6
BINCANGKAN SEJARAH PERKEMBANGAN IMPERIALISME DAN KOLONIALISME DI ASIA 1.0 Pengenalan Imperialisme ialah kawalan atau penguasaan sesebuah negara terhadap negara lain ke atas politik dan ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan cara menjajah atau memaksa mengenakan kuasa pemerintahan. Sementara kolonialisme pula ialah penguasaan sesebuah negara ke atas ssebuah negara lain dalam semua lapangan iaitu meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial. Kedua-dua dasar ini adalah berkaitan dengan kegiatan penjajahan oleh pihak penjajah bagi menjaga kepentingan dan mengukuhkan kedudukan mereka di wilayah atau negara yang dijajah. Perkembangan imperialisme dapat dilihat dari aspek ekonomi, politik dan sosial. 2.0 Perkembangan Imperialisme Dari Aspek Ekonomi Dari segi ekonomi, negara-negara di Asia yang kebanyakannya kaya dengan sumberalam dan bahan galian telah menarik minat banyak kuasa asing untuk menguasai negara-negara Asia ini. Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan British adalah kuasa asing yang telah menguasai negara-negara di Asia bagi menguasai hasil ekonomi dan perdagangan di Asia. Misalnya di Indonesia, negara ini yang terkenal dengan kekayaan rempah-ratus iaitu di Acheh dan Kepulauan Malukutelah menarik minat Belanda untuk terlibat dalam campur tangan di Indonesia dalam usaha menguasai perdagangan ini. Untuk tujuan ini, Nelanda telah menyerang dan mengalahkan Makasar semasa dibawah pemerintahan Sultan Hasanudin. Di Burma, kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas telah menjadi pendorong kepada Inggeris untuk menguasai Burma. Kedatangan Inggeris telah menyebabkan berubahnya ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Kesannya Inggeris dapat menguasai ekonomi di Burma. Selain itu, di Asia Timur iaitu di Indo-China bantuan yang diberikan oleh Perancis terhadap perdagangan dan membaiki 1

Imeprialisme

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Imeprialisme

BINCANGKAN SEJARAH PERKEMBANGAN IMPERIALISME DAN KOLONIALISME

DI ASIA

1.0 Pengenalan

Imperialisme ialah kawalan atau penguasaan sesebuah negara terhadap negara lain ke

atas politik dan ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan cara menjajah

atau memaksa mengenakan kuasa pemerintahan. Sementara kolonialisme pula ialah

penguasaan sesebuah negara ke atas ssebuah negara lain dalam semua lapangan iaitu meliputi

aspek ekonomi, politik dan sosial. Kedua-dua dasar ini adalah berkaitan dengan kegiatan

penjajahan oleh pihak penjajah bagi menjaga kepentingan dan mengukuhkan kedudukan

mereka di wilayah atau negara yang dijajah. Perkembangan imperialisme dapat dilihat dari

aspek ekonomi, politik dan sosial.

2.0 Perkembangan Imperialisme Dari Aspek Ekonomi

Dari segi ekonomi, negara-negara di Asia yang kebanyakannya kaya dengan

sumberalam dan bahan galian telah menarik minat banyak kuasa asing untuk menguasai

negara-negara Asia ini. Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan

British adalah kuasa asing yang telah menguasai negara-negara di Asia bagi menguasai hasil

ekonomi dan perdagangan di Asia. Misalnya di Indonesia, negara ini yang terkenal dengan

kekayaan rempah-ratus iaitu di Acheh dan Kepulauan Malukutelah menarik minat Belanda

untuk terlibat dalam campur tangan di Indonesia dalam usaha menguasai perdagangan ini.

Untuk tujuan ini, Nelanda telah menyerang dan mengalahkan Makasar semasa dibawah

pemerintahan Sultan Hasanudin. Di Burma, kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara

meluas telah menjadi pendorong kepada Inggeris untuk menguasai Burma. Kedatangan

Inggeris telah menyebabkan berubahnya ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.

Kesannya Inggeris dapat menguasai ekonomi di Burma. Selain itu, di Asia Timur iaitu di

Indo-China bantuan yang diberikan oleh Perancis terhadap perdagangan dan membaiki

1

Unknown
Typewritten text
Page 2: Imeprialisme

perindustrian juga merupakan cara Perancis menjajah dn sekaligus mengenakan dasar

imperialisme dan kolonialisme.

