48
Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan. Pertanian dalam kehidupan manusia telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi. Pertanian menjadi nadi kepada kehidupan manusia dengan membekalkan makanan dan mengekalkan sistem alam sekitar yang wujud di dunia ini. Kepentingan pertanian tidak boleh digantikan dengan kecanggihan bidang lain. Kepentingan bahan makanan bukan sahaja terhad untuk memenuhi keperluan individu tetapi turut menentukan tamadun sesebuah negara. Pada masa ini, terdapat arah aliran yang menunjukkan peningkatan pengeluaran makanan yang dihasilkan melalui kemajuan teknologi di beberapa buah negara didunia. Misalnya seperti Thailand dan Jepun. Pengeluaran hasil tanaman berlaku selari dengan penggunaan input yang tinggi. Kelapa sawit Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter . Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman . Daging buahnya padat. Daging dan 1

Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

  • Upload
    yuzamri

  • View
    17.538

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan.

Pertanian dalam kehidupan manusia telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi.

Pertanian menjadi nadi kepada kehidupan manusia dengan membekalkan makanan dan

mengekalkan sistem alam sekitar yang wujud di dunia ini. Kepentingan pertanian tidak

boleh digantikan dengan kecanggihan bidang lain. Kepentingan bahan makanan bukan

sahaja terhad untuk memenuhi keperluan individu tetapi turut menentukan tamadun

sesebuah negara. Pada masa ini, terdapat arah aliran yang menunjukkan peningkatan

pengeluaran makanan yang dihasilkan melalui kemajuan teknologi di beberapa buah

negara didunia. Misalnya seperti Thailand dan Jepun. Pengeluaran hasil tanaman berlaku

selari dengan penggunaan input yang tinggi.

Kelapa sawit

Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang

berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan

juga tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24

meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan

apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit

buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng,

sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai

salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan

bakar dan arang.

Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada

ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan

tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan

oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.

1

Page 2: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan

tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada

tempurung).

Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana

perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga betina

yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum

matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya

banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur.

Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh :

Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai

tahun 1969

Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000.

Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda,

berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud progeni dan pokok

individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud

ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar

setahun.

Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama

dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman

di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak

meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan

daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).

2

Page 3: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Inovasi dan teknologi pengeluaran produk makanan dari minyak sawit

Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Selain digunakan sebagai minyak masak,

minyak sawit berjaya doinivasikan untuk menghasilkan produk makanan. Antara

barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah dapat menghasilkan  :

Aiskrim

Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam

pengeluaran aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam

pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan

alternatif. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim

bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak.

Konfeksi

Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk

menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan

produk coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung

sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang

diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir

menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan

berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat

bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.

Krimer

Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan

secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan

berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam

penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan.

Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk

menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang

3

Page 4: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

mampu mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang

menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa

peminumnya.

Serbuk santan

Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk

menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang

diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan

pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit

menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya.

Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana

ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak tengik)

daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan

tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada suhu

15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Sosej dan burger

Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi

menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej,

burger, bebola daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia

dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam.

Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak makanan,

malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa kolesterol dan

mikrob makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati.

Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang

dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Bagaimana dengan sejumlah

20% lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan

yang akan dibincangkan minggu hadapan.

4

Page 5: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Koko

Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun

1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan

Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara

tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di

Jerangau, Terengganu.

Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan

Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko

secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di

Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960.

Produk-produk hasil dari biji koko kemudiannya diadun dengan susu dan gula untuk

menghasilkan coklat. Semasa penghasilan coklat, proses conching dilakukan untuk

menyebatikan lagi adunan coklat. Di samping itu, proses ini dapat mengurangkan rasa

pahit dan menambahkan lagi citarasa dan tekstur coklat.

produk-produk koko dan coklat daripada kovertur hingga ke pralin. Produk ini

diformulasikan daripada pelbagai bahan mentah seperti koko pejal, lemak koko, gula dan

serbuk susu.

Kovertur

   

5

Page 6: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Produk kovertur yang dihasilkan adalah daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi

dan diformulasi mengikut resipi yang dikenalpasti tinggi mutunya.

Kompoun

Produk kompoun yang mana mempunyai penampilan seperti coklat tetapi mengandungi

lemak sayuran yang menggantikan lemak koko. Produk ini adalah sesuai untuk penyalut.

Pralin

Produk pralin yang mempunyai pelbagai jenis inti seperti almond nut, hazel nut, raisin,

orange peel dan truffle dengan rasa unik, sesuai untuk setiap peringkat umur.

Lembaga Koko Malaysia telah menerima dua anugerah iaitu 'Anugerah Terbaik' dan

'Anugerah Medal Emas' sempena Expo Teknologi Malaysia (MTE) 2008, yang

berlangsung pada 21-23 Februar 2008, di Kuala Lumpur. Inovasi yang menerima

anugerah ini adalah mesin COBRE (Pemecah Buah Koko LKM). Mesin ini telah

meningkatkan kecekapan pemecahan buah dan pengasingan biji koko dengan

menjimatkan tenaga lima orang pekerja yang melakukannya secara manual.

 

6

Page 7: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menerima Anugerah Inovasi Penyelidikan

Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta (AIPB). Majlis Penyampaian

Anugerah telah diadakan pada 29 Oktober 2007 sempena Konvensyen KMK Kebangsaan

Ke-24, di Kota Bharu, Kelantan.

Inovasi yang dicalonkan ialah 'Agen Kawalan Biologi Lembaga Koko Malaysia'. Inovasi

tersebut adalah atas usahasama LKM dengan Ong Chong Lim Plantation Sdn. Bhd. dan

Suraiya Construction (Plantation) Sdn. Bhd.

Biskut

Kek

SerbukMinuman Coklat

Koko

7

Page 8: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Padi

Padi merupakan bahan makanan yang menghasilkan beras. Bahan makanan ini

merupakan makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk di Asia terutamanya penduduk

Asean termasuklah Malaysia. Padi adalah salah satu bahan makanan yang mengandungi

gizi dan penguat yang cukup bagi tubuh manusia, kerana di dalamnya terkandung bahan-

bahan yang mudah diubah menjadi tenaga. Oleh sebab itu padi juga disebut sebagai

bahan ,akanan tenaga. Setiap orang dewasa memerlukan 1821 kalori setiap untuk

menjalankan aktiviti harian. Ini bermakna beras yang diperlukan ialah 0.88kg.

