11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS TAJUK INOVASI PEDAGOGI: The Battle of Speaking AHLI-AHLI KUMPULAN: Kiung Siew Chin 0610 / 1731 921123-13-6060 PISMP SAINS SEMESTER 7 Ngu Zhi Ling 0610 / 1733 921214-13-5864 PISMP SAINS SEMESTER 7 Lai Wai Ni 0610 / 1954 920410-02-5764 1

Inovasi pedagogi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

Page 1: Inovasi pedagogi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TAJUK INOVASI PEDAGOGI:

The Battle of Speaking

AHLI-AHLI KUMPULAN:

Kiung Siew Chin 0610 / 1731

921123-13-6060

PISMP SAINS SEMESTER 7

Ngu Zhi Ling 0610 / 1733

921214-13-5864

PISMP SAINS SEMESTER 7

Lai Wai Ni 0610 / 1954

920410-02-5764

PISMP MATEMATIK (A) SEMESTER 7

1

Page 2: Inovasi pedagogi

Tajuk Inovasi Pedagogi

“The Battle of Speaking”

Sinopsis Inovasi Pedagogi

Bahan bantu mengajar (BBM) ini direka dengan bertujuan membantu murid

meningkatkan kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran

yang dititikberatkan dalam proses pembelajaran. Kebanyakan murid menghadapi

masalah apabila mereka diminta untuk menerangkan sesuatu isi pembelajaran yang

telah disampaikan oleh guru. Struktur ayat yang disampaikan oleh murid selalunya

tidak lengkap. Selain itu, murid juga kelihatan tidak yakin pada diri sendiri apabila

mereka dikehendaki bertutur secara spontan. Justeru itu, BBM “Battle of Speaking”

telah direka untuk membantu murid menguasai kemahiran bertutur di samping

membina keyakinan murid semasa bertutur.

BBM ini disediakan dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan

persekitaran hidup murid. Daripada gambar-gambar tersebut, murid mudah untuk

menghubungkait pengalaman hidup mereka dan menyampaikan pemikiran yang

bersesuaian. Hal ini dapat merangsang celik akal murid untuk menyampaikan

sesuatu jalan cerita berdasarkan gambar-gambar yang dipilih dengan kreatif secara

berlisan. Bukan itu sahaja, gambar yang berwarna-warni juga mampu menarik minat

murid dan tidak berasa bosan semasa belajar kemahiran bertutur. Konsep kitar

semula diaplikasikan dalam penghasilan BBM ini, oleh itu ia hanya melibatkan kos

yang rendah dan mampu ditanggung oleh kebanyakan pendidik. Bahan buangan

seperti kotak terpakai digunakan untuk menghasilkan BBM ini.

Kesimpulannya, BBM ini adalah sesuai digunakan oleh setiap pendidik untuk

membantu murid dalam peningkatan kemahiran bertutur dan merangsang pemikiran

kreatif serta membina keyakinan mereka untuk bertutur.

2

Page 3: Inovasi pedagogi

Objektif Inovasi Pedagogi

Objektif menghasilkan BBM “Battle of Speaking” adalah untuk:

i. Meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid Tahap I dan II.

ii. Merangsang pemikiran kreatif murid Tahap I dan II untuk mereka cerita

berdasarkan gambar-gambar yang dipamerkan.

iii. Membina keyakinan murid Tahap I dan II betutur tentang topik yang diberi

berdasarkan gambar-gambar yang dipamerkan.

Kumpulan Sasaran

BBM “Battle of Speaking” sesuai digunakan oleh setiap murid tidak kira Tahap I atau

II. Murid yang menghadapi masalah dalam pertuturan secara spontan juga

digalakkan menggunakan BBM ini untuk melatih diri bertutur dalam struktur ayat

yang lengkap berpandukan gambar-gambar yang ditunjukkan.

Latar Belakang (Penjelasan tentang Proses Penghasilan Inovasi Mengikut

Kronologi)

BIL. AKTIVITI TARIKH

1. Mengenal pasti masalah wujud dalam kalangan murid 9-13 Februari

2. Merancang inovasi BBM yang sesuai 16-17 Februari

3. Mencari dan membeli bahan inovasi BBM 26-27 Februari

4. Menghasilkan inovasi BBM 4 Mac

5. Pelaksanaan inovasi BBM 9-13 Mac

6. Menambahbaikkan inovasi BBM 24-25 Mac

7. Pelaksanaan inovasi BBM yang ditambahbaikkan 30 Mac-24 April

3

Page 4: Inovasi pedagogi

Isu / Masalah yang Ditangani oleh Inovasi Pedagogi

Hasil inovasi BBM ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah dalam membina ayat lengkap dan menyampaikannya secara

berlisan. Justeru itu, secara berpandukan gambar, murid senang untuk berfikir isi

ayat yang hendak disampaikan dan menyampaikannya dengan berkeyakinan. Para

pendidik juga dapat membantu murid dalam memperkayakan perbendaharaan kata

semasa mendengar murid membina jalan cerita berdasarkan gambar-gambar

tersebut. Secara tidak langsung, ia dapat membantu murid dalam penghasilan

penulisan pada masa akan datang.

