35
1 KISAH NABI NUH ALAIHISSALAM Kisah Nabi Nuh Alaihissalam dalam surah Hud ini terdapat pada ayat-ayat 25 hingga 49, dan ianya bukanlah sebagai satu penceritaan sejarah, tetapi bertujuan sebagaimana firman Allah dalam Ayat 120, di hujung Surah Hud ini, iaitu: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒH"S®šOZ IYP£G¤=œG} MãI› GßMÃG¾G“ SÖHºRœ UëH˜Gy (120) GãÃIÀI›MÈH¿M¾Iš |Q®M˜IdGy DæG¶I“MÂG›Gy SÝG©MšOZ IxIQƒG„çI• GsGYP£G‰Gy Mafhumnya: Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. a) Sebagai teladan untuk memperkuatkan ketabahan hati Rasulullah untuk menghadapi tekanan dari orang-orang musyrikin sewaktu mendakwahkan mereka kepada iman dan Islam. > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› Untuk menguatkan ketabahan hati Mu dengannya (wahai Muhammad). b) Untuk memperlihatkan suatu KEBENARAN kepada Muhammad dan kepada kaum musyrikin. SÝG©MšOZ IxIQ ƒG„çI• GsGYP£G‰Gy Dan telah datang kepadamu, (wahai Muhammad) kebenaran. c) Untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada orang-orang yang beriman: GãÃIÀI›MÈH¿M¾Iš |Q®M˜IdGy DæG¶I“MÂG›Gy Dan sebagai pengajaran serta peringatan kepada orang-orang yang beriman.

> GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

1

KISAH NABI NUH ALAIHISSALAM

Kisah Nabi Nuh Alaihissalam dalam surah Hud ini terdapat padaayat-ayat 25 hingga 49, dan ianya bukanlah sebagai satu penceritaansejarah, tetapi bertujuan sebagaimana firman Allah dalam Ayat 120, dihujung Surah Hud ini, iaitu:

> GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒH"S®šOZ IYP£G¤=œG} MãI› GßMÃG¾G“ SÖHºRœ UëH˜Gy(120) GãÃIÀI›MÈH¿M¾Iš |Q®M˜IdGy DæG¶I“MÂG›Gy SÝG©MšOZ IxI­QƒG„çI• GsGYP£G‰Gy

Mafhumnya:Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu,

kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad),untuk menguatkan hatimu dengannya.

Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenarandan pengajaran serta peringatanbagi orang-orang yang beriman.

a) Sebagai teladan untuk memperkuatkan ketabahan hati Rasulullahuntuk menghadapi tekanan dari orang-orang musyrikin sewaktumendakwahkan mereka kepada iman dan Islam.

> GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G›Untuk menguatkan ketabahan hati Mu dengannya

(wahai Muhammad).

b) Untuk memperlihatkan suatu KEBENARAN kepada Muhammaddan kepada kaum musyrikin.

SÝG©MšOZ IxI­QƒG„çI• GsGYP£G‰GyDan telah datang kepadamu, (wahai Muhammad) kebenaran.

c) Untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada orang-orangyang beriman:

GãÃIÀI›MÈH¿M¾Iš |Q®M˜IdGy DæG¶I“MÂG›GyDan sebagai pengajaran serta peringatan

kepada orang-orang yang beriman.

Page 2: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

2

SIAPAKAH NABI NUH ALAIHISSALAM?

Sheikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi dalam Tafsir Al-Bayan menjelaskanbahawa nama Nabi Nuh as ialah Nuh Ibnu Malik Ibnu MutausyalakhIbnu Idris Alaihissalam. Beliau adalah Nabi dan Rasul yang pertamayang diutuskan oleh Allah kepada penduduk bumi ini yang syirik padaNya dengan menyembah berhala, untuk mendakwah mereka supayakembali menyembah Allah.

Abdullah Ibnu Abbas ra berkata: Nabi Nuh as dilantik sebagai Nabi padaumur 40 tahun dan terus mendakwah kaumnya selama 950 tahun.Beliau terus hidup kira-kira 60 tahun lagi selepas Tsunami Dunia danTaufan besar pada zamannya dan umurnya melebihi 1050 tahun.Dikatakan Nabi Nuh as dilahirkan 1642 tahun selepas Nabi Adamditurunkan ke bumi.

Beliau bermustautin di Damsyik, meninggal dunia dan dikebumikan diKufah. Ada yang mengatakan bahawa dia dikebumikan di Kirk, Iraq ataudibumi Pelestin di permakaman Nabi Ibrahim as.

Al-Qur’an menggelarkan beliau sebagai ‘Nuh’ kerana beliau sukabersuara dan berdoa, yang kadang-kadang tidak disukai oleh Allah.Contohnya:

1. Berdoa kepada Allah agar Allah tidak memberi tempat kepadaorang-orang kafir di dunia ini. Firman Allah dalam Surah Nuh,Ayat 26:

@e£Rñ Gc GãñI®I¹QƒG¼MšOZ GãI› IkMeGìM OZ çG¾G“MeG­G†Gê IN[Re D`ÂHœ Gu£G–GyMafhumnya:

Dan Nabi Nuh merayu lagi dengan berkata:“Ya Allah Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan walau seorang pun

dari orang-orang yang kufur itu hidup di atas mukabumi ini”.

Doa ini tidak disenangi oleh Allah.

2. Beliau pernah dicatitkan berjalan dan bertemu dengan seekoranjing dan terus berkata:

“Apa punya buruknya kejadian kau ini!”.Allah tidak meredhai kata-kata ini dan bertanya pada Nuh:

“Adakah Engkau menghina anjing iniatau sebenarnya engkau menghina Aku sebagai Penciptanya?”.

Lantas Nuh keluar, pergi ke bukit dan berdiam diri di sana.

Page 3: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

3

Nabi Nuh terlalu taksub pada anak dan zuriatnya, walaupun anak itutelah kufur pada Allah. Firman Allah dalam Surah Hud, Ayat 45:

çI¾M„G} MãI› çIÀM…OZ RwIý IN[Ge Gu£GºG• ôHäR…Re D`ÂHœ Q|Gc£GœGy(45) GãÃI¿I¼QƒG©MšOZ HâG¼MŠG} GÍœG} Gy SÝG©MšOZ GsG¬M“Gy RwIýGy

Mafhumnya:Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata:

Sesungguh anakku itu dari keluarga darahku sendiri,dan bahawa janji-janji Mu itu benar,

dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakimyang menghukum dengan seadil-adilnya.

Dan kemudiannya Allah melarang beliau dari berdoa dengan doatersebut kerana anak itu bukan dari keluarganya (ahlinya) dan diaberamal dengan yang tidak soleh (sila rujuk ayah 46, Surah Hud).

Nabi Nuh suka merayu pada Allah tentang perkara-perkara yang tidakdiredhai Allah. Apa pun, penyesalan Nuh itu adalah penyesalan seorangRasul Allah dan ianya adalah dari taqdir, kemuliaan serta kehebatanAllah untuk menguji Rasul Nya itu. (Begitulah catitan dari KitabAt-Tibyan, catitan dari Tafsir Ruh Al-Bayan, m/s 116, Juz 4, oleh SheikhIsmail Haqqi Ar-Rusawi).

Muhammad Rashid Ridha pula menjelaskan bahawa kisah Nabi Nuh asini adalah satu bahagian baru dalam surah Hud itu sendiri yang cubamemperkuatkan apa yang telah dijelaskan dalam ayat-ayat di awalsurah, iaitu yang menjelaskan tentang bukti-bukti keaslian ugama ini,konsep kebangkitan semula, konsep hari Akhirat dan Nabi selakupembawa khabar seksaan azab dan khabar gembira. Ianya sama dansekata dengan perjuangan Nabi Nuh as dan sekaligus membuktikanyang Nabi Muhammad saw itu telah dilantik menjadi Rasul Allah yangditugaskan untuk mendakwah semua manusia supaya beriman padaAllah yang Maha Esa.

Muhammad adalah sebagai pembawa khabar seksaan azab (inzar)pada orang yang kufur dan khabar gembira pada yang beriman,pembawa konsep beriman pada Allah dan hari Akhirat, dan ayat-ayat iniditurunkan dengan tujuan untuk menjelaskan bahawa kedatanganRasulullah itu bukanlah satu bid’ah, kerana adanya persamaan di antaradia dengan rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu yang membawadakwah yang sama. Kisah Nabi Nuh ini bermula dengan ayat yangberbunyi begini:

Page 4: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

4

Firman Allah:

(25) KãÃI¤S› D®ñI­Gœ MâH¼GšçINœIý Põ IäI›MÂG– QéçšIý £@ŠÂHœ £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGyMafhumnya:

Dan SESUNGGUH nya!(seolah-olah ianya satu sumpahan Allah tentang kebenaran cerita itu)

Aku/Kami telah mengutuskan Nabi Nuhyang terus memberi tahu kaumnya bahawa:

“Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasulpemberi amaran yang nyata pada kamu semua”.

Tujuannya ialah untuk menggerakkan ‘minda’ kaum Nabi Muhammaduntuk menerima Muhammad sebagai Rasul lantikan Allah, yang telahdiberi tugas rasmi untuk mengajak kaumnya beriman dengan Allah danagar mereka dapat menerimanya (Rasul dan Al-Qur’an) dengan hatiyang terbuka (Tafsir Al-Manar, Muhammad Rashid Ridha, m/s 60,Juz 12).

Syed Qutub pula menjelaskan bahawa kisah nabi-nabi dan rasul-rasulyang terdapat dalam surah Hud ini bukanlah untuk menjelaskan sejarahmereka, tetapi wujudnya kisah-kisah ini adalah untuk menyokongkebenaran mengenai hakikat ‘Ikrar Allah’ yang agung yang disuarakanoleh ayat-ayat 1-4 di dalam surah Hud ini, iaitu:

a) Hakikat Al-Qur’an, ayat-ayatnya adalah di TURUNKAN oleh Allah.b) Hakikat ketuhanan Allah sebagai Rabb dan kenabian Muhammad

saw yang menjadi pembawa amaran dan khabar gembira kepadamanusia.

c) Hakikat beristighfar dan taubat untuk hasanah di dunia dan diAkhirat.

d) Hakikat kelebihan-kelebihan dan keistimewaan kepada yangberiman pada Allah.

e) Hakikat azab Allah, hari akhirat dan pembalasannya.f) Hakikat kebangkitan semula dan pengembalian kepada Allah.

