14
PENGENALAN Mutakhir ini telah muncul pelbagai bentuk penyakit berjangkit yang acapkali melanda rakyat Malaysia khususnya. Tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan dunia sains dan teknologi telah membawa kepada penemuan pelbagai penyakit yang dianggap satu ancaman kepada manusia terutama pembawanya adalah haiwan yang berada di sekeliling kita. Dalam ilmu epidemiologi, penyakit boleh ditakrifkan sebagai titik tolak yang membahayakan yakni daripada keadaan yang normal pada individu atau populasi (Fatan, 2005). Dalam konteks itu, penyakit berjangkit pula ialah jangkitan penyakit daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Ia adalah hasil daripada organisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang berupaya menyebabkan penyakit. Secara umumnya, takrifan epidemiologi yang dipetik dari laman web Wikipedia merupakan kajian tentang faktor yang mempengaruhi kesihatan dan ketidaksihatan suatu populasi dan berperanan sebagai asas dan campur tangan logik yang dibuat untuk 1

Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

PENGENALAN

Mutakhir ini telah muncul pelbagai bentuk penyakit berjangkit yang acapkali melanda rakyat

Malaysia khususnya. Tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan dunia sains dan teknologi telah

membawa kepada penemuan pelbagai penyakit yang dianggap satu ancaman kepada manusia

terutama pembawanya adalah haiwan yang berada di sekeliling kita. Dalam ilmu epidemiologi,

penyakit boleh ditakrifkan sebagai titik tolak yang membahayakan yakni daripada keadaan yang

normal pada individu atau populasi (Fatan, 2005). Dalam konteks itu, penyakit berjangkit pula

ialah jangkitan penyakit daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada

manusia. Ia adalah hasil daripada organisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang

berupaya menyebabkan penyakit.

Secara umumnya, takrifan epidemiologi yang dipetik dari laman web Wikipedia merupakan

kajian tentang faktor yang mempengaruhi kesihatan dan ketidaksihatan suatu populasi dan

berperanan sebagai asas dan campur tangan logik yang dibuat untuk kepentingan kesihatan

awam dan perubatan pencegahan. Ia dianggap sebagai metodologi asas bagi kajian kesihatan

awam, dan ia amat dititikberatkan di dalam perubatan berasaskan bukti untuk mengenal pasti

faktor risiko untuk sesuatu penyakit dan memastikan pