pasaran modal

antarabangsa seberapa segera.  Beliau menegaskan bahawa, “Kami tidak akan mungkir. 

Kemungkiran merupakan satu strategi. Jika kami ingin mungkir,  pastinya kami memutuskannya

beberapa bulan lalu.” Beliau juga dilaporkan berkata dengan  yakin jika Greece mungkir:  “Ini

silap untuk ekonomi  Greece, silap untuk ekonomi Eropah, ini menjadikan keadaan semakin

buruk akhirnya.  Itulah sebabnya kami rela menanggung kesakitan ini dan melakukan

pembaharuan struktur ini, dan kami adalah pada sasaran.”  Tambah Papandreou, “Pada akhir

tahun 2011, menurut program yang dirancang, jika segala-galanya berjalan lancar, kami akan

menikmati pertumbuhan.” 

Walau bagaimanapun, Nouriel Roubini, Profesor di New York University yang pernah

meramalkan krisis kewangan global, dipetik sebagai berkata bahawa penyusunan semula

secara teratur hutang awam Greece adalah diperlukan demi mengelak kemungkiran yang pasti

berlaku.

Lebih setahun kemudian, jelas bahawa pakej pelan penyelamat 110 bilion euro dan  langkah

jimat cermat yang mencetuskan kemarahan rakyat,  tetapi  Greece masih belum sembuh

daripada kegeringan.  Pada awal bulan ini, Greece memohon lagi bantuan. IMF dalam tinjauan

ekonomi terbaharunya menyatakan  zon euro masih terdedah pada risiko, manakala negara di

zon itu yang menimbun hutang yang banyak dan umpilan sebelum krisis pada tahun 2008, kini

terpaksa mengharungi tempoh pelarasan yang sukar.  Greece, Ireland, dn Portugal terpaksa

memohon semula sokongan kewangan daripada Kesatuan Eropah dan IMF.  Prospek

pertumbuhan dalam jangka sederhana untuk negara berkenaan masih kabur. Tinjauan itu juga

menyatakan bahawa Eropah  terlalu terdedah pada satu lagi krisis perbankan sistemik, dengan

sendirinya dicetuskan oleh masalah hutang kedaulatan di Greece dan negara anggota dalam

zon euro pinggir yang masih sengsara.  IMF juga memberikan amaran bahawa krisis hutang

zon euro boleh merebak ke seluruh zon itu, kecuali negara Eropah meningkatkan usaha untuk

memacangkan bank-bank mereka. Krisis hutang di Greece, Portugal, dan Ireland, boleh

mengancam pemberian pinjaman bank dan mencetuskan kejutan keyakinan, meskipun pakej

pelan penyelamat telah pun dilaksanakan.

Page 3: Greece Runtuh

Baru-baru ini, agensi penarafan Standard & Poor's meningkatkan tekanan selepas agensi itu

mencadangkan lebih banyak langkah radikal diperlukan untuk menjadikan hutang Greece yang

menggunung  yang bernilai 327 bilion euro mapan, dengan mengatakan Athens mungkin perlu

memungkiri 50 peratus, bermakna kerugian besar kepada para pelabur.  S&P menurunkan lagi

gred penarafan kredit Greece ke dalam wilayah junk, iaitu daripada BB-  kepada B,

membangkitkan tikam balas yang berang daripada Menteri Kewangan Greece, yang menuduh

agensi itu mengasaskan keputusan  pada khabar angin pasaran “yang menimbulkan keraguan

serius (kesahannya).”

Tidak berkesan.  Ireland  telah  dilaksanakan pelan penyelamat, dan rancangan 

menyelamatkan Portugal dalam proses pelaksanaan.  Greece semakin rapat dengan

kemungkiran atau sekurang-kurangnya memerlukan hutangnya disusun semula.

Tulis Charlemagne, “Bailing Out the Bail-out”  dalam  The Economist.    Penyusunan semula

hutang Greece perlu dilaksanakan kerana negara itu tidak mampu membayar balik pinjaman,

atau bahkan untuk menyeimbangkan bukunya, kerana langkah jimat cermat memburukkan lagi

kemelesetan di negara itu. 