Kemudiannya surah ini membawa kita kepada kisah rasul-rasul dannabi-nabi dengan dakwah mereka, yang sebenarnya SAMA danSETARA dengan yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Page 5: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

5

TAFSIRAN AYAT 25 – 27

Firman Allah:

(25) KãÃI¤S›D®ñI­Gœ MâH¼GšçINœIý PõIäI›MÂG– QéçšIý £@ŠÂHœ £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGy(26) AâÃIšG} AvMÂGñ G[ZG­G“ MâH¼MÃG¾G“ Hp£G‹G} PçINœIý ÷ GäR¾šOZ RêIý CZ PyH¬H¤M·G† RêwG}

£GÀH¾ƒM¦IN› Z@®G²G…RêIý GßQ‚G®Gœ£G› õIäI›MÂG– MãI› CZyH®G¹G˜ GãñI­RšOZ H éíG¿MšOZ Gu£GºG•I|M} R®šOZ G|Ic£G… £ƒGÀHšIdZGeG} MâH„ GãñI­RšOZ RêIý GßG·G¤R†OZ GßQ‚G®Gœ£G›Gy

(27) GãÃI…I­QƒG˜ MâH¼SÀH¶Gœ MáG…, IáM´G• MãI› £GÀMÃG¾G“ MâH¼Gš Q|G®Gœ£G›GyMafhumnya:

Dan demi sesungguhnya!Kami telah mengutuskan Nabi Nuh

lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata:“Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul Allahpemberi amaran yang sangat jelas pada kamu”. (25)

Iaitu janganlah kamu menyembah selain dari Allah!Sesungguhnya aku bimbang jika kamu menyembah selain dari Nya,

kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnyapada hari pembalasan (Akhirat). (26)

Maka berkatalah pemimpin-pemimpin kafir dari kaumnya:“Kami tidak memandangmu (wahai Nuh)

melainkan sebagai seorang manusia seperti kami jua,dan kami tidak nampak golongan yang mengikut mu itumelainkan dari orang-orang kami yang miskin kedana,

yang juga berfikiran singkatdan kami juga tidak memandang kamu semua

mempunyai sebarang kelebihan yang boleh mengatasi kami,bahkan kami menganggap engkau wahai Nuh sebagai Pendusta”. (27)

Page 6: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

6

TAFSIRAN AYAT 25:

Firman Allah:

(25) KãÃI¤S›D®ñI­Gœ MâH¼GšçINœIý PõIäI›MÂG– QéçšIý £@ŠÂHœ £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGyMafhumnya:

Dan demi sesungguhnya!Kami telah mengutuskan Nabi Nuh as (sebagai Rasul kami),lalu dia berkata kepada kaumnya dengan perkataan berikut:

“Sesungguhnya, aku ini adalah seorang Rasulpemberi amaran yang jelas dan nyata kepada kamu”. (25)

Perkataan: “Aku adalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas dannyata kepada kamu” memberi maksud “Jika kamu terus kufur dan tidakmahu menerima Allah itu sebagai Tuhan kamu, maka Nerakalah tempatkamu”.

Inilah dia konsep kesatuan risalah dan kesatuan akidah di antaraRasulullah saw dengan Nabi Nuh as, tentang apa yang didakwahkanoleh kedua-dua mereka. Pengertian dakwah yang disampaikan olehNabi Muhammad menyamai dari segi maknanya dengan pendekatanakidah Nabi Nuh as walaupun dalam bahasa yang berlainan.Mengapakah Nabi Nuh menyeru kaumnya dengan menyatakan dia

hanya penyampai khabar berbentuk amaran ( K®ñI­Gœ ) sahaja, sedangkanRasulullah pula menyatakan dia adalah penyampai amaran dan juga

penyampai khabar gembira ( @Z®ÃI²G…Gy @Z®ñI­Gœ )? Ini adalah kerana khabargembira yang disampaikan oleh Rasulullah ialah untuk orang-orangyang beriman, manakala di zaman Nabi Nuh, tidak ada orang-orangyang beriman untuk disampaikan berita gembira itu.

Pengertian ‘penyampai khabar amaran’ ( KãÃI¤S›D®ñI­Gœ ) bererti:

Memberi penjelasan kepada mereka yang kufurtentang balasan-balasan azab Allah

(sekiranya mereka meneruskan kekufuran)dan cara-cara untuk mengelakkan diri dari azab tersebut

dengan beriman dan beramal soleh.

Bagaimana hendak mengelak dari azab Allah itu?

Page 7: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

7

Jawapannya dalam ayat berikut:

Firman Allah:

(26) AâÃIšG} AvMÂGñ G[ZG­G“ MâH¼MÃG¾G“ Hp£G‹G} PçINœIý ÷ GäR¾šOZ RêIý CZ PyH¬H¤M·G† RêwG}Mafhumnya:

Iaitu janganlah kamu menyembah selain dari Allah!Sesungguhnya aku amat bimbang,

jika kamu meneruskan penyembahan selain dari Allah,kamu semua akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya

di hari Kiamat atau di hari pembalasan. (26)

Untuk mengelak dari ditimpa azab di hari Akhirat atau di hari-harimendatang yang akan diturunkan musibah, maka sembahlah HANYAAllah sebagai Tuhan dan janganlah syirik kepada Nya dengan caramengambil selain dari Allah sebagai penyembahan. Hendaklah kamuberikrar untuk beribadah dengan penuh TAUHID dan bertaqwa padaAllah. Semuanya ini adalah prinsip dan matlamat dari Risalah para nabidan rasul dalam dakwah mereka kepada kaum mereka.

Nabi Nuh bimbang jika kaumnya terus berdegil dengan membuang Allahdan meneruskan penyembahan patung, maka mereka dijanjikan denganAZAB yang amat pedih samada (yang pastinya) di Akhirat atauberkemungkinan berlakunya musibah besar itu di dunia ini lagi, danmereka akan ditimpa dengan azab tersebut.

Telah dicatitkan bahawa kaum Nuh tetap tidak beriman dengan Allahwalau pun telah didakwahkan dengan penuh pujukan. Firman Allahmenjelaskan keadaan ini dalam Ayat 5-6, Surah Nuh:

Firman Allah:

(5) Z@e£GÁGœGy @ëMÃGš çI›MÂG– H\MÂG“Gc çINœIý IN[Ge Gu£G–(6) Z@eZG®I• RêIý P|IYP£G“Hc MâH„ McI¯Gñ MâG¾G•

Mafhumnya:

Setelah menyeru mereka, Nabi Nuh berdoa:“Wahai Allah, Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku

siang dan malam supaya mereka beriman. (5)Dan sesungguhnya seruanku itu tidak langsung memberi mereka

sebarang kesan selain menambahkan merekamelarikan diri dari kebenaran”. (6)

Page 8: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

8

Apakah REAKSI kaum Nabi Nuh kepada dakwah yang dijelaskan dalamAyat 26 di atas?

Firman Allah:

£GÀH¾ƒM¦IN› Z@®G²G…RêIý GßQ‚G®Gœ£G› õIäI›MÂG– MãI› CZyH®G¹G˜ GãñI­RšOZ H éíG¿MšOZ Gu£GºG•I|M} R®šOZ G|Ic£G… £ƒGÀHšIdZGeG} MâH„ GãñI­RšOZ RêIý GßG·G¤R†OZ GßQ‚G®Gœ£G›Gy

(27) GãÃI…I­QƒG˜ MâH¼SÀH¶Gœ MáG…, IáM´G• MãI› £GÀMÃG¾G“ MâH¼Gš Q|G®Gœ£G›GyMafhumnya:

Maka berkatalah pemimpin-pemimpindan pembesar dari kaum yang kafir itu:

“Kami tidak memandangmu (wahai Nuh)melainkan sebagai seorang manusia sama seperti kami saja.

Dan kami tidak nampak golongan yang menjadi pengikut kamu itu,melainkan mereka terdiri dari orang-orang kami

yang miskin kedana, yang terhina dan berfikiran sempit.Dan kami juga tidak memandang kamu semua

mempunyai sebarang keistimewaan dan kelebihanyang boleh mengatasi kedudukan kami.

BAHkan kami menganggap kamudan pengikut kamu sebagai orang-orang pendusta” (27)

Orang-orang kenamaan dari kaum Nabi Nuh dan pemimpin-pemimpinkaum mereka menjawab dengan serta-merta dan mengkritik dakwahyang dikemukakan oleh Nabi Nuh as dalam Ayat 26 di atas. Antaracatitan kritik dan jawapan-jawapan tersebut ialah:

a) Dakwah kamu itu ditolak dan tak betul.

b) Engkau dan aku sama saja dari jenis manusia. Engkau tidakberhak menggertak aku dengan ugutan api dan azab, untuk akuikut taat pada ugama dan risalahmu .

c) Pengikut-pengikut kamu yang sedikit jumlahnya itu adalahsisa-sisa dari orang-orang miskin kaum kami yang telahdipinggirkan dan mereka sahajalah yang boleh kamu pengaruhidan menjadi pengikut setia kamu.

Page 9: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

9

d) Pengikut-pengikut kamu itu adalah terdiri dari orang-orang yangbodoh dan singkat fikirannya.

e) Kamu dan pengikut kamu tidak mempunyai nilai-tambah(value-added) kepada kami dan rendah taraf mereka dalammasyarakat.

f) Kami berpendirian dan menganggap kamu dan pengikut kamusebagai pembawa kemusnahan kepada sistem kemasyarakatankami dan kamu serta risalah kamu itu sebagai BOHONG. Bohongdalam membawa dakwah kenabian kamu dan berniat jahat mahumenukarkan struktur sosial dan agama kami .

Dalam ayat lain Allah berfirman:

ZUcGy RwHeG­G† GêGy MâH¼I¥GÁIšZGY RwHeG­G†Gê CZÂHš£G–Gy(23) Z@®M±GœGy GqÂH·Gñ Gy G]ÂH Gñ GêGy £@“ZGÂH" GêGy

Mafhumnya:

Dan pemimpin-pemimpin mereka menghasut dengan berkata:“Jangan kamu meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kamu,

terutama penyembahan Wadda, dan Suwaa'a,dan Yaghutha, dan Ya'uuqa, serta Nasra”.

(Surah Nuh, Ayat 23)

Ini bererti kaum Nuh adalah penyembah berhala yang nama-namanyadicatitkan oleh Allah dalam Ayat 23 surah Nuh itu.

Semuanya menggambarkan betapa kaum Nuh telah menolak Nabi Nuhdan dakwahnya. Sebenarnya inilah gambaran kejahilan kaum Nuh as,rendah ilmu dan cetek pemikiran mereka pada iman dan Islam. Merekamengemukan fakta zahir yang sebenarnya berlawanan dengan konsepAl-Haq. Sedangkan Al-Haq tidak membezakan antara yang kaya danyang miskin, yang mulia dan yang hina, dalam iman dan ibadah.

Sebenarnya pengikut Nabi Nuh itu bukan kuda tunggangan. Merekamenerima Islam dengan penuh penyerahan diri pada Al-Haq dansebelum mereka menerima Islam, selalunya mereka telah dijelaskanoleh rasul dan nabi tentang Allah dengan sejelas-jelasnya.