Beras mengadungi berbagai zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Antara lain

ialah Karbohidrat, protein, lemak, serat kasar, abu dan vitamin. Di samping itu beras juga

mengandungi beberapa unsur mineral, antaranya calsium, magnesium, sodium, fusfor dan

sebagainya.

Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar perlahan

iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding

dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta

tan setahun untuk 27 juta penduduk (pada tahun 2010). Jika pengeluaran beras Negara

tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk

keperluan penduduknya.

Selain dari beras untuk dijadikan makan yang dimasak, ianya juga boleh dijadikan

makanan lain hasil dari inovasi dan kajian yang dijalankan seperti tepung beras,

meehoon, cucur dan emping padi.

8

Page 9: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Ternakan

Dalam dekad pertama abad ini (2000) pengeluaran dalam negara bagi produk tenakan

seperti susu, daging lembu dan telur telah meningkat. Manakala pengeluaran daging

kerbau, kambing dan biri-biri pula menurun. Walaubagaimanapun, di samping

pertambahan penduduk, penggunaan per kapita bagi produk tersebut tyryt meningkat. Hal

ini menyebabkan tahap sara diri bagi keperluan susu dan daging juga menurun. Tahap

sara diri bagi keperluan telur, daging ayam dan khinzir pula melebihi keperluan tempatan

dan telah dieksport sejak dua dekad yang lalu.

Daging, telur dan susu adalah merupakan sumber protin penting bagi manusia.

Kebiasaannya sumber protin dari hasil ini akan dimasak untuk memudahkan pencernaan

dan ini sebenarnya mengurangkan kandungan protin dalam makanan. Pada masa ini

ramai pengguna yang mengambil berat tentang kandungan nutrient dalam makanan.

Pengambilan kalori, lemak dan kolestrol yang berlebihan sering dikaitkan dengan

pemakanan berasaskan ternakan.

Produk yang dikomersilkan

RBM – Rice Bran Malaysia – Menghasilkan produk nutraceutical dari beras tempatan ( Ubat-ubatan) Makanan untuk kesihatan – kurang kolestrol, anti kanser. Sesuai dijadikan bahan utama dalam pembuatan kek dan biskut

9

Page 10: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Salah satu inovasi yang dijalankan ialah melibatkan teknik pengasingan nutrient

dan bioteknologi yang dapat menghasilkan baka ternakan yang tinggi kadar dagingnya

dan kurang kandungan lemaknya. Kandungan lemak dalam susu bagi baka lembu tenusu

bagi baka lembu tenusu yang dimajukan seperti Fresian adalah merupakan penghasilan

baru yang berjaya mengatasi masalah lemak.

Selain itu , kajian terkini juga telah berjaya menghasilkan telur yang rendah

kandungan kolestrol dan kaya dengan omega 3. telur yang dihasilkan ini adalah

merupakan ‘makanan sihat’ yang kian popular, terutamanya di kalangan mereka yang

mengidap sakit jantung.

Beberapa produk inovasi daripada hasil ternakan ialah Burger yang diproses dari

daging arnab, burung unta, rusa, unta dan ayam belanda. Walaupun produk ini masih

belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia , ianya dilihat amat

berpotensi untuk dikembangkan kerana daging ternakan ini rendah kandungan kolestrol.

Produk inovasi lain dari hasil ternakan ialah satey, sosej, daging yang ditinkan

dan daging jeruk.

Perisa

Satay

Nugget Daging burger

Daging

Sardin

10

Page 11: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Buah-buahan

Buah-buahan adalah salah satu pengeluaran pertanian yang menyumbang kepada

ekonomi Malaysia. Walaupun Peratusannya kecil tetapi ianya masih dianggap penting

dan memerlukan beberapa pembaruan terutama dari segi pengeluaran hasil selain dari

bentuk segar. Didapati bahawa aliran bagi kuntiti perdagangan buah-buahan segar

Negara ini masih ditahap rendah jika dibandingkan dengan kuantiti pengeluaannya.

Pergantungan kepada jualan hasil segar mesti dikurangkan tetapi sebaliknya perlukan

inovasi supaya dapat diproses supaya kelihatan seperti menikmati buah-buahan segar.

Walaupun aliran kuantiti perdagangan buah-buahan segar tropika dunia berada

pada tahap yang baik namun tahap pengeluaran bagi pasaran segar buah tropika masih

jauh ketinggalan jka dibandingkan dengan pengeluaran untuk pasaran buah-buahan

negara barat. Ini memberikan makna kepada Malaysia supaya membangunkan segera

bidang kajian terhadap buah-buahan tempatan yang kebanyakan jagkahayat buah-buahan

yang pendek bagi diurusniagakan dalam bentuk segar,

Kajian yang telah dilakukan terhadap beberapa jenis buah-buhan seperti pisang,

nenas , betik, mempelam, jambu-batu, tembikai, nangka, duku langsat, durian, rambutan

dan lain-lain telah menghasilkan produk inovasi untuk dimakan dalam jangka masa yang

lebih lama. Antara hasil inovasi buah-buahan sebagai bahan makanan ialah:

Inovasi Buah-buahan dijadikan kerepek

Kerepek ialah makanan ringan yang digemari ramai,tidak mengira usia sama ada

tua, muda atau kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kerepek di pasaran seperti kerepek

pisang, ubi kayu, kentang dan keladi. Tetapi pernahkah kita terfikir yang buah-buahan

nangka, nenas, mangga, betik, dan jambu batu juga boleh dijadikan kerepek dan rasanya

sungguh enak.

Dengan perkembangan pengeluaran dalam bidang sains dan teknologi

pemprosesan makanan , satu teknologi baru telah dihasilkan dalam penggorengan

makanan yang dikenali sebagai penggorengan vakum. Dengan menggunakan alat ini

buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti nangka boleh

dijadikan kerepek yang sedap dimakan.

