72
Isu Rasuah Di Malaysia Definisi Rasuah Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang , hadiah , keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak Lah RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020. Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil. Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi. Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan. Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM

Isu Rasuah Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Isu Rasuah Di Malaysia

Isu Rasuah Di Malaysia

Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah Menawar/Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak Lah

RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020.

Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.

Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi.

Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.

Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.

Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi

Page 2: Isu Rasuah Di Malaysia

memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat. Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang-undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara.

Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi: Najib

Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan rasuah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi.

Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.

Beliau berkata, Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya.

Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.

Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya.

Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi.

Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era BaruOleh Abdul Rahman [email protected]

CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.

Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.

Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.

Page 3: Isu Rasuah Di Malaysia

Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak seburuk di sesetengah negara membangun lain.

Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.

Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis – yang baik dan jahat. Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.

Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti.

Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kemakmuran negara dan rakyat.

Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta Perlindungan Saksi.

Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004.

Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.

Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia.

Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama Oleh Abdul Rahman Sulaiman

Page 4: Isu Rasuah Di Malaysia

[email protected] : Mingguan Malaysia

Pandangan Islam Mengenai Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Page 5: Isu Rasuah Di Malaysia

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Kesan-Kesan Rasuah

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.Langkah-Langkah Mencegah Rasuah

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JatidiriKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem PendidikanBenci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICTProsedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak

Page 6: Isu Rasuah Di Malaysia

membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Sumber :http://www.islam.gov.my

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA - CAHAYA OKTOBERPIN<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Oleh: Norhafifi Yahya

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.  Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.

(al-Baqarah : 188)

Page 7: Isu Rasuah Di Malaysia

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAHBudaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan

mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAHAntara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Page 8: Isu Rasuah Di Malaysia

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAHAntara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Page 9: Isu Rasuah Di Malaysia

Karangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar

Page 10: Isu Rasuah Di Malaysia

hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.

RASUAH

Dalam usaha menuju era modenisasi, negara kita terpaksa berhadapan dengan suatu penyakit sosial yang sungguh berbahaya sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, yakni gejala rasuah. Rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima sogokan kebendaan untuk mencapai matlamat tertentu. Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan situasi. Misalnya, rasuah dalam politik, sukan, mendapat sesuatu projek, mengelakkan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa, dan seumpamanya.

Gejala ini kian serius di Malaysia. Saban hari, kemelut rasuah sering kali lihat di kaca televisyen dan juga di dada akhbar. Jika dibiarkan berleluasa, masalah ini boleh menghancurkan kemantapan ekonomi dan memburukkan imej negara. Pada umumnya, amalan rasuah ini merupakan suatu perbuatan jahil, jahat dan menyalahi undang-undang negara. Mengapakah amalan rasuah ini masih berlaku? Siapakah yang harus dipersalah?

Sebenarnya, sikap manusia yang ingin mengejar kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan berlakunya gejala tumbuk rasuah ini. Masyarakat semakin bersikap individualistik dan materialistik. Maka, mereka boleh menggunakan apa-apa cara sahaja untuk mencari wang termasuklah rasuah. Sikap mereka sendiri yang tamak dan tidak bertanggungjawab sanggup menerima sogokan yang diberi tanpa berfikir panjang. Sikap jujur dan amanah sudah ditepikan. Pada zaman ini, kita sering melihat berita rasuah yang menghiasi dada akhbar. Bekas Presiden Indonesia, Suharto telah banyak merasuahi pihak-pihak lain untuk membolot khazanah dan kekayaan Indonesia. Perbuatan pemimpin tersebut telah membawa penderitaan kepada rakyatnya. Manifestasinya,keinginan menjadi kaya merupakan faktor perdana kepada berlakunya gejala rasuah.

Sejak belakangan ini, kita banyak mendengar berita tentang skandal rasuah dalam sukan. Atlik-atlik sukan negara kita memberikan rasuah kepada atlik-atlik negara lain agar keputusan sesuatu pertandingan sukan dapat ditukarkan. Pasukan bola sepak negara kita turut disyaki terlibat dalam rasuah apabila kandas dalam perlawanan

Page 11: Isu Rasuah Di Malaysia

dengan pasukan Indonesia. Biasanya, rasuah boleh berlaku apabila seseorang mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu yang diingini.

Selain itu, sesetengah pihak juga memberikan rasuah untuk mengelakkan diri daripada sesuatu hukuman. Lazimnya, kita boleh mendengar laporan tentang pihak polis yang menerima rasuah. Amalan ini biasanya berlaku apabila rakyat menyogok pihak polis dengan wang tunai apabila ditangkap kerana melakukan kesalahan, misalnya pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya. Statistik menunjukkan bahawa kes rasuah yang dilaporkan kebanyakannya melibatkan kesalahan undang-undang jalan raya. Oleh sebab kesedaran sivik yang masih rendah dalam kalangan rakyat, maka kebanyakan mereka akan melakukan amalan rasuah tanpa memikirkannya akibatnya.

Seterusnya, kurang didikan agama juga menyebabkan gejala rasuah ini semakin kritikal dan kronik di negara kita. Kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rasuah telah kehilangan pedoman hidup dalam marcapada yang penuh dengan kejahatan. Mereka bagaikan ‘perahu yang patah pendayung di tengah lautan’ kerana senang diperdaya oleh orang lain dan tidak mempunyai matlamat tertentu. Tambahan pula, benteng ketahanan diri mereka juga mudah dibolosi. Jadi, tidak hairanlah mereka sanggup menerima sogokan wang walaupun mereka tahu perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara dan norma hidup masyarakat. Faktor ini sedikit sebanyak juga diakibatkan oleh undang-undang yang luwes. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan gentar melakukan amalan rasuah jika undang-undang terlalu longgar dan mereka dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan senang sahaja.

Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung, banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan negara kita telah diragui. Adakah semua kejayaan ini juga diperoleh melalui rasuah? Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.

Selain itu,rasuah juga boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah negara. Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Gelap. Maka, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara kita sekiranya rakyat tidak mengikis amalan rasuah. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat. Begitu juga, banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

Page 12: Isu Rasuah Di Malaysia

Seterusnya, rasuah juga mewujudkan ketidakstabilan sosial. Rasuah amat bertentangan dengan alam. Misalnya, hanya mereka yang sanggup melakukan rasuah sahaja akan mendapatkan projek yang ditawarkan walaupun mereka tidak berkelayakan menjalankan sesuatu kerja dengan baik. Ini bermakna, hasil daripada perbuatan rasuah, golongan yang kaya aka terus kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas. Umpamanya, banyak projek kerajaan di negara ini dimonopoli oleh golongan tertentu yang mempunyai kaitan persaudaraan atau hubungan intim dengan pihak tertentu, walhal kerja yang dihasilkan tidak berkualiti atau mengikut piawai yang ditetapkan. Masalah jenayah juga kian meningkat ekoran amalan rasuah. Hal ini demikian kerana penjenayah boleh melepaskan diri daripada tindakan undang-undang dengan mudah melalui rasuah. Masalah rasuah juga boleh menyebabkan keselamatan negara terjejas. Misalnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini ada kaitan dengan unsur rasuah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, kes jenayah, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pendatang semakin meningkat, sekali gus menggugat keamanan negara.

Rasuah juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Kekacauan politik berlaku kerana amalan rasuah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya negara kita. Institusi kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak-peranda dan huru-hara, akhirnya rakyat akan menderita. Kesannya, pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka untuk melabur di negara kita. Kekurangan modal seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan tergendala dan syarikat-syarikat akan muflis jika kita tidak mengatasi kemelut sosial ini dengan cepat. Rasuah menjadi musuh utama negara kerana boleh menghilangkan semangat kerja seseorang dan menindas mereka yang bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Produktiviti pekerja yang rendah akan memburukkan ekonomi negara.

Langkah-langkah untuk menbendung gejala rasuah ini ialah kerajaan perlu memperketat undang-undang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini masih kurang mampu untuk menghadapi masalah rasuah kerana hukuman ke atas penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka. Kerajaan harus menggubalkan undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman berat, seperti melanjutkan tempoh hukuman penjara, mengenakan hukuman rotan atau merampas harta benda yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam rasuah atau melesapkan sumber kewangan syarikat. Tindakan yang berat nescaya akan menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak melibatkan diri daripada perbuatan maksiat ini. Usaha kerajaan melaksanakan Lempen Kepimpinan Melalui Teladan bertujuan memupuk sikap bersih, cekap dan amanah serta menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pegawai kerajaan dan rakyat jelata merupakan strategi yang positif ke arah menghapuskan jenayah rasuah. Atas dasar ini, pihak berkuasa telah melarang pegawai kerajaan menerima sebarang hadiah daripada orang ramai. Selain itu, setiap pegawai kerajaan juga diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka untuk memastikan kekayaan mereka selaras dengan pendapatan yang diterima.

Langkah seterusya ialah menerapkan pendidikan moral dan agama. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi memiliki nilai-nilai rohaniah yang tinggi. Institusi keagamaan kekeluargaan juga menyamai nilai-nilai moral dan akhlak serta kepercayaan keagamaan kepada setiap anggota masyarakat, terutama kanak-kanak dan golongan belia. Hanya melalui asas pendidikan agama yang kuat sahaja dapat membantu membanteras amalan rasuah ini. Penyelewengan dan pecah amanah tidak mungkin berlaku selagi seseorang itu mematuhi undang-undang negara dan mempunyai keimanan yang kuat.

Page 13: Isu Rasuah Di Malaysia

Selain itu, pihak-pihak berkuasa perlu memperhebat penyiasatan tentang kes rasuah juga merupakan langkah efektif untuk mengurangkan amalan rasuah ini terus serius di negara kita. Badan Pencegah Rasuah (BRP) perlu memperhebat penyiasatan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah, pecah amanah atau penipuan wang. Polis Diraja Malaysia juga mesti mengambil lebih ramai pegawai yang berkebolehan dan benar-benar jujur untuk menjalankan penyiasatan. Pegawai-pegawai Polis Cawangan Khas boleh ditugaskan untuk membanteras jenayah rasuah. Pembentukan Jawatankuasa Mengenai Penyelewengan dan Penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran awam merupakan langkah positif kerana badan ini badan tertinggi yang bebas daripada cengkaman politik.

