Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Publication: Berita Harian, p 12 Date: 5 December 2014 Headline: Strange that they can read and memorise the Quran but not understand its meaning
Musykil boleh baca., hafalQuran tapi tak reti
maim a CIK SITI SYUHADA FAIZAL: Turut buat kajian sama ada kalangan tahfiz
AI-Quran yang tidak berbahasa Arab tetapi mampu membaca dan menghafal AI-Quran dapat meraih ilmu melalui sebutan bahasa dan
bunyi. - TAUFIK A. KADER
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.
Fenomena dalam kalangan umat Islam tarik perhatian
pelajar kedoktoran yang ingin buat kajian secara saintifik
IIJ>HASLEEN BACHIK [email protected]
KEMAMPUAN golongan yang tidak memahami bahasa Arab, tetapi berupaya menghafal keseluruhan AlQuran mengagumkan pelajar kedoktoran, Cik Siti Syuhada Faizal, yang kemudian memutuskan ingin menyelidik proses hafalan Al-Quran bagi golongan tersebut dari sudut saintifik.
Kajian penerokaan yang julung-julung kalinya dibuat mengenai cara pertuturan diproses dalam kalangan tahfiz Al-Quran yang tidak berbahasa Arab itu juga
. bakal meninjau secara khusus sama ada kumpulan terse but meraih ilihu melalui sebutan bahasa dan bunyi walaupun tidak memahami maknanya.
Penerima biasiswa berprestij bagi kategori possiswazah daripada Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bernilai $15,000 dan kini mengikuti program doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan, Komunikasi dan Sains Bahasa di Universiti Newcastle, United Kingdom (UK), itu berkata:
"Semasa memilih topik penyelidikan, saya mencari sesuatu yang melibatkan pemprosesan bahasa kerana pengk):msusan PhD saya adalah dalam sains bahasa. Saya mahu melakukan sesuatu untuk bahasa Arab kerana ia adalah bahasa umat Islam. Saya juga mahu menjalankan sesuatu yang unik untuk masyarakat kita, jadi mengapa tidak mendalami bahasa Arab dalam Al-Quran?"
Menurut Cik Siti Syuhada, daripada 1.6 juta umat Islam di seluruh dunia, sebahagian besar tidak bertutur dalam bahasa Arab.
Namun demikian, ramai yang membaca dan menghafal kira-kira 80,000 perkataan dalam Al-Quran meskipun tidak memahami maknanya.
"Bagi saya dan penyelia saya, ia merupakan fenomena yang menarik. Beliau seorang warga Lebanon dan bahasa Arab adalah bahasa ibundanya. Secara peribadi, beliau sendiri tidak tahu bagaimana orang seperti kita boleh n'lembaca dan menghafal bahasa Arab tanpa memahaminya," jelas beliau.
Cik Siti Syuhada, yang merupakan antara siswazah terbaik semasa di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang meraih Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan pengkhususan dalam Sains Politik dan Psikologi, memulakan projeknya awal tahun ini dan ia dijangka selesai Julai atau Ogos tahun depan.
Memandangkan tiada buku mengenai penghafalan Al-Quran di Singapura, sebagai permulaan, Cik Siti Syuhada, 29 tahun, telah mewawancara 15 hafiz pada Januari lalu untuk memahami bagaimana mereka menghafal Al-Quran serta pengalaman mereka boleh dijadikan Jatar belakang penyelidikannya.
Mereka berusia antara 25 dengan 45 tahun dan telah menghafal seluruh Al-Quran.
"Matlamat utama projek ini ialah memahami bentuk pengetahuan yang diraih daripada membaca dan menghafal Al-Quran tanpa memahami apa yang dibaca dan dihafal. Adakah pell'\b!!ca dan penghafal itu stmsitif pada corak yang terdapat di dalam bahasa tersebut?" tambahnya, yang mengakui menghafal sedikit semasa menuntut di Madrasah Masjid En-Naeem bagi komponen Tafsir dan Hafalan Al-Quran.
- Anak ketiga empat beradik kepada penyelia tapak dan suri rumah itu bersyukur beliau mendapat keizinan daripada Sekolah Agama Radin Mas dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah dalam penyelidikannya kali ini dan berharap agar mendapat juga sokongan institusi pengajian Islam yang lain.
"Insya-Allah projek ini berguna bukan sahaja dalam memahami corak di dalam Al-Quran, ilmu yang diraih tanpa pemahaman, bahkan bagaimana golongan pendidik yang sedang mengajar Al-Quran dan penghafalannya boleh menggunakan hasil dapatan untuk membantu dan memperbaiki kaedah pembelajaran.
"Projek ini memberikan kesan atau implikasi bukan hanya kepada masyarakat setempat, malah masyarakat Islam secara global juga, terutama di negara yang tidak bertutur bahasa Arab dalam membaca dan menghafal Al-Quran," ujar bekas pelajar Maktab Rendah Victoria dan Sekolah Perempuan Raffles itu.
Sementara itu, penyelia utamanya di Universiti Newcastle, Dr Ghada Khattab, berkata: "Penyelidikan yang Siti usulkan ini amat menarik minat saya kerana ia melihat konteks yang jarang dikaji iaitu mengenai pemerolehan bahasa melalui hafalan tanpa pemahaman leksikal."
Namun, Cik Siti Syuhada menambah: "Kita juga harus tahu apakah matlamat penghafalan. Adakah kita mahu anak-anak kita sekadar menghafal tanpa pemahaman?"