2.1 Perkembangan Imperialisme Dari Aspek Hubungan Diplomatik

Selain itu, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia juga dapat dilihat

melalui hubungan diplomatik. Melalui hubungan diplomatik yang dilakukan oleh kuasa barat

dapat mengukuhkan lagi perhubungan di negara-negara Asia. Ini dilaksanakan melalui

perjanjian yang telah ditandatangani oleh kuasa barat dengan pemerintah di beberapa negara

Asia. Di China, terdapat dua perjanjian selepas perang telah ditandatangani antara China

dengan Inggeris. Perang tersebut dikenali sebagai Perang Candu yang berlaku antara

tahun1839-1842. Dalam peperangan ini angkatan British telah berjaya mengalahkan China.

Kesan daripada peperangan ini, dua perjanjian telah ditandatangani sebagai penyelesaian

perang Inggeris-China. Perjanjian yang pertama ialah perjanjian Nanking (29 Ogos 1842).

Manakala perjanjian yang kedua ialah perjanjian Hoomun yang ditandatangani pada 8

Oktober 1843 di Bogue. Di Siam perjanjian Bowring telah ditandatangani antara Siam

dengan Britain. Kesannya negara Britain mendapat banyak keutamaan sehinggakan

perdagangan asing telah dikuasai olehnya dan termasuk juga hak wilayah asing. Di Jepun

pula, perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Amerika dengan Jepun pada 31 Mac

1854. Melalui perjanjian ini, Inggeris telah berjaya membuka pintu Jepun yan sebelum ini

mengamalkan dasar tutup pintu. Ini adalah untuk aktiviti perdagangan kepada pedagang-

pedagang asing. Melalui perjanjian-perjanjian yang dibuat,ini dapat meluaskan pengaruh dan

kekuasaan negara-negara barat yang secara tidak langsung membawa kepada perkembangan

imperialisme dan kolonialisme di Asia.

2.2 Perkembangan Imperialisme Dari Aspek Peperangan

Disamping itu, kuasa-kuasa barat telah memperluaskan imperialisme dan

kolonialisme di Asia melalui beberapa peperangan yang telah tercetus. Misalnya di Burma,

2

Page 3: Imeprialisme

sebanyak tiga kali peperangan antara Burma-Inggeris telah berlaku iaitu pada tahun 1824,

1852 dan 1885. Kesan perang Burma-Inggeris ini menyebabkan Hilir Burma dikuasai British.

Selain itu, Burma juga terpaksa menyerahkan wilayah Arakan, Tenasserimdan Assam kepada

British. Di Asia Timur pula, perang Candu telah berlaku di China pada 1839-42 di antara

China dengan Inggeris. Peperangan ini adalah disebabkan oleh faktor perdagangan, hubungan

diplomatik, undang-undang yang berbeza dan candu. Misalnya dari segi undang-undang

terdapat perbezaan di antara undang2 China dengan undang2 barat. Mengikut undang2

China, seseorang itu didapati bersalah sehingga dia berjaya membuktikan dirinya tidak

bersalah. Manakala dalam undang2 barat pula, seseorang itu hanya bersalah sehingga dia

dibuktikan bersalah. Orang barat menyifatkan undang2 ini tidak adil. Orang barat juga tidak

berpuas hati kerana kesalahan mereka diadili oleh undang2 China. Akibat perang Candu,

kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian Nanking dengan British. Seterusnya

China terpaksa membuka lima buah pelabuhannya iaitu Amoy, Foochow, Canton, Shanghai

dan Ningpo. Dalam pada itu, China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British.

Di Inonesia, perang Jawa telah berlaku di Pudi Negoro. Pihak Belanda telah melancarkan

serangan ke atas Indonesia untuk menguasai ekonomi di Jawa. Peperangan ini menyebabkan

tiga dasar ekonomi berasakan pertanian dilancarkan, iaitu sistem tanaman paksa, dasar

Liberal dan dasar Etika. Peperangan yang berlaku di antara kuasa barat dengan negara-negara

Asia ialah untuk meluaskan lagi pengaruh mereka di negara-negara yang ditakluki sekaligus

dapat memperkembangkan penguasaan negara barat ke atas negara-negara di Asia.

2.3 Perkembangan Imperialisme Dari Aspek Politik

Dalam hal-ehwal politik, kuasa-kuasa barat telah memperluaskan kegiatan mereka

mereka melalui campur tangan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di negara-negara

Asia. Faktor kelemahan kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimoin-pemimpin di di negara

Asia telah membuka peluang kuasa barat untuk mengenakan dasar imperialisme dan

3

Page 4: Imeprialisme

kolonialisme mereka. Hal ini disebabkan pemimin yang gagal mengawal pergolakan dan

permasalahan yang berlaku dalam negara. Misalnya di Vietnam, kerajaan Vietnam yang

menghalang penduduknya memeluk agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian

Perancis telah menyebabkan berlakunya penindasan terhadap penganut Kristian di Vietnam.