11

Page 12: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Kerepek buah, hasil daripada penggorengan vakum, menjadi pilihan mereka yang

mementingkan kesihatan, di samping menikmati makanan berkualiti tinggi walaupun

harganya mahal sedikit berbanding dengan kerepek biasa ataupun makanan ringan lain.

Satu lagi kelebihan produk ini ialah ia tidak memerlukan bahan pengawet atau tambahan

perisa dan pewarna makanan tiruan, MSG dan sebagainya.

Sayur-sayuran

Industri sayur-sayuran telah mencatatkan perkembangan sebanyak 7.2% setahun. Fokus

kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran pada tahap optimum.

Pada masa ini pengeluaran hasil sayur-sayuran adalah pada peringkat memenuhi

keperluan pengguna. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana :

• Mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori

• Kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian

Buah-buahan

Minuman

Jus

Buah campuran

Jem

TinTepung Cucur

12

Page 13: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

• Sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata,

tulang dan otak

Antara produk inovasi hasil sayur-sayuran untuk dijadikan sumber makanan ialah :

Sos spageti

Kerepek keledek

Kapsul sayuran

Jejari ubi kayu

InovasiHasil

Sayur-sayuran

13

Page 14: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

INOVASI PERIKANAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Terdapat kira-kira 20,000 spesies ikan di dunia. Sekitar 8,000 spesies hidup di

pelantar benua laut tropika, berbanding 1,150 di pelantar benua di persekitaran

air yang lebih sejuk. Manakala lebih 100 spesies lagi boleh ditemui di mana-

mana laut tropika di dunia ini, 14 daripadanya mempunyai habitat di perairan laut

pantai dan selebihnya adalah kumpulan ikan yang berhijrah atau kumpulan ikan

palagik.

Keperluan ikan negara pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 1.9 ribu m/tan.

Sasaran pengeluaran akuakultur negara pada tahun 2010 ialah sebanyak 600

ribu m/tan atau 30% daripada keseluruhan keperluan ikan negara.

Sistem perikanan yang terdapat di Malaysia

Ternakan Air Tawar 

Ternakan air tawar menyumbang sebanyak 27.5% daripada jumlah pengeluaran

akuakultur. Dalam tahun 2004 jumlah pengeluaran ternakan air tawar telah

meningkat sebanyak 11.23% daripada 49,947 tan metrik kepada 55,556.60 tan

metrik. Daripada segi nilai pula ia merekodkan RM255.08 juta iaitu peningkatan

5.75% berbanding tahun sebelumnya dan dengan itu menyumbang hampir 20%

daripada jumlah nilai pengeluaran akuakultur keseluruhan.

Kolam Air Tawar

Sektor ternakan kolam air tawar merupakan penggerak utama dalam sistem

ternakan ini, menyumbang sebanyak  70.6% (39,233.43 tan metrik) daripada

14

Page 15: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

jumlah pengeluaran air tawar iaitu meningkat 9.96% berbanding dengan

pengeluaran tahun 2003.

Bekas Lombong

Pengeluaran dari bekas lombong  meningkat sebanyak 33.11% daripada 6,495

tan metrik dalam tahun 2003 kepada 8,646 tan metrik dalam tahun 2004

Sangkar

Ternakan sangkar air tawar menyumbang 10.1% dari keseluruhan pengeluaran

ternakan air tawar iaitu penurunan sebanyak 4.84% daripada 5,896 tan metrik

kepada 5,611 tan metrik dalam tahun 2004.

Tangki

Ternakan tangki simen dan kandang menyumbang 1,671.10 tan metrik terutama

ternakan Tilapia Merah, Keli dan Patin. Selangor merupakan pengeluar utama

ternakan dari tangki simen. Manakala, pengeluaran paling tinggi sistem kandang

ikan adalah dari negeri Kelantan iaitu sebanyak 395.24 tan metrik. 

Sistem Air Payau

Sektor air payau dalam tahun 2004 menyumbang 75.52% daripada jumlah

pengeluaran akuakultur. Sumbangan ini menurun 0.18% daripada 146,927 tan

metrik pada tahun 2003 berbanding 146,668  tan metrik tahun 2004.

Ikan Hiasan

Jumlah pengeluaran ikan hiasan telah menunjukkan peningkatan sebanyak

6.40% daripada  428,298,151 ekor dalam tahun 2003 kepada 455,723,540 ekor

dalam tahun 2004. Daripada segi nilai terdapat peningkatan sebanyak 8.60%

daripada RM 97.64 juta dalam tahun 2003 kepada RM 106.03 juta dalam tahun

2004. Negeri Johor masih memonopoli pengeluaran ikan hiasan yang

menyumbang sebanyak 298,321,908 ekor

15

Page 16: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Inovasi dalam perikanan air tawar

Untuk memberi galakkan terhadap sektor perikanan negara, pelbagai enovasi

telah dilakukan untuk memenuhi keperluan negara seiring dengan keperluan

penduduk di negara ini.

Antara inovasi yang telah dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah

atau cara penternakan yang telah dikaji dan dijangka dapat meningkatkan hasil

pengeluaran serta meningkatkan pendapatan penternak.

Kaedah Ternakan Kanvas

Dengan menternak ikan air tawar dalam kanvas, ia dapat membantu penternak

yang selama ini dibelengu masalah jangkitan penyakit serta terpaksa

menanggung risiko ikan mati akibat pencemaran air.

Dengan menternak ikan dalam kanvas, masalah ini dapat dielakkan serta

menjamin pengeluaran ikan.

Ikan yang diternak dengan menggunakan kanvas dikawal secara 100%. Kawalan

air amat penting. Kaedah ternakan ikan secara kanvas ini memerlukan air

dirawat dimasukkan ke dalam kanvas.

Terdapat 3 jenis rawata yang perlu dilakukan. Iaitu :-

rawatan fizikal

rawatan biologi

rawatan bakteria

Rawatan fizikal

rawatan ini adalah untuk memastikan air yang dipam dari sumber air itu jernih

dan sesuai untuk ikan yang diternak. Rawatan ini termasuklah merawat nilai pH

air untuk memastikan ikan benar-benar sesuai dengan air tersebut.

