Upload
maslinda-hj-taib
View
441
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelanggu ibu bapa setiap kali
menerima panggilan daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal,
tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yng lemah di dalam kelas.
Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan
sejenis sindrom dipanggil hiperaktif ( attentition deficit hyperactivity disorder –
ADHD ). ADHD biasanya lapan peratus ke sepuluh peratus dikesan bagi kanak-kanak
yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai mengidap ADHD
berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami
ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang
tumpuan.
Ramai ibu bapa yang mendapati sukar untuk menguruskan kanak-kanak yang
terlalu aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak ke sana ke mari menerokai
persekitan mereka dan dalam proses ini menyebabkan berlakunya huru-hara ke atas
ibu bapa dan individu yang berada di persekitaran mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak
seharusnya cepat melatah untuk melabelkan anak-anak mereka atau kanak-kanak yang
terlalu aktif dan riuh sebagai hiperaktif sebelum membuat permeriksaan dan penilai
dari pihak yang tertentu. Adalah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak yang
mengalami tahap perkembangan mempunyai dorongan yang kuat untuk mencuba
sesuatu yang baru walaupun tingkahlaku mereka yang aktif mendatangkan kerisauan
kepada ibu bapa.
1
Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar
menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan
berfikir, tetapi tidak mengendahkannnya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak
bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada
kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi
kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam
akademik.
Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau
tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan kanak-kanak
menghadapi masalah tingkah laku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang
hiperaktif dianggap nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya
menunjukkan tinghkah laku yang terlalu aktif atau lasak, ibu bapa harus berhati-hati
agar tidak tersilap membuat andaian dan mengganggap anak mereka hiperaktif.
Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap
normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka.
Oleh sebab itu, kajian lapangan ini akan mengupas mengenai kanak-kanak
yang mengalami masalah ADHD. Kajian ini juga akan membincangkan isu mengenai
definisi dan konsep ADHD untuk mengetahui dengan tepat apakah itu ADHD, punca
yang menyebabkan berlakunya ADHD, ciri-ciri individu yang mempunyai symptom
ADHD dan masalah pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang menghadapi
masalah ADHD.
2
2.0 DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF (ADHD )
Attention Deficity hyperactive Disorder ( ADHD ) adalah istilah perubatan yang
digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi
tingkah laku kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga
dan hubungan peribadi di sekolah dan di tempat kerja. Kesukaran ini mungkin
disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.
Rief ( 2005 ) pula mendifinisikan Attention Defisit Hyperactive Disorder ( ADHD )
pula sebagai “ ADHD is a neurobiological behavioral order charactererized by chronic
and developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some
cases hyperactivity “
Menurut Azizi Yahaya et al. ( 2006 ), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan
atau ADHD merujuk kepada suatu kecelatuan perkembangan yang berlaku ketika
zaman kanak-kanak yang mempunyai cirri-ciri seperti kerang tumpuan, keadaan
hiperaktif- impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang
biasa diperhatiklan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya
ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak dan
tidak mendengar cakap sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif ayau kurang
tumpuan (ADHD) digunakan oleg professional dalam bidang perubatan utnuk
menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan ( ADD ) tanpa hiperaktiviti ( terutama sekali jenis yang
tidak member perhatian penuh ) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-
kanak dalam golongan ini kurang member perhatian penuh dan tumpuan mudah
terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak
3
didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang
digunkan untuk menggambarkan ADHD. Justeru itu, kanak-kanak ADD tidak
hiperaktiof, biasanya kanak-kanak ini tiodak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan
tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan tidak dapat dikawal oleh guru. Walau
bagaimanapun, ADHD boleh member masalah kepada kanak-kanak dan
menyebabkanpencapaian dan konsep kendiri yang rendah.
3.0 PUNCA DAN CIRI TINGKAHLAKU
Punca yang utama adalah keturunan. Terdapat beberapa kajian yang
menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat
mempengaruhi kecacatan. Individu yang yang mengalami ADHD selalunya
dipengaruhi oleh faktor keturunan. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga
yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding
mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD. Terdapat kajian yang dilakukan
terhadap sepaang kembar di mana kembar ini dibesarkan di dalam dua persekitaran
yang berbeza. Hasilnya didapati bahawa kanak-kanak bahawa kanak-kanak ini tetap
menunjukkaan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di dalam dua suasana yang
berbeza.