Page 10: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

10

Syed Qutub menganggapkan jawapan-jawapan pemimpin-pemimpinkaum Nabi Nuh ini sebagai:

- penuh dengan salah faham; kerana menolak hakikat bahawamanusia boleh menjadi nabi dengan wahyu dari Allah.

- penuh dengan tuduhan melulu; kerana menuduh yang miskin itusebagai manusia terbuang dan tak berguna.

- riyak dan rasa besar diri; kerana menganggap yang kaya danmulia saja yang layak menjadi utusan Allah, demi menjagakepentingan kaum mereka.

- bodoh sombong; kerana sanggup memilih dunia dan menerimaazab Allah, samada dalam bentuk Tsunami besar yangmenggegar dunia atau azab Akhirat yang menunggu.

ADAKAH PENOLAKAN BEGINI MASIH BERLAKU SEHINGGA KEHARI INI?

Bandingkanlah dengan apa yang ada disekeliling kita, bagaimanadikalangan kita terdapat muslimin yang menolak ayat-ayat Allah secaraterang-terangan. Inilah yang dibimbangkan oleh Nabi Nuh as, tentangbalasan azab yang akan menimpa kita di suatu hari, samada di dunia inilagi atau semestinya di Akhirat nanti. Jadi perlulah kita berbalik kepadadakwah Nabi Nuh as yang mengajak kaumnya dan kita semuamenyembah HANYA Allah.

Page 11: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

11

TAFSIRAN AYAT 28 - 31

Jawapan menangkis tuduhan kaum Nuh as disebut dalam ayat-ayatseterusnya, iaitu dari ayat-ayat 28 hingga 31. Kita perhati dan analisabagaimana bentuk jawapan Nabi Nuh as kepada kaumnya.

Firman Allah:

çIN…Re ãIN› AæGÀMÃG… Qéç¾G“ HÍÀH˜wIý MâH¥Mñ GYGeG} IvMÂGºQƒGñ GuG£–MÍGÃIN¿H·I• õ IxI¬MÀI“ MãIN› @æG¿MŠGeçIÀ QƒG†ZGYGy

(28) GwÂH„I® QƒG˜£GÁGš MâH¥MœG} Gy £G„ÂH¿H¼H›I¯M¾ƒHœG} MâH¼MÃG¾G“

> IäR¾šOZçG¾G“ RêIý G|I®M‰G} MwIý ÷ @ê£G› IäMÃG¾G“ MâH¼H¾GËM"G} Péê IvÂGºQƒGñGy> CZ PÂHÀƒG›ZGY GãñI­RšOZIcIe£GµI… C£GœG} P£ƒG›Gy

(29) GwÂH¾ƒGÁM¨G† £@›MÂG– MâH¼Q‚GeG} PçINÀI¼ QƒGšGy MâIÁIN…Ge CZÂHº QƒG¾ƒS› âHÁRœIý

(30) GwyH®R˜G­G† GëG•G} > MâHÁS†cG®G‘ wIý IäR¾šOZ GãI› çIœH®H³ÀGñ ãG› IvMÂGºQƒGñGy

IäR¾šOZ HãI¢PZG¯G‹ |I¬ÀI“ MâH¼Gš HuÂH–G} PéêGyDßG¾G›çINœIý HuÂH–G} PéêGy GÌMÃG¸MšOZ HâG¾M“GG} PéêGy

÷ Z@®MÃG‹ HäR¾šOZ HâHÁGÃI†MÈHñ ãGš âH¼HÀHÃM“G} P|IeGcM¯G† GãñI­R¾Iš HuÂH–G} PéêGy(31) GãÃI¿I¾QƒR¶šOZ GãI¿RšZGdIý PçINœIý ÷ MâIÁI±¹HœG} PçI•£G¿I… HâG¾M“G} HäR¾šOZ

Page 12: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

12

Mafhumnya:

Nabi Nuh berkata: “Wahai kaumku!Jika keadaanku ini adalah berdasarkan

bukti (Al-Baiyyinat) yang nyata dari Allah Tuhanku,serta Dia telah mengurniakan kenabian kepadaku dari sisi Nya,

dan kemudian bukti yang nyata itutelah menjadi kabur pada pandangan kamu semua

(kerana engkarnya kamu semua pada dakwahku ini)maka adakah kamu nampak ada gunanya Kamimemaksa kamu semua menerima bukti-bukti ini

sedangkan kamu amat tidak suka kepada paksaan itu? (28)

Dan ketahuilah wahai kaumku!Aku tidak pernah meminta kepada kamu sebarang harta bendasebagai upah untuk menyampaikan ugama Allah ini pada kamu,disamping itu, aku tidak pernah mengharapkan sebarang upah

kecuali pahala dari Allah semata-mata.Dan aku tidak akan menghalau keluar orang-orang yang beriman,

sepertimana kehendak kamu semua,kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka.

Tetapi pada pandanganku,kamu semua ini sebagai kaum yang tidak mengetahui

apa yang sepatutnya mesti kamu ketahui. (29)

Dan lagi, wahai kaumku!Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah

jika aku mengambil tindakan menghalau mereka semua?Maka mengapa kamu tidak mahu ingat akan kekuasaan Allah? (30)

Dan aku tidak pernah berkata pada kamu semua,yang aku ini mempunyai perbendaharaan Allah.

Aku juga tidak pernah mendakwa diriku inimaha mengetahui perkara-perkara ghaib.

Dan aku tidak pernah mengatakan yang aku ini malaikat.Dan jauh sekali aku berkata

pada orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu,bahawa Allah tidak akan memperuntukkan kebaikan kepada mereka.

Kalaulah aku bertindak sebaliknyanescaya aku ini tidaklah layak sebagai nabi

dan jadilah aku orang yang zalim. (31)

Page 13: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

13

ANALISA Jawapan Nabi Nuh as kepada kaumnya.

Untuk memahami jawapan-jawapan Nabi Nuh as kepada kaumnya, kitapetik beberapa pendapat pentafsir supaya lebih jelas maksudnya.

Tafsiran Muhammad Rashid Ridha:

çIN…Re ãIN› AæGÀMÃG… Qéç¾G“ HÍÀH˜wIý MâH¥Mñ GYGeG} IvMÂGºQƒGñ GuG£–MÍGÃIN¿H·I• õ IxI¬MÀI“ MãIN› @æG¿MŠGeçIÀ QƒG†ZGYGy

(28) GwÂH„I® QƒG˜£GÁGš MâH¥MœG} Gy £G„ÂH¿H¼H›I¯M¾ƒHœG} MâH¼MÃG¾G“Mafhumnya:

“Nabi Nuh berkata: ‘Wahai kaumku yang mulia! Apa pendapat kamu,jika keadaanku ini adalah berdasarkan kepada bukti yang nyata dariAllah Tuhanku (Al-Baiyyinat: penerangan Allah tentang dalil-dalil danbukti kebenaran Al-Haq mengenai kerasulan Nabi Nuh as), SERTA Diamelantik aku sebagai Nabi dari sisi Nya, dan kemudian bukti yang nyataitu menjadi kabur pada pandangan kamu, maka adakah kamu rasa baikjika kamu semua dipaksa menerima bukti itu dan pastinya kamu semuamenolaknya”. (28)

ATAU dalam perkataan lain:

“Wahai kaumku yang mulia, beritahulah kepadaku apa pendapat kamudan apa kata kamu semua tentang diriku ini yang berkaitan dengankamu, jika aku ini mempunyai bukti-bukti yang terang jelas dari AllahTuhanku, di mana aku telah dilantik dan diutuskan kepada kamusebagai Nabi Nya; dengan tujuan menjelaskan kepada semua yang Diaadalah Al-Haq dan aku ini adalah pesuruh Nya; bukan untukkepentingan diriku sendiri atau kehendak dunia ku. Aku telah dilantiksebagai Nabi dan diberi wahyu terus dari Allah untuk membimbing danbersesama kamu mendapat hidayah ke dalam ugama Nya dan berimandengan Nya. Sayangnya, dalam keadaan tersebut, KEJAHILAN kamutelah menutup mata hati kamu kepada pengertian sebenar, TAMAKkamu pada dunia telah meresapi diri kamu itu; sehingga kamu tidak lagidapat membezakan di antara aku dengan kamu, dan dianggap yangbukan-bukan. Aku tidak akan memaksa kamu supaya menerimabukti-bukti tersebut. Cukuplah dengan memujuk kamu kepada berimandengan Nya sahaja, kerana jika dipaksa, pastinya kamu semua tidakakan menerimanya? Atau membencinya?”.

Page 14: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

14

Tafsiran Ismail Haqqi Ar-Rusawi:

“Beritahu kepada aku, jika kamu semua tahu yang aku ini telahdikurniakan dalil-dalil dan bukti-bukti nyata tentang ketuhanan Allah,dari sisi Nya aku telah dilantik menjadi Nabi sebagai satu RAHMATbesar dari Nya, untuk membimbing kamu ke jalan beriman dan beramalsoleh; TETAPI aku merahsiakan kepada kamu tentangnya. Adakahkamu mahu dipaksa supaya kamu semua menerima dalil-dalil tersebutdan terpaksa tunduk kepada Nya? Walhal kamu pasti tidak akanmenerima paksaan dan tidak bercita-cita untuk menerimanya”.

Tafsiran Syed Qutub:

“Wahai kaumku yang mulia! Aku tau bahawa penentangan kamupadaku kerana aku dianggap manusia biasa sama dengan kamu. Apapendapat kamu jika aku memberitahu kamu kedudukan yang sebenar,yang aku telah diutuskan kepada kamu setelah dilantik menjadiseorang Nabi dari Allah Tuhanku. Dan semuanya jelas kepadakutentang dalil-dalil bukti ketuhanan Nya dan meyakinkan aku. Ianyasebagai satu kurniaan khusus padaku dari Allah, sebagai Nabi. Ianyaadalah Rahmat besar kepadaku dan kamu, dan aku diutuskan untukmembawa risalah TAUHID kepada kamu semua untuk memberihidayah. Aku tidak menyampaikan semua pada kamu kerana tidakterbuka hidayah itu kepada kamu, kerana sememangnya kamu tidakboleh menerimanya dan tidak terbuka basirah kamu untukmenerimanya. BOLEH kah aku memaksa kamu semua menerimanyadengan kekerasan? Tentu kamu tidak suka paksaan sebegini, kan?”.