Kerjasama orang ramai merupakan langkah terakhir dalam mengatasi amalan rasuah ini. Tindakan yang berkesan hanyalah melalui tindakan bersepadu iaitu melibatkan badan-badan, jabatan-jabatan lain serta penglibatan anggota masyarakat keseluruhannya. Kerjasama segenap lapisan masyarakat mustahak untuk mengurangkan jenayah rasuah. Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang segera ke atas mereka yang terlibat. Orang ramai juga mesti berani tampil ke hadapan untuk memberi bukti yang cukup kepada pihak polis supaya masalah rasuah dapat dibendung.

Kesimpulan, rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang sukar diubati. Gejala ini telah semakin menghimpit masyarakat kita. Maka, kita perlu berganding bahu dan mengorak langkah untuk memerangi ‘jenayah kolar putih’ ini sehingga ke akar umbi. Kerajaan perlu mengaturkan strategi yang lebih efisien dan efektif untuk membendung masalah sosial ini supaya negara kita bebas daripada amalan rasuah dan menjadi masyarakat sakinah yang beretika. Gejala rasuah merupakan perbuatan terkutuk kerana gejala ini boleh mengundang banyak masalah kepada negara. Marilah kita bersama-sama memerangi amalan rasuah agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan.

Ditulis oleh,LIM LAY YONG 206645

CONTOH ESEI:GEJALA RASUAH Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.

Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.

Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya

Page 14: Isu Rasuah Di Malaysia

membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.

Punca penglibatan

Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk melakukan jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya iman dan bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi sanggup melakukannya dengan seribu satu alasan peribadi.. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

Selain itu, rasuah ini disebabkan daripada kelemahan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai pemimpin yang tegas, telus dan adil dalam menjalankankan segala operasi organisasinya. Ini bagi memastikan organisasi dapat menghindari masalah dalaman yang berpunca dari pucuk pimpinan itu sendiri. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lambat dalam menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya gejala rasuah ini

Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata masyarakat.

Disamping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara penyebab utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan menyebabkan masyarakat memandang mudah terhadap masalah rasuah ini. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Contohnya adalah kontraktor- kontraktor sanggup melakukan jenayah rasuah ini bagi mendapatkan tender sesuatu projek.

Kesan penyalahgunaan rasuah

Page 15: Isu Rasuah Di Malaysia

Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja terhadap individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan lebih parah apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia boleh menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.

Langkah_langkah mengatasi

Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di negara ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk menghindarkan diri dari melakukan rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam didikan agama dan moral tentang keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi akan datang.

Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit sosial yang telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini dilihat semakin menjadi-jadi dinegara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam membanteras masalah ini supaya dapat memupuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Akhirnya, kita dapat membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH DAN KESAN BURUK PERBUATAN TERSEBUT Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi

keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan

sebagai “sidepno-shito” yang bermaksud ‘wang dari bawah meja’. Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah

kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini,

Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan

rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak

dibendung dengan segera. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang individu mudah terlibat

dengan rasuah.

Page 16: Isu Rasuah Di Malaysia

Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang

mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk

melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit,

kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard

Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’. Ada kalanya penerima rasuah dianggap

sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah

menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah

dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong.

Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan

tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah

individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia

ataupun pada hari akhirat.

Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang secara tidak langsung memberi

peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini

berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku,

sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang

terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan

pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini

akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.

Di samping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Malah, amalan rasuah jika tidak dicegah akan

terus merebak dan membawa banyak kesan negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara. Individu yang

terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan

dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini

akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan

buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar

perbuatan rasuah tidak menjadi ‘barah’ dalam masyarakat.

Page 17: Isu Rasuah Di Malaysia

Sebenarnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan

akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Seluruh masyarakat, bangsa

dan negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia

seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang serong oleh negara

lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu

agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam daging

hendaklah dibanteras sejak awal lagi.

Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota

masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting

bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam mengharamkan

umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah.

Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah dan harga diri!

Punca-punca dan kesan-kesan gejala rasuah.

Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap organisasi

kemasyarakatan yang rumit mulai wujud.  Gejala rasuah telah membelenggu manusia sejak beribu tahun

lamanya.  Kegiatan rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan.

Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu

contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan tingkah laku para pegawai

pemerintah.  Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan

pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah negara.  Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah,

Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan

kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan  pemerintahan

negara tersebut.

            Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan Melaka lagi. 

Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari sogokan wang dan

hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai tertentu yang bertugas di Istana Sultan

Melaka.  Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga pemerintahan orang-orang British di Tanah Melayu

dan dibuktikan bilamana pentadbiran British ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah

Page 18: Isu Rasuah Di Malaysia

dalam tahun 1871 di mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan sebagainya sebagai rasuah

telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam kanun kesiksaan, 1871.  Kemudian

budaya rasuah ini terus menular dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.

            Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”.  Dalam Al-Quran, perkataan

rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak,

memeras ugut, dan menipu. Terdapat banyak definisi rasuah yang telah diutarakan oleh para sarjana. 

Namun setelah diteliti, hampir setiap definisi tersebut mempunyai dua unsur iaitu penyalahgunaan

kekuasaan yang melampaui batas kewajaran hukum oleh para pejabat atau apatur negara dan

mengutamakan kepentingan peribadi atau klien diatas kepentingan publik oleh para pejabat atau apatur

negara yang bersangkutan.

            Menurut Syed Hussein Alatas (1995) inti rasuah adalah penyalahgunaan kepercayaan  untuk

kepentingan peribadi.  Beliau telah menyenaraikan ciri-ciri rasuah yang telah diringkaskan seperti suatu

pengkhianatan terhadap kepercayaan, penipuan terhadap badan pemerintah, lembaga swasta atau

masyarakat umumnya, dengan sengaja melalaikan kepentingan umum untuk kepentingan khusus,

dilakukan dengan rahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang-orang yang berkuasa atau bawahannya

menganggapnya tidak perlu, melibatkan lebih dari satu orang atau pihak, adanya kewajipan dan

keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau yang lain, terpusatnya kegiatan (rasuah) pada mereka

yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat mempengaruhinya, adanya usaha

untuk menutup perbuatan rasuah dalam bentuk-bentuk pengesahan hukum dan menunjukkan fungsi

ganda yang kontradiktif pada mereka yang melakukan rasuah.[1]

            Dari jenis taipologi, rasuah dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu rasuah transtaktif, rasuah

yang memeras, rasuah invesif, rasuah perkerabatan, rasuah defensive, rasuah autogenic, dan rasuah

dukungan.  Jenis-jenis rasuah ini dikategorikan mengikut kelakuan rasuah tersebut.

Page 19: Isu Rasuah Di Malaysia

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA RASUAH

Rasuah yang telah melanda segenap sistem yang ada pada waktu lepas adalah berpunca daripada

Perang Dunia Kedua.  Hal ini telah dibuktikan dengan Laporan Jawatankuasa Santhanam seperti di India,

menurut jawatankuasa tersebut peperangan yang berlaku dengan begitu meluas telah memberi peluang

untuk gejala rasuah berlaku.  Manakala di Tanah Melayu pendudukan Jepun telah menyebabkan

timbulnya rasuah yang membengkak secara mendadak.  Kelangkaan barang dan bahan makanan, inflasi

yang menggila, dan lemahnya pengawasan pemerintah telah menjadikan rasuah sebagai senjata yang

ampuh untuk menutup kurangnya pendapatan.  Disini jelas menujukkan bahawa situasi perang

melahirkan banyak masalah rasuah.[1]

Selain itu, faktor lain yang menyumbang terus berlangsungnya rasuah adalah pemerintahan

kolonial.  Rasuah tidak hanya ada dalam pemerintahan kolonial tetapi juga terus berkembang sebagai

satu pengaruh yang tidak langsung yang menghasut kaum nasionalis untuk melawan pemerintah. 

Sebagai contoh, di India, semasa penjajahan Inggeris, perbuatan menipu pemerintah umumnya dianggap

sebagai perbuatan yang patriotik.  Begitu juga dengan perbuatan mencuri bola lampu  serta

perlengkapan lain dalam gerabak kereta api, melindungi para pelanggar undang-undang dari tangkapan

polis, penghindaran cukai, dan lain-lain yang dianggap sebagai perbuatan yang bertujuan agar

pemerintah kolonial tidak merampas wang rakyat India.   Namun setelah kemerdekaan pada tahun 1947,

kebiasaan bersikap tidak jujur terhadap pemerintah terus berlanjut begitu juga dengan gejala rasuah.

Punca rasuah seterusnya ialah keadaan perang yang disusuli dengan penyerahan kuasa kepada

kelompok baru yang memerintah secara tiba-tiba telah mewujudkan banyak peluang rasuah yang

sebelumnya tidak ada.  Watak para pemimpin yang menentukan kepada situasi seperti ini.  Jika mereka

melakukan rasuah atau membiarkan berlakunya rasuah, maka anasir-anasir rasuah akan mengukuhkan

kedudukan mereka.  Di negara-negara Asia yang baru sahaja merdeka, para pemimpinnya telah

mengamalkan rasuah atau membiarkan terjadinya rasuah contohnya di India, Nehru seringkali

dipersalahkan kerana sikapnya yang membiarkan rasuah terjadi seperti kes rasuah yang menyangkut

teman baiknya, Krishna Menon yang melakukan banyak pelanggaran dalam kes yang disebut sebagai

skandal jeep ketika dia menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi India di London.[2] 

Page 20: Isu Rasuah Di Malaysia

 Punca berlakunya rasuah juga ialah daripada bertumbuhnya jumlah pegawai negeri dengan

cepat, dengan akibat gaji mereka menjadi sangat kurang atau sedikit.  Keadaan ini seterusnya menuntut

mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan menampung keperluan hidup.  Keadaan semakin

bertambah runcing apabila pengarah melakukan rasuah semasa perang, bertambahnya jumlah pegawai

awam dengan cepat, bertambah luasnya kekuasaan dan kesempatan birokrasi, ditambah pula dengan

lemahnya pengawasan pemerintah, dan pengaruh-pengaruh parti politik yang menyediakan peluang

yang sangat besar untuk berlakunya rasuah. 

