Upload
others
View
13
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA
PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK)
BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH
HENG GUAY LOOE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA PERUNTUKAN MASA, JENIS DAN CARA
PENGELOLAAN GURU TERHADAP KERJA RUMAH (HOMEWORK)
BAHASA MELAYU DENGAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH RENDAH
HENG GUAY LOOE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
iii
Untuk suami yang tercinta
Terima kasih atas segala pengorbanan dan keperihatinan
Buat anakanda yang dikasihi
Semangat dan doa yang diberi
mendorong ibunda untuk meneruskan perjuangan
Teman-teman seperjuangan
Terima kasih atas segala dorongan dan bantuan
Memori indah bersama kalian
Tidak mungkin ku lupakan
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dan jutaan terima
kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Yeo Kee Jiar atas bimbingan, dorongan
dan nasihat yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.
Setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas kepada suami yang tercinta atas
segala sokongan dan galakan yang diberikan supaya saya dapat teruskan perjuangan
tanpa kerisauan dan kerunsingan. Buat ketiga-tiga orang puteri saya, terima kasih
kerana sentiasa memberikan semangat dan mendoakan kejayaan saya.
Penghargaan kepada guru besar SJKC Layang dan SJKC Tuan Poon, Kluang
yang sudi memberi kerjasama kepada saya untuk mengendalikan borang soal selidik di
sekolah mereka.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segala bantuan dan dorongan.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kerja rumah merupakan suatu amalan biasa dalam kehidupan harian pelajar-
pelajar sekolah di Malaysia. Kerja rumah dipercayai memainkan peranan dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
sekolah rendah. Tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu masa yang diperuntukan bagi
menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah telah dikaji. Seramai 90 orang pelajar tahun lima dari tiga buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Daerah Kluang telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini.
Data kajian diperoleh melalui soal selidik. Semua data dianalisis dengan Statistical
Package for Social Science (SPSS). Analisis deskriptif (frekuensi dan peratus)dan
inferensi (Spearman’s rho dan Pearson Correlation Coefficient) digunakan dalam
tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa, kerja rumah jenis
persediaan dan peluasan pengetahuan, cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja
rumah dengan pencapaian Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat hubungan yang
signifikan antara jenis kerja rumah latihan dan cara pengelolaan guru (selepas kerja
rumah disempurnakan) dengan pencapaian. Secara umum, keberkesanan kerja rumah
terhadap prestasi pencapaian pelajar di sekolah rendah adalah kecil. Dapatan kajian ini
mencadangkan supaya guru memberi pelajar kerja rumah dalam bentuk latihan
pengukuhan dan pelajar diberi komen serta maklum balas terhadap prestasi mereka.
vi
ABSTRACT
Homework is practiced in students’ daily routine in Malaysia. It is believed that
homework contributes to the academic achievement of students. This research focused
on the correlation between homework and achievement in Malay Language among the
primary school students. Three independent variables involved, namely time spent on
homework, types of homework and teacher’s supervision on homework. A total of 90
year five students from three different schools in Kluang were involved in this research.
The data was collected through questionnaire and analyzed using Statistical Package for
Social Science (SPSS). Descriptive statistics in the form of frequency, percentage and
inference in the form of Spearman’s rho and Pearson Correlation Coefficient were used
in data analyze. As a whole, the finding of this study showed no significant correlation
between time spent on homework, types of homework (preparation and extension) and
teachers’supervision (when homework was assigned) with students’ achievement in
Malay language. However, the finding showed that there’s a little significant correlation
between types of homework (practice) and teachers’ supervision on homework (after
homework was assigned) with the students’ achievement in Malay language. In general,
the effect of homework on achievement of primary school students appears to be small.
