Upload
zauhari-hussein
View
49
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER :MEI 2013
HBEF 2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN (T1A2)
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK
NAME : ZAIDA BT ISMAIL
MATRICULATION NO : 700806035112001
IDENTITY CARD NO. : 700806035112
TELEPHONE NO. : 0198999449
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU
HBEF 2803
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM MURUT DI SABAH.
1 PENGENALAN 22 GAMBAR UPACARA PERKAHWINAN 2
2.1 Gambar Majlis Perkahwinan 22.2 Gambar Tarian Sempena Majlis Perkahwinan 72.3 Gambar Upacara Minum Tapai 82.4 Gambar Adat Tambalang 9
3 RUMUSAN 10
ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM MURUT DI SABAH
1
HBEF 2803
1.0 PENGENALAN
Dalam jurnal penulisan yang lalu, penjelasan tentang adat resam perkahwinan suku kaum
Murut Tagal telah diperincikan berdasarkan kepada rujukan dokumen seperti majalah, buku,
jurnal dan bahan rujukan internet. Adat resam perkahwinan yang diperincikan adalah bermula
dari adat merisik sehingga kepada majlis perkahwinan. Dalam penulisan kali ini, perincian
berkaitan adat resam dilakukan berdasarkan kepada rakaman gambar dan video yang
dilakukan sendiri. Dengan mengalami sendiri suasana perkahwinan yang dihadiri, adat resam
perkahwinan tersebut dapat difahami dalam konteks masa kini. Sungguhpun begitu, dalam
jurnal kali ini, perbincangan hanya meliputi adat resam yang berlaku semasa hari
perkahwinan kerana saya tidak berpeluang untuk menghadiri majlis merisik dan bertunang.
2.0 GAMBAR UPACARA PERKAHWINAN
2.1 Gambar Majlis Perkahwinan
Gambar 1 : Menanti ketibaan pengantin
2
HBEF 2803
Gambar 2 : Saat menyambut pengantin
Gambar 3 : Memukul gong sebagai tanda menanti ketibaan pengantin
3
HBEF 2803
Gambar 4 : Ketibaan Pengantin
Gambar 5 : Pengantin dengan pakaian barat
4
HBEF 2803
Gambar 6 : Ketibaan pengantin
Gambar 7 : Persandingan pengantin
5
HBEF 2803
Gambar 8 : Tarian yang disertai
Gambar 9 : Hiburan Kugiran
6
HBEF 2803
2.2 Gambar Tarian Sempena Majlis Perkahwinan
Gambar 10 : Tarian Magunatif tanpa bambu
Gambar 11 : Tarian Magunatif dengan tetamu
7
HBEF 2803
2.3 Gambar Upacara Minum Tapai
Gambar 12 : Minum Tapai
8
HBEF 2803
Gambar 13 : Minum Tapai bergilir-gilir
2.4 Gambar Adat Tambalang
Gambar 14 : Adat menghantar pengantin perempuan
9
HBEF 2803
Gambar 15 : Menerima Pengantin Perempuan
3.0 RUMUSAN
Adat resam perkahwinan suku kaum Murut tidak terkecuali dari mengalami perubahan
seperti mana suku kaum yang lain. Perubahan-perubahan ini dipengaruhi oleh persekitaran,
budaya lain dan pegangan agama. Perubahan-perubahan ini diperoleh melalui satu majlis
perkahwinan yang dirakamkan.
Dalam majlis perkahwinan yang berlangsung, kedua-dua pengantin melakukan upacara
perkahwinan di dalam gereja. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan rakaman
perkahwinan kedua pasangan ini tidak dapat dilakukan. Rakaman hanya bermula apabila
kedua-dua pasangan diiring ke tempat persandingan.
Majlis persandingan berlangsung di rumah kediaman pengantin perempuan. Seawal jam 9.00
pagi, beberapa anak gadis dari pihak pengantin perempuan bersiap sedia menanti ketibaan
pengantin. Mereka siap berpakaian lengkap pakaian tradisional suku kaum mereka. Pakaian
ini diperbuat daripada kain baldu dan dihiasi pelbagai warna dan bentuk manik. Sepanjang
masa menunggu kedua-dua pengantin tiba, irama gong terus berkumandang. Memainkan
gong merupakan adat yang terus dipertahankan dalam upacara perkahwinan suku kaum ini.
Sebaik sahaja kedua-dua pengantin tiba, mereka terus diiring oleh anak-anak gadis tadi
menuju ke pentas persandingan. Pukulan gong hanya berhenti apabila kedua-dua pengantin
berada di pentas persandingan. Sepanjang pengantin berada di pentas persandingan, berbagai
upacara dilakukan seperti acara menari dan persembahan kugiran. Kesemua acara ini
berlangsung sehingga ke malam hari.
Perkahwinan suku kaum Murut dimeriahkan dengan persembahan tarian magunatif beramai-
ramai. Upacara tarian ini turut disertai oleh pengantin. Tarian magunatif dilakukan sebagai
lambang ketangkasan dan kegagahan bangsa Murut. Selain itu juga, majlis minum tapai
menjadi satu kemestian semasa majlis perkahwinan. Tapai diisi di dalam tajau dan disusun 10
HBEF 2803
kemas di atas meja, Yang uniknya, cara tapai ini diminum. Tapai diminum dalam bentuk
pusingan. Setiap orang yang terlibat akan meminum tapai sedikit-sedikit dalam setiap tajau
yang dihidangkan. Majlis perkahwinan akan berakhir apabila pengantin perempuan dihantar
ke rumah lelaki. Acara ini masih mengekalkan upacara lama.
Secara keseluruhannya, tidak kesemua adat lama dilaksanakan dalam majlis perkahwinan
suku kaum ini. Acara-acara yang dikekalkan adalah acara menyambut pengantin, majlis
tarian, acara meminum tapai dan adat tambalang iaitu adat menghantar pengantin perempuan.
Perubahan adat tidak dapat dielakkan kerana secara nalurinya manusia sentiasa berevolusi
dengan perubahan persekitarannya.
11