Terdapat juga punca lain berlakunya rasuah selain daripada disebabkan oleh  peperangan iaitu

institusi hadiah dan kewajipan menyantuni keluarga.  Menurut kajian sarjana, orang Asia tidak tahu

perbezaan antara kewajiban kemasyarakatan dan kewajiban perseorangan, dan seringkali juga

perbezaan antara sumber milik pemerintah dan juga sumber milik peribadi.  Hal ini kerana fikiran naif

orang Asia yang tidak membezakan antara kewajiban kemasyarakatan dan kewajiban peribadi ini, maka

terjadilah rasuah dan mereka tidak mengira yang mereka melakukan sesuatu yang salah sehinggalah

beberapa orang eropah mengatakan perbuatan tersebut adalah salah.  Sebagai contoh, seorang wanita

penjual makanan di sebuah warung, anaknya datang dan ibunya memberinya makanan. Ini adalah

pemberian keibuan dan pembayaran bukannya yang diharapkan tetapi yang diharapkan ialah cinta kasih

anak.  Lalu datang pula seorang Inspektor keselamatan dan wanita itu memberinya makanan serta

menolak bayaran daripada Inspektor tersebut, ini adalah satu suapan.  Pemberian makanan tersebut

bukanlah suapan jika tidak ada harapan bahawa Inspektor itu akan menggunakan jabatannya untuk

melindungi kepentingannya.  Tetapi jika Inspektor itu tidak mempunyai wang lalu wanita tersebut

memberinya makanan, perbuatan tersebut adalah dermawan.  Dorongan psikologis yang menentukan

pertukaran tersebut.  Dengan adanya pelbagai bentuk perilaku dan pola-pola motivasi tidak

membenarkan kita untuk menarik kesimpulan bahawa suatu bentuk bersumber dari bentuk yang lain.[3] 

Punca peribadi juga adalah sebagai satu penyebab dan penanggungjawab daripada mereka

yang menganggap situasi eksternal, iaitu struktur sosial, sebagai sesuatu yang menentukan dalam

masalah rasuah.  Bagi memudahkan penghuraian, istilah “individual” dan “sosial” akan digunakan.  Istilah

individual yang dimaksudkan ialah penjelasan tentang rasuah yang pada akhirnya mengecilkan gejala itu

Page 21: Isu Rasuah Di Malaysia

sebagai keperibadian perseorangan.  Sedang yang dimaksud dengan sosial ialah penjelasan untuk

mencari penyebab rasuah di luar keperibadian seseorang.  Institusi budaya, kemiskinan, penderitaan luar

biasa, perubahan politik besar-besaran, peperangan, sistem hukuman yang tidak sempurna adalah

pengaruh yang berasal dari luar diri individu ini dianggap sebagai sebab-sebab rasuah yang

menentukan.  Apabila ada sesuatu yang menciptakan hambatan dalam tatapemerintahan pada sektor-

sektor yang berhubungan dengan khalayak ramai, hal itu akan menjadi sumber kepada berlakunya gejala

rasuah.[4]

Punca-punca lain berlakunya rasuah ialah modenisasi.  Huntington mengatakan bahawa

modenisasi membawa perubahan norma.  Penyataan ini hanya berlaku bagi dunia bukan Barat,

sedangkan di Barat, modenisasi membawa perkembangan sumber-sumber kekayaan dan kekuasaan

baru serta menampilkan kelas-kelas baru dengan tuntutan-tuntutan baru.  Dalam masyarakat Barat,

Huntington melihat terjadinya rasuah yang meluas sebagai akibat industrialisasi, yang membuka peluang

kepada orang untuk mencari kekayaan lebih banyak.  Modenisasi membantu pengaruh rasuah kerana ia

menciptakan sumber kekayaan baru dan kelas-kelas baru yang mencita-citakan kekuasaan dengan

menggunakan sarana rasuah dan ia menciptakan perluasan kegiatan-kegiatan pemerintahan.[5]

Dikatakan oleh seorang sarjana bahawa penyelewengan yang melanda di pelbagai negara yang

sedang membangun itu adalah kerana tidak cukupnya gaji pegawai negeri. Hal ini kerana disebabkan

oleh adanya rasuah dan perencanaan yang buruk. Syed Hussein Alatas telah diberitahu oleh oleh

Laksamana Sudomo pada waktu beliau berkunjung ke  Jakarta pada Ogos 1982, bahawa pemerintah

Indonesia akan mempunyai wang yang cukup untuk menggaji pegawai negerinya jika cukai dibayar

secara jujur. Hal ini kerana rasuahlah yang telah menggurangkan sumber-sumber pendapatan

pemerintah.  Walaupun pembaikkan struktur cukai atau peraturan pentadbiran telah dilakukan, namun

ianya tidak akan mengubah  masalah selagi mana orang-orang yang terlibat didalamnya tetap melakukan

rasuah.[6]

Ada juga sarjana yang mengatakan bahawa peperangan, pembukaan tanah baru secara besar-

besaran dan situasi-situasi lain yang memberi peluang besar bagi rasuah dan juga sebagai penyebab

meledaknya rasuah tetapi tidak menjelaskan kelangsungan dan kekukuhan rasuah yang berlaku pada

Page 22: Isu Rasuah Di Malaysia

waktu-waktu lepas tersebut.  Rasuah yang berlaku di Indonesia dewasa ini tidak dapat dijelaskan dengan

hal-hal yang ada di masa peperangan sementara dua  generasi ini telah terbiasa dengan cara-cara

rasuah.  Hal yang sama juga berlaku di negara-negara yang sedang membangun yang mengalami

peperangan.  Sebaliknya, setelah peperangan berakhir, rasuah diketahui mereda tetapi bermaharaja

kembali sesudah mencapai kemerdekaan.  Hal yang demikian juga berlaku di Malaysia. Walaupun

memang benar bahawa mereka yang berkuasa pada awal kemerdekaan menjadi kecanduan rasuah dari

masa berlangsungnya peperangan, tetapi perang itu adalah situasi sementara yang telah melahirkan

rasuah yang meluas pada waktu seterusnya.  Kelangsungan dan meluasnya rasuah adalah disebabkan

dari faktor-faktor lain yang tidak timbul dari peperangan sahaja.

Punca seterusnya ialah faktor kelemahan individu.  Punca asas seseorang melakukan rasuah

adalah kerana kurangnya iman dan ketaqwaannya terhadap Tuhan.  Walaupun diketahuinya rasuah itu

salah tetapi tetap melakukannya dengan alasan-alasan tersendiri dan selagi manusia lain tidak tahu. 

Selain dari itu, faktor-faktor seperti suka menyenggara hidup melebihi pendapatan, suka hidup mewah,

tamak haloba, ingin cepat kaya, suka berjudi, dan berhutang menyebabkan seseorang itu terjerumus ke

lembah rasuah.[7] 

 Rasuah juga berlaku disebabkan dari faktor kelemahan kepimpinan dan pentadbiran. 

Kelemahan yang lemah hingga menyebabkan kurang atau tiada penyeliaan serta pengawasan pihak

atasan boleh menyebabkan rasuah berlaku.  Hasil pemerhatian dan kajian Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah (SPR) ke atas kes-kes yang telah disiasat tetapi tidak dapat dibawa ke mahkamah, menunjukkan

bahawa antara faktor-faktor berlakunya rasuah dalam perkhidmatan awam berpunca dari kurangnya

pengawasan oleh pegawai atasan.  Di samping itu terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam sistem

atau prosedur kerja yang membuka peluang serta memberi laluan kepada pegawai-pegawai melakukan

rasuah dan penyelewengan.

Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor sosial dan kebudayaan.  Setiap kaum di

negara Malaysia mempunyai budaya hidup dan tradisi masing-masing berhubung dengan pemberian

wang atau hadiah.  Kaum cina suka memberi angpau, manakal tradisi orang-orang Melayu pula suka

memberi buah tangan dan bersedekah, walaubagaimanapun pemberian-pemberian ini di buat di masa-

Page 23: Isu Rasuah Di Malaysia

masa tertentu di luar masa atau keadaan yang sepatutnya ia diberikan.  Ianya bertujuan untuk mengaburi

mata orang ramai agar tidak disebut rasuah. Dalam proses menerima dan memberi wang atau hadiah ini

diwujudkan suasana termakan budi yang mengakibatkan “social obligation” dan keadaan ini

mempercepatkan merebaknya amalan rasuah.[8]

Rasuah juga semakin menular disebabkan dari faktor pembangunan sosio-ekonomi dan

modenisasi.  Walaupun tidak ada kajian untuk menunjukkan nisbah yang mengaitkan pertalian antara

kadar amalan rasuah dengan kadar kepesatan pembangunan sosioekonomi, tetapi kita dapat perhatikan

bahawa kadar rasuah meningkat dengan meningkatnya proses pembangunan dan modenisasi dalam

negara.  Secara logiknya, ini adalah kerana dalam proses pembangunan dan permodenan, banyak

rancangan-rancangan pembangunan dijalankan dan dengan demikian pengaliran wang turut bartambah.