The finding suggests that homework should be build on practice (skills already learned)
and students should be given comment and feedback on their performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis 8
viii
1.7 Rasional Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Skop Kajian 11
1.10 Kerangka Teori 12
1.10.1 Teori Behavourisme 12
1.10.2 Teori Kognitif 12
1.11 Kerangka Konsep 13
1.12 Definisi Istilah 13
1.12.1 Kerja Rumah 14
1.12.2 Peruntukan Masa dalam Kerja Rumah 14
1.12.3 Jenis Kerja Rumah 15
1.12.4 Cara Pengelolaan Guru terhadap Kerja 15
Rumah
1.12.5 Mata Pelajaran Bahasa Melayu 16
1.13 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Perkembangan yang berkaitan Kerja Rumah 17
2.2.1 Kajian Lepas Luar Negara
2.2.1.1 Peruntukan Masa dalam Kerja 18
Rumah dengan Pencapaian
Pelajar
2.2.1.2 Jenis Kerja Rumah dengan 22
Pencapaian Pelajar
ix
2.2.1.3 Cara Pengelolaan Guru terhadap 24
Kerja Rumah dengan Pencapaian
Pelajar
2.2.2 Kajian Lepas dalam Negera 27
2.3 Teori yang Digunakan dalam Kajian 29
2.3.1 Teori Tingkah Laku (Behavourisme) 29
2.3.2 Teori Kognitif 31
2.4 Penutup 32
3 METODOLOGI KAJIAN 33
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Instrumen Kajian 34
3.3.1 Bahagian A 35
3.3.2 Bahagian B 35
3.4 Prosedur Pengumpulan Data 36
3.5 Pemboleh ubah Kajian 39
3.6 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Penganalisisan Data 40
3.8.1 Analisis Deskriptif 41
3.8.2 Analisis Inferensi 41
3.9 Penutup 42
x
4 DAPATAN KAJIAN 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis deskriptif 44
4.2.1 Taburan Pelajar mengikut Jantina 44
4.2.2 Taburan Pelajar mengikut Bangsa 45
4.2.3 Taburan Pelajar mengikut Pencapaian 45
Bahasa Melayu
4.2.4 Taburan Pelajar mengikut Peruntukan 46
Masa Untuk Menyiapkan Kerja
Rumah Bahasa Melayu Dalam Sehari
4.3 Analisis Inferensi 47
4.3.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 47
untuk Menyiapkan Kerja Rumah
Bahasa Melayu dengan Pencapaian
Bahasa Melayu
4.3.2 Hubungan antara Jenis-Jenis Kerja 48
Rumah Bahasa Melayu dengan
Pencapaian Bahasa Melayu
4.3.2.1 Hubungan antara Kerja Rumah 48
Bahasa Melayu jenis Latihan
dengan pencapaian Bahasa
Melayu
4.3.2.2 Hubungan antara Kerja Rumah 49
Bahasa Melayu jenis Persediaan
dengan pencapaian Bahasa
Melayu
xi
4.3.2.3 Hubungan antara Kerja Rumah 50
Bahasa Melayu jenis Peluasan
Pengetahuan dengan pencapaian
Bahasa Melayu
4.3.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 51
Guru terhadap Kerja Rumah dengan
pencapaian Bahasa Melayu
4.3.3.1 Hubungan antara Cara 52
Pengelolaan Guru Semasa
Pemberian Kerja Rumah
Bahasa Melayu dengan
pencapaian Bahasa Melayu
4.3.3.2 Hubungan antara Cara 53
Pengelolaan Guru Selepas
Kerja Rumah Bahasa Melayu
Disempurnakan dengan
pencapaian Bahasa Melayu
4.4 Penutup 54
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 55
CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan 55
xii
5.2.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 56
Menyiapkan Kerja Rumah dengan
Pencapaian
5.2.2 Hubungan antara Jenis Kerja Rumah 57
dengan Pencapaian
5.2.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan 59
Guru dengan Pencapaian
5.3 Rumusan Kajian 60
5.4 Cadangan 61
5.4.1 Pelajar 62
5.4.2 Guru 63
5.4.3 Ibu Bapa 64
5.4.4 Pihak Sekolah 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Penutup 66
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN : LAMPIRAN A - C 71-77
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian item berdasarkan jenis kerja rumah dan
cara pengelolaan guru
35
3.2 Skala Likert 36
3.3 Klasifikasi kekuatan korelasi daripada Rowntree
(1981)
42
4.1 Taburan pelajar mengikut jantina 44
4.2 Taburan pelajar mengikut bangsa 45
4.3 Taburan pelajar mengikut pencapaian Bahasa Melayu 45
4.4 Taburan pelajar mengikut peruntukan masa untuk
menyiapkan kerja rumah Bahasa Melayu dalam
sehari
46
4.5 Analisis korelasi Pearson hubungan antara
peruntukan masa menyempurnakan kerja rumah
Bahasa Melayu dengan pencapaian Bahasa Melayu
47
4.6 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja
rumah Bahasa Melayu jenis latihan dengan