16

Page 17: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Rawatan biologi

Rawatan ini adalah untuk memastikan ikan yang diternak sesuai dengan

keadaan air tersebut.

Rawatan bakteria

Rawatan bakteria amat penting dilakukan. Ia adalah untuk memastikan tidak

terdapat benda-benda hidup lain di dalam air tersebut agar ikan yang diternak

tidak dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kerugian pada penternak

Dengan menternak ikan dalam kanvas, penternak dapat melakukan aktiviti

penternakan secara tepat. Kos pengeluaran dapat dirancang serta pulangan

dapat dinilai dari peringkat awal.

Perancangan amat penting dalam aktiviti ternakan ini agar ia dapat memenuhi

permintaan seterusnya harga dapat dikawal dengan baik

Mengawal kepupusan ikan air tawar

Untuk mengawal kepupusan ikan air tawar, kerajaan malaysia dengan bantuan

jabatan perikanan malaysia telah menubuhkan serta merancang apa yang perlu

dilakuakan supaya pengeluaran hasil dapat dikekalkan. Antaranya adalah :-

Klinik dan pusat jagaan ikan air tawar.

Pusat Perikanan Darat, Banding, Grik telah diberi tanggungjawab untuk

melakukan kajian serta membangunkan baka induk dan mengeluarkan benih

ikan air tawar tempatan. Sasaran pusat jagaan ikan itu adalah untuk

menghasilkan 10 juta benih setahun. ia adalah bertujuan untuk mengawal

beberapa jenis ikan yang semakin berkurangan. Ia juga dapat membantu

nelayan-nelayan sungai yang terdapat di kawasan sekitar.

17

Page 18: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Ikan air tawar yang paling popular

Nama Tempatan : Tilapia Merah

Nama Saintifik : Oreocromis spp.

Ikan tilapia menjadi ikan yang paling tinggi nilai komersial. Berikut antara

kelebihan ikan tilapia

Permintaan yang tinggi

Potensi yang baik dari segi komersial

Rasa yang enak

Kandungan protein yang tinggi

Rendah kandungan lemaknya.

Ikan tilapia bkn sahaja menjadi ikan yang untuk di makan segar. Ia juga boleh

dijadikan beberapa produk yang bernilai tinggi. Antara kegunaanya adalah untuk

dijadikan produk gilatin.

18

Page 19: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Perikanan laut dalam

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil

perikanan laut dalam. Dengan kelebihan yang ada di malaysia iaitu dari

kedudukan malaysia yang terletak di pelantar laut dunia, menerima matahari

sepanjang tahun serta kedalaman laut yang baik ia dapat meningkatkan jumlah

ikan di perairan laut malaysia. Kaedah yang dilakukan oleh kerajaan antaranya:-

Kawasan telaga ikan

54 bot ditenggelamkan untuk dijadikan tukun supaya ikan-ikan dapat

menjadikannya sebagai habitat seterusnya membiak dikawasan tersebut.

Kedudukan telaga ikan tersebut terletak 12 batu nautika dari pantai

Kos 10 juta telah diperuntukan untuk telaga ikan tersebut

Contoh telaga ikan ini seperti yang terletak di periran laut negeri Kedah.

Tukun Tiruan – Perairan Laut China Selatan

Tukun tiruan juga dijadikan habitat untuk ikan-ikan di perairan laut china selatan.

Ia banyak dibuat di perairan Terengganu.

Kapal Kajian Manchong – Sarawak/Sabah

K.K. MANCHONG adalah sebuah kapal Penyelidik-Bersama-Latihan yang dibina

di bawah Program Pembangunan Infrastruktur perikanan Sarawak dengan

peruntukan secara langsung dari Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan

dan pinjaman dari Bank Pembangunan Asia. Kapal tersebut telah dibina di

Nagaishima, Kobe, Jepun oleh Yamaha Motor Sdn. Bhd. menerusi ikatan

19

Page 20: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

kontrek dengan pemborong tempatan, Associated Marine Industries. Ianya

berharga RM3,793 juta dan telah disiapkan dalam jangka masa 31 minggu.

Peranan Kapal kajian Manchong

Kapal ini mempunyai dua peranan yang terpenting: -

1.1. Ianya digunakan untuk menjalani kajian pengesanan sumber di kawasan

perairan Malaysia khususnya Sarawak/Sabah untuk mengemaskini kedudukan

sumber di perairan berkenaan. Kajian tersebut akan membolehkan data-data

mengenai sumber-sumber di kawasan perairan berkenaan dikenalpasti. 

2.2. Ianya akan digunakan untuk kajian teknologi penangkapan ikan terutama

demonstrasi pelbagai jenis teknologi kepada pihak swasta khususnya nelayan.

Teknologi penangkapan ikan ini termasuklah pukat tunda, pukat jerut, longline,

bubu, Squid jigging, handline dan gill netting. 

Inovasi rumpai laut

Inovasi terbaru untuk perikanan laut dalam ialah penanaman rumpai laut atau

pun ecuhema. Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar

dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.

Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang  tenang atau dalam medium air yang

bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan

berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.

Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak

digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan,

pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru.

Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan

diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak

angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.

Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).

20

Page 21: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Suhu air hendaklah antara 25c hingga 30c. Paras air mestilah tidak kurang

daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.

Lampiran inovasi perikanan

Kaedah Kanvas

Sistem Pembersihan air

21

Page 22: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Kapal Kajian Manchong

kaedah menanam rumpai laut

22

Page 23: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Inovasi Pertanian Di Malaysia Dalam Pengeluaran Bukan Untuk Makanan

Inovasi dalam penanaman getah

Pengenalan

Kenaikan harga komoditi getah sekarang sudah menampakkan kesan positif

kepada industri perladangan getah negara. Selaras dengan itu taraf hidup pekebun kecil

juga telah berubah menjadi lebih progresif dan sejahtera. Pengeluaran getah negara telah

meningkat pada kadar 3.9 peratus setahun, terutamanya hasil kenaikan permintaan untuk

getah asli, khususnya Republik Rakyat China yang menyebabkan harga getah meningkat

ke paras lebih tinggi. Pelbagai inovasi telah dijalankan oleh agensi yang berkaitan di

Malaysia, seperti RISDA, MARDI , LGM dan sebagainya.