Orang-orang tertentu yang terlibat dengan projek tersebut mengambil kesempatan mengaut keuntungan

untuk poket sendiri.  Selain dari itu, tekanan untuk hidup berlumba-lumba dan mendapatkan faedah-

faedah daripada rancangan-rancangan pembangunan tadi akan berlumba-lumba inilah yang akan

mendorong mereka untuk sedaya upaya cuba mendapatkan tempat untuk memenangi hati pegawai-

pegawai kerajaan yang mempunyai urusan dengan kepentingan mereka.  Oleh itu, jalan yang paling

senang untuk memikat hati pegawai-pegawai tersebut ialah dengan memberi sogokan agar sesuatu

urusan itu cepat diberi pertimbangkan dan diambil tindakan.[9]

Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor politik.  Dalam konteks ini, perbuatan pilih

kasih (nepotisme) serta salahguna kuasa dan jawatan berlaku demi kepentingan dan faedah untuk diri

sendiri.  Kelemahan pengawasan semakin memudahkan gejala salahguna kuasa ini berlaku.  Pemerintah

pula seakan-akan membiarkan sahaja apa yang berlaku kerana gejala rasuah tersebut mengukuhkan

kedudukannya.  Perbuatan pilih kasih ini juga bersangkkutan dengan pemilihan pekerja-pekerja, iaitu ahli

keluarga dan kaum diutamakan berbanding yang lebih layak atau yang sepatutnya diberi kerja kerana

tiada pertalian terutamanya dalam sektor awam.  Keadaan ini dapat dilihat sendiri dalam sesuatu jabatan

itu yang dipenuhi dengan asal usul yang sama.[10]

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh saya ialah kebanyakkan sarjana-sarjana memberikan punca-

punca berlakunya rasuah lebih kurang sama jenisnya dan hanya berbeza pada huraiannya.  Punca-

Page 24: Isu Rasuah Di Malaysia

punca yang diberikan oleh mereka jika diteliti dengan jelas kebanyakkannya berkait rapat dan berpunca

daripada pucuk kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negara.

KESAN-KESAN GEJALA RASUAH

Hasil kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akademik seperti Gunner Mydral, Colin Leys, James Scott,

David H.narey dan lain-lain menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kesan-kesan bukan sahaja negatif

tetapi mempunyai kesan positif jika dinilai dari segi fungsi rasuah.  Walaubagaimanapun, ianya

bergantung kepada sistem nilai dan norma masyarakat berkenaan.  Walau apapun tanggapan individu

dalam menilai kesan-kesan rasuah, namun hakikatnya rasuah melahirkan lebih banyak keburukan dan

kebinasaan.  Umpamanya walaupun pemberi rasuah boleh mempercepatkan proses kerja jika dinilai dari

segi fungsi positif rasuah sebagai “catalyst”, namun disebaliknya berlaku keburukan yang mana ia

mengajar seseorang itu malas bekerja, kurang inisiatif, tidak amanah serta ketidakadilan sosial berlaku.

Kesan pertama ialah kesan terhadap pelaku rasuah.  Kesan yang paling cepat dirasakan adalah

keatas individu-individu yang terlibat dengan rasuah itu sendiri.  Mereka akan kehilangan pekerjaan dan

kepercayaan masyarakat terhadapnya.  Terdapat satu kes di mana SPRM telah menangkap seorang

awam yang telah melakukan rasuah.  Beliau telah didapati bersalah dan menerima hukuman penjara.

Lanjutan peristiwa itu, isteri dan empat orang anaknya masih kecil datang ke pejabat SPRM bagi

menyara hidup keluarganya.  Pesalah serta keluarganya juga mengalami gangguan emosi dan psikologi. 

Kajian yang telah dijalankan oleh SPRM keatas orang-orang yang pernah ditangkap dan dihukum kerana

rasuah mendapati bahawa pesalah-pesalah rasuah telah mengalami tekanan jiwa, malu, terhina, menjadi

sensitif, kebebasan tergugat serta pergaulan sosial yang terhad. Satu lagi kesan yang dirasai ialah

bilamana mengalami kerugian wang yang banyak kerana terpaksa membayar khidmat peguambela

sehingga ada yang terpaksa bergadai harta benda.[11]

Rasuah juga telah menyebabkan  tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan

saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia akan mewujudkan golongan

masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya.  Tumpuan pembangunan dan pelaburan

berpusu ke sektor tertentu sahaja.  Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini mempunyai

Page 25: Isu Rasuah Di Malaysia

permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi kerana rasuah.  Maka berlakulah pertumbuhan ekonomi

yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia tidak

diperkembangkan.[12]

Selain itu, rasuah juga akan menjauhkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya. 

Lazimnya golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk mempengaruhi

keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan, lalu membolehkan mereka memperoleh lebih

banyak peluang yang ditawarkan oleh kerajaan, walaupun kadangkala mereka tidak berhak

mendapatkannya.  Rasuah kepada mereka merupakan satu jambatan untuk mengaut lebih banyak

keistimewaan dan menambahkan kekayaan.  Keadaan ini akan menimbulkan ketidakadilan sosial yang

akhirnya akan menjejaskan integrasi nasional.

Seterusnya, rasuah turut menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.  Apabila amalan rasuah

berlaku dalam dunia perniagaan, peniaga-peniaga biasanya akan memindahkan kos memberi rasuah

kepada para pengguna dengan cara menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana ianya dianggap

sebagi kos modal.[13]

Rasuah juga turut menyebabkan pengaliran wang keluar negara (capital outflow).  Mengumpul

dan menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima rasuah,

kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan merampasnya.  Oleh yang demikian, wang rasuah

(yang merupakan wang negara) di simpan di bank-bank luar negara.  Ini bermakna negara akan

kehilangan pertukaran wang asing dan modal.  Hal inilah yang telah berlaku di Amerika Selatan pada

tahun 1954-1959 di mana tiga diktaktor Amerika selatan iaitu Peron, Parez Jimenez dan Batista) telah

memindahkan US 1.5 billion dollar wang negara mereka ke negara lain.[14]

Selain daripada itu juga, gejala rasuah yang berleluasa turut mengancam keselamatan negara

dan rakyat.  Kontraktor-kontraktor yang memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan akan

menyebabkan mereka menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang kurang bermutu dan tidak menepati

spesifikasi demi mencapai target keuntungan yang diharapkan.  Bayangkanlah, apa yang akan terjadi

kepada rakyat jelata yang menyeberangi sebuah jambatan yang dibina tidak mengikut spesifikasi atau

Page 26: Isu Rasuah Di Malaysia

menghuni rumah-rumah yang dibuat tidak mengikut mutu yang ditetapkan.  Juga, tidak mustahil

sekiranya dadah dan senjata api dapat menembusi kubu pertahanan keselamatan sekiranya berlaku

suapan di pintu masuk negara.

Rasuah juga antara lainnya dapat mencetuskan pergolakkan sosial dan rusuhan.  Walaupun

negara kita belum lagi mengalami tindakan ganas dari rakyat kerana kepimpinan yang dilanda rasuah,

namun contoh-contoh dari pergolakkan sosial dan rusuhan lain yang berlaku di beberapa negara lain

boleh dijadikan contoh.  Apabila rakyat merasa kecewa dan perasaan benci meluap-luap kerana ditindas,

ditipu, kecurangan dan ketidakadilan dilakukan oleh golongan pemerintah, maka kebangkitan rakyat tidak

dapat dielakkan.[15] 

Kesan rasuah juga dapat menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran.  Apabila seseorang

pekerja itu telah biasa disogokkan supaya mempercepatkan sesuatu kerja, maka ia akan dengan sengaja

melambat-lambatkan pengendalian tugas-tugasnya kerana megharapkan untuk memperoleh lagi “speed

money”.  Lebih banyak sogokan, lebih istimewa pula layanan serta tumpuan yang diberikan.  Keadaan ini

sudah tentu menjejaskan moral, etika perkhidmatan, kecekapan dan prestasi kerja dalam sesebuah

jabatan.  Akhirnya juga akan menjejaskan keseluruhan imej dan keutuhan jabatan tersebut.[16]

Gejala rasuah yang melanda di dalam sesebuah negara juga akan menggalakan jenayah dan

melindungi para penjenayah.  Undang-undang yang diwujudkan adalah untuk melindungi rakyat dari

jenayah dan untuk menghukum penjenayah-penjenayah. Sekiranya pegawai-pegawai yang diamanahkan

untuk menguatkuasakan undang-undang tidak menjalankan tanggungjawabnya kerana sanggup

menerima rasuah, maka penjenayah-penjenayah akan terlepas kerana tidak diambil tindakan undang-

undang.  Keadaan ini seterusnya akan menggalakkan lagi mereka untuk melakukan jenayah kerana

mereka tahu untuk melepaskan diri.

Di antara akibat-akibat rasuah yang telah dicatat oleh mereka yang menaruh perhatian terhadap

masalah itu, yang paling jelas adalah pelbagai bentuk keadilan  telah mempengaruhi peribadi-peribadi

yang terbilang banyaknya, di saat-saat yang sangat menyedihkan.  Sebuah contoh adalah banyaknya

kematian sebagai akibat kepayahan kerana bantuan untuk mereka dicuri oleh orang-orang yang

Page 27: Isu Rasuah Di Malaysia

melakukan rasuah.  Andreski mencatat banyak contoh ketidakadilan yang ditimbulkan oleh rasuah di

Afrika Barat.  Di rumah-rumah sakit para pesakit harus membayar jururawat untuk mengambilkan

mangkuk najis.  Para doktor pun harus disuap.  Para pesakit yang tidak mampu berbayar akan disuntik

dengan air yang diberi dengan zat pewarna kerana ubat-ubatan telah dicuri di farmasi.  Seluruh

masyarakat tersebut telah dirasuki rasuah sehingga akan tampak sangat mengerikan bagi orang yang

hidup dalam masyarakat terbabit.[17] 

Rasuah juga akan menumbuhan ketidakcekapan yang menyeluruh di dalam birokrasi dan

lembaga-lembaga lainnya.  Yang pertama di antara mata rantai sebab akibat berupa hancurnya dasar-

dasar akademik.  Kenaikkan tingkat atau pangkat didalam bidang akademik tidak benar-benar didasarkan

pada karya penelitian dan penerbitan seseorang, melainkan mendapat berkat antara hubungan, sikap

menjilat, keperluan pertandingan atau sekadar kemampuan menaiki tangga karier.  Para pensyarah sama

sekali tidak berminat pada mata kuliah yang dipegangnya, tidak ada perhatian intelektual terhadap

masalah pendidikan, tidak mempunyai kecenderungan banyak membaca agar dapat memperolehi

pengetahuan muktahir dalam bidangnya, dan akhirnya tidak mempunyai harga diri. Apa yang terjadi di

kampus-kampus juga terjadi di birokrasi dan lembaga-lembaga lain yang serupa.  Tidak terdapat kreativiti

kerja yang terbit dari suasana yang sihat.  Tenaga dihabiskan untuk mewujudkan bentuk dan hakikat

serta minat membangun tertimbun oleh semangat rasuah.  Wang suap yang diberikan oleh sebuah

perusahaan telah mengurangkan kecekapan pemerintahan kerana membuatkannya abai terhadap

alternatif lainnya yang realistik dan rasional.  Keuntungan yang diperoleh oleh perubahan itu adalah

kerugian bagi pemerintah  kerana harga barang-barang yang bersangkutan sering dinaikkan.[18]

Rasuah juga jelas telah menyuburkan jenis kejahatan lain di dalam masyarakat.  Melalui rasuah

sindiket kejahatan atau penjahat perseorangan dapat membengkokkan hukum, menyusupi organisasi

negara, dan memperoleh penghormatan.  Secara luas dikenal di India, bahawa para penyeludup yang

terkenal menyusupi ke dalam tubuh parti dan memegang jawatan.  Di Amerika Syarikat, misalnya melalui

pemberian suap, polis yang melakukan rasuah memberi pelindungan kepada organisasi-organisasi

penjahat.  Sebagai akibat pengaruh metastiknya, rasuah menyebar dari satu bidang ke bidang yang lain. 

