Upload
nguyenkhue
View
273
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ii
HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL
DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DIKALANGAN MAHASISWA/SISWI
TAHUN 5 SPM DAN 5 SPT DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD SHAHIR BIN ZABIDI
Laporan Projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugarahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iv
“Khas buat keluarga tercinta, cintaku pada mu semua jika ditanya pada bintang,
kilauan sinar bintang itu tidak akan hilang. Dan istimewa buat rakan seperjuangan
baktimu kepada ku ibarat sulaman kain sutera, akan ku jaga dan ingat sampai bila-
bila. Terima kasih”.
v
PENGHARGAAN
Saya dengan ikhlas ingin merakam jutaan penghargaan kepada penyelia saya,
Encik Yusof Boon yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam
proses penyiapan projek sarjana muda ini. Terima kasih yang ikhlas diucapkan ke
atas usaha beliau yang tidak jemu dalam menyemak dan memberikan bimbingan
kepada saya semasa dalam proses menyempurnakan projek sarjana muda ini. Pada
masa yang sama juga, saya ingin meminta maaf atas kesulitan yang telah dibawa
kepada Encik Yusof Boon dalam tempoh dua semester ini. Saya memang amat
menghargai bantuan Encik.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pengurus Pusat
Sumber Fakulti Pendidikan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan Sokongan
Perpustakaan Sultanah Zanariah atas segala bantuan, kerjasama dan kemudahan yang
diberikan untuk menjayakan projek ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua
responden yang telah membantu menjayakan penyelidikan ini dengan memberi
jawapan dengan penuh rasa tenggungjawab.
Akhir sekali, saya ingin menujukan penghargaan saya kepada ibu bapa dan
rakan-rakan di sekeliling yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada
saya dari pelbagai aspek. Ribuan terima kasih khas kepada Ahmad Syukri B Taha
diatas tunjuk ajar dalam menggunakan program SPSS. Penghargaan ini juga khusus
ditujukan kepada Ishak B Mohamad diatas jasa membantu dari segi peralatan.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara konsep kendiri
dan komunikasi interpersonal terhadap pencapaian akademik mahasiswa/siswi.
Seramai 124 orang pelajar tahun 5 SPM (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik-Fizik atau Kimia)) dan 5 SPT (Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik-Komputer)) yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan Matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
(UTM) dijadikan sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah ‘The Tenseness Self – Concept Scale’ (TSCS) dan ‘Interpersonal
Communication Inventory’ (ICI) yang telah diterjemahkan dalam versi bahasa
Melayu. Soalan dalam instrumen ini mempunyai tingkat kebolehpercayaan yang
tinggi iaitu dengan nilai Alpha 0.725. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson-r
digunakan dalam menganalisis data. Indikator bagi pencapaian akademik pelajar
ialah CPA (Purata Himpunan Mata Nilai). Hasil kajian menunjukkan bahawa
majoriti pelajar mempunyai konsep kendiri positif, dengan nilai min 1.85 dan
komunikasi interpersonal pada tahap sederhana, yang merangkumi min 2.01 sampel
kajian. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat tiga hubungan
pembolehubah iaitu antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik melalui nilai
pekali korelasi 0.129, terdapat hubungan antara komunikasi interpersonal dengan
pencapaian akademik dengan nilai pekali korelasi 0.075 dan terakhir, terdapat
hubungan konsep kendiri dan komunikasi interpersonal terhadap pencapaian
akademik dengan nilai pekali korelasi 0.145. Ketiga-tiga hubungan ini adalah pada
tahap hubungan yang lemah. Beberapa saranan dikemukakan bagi memperkenalkan
konsep kendiri dan komunikasi interpersonal. Antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di peringkat universiti mahupun sekolah, perlulah yang boleh membentuk
konsep kendiri pelajar. Penubuhan kelab-kelab pidato dan perbahasan perlu
dipergiatkan di pusat pengajian kerana aktiviti ini akan membantu mahasiswa/siswi
membentuk konsep kendiri positif disamping menjadi seorang pelajar yang kritis.