Antara pemimpin Vietnam yang mengamalkan dasar anti-Kristian ialah Minh Mang,

Maharaja Thien-Tri dan Maharaja Tuc Duc.tindakan pemimpin ini yang melakukan

penindasan terhadap penganut Kristian menyebabkan Perancis mengambil tindakan untuk

campur tangan dalam hal-ehwal politik di Vietnam. Perancis mengambil tindakan ini semasa

penganut dan mubaligh Kristian mengalami kecaman yang paling teruk. Melalui cara ini,

maka Perancis dapat meluaskan kuasanya di Indo-China. Perancis juga telah meluaskam

kekuasaannya melalui campur tangan di Laos. Laos yang mengakui pertuanan Thai telah

menghantar ufti kepada Siam. Langkah Laos ini tidak disenangi Perancis kerana pada masa

itu Perancis sudah pun berkuasa di Vietnam, Kemboja dan Delta Mekong. Perancis menuntut

adalah wajar Laos menghantar uti kepadanya. Laos yang tidak senang dengan sikap Perancis

ini telah mendapat bantuan Siam. Perselisihan bertambah dan pertempuran berlaku antara

tentera Siam dengan Perancis. Dalam pertempuran 1893, Siam telah dikalahkan dan

seterusnya Laos diserahkan kepada Perancis. Pihak barat ini sebenarnya sentiasa mengambil

kesempatan dan peluang ke atas pergolakan dan kekacauan yang berlaku dalam sesebuah

negara bagi mengembangkan kuasa mereka dalam semua aspek negara yang ditakluki.

2.4 Perkembangan Imperialisme Dari Aspek Kekerasan

Antara lain, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia oleh kuasa barat boleh

dilihat melalui kekerasan dan desakan bagi menguasai sesebuah negara. Di Timur, China

yang mengamalkan dasar tutup pintu dan perdagangan melalui Co-hong di pelabuhan Canton

menyebabkan British berasa tidak puas hati. Pada ketika itu, British memerlukan China

sebagai kawasan menyebarkan hasil keluaran perusahaan dan barang dagangannya. Hal ini

4

Page 5: Imeprialisme

menyebabkan British mendesak China supaya membuka pintu negaranya. China terpaksa

akur dengan desakan British setelah dikalahkan oleh British dalam perang Candu 1839-42.

Sementara Di Jepun, perkembangan kegiatan perdagangan telah menarik minat Amerika

Syrikat untuk terlibat dalam kegiatan ini. Dalam pada itu, perdagangan antara San Francisco

melalui lautan Pasifik ke China juga semakin berkembang. Kapal dagang Amerika

memerlukan tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan batu arang dan membaiki

kapal. Dengan itu, Amerika telah memaksa Jepun untuk mengikat perjanjian dengannya pada

tahun 1854. dengan termeterainya perjanjian tersebut, Jepun telah membuka pelabuhan

Hakodate dan Shimoda kepada Amerika. Di Asia Tenggara, kekerasan dan desakan terpaksa

dilakukan oleh barat kerana keengganan Vietnamuntuk menjalin hubungan persahabatan.

Tindaka Tue Due membunuh paderi Kristian telah menimbulkan rasa kemarahan barat.

Perkara ini sama dengan peristiwa yang berlaku Tongking. Pembunuhan paderi Sepanyol

telah dijadikan alasan untuk Perancis meluaskan kuasanya. Kesannya, Perancis dapat

menguasai Vietnam. Manakala di Laos pula, tindakan Siam yang tidak mematuhi tuntutan

Perancis telah menyebabkan Perancis melakukan kekerasan dan desakan hingga

mengakibatkan peristiwa Paknam terjadi. Di mana peristiwa ini menggugat kedudukan raja

Siam dan Perancis berjaya mengalahkan Siam yang menyebabkan Chulalongkorn

melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Ini sekaligus menjadikan Laos negara naungan

Perancis……Rasa Pening kerana Takda Masa, Takda Buku Rujukan, Dead Line

antar tugasan dah dekat tapi tugasan tak buat lagi..jangan risau..hubungi saya

013-5096324/0198679249 untuk mendapatkan khidmat menaip tugasan

anda.Anda boleh send tajuk tugasan anda ke email [email protected]

5

Page 6: Imeprialisme

6