Hal itu mungkin semula hanya berupa pemberian dengan tujuan yang tersembunyi.[19]

Page 28: Isu Rasuah Di Malaysia

Pengaruh kolektif dan komulatif dari rasuah akan melemahkan semangat birokrasi dan mereka

yang menjadi korban.  Pengaruh pertama yang melemahkan itu ialah pelayanan palsu.  Kerja yang

dilakukan oleh orang yang menyeleweng adalah tidak tulus.  Dia tidak menaruh minat pada kerja itu dan 

dengan demikian seorang kepala polis yang terlibat didalam penyeludupan ubat bius dan rasuah yang

bermaharajalela tidak akan memperhatikan pekerjaannya di dalam pasukan polis, tidak akan

mencurahkan kemampuannya yang terbaik untuk pekerjaan itu, tidak akan mencurahkan waktu

sepenuhnya untuk memikirkan pekerjaanya.  Kegiatan yang tampak hanya dirancang sekadar untuk

mengabsahkan kehadirannya pada kedudukannya yang ditempatinya itu.  Dia tidak mempunyai minat

yang sesungguhnya di dalam pekerjaannya.  Maka kerjanya hanyalah sesuatu yang semu sebagai ganti

sesuatu yang murni yang tidak dia lakukan.[20]

Rasuah juga turut membantu kepentingan musuh di dalam perang.  Rasuah di Vietnam bukan

sahaja sesuatu kejahatan malahan juga sebagai pengkhianatan.  Perlengkapan tentera dan ubat-ubatan

jatuh ke tangan Vietcong (musuh) melalui pasar gelap.  Salah satu pasar gelap ialah di Qui Nhon di mana

dapat diperoleh segala macam barang seperti makanan dan minuman, pakaian, senjata ringan, meriam,

peluru, berpeti-peti bom tangan, peti televisyen, dan mesin cuci.  Dapat pula orang membeli trak-trak

berat, kenderaan lapis baja, dan bahkan helikopter melalui pasar gelap.  Kenderaan-kenderaan ini lenyap

begitu sahaja pada malam hari dan dinyatakan telah dirampas oleh Vietcong sedangkan penyelewengan

yang dilakukan oleh orang dalam.

Selain itu rasuah juga akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam ekonomi sesebuah

negara.  Kita telah sedia maklum bahawa beban ekonomi yang timbul akibat dari gejala rasuah jatuh ke

bahu masyarakat.  Segala kos suapan atau pemerasan telah dimasukkan kedalam kos pembiayaan atau

modal perniagaan.  Hal ini telah menyebabkan harga-harga barang menjadi lebih mahal, di samping

beban berupa cukai dan pungutan lain yang sah.  Kebebasan yang timbul sebagai akibat rasuah

mendorong para pengusaha dan indrustriawan yang serakah untuk menambah batas keuntungan

dengan melalaikan mutu dan menaikkan harga.  Ini adalah akibat langsung terhadap pengguna.  Selain

itu penderitaan masyarakat masih bertambah kerana orang-orang yang melakukan rasuah yang kaya dan

mengetahui cara-cara menghindarkan diri daripada membayar cukai.  Pengelakkan seperti ini

Page 29: Isu Rasuah Di Malaysia

mengakibatkan lebih tingginya pungutan cukai yang harus dibayar oleh warganegara  yang jujur, untuk

menutup jumlah yang tidak dibayar oleh orang-orang yang melakukan rasuah itu tadi.

(1.0) PENUTUP

Setelah meneliti dari pelbagai pendapat para sarjana mengenai rasuah, punca-punya dan kesan-

kesannya dapat disimpulkan di sini bahawa rasuah adalah satu gejala yang harus di banteras dengan

segera .  Program yang di atur oleh pemerintah untuk menghapuskan atau melenyapkan gejala rasuah

bergantung kepada keadaan dan kemahuan kelompok pemimpin itu sendiri.  Penyusunan program

bergantung kepada kesedaran mereka yang terlibat iaitu pengertian mereka terhadap sifat, punca-punca

dan kesan-kesan rasuah.  Begitu juga jika suatu pemerintahan menetapkan untuk membanteras rasuah

dan dan mempunyai kesempatan untuk itu, tidaklah sukar untuk mengubah keadaan, secara bertahap

tetapi mantap.  Kesedaran yang kuat harus wujud dari setiap sudut organisasi dan di setiap peringkat

pemerintahan agar gejala rasuah ini dapat di bendung.  Perencanaan haruslah benar-benar dilakukan

dan tidaklah cukup jika hanya publisiti yang dilakukan.  Masyarakat dari setiap sudut negara haruslah

prihatin terhadap masalah ini agar ianya tidak terus berlaku dan berlaku sehingga mereka yang terpaksa

menanggung kesannya.

[1] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 125.

[2] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 127.

Mohd Yusuf Bahir. (2007). Kuasa pemangkin Rasuah. Hlm 35.

[3] [3] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 128.

[4] Rasidah Abdul Rasyid. (1990). Rasuah:Satu Kajian Mengenai Sebab-Sebab Berlakunya Rasuah.

Bertrand De Speville. (2010). Overcoming Corruption. Hlm 75.

[5] Bertrad De Speville. (2004).Overcoming Corruption. Hlm 73.

Page 30: Isu Rasuah Di Malaysia

[6] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 175.

[7] Mohd. Nordin Ahmad. (1995). Masyarakat Melayu. Budaya Rasuah dan Penyelesaiannya. Hlm 13.

[8] Rasidah Abdul Rasyid. (1990). Rasuah : Satu Kajian Mengenai Sebab-Sebab Berlakunya Rasuah. Halaman 35.

[9] Kamarudin Bin Arim. (2004). Tesis Kajian Kes Rasuah Di Malaysia. Hlm 145.

[10] Noor Sulastry Yurni Ahmad. (2011). Barah Rasuah dan Transformasi di Malaysia.

[11] Ismail Awang. (1999). Gejala Rasuah dalam Budaya Kerja. Hlm 43.

[12] Hussain Mohamed. (2003). Rasuah :Mewah, Bergaya, Tetapi Celaka Padahnya. Hlm 60.

[13] Hussain Mohamad. (2003). Gejala Rasuah : Mewah, Bergaya, tetapi Celaka Padahnya. Hlm 63.

[14] Bertrand De Speville. (2004). Overcoming Corruption. Hlm 78.

[15] Kamarudin bin Arim. (2004). Tesis Kajian Kes Rasuah di Malaysia. Hlm 345.

[16] Abd. Khalil Abdul Manap.(1974) Satu Taipologi Rasuah di Malaysia. Hlm 37.

[17] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 184.

[18] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 189.

[19] Kamarudin Arim. (2004). Kajian Kes Tentang Rasuah di Malaysia. Hlm 92.

[20] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 201.

Di zaman global masa kini, tidak ada negara yang terkecuali dari masalah rasuah. Kesan dan akibat rasuah terhadap ekonomi, politik dan sosial dialami oleh semua negara di dunia. Masalah rasuah telah wujud sejak berkurun lama lagi. Rasuah selalu diibaratkan senagai penyakit kanser yang boleh merepak kepada masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara dengan secara perlahan-lahan. Dewasa ini, gejala rasuah bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah mendarah daging di dalam tubuh masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi.

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Orang yang memberi rasuah disebut "rasyi", sedangkan yang menerimanya disebut "murtasyi", sementara perantaraan di anatara mereke berdua disebut "raisy". Dalam masyarakat melayu, ada peribahasa yang boleh dikaitkan bagi orang-orang yang terlibat dengan rasuah seperti "duit kopi", "tumbuk rusuk", "belanja kopi", "pembasah leher", "pekaras", "minyak pelincir", "wang bawah meja", "boleh runding", "faham-faham sahaja" dan lain-lain lagi. Berdasarkan peribahasa dan terma tersebut, jelas mengatakan bahawa rasuah memang ada wujud tetapi disebut dengan bahasa kiasan sahaja.

Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab berlakunya rasuah. Rasuah tidak mempunyai golongan yang spesifik malah ianya dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari golongan berpelajaran atau tidak, golongan atasan, pertengahan atau bawahan. Faktor penting yang menyebabkan berlakunya rasuah ialah peluang, gaji dan dasar. Jika gaji pegawai atau kakitangan kerajaan terlalu rendah, maka mereka akan menggunakan kuasa dan jawatan mereka sebagai peluang untuk mengambil, meminta dan menerima rasuah.