ABSTRACT
The purpose of this study is to view the relationship between interpersonal
communications and self concept in student academic achievement. There are 124
student from 5 SPM and 5 SPT, Bachelor of Science With Education (Mathematic),
Faculty of Education, UTM is being to be respondent. The instrument that used for
this study is ‘The Tenseness Self – Concept Scale’ (TSCS) and ‘Interpersonal
Communication Inventory’ (ICI) which translated to Malay version. The questions in
this instrument have high reliability level with 0.725 Alpha values. Pearson-r
correlation and descriptive statistic had used in data analyzing. The indicator for
student academic achievements is referring to CPA (average of point of value). The
result from this study show that the majority of student are have positive Self-
Concept with mean 1.85 and also show the medium level of interpersonal
communication that covered mean 2.01 of study sample. The result also shows three
variable relationship, where the first is relationship between interpersonal
communication and self concept with 0.129 correlations factor, second is relationship
between interpersonal communication and academic successful level with 0.075
correlation factor and lastly is relationship between self concept with interpersonal
communication and academic achievements with 0.145 correlation factor. However,
all three relationships above showed the low relationship between another.
Therefore, there are a few suggestions that introduced for self concept and
interpersonal communication. One of them is all activity that implement in university
level or school are for development of self concept in student life. Establishment of
oration and debated club at university or school should be improve because from this
activity, positive self concept can be obtain and also produce the good, creative and
creatis student.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis 6
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Definisi Istilah 8
ix
1.9.1 Konsep kendiri 8
1.9.2 Komunikasi Interpersonal 9
1.9.3 Pencapaian Akademik 11
1.9.4 Latar Belakang Mahasiswa/siswi
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kajian tentang Hubungan Konsep Kendiri dengan 14
Pencapaian Akademik
2.3 Kajian tentang Faktor Keluarga, Guru, Rakan Sebaya, 17
aspek Fizikal dan Persekitaran Sekolah dalam mempengaruhi
pembentukan Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik
pelajar
2.4 Kajian tentang Hubungan Komunikasi Interpersonal 18
dengan Pencapaian Akademik
2.5 Kajian tentang Hubungan Konsep Kendiri dengan perbezaan
Jantina dan Pencapaian Akademik
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Kaedah Kajian
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian 22
3.5.1 Bahagian A
3.5.2 Bahagian B 23
3.6 Prosedur Kajian 26
3.7 Analisis Data
3.8 Kajian Rintis 30
x
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Dapatan Kajian 32
4.2.1 Analisis Data Bahagian A 33
4.2.1.1 Analisis Pencapaian Akademik
Responden
4.2.2 Analisis Data Bahagian B 34
4.2.2.1 Analisis Konsep Kendiri 36
Responden
4.2.2.2 Analisis Tahap Komunikasi 43
Interpersonal
4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 47
Analisis Hubungan antara Konsep Kendiri
dengan Pencapaian akademik Responden
4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 48
Analisis Hubungan Antara Komunikasi
Interpersonal dengan Pencapaian Akademik
Responden
4.3 Menguji Hipotesis Kajian 49
4.3.1 Menguji Hipotesis Nol
4.4 Rumusan 51
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan 54
5.3 Rumusan 56
5.4 Cadangan 57
BIBLIOGRAFI 60
LAMPIRAN 63
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Perkadaran 4 Mata, digunakan dalam soal selidik 24
Konsep kendiri
3.2 Skala Perkadaran 4 Mata, digunakan dalam soal selidik
Komunikasi Interpersonal
3.3 Pembahagian Item-item Soalan 25
3.4 Sela Min untuk menentukan Tahap Konsep Kendiri 27
3.5 Sela Min untuk menentukan Tahap Komunikasi Interpersonal
3.6 Tahap Hubungan Pembolehubah yang dikaji 28
4.1 Taburan Responden mengikut Tahap Pencapaian Akademik 33
dalam CPA
4.2 Skala dan Tahap Konsep Kendiri dari Aspek Peribadi, Rakan 35
Sebaya, Keluarga, Akhlak, Fizikal dan Kepuasan Diri
4.3 Sela Min untuk menentukan Tahap Konsep Kendiri
4.4 Skala dan Tahap Komunikasi Interpersonal dari Aspek
Pernyataan Positif dan Pernyataan Negatif
4.5 Sela Min untuk menentukan Tahap Komunikasi Interpersonal 36
4.6 Tahap Konsep Kendiri Keseluruhan Responden 37