Jawapan sebegini bertujuan:

a) Untuk mengubah tanggapan penentang supaya berfikir semula.b) Untuk mengajak mereka secara halus agar memahami kedudukan

sebenar.c) Untuk memberitahu bahawa Kaum Nuh as itu jahil; tidak tahu apa

itu ‘risalah’ dan mengapa manusia itu dilantik sebagai nabi.d) Supaya jangan memandang sekali gus dan membuat kesimpulan.e) Berbuat baik dengan penentang boleh menyelamatkan keadaan;

lebih-lebih lagi pada permulaan dakwah, yang besar ertinya padaugama Allah.

f) Perlu berhati-hati pada permulaan dakwah akidah Islam.g) Untuk menjauhkan paksaan, kerana paksaan akan berakhir

dengan penolakan.

Page 15: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

15

Jawapan kedua Nuh as pada kaumnya dapat diteliti dari Ayat 29:

> IäR¾šOZçG¾G“ RêIý G|I®M‰G} MwIý ÷ @ê£G› IäMÃG¾G“ MâH¼H¾GËM"G} Péê IvÂGºQƒGñGy> CZ PÂHÀƒG›ZGY GãñI­RšOZIcIe£GµI… C£GœG} P£ƒG›Gy

(29) GwÂH¾ƒGÁM¨G† £@›MÂG– MâH¼Q‚GeG} PçINÀI¼ QƒGšGy MâIÁIN…Ge CZÂHº QƒG¾ƒS› âHÁRœIýMafhumnya:

Wahai kaumku! Ketahuilah bahawa aku tidak pernahmeminta kepada kamu sebarang harta bendasebagai upah menyampaikan ugama Allah itu,

aku tidak mengharapkan upahku kecuali keredhaan Allah semata-mata,dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman denganku itu

(sebagaimana yang kamu kehendaki)kerana sesungguhnya mereka akan menemui Allah,

Tuhan mereka nanti, dan menerima hak masing-masing.Apa yang aku nampak ialah kamu semua ini tidak mengetahui

apa yang sepatutnya mesti kamu ketahui. (29)

Dalam kata lain, Nabi Nuh berkata:

“Wahai kaumku yang mulia! Sebelum ini kamu mendakwa orang yangmenjadi pengikut aku adalah dari golongan yang lemah fikiran, miskindan tercicir dari masyarakat kamu yang mulia. Mereka, aku serukepada Islam, dan mereka beriman!. Dan yang penting padaku ialahiman mereka. Aku tidak perlu kepada upah wang kamu dalammenjalankan kerja-kerjaku, kerana kerja bermotifkan wang akanmembezakan manusia kepada yang kaya-mulia dan miskin-hina.Upahku ialah menyampaikan segala tugasku sebagai nabi danmendapat keredhaan Allah. Aku tidak akan mengusir keluarorang-orang yang beriman itu hanya kerana tunduk pada kemahuankamu. Apa yang penting ialah iman mereka dan sekarang segalaurusan mereka tertumpu pada Allah. Sayangnya kamu semua jahiltentang hakikat sesuatu itu dalam pertimbangan Allah, dan jahilbahawa semua manusia akan berbalik pada Allah”.

Seterusnya Nabi Nuh as mengulangi lagi kenyataannya mengenaipengikutnya dengan berkata:

(30) GwyH®R˜G­G† GëG•G} > MâHÁS†cG®G‘ wIý IäR¾šOZ GãI› çIœH®H³ÀGñ ãG› IvMÂGºQƒGñGy

Page 16: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

16

Mafhumnya:Dan lagi wahai kaumku!

Siapakah yang akan menolongku dari azab Allahjika aku bertindak menghalau mereka(pengikutku yang menerima Islam),

tidakkah kamu mahu memikirkan tentang kekuasaan Allah? ( 30)

Kenyataan Nabi Nuh as melalui ayat 30 ini menggambarkan bahawa disana ada Allah. Allah tuhan kepada yang kaya dan miskin, yang lemahdan yang kuat, semua manusia sama di sisi Allah dan ukuranperbezaan di antara mereka ialah IMAN. Orang yang beriman adalah dibawah jagaan Allah. Jika aku menzalimi orang-orang yang beriman danmereka itu di bawah jagaan Allah, maka siapakah yang akanmenyelamatkan aku ini:

- Jika aku sendiri melawan pengukuran Allah itu?- Jika aku menghalau mereka kerana mereka dianggap miskin

hina?

Adakah sesungguhnya kamu semua, wahai kaumku, telah lupa tentangpertimbangan Allah yang sempurna dan yang bernilai itu? Jangan jadizalim, kerana kita akan berhadapan dengan keadilan Allah.

Tanggapan orang bahawa seorang Nabi itu semestinya memilikiKhazanah Allah dan kekayaan Nya, memiliki ilmu ghaib, bertindakseperti malaikat kerana pada mereka hanya malaikat yang berhakmenjadi rasul, dan bahawa golongan miskin hina yang beriman tidakmendapat apa-apa habuan dari Allah kerana kemiskinan mereka itu,semuanya dinafikan oleh Nabi Nuh as. Penafian ini terdapat di dalamAyat 31 berikut:

Firman Allah:

IäR¾šOZ HãI¢PZG¯G‹ |I¬ÀI“ MâH¼Gš HuÂH–G} PéêGyDßG¾G›çINœIý HuÂH–G} PéêGy GÌMÃG¸MšOZ HâG¾M“GG} PéêGy

÷ Z@®MÃG‹ HäR¾šOZ HâHÁGÃI†MÈHñ ãGš âH¼HÀHÃM“G} P|IeGcM¯G† GãñI­R¾Iš HuÂH–G} PéêGy(31) GãÃI¿I¾QƒR¶šOZ GãI¿RšZGdIý PçINœIý ÷ MâIÁI±¹HœG} PçI•£G¿I… HâG¾M“G} HäR¾šOZ

Page 17: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

17

Mafhumnya:Dan aku tidak pernah berkata pada kamu

yang aku ini memiliki Khazanah Allah (perbendaharaan kekayaan Allah).Dan aku tidak pernah mendakwa

yang aku ini maha mengetahui perkara-perkara ghaib.Jauh sekali aku mengatakan yang aku ini malaikat.

Dan aku juga tidak pernah berkataterhadap orang-orang beriman yang kamu pandang hina itu,bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka.Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka.

Sesunguhnya jka aku bertindak demikian,nescaya aku akan menjadi dari kalangan orang yang zalim. (31)

Penafian Nabi Nuh as atas 3 perkara pokok mengenai tanggapan tidakbenar orang-orang kafir terhadapnya membolehkan dia menjelaskanprinsip sebenar mengenai risalah beliau selaku nabi kepada kaumnya.3 perkara penting yang dinafikannya oleh Nabi Nuh ialah seperti didalam firman Allah yang berikut:

IäR¾šOZ HãI¢PZG¯G‹ |I¬ÀI“ MâH¼Gš HuÂH–G} PéêGyDßG¾G›çINœIý HuÂH–G} PéêGy GÌMÃG¸MšOZ HâG¾M“GG} PéêGyAku tidak pernah berkata pada kamu

yang aku memiliki Khazanah Allah (perbendaharaan Kekayaan Allah).Aku juga tidak pernah mendakwa

yang aku ini mengetahui perkara-perkara ghaib.Jauh sekali aku mengatakan yang aku ini malaikat.

Nabi Nuh seperti manusia lain tidak mempunyai kelebihan-kelebihanluar biasa ke atas kaumnya. Beliau menafikan 3 perkara berikut keranaianya berlawanan dengan matlamat risalahnya sebagai Nabi Allah. 3penafian itu ialah:1. Nabi Nuh tidak memiliki khazanah kekayaan Allah. Iaitu pintu

rezeki yang diperlukan oleh hamba-hamba Allah untuk merekaberbelanja dengannya kerana: “Aku tidak pernah berkata, selakuNabi yang telah dilantik membawa risalah kenabian ini, yang akumemiliki khazanah rezeki dari Allah yang boleh aku agih-agihkantanpa usaha, kepada pengikut-pengikutku, yang lain-lain danuntuk diriku sendiri, kerana ia bukan matlamat dari risalah ini”.Kalaulah hartabenda dan wang menjadi matlamat, maka gagallahmisi risalah Nabi Nuh as untuk mendakwahkan kaumnya ke arahmengenali Allah dan beriman serta beribadah kepada Nya.

Page 18: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

18

2. Nabi Nuh tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Iaitu ilmuyang menjelaskan perkara-perkara ghaib tentang ‘maslahah’(perkara yang memberi munafaat dan mencegah kemudaratan),munafaat, mudarat, masa depan hidup seseorang manusia,samada rezeki mereka, masa hadapan hidup mereka, sakit sihatmereka dan sebagainya. Ilmu ghaib hanya milik Allah dan NabiNuh melibatkan dirinya dengan yang zahir sahaja.

3. Nabi Nuh as bukan seorang malaikat. Kononnya seorang nabiwalaupun manusia tetapi memiliki ciri-ciri malaikat. Ini tidak benar,Nabi Nuh adalah seorang manusia yang dilantik Allah sebagainabi dengan kurniaan perkara-perkara ‘Baiyyinat’ (bukti dan dalilkewujudan Allah).

Nabi Nuh mengulangi lagi kenyataan sebelum ini, mengenai‘pengikut-pengikutnya yang sedikit’ yang dihina dan dipencilkan olehkaumnya, sebagai kurang berfikir, bodoh serta hina dan tidak patutmenjadi kebanggaan Nuh as. Mereka dibela dengan perkataan NabiNuh seperti berikut:

Firman Allah:

÷ Z@®MÃG‹ HäR¾šOZ HâHÁGÃI†MÈHñ ãGš âH¼HÀHÃM“G} P|IeGcM¯G† GãñI­R¾Iš HuÂH–G} PéêGy/ GãÃI¿I¾QƒR¶šOZ GãI¿RšZGdIý PçINœIý ÷ MâIÁI±¹HœG} PçI•£G¿I… HâG¾M“G} HäR¾šOZ

Dan aku juga tidak berkataterhadap orang-orang yang beriman yang kamu hina itu,

bahawa “Allah tidak memberi kebaikan pada mereka”(sesuai dengan anggapan kamu semua).

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati mereka.Jika aku bertindak demikian, yang menyalahi risalahku itu,

maka aku telah menjadi orang yang zalim.

Orang yang menjadi pengikut Nabi Nuh as, yang beriman tetapidipandang hina oleh kaumnya sendiri, telah mendapat sokongan NabiNuh as yang menyatakan beliau tidak memandang hina atau rendah diriatas kefakiran dan kehidupan mereka yang serba kekurangan itu.Mereka akan dikurniakan kebajikan dan hidayah oleh Allah kerana imanmereka kepada Nuh as, baik di dunia mahupun di Akhirat. Allah pastitahu apa yang tersirat di dalam hati-hati mereka, iaitu hati seorang yangberiman yang menjadi pengikut Rasul Nya dengan ikhlas dan benar,yang berterusan.