Bagi Hara Kouki, generasi Greece sungguh bernasib malang, setahun selepas IMF dan

Kesatuan Eropah mengenakan memorandum jimat cermat yang kini dahsyat terhadap Greece,

kehidupan di negara itu berubah secara radikal.  “Jika anda berumur antara 18 hingga 24 tahun,

perubahannya adalah bahawa anda tidak bekerja, seperti 40 peratus generasi anda.  Jika anda

dalam usia 30-an dan mempunyai pekerjaan, kemungkinan pekerjaan sambilan dan boleh

ubah; anda kemungkinan tidak dapat bayangkan terjamin, dan anda tidak mempunyai idea

berapa lama dapat bertahan.”  Kouki memperincikan malapetaka yang menimpa rakyat

Greece:  “Orang muda tidak lagi membuat pilihan hidup yang biasa, mereka tidak dapat

merancang untuk masa kini, apatah lagi masa depan.  Banyak orang biasa Greece berhenti

menonton berita atau memikirkan mengapa semua ini menimpa mereka.  Namun, setiap orang

bercakap antara satu sama lain tentang apa yang sedang berlaku, setiap orang mengatakan

langkah jimat cermat ini tidak adil, tetapi setiap orang juga berasa tidak selamat dan takut, tidak

ada apa-apa yang mereka dapat lakukan.”

Page 4: Greece Runtuh

Di tengah-tengah Greece masih bergelut dengan krisis hutang dan memerlukan pakej pelan

penyelamat yang baru, tersebar berita bahawa Greece mempertimbangkan untuk

meninggalkan zon euro.  Apabila negara itu dilanda krisis hutang pada tahun lalu, dua pilihan

yang ada, iaitu mungkir terhadap hutang atau keluar dari zon euro.  Ahli ekonomi Jerman, Hans-

Werner Sinn,  pernah mengeluarkan amaran bahawa jimat cermat yang seterusnya mungkin mengheret

Greece ke kancah “perang saudara.”  Mustahil untuk memotong upah sebanyak 30 peratus tanpa

rusuhan yang besar.  Bagi beliau, Greece mungkin jatuh muflis tanpa diselamatkan.  “Semua alternatif

adalah teruk, tetapi kurang teruk adalah untuk negara itu keluar dari zon ero, meskipun jika ini membunuh

bank-bank Greece.”

Namun,  Presiden European Central Bank (ECB),  Jean-Claude Trichet menganggap keluar dari

zon euro adalah opsyen Greece yang paling buruk.  Trichet berkata demikian pada awal

September lalu di tengah-tengah kebimbangan tentang kemampuan negara yang menanggung

beban hutang itu mengeluarkan dirinya daripada krisis itu.  Mendahului minggi kritikal untuk

Perdana Menteri George Papandreou, laporguardian.co.uk,  dengan ancaman kekacauan

sosial yang diperbaharui berhubung dengan dasar jimat cermat kerajaan menjelang ucapan

dasar ekonomi tahunan pemimpin itu, Trichet menolak spekulasi bahawa hanya penyelesaian

Athens adalah berbalik semula kepada drachma.  “Kita  mewujudkan euro untuk mencapai

pasaran tunggal untuk kesejahteraan dan kestabilan Eropah,” kata Trichet dalam mesyuarat

pemimpin politik dan perniagaan utama di pantai Lake Como Italy.

Kini,  spekulasi   Greece keluar dari zon euro  bergema semula.  Berita mesyuarat sulit Menteri

Kewangan Eropah terpilih, termasuk Menteri Kewangan Greece  George Papaconstantinou, di

Luxembourg pada 6 Mei, bocor dengan cepat.  Laporan daripada majalah Jerman,  Der

Spiegel itu dipetik secara meluas.   Nota taklimat untuk Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang

Schäuble, menyatakan dengan jelas ini menjadi bunuh diri ekonomi.  Langkah ini akan

memperluaskan lagi (mungkin berganda) beban hutang, merangsangkan pelarian modal,

menyebabkan kekacauan bank-bank di seluruh Eropah, dan membahayakan keanggotaan

Kesatuan Eropah.  Greece menjelaskan laporan itu sebagai “jenayah  sempadan batas.”  

Sesungguhnya, idea Greece meninggalkan zon euro kini pada amnya diterima sebagai karut,

tetapi bukan sebelum pergolakan lagi sekali dalam pasaran, ulas The Economist yang juga

memetik berita yang bocor itu.  Pandangan bahawa Greece meninggalkan zon euro adalah

“bodoh,” isytihar Jean-Claude Junker, Perdana Menteri Luxembourg, selepas menjadi tuan

rumah mesyuarat yang pegawainya nafi berlangsung.

Page 5: Greece Runtuh

Dalam “Why Greece Should Reject the Euro,” Mark Weisbrot yang juga memetik kebocoran berita itu,

ada kalanya berlaku kekacauan dalam pasaran kerana kerajaan mengancam untuk melakukan apa yang

difikirkan terbaik untuk warganegaranya: Kerajaan mengancam untuk menghentikan menggunakan euro.