Selain dari masalah baka dan juga persekitaran, menurut Sandra ( 2005 ),
ADHD juga boleh berlaku desebabkan oleh kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma
yang rendah dibahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka
yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak
berbanding dengan mereka yang tidak mengalami masalah ADHD di mana aktiviti ini
mengawal perjalanan otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak,
4
dorongan dan perhatian seseorang. Terdapat kajian yang dijalankan ke atas bahagian
otak yang menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex,
basal ganglia dan celeblum. Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang
berlainan. Bagi pengidap ADHD, mereka kekurangan electrical activity dan
kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.
4.0 KATEGORI HIPERAKTIF
Mengikut perkembangan ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) untuk
mengenalpasti kanak-kanak yang hiperaktif, terdapat tiga gejala utama yang harus
dikenalpasti iaitu Inatesi, Impulsif dan Hiperaktif.
4.1 Inatesi ( Kekurangan tumpuan perhatian )
Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke
perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap
dengannya tergolong sebagai kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatian
terhadap sesuatu. Kanak-kanak ini selalu tidak boleh duduk dan bermain dalam
jangka masa yang lama seperti kanak-kanak yang lain.
4.2 Impulsif ( Mengikut dorongan hati )
Kanak-kanak ini tidak pernah merancang dahulu sesuatu aktiviti yang hendak
dilakukannya malah dia akan terus membuatnya. Dia juga membuat sesuatu dan
akan cepat merubah untuk melakukan aktiviti yang lain. Ibu bapa serta guru akan
mendapati sukar untuk mengawalnya kerana kanak-kanak ini tidak akan mengikut
arahan yang telah diberikan kepada mereka.
5
4.3 Hiperaktif ( Kelakuan yang terlalu aktif )
Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat-manjat serta
sukar untuk duduk diam dan seolah-olah mereka ada kuasa yang menyebabkan dia
tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai hiperaktif . Kelakuan hiperaktif
selalunya mendapat perhatian serta merunsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak
yang berusia 2 tahun atau 3 tahun sudah pandai berlari, memanjat dan melompat.
Pemeriksaan urat saraf di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami
Sindrom Hiperaktif , selalunya tidak menunjukkan apa-apa gangguan. Malahan di
kalangan kanak-kanak dikatakan sebagai “brain damage” dan ramai yang tidak
berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak-kanak yang hiperaktif
menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga penuh
kontroversi.
5.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Terdapat 2 ciri yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak hiperaktif iaitu :-
1. Sensory Hyperaktif ( Pancaindera )
Lemah dan gagal mememberi tumpuan :
Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu
suka bermain dan pemikiran mereka sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang
menghiburkan walaupun untuk satu jangka masa yang singkat. Selalunya
mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran.
6
Mudah hilang tumpuan:
Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya
memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka
akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih
memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan hatinya.
Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali :
Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya
tertumpu pada pandangan dan pendenngaran yang berulang kali.
Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan
atau perhubungan. :
Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek,
membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkarra yang ada hubung kait
seperti perbezaan antara lori dan bas.
Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang.
Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran
dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang.
7
2. Motor Hiperaktif ( motor kasar dan motor halus )
Tingkahlaku yang aktif dan melampau .
Kanak-kanak yang terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain
perkataan, kanak-kanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka
bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhaan dan mencederakan
rakan-rakannya.
Memanipulasikan bahan atau apa sahaja yang dipegang .
Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara
seperti menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda
tersebut. Sasarannya adalah orang atau orang yang berhampiran dengannya.
6.0 CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Untuk mengenali tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif, terdapat pelbagai ciri yang telah
dikenalpasti Ciri-cirinya ialah :
Suka memberontak
Bertindak sebelum berfikir
Memerlukan kepuasan yang segera
Tidak boleh menunggu giliran
Suka mengganggu kawan
Suka mencuri
Sentiasa bermasalah
8
Selalu merosakkan harta benda orang lain.