Page 19: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

19

Jika di atas sebab-sebab kemiskinan dan kefakiran serta anggapanburuk dari sekumpulan orang yang kufur menjadi alasan yang merekaharus dihalau dan dicerca, maka ini adalah satu kezaliman. Nuh tidakakan melakukan kezaliman ini. Zalim dan jahil bukanlah matlamatrisalah untuk dijadikan amalan kita dan ianya bertentangan dengan janjiAllah untuk memberi kebaikan dunia dan Akhirat kepada yang beriman.

TAFSIRAN AYAT 32-36

Ayat-ayat 32 hingga 34 menggambarkan gelagat dan reaksi kaum NabiNuh as atas jawapan-jawapan yang diberi oleh Nabi Nuh as mengenaidakwahnya itu. Mereka mengatakan bahawa jawapan begitu sebagai‘bertikam-lidah’. Jawapan-jawapan ini terdapat dalam ayat-ayat 32hingga 34 seperti berikut:

Firman Allah:

£GÀGš Qé ¬I‰ G\M®G¦ƒM˜GÆG• £GÀG¥MšG¬Q郉 M¬G– H`ÂHÀ QƒGñ CZÂHšG£–(32) GãÃI– I¬QƒR³šOZ GãI› GÍÀƒH˜wIý P£GœH¬I·G†£G¿I…£GÀI†MÆG•

(33) GãñI¯I¨M·H¿I… âH¥œG} P£G›Gy GYPé£&wIýH äR¾šOZ IäI… âH¼ÃI†MÆGñ £G¿RœIý Gu£G–HäR¾šOZ Gw£G˜wIý MâH¼Gš GÑG³œG} MwG} S\cGeG} wIý PçI©M³Hœ MâH¼H·G¹ÀGñ GêGy

(34) GwÂH·G‰M®H† IäMÃGšIýGy MâH¼S…Ge GÂH„ > MâH¼GñIÂM¸Hñ wG} H¬ñI®HñMafhumnya:

Kaum Nuh berkata: “Wahai Nuh!Sesungguhnya engkau telah banyak bertikam lidah dengan kami

membantah dengan berbagai hujjahsemasa berdepan dengan kami.Nah! Bawakanlah kepada kami,

atau turunkanlah atas kami azab yang pedihyang telah engkau takut-takutkan pada kami itu,

jika segala dakwaan kamu itu benar! (32)

Nabi Nuh menjawab:“Sesungguhnya hanya Allah sahaja

yang boleh menurunkan azab ke atas kamu semua,mengikut cara yang Dia kehendaki,dan kamu semua tidak akan dapat

melemahkan kuasa-kuasa Allah itu. (33)

Page 20: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

20

Dan jika Allah tetap hendak menyesatkan kamu semuaatas kedegilan kamu itu,

maka sebarang nasihat dariku sudah tidak berguna lagi.Dialah Allah, Tuhan kamu sebenarnya,

dan kepada Nya pasti kamu akan kembali”. (34)

Jawapan-jawapan dari Nabi Nuh dalam ayat-ayat di atas menyebabkankaumnya merasa putus asa dan menggelarkan hujjahnya kepadamereka itu sebagai ‘bertikam lidah’. Hujjah-hujjah Nabi Nuh as adalahprinsip-prinsip dakwah yang mesti dihalusi oleh kaumnya jika merekamahukan kebenaran. Namun sebaliknya, dengan emosi yang menebal,mereka mencabar Nabi Nuh dengan kata-kata:

“Turunkanlah ke atas kami azab seksaan yang pedih yang telahengkau takut-takutkan kami itu untuk menjadi bukti kebenaran risalahkamu, wahai Nuh!”.

Nabi Nuh menjawab dengan menekankan asas tugas risalahnya.Katanya:

“Yang boleh menurunkan azab itu hanya Allah dan ianya bukanlahtugas aku! Aku hanya sebagai penyampai khabar amaran itu sahajakepada kamu dan mengajak kamu supaya beriman dengan Nya.Allah boleh menurunkan azab itu secara cepat dan spontan atausecara bertangguh ke suatu masa yang ditetapkan, dan semuanyabergantung pada kehendak Allah atas kamu semua. Cuma satuperkara yang perlu diambil perhatian, jika azab seksaan itu turun,maka tidak ada sesiapapun yang dapat menghindarkannya”.

Satu lagi pesanan Nuh pada kaumnya ialah:

Jika sunnah Allah menghendaki kemusnahan kaum Nuh itu keranakedegilan mereka, maka sebarang nasihat yang diberi oleh Nabi Nuhselama ini sudah tidak berguna lagi, dan Allah dengan kuasanya,tidak ada sesiapa pun yang dapat melemahkan Nya dalammeneruskan azab tersebut. Sesungguhnya Allah itu ialah Tuhanpencipta yang sebenarnya dan setiap individu akan berbalik padaNya dan menghadapi hisab Nya.

Prinsip hebat yang perlu diambil perhatian oleh kaum Musyrikin Mekahdalam menghayati kisah Nuh as dengan kaumnya ialah:

“Allah adalah Tuhan Pencipta kamu semua, dan semua kamu pastinyaakan balik kepada Nya untuk tujuan hisab atas semua amalan kamu itu”.

Page 21: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

21

Iaitu perkataan:

GwÂH·G‰M®H† IäMÃGšIýGy MâH¼S…Ge GÂH„Dialah Tuhan kamu semua

dan kepada Nya sahajalah tempat kamu semua kembali.Sampai sini, Rasulullah menyelitkan satu ayat untuk menarik perhatiankaum Quraisy dan Musyrikin Mekah tentang kisah ini. Katanya:

çI› ZG®M‰Iý RçG¾G·G• ôHäH¥Mñ G®G¥M•OZ IwIý MáH– ÷ Hä Q‚G®G¥M•OZ GwÂHšÂHºGñ MvG}(35) GwÂH›I®ƒM¨H† £R¿IN› DY P|I®G… C£GœG} Gy

Mafhumnya:

Bahkan, dengan kisah Nuh ini, Kaum Musyrikin Mekah masih berdegildan mengatakan ianya satu tipu helah Muhammad.

Jawablah kepada mereka wahai Muhammad!:“Kalaulah aku yang mereka-reka

dan memanipulasikan fakta tentang wahyu ini,maka akulah yang akan menanggung dosa atas perbuatanku ini!

Dan sebenarnya aku maha bersih dari dosa kesalahanseperti yang kamu semua tuduh aku itu”.

Kisah Nabi Nuh yang disampaikan oleh Al-Qur’an sebegitu rupa masihlagi dipertikaikan oleh kaum Musyrikin dan kaum Quraisy di Mekah.Mereka menuduh Rasulullah mereka-reka dan membuat cerita sendiridan bukan menerima wahyu tentang penentangan kaum Nuh terhadapdakwah Nuh itu. Di sinilah Rasulullah menjawab bahawa segala kisahNuh itu adalah wahyu Allah, menceritakan perihal masyarakatnya yangmenolak dan memboikotnya, sama seperti kaum Quraisy menolakketerangan Rasulullah itu. Kalaulah Rasulullah membuat cerita maka ituadalah satu dosa dan pasti Rasulullah tidak berbuat dosa dan jauh darimenjadi pembohong. Pembohongan adalah berlawanan dengan risalahNabi Muhammad saw.

Kenyataan ini dibantu oleh Ayat 71 dalam Surah Yunus, yangmenceritakan detik-detik penting Nabi Nuh memberi amaran kepadakaumnya yang menolak dakwah beliau:

Page 22: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

22

Firman Allah:

Gw£G˜ wIý IvMÂGºQéƒñ õ IäI›MÂGºGš Gu£G–MdIý L `ÂHœGÆG¤Gœ MâIÁMÃG¾G“ HáM†OZ GyIäQN¾šOZ çG¾G·G• IäQN¾šOZ IÍQéƒñ£GËI… |I®ÃI M­G†Gy çI›£GºR› âH¼MÃG¾G“ GeÂH¤G˜MãH¼Gñ Gê RâH‡ MâH GYP£G G®H&Gy MâH G®M›G} CZ PÂH·I¿M‰GÆG• HÍM¾ƒR GÂG†(71) GwyH®I¶ÀH† GêGy RçGšIý CZ PÂH M–OZ RâH‡ @æR¿H” MâH¼MÃG¾G“ MâH H®M›G}

Mafhumnya:Dan bacakanlah kepada mereka wahai Muhammad,

perihal Nabi Nuh as, ketika ia berkata pada kaumnya:“Wahai kaumku! Sekiranya kedudukanku dalam kalangan kamu,

dengan peringatan yang telah aku berikan pada kamu semuamelalui ayat-ayat keterangan Allah, menjadi keberatan atas kamu,

maka buatlah apa yang kamu sukakerana aku telah berserah sepenuhnya kepada Allah

atas segala urusanku.Oleh itu, tetapkan keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu semuanya,

untuk melakukan rancangan jahat kamu itu ke atasku,kemudian janganlah menyembunyikan rancangan jahat kamu itu

dan biarlah ianya secara jelas dan terang,sesudah itu bertindaklah terus ke atasku tanpa menunggu lama.

(Surah Yunus, Ayat 71)

Ayat di atas menggambarkan yang Nabi Nuh as agak kecewa dengansambutan dingin dakwah-dakwahnya dan penderhakaan kaumnyakepada beliau yang berterusan. Atas keimanan Nuh yang banyakbertawakkal pada Allah, maka beliau pun mencabar kaumnya supayameneruskan cita-cita mereka untuk melakukan keganasan ke atasnyasekiranya mereka mahu.

Kisah Nuh as diteruskan dengan Ayat 36 yang meminta Nuh asbersabar kerana Allah memberitahu yang kaumnya tidak akan berimanlagi kecuali mereka yang telah pun beriman dengan Nuh yangjumlahnya sangat sedikit itu.