Inovasi di dalam pertanian dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan hasil

pengeluaran dan menambah nilai kepada produk-produk yang berasaskan sumber getah.

Inovasi sama ada teknikal ataupun pengurusan secara amnya membawa pelbagai

kebaikan sama ada memudahkan kerja ataupun kos yang murah dan mampu dimiliki

pengguna. Kajian terkini yang melibatkan getah ialah dengan menggunakan kaedah LITS

(Low Intensity Tapping System) iaitu Sistem Torehan Intensiti Rendah. Di antara

teknologi yang telah digunakan ialah RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-

FLEX dan MORTEX. Secara umumnya LITS ialah kaedah torehan getah dengan

menggunakan rangsangan gas etefon dan etilina. Dengan menggunakan Sistem Torehan

Intensiti Rendah Ini, pekebun kecil dan sektor peladangan di Malaysia dapat

meningkatkan pendapatan bulanan. Bagi pekebun kecil jumlah pendapatan sebulan

adalah sekitar RM 2000.

Dalam industri pemprosesan getah dan keluaran getah, usaha sedang giat

dilaksanakan untuk menggalakkan lagi pembangunan industri hiliran memandangkan

23

Page 24: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

kepada potensinya untuk mengeluarkan pelbagai produk nilai tambah bagi pasaran

tempatan dan eksport.

Inovasi dalam pengeluaran hasil getah - Rangsangan Etefon

Pengeluaran lateks boleh dirangsang melalui penggunaan kimia etefon, yang

disebatikan dengan bahan pengantar seperti minyak sawit dan perawis lengai yang lain. 

Bahan ini bertindak dengan melambatkan berlakunya palam lateks semasa menoreh. 

Oleh yang demikian, masa yang lama diberi bagi lateks mengalir keluar. Dalam torehan

ini Etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan

bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok. Pokok getah yang belum matan iaitu

berumur bawah 15 tahun menggunakan rangsangan etefon digunakan atas panel torehan

dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur

pokok. Bagi pokok matang pula iaitu yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh

menggunakan alat rangsangan etefon di samping alat rangsangan gas seperti

RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-FLEX dan MORTEX.

Kriteria pokok yang sesuai untuk mengamalkan teknik rangsangan gas

Berumur 15 tahun atau lebih

Pokok hendaklah subur dan mempunyai pendaunan yang baik tanpa masalah

penyakit yang teruk.

Amalan torehan dan penggunaan bahan perangsang atau kedua-duanya sekali

tidak diamalkan secara keterlaluan.  Pokok-pokok masih mempunyai sekurang-

kurangnya 50% kulit dara di panel atas sebelum teknik rangsangan gas digunakan.

Pokok di kebun tidak mempunyai sejarah kejadian kering kulit yang tinggi.

Berikut Adalah Hasil Kajian Mengenai Peningkatan Hasil Setelah Mengamalkan Alat

Rangsangan Gas (oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd.  - RSSB) 

Jenis alat

rangsangan

RRIMFLOW REACTORRIM LET

SISTEM

ETEFON KAWALAN

% kenaikan 211% 192% 149% 113% 00

24

Page 25: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

hasil

 

Berikut ialah gambar rajah berkenaan dengan penggunaan etilina dalam penorehan getah

 

RRIMFLOW

 

 

G-FLEX

G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah

Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang

dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja ‘inflatable’ dan ‘collapsible

container’ dipasang. Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas

pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya

dilakukan.

G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina

secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan

gas secara berkala.

Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah

dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas

yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara.

25

Page 26: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan

juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil

ditingkatkan.

MORTEX

MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan

pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut

dibuka alur torehan.

MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun

berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan.

Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu

terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun.

Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil

berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon.

Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan

etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian

palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks.

MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah

menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8

pusingan).

Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah.

Selain itu, terdapat juga penggunaan Alat Kalis Hujan. Air yang melorot dari jemala

pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan

pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya.  Pemasangan alat pengalir

keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini.

Rem bergerak serba boleh - RISDA

Inovasi yang diberi nama Rem Bergerak Serba Boleh yang telah diguna pakai di

ladang sejak 2004. Rem bergerak serba boleh merupakan sebuah kereta sorong

(wheelbarrow) yang telah diubahsuai. Pengubahsuaian paling ketara ialah penggunaan

tayar hidup menggantikan tayar mati yang biasa terdapat pada kereta sorong. Rangka

26

Page 27: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

pemegang atau pelantar dibuat daripada besi ringan dan penggunaan bakul plastik. Ia

juga siperbuat daripada kanvas berukuran 44 sm X 30 sm X 84 sm dan berupaya

menampung antara 60 hingga 75 kilogram getah basah. Untuk menjimatkan kos guni

terpakai boleh digunakan sebagai alternatif. Sebagai tambahan lain, alat penyambung

disediakan untuk membolehkan ia ditarik oleh motosikal. Sesuai dengan nama rem

bergerak serba boleh, inovasi ini boleh juga diguna pakai untuk pelbagai kegunaan.

Antaranya amat praktikal dan mudah diguna semasa mengutip dan memunggah getah

buku atau buah lerai sawit di ladang. Ia juga boleh dijadikan pelantar pam galas bagi

memudahkan pam galas disangkut di bahu. Oleh keran alat ini boleh ditarik

menggunakan motosikal, secara tidak langsung menjadi alat untuk mengangkut beban

melebihi kemampuan manusia. Bakul plastik pula boleh diguna untuk memuatkan getah

buku, buah-buahan, buah sawit lerai dan sebagainya.

Rem bergerak serba boleh

Produk inovasi dari tanaman getah

Kayu getah boleh dijadikan sumber balak untuk membuat perabot. Produk

perabot pada masa kini banyak dihasilkan dari sumber kayu getah. Perabot yang dibuat

menggunakan kayu getah juga mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam dan luar

negara. Malaysia mengeksport sebanyak 5.4 billion.