Page 31: Isu Rasuah Di Malaysia

Punca berlakunya rasuah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu faktor individu dan faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar. Faktor individu dapat dikategori oleh kurang penghayatan agama Islam, sikap tidak bermoral dan beretika, sikap tamak dan kebendaan, mempunyai keinginan dan peluang, sikap hidup dengan mewah, berbelanja melebihi kemampuan dan hilang sifat amanah dan kawalan diri. Manakala faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar yang merupakan kelemahan pemimpin dalam sesebuah organisasi, sistem pentadbiran yang tidak effisien dan lemah, proses dan prosedur kerja yang memberikan ruang untuk rasuah, kelemahan pemantauan dan penyelenggaraan daripada pihak pengurusan dalam sektor awam dan swasta, pelaksanaan projek-projek yang idak mempunyai asas serta kawalan dan penurunan kuasa yang terlalu banyak.

Rasuah telah membawa banyak kesan-kesan buruk sama ada kepada individu, masyarakat ataupun negara. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Pertama, terhakisnya konsep keadilan. Apabila sumber-sumber ekonomi dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan "sogokan" yang amat lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksnakan tugas, akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah. Kedua, masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan kepada individu atau institusi-institusi yang terlibat dengan rasuah. Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu dan institusi yang terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa. Ketiga, dari segi hukuman, orang yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki kekayaan, seolah-olah menjadi "kebal" kerana boleh menggunakan kuasa wang untuk melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman. Keempat, hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan, kerana mereka bukan lagi nekerja sebagai satu amanah, tetapi kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki. Selain itu, rasuah juga dapat membebankan golongan orang taraf kemiskinan, melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran, menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, tumpuan pembangunan yang tidak seimbang, kenaikan kos barang dan perkhidmatan, mengurangkan pendapatan negara, mencemarkan imej negara dan sebagainya.

Beberapa langkah yang boleh diambil oleh individu untuk menjauhi gejala rasuah. Antaranya termasuklah menjalankan tugas harian berlandaskan ajaran agama, menanamkan sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa, menjalankan amanah yang diberikan, menanamkan sikap nilai-nilai murni, menjauhi diri daripada akhlak atau kelakuan yang tidak baik, berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menolak tawaran rasuah dengan tegas. Oleh yang demikian, perubahan ini hanya akan berjaya jika seseorang yang pengamal rasuah itu mengubah dirinya sendiri. Membanteras rasuah melibatkan pelbagai pihak masyarakat. Dengan itu, adalah penting bagi setiap individu memainkan peranan bagi menjauhi kegiatan rasuah. Masyarakat hendakalah bekerjasama dan berganding bahu untuk sama-sama mendukung hasrat negara dalam membanteras gejala rasuah ini dengan cara tidak melakukan rasuah, tidak cuba untuk berjinak-jinakdengan perbuatan rasuah, mengamalkan nilani-nilai murni seperti jujur, amanah, ikhlas dan betrtanggungjawab di dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Rasuah, walau apa jua pengertian yang diberikan oleh berbagai pihak, ianya tetap salah. Kita wajar dan patut sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteras rasuah. Kita hendaklah juga mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai murni serta menghayati ajaran agamasebagai pegangan hidup. Ini kerana gejala rasuah ini, walau sebesar atau sekecil manapun ianya dilihat tetapi kesan-kesannya adalah amat buruk sehingga akan menghancurkan negara secara keseluruhannya. Janganlah kita memberi mewujudkan satu keadaan yang menyebabkan negara asing melabelkan negara kita sebagai "indah khabar daripada rupanya".

Dituliskan oleh: Tea Ker Shin

Rasuah

Pada zaman moden ini , tiada negara yang dikecualikan oleh masalah rasuah dan masalah ini telah menjadikan sebagai “ penyakit kanser “ yang serius di kalangan masyarakat . Rasuah dapat didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya . Masalah ini telah menjadi satu amalan atau kebiasaan di sektor awam dan juga swasta . Sebagai buktinya , sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’ .

Page 32: Isu Rasuah Di Malaysia

Kebanyakan punca rasuah disebabkan oleh fator individu sendiri . Kelemahan sifat peribadi merupakan satu masalah yang sukar untuk ditangani . Kelemahan sifat peribadi disebabkan oleh kurang iman dan kurang takwa . Orang yang bersikap tamak dan ingin cepat kaya biasanya akan menerima suapan daripada pemberi rasuah kerana mereka sudah kehilangan sifat amanah dan juga kawalan diri mereka .Selain daripada punca kelemahan sifat peribadi , kekurangan pengangan agama juga akan menyebabkan timbulnya masalah rasuah . Mereka tidak percaya terhadap tuhan atau Allah mereka dan fenomena ini akan menghilangkan kerohanian mereka dan juga memberi keberanian untuk mereka menerima suapan .Faktor kepimpinan , sistem pentadbiran dan dasar juga merupakan salah satu punca rasuah . Kekurangan kepimpinan dalam sesebuah oraganisasi akan menyebabkan pekerja lain mengambil kesempatan untuk rasuah . Kekurangan kawalan terhadap organisasi seperti kelemahan dari segi pemantauan atau penurunan kuasa yang banyak akan memberi peluang kepada pihak atasan untuk rasuah .Faktor modenisasi pun telah menjadi punca dalam masalah rasuah . Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat . Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya . Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan . Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran , melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya .Masalah rasuah telah memberi pelbagai kesan kepada negara , masyarakat dan juga individu sendiri . Kesan rasuah kepada negara akan menjejaskan kecekapan pentadbiran negara dan seterusnya akan menyebabkan negara menjadi kuncar-kacir . Contohnya , seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung .Selain daripada menjejaskan sistem negara , ekonomi negara juga turut dijejaskan . Fenomena ini disebabkan oleh pihak yang memberi rasuah akan menganggapkan rasuah sebagai satu perbelanjaan dan belanja ini akan dipindahkan kepada semua penggun dan ia akan menyebabkan harga barang naik dan membebankan pengguna . Selain daripada harga barang naik , mutu kualiti produk juga akan menurun disebabkan pengeluar menurunkan kos untuk memberi rasuah , ia menyebabkan organisasi tidak cekap . Masalah ini akan menurunkan pendapatan negara .Imej negara juga turut dijejaskan . Setiap tahun , Corruption Perception Index ( CPI ) akan memaparkan negara yang menpunyai masalah rasuah mengikut markah yang diberi . Di Malaysia pada tahun 2008 CPI telah menunjukkan sebanyak 5.1 tetapi telah menurun kepada 4.5 pada tahun 2009 . Ini dapat menunjukkan masalah rasuah di Malaysia amat serius pada masa kini .Selain itu , kesan terhadap masyarakat juga semakin serius . Rasuah akan menyebabkan ketidakadilan kepada masyarakat disebabkan oleh “ Siapa kaya dia dapat “ . Fenomena ini akan membebankan orang miskin dan meningkatkan kadar kemiskinan disebabkan sumber-sumber telah diambil oleh orang yang kaya melalui rasuah .Selain daripada ketidakadilan kepada masyarakat , rasuah juga akan menimbulkan masalah sosial yang lain disebabkan rasuah . Masalah rasuah ini akan melemahkan penguatkuasaan terhadap undang-

Page 33: Isu Rasuah Di Malaysia

undang dan memberikan peluang untuk menimbulkan jenayah lain seperti pelacuran , cetakan wang palsu , penggelapan wang dan lain-lain .Masalah rasuah ini dapat ditangani jika mengambil langkah-langkah yang sesuai . Masalah ini dapat ditangani awal menerusi pendidikan . Pendidikan seperti , keburukan rasuah , undang-undang , hukuman terhadap rasuah dan lain-lain ke dalam silibus peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah supaya dapat menimbulkan perasaan benci terhadap kegiatan rasuah .Kerajaan juga boleh mengetatkan undang-undang mengenai rasuah supaya dapat menakutkan orang yang menerima atau memberi rasuah . Sebagai contohnya , menerima rasuah akan mengenakan hukuman mati ataupun penjara selama-lamanya .Organisasi juga boleh meningkatkan gaji pekerja supaya motivasi mereka dan ia akan mengurangkan kadar rasuah di organisasi . Selain daripada naik gaji , organisasi juga boleh memberikan kawalan yang ketat seperti pembahagian kuasa kepada pihak tertentu ataupun mengetatkan pemantauan terhadap pekerja supaya pekerja dalam organisasi tiada peluang untuk rasuah .Sebagai kesimpulannya , Kesan-kesan daripada rasuah dapat menjejaskan imej negara dan juga individu sendirinya . kita perlu menjauhi daripada gejala rasuah ini dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteraskan masalah rasuah ini . Kita perlu meningkatkan nilai-nilai murni ini dan juga menghayati ajaran-ajaran agama masing-masing supaya dapat mempertingkatkan sifat peribadi .

“Bersama Membangun Negara Dengan Menjauhi Amalan Rasuah”

Rasuah - Cara Menangani Rasuah..... Post ni saje je saya letak sebab semata-mata nak update blog yang dah lama tak diupdate ni..... This essay memang sendiri punya buat untuk Pertandingan Esei Integriti....

            Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah organisasi selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Mayapada, isu rasuah yang membabitkan pegawai kerajaan berprofil tinggi sering terpampang dan seolah-olah menjadi penghuni tetap di dada akhbar-akhbar tempatan setiap hari. Acap kali juga kes rasuah ini dilaporkan dalam berita di kaca televisyen. Hal ini jelas sekali memberi indikasi bahawa masalah rasuah semakin menular dalam kalangan rakyat di negara Malaysia dan perkara ini sememangnya amat membimbangkan. Bukan sahaja para pentadbir negara, justeru masyarakat juga turut merasai kesannya kerana fenomena rasuah  sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu, semakin rendahlah persepsi masyarakat luar terhadap keupayaan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu khususnya dalam bidang ekonomi. Nilai integriti sesebuah masyarakat juga akan terhapus dengan berleluasanya isu rasuah ini. Rentetan daripada itu, lumpuhlah segala aspek pembangunan dalam negara ini.