Firman Allah:

GßI›MÂG– MãG› GãI›MÈHñ ãGš ôHäƒRœG} A `ÂHœ QéçšIý GçIŠyH} Gy(36) GwÂH¾ƒG·M¹Gñ CZÂHœ£G˜£G¿I…MÔIËG¥M¤G† GëG• GãG›ZGY M¬G– ãG› RêIý

Page 23: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

23

Mafhumnya:Setelah itu, Allah mewahyukan pada Nabi Nuh dengan perkatan ini:

“Sesungguhnya, tidak akan ada lagitambahan orang yang beriman dari kaum engkau,kecuali mereka yang telah beriman sebelum ini.Maka (aku menasihatkan engkau wahai Nuh),

janganlah engkau berdukacita atas apa yang telahdan senantiasa dilakukan oleh kaum engkau itu. (36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan yang kaum Nuh as telah memilihuntuk meneruskan kekufuran mereka, dan seolah-olah mustahil merekaakan beriman dengan Nuh as. Jadi keputusannya ialah, hentikandakwah kepada mereka itu dan teruskan dengan mereka-mereka yangmasih beriman, yang kecil bilangannya itu. Allah meminta Nuh supayatidak merasa ‘frust’ dan kecewa yang amat sangat di atas kedegilankaumnya untuk menerima dakwah, dan jangan mengambil peduli jikasebarang perkara yang menyakitinya diteruskan oleh mereka. Sudahjelas pilihan mereka itu dan telah bermulalah waktu untuk mengambiltindakan ke atas kekufuran mereka. Ismail Haqqi Ar-Rusawimencatitkan bahawa Rasulullah pernah berkata:“Apabila Nabi Nuh as bertikam lidah dengan kaumnya, mereka akanmemukulnya sehingga pengsan dan apabila dia sedar daripengsannya dia mendoakan kaumnya dengan perkataan:

GwÂH¿G¾M·Gñ Gê MâHÁRœIÇG• çI›MÂG– I¬M„Z RâHÁQN¾šGZMafhumnya:

“Ya Allah, berilah hidayah Mu kepada kaumku,kerana mereka tidak faham”.

Dan apabila datang wahyu dari Allah itu, maka Nabi Nuh pun menadahtangan dan berdoa dengan ayat:

@e£Rñ Gc GãñI®I¹QƒG¼MšOZ GãI› IkMeGìM OZ çG¾G“ MeG­G†Gê IN[ReMafhumnya:

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan walau seorang pundari kaum yang kafir itu hidup di atas mukabumi ini”

(Surah Nuh, Ayat 26)

Allah telah menerima doa Nabi Nuh dan bermulalah proses ‘tuntut bela’dari Allah ke atas kaum kafir itu. Allah kemudian memerintahkannyamembina sebuah bahtera, yang kisahnya dijelaskan dalam ayat-ayat 38hingga 44, Surah Hud nanti.

Page 24: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

24

Apakah yang dapat kita pelajari dari pembongkaran ayat-ayat di atasyang boleh menjadi relevan (berkait) pada dekad kita ini:

a) Contohnya, penentangan dari kaum Nuh, yang menolak ayat-ayatAllah, menyebabkan kemurkaan Allah pada kaum itu. Mungkinianya mempunyai persamaan dengan bagaimana masyarakatmuslimin pada masa kini telah meninggalkan Al-Qur’an, atau tidakmenjalankan perintah-perintah Allah yang tertulis di dalamAl-Qur’an. Antara perintahnya, ialah supaya orang-orang Islambersatu di bawah kalimah Allah, dan dengan keengganan dankeengkaran mereka itu, maka bermulalah kemurkaan Allah keatas mereka dan menjadi banyaklah negara-negara Islam yangberada dalam keadaan porak-peranda.

b) Dakwah Nabi Nuh as seperti yang dicatitkan oleh surah ini,mengajak manusia untuk beriman hanya kepada Allah danmeninggalkan penyembahan berhala. Ini serupa dengan gesaanRasulullah di akhir hayat baginda, agar umatnya tidakmeninggalkan Al-Qur’an dan Sunnahnya, kerana dengan berbuatdemikian, hidup mereka akan menjadi porak-peranda.

Kini dapat dilihat sesetengah negara Islam, yang meninggalkanAl-Qur’an dan Sunnah Rasulullah, telah mengarahkan kiblatmereka kepada negara-negara Barat dan mereka itu tidak sepakatdalam urusan hidup mereka. Keadaan mereka telah menjadiporak-peranda.

c) Orang-orang Islam mesti dan semestinya meneliti ajaran-ajaranAl-Qur’an dan memahami serta beramal dengan fakta-fakta yangdidakwahkan di dalamnya dari semua segi sebagai panduanhidup. Dalam kata lain, bagi mengelakkan kemurkaan Allah dan‘balas dendam’ Nya ke atas kita semua, maka kita perlu berbalikpada ajaran Al-Qur’an. Janganlah menolak Al-Qur’an yangmenjadi dakwah Rasulullah sebagaimana penolakan oleh kaumNuh dan kaum Musyrikin Mekah, kerana penolakan itu berertimengundang kemurkaan Allah. Siri Tsunami yang berlaku,dengan kemarahan langit dan hujannya, petir dan taufannya,letupan-letupan gunung berapi dan gegaran bumi di tempat-tempat tertentu, bukanlah fenomena semula jadi, tetapi ianyaadalah taqdir Allah, kemurkaan Nya dan sedikit seksaan Nyasupaya kita Insaf.

Page 25: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

25

PEMBINAAN BAHTERA DAN TSUNAMI BESAR DUNIA

Allah telah memerintah Nabi Nuh as untuk membina sebuah bahterasebagai persediaan untuk menyelamatkan dia dan pengikutnya daribahaya tsunami besar yang bakal terjadi kepada kaum yang terusmenderhaka pada Allah itu. Kita teliti pembukaan cerita Nabi Nuh inidalam ayat-ayat 37 hingga 39.

Firman Allah:

çIÀM¤IµQ郪H†GêGy £GÀƒIÃMŠGyGy £GÀIÀHÃM“GÆI… GßM¾ƒH¹MšOZI ÚGÀM'OZ Gy(37) GwÂH–G®M¸S› âHÁRœIý > CZ PÂH¿G¾G’ GãñI­RšOZçI•

> HäMÀI› CZyH®IªG" õIäI›MÂG– ãIN›D éíG› IäMÃG¾G“ R®G› £G¿R¾H˜Gy GßM¾H¹MšOZ HÚGÀM³GñGy(38) GwyH®GªM±G†£G¿G˜MâH¼ÀI› H®GªM±Gœ £RœIÇG• £RÀI› CZyH®GªM±G† wIý Gu£G–

IäñI¯MªHñ D[ZG­G“ IäÃI†MÆGñ ãG› GwÂH¿G¾M·G† GpMÂG±G•(39) KâÃIºS› D[ZG­G“IäMÃG¾G“ SáI©GñGy

Mafhumnya:

Allah memerintah Nuh: “Dan buatkanlah sebuah bahteradengan penuh pengawasan dan kawalan selia dari Kami,

dan dengan panduan Wahyu Kami (tentang cara teknikal membuatnya).Selepas itu jangan lagi Engkau, wahai Nuh, merayu pada Ku

untuk menolong kaum engkau yang zalim itu.Sesungguhnya mereka semua

akan ditenggelamkan oleh tsunami besar”. (37)

Dan Nabi Nuh pun mula membuat bahtera itu.Dan tiap-tiap kali satu puak dari kaumnya

melalui tempat bengkel pembinaan bahteranya itu,mereka akan mengejek-ejeknya. Nabi Nuh berkata pada mereka:

“Jika kamu semua memandang hina dengan mengejek kami(kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga

akan memandang hina pada kamu semua apabila datang masanya,sepertimana ejekan kamu itu”. (38)

Page 26: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

26

Maka bersedialah untuk mengetahui siapakah yang akan didatangkanazab yang paling menghinakan di dunia ini!.

Dan kemudiannya akan ditimpakan pula dengan azab yang kekalke atas mereka di Akhirat nanti!”. (39)

Setelah menerima doa Nabi Nuh as, maka Allah memerintahkannyasupaya membina sebuah bahtera besar. Dalam kata lain, Allah berkata:

“Wahai Nuh, hendaklah engkau membina sebuah bahtera untuk kamunaiki bersama pengikut-pengikut ikhlasmu, bagi menyelamatkan diridari angkara tsunami besar, yang pastinya akan berlaku nanti! Binalahbahtera itu mengikut panduan dan petunjuk Ku, dan dengan bimbinganwahyu yang akan menentukan cara pembuatan yang betul, agarbahtera itu sempurna dan jauh dari sebarang kesilapan teknikal. Ingat!Setelah siap bahtera itu dibina dan mula berlakunya tsunami besar,maka di waktu itu janganlah sekali-kali engkau mengemukakansebarang perkara mengenai urusan mereka pada Ku. Samadamemohon agar Aku menghindarkan mereka dari sebarangkemusnahan atau membantu menyelamatkan mereka dari azab yangsedang mereka lalui. Kerana keputusan Ku adalah muktamad, yangmereka semua akan ditenggelamkan dan dihapuskan dari muka bumiini!”.

Allah mahukan sebuah bahtera yang berkualiti dibina oleh Nabi Nuh askerana ‘model’ bahtera ini akan menjadi ikutan kepada umat manusiakemudiannya sebagai alat pengangkutan laut yang terus menjadipanduan berguna pada hidupan manusia. Ini dijelaskan dalam surahYasin ayat 41 dan 42:

Firman Allah:

(41) IwÂH©M²G¿MšOZ IßM¾ƒH¹MšOZ çI• MâHÁG¥RNñ INeHd £GÀM¾G¿GŠ £RœG} MâHÁRš DæGñZGYGy(42) GwÂH¤G M®Gñ£G› õ IäI¾M¦ƒIN› ãIN› âHÁGš£GÀMºG¾G‹Gy

Mafhumnya:Dan satu Petunjuk Keagungan Allah ialah:Allah telah mengizinkan membawa belayarjenis keluarga manusia dari kaum Nuh as

dalam sebuah bahtera yang penuh sarat. (41)

Dan Kami telah menciptakan untuk merekajenis pengangkutan laut yang sama dengan bahtera itu,

untuk kegunaan pengangkutan mereka. (42)

Page 27: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

27

Terdapat 2 petunjuk besar atas Keagungan Allah, melalui ayat di atas:

Pertama: Penerusan zuriat manusia untuk menghuni dunia ini denganmengizinkan keselamatan zuriat Nabi Nuh as dariditenggelami tsunami besar ketika berada di atas bahterayang dibina oleh Nabi Nuh as, melalui penelitian danbimbingan terus dari Allah.

Kedua: Model kapal dan bahtera menjadi ikutan dalampengangkutan laut oleh manusia hingga ke hari ini. Sebelumdetik tersebut, tiada sebarang kenderaan laut yang pernahdirekodkan.

Sewaktu pembinaan bahtera itu dibengkelnya, maka datanglahpemimpin-pemimpin kaum Nabi Nuh as melalui kawasan berhampiranbengkel itu lalu mengejek-ejek Nabi Nuh, kerana sekarang Nabi Nuhtelah bertukar daripada seorang pendakwah kepada seorang tukangmembina kapal dan kerana mereka tidak tahu apa yang sedang dibuatoleh Nuh as itu atau bagaimana mereka boleh mendapat munafaat dariapa yang sedang dibinanya. Contoh ejekan mereka adalah seperti:

“Adakah kamu sedang membina rumah yang boleh bergerak di atas air?Bila pula engkau telah bertukar karier daripada seorang pendakwah

kepada seorang tukang kapal? Mana ada tsunami!”