27

Page 28: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Daun getah juga kini dijadikan sumber bagi industri hiliran iaitu boleh digunakan

untuk membuat gubahan bunga. Dengan ini, dapat dijadikan sebagai punca pendapatan

sampingan kepada petani dan pengusaha yang memajukan diri di dalam bidang ini.

Inovasi dalam industri Bunga

Industri bunga-bungaan di Malaysia masih lagi perlahan dan tidak diminati oleh

pengusaha. Inovasi terkini dalam industri bunga di Malaysia ialah dengan penggunaan

teknik pembiakan dan penghasilan varieti baru melalui tisu kultur. Selain tisu kultur

MINT (Malaysian Institute For Nuclear Technology) juga telah membuat penyelidikan

dalam menghasilkan varieti bunga-bungaan. Selai itu MINT juga telah menjalankan

kajian dalam beberapa tanaman lain dalam penyelidikan dalam bidang agroteknologi

seperti pisang, limau, bunga ros dan sebagainya.

Tisu kultur ialah pembiakan tumbuhan secara aseksual yang mana tisu daripada

tumbuhan di biakkan di dalam persekitaran terkawal.  Teknik kultur tisu atau

mikropropagasi membenarkan pembiakan bahan klon tanaman yang seragam dan

berkualiti tinggi. Ia sangat perlu dalam pembekalan bahan tanaman yang berkualiti tinggi,

terutamanya untuk penanaman besar-besaran. Ia juga memberi kemudahan pengenalan

yang cepat untuk varieti baru dalam pasaran. 

        Keseragaman bahan tanaman merupakan satu ciri penting yang membantu

28

Bunga dari daun getah Perabut dari kayu getah

Page 29: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

pengurusan sesuatu sistem penghasilan tanaman,contohnya pokok membesar

secaraseragam, matang pada masa yang hampir sama dan oleh itu, hasil dan kualiti

produk boleh dianggar dan sekata.

Propagasi kultur tisu bermula dengan pilihan pokok-pokok elit sebagai sumber

tisu, input utama dalam proses tersebut. tisu-tisu ini didedahkan kepada prosidur

sterilisasi kimia dan ditumbuhkan dalam bekas tertutup yang mengandungi media khusus

dibawah keadaan beban kuman dimakmal terkawal. Tisu membiak di makmal untuk

membentuk putik-putik yang kemudian tumbuh menjadi pokok berakar. Anak-anak

pokok yang cepat membesar ini akan dibiasakan tumbuh dalam nurseri sehingga mereka

bersedia untuk di tanam di lapangan 

Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, MINT menjalankan penyelidikan

melibatkan berbagai teknologi dan pembangunan serta perkhidmatan, latihan dan nasihat

perundingan di dalam usaha meningkatkan mutu dan daya pengeluaran. Dalam bidang

teknologi bahan, tumpuan telah diberikan kepada pembangunan bahan-bahan seramik

untuk kegunaan bioperubatan, komposit lanjutan dan pengeluaran produk baru dari bahan

buangan radioaktif. Usaha-usaha pencirian bahan yang melibatkan pengukuran di paras

nano juga dipertingkatkan. Proses pembangunan sistem-sistem dan tolok pemeriksaan

yang berasaskan teknologi nuklear sedang dijalankan. Pada masa yang sama, sistem

pemeriksaan berasaskan nuklear dan bukan nuklear yang sedia ada dipertingkatkan

dengan menggabungkan teknologi elektronik dan komputer untuk mempercepatkan

kerja-kerja pemeriksaan loji dengan lebih berkesan. Teknologi radiosurihan diperluaskan

meliputi penggunaan teknik lazim dalam bidang hidrologi dan sedimentologi kepada

penggunaan yang lebih mencabar dalam penentuan pelbagai parameter yang terdapat di

loji industri.

Penyelidikan dalam bidang teknologi pemprosesan sinaran tertumpu kepada

penggunaan bahan-bahan polimer semula jadi seperti getah asli, kanji daripada sago,

serat dari tandan kosong kelapa sawit, kayu getah dan pokok kenaf, minyak kelapa sawit

dan kitin-kitosan dari kulit udang. Kesemua bahan semula jadi ini diubahsuai dengan

campuran polimer sintetik atau disintesis dan seterusnya di proses menggunakan kaedah

aruhan sinaran bagi menghasilkan bahan-bahan baru. Untuk tujuan ini alur elektron

29

Page 30: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

digunakan sebagai sumber sinaran utama di samping sinar gama. Antara hasil-hasil

penyelidikan ialah:

Hidrogel dari bahan terbitan kanji sagu

Ko-polimer getah asli cecair (LNR), kompaun NR-PS berimpak tinggi

Kompaun jaringan salingtembus (IPN) dari bahan LNR

Adunan PVC/ENR boleh taut-silang

Getah asli termoplastik (TPNR) dari adunan getah asli-PMMA yang mempunyai

ciri yang setara dengan adunan TPNR-poliolefin

Komposit polipropilen (PP)/ tangkai kosong kelapa sawit (EFB) dan PP/Kenaf

untuk komponen automotif

Filem mesra alam dari adunan kanji sagu-polimer yang mudah terlarut didalam air

dan polimer cangkuk berasaskan kanji-sagu

Di samping itu teknologi alur elektron ini juga digunakan bagi penyelidikan

penulenan ‘flue gases’. 

Kepesatan projek-projek penyelidikan agroteknologi di MINT terserlah dengan

peningkatan jumlah serta bidang penyelidikan yang dilaksanakan melalui pembiayaan

IRPA, kerjasama dengan institusi luar, kontrak IAEA dan juga pembiayaan dalaman.

Projek-projek IRPA termasuk penambahbaikan tanaman orkid melalui kejuruteraan

genetik, mutasi kulat Aspergillus niger untuk pengeluaran asid sitrik, penentuan corak

ekspresi gen mutan tanaman hiasan, dan juga pembiakan serta manipulasi genetik orkid

menggunakan kaedah molekul untuk menghasilkan penambahbaikan dari segi ketahanan,

warna dan bentuk bunga.