Perlakuan secara tiba-tiba
Degil dan sukar dikawal
Lemah merancang
Selalu bergaduh dengan rakan
Kadangkala berani mencederakan diri sendiri
Suka membuat bising
Perlukan perhatian yang lebih
Tidak suka mendengar nasihat
Tidak tahu mempertahankan diri
Selalu tukar aktiviti
Tidak suka dibelai
Suka menjerit
Sensitif terhadap bau-bauan
Suka bermain tanpa mengira bahaya
9
7.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN MOTOR
a. Risau / resah / gelisah :
Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat
melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat.
b. Suka mengelamun dan berkhayal :
Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun
tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya
mereka akan mengakplikasikan apa yang mererka lamunkan.
c. Tidak tahu erti bahaya :
Kanak–kanak ini biasanya tidak ;pernak membanyangkan tentanmg bahaya atau
kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa
berkhayal dan seterusnyadengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu
yang di luar kawalan.
d. Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya:
Kanak-kanak ini selalu melaklukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang
yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah
dan sebagainya. Mereka ini sentiasa seronok apabila dapat melakukannya.
e. Agresif iaitu suka berlari-lari :
Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka
berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan dengan berlari itu 10
sesuatu yang menyeronokkan tanpa memperdulikan orang lain walaupun akan
mengakibatkan terjatuh atau tersungkur.
f. Tidak berhati-hati :
Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhati-
hati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah
kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
g. Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi :
Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan
tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini
perlu pengawasan yang rapi dari guru dan juga ibu bapa atau seseorang yang lebih
dikenalinya atau yang rapat dengannya.
h. Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan :
Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini
tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk
bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada di
dalam dunianya yang tersendiri tanpa memikirkan tentang orang yamng berada di
sekelilingnya.
i. Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur :
Sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaabn yang tidak
menentu iaitu sering beralih ke kiri atau ke kanan, ke atas atau ke bawah dan
posisinya sering beralih arah. Semasa sedang tidur, kanak-kanak boleh berjalan
11
mengikut sesuka hatinya sama ada tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari
tempat tidur yang lebih selesa.
j. Bertindak cepat tetapi kurang berkesan :
Apabila diberikan tugasan oleh guru, kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan
tersebut dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi pada masa yang sama
tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada
peraturan dan strategi yang tertentu.
k. Lemah koordinasi :
Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah
koordinasinya. Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau
pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna.
12
8.0 PROFIL DAN LATAR BELAKANG :
8.1 BIODATA RESPONDEN
Nama : Mohamad Adam b. Jamaludin
Umur : 11 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian /Berat : 140 cm / 32 kg
Alamat : Kampung Bt. 38 Baroh, Sabak Bernam, Selangor D.E.
Hobi : Bermain bola
Bilangan adik-beradik : 6 orang dan merupakan anak yang ke 2
Cita-cita : Polis
13
8.2 BIODATA IBU BAPA RESPONDEN
Nama Bapa : Jamaludin b. Lihun
Umur : 43 tahun
Pekerjaan : Pemandu lori
\ Nama ibu : Siti Fetimah bt. baseran
Umur : 41 tahun
Pekerjaan : Suri rumahtangga
9.0 KAJIAN KES : ADIK MOHAMAD ADAM B. JAMALUDIN
( SEK. KEB. BT 8, SABAK BERNAM, SELANGOR D.E )
Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama guru Pendidikan khas iaitu
Puan Zahrah bt Ismail. Jika dilihat dengan mata kasar, didapati murid ini tidak
menghadapi sebarang masalah dan kelihatan seperti kanak-kanak normal yang lain.
Tetapi setelah beberapa kali kajian dan temubual dijalankan terdapat beberapa kelainan
yang diperolehi. Berikut adalah beberapa ciri positif dan negatif yang ada pada adik
Mohamad Adam b. Jamaluddin.
a. Mudah terganggu :
Melalui temubual bersama guru, didapati bahawa adik Muhamad Adam mudah
terganggu samada dari dirinya sendiri atau ketika bersama orang lain. Fikirannya
sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain semasa menjalankan aktiviti yang diminta
untuk dilakukan.
14
b. Tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :
Apabila diminta oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang diajar di
dalam kelas, kanak-kanak ini tidak boleh menumpukan perhatian yang sepenuhnya.