Mereka yang tidak mengetahui bala yang bakal menanti itu, menjadikanpembinaan bahtera ini perkara yang kelakar dengan tujuan untukmenghina Nabi Nuh as.

Nabi Nuh yang mengetahui akibat yang akan dideritai oleh kaumnya itu,apabila berlakunya tsunami besar, di mana kesemua yang berada didalam bahtera itu sahaja yang akan selamat, telah menjawab ejekan itudengan katanya:

“Tunggulah!... Kita tenguk siapa yang akan terkena nanti. Dan di waktuitu, aku pulak yang akan mengejek kamu! Kamu semua akanditenggelami air banjir dan setelah kamu semua musnah, di Akhiratnanti, sekali lagi kamu semua akan menghadapi azab Allah yang kekal!

Pergerakan air pasang dan taufan bermula dengan keputusan Allah danseterusnya bagaimana kisah Nuh as dengan bahteranya dijelaskandalam ayat-ayat 40 hingga 44 seperti berikut, Firman Allah:

Page 28: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

28

A NáƒH˜ãI›£GÁÃI• MáI¿MŠOZ £ƒGÀM¾ƒH– HeÂSÀƒR¥šOZ Ge£G•Gy £GœH®M›G} GYP飉ZGdIý PQçR¥GŠ> GãG›ZGY MãG›Gy HuMÂGºMšOZ IäMÃG¾G“ GÝG¤G" ãG› RêIý GßG¾M„G} Gy IãMÃGÀM‡OZ IãMÃG‰MyGf

(40) DáÃI¾G– RêIý PôHäG·G› GãG›ZGY £G›Gy> P£GÁ QƒG"M®H›Gy £GÁ Q‚;®M¨G› IäR¾šOZ IâM±I… £GÁÃI• CZÂH¤G˜MeOZ Gu£G–Gy

(41) DâÃIŠRe DeÂH¹G¸Gš çIN…Ge RwIýôHäGÀM…OZ K`ÂHœ Q|Gc£GœGy Iu£ƒG¤I¨MšO£G˜A _MÂG› çI• MâIÁI… |I®M¨G† GçI„Gy

(42) GãñI®I¹Q郼MšOZ GÚR› ãH¼G†GêGy £GÀG·R› ÌG˜MeOZ RçGÀH¤Qéƒñ AuI¯ƒM·G› çI• Gw£G˜Gy> IYP飿MšOZ GãI› çIÀH¿I³M·Gñ A áG¤G‰QéçšIý P|Iy£GËG" Gu£G–

> GâIŠRe ãG› RêIý IäR¾šOZI®M›G} MãI› GvMÂGÃMšOZ GâI'£G“ Gê Gu£G–(43) GãÃI–G®M¸H¿MšOZ GãI› Gw£G¼G• H_MÂG¿MšOZ £G¿HÁGÀMÃG… Gu£GŠGy

çI·I¾M–G} HYP飿G±Qéƒñ Gy IsGYP£G›çI·G¾M…OZ HkMeGƃ QPƒGñ GáÃI–Gy÷ IN|IcÂH¨MšOZçG¾G“ M\GÂG¥M"OZ Gy H®M› GþìOZ GçI´H–Gy HYP飿MšOZ G×ÃI”Gy

(44) GãÃI¿I¾QƒR¶šOZ IvMÂGºM¾ƒINšZ@¬M·H… GáÃI–GyMafhumnya:

“Nabi Nuh terus menjalankan tugasnyasehinggalah datang hukum Allah untuk membinasakan kaumnya,

dan air dari dalam bumi pun memancut-mancut naik ke atas dengan taufannya,dan pada masa itu Allah memberi arahan katanya:

“Cepat bawakan ke dalam bahtera kamu,setiap dari jenis haiwan atas bumi sepasang-sepasang,

dan bawalah juga keluargamu kecuali dari kalanganyang telah ditetapkan azab ke atas mereka, dan jangan ketinggalan

membawa orang-orang yang beriman bersamamu ke dalamnya”.Jumlah di kalangan yang beriman bersamanya adalah kecil sekali. (40)

Page 29: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

29

Ketika itu berkatalah Nuh askepada pengikut-pengikutnya yang beriman:

“Jemputlah naik ke dalam bahteraku inidan jangan lupa mengucap Bismillah,

dan dengan itu bergeraklah dengan kelajuan yang perludan berhentilah ditempat yang ditetapkan.

Sesungguhnya Allah Tuhanku ituMaha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (41)

Bahtera dan penghuninya itu pun bergerakmembelah badai dengan lajunya,

merempuh ombak yang besarnya seperti gunungmenuju ke destinasinya.

Sebelum itu Nabi Nuh ada memanggil anaknya,yang sedang berada di satu tempat terpencil yang terpisah dengannya

(dan ia tidak mahu mengikut bapanya ke dalam bahterakerana kufur kepada Allah) dan berkata:

“ Wahai anak kesayanganku!Naiklah bersama-sama kami ke dalam bahtera ini, agar engkau selamat

dan jangan tinggal bersama-sama orang yang kafir itu!” (42)

Jawab anaknya: “Aku akan dapat berlindung dari sebarang bencana inidengan berada di atas kemuncak gunung

yang dapat menyelamatkan aku dari ditenggelami air itu!”.Nabi Nuh mencelah dan berkata pada anaknya:

“Hari ini tidak akan ada sesiapa pun atau sesuatu punyang dapat menghindari azab Allah,

kecuali mereka yang diberi Rahmat Nya sahaja”.Pada masa itu juga, sebuah ombak besar terjadi dan memisahkan

mereka berdua dan anak derhaka itu pun ditenggelami airbersama-sama dengan kaum yang menzalimi diri mereka itu. (43)

Dan setelah binasa kaum Nuh itu semuanyamaka Allah telah memerintah bumi dan langit dengan kata Nya:

“Wahai bumi telanlah airmu itu!Wahai langit berhentilah dari curahanmu itu!’

Dan ketika itu surutlah air tersebut dan terlaksanalah perintah Allah.Dan bahtera Nuh tersangkut berhenti di atas Bukit Judi,

dan sampailah peringatan Allah kepada kaum kufur,umumnya bahawa: “Kebinasaan sahajalah

yang mengakhiri mereka-mereka yang zalim”. (44)

Page 30: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

30

TAFSIRAN AYAT 45-49

Ayat-ayat 45 hingga 47 menjelaskan kelangsungan kisah Nabi Nuh asdan memperlihatkan satu prinsip penting tentang keadilan Allah, sunnahdan hukum Nya pada makhluk Nya, tidak kira samada makhluknya ituseorang nabi atau manusia biasa. Ia juga menjelaskan ijtihad Nabi Nuhas tentang anaknya yang telah ditenggelamkan.

(Makna ‘Ijtihad’ itu ialah: Mencurahkan segala kesungguhan dan akal fikir untuk mendapatkansesuatu hukum syarak (dari Al-Qur’an dan Hadis) mengenai sesuatu masalah yang sulit).

Firman Allah:

çI¾M„G} MãI›çIÀM…OZ RwIý IN[Ge Gu£GºG• ôHäƒR…Re D`ÂHœ Q|Gc£GœGy(45) GãÃI¿I¼QƒG©MšOZ HâG¼MŠG} GÍMœG} Gy SÝG©MšOZ GsG¬M“Gy RwIýGy

÷A ÑI¾Qéƒ'H®MÃG” KáG¿G“ ôHäRœIý ÷ GßI¾M„G} MãI› GÔMÃGš ôHäRœIý H`ÂHÀQƒGñ Gu£G–÷ KâM¾I“ õIäI… GßGš GÔMÃGš£G› IãM¾GËM±G† GëG•

(46) GãÃI¾IÁQƒG¨MšOZ GãI› GwÂH¼G† wG} GßH¶I“G} PçINœIý÷ DâM¾I“ õIäI… çIš GÔMÃGš £G› GßG¾GËM"G} MwG} GßI…HdÂH“G} PçINœIý IN[Ge Gu£G–

(47) GãñI®I±QƒGªMšOZ GãIN› ãH˜G} PçIÀM¿GŠM®G†Gy çIšM®I¹M¸G† RêIýGyMafhumnya:

Dan Nabi Nuh as merayu kepada Allah Tuhannya, dengan berkata:“Wahai Allah Tuhanku!

Sesungguhnya anakku itu adalah titisan dari keluargaku sendiri.Aku akui bahawa janji-janji Mu itu adalah BENAR

dan Engkau adalah Allah, sebijak-bijak Hakimyang menghukum semuanya dengan seadil-adilnya. (45)

Lantas Allah menjawab:“Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu BUKAN dari ‘ahli’ keluargamu.

Sesungguhnya ‘bawaan dan pegangannya’ bukan dari amal soleh.Maka janganlah engkau merayu pada Ku

akan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenainya!Sesungguhnya, Aku melarangmu wahai Nuh,

dari menjadi orang yang ‘jahil’. (46)

Page 31: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

31

Nabi Nuh bermuhasabah dan berkata:“Wahai Allah, Tuhanku!

Sesungguhnya, aku ini senantiasa berlindung dengan Mudari merayu sesuatu yang aku tidak punyai ilmu dengannya.

Maka ampunkanlah dosaku itu,dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku itu,

serta memberi Rahmat Mu padaku,nescaya jadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)

Ada dua persolan dalam ayat di atas.

Pertama: Konsep IMAN. Iman itu TIDAK memperdulikan sesiapa.Maksudnya, walau pun dia adalah anak dari titisan keluargaseorang nabi, jika dia tidak beriman, maka dia dikeluarkandari keahlian keluarga itu.

Kedua: Konsep IJTIHAD Nabi Nuh, ialah berdoa agar semua yangkufur itu dihapuskan dari atas muka bumi ini dan semuayang beriman dilepaskan dari sebarang angkara Allah.Ijtihad yang anaknya juga akan dilepaskan dari janji-janjiAllah adalah salah, lebih-lebih lagi kerana Nabi Nuh as telahmengetahui kedudukan anaknya yang kufur itu. Jadi,permohonan supaya anaknya dilepaskan itu adalah salahijtihadnya dan jika tidak diampunkan Allah, maka akankerugianlah Nabi Nuh kerana dia telah berdosa pada Nya.

Rashid Ridha mentafsirkan Ayat 45 di atas ini sebagai:Nuh as pernah berdoa agar Allah melepaskan anaknya dariditenggelami air, tetapi tidak dilayan oleh Allah. Jadi beliau terus merayuseperti berikut:

“Wahai Allah Tuhanku!Sesungguhnya anakku ini adalah dari titisan darahku,

di mana Engkau ada menjanjikan,yang Engkau akan selamatkan semua mereka dari banjir.

Aku tidak menafikan kebenaran janji-janji Mudan Engkaulah yang paling adil dalam hukuman Mu itu”.