Projek-projek kerjasama termasuk biak baka padi wangi yang rintang penyakit dengan

MADA, pembangunan produk lepasan terkawal (OPRS), penyinaran untuk disinfestasi

kumbang Khapra dan nyahgiat biji benih bunga (DOA). Projek kerjasama yang baru ialah

kajian keberkesanan pembajaan nitrogen tanaman padi (MADA), pengkapsulan inokulum

biobaja mikoriza (MAH) dan 

mutagenesis limau madu (UKM, Vibrant Citrus Management). Projek-projek kontrak

yang masih diteruskan ialah penyinaran untuk kuarantin hama dan thrips (MARDI) dan

kajian impak racun perosak dalam ekosistem Muda (MADA). Projek-projek bantuan

30

Page 31: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

teknik IAEA pula ialah mutagenesis tanaman hortikultur dan pembangunan program

QC/QA bagi analisis sisabaki bahan agrokimia.

Melalui pembiayaan dalaman MINT, penyelidikan ekstraksi secara teknik

‘enfleurage’ bagi mendapatkan pati pelbagai tanaman herba, penambahbaikan pembalut

luka hidrogel, penyaringan sumber-sumber semula jadi untuk rawatan luka, serta

pembangunan sistem dan produk makanan haiwan dari loji STERIFEED.

Penemuan dan penghasilan proses baru termasuk penghasilan ‘plantlet’ daripada

spora paku-pakis, pengaruhan pengeluaran bunga ros secara in vitro, pembangunan

sistem bioreaktor untuk mikropropagasi tanaman, ‘DNA sequencing’ mutan orkid

berbunga putih, isolasi kromosom pisang menggunakan enzim berganda, analisis

FISH/GISH bagi pisang, penentuan poliploidi pisang dan ros, penyinaran potpourri

wangi, serta penghasilan produk STERIFEED secara pukal.

Produk-produk baru yang dihasilkan dalam tahun laporan ialah satu mutan orkid

(Dendrobium Sonia "Keena Ahmad Sobri"), satu mutan tanaman hiasan rheodiscolor

(Tradescantea spathacea “Keena AhmadSobri”) dan juga bunga ros di dalam balang atau

tabung.

31

Page 32: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Produk inovasi daripada kelapa sawit

Penyelidikan daripada Univesiti Putera Malaysia telah pun menghasilkan minyak pelincir

sintetik dan ‘helmet’ dari kelapa sawit. Mintak pelincir dihasilkan dari minyak sawit dan

‘helmet’pula dihasilkan daripada pelepah kelapa sawit dan dijadikan biokomposit

Lain-lain inovasi

32

mutan orkid dendrobium Tisu kultur

Minyak pelincir sintetik helmet

Page 33: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Pertanian tepat

Revolusi elektronik dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah menyumbang

kepada dua teknolgi baru dan memberikan kesan terhadap pertanian pada masa akan

dating. Teknologi yang dimaksudkan ialah ‘Geographic Information Systems’ dan

‘Global Positioning Systems’ . Melalui teknolgi GIS dan GPS ia membolehkan

pengawalan menggunakan sensor secara meluas diaplikasikan bagi menyelia, mengawas,

dan mengawal peralatan pertanian, penukaran tekanan dan motor servo. Bersama itu juga,

GIS dan GPS memberikan kelebihan kepada petani untuk memiliki dan menggunakan

peralatan elektronik terus kepada mesin yang bergerak serta menghasilkan kerja yang

cekap dan tepat. Penentuan dan kawalan secara tepat terhadap semua aplikasi peralatan

dan penggunaan bahan kimia serta analisis data yang digabungkan dengan sumber data

(agronomi, iklim, tanah dan sebagainya). Kesemua ini adalah satu kaedah yang termaju

dan menakjubkan untuk pengurusan pertanian yang lebih progresif.

Pertanian tepat juga dapat membuat pemetaan hasil dan aplikasi penggunaan baja. Tahap

kemasakan hasil boleh ditentukan dengan menggunakan GPS. Begitu juga dengan

pembajaan yang dilakukan. Berikut adalah secara umum mengenao komponen partanian

tepat :

i. Pemantauan hasil – Pemantauan hasil melalui sistem GPS dan penggunaan

komputer membolehkan dapatan serta-merta diperoleh. Ia mengandungi

pemantauan hasil pertanian melalui masa ataupun jarak (contoh seperti setiap

saat atau setiap beberapa meter). Ini juga termasuklah berkeupayaan merekod

dan menyusun data-data lain seperti jarak, jumlah guni diangkut, jumlah

kawasan dan sebagainya.

ii. Pemetaan hasil – alat penerima GPS adalah didatangkan bersama dengan alat

pemantau hasil. Pemetaan hasil dapat menyediakan ruang koordinat untuk

pengawas hasil data. Ini boleh dijadikan peta hasil bagi setiap kawasan.

iii. Pelbagai kadar pembajaan – Mengawal atur kadar pemberian baja pada

sebarang kadar yang boleh diubah-ubah. Alat kawalan adalah boleh digunakan

untuk baja jenis berbutir, bahan baja cecair dan jenis gas. Kadar boleh

33

Page 34: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

berubah-ubah sama ada oleh dikawal oleh manusia atau secara dikawal secara

automatik oleh komputer bersama satu preskripsi peta elektronik.

iv. Pemetaan rumpai – Petani boleh mengawal rumpai, menyemai, membuat

semburan, atau melakukan pelbagai kerja lain dengan menggunakan satu

kekunci atau butang-butang oleh penerima GPS dan datalogger. Segala

aktiviti mengawal boleh dirancang dengan teliti di sebuah komputer dan

dianalisis untuk menterjemahkan peta baja dan peta semburan.

v. Sempadan dan topografi - Menggunakan DGPS yang berketepatan tinggi

untuk menghasilkan satu peta topografi sebenar yang tepat dan boleh dibuat

apa-apa tindakan pada tanah tersebut. Ini adalah berguna apabila penelitian

peta hasil dan peta rumpai. Ia berkebolehan membariskan sempadan-

sempadan, jalan-jalan, halaman-halaman, pertumbuhan pokok dan tanah

berair. kesemuanya dapat dipetakan secara tepat untuk membantu

perancangan ladang.

vi. Pemetaan kemasinan tanah - GPS boleh digandingkan untuk meter kemasinan

yang mana ditunda di belakang sesuatu kenderaan. Meter berupaya membuat

penjejakan perubahan kemasinan tanah di sepanjang masa.

vii. Sistem Panduan – Ketika ini beberapa pengeluar telah mengeluarkan sistem

panduan menggunakan DGPS berketepatan tinggi yang boleh menentukan

kedudukan dan penggerakan kereta dengan kaki atau tanpa kaki. Sistem-

sistem panduan ini boleh menggantikan peralatan konvensional untuk

penyemburan atau penyemaian.

viii. Analis dan rekod - Pertanian tepat mungkin menghasilkan satu ledakan dalam

jumlah rekod boleh didapati untuk pengurusan ladang. Pengesan elektronik

boleh mengambil banyak data dalam satu tempoh masa yang pendek.