Masalah rasuah yang semakin bermaharajalela ini wujud akibat dari pelbagai faktor. Punca yang ketara tentang gejala ini seringkali dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan yang dikatakan tidak mempunyai satu sistem yang telus terutama dalam

Page 34: Isu Rasuah Di Malaysia

aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada dalam kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala rasuah ini, tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Jadi, apakah prakarsa-prakarsa yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani fenomena rasuah seterusnya menjadikan negara Malaysia sifar rasuah?

Salah satu langkah yang seyogia diambil oleh pihak kerajaan ialah membuktikan kesungguhan dan iltizam mereka dalam mengatasi kemelut yang melanda ini dengan menahan, mendakwa, dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan, harta, dan pangkat yang mereka ada kerana mungkin apa sahaja yang mereka ada  bersumberkan wang haram dari hasil rasuah itu sendiri. Hal ini demikian kerana rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu terutamanya yang bergelar VIP ini mengambil rasuah tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan. Perkara sebegini akan menimbulkan rasa tidak percaya rakyat akan keikhlasan dan ketelusan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa dan menyeret mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke mahkamah akan memberi satu amaran agar mereka tidak mengambil sebarang bentuk rasuah pada peringkat awal. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan dan menakutkan individu yang lain untuk melakukan jenayah ini.

Selain itu, kerajaan juga mestilah melaksanakan undang-undang dan hukuman yang lebih tegas lagi kepada pesalah-pesalah rasuah ini. Marcapada, tindakan mahkamah yang mengenakan hukuman yang dianggap tidak begitu tegas dan tidak setimpal kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberi satu pandangan negatif rakyat terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara sekalipun jika mereka tertangkap. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang dan hukuman yang lebih ketat akan menyedarkan masyarakat betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung dengan segera kepada keselamatan negara. Selain itu, para pengamal rasuah juga akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran mengetahui dan takut akan hukuman berat yang bakal diterima apabila mereka ditangkap. 

Di samping itu, usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat serta memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya terlibat dengan rasuah boleh dicapai menerusi satu kempen dan iklan yang mapan dan efektif. Kempen dan iklan yang

Page 35: Isu Rasuah Di Malaysia

dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa dan elektronik secara holistik iaitu daripada akhbar, radio, televisyen hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat tidak kira tua atau muda menerima kempen tersebut. Tambahan pula, pada era kemodenan dunia kini, masyarakat terutamanya golongan remaja lebih banyak mendapatkan segala maklumat terkini melalui internet berbanding bahan bacaan. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan yang mendalam atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Selain itu, pihak yang terlibat juga seharusnya turun padang dengan menjayakan kempen pencegahan rasuah dalam apa-apa sahaja karnival dan pameran yang diadakan.  Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam perang membanteras amalan rasuah ini.

Seterusnya, bahaya amalan rasuah ini juga perlu diterapkan dalam sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah khususnya dalam subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Nilai kebencian yang tinggi terhadap amalan rasuah dapat ditanam dan dihayati dalam diri seseorang pelajar sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi yang dididik supaya benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas serta berintegriti. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. Bukan sahaja dari segi akademik, malah nilai benci akan rasuah juga dapat dipupuk melalui program bukan akademik yang dihadiri oleh pelajar. Sebagai contoh, seramai 450 pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) dari seluruh Malaysia telah menghadiri program Integrity Champion Challenge yang diadakan di MRSM Baling pada awal Januari yang lalu. Semasa program berlangsung, seramai hampir 50 orang pelajar diletakkan di bawah kumpulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ). Melalui kumpulan ini, mereka diberi informasi tentang isu rasuah serta dididik untuk membenci amalan rasuah ini serta pentingnya penghapusan rasuah untuk pengekalan nilai integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, tidak dapat tidak, sistem pendidikan negara perlu menekankan keburukan rasuah terhadap individu, masyarakat, dan negara.

Masyarakat yang berintegriti juga perlu membantu secara tidak langsung dalam menangani fenomena rasuah ini. Sesiapa sahaja yang mengetahui tentang kes rasuah yang berlaku di sekeliling perlu melaporkan segera hal yang berlaku kepada pihak SPRM untuk dijalankan siasatan. Masyarakat tidak perlu terkongkong dengan peribahasa menjaga tepi kain orang seterusnya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila jenayah rasuah berlaku seperti orang yang tidak tahu peraturan dan undang-undang negara. Mereka seharusnya mempunyai minda yang positif dan berfikir untuk kesejahteraan dan keamanan negara dalam menghadapi situasi seperti ini. Di samping itu, sesiapa yang disogok dengan wang atau sebagainya untuk tujuan rasuah juga perlu melaporkan hal ini tanpa rasa ragu ataupun takut kepada pihak SPRM.  Mereka tidak perlu berasa takut kerana segala identiti dan maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Sesungguhnya, mereka ini telah menjadi sebahagian daripada mata-mata dalam menghapuskan penjenayah-penjenayah rasuah pada masa kini.

Akhir sekali, untuk mengatasi masalah rasuah ini., keimanan dan jati diri dalam setiap individu perlu dimantapkan dan diperkukuh kerana keimanan dan keperibadian yang tinggi

Page 36: Isu Rasuah Di Malaysia

adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah ini. Apabila seseorang individu itu taat dan patuh kepada agamanya, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku. Hal ini kerana setiap agama tidak memerintahkan penganutnya untuk berbuat jahat. Individu ini juga perlulah mempunyai kesedaran diri dan motivasi yang tinggi tentang amalan rasuah yang mempunyai banyak keburukannya. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada mereka itu adalah rakyat biasa, ahli politik, peniaga, atau jentera kerajaan, maka amalan rasuah dapat diatasi sehingga mencapai angka sifar. Kekuatan iman dan jati diri yang tinggi dapat menangkis nafsu jahat untuk menerima habuan rasuah daripada sesiapa sahaja sekali pun tiada orang yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa kesedaran diri yang tinggi amat penting dalam usaha untuk membanteras jenayah rasuah di Malaysia ini.

Secara intiha, prakarsa untuk mengatasi kemelut sosial ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigma dan persepsi masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika ingin melihat masalah ini dapat diatasi sehingga ke akar umbinya sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11 yang berbunyi, “ … Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum kaum itu mengubah keadaan diri mereka dahulu…”. Selain itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga dan berkolaborasi dalam memastikan isu ini dapat ditangani. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara Malaysia sebagai satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Rentetan daripada hal ini, ekonomi serta pembangunan negara akan mengalami kemerosotan. Dalam hal ini, mungkin sekali konsep mencegah lebih baik daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya dan sekali gus masyarakat yang berintegriti tinggi dapat diwujudkan. Oleh itu, bersama-samalah kita membanteras rasuah untuk kesejahteraan warga 1 Malaysia.

Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

Ditulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Berita Harian

Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir urus yang tidak cekap. Masalah ini bukan sahaja wujud di dalam sektor awam malah di dalam sektor swasta juga. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke sesebuah negara.

Selain daripada itu, banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi.

Page 37: Isu Rasuah Di Malaysia

Justeru itu tidak hairanlah mengapa agenda pembasmian rasuah menjadi salah satu daripada beberapa agenda penting yang diberi perhatian utama oleh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bukti kesungguhan beliau untuk memerangi masalah ini dapat dilihat melalui penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada April 2004 iaitu selepas hanya beberapa bulan dilantik memegang jawatan Perdana Menteri. Seterusnya agenda ini terus dinyatakan secara berterusan di dalam kebanyakan ucapan-ucapan rasmi beliau.

Bagaimanapun Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) baru-baru ini telah menimbulkan sedikit tanda tanya di kalangan masyarakat terhadap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memerangi gejala tersebut.

Secara kasarnya, kajian yang melibatkan tanggapan masyarakat peniaga dan penganalisa negara terhadap suasana rasuah di Malaysia telah menunjukkan bahawa berlaku sedikit kemerosotan berbanding keputusan laporan tahun 2005 dan 2004 mahupun 2003.

Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke 39 untuk tahun 2005 dan 2004; serta tangga ke 37 untuk 2003. Begitu juga dari segi peratusan mata yang dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibanding 5.1 peratus untuk 2005; 5.0 peratus (2004) atau 5.2 peratus (2003) Persoalannya di sini ialah mengapa masyarakat peniaga dan para penganalisa menganggap suasana rasuah semakin meningkat di Malaysia? Adakah mereka menganggap tadbir urus di sektor awam dan swasta tidak berada pada tahap yang sewajarnya? Apakah tahap integriti sektor perniagaan dan pentadbiran negara tidak begitu bagus sehingga mereka menganggap rasuah yang juga ada kaitan dengan masalah tadbir urus ini begitu meruncing di negara kita?

Lebih menarik lagi jika kita dapat kaitkan laporan TI ini dengan satu laporan kajian persepsi yang dibuat oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang kerjaya yang terpilih. Antara kerjaya yang dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik. Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan menteri adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan reponden dan berada di senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan profesor (58%) yang berada pada senarai tiga teratas.Kaitan antara kedua-duanya ialah tentang wujudnya persamaan tentang perkara utama yang diukur iaitu tentang soal integriti terutamanya yang melibatkan soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam negara.

Dalam CPI, masyarakat peniaga dan penganalisa merasakan rasuah di Malaysia meningkat. Peningkatan ini tentu saja berdasarkan pemerhatian mereka kepada dunia politik dan dunia perniagaan Malaysia. Pada masa yang sama juga responden soal selidik BEIM merasakan mereka tidak boleh mempercayai

Page 38: Isu Rasuah Di Malaysia

ahli politik dan tokoh korporat.

Secara tidak langsung kita boleh katakan di sini, permasalahan utama yang membawa kepada isu integriti sebenarnya lebih tertumpu kepada soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam sektor awam mahu pun swasta. Dengan kata lain, jika ahli politik dan tokoh korporat mengamalkan nilai-nilai mulia dalam amalan harian mereka, sudah tentu CPI Malaysia adalah setaraf dengan beberapa negara Scandinavia yang sering mencatat 9.6 - 9.7 peratusan mata untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Setidak-tidaknya pun kita dapat menyaingi Singapura yang berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga ke-5 senarai negara yang paling baik keputusan persepsi rasuah dengan purata 9.4 peratusan mata untuk tempoh 2002-2006. Walaupun CPI dan kajian BEIM ini merupakan kajian berbentuk tanggapan, ia sebenarnya boleh dijadikan sebagai petunjuk atau panduan untuk menilai tahap rasuah di Malaysia.