Ijtihad Nuh as ialah dia telah meminta anaknya bersesama beliau dalamkapal, tetapi anaknya enggan menaiki bahteranya dan berjanji akanmelarikan diri dari banjir besar itu dengan berada di tempat yang tinggi.Malangnya Nabi Nuh tidak tahu apa yang Allah tahu.

Page 32: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

32

Jawapan daripada Allah menyatakan bahawa anaknya itu tidak soleh,iaitu tidak beriman dan engkar untuk bersama-sama Nuh ke dalambahteranya. Dengan keengkaran ini, bererti dia kufur pada arahan Allahdan terkeluar dari keahlian keluarga Nuh as. Ini bererti anak dan isteriNabi Nuh as ditenggelami air kerana amalan kedua-dua mereka tidaksoleh. Permohonan Nabi Nuh as kepada Allah untuk selamatkan anakdan isterinya itu adalah tidak selayaknya bagi beliau untuk berijtihadsedemikian. Jawapan Allah ini melarang Nabi Nuh as dari melakukanperkara yang sama iaitu:

“dari merayu sesuatu yang aku tidak punyai ilmu dengannya”(Ijtihadnya)

agar beliau tidak digolongkan sebagai orang yang ‘jahil’.

Ayat-ayat di atas mungkin menjadi pengajaran pada kita semua, dimana walaupun ianya anak kita sendiri, sekiranya dia kufur pada Allah,maka dia akan terkeluar dari sisipan kekeluargaan kita. Jadi perlulahkita ingat prinsip ini agar zuriat kita menjadi zuriat yang beriman. Imandan amal soleh tiada kaitan dengan nasab dan keturunan. Segalabalasan pahala di dunia dan di Akhirat adalah berdasarkan kepada imandan amal, dan bukan kerana keturunan, walaupun mereka itu dariketurunan nabi dan rasul sekalipun. Sekarang, banyak sekalimereka-mereka yang jahil mendakwa diri mereka dari keturunanRasulullah dengan harapan mereka itu senantiasa berada di sisi Allah.

Andaian mereka-mereka yang menganggap dirinya yang bernasabkanRasulullah atau Sheikh-Sheikh Sufi adalah lebih penting

dari ulama-ulama dan orang-orang yang soleh,adalah mengarut dan berlawanan dengan konsep di atas.

(Rashid Ridha, Tafsir Al-Manar, m/s 87, Juz 12).

Apakah pengharapan Allah kepada Nabi Nuh as selepas trageditsunami dan taufan besar itu? Firman Allah:

> GßG·R› ãR¿IN› AâG›H} PQçG¾G“Gy GßMÃG¾G“ AÍ Q郘G®G…Gy£RÀIN› AâQ郃¾G±I… MØI¤M„OZ H`ÂHÀQƒGñ GáÃI–(48) DâÃIšG} K[ZG­G“ £RÀIN› âHÁS±G¿Gñ RâH‡ MâHÁH·IN¥G¿HÀG" DâG›H} Gy

GÍœG} P£GÁH¿G¾M·G† GÍÀH˜£G› ÷ GßMÃGšIý P£GÁÃIŠÂHœ IÌMÃG¸MšOZ IYP£G¤=œG} ãI› GßM¾I†(49) GãÃIºR¥H¿M¾Iš GæG¤IºQ郷MšOZ RwIý ÷ M®I¤M'O£G• ÷ZG­QƒG„ IáM¤G– ãI› GßH›ÂG– GêGy

Page 33: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

33

Mafhumnya:

Allah berfirman (setelah segalanya terjadi):“Wahai Nuh! Turunlah dari bahteramu itu

dengan selamat dan penuh barakah dari Kami, Allah Tuhanmu!Selamat kepadamu dan selamat berkat

kepada umat-umat yang akan bersama denganmu.Dalam pada itu akan ada umat-umatyang datang dari keturunan mereka

yang akan Kami kurniakan kesenangan hidup.Dan kerana kekufuran mereka,

akan Kami kenakan azab yang tidak terperi sakitnya. (48)

Kisah Nabi Nuh ini adalah di antara perkara-perkara ghaibyang Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad,

yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini.Oleh itu, banyakkanlah bersabar.

Sesungguhnya akan berlaku kesudahan yang baikkepada orang-orang yang bertaqwa. (49)

Mengakhiri kisah Nabi Nuh as, di samping mengaitkannya dengankebenaran kenabian Muhammad saw dalam dakwahnya kepadaMusyrikin Mekah, Allah yang mempunyai Kuasa Mutlak, Pemilik bumidan langit, dan yang Maha mengetahui perkara-peraka yang ghaib danyang zohir, Pentadbir semua urusan alam maya ini, termasuklahmengakhirkan peristiwa Tsunami di zaman Nabi Nuh as denganmengarahkan bumi dan langit supaya menjadikan segala-segalanyanormal semula. Mengarahkan bumi menelan semula semua airnya danmengarahkan langit supaya memberhentikan curahan hujannya, makaberpesanlah Allah pada Nuh as dengan katanya:

“Wahai Nuh! Turunlah dari bahteramu itu dan dari Bukit Judike paras bumi yang baru saja ditenggelami air.

Mulakanlah penghidupan kalian di atasnyadengan penuh rasa selamat,

rasa kehebatan keagungan Tuhanmu Allahdan rasailah Rahmat Nya padamu”.

Inilah ucapan tahiyyat Allah ke atas Nuh as, iaitu satu ucapan selamatmemulakan hidup baru dan selamat dari semua fitnah dan perseteruankaum Musyrikin yang telah dimusnahkan semuanya itu.

Page 34: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

34

“Pilihlah keberkatan hidup dengan mengecap rezeki yang akanmelimpah ruah kepada kamu dan kumpulan kamu itu, yang pernahdiselamatkan dari bahaya banjir besar. Semuanya untuk diwarisimelalui zuriat-zuriat yang akan datang kemudiannya dan yang akantersibar semula di atas muka bumi ini, menjadi umat-umat yangberbeza-beza rupa dan tempatnya. Ingat Nuh! Sekumpulan dariumat-umat itu yang beriman akan diberi hidayah, dan akan terdapatsekumpulan umat lain yang menerima rezeki kami, tetapi dalamjangkamasa panjang bertukar menjadi kufur, maka mereka ini akandiazab dengan azab yang pedih.”

Mari kita teliti pesanan Allah ini:

Pertama: Mulakanlah hidup dan cita-cita baru setelah semua kaumMusyrikin yang kufur dan memfitnahkan mereka dihapuskan.

Kedua: Kecapilah nikmat-nikmat Allah yang melimpah ruah denganberbekalkan keberkatan Allah dan salam Nya.

Ketiga: Berusahalah dengan penuh keredhaan Allah di atasmukabumi ini, perluaskanlah zuriatmu dan bergeraklahkepelusuk alam membawa zuriat manusia untuk menjadikhalifah di atasnya. Penerusan zuriat Nuh ini didahulukandengan tahiyyat Allah ke atas mereka.

Keempat: Peringatan kepada Nuh dan kumpulannya: Yang berimandan bertaqwa akan diberkati Allah, tetapi pada generasiakan datang yang disesatkan oleh Syaitan dan dihiasidengan syirik kepada Allah akan dibalas dengan azab yangsangat pedih.

Allah mengucapkan ‘Good Luck!’ (Selamat!) pada Nabi Nuh as danzuriatnya setelah dibekalkan dengan pesanan-pesanan tersebut.

Hasilnya, nasihat-nasihat itu menjadi serasi kepada dakwah Muhammadsaw kepada kaumnya di Mekah. Nabi Muhammad saw mengajakkaumnya beriman dengan Allah, meninggalkan kekufuran dan syirikpada Allah, memulakan hidup dengan mencari keberkatan Allah,menjaga diri dari ‘tipu helah’ Syaitan yang mengajak mereka kepadapenderhakaan kepada Allah, kerana yang sesat derhaka inilah yangakan dikenakan azab yang pedih di dunia dan di Akhirat.

Page 35: > GsGcZGÈH• õIäI… HÍIN¤G¦Hœ£G› IáƒHS®šOZ …tafsirmelayu.com/pdf/Hud/Ayat 25-49 Kisah Nabi Nuh as.pdf · Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran

35

Kemudian, tujahan Ayat 49 berikutnya ialah kepada Nabi Muhammadsaw, di mana Allah menyatakan kepadanya bahawa kisah Nabi Nuh asdan iktibar darinya kepada semua serta pengajaran-pengajaran yangdiselitkan di dalamnya itu, adalah perkara ghaib yang selama ini tidakdiketahui banyak oleh kaum Muhammad sendiri dan juga kaum-kaumyang lain. Ianya perjalanan berliku-liku Nabi Nuh as pada masa lalu.Semuanya ini diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah saw untukdisampaikan kepada umatnya secara detail (terperinci), walau pundalam kitab-kitab lama dijelaskan secara sekali lalu, tetapi di dalamAl-Qur’an ianya dijelaskan dengan begitu padat dan tepat.

Nasihat Allah yang mengakhiri kisah Nabi Nuh as ini ialah agarRasulullah perbanyakkan sabar. Sabar Rasulullah itu hendaklah samadengan sabarnya Nuh as ketika menghadapi kaumnya, kerana sunnahAllah pada Rasul-rasul Nya dan kaum-kaum mereka ialah segala akibatyang terjadi nanti akan berakhir dengan kejayaan dan pelepasan yangbaik kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Dalam kata lainseolah-olah Allah berkata demikian:

“Wahai Muhammad! Aku menjanjikan kemenangan dan kelepasanyang baik kepada engkau dan pengikut-pengikutmu yang bertaqwa.Maka kamu semua akan berjaya dan golongan yang meneruskanperseteruan mereka kepada engkau itu akan menjadi rugi dan hancur”.

Banyak pentafsir-pentafsir muktabar membuat komen dan mengambiliktibar di atas kisah Nuh as ini. Yang penting ialah, jangan kita sekali-kalimengurangkan iman dan taqwa kita kepada Allah, perkuatkanlahpegangan kita pada Al-Qur’an dan As-Sunnah agar kita terlepas danterpelihara dari segala perkara yang membawa kepada kufur padaAllah. Kejadian-kejadian di sekeliling kita yang menyerupaikejadian-kejadian ke atas Nabi Nuh as dan kaumnya itu, hendaklahdijadikan sebagai satu KEBENARAN dari Allah dan mungkin kejadianyang sama juga boleh berlaku kepada kita di semua zaman dan disemua tempat. Oleh itu, bersesuaian dengan saranan surah ini, kitaperlulah memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah, agar kitadilepaskan dari semua bahaya yang terjadi akibat dari kezalimanmanusia itu sendiri pada Allah dan Rasul Nya.

Allahu A’lam.