Sejumlah ruang cakera adalah diperlukan untuk menyimpan semua data serta

grafik peta mengakibatkan daripada data. Alat-alat kawalan elektronik boleh

juga direka bentuk untuk menyediakan isyarat-isyarat semula jadi yang

dirakam secara elektronik. Ia mungkin berguna untuk merakam kadar sebenar

baja yang dijatuhkan oleh alat semburan sebagainya

34

Page 35: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

Agen biologi

Antara agen biologi yang digunakan di dalam pertanian penggunaan baja bio dan

kawalan biologi.

Kawalan biologi ialah penggunaan serangga atau organisma lain bagi mengawal serangan

perosak. Contohnya penggunaan semut api bagi mengawal siput gondang. Semut api

bertindak memakan telur siput gondang dan menyebabkan pembiakan siput berkurang

seterusnya dapat dikawal.

Semut api atau Solenopsis geminata ialah serangga daripada famili Formicidae. Koloni

semut terdiri daripada seekor ratu, sekumpulan askar dan semut pekerja minor.

Solenopsis tidak berapa selektif dalam corak pemakanannya. Semut jenis ini, makan biji

rumput, haiwan anthropod, manisan, daging dan apa sahaja yang diperoleh dan

dihadamkan. Daripada pemerhatian, didapati semut api spesies ini makan telur siput

gondang emas Pomacea canaliculata. Penemuan ini boleh dikatakan sangat menarik

kerana setakat ini, tiada haiwan lain yang diketahui menjadi pemangsa kepada siput

gondang emas. Ini disebabkan telur spesies siput perosak ini boleh dikatakan tidak

mempunyai perasa enak meskipun gugusan telur ini mempunyai warna merah terang

yang mampu menarik perhatian. Semut api akan menyerang dan memindahkan satu

35

Kitaran pertanian tepat

Page 36: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

persatu biji telur ke dalam sarang mereka. Selain dari semut ini, terdapat juga spesies

semut lain yang digunakan sebagai agen kawalan biologi. Umpamanya, Dolichoderus

thoracius yang berpotensi dalam mengawal serangga perosak Helopeltis theobromae

yang merupakan perosak utama buah koko, mangga dan jambu.

Semut api atau Solenopsis geminata

siput gondang emas atau Pomacea canaliculata

Bio fertilizer (baja bio) ialah baja yang menggunakan rhizobium dan diselaputi

dengan S. Baja ini diperbuat daripada bahan-bahan buangan biologi yang tidak

mengandungi apa-apa bahan kimia. Baja bio mempunyai mikroorganisma hidup yang

mana apabila digunakan ia akan menggalakkan pertumbuan pokok dengan nutrien yang

36

Page 37: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

rendah untuk tumbuhan perumah. Penggunaan baja bio adalah berfaedah kerana dapat

menggalakkan aktiviti mikroorganisma di dalam tanah. Di antara beberapa kebaikan baja

bio ialah :

Galakkan pertumbuhan dan pemanjangan akar

Meningkatkan hasil

Tanaman tahan kemarau dan perosak

Kesimpulan

Inovasi dalam bidang pertanian amat penting pada ketika ini. Masalah yang

membelenggu bidang pertanian seperti masalah kekurangan tanah,

pertambahan penduduk dunia yang naik secara mendadak memerlukan sumber-

sumber pertanian dilakukan supaya ia dapat memenuhi keperluan manusia.

Kehidupan hari ini banyak mempengaruhi evolusi pertanian. Kehidupan yang

sentiasa membuatkan manusia mengejar masa untuk memenuhi keperluan

hidup memaksa bidang pertanian juga perlu bergerak dengan lebih laju dan

pantas. Di sebabkan arus kemajuan ini, banyak perubahan telah dilakukan

supaya bidang pertanian bergerak seiring dengan kepantasan arus

pembangunan kini. Sebagai contohnya, dahulu hasil padi hanya boleh dituai 2

kali setahun. Kini dengan teknologi yang ada, pencintaan genetik padi yang lebih

singkat tempoh matangnya menjadikan padi boleh dituai 5 kali dalam 2 tahun. Ia

seiring dengan permintaan yang meningkat. Begitu juga dengan produk-produk

lain, seperti varieti-varieti tanaman lain telah dipelbagaikan. Ia bertujuan untuk

memberikan pulangan yang paling maksima kepada petani. Sebagai contoh,

37

Page 38: Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan

tanaman tomato. Varieti tomato untuk dimakan segar berbeza dengan varieti

tomato untuk diproses dijadikan sos. Tomato untuk dijadikan sos lebih besar

serta lebih merah buahnya. Inovasi dalam penciptaan benih varieti ini adalah

bertujuan untuk memberi pulangan yang paling maksima kepada petani. Dengan

ini, akan lebih ramai orang ingin menjadi petani. Masalah kekurangan tanah juga

boleh dielakkan. Kaedah tanaman secara hidroponik salah satunya dicipta untuk

mengatasi masalah ini. Banyak lagi inovasi yang telah berlaku terhadap bidang

pertanian. Kita seharusnya bersyukur dengan kemajuan yang telah dikecapi kini.

Kini kita hanya perlu menjaga apa yang sepatutnya perlu dijaga. Kawal apa yang

perlu supaya generasi akan datang masih boleh menikmati apa yang kita nikmati

kini serta mereka boleh mencipta sesuatu yang lebih baik dari hari ini.

38