Huraian Inovasi Pedagogi

i. Bahan yang Digunakan untuk Menghasilkan Inovasi

BIL. BAHAN KUANTITI

1. Kotak terpakai 1 keping

2. Kad gambar 30 keping

3. Kertas laminate 8 keping

4. Sellotape 1 gulung

5. Double-sided tape 1 gulung

6. Tali 2 utas

ii. Cara Inovasi Digunakan

BBM ini memiliki sebanyak enam poket dan beberapa set kad gambar yang

disimpan dalam sampul surat. Setiap sampul surat mengandungi satu siri kad

gambar yang saling berhubung kait dengan satu tema. Misalnya tema hari sukan,

persekitaran taman permainan, aktiviti bersama ahli keluarga dan sebagainya. Murid

akan memilih salah satu sampul surat secara rawak. Berdasarkan sampul surat

yang dipilih, murid akan memilih beberapa keping kad gambar mengikut tahap

4

Page 5: Inovasi pedagogi

mereka iaitu murid Tahap I memilih tiga hingga empat keping kad gambar manakala

murid Tahap II memilih lima hingga enam keping kad gambar.

Seterusnya, murid akan bercerita tentang apa yang berlaku berdasarkan

gambar-gambar tersebut. Dengan kata lain, murid bercerita berpandukan gambar.

Gambar-gambar yang ditunjukkan memberi peluang kepada murid untuk berlatih

membina ayat pendek. Kemudian, murid perlu berfikir dengan lebih kreatif dan kritis

berdasarkan gambar tersebut sehingga murid dapat memperkembangkan jalan

cerita berdasarkan cara mereka menganalisis perkara yang berlaku dalam gambar-

gambar tersebut.

Bercerita berpandukan gambar dapat mencungkil pemikiran kreatif dan kritis

murid kerana melalui penggabungan siri gambar, murid akan bercerita dengan

menggabungkan satu siri gambar di bawah satu tema. Hal ini disebabkan jalan

cerita mesti mempunyai empat peringkat iaitu peringkat permulaan, perkembangan,

kemuncak dan penutup. Secara tidak langsung, penguasaan kemahiran menulis

terutamanya dalam bentuk esei turut dipertingkatkan kerana murid mempunyai idea

untuk membina ayat mahupun cerita.

iii. Kos bagi Menghasilkan Inovasi

BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT (RM)JUMLAH KOS

(RM)

1. Kertas laminate 8 keping 1.00 8.00

2. Pembalut plastik 1 gulung 4.00 4.00

3. Sellotape 1/2 gulung 4.10 2.05

4. Double-sided tape 1/2 gulung 1.80 0.90

5. Tali 2 utas 3.00 0.50

JUMLAH 15.45

5

Page 6: Inovasi pedagogi

iv. Keberkesanan Inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran

6

Page 7: Inovasi pedagogi

7

Page 8: Inovasi pedagogi

v. Potensi untuk Disebar Luas kepada Pihak Lain

Inovasi BBM ini dapat memberi peluang kepada para pendidik dan murid

dalam mata pelajaran Bahasa Cina untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan

menulis. Murid dapat mengukuhkan kemahiran bertutur sebelum meneruskan

kepada kemahiran yang lebih tinggi aras iaitu kemahiran menulis. Setelah murid

dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik, maka murid boleh

menyampaikan isi berbentuk lisan kepada bentuk tulisan. BBM ini sesuai digunakan

oleh setiap pendidik dan mudah dibawa ke mana-mana jua tempat sahaja. Ia

bersifat ringan dan kecil serta mudah disimpan.

vi. Keterangan Lain yang Berkaitan

BBM ini boleh dikatakan sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran yang

berlainan. Setiap petak telah disediakan dengan satu poket yang membolehkan para

pendidik menukar gambar yang bersesuaian dengan isi pengajaran yang hendak

disampaikan dari semasa ke semasa untuk menambah unsur keseronokan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh, ia dapat digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Matematik. Pendidik boleh memasukan ayat matematik dalam poket-

poket tersebut dan membuat pop-kuiz dalam bilik darjah. Selain itu, penerangan

fakta-fakta Sains seperti proses fotosintesis juga boleh menggunakan BBM ini

supaya murid dapat melihat proses fotosintesis dengan lebih jelas.

BBM ini juga boleh diaplikasikan dalam subjek bahasa seperti Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris untuk membantu murid dalam penguasaan kemahiran bertutur.

8