Kita tidak seharusnya melihat hasil kajian ini dari sudut yang negatif kerana kita boleh katakan bahawa peningkatan persepsi rasuah yang ditunjukkan oleh CPI tadi terutamanya menunjukkan tahap kesedaran masyarakat tentang bahayanya rasuah dan kepentingan unsur integriti juga meningkat seiring dengan iltizam kerajaan untuk memerangi masalah ini.

Bagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam usaha pembasmian rasuah, usaha perlu dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Walaupun adakalanya kejayaan tidak dapat dicapai sebagaimana yang diinginkan, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kepada masalah yang dihadapi.

Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk meningkatkan tahap integriti dan memperkukuhkan sistem tadbir urus mesti dipergiatkan. Begitu juga usaha-usaha memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat, baik yang muda mahupun yang tua. Usaha-usaha sebegini sememangnya memakan masa. Akan tetapi, ia perlu dimulakan dari sekarang jika kita mahu melihat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 nanti.

Rasuah: Kesan Buruk Yang Boleh Meruntuhkan Ekonomi Negara

Published on December 10, 2010

Page 39: Isu Rasuah Di Malaysia

Fikir-fikirlah dan amatilah sketch kartun ini

KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL

RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.

Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward

John B. Saunders pula menulis dalam kamus ‘Mozley and Whiteleys Law Dictionary’ memberi definisi ‘corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty’.

Page 40: Isu Rasuah Di Malaysia

Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok).

Menurut ‘Transparency International’ pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.

NAMA LAIN BAGI RASUAH

Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Hadis nabi SAW ada menyatakan :”Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum” (HR. Abu Daud & Tirmizi)

Ibnu Mas’ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:

“Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :

1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia.

2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.

Page 41: Isu Rasuah Di Malaysia

3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya.

Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).

Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui.

HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH

1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

Ertinya : ” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadits :-

Ertinya : “Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”.( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan.

3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya.

SUAPAN ATAU SOGOKAN

Page 42: Isu Rasuah Di Malaysia

Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau peratusan;

4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang terdahulu;

PUNCA DAN SEBAB RASUAH

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap;

1. Tamak dan haloba.

2. Dengki dan khianat.

3. Sombong dan Takabbur.

4. Suka berbuat yang haram.

5. Tiada keberkatan Hidup

6. Nafsu serakah.

7. Gila Kuasa.

Page 43: Isu Rasuah Di Malaysia

8. Menafikan hak orang lain.

9. Ingin menunjuk-nunjuk.

10. Zalim dan kasar.

Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

Allah swt telah berfirman:“dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.

Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service).

4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

Page 44: Isu Rasuah Di Malaysia

5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.

7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya.

Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

KESALAHAN RASUAH

Meminta/ Menerima RasuahMana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi RasuahMana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan PalsuMana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukanmana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara

Page 45: Isu Rasuah Di Malaysia

mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA

1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.

2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah.

4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.

5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan.

1. Kesan Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.(ii) Kejatuhan moral atau maruah.(iii) Menerima hukuman.(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.(v) Keluarga terabai.

2. Kesan Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.(iii) Membebankan golongan orang susah.(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan Terhadap Negara:

Page 46: Isu Rasuah Di Malaysia

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.(v) Mengurangkan pendapatan negara.(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:

1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan kejahatan.

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …..” (11)(Surah ar-R‘ad: 11)

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada..

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak orang lain.

9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.

10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

Page 47: Isu Rasuah Di Malaysia

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

KESIMPULAN

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.

Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur

Oleh : Aziran Mat Nor

Mengakibatkan Pengurangan Dalam Pelaburan Domestik dan FDI - Rasuah dari Sudut Ekonomi Penulis Tamu Oleh Dr. Mohd. Haflah Piei

Page 48: Isu Rasuah Di Malaysia

SALAH satu daripada iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari hari pertama beliau mengambil alih tampuk kerajaan negara ialah untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di kalangan masyarakat di negara ini. Walaupun penyakit rasuah di Malaysia tidaklah seteruk yang terdapat di kebanyakan negara membangun seperti di Filipina, Bangladesh, Pakistan dan negara-negara dalam peralihan, tetapi ia perlu disekat sebelum merebak. Pada tahun 2003, mengikut Transparency International, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi tahap amalan rasuah - satu kedudukan kurang selesa sementara negara Finland menduduki tempat pertama dan terbaik.

Namun, tidak banyak yang membincangkan tentang ekonomi atau lebih tepat lagi disekonomi amalan rasuah tersebut. Perbincangan atau kajian tentang ekonomi rasuah ini termasuk isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan atau kos amalan rasuah ini ke atas firma, industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas individu dan masyarakat.

Di sebaliknya kebanyakan isu rasuah dibincangkan dari sudut moral dan etika amalan tersebut. Oleh sebab itu, rencana ini akan membincangkan amalan rasuah dari perspektif ekonomi secara ringkas.

Sebenarnya, konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi.

Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan perolehan awam (public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara (state capture).

Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar.

Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.

Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state capture corruption) merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.

Di antara institusi yang kerap menjadi target termasuklah akta-akta parlimen, peraturan bank pusat,

Page 49: Isu Rasuah Di Malaysia

perundangan dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun perdagangan; parti politik selalunya parti yang memerintah dengan memberi sumbangan kewangan untuk membiayai aktiviti parti berkenaan.

Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan sebagainya.

Mengikut beberapa kajian, rasuah mengakibatkan salah agihan kemahiran dan bakat (misallocation of talent) termasuk masalah guna tenaga tidak penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Kita kerap mendengar, melalui rasuah seseorang diberikan jawatan yang kanan ataupun tugasan yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih berkebolehan dan berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih inferior dibandingkan jika ia dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan.

Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran domestik dan juga kecekapan urus tadbir (governance) ekonomi dan kerajaan yang meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburan selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan cukai yang lumayan.

Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis kerugian: Pertama, rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah dibanteras, kedua-dua kerugian tersebut dapat diatasi.

Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai korporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah.

Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan.

Pertama, rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai

Page 50: Isu Rasuah Di Malaysia

tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan.

Kedua, projek-projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek-projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan. Ini disebabkan skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini sudah tentu mempunyai kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup penduduk luar bandar dan golongan miskin.

Ketiga, perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan alat-alat jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan pembelian mesin dan peralatan baru.

Keempat, amalan rasuah lebih cenderung untuk mengurangkan hasil kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang diberikan sebagai insentif pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan merasuah pegawai-pegawai berkenaan.

Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 mata peratusan.

Akhir sekali, amalan rasuah memperlahankan malah membantutkan pertumbuhan sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, jika dalam tempoh 1960-85, Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap Singapura dalam tempoh tersebut, kadar pertumbuhan per kapita tahunan Bangladesh sebanyak 4 peratus boleh ditingkatkan sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada kadar pertumbuhan per kapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Satu peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia gagal untuk membanteras rasuah!

Sebenarnya terdapat banyak lagi kesan ekonomi atau kos akibat berlakunya rasuah dalam ekonomi. Memadai dengan perbincangan di atas. Walaupun ia kurang merujuk kepada keadaan rasuah di Malaysia, ia sudah cukup untuk menjadi renungan kita berhubung dengan beberapa jenis rasuah yang sedikit sebanyak terdapat di Malaysia dan betapa buruknya kesan rasuah tersebut kepada ekonomi negara.

Persoalannya sekarang bagaimana hendak mengurangkan dan jika boleh membasmi gejala rasuah ini?

Dalam ruang yang terhad ini, digariskan secara kasar strategi-strategi yang perlu diambil untuk menggarap masalah rasuah ini. Beberapa strategi tersebut telah dan sedang dilaksanakan di Malaysia, seperti pengisytiharan aset oleh pegawai-pegawai kerajaan dari semasa ke semasa; memperbaiki urus tadbir kerajaan supaya lebih telus, sistematik, cekap dan profesional; mewujudkan beberapa sistem check and balance; membina sistem pentadbiran awam yang berorientasikan perkhidmatan dan meritokrasi; kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan awam; kebertanggungjawaban pemimpin-pemimpin politik; pegangan teguh kepada rule of law dan sebagainya.

Page 51: Isu Rasuah Di Malaysia

Namun, strategi-strategi tersebut bukan setakat adanya sahaja tetapi lebih penting ia dilaksanakan sepenuhnya serta kelihatan oleh masyarakat dilaksanakan dengan cekap dan adil. Sebagai contoh kita ada peraturan pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan tetapi sejauh mana ia benar-benar berkesan untuk membasmi amalan rasuah? Kita mempunyai Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi sejauh mana ia benar-benar bebas berfungsi tanpa mengira bulu?

Jika kita renung-renung dengan teliti, kita akan dapat lihat banyak perkara yang berunsurkan rasuah tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan maka ia tidak lagi dianggap rasuah malah digalakkan. Disebabkan biasa tegal bisa.

Sukar ditentukan di mana urusan rasmi berakhir dan rasuah bermula dan di mana sumbangan dan bantuan ikhlas berakhir dan rasuah bermula. Pendek kata, amalan rasuah dalam berbagai-bagai manifestasi, sebab dan akibat perlu diuraikan (unbundle) ditakrifkan dan difahami dari segi konsep dan empiris dalam usaha untuk memerangi gejala rasuah ini. Dalam konteks ini, penubuhan Akademi Anti Rasuah amat bertepatan pada waktu dan ketikanya, dan ia amat dialu-alukan.

Dr. Mohd. Haflah Piei ialah Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Beliau boleh dihubungi di alamat e-mel [email protected]

Punca: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=1221&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuan kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1 peratus akan mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618 peratus. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1 peratus.