4.7 Nilai Min Konsep Kendiri
4.8 Taburan Responden mengikut Konsep Kendiri Peribadi 38
4.9 Taburan Responden mengikut Konsep Kendiri Rakan Sebaya 39
4.10 Taburan Responden mengikut Konsep Kendiri Keluarga 40
4.11 Taburan Responden mengikut Konsep Kendiri Akhlak 40
xii
4.12 Taburan Responden mengikut Konsep Kendiri Fizikal 41
4.13 Taburan Responden mengikut Konsep Kendiri kepuasan Diri 42
4.14 Taburan Responden mengikut tahap Komunikasi Interpersonal 44
4.15 Nilai Min Komunikasi Interpersonal 45
4.16 Taburan Responden mengikut tahap Pernyataan Positif
Komunikasi Interpersonal
4.17 Taburan Responden mengikut tahap Pernyataan Negatif 46
Komunikasi Interpersonal
4.18 Tahap Hubungan Pembolehubah yang dikaji 47
4.19 Hubungan antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian 48
Akademik Responden
4.20 Hubungan antara Komunikasi Interpersonal dengan
Pencapaian Akademik Responden
4.21 Hubungan Konsep Kendiri dan Komunikasi Interpersonal 49
terhadap Pencapaian Akademik
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik 63
B Dapatan kajian melalui SPSS versi 13 69
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara konsep kendiri dan
komunikasi interpersonal dengan akademik mahasiswa/siswi tahun 5 di fakulti
pendidikan. Konsep kendiri mahasiswa/siswi yang dikenal pasti untuk dikaji ialah
sama ada positif mahupun negatif. Manakala komunikasi interpersonal
mahasiswa/siswi dilihat sama ada pada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Petunjuk
bagi pencapaian akademik mahasiswa/siswi tahun 5 dinilai melalui keputusan
peperiksaan (CPA-Purata Himpunan Mata Nilai).
Pembolehubah adalah perkara yang diletakkan nilai untuk tujuan analisis dan
kajian serta terdapat empat jenis pembolehubah. Pertama pembolehubah bebas (tidak
bersandar), dalam kajian ‘Konsep Kendiri’ dan ‘Komunikasi Interpersonal’ bebas
dari ukuran. Kedua pembolehubah bergantung (bersandar), skornya bergantung
kepada pembolehubah bebas iaitu ‘ Pencapaian Akademik’. Ketiga dalam kajian
terdapat pembolehubah luar (tak dikaji) iaitu latarbelakang pelajar terdiri daripada
jenis jantina,dan kursus. Keempat dan yang terakhir pembolehubah terkawal
(mempengaruhi kajian tetapi dikawal supaya tidak mempengaruhi kajian), dalam
2
kajian ini yang boleh diwakili pembolehubah terkawal adalah jenis kursus yang dapat
dikawal dengan hanya memilih kursus Pendidikan Matematik.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) mendefinasikan konsep kendiri
sebagai tanggapan, gagasan, idea atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran
seseorang mengenai dirinya.
Semua pelajar menginginkan pencapaian akademik yang baik. Kegagalan
dalam pelajaran yang dialami oleh seseorang pelajar, akan memberi pengalaman baik
atau sebaliknya. Umumnya pencapaian akademik menjadi kayu pengukur kepada
kejayaan diri seseorang individu. Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan
akhir setiap semester merupakan indikatur kejayaan seseorang pelajar dalam
pelajaran.
Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan satu pengharapan dan
kesungguhan bagi seorang pelajar. Malahan ia juga merupakan pengharapan bagi ibu
bapa, guru dan pihak institusi pendidikan.
Adalah menjadi lumrah bagi masyarakat dan institusi pendidikan di Malaysia
mengaitkan pencapaian akademik pelajar dengan corak pembelajaran dan
kemampuan kognitif atau IQ (kecerdasan kognitif). Binder, Jone dan Strowing
(1990); Thorndike dan Hagen (1969) dalam Watson dan Monroe (1990)
menunjukkan bahawa terdapat hubungan 50 peratus sehingga 70 peratus antara
pencapaian IQ dengan pencapaian akademik dan menyatakan bahawa 50 peratus
daripada pembolehubah dalam pencapaian akademik, boleh diramal melalui IQ.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dizaman sains dan teknologi yang serba canggih hari ini, pendidikan
merupakan satu keperluan yang amat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih
baik untuk kehidupan pada masa akan datang kerana pelajaran yang didapati secara
3
formal biasanya lebih diutamakan dalam menentukan masa depan seseorang
individu. Menurut Marimuthu (1983), individu yang mempunyai kelulusan akademik
yang baik umumnya mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
Adakah konsep kendiri dan komunikasi interpersonal mempengaruhi masalah
ini?. Disokong oleh (Demo dan Sivin 1983) menyatakan Ekonomi sosial (SES)
sebagai pembolehubah terkawal berkait rapat dengan konsep kendiri dan juga
terhadap pencapaian akademik (Kim, Hong dan Rome 2000).