Didapati beliau asyik memikirkan perkara yang lain dalam tempoh pembelajaran
tersebut. Puan Zahrah menyatakan bahawa beliau pernah meminta adik Mohamad
Adam memegang sebuah buku dan dia memegangnya tetapi dalam masa yang sama
didapati kanak-kanak ini seolah-olah sedang memikirkan sesuatu sehingga buku yang
dipegangnya itu terjatuh.
c. Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :
Ketika kajian sedang dijalankan, kami dapati bahawa kanak-kanak ini apabila diminta
untuk melakukan sesuatu aktiviti atau kerja, dia tidak boleh menyiapkannya
bersendirian. Dia hanya boleh melakukan tugasan tersebut dengan baik hanya pada
permulaannya sahaja dan pada akhirnya dia akan meninggalkan tugasan itu kerana
tidak dapat melakukannya dengan sempurna. Ini adalah kerana biasanya kanak-kanak
hiperaktif cepat bosan dengan sesuatu perkara yang memenatkan dan menyusahkan.
d. Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :
Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara
yang membosankan dan memenatkan, maka kerja yang guru minta untuk dilakukan
tidak dapat dihasilkan dengan sempurna. Kesannya, hasil kerja yang diperolehi adalah
tidak berkualiti.
15
e. Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi hanya sedikit sahaja yang siap :
Kami juga dapati bahawa adik Mohamad Adam seorang yang ringan tangan dan suka
melakukan sesuatu aktiviti., tetapi aktiviti tersebut hanya berkesan untuk seketika
sahaja dan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini adalah kerana sikap yang ada
padanya adalah berbentuk sementara sahaja.
f. Perkembangan bahasa yang lambat :
Melalui temubual bersama adik Mohamad Adam, didapati dia mengalami masalah
dalam perkembangan bahasa yang lambat dan ini menyebabkan pertuturan mereka
juga terjejas. Oleh kerana itu, dia tidak boleh berbahasa dengan baik.
g. Tidak pandai menjaga kebersihan :
Melalui temubual bersama Puan Zahrah, didapati respondon merupakan murid yang
tidak pandai mengurus diri dan menjaga kebersihan. Ini mungkin adalah rentetan
ketika dia berada di rumah di mana tidak diberi penekanan untuk menjaga kebersihan.
Tetapi di sebalik sikap negatif yang ada pada adik Mohamad Adam terdapat beberapa
sikap positif yang ada padanya, contohnya :
a. Ringan tulang dan suka membantu guru walaupun pada dasarnya kerja yang dilakukan
tidak sempurna.
b. Menunjukkan sikap yang sopan ketika berjumpa dengan orang yang baru
dikenalinya. Contohnya: bersalaman
c. Seronok dan memberikan kerjasama ketika kajian ini dijalankan dan amat gembira
apabila gambarnya diambil.
16
d. Ketika kajian dijalankan, didapati adik Mohamad Adam suka mendengar lagu dan
menonton televisyen dan video.
e. Adik Muhamad Adam juga seorang yang mesra dan menyayangi rakan-rakannya.
10.1 PENCAPAIAN SUBJEK :
a. Bidang Akademik
Satu sesi temubual telah dijalankan bersama subjek dan
b. Kemahiran-kemahiran khusus
11.0 TINGKAH LAKU PELAJAR
KOMPONEN PENILAIAN TINGKAHLAKU.
BIL PERLAKUAN YA TIDAK
1. Merosakkan harta benda _/
2. Mencederakan diri sendiri _/
3 Bergaduh secara lisan dan fizikal. _/
4 Berbahasa kasar atau kesat. _/
5 Cepat marah dan meradang. _/
6 Menjerit, menangis atau ketawa tanpa sebab. _/
7. Tidak boleh duduk diam. _/
17
8. Ingkar dan tidak menurut perintah. _/
9. Sering membuat bising _/
10. Perhatian mudah terganggu. _/
11. Memencilkan diri. _/
12. Lembap dalam pergerakan. _/
13. Bercakap bersendirian. _/
14. Gelisah.. _/
15. Berkhayal dan termenung _/
16. Membuat sesuatu tanpa tujuan _/
Penilaian tingkah laku pelajar ( Adik Mohamad Adam ) yang diperolehi berdasarkan
pemerhatian dan temubual bersamanya dan guru Pendidikan Khas ( Puan Zahrah )
Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan, didapati bahawa adik Mohamad
Adam tidak mengalami masalah tingkahlaku yang begitu ketara. Walaupun dia cepat marah
atau meradang, tetapi mudah pula kembali kepada normal serta mahu meminta maaf
apabila ditegur.