Meskipun Greece dan pegawai Kesatuan Eropah menafikan berita itu, tetapi ancaman oleh Greece untuk

mencampakkan beban euro sudah terlewat, dan negara itu sepatutnya bersedia untuk

melaksanakannya.  Tanpa menafikan bahawa Greece menanggung kos dalam jangka pendek, Weisbrot

menegaskan adalah mustahil kos tersebut akan lebih besar daripada beberapa banyak tahun dalam

kemelesetan, kebekuan, dan kadar pengangguran yang tingggi yang pihak berkuasa Eropah tawarkan. 

Dengan mengambil pengalaman Argentina yang mengalami kemelesetan yang teruk selama tiga tahun

setengah yang akhirnya bertindak memungkiri hutang asing dan memotong bebas dari dolar.

“Pesonya dipancang pada dolar, yang sama dengan Greece mempunyai euro sebagai mata wang

negara.  Argentina mengambil pinjaman daripada IMF, memotong perbelanjaan kerana kemiskinan dan

pengangguran meningkat.  Semuanya sia-sia kerana kemelesetan semakin dalam.”  Tambah Weisbrot,

“laporan akhbar yang juga memberikan amaran peningkatan mendadak dalam hutang Greece daripada

penurunan nilai mata wang jika negara itu keluar dari zon euro.  Akan tetapi, hakikatnya, Greece tidak

membayar hutang ini, seperti Argentina tidak membayar dua pertiga hutang asingnya selepas penurunan

nilai mata wang dan mungkir.”

Yanis Varoufakis yang menulis dalam MRZine cuba mengupas faktor yang di sebalik  pendedahan berita

oleh Der Spiegel yang selepas berunding dengan pihak tertentu di Jerman (terutamanya Menteri

Kewangan) mahu menghantar mesej bukan sahaja kepada Canselor Jerman, tetapi juga kepada

Perdana Menteri Greece.  “Mesejnya, perkara yang jauh lebih buruk daripada penyusunan semula

hutang, keterukan itu ialah penghapusan langkah demi langkah euro yang akan bermula dengan negara,

seperti Greece yang dipaksa ke dalam situasi yang mustahil.  Lebih tepat, mesej yang dihantar oleh Der

Spiegel yang merupakan sebahagian rangkaian institusi autoriti dan kuasa politik  Jerman, bahawa dasar

pinjaman yang mahal yang baru untuk negara tidak mampu bayar, bersama-sama dengan jimat cermat

yang keras pada masa kemelesetan yang dalam, tidak berkesan dan tidak berkesan.

Page 6: Greece Runtuh

Krisis hutang Greece yang berpanjangan ini pastinya munasabah untuk European Central Bank

berasa bimbang tentang impak kemungkiran Greece terhadap sistem perbankan Eropah dan

kunci kira-kiranya sendiri, dan tentang risiko kemungkiran selanjutnya di Ireland, Portugal, dan

bahkan melangkaui jauh.  Ulas The Economist.  “Sudah tiba masanya Jerman dan IMF

mengatakan  European Central Bank bohong.  Mereka bersama-sama sepatutnya menuntut,

dan memulakan penyusunan hutang Greece.  Jerman sepatutnya mendesak kerajaan Eropah

lain untuk mengeluarkan wang untuk menyojong bank-bank Greece, dan jika perlu untuk

menjadi seluruh European Central Bank.

Peringatan yang keras datangnya daripada Nils Pratley bahawa Greece  akan runtuh, jadi bina

penimbal. Kesimpulan yang jelas bahawa pelan penyelamat tidak berkesan dan bahawa hutang

Greece, yang diunjurkan mencecah 160 peratus KDNK, adalah terlalu tinggi untuk

membenarkan ekonomi negara itu untuk pulih.  Dalam kes itu, para pemimpin zon euro

sepatutnya berhenti berpura-pura bahawa lebih banyak potongan belanjawan dan lebih banyak

seruan supaya Greece menswastakan aset negara akan menjadikan angka bertambah

akhirnya. Tegas Pratley, “sebaliknya, mereka sepatutnya mula bercakap tentang cara untuk

mengurangkan hutang Greece dan fikir tentang bagaimana untuk mengawal kerosakan yang

teruk terhadap bank-bank zon euro yang memegang bon Greece.”  

Krisis hutang yang melanda Greece dan beberapa buah negara lain di zon euro sekali lagi

membuktikan bahawa petua IMF terutamanya menemui kegagalan.  Tatkala negara dilanda

kemelesetan, jangan sekali-kali mendakap mesra jimat cermat dan dengan mudah melupakan

John Maynard Keynes.  Kini, nasib yang akan menimpa Greece menjadi tanda tanya,  dan yang

jelas, negara itu tidak mudah dapat membebaskan  dirinya daripada krisis hutang dan 

kemelesetan.

Apakah dengan Greece runtuh, zon euro akan berkecai?