Individu yang berpendidikan tinggi memiliki diploma atau ijazah mempunyai
peluang yang lebih cerah untuk menjawat pekerjaan dan kedudukan yang tinggi.
Oleh itu pencapaian akademik yang tinggi sering menjadi matlamat utama pelajar.
Sungguhpun begitu, konsep kendiri pelajar selalu dikaitkan dengan pencapaian
akademik. Persoalannya sejauhmanakah benarnya perkaitan yang wujud diantara
konsep kendiri dengan komunikasi interpersonal terhadap pencapaian akademik?.
Sering kita dapati sama ada melalui media massa mahupun media elektronik
berita-berita mengenai pelajar yang bijak tetapi lemah dalam pencapaian akademik
mereka disebabkan oleh tabiat pembelajaran yang buruk. Sememangnya tidak
dinafikan diantara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain mempunyai perbezaan
pencapaian akademik ( Ishak, 1977).
Masyarakat khususnya ibu bapa menyedari bahawa konsep kendiri dengan
komunikasi interpersonal amat penting dalam pembentukan personaliti seseorang
individu kerana sahsiah anak yang baik adalah hasil daripada corak didikan ibu bapa.
Oleh itu, ia perlulah ditekankan dalam proses mendidik anak-anak kerana konsep
kendiri positif serta tahap komunikasi antara personal yang tinggi, bukan sahaja
menggambarkan sahsiah yang baik dikalangan anak-anak tetapi juga mempengaruhi
pencapaian akademik mereka.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Konsep kendiri dan komunikasi interpersonal amat penting pada setiap
individu khasnya pelajar kerana mempengaruhi pencapaian akademik. Marimuthu
(1990) menyatakan pencapaian akademik remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor
diantaranya ialah faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah.
Pendapat ini turut disokong oleh Faunce (1984), dimana faktor diri sendiri
merupakan pemancu yang akan mendorong seseorang individu itu berjaya atau
sebaliknya dalam bidang akademik.
Oleh itu pengkaji ingin melihat perkaitan yang wujud diantara konsep kendiri
dan komunikasi interpersonal pelajar-pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT yang dikaji
terhadap pencapaian akademik mereka. Melalui penerokaan yang teratur terhadap
konsep kendiri seseorang pelajar dan komunikasi interpersonal akan dapat membantu
mereka menilai diri seterusnya mengambil langkah yang sewajarnya untuk berubah
menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik, konsep kendiri dan juga
komunikasi interpersonal.
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti konsep kendiri mahasiswa/siswi tahun 5 SPM dan 5 SPT.
ii. Mengenalpasti tahap komunikasi interpersonal mahasiswa/siswi tahun 5 SPM
dan 5 SPT.
iii. Melihat pencapaian akademik mahasiswa/siswi tahun 5 SPM dan 5 SPT .
5
iv. Mengenalpasti hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik
mahasiswa/siswi.
v. Mengenalpasti hubungan antara kemahiran komunikasi dengan pencapaian
akademik mahasiswa/siswi.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan berikut;
i. Apakah konsep kendiri pelajar-pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT ? Adakah
konsep kendiri pelajar-pelajar tahun 5 tersebut lebih kepada konsep kendiri
positif atau konsep kendiri negatif.
ii. Bagaimanakah komunikasi interpersonal pelajar-pelajar tahun 5 SPM dan 5
SPT?
iii. Apakah pencapaian akademik mahasiswa/siswi tahun 5 SPM dan 5 SPT?
iv. Adakah terdapat hubungan antara konsep kendiri pelajar-pelajar tahun 5 SPM
dan 5 SPT dengan pencapaian akademik ?
v. Adakah terdapat hubungan antara komunikasi interpersonal pelajar-pelajar
tahun 5 SPM dan 5 SPT dengan pencapaian akademik ?