pencapaian Bahasa Melayu
49
4.7 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja
rumah Bahasa Melayu jenis persediaan dengan
pencapaian Bahasa Melayu
50
xiv
4.8 Analisis korelasi Pearson hubungan antara kerja
rumah Bahasa Melayu jenis peluasan pengetahuan
dengan pencapaian Bahasa Melayu
51
4.9 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara
pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah
dengan pencapaian Bahasa Melayu
52
4.10 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara
pengelolaan guru selepas kerja rumah Bahasa Melayu
disempurnakan dengan pencapaian Bahasa Melayu
53
4.11 Keputusan penuh hipotesis dalam hubungan antara
kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian
pelajar
54
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka konsep kajian 13
2.1 Konsep kerangka pengajaran terancang oleh Skinner 29
3.1 Proses pengumpulan data projek 37
xvi
SENARAI SINGKATAN
EPRD -- Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
KPM -- Kementerian Pelajaran Malaysia
SJK (C) -- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 71
B Surat kelulusan dari EPRD 75
C Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 77
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Menyedari kepentingan dalam pencapaian matlamat Wawasan 2020,
pembangunan modal insan turut diberi penekanan dan menjadi satu daripada enam teras
strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 yang dilancarkan
awal tahun 2007. Penetapan teras strategik itu sekaligus meletakkan peranan guru dalam
menjana modal insan menjadi semakin penting dan kritikal dalam menjayakan Misi
Nasional dan pelaksanaan PIPP ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.
Dalam kerjaya pendidikan, pengajaran guru amat penting untuk mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah bersifat dinamik dan
mesti disampaikan dengan sebaik mungkin. Menurut Omardin (1999), kejayaan dan
2
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa faktor di
antaranya yang terpenting ialah guru. Tugas guru menjadi semakin penting dan kritikal
bagi menyediakan generasi muda Malaysia, memperkembangkan potensi diri mereka,
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran serta membentuk keperibadian
dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan serta mampu
memajukan negara pada mata dunia. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku
penyelidik di bilik darjah untuk dapat mengenal pasti pencapaian pelajarnya, menilai
keberkesanan pengajarannya dan mengukur keberkesanan pembelajaran pelajarnya.
Kejayaan negara melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan pada masa
depan amat bergantung kepada kemantapan sistem pendidikan negara. Kemantapan
sistem pendidikan pula bergantung kepada kecemerlangan guru melaksanakan peranan
masing-masing. Justeru itu, amanah yang dipikul guru amat penting.
Pelajar merupakan individu yang mengalami proses pembelajaran melalui
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka ini berbeza-beza dari segi kognitif,
emosi dan psikomotor. Setiap individu mempunyai cara belajar masing-masing. Salah
satu strategi yang diamalkan oleh para pelajar dalam pembelajaran ialah amalan kerja
rumah yang diberi oleh guru samada berbentuk soalan latihan, lembaran kerja, kerja
bertulis, sebagai persediaan awal mahupun sebagai pengukuhan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kecemerlangan pendidikan seseorang pelajar diukur dari segi pencapaian gred
yang diperoleh dalam ujian di sekolah atau peperiksaan awam. Sijil, diploma dan ijazah
merupakan simbol yang amat dihargai oleh masyarakat sebagai pengiktirafan
pencapaian anak-anak muda dalam pendidikan (Dore, 1976). Hasilnya, Rahimah (1984)
mengatakan murid-murid sekolah digesa, ditekan, didesak supaya berusaha dengan
3
sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan. Bagi guru-guru, prestasi sesebuah sekolah
diukur dengan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan awam.
Bagi guru, peperiksaan merupakan satu alat penaksir tentang pengajarannya.
Guru-guru cuba menyemaikan semangat bersaing dan pelajar pula cuba mendapat
kedudukan sebaik mungkin daripada budaya bersaing ini. Peperiksaan merupakan
sasaran kepada semua aktiviti di sekolah. Ekoran daripada situasi ini, para pelajar
dikehendaki melebihkan masa belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
Kerja rumah sebagai satu daripada strategi pengajaran dan pembelajaran telah menarik
perhatian guru-guru sebagai saluran untuk melebihkan dan mengukuhkan pembelajaran
yang berlangsung di bilik darjah. Para pelajar dikehendaki melebihkan pembelajaran
mereka di luar waktu persekolahan rasmi untuk menyempurnakan kerja rumah.
Amalan memberi kerja rumah kepada pelajar bukanlah satu perkara baru. Ia
telah lama diamalkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, di dalam dan di luar
negara. Tindak balas terhadap amalan ini adalah berbeza-beza daripada berbagai-bagai
pihak. Setengah golongan menyokong amalan pemberian kerja rumah untuk
meningkatkan taraf pencapaian pelajaran; segolongan yang lain pula mempertikaikan
dengan menganggap kerja rumah sebagai beban kepada para pelajar. Keadaan ini
menjadikan kerja rumah sebagai suatu isu dalam bidang pendidikan.
Bagi kebanyakan orang, kerja rumah merupakan satu cara belajar yang penting
kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan prestasi dan motivasi belajar. Kerja rumah
menjadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi pelajaran yang
sukar dilaksanakan di bilik darjah. Dengan melaksanakan kerja rumah, guru akan
mendapat maklum balas terhadap kerja-kerja pelajar yang seterusnya akan melibatkan
penambahbaikan dan bimbingan daripada guru.
Kerja rumah mempunyai potensi untuk meningkatkan standard, melanjutkan
penghabisan kurikulum dan memperbaiki prestasi pelajar (Eddy, 1984). Tugasan yang
4
dibuat di rumah yang merupakan juga lanjutan kepada tugasan-tugasan di bilik darjah
adalah dianggap sebagai sumbangan yang amat berharga kepada proses pembelajaran,
dan penggubalan sesuatu polisi untuk menguruskan kerja rumah sudah pasti akan
menjadi satu pengalaman pendidikan yang berkualiti untuk para pelajar (Jim Hackney,
1977). Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para
pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai
isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada pelajar untuk
belajar dari berbagai-bagai sumber dan dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki
kelemahan mereka di bilik darjah.
Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu dan ia
menjadi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan yang utama di Malaysia.
Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1963), Akta Bahasa Kebangsaan (1961)
dan Pindaan (1971), Laporan Kabinet (1978), Falsafah Pendidikan Negara (1980) dan
Akta Pendidikan (1995) menyatakan dengan jelas tentang kedudukan dan peranan
bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asing dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa
Melayu secara rasmi bertindak sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
negara.
Keadaan dilema dan kekangan bahasa ini amat dirasai kanak-kanak kerana setiap
pelajar di sekolah diwajibkan mempelajari dan menduduki peperiksaan mata pelajaran
bahasa Melayu. Calon harus lulus dengan baik mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
layak belajar di sekolah asrama penuh ataupun sekolah bantuan penuh kerajaan. Ramai
kanak-kanak sekolah rendah terutamanya dari Sekolah Jenis Kebangsaan tidak mahir
menguasai bahasa Melayu seperti yang dituntut dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSR. Himpitan kurikulum yang berterusan ini menjadikan pelajar merasakan diri
mereka menjadi mangsa penindasan kurikulum. Dilema guru-guru yang mengajar
Bahasa Melayu amat ketara sekali.
5
Semua guru hendaklah peka pada Bahasa Melayu dan penggunaan Bahasa
Melayu baku dengan berkesan. Takrif baku merangkumi semua aspek bahasa iaitu
tatabahasa, ejaan, istilah, struktur ayat, sebutan, intonasi dan laras mengikut konteks dan
situasi. Guru hendaklah membetulkan kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar dalam
semua mata pelajaran dan situasi.