12.0 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
12.1 DEFINISI
RPI merupakan satu perjanjian atau dokumen bertulis antara ibu bapa dan pihak
sekolah yang dirancang untuk seseorang murid. Ia bertujuan mendokumentasi
18
segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta
perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan rujukan semua pihak.
Secara pernyataan, RPI merujuk kepada :
i. tahap prestasi seseorang murid.
ii. perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik.
iii. matlamat tahunan yang boleh didicapai oleh murid
iv satu huraian burhubung dengan murid
v. satu perancangan atau persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas
menghadapi alam sekitar.
12.2 NAMA : BIODATA MURID
Nama dan latar belakang yang berkaitan dengan pendidikan murid adalah perlu
disenaraikan untuk tujuan dalam rekod.
12.3 PENGETAHUAN SEDIA ADA
Mengumpul segala maklumat berkaitan kekuatan , kelemahan dan keperluan murid
yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah
maklumat yang perlu dikumpul :
i. borang biodata murid.
ii. sejarah hidup termasuk aspek kesihatan.
iii. borang kaji selidik akademik19
iv. ujian diagnostik
v. pemerhatian ke atas murid
12.4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu bagi menentukan murid dapat
mencapai objektik yang diharapkan .Strategi ini tidak seharusnya ditulis dengan
terperinci tetapi perlu ditulis oleh guru dalam penggubalan RPI. terdapat pelbagai
strategi yang boleh digunakan oleh seseorang guru seperti:
i. bimbingan rakan sebaya setengah jam setiap hari
ii. sistem konstrak dengan pengukuhan yang sesuai.
iii membaca di rumah dengan penglibatan ibubapa.
iv latihan harian yang dirancang oleh guru diajar oleh rakan sebaya.
v bahan fisioterapi selama satu jari seminggu.
12.5 PENILAIAN
Penilaian dilakukan terhadap objektif RPI yang telah diserapkan bagi menjelaskan
kekerapan seseorang murid itu dinilai .Pilih bidang-bidang yang penting sahaja dan
tumpukan satu atau dua perkara pada satu-satu masa.
12.6 CATATAN
20
Ruang catatan digunakan oleh guru atau pihak yang berkaitan untuk memberi
ulasan. Selain daripada itu , ruangan itu boleh juga digunakan untuk mencatat
penggunaan resos serta sebagai rekod.
13.0 PERANCANGAN MASA DEPAN UNTUK SUBJEK
Perancangan dan strategi amat penting agar matlamat untuk membentuk anak
hiperaktif ini dapat menjadi seorang yang dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan di dalam masyarakat dan dapat menguruskan diri sendiri di masa
hadapan. Oleh kerana itu, sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan strategi
bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah hiperaktif ini.
ASPEK PERANCANGAN RASIONAL PENDEKATAN
Meningkatkan
intrapersonal
Menggalakkan penyertaan
di dalam pertandingan
mewarna diperingkat
sekolah.
Supaya responden
boleh memberi
tumpuan semasa
bersosial dengan
masyarakat luar.
Untuk meningkatkan
keyakinan diri dan
tumpuan yang lebih
semasa menyertai
pertandingan itu.
Meningkatkan
pemprosesan
auditiori
Pendekatan
pembelajaran
14.0 KESIMPULAN
21
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang kami jadikan responden
iaitu adik Mohamad Adam bukanlah seorang murid yang tidak boleh dibentuk,
tetapi dia memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam
konteks ini bukan sahaja di kelas dan di sekolah, tetapi juga melibatkan ibu bapa
di rumah.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Oleh kerana itu, individu yang
mempunyai masalah yang sama dengan responden ini memerlukan rawatan yang
terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan
emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan
ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan
kesabaran, pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.
Bagi guru-guru pula, tindakan dan kaedaah yang sesuai hendaklah diaplikasikan
dan direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak yang hioperaktif ini daripada
berterusan dengan kepelbagaian masalahyang mereka timbulkan serta dapat
mengawal dan membantu mereka dengan sewajarnya.
Kerjasama dari semua pihak secara tidak langsung akan dapat membantu kanak-
kanak hiperaktif ini hidup dalam persekitaran yang lebih sempurna dan bermakna.
22
23
24