3
Konsep, Definisi, Pengertian Pendidikan Khas Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini mengunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk mengunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982) Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980) Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu. Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendir, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesananya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tingi dan kejayan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan mengunakan kurikulum khas. Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Intro- Pendidikan Khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengenalan pendidikan khas

Citation preview

Page 1: Intro- Pendidikan Khas

Konsep, Definisi, Pengertian Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini mengunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk mengunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982) Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu.

Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendir, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesananya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tingi dan kejayan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan mengunakan kurikulum khas.

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 2: Intro- Pendidikan Khas

Visi, Misi, Matlamat Pendidikan Khas

VISI PENDIDIKAN KHAS

Quality Education Generates Excellence Among Students with Special Educational Needs in line with the National Education System.

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:

Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik; Perkembangan potensi diri ke tahap optimum; Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran; Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial, dan jasmani dalam kanak-kanak luar biasa. Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja

berguna dalam masyarakat. Mencegah sesuatu ketidak bolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan

perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh

masyarakat.

Program Pendidikan Khas

1. Sekolah Khas2. Program Pendidikan Khas Integrasi (Pengasingan @ Inklusif)3. Pemulihan Khas4. Program Disleksia5. Pendidikan Vokasional Sekolah Khas/Integrasi

Page 3: Intro- Pendidikan Khas

Akta Pendidikan Khas 1996 , Akta Pendidikan Khas

Akta Pendidikan

Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984 Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan ‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘Deklarasi Dunia Tentang PendIdikan Untuk Semua’ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan Khas

Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:

40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat

41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:

1. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan

keperluan murid yang menerima pendidikan khas

2. Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan

khas

3. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.

Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.