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa membuat kerja rumah adalah suatu
amalan yang membazirkan masa. Menurut kumpulan penyelidik dari Australia dalam
artikel “Australian Principle : Homework a waste of time,” pada 28 Julai 2004 telah
menyatakan pelajar di Malaysia memperuntukkan purata sebanyak 3.8 jam dalam sehari
untuk menyiapkan kerja rumah dianggap suatu tindakan yang membazirkan masa. Ini
disebabkan daripada kajian yang dilakukan oleh Australian Council for Educational
mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah dengan pencapaian mereka.
Beberapa kajian yang berkaitan dengan amalan kerja rumah sebagai satu proses
pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan. Antaranya kajian yang menunjukkan
bahawa jumlah masa yang digunakan oleh pelajar masih lagi di tahap yang rendah.
Dalam bulan April 1983, National Commission On Excellence in Education di Amerika
Syarikat melalui buku yang bertajuk “ A Nation At Risk” melaporkan pandangan tentang
cara untuk mengatasi krisis dan cabaran dalam pendidikan. Antara laporan ini ada
menyebut, pelajar-pelajar di sekolah tinggi menggunakan masa kurang daripada 1 jam
sehari untuk tujuan menyiapkan kerja rumah. Ianya didapati tidak mencukupi sehingga
mengakibatkan pencapaian pelajar merosot.
Kerja rumah amat penting untuk memupuk motivasi kendiri (Skinner, 1984:461).
Begitu juga pandangan yang disuarakan oleh ibu bapa dan masyarakat tentang betapa
6
pentingnya kerja rumah, seperti memberi gambaran kepada ibu bapa tentang apa yang
dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah, melatih pelajar-pelajar melakukan kerja
sendiri mengikut arahan, melatih pelajar-pelajar mengurus masa lapang dengan baik.
Terdapat juga pandangan-pandangan para ibu bapa yang agak negatif tentang penekanan
kerja rumah dengan alasan kerja rumah merampas masa kanak-kanak untuk berkembang
dari segi jasmani, mengurangkan minat pelajar terhadap pelajaran akan datang, ibu bapa
memerlukan masa yang banyak untuk membimbing anak membuat kerja rumah.
Mengikut Robert J. Lumsden (1996), salah satu rahsia kejayaan adalah sentiasa
ada sesuatu yang dikerjakan. Menurutnya, kerja rumah adalah satu tugasan yang
menyebabkan pelajar-pelajar selalu belajar dan membuat latihan. Ia telah terbukti
membawa kejayaan kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan mereka dengan
cemerlang.
Keberkesanan kerja rumah biasanya mempunyai hubungan secara langsung atau
tidak langsung dengan faktor seperti peruntukan masa untuk pelajar menyiapkan kerja
rumah, jenis kerja rumah, kuantiti kerja rumah, cara pengelolaan guru dalam pemberian
kerja rumah, penglibatan ibu bapa dalam membimbing anak menyiapkan kerja rumah
dan juga persekitaran semasa menyiapkan kerja rumah.
Daripada faktor-faktor yang dikenalpasti, penyelidik ingin mengupas tiga faktor
iaitu peruntukan masa untuk pelajar menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara
pengelolaan guru dalam pemberian kerja rumah. Adakah fakor-faktor tesebut
mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar di sekolah rendah terutamanya subjek
Bahasa Melayu.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara
peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dengan pencapaian pelajar tahun lima dalam mata pelajaran
tersebut. Objektif khusus kajian ialah :
1.4.1 mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan
kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian.
1.4.2 mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah Bahasa Melayu
dengan pencapaian.
1.4.3 mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan di bawah:
1.5.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
menyempurnakan kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian
Bahasa Melayu?
1.5.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah Bahasa
Melayu jenis latihan dengan pencapaian Bahasa Melayu?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah Bahasa
Melayu jenis persediaan dengan pencapaian Bahasa Melayu?
8
1.5.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah Bahasa
Melayu jenis peluasan pengetahuan (extension) dengan pencapaian
Bahasa Melayu?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru
semasa pemberian kerja rumah Bahasa Melayu dengan pencapaian
Bahasa Melayu?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru
selepas kerja rumah Bahasa Melayu disempurnakan dengan pencapaian
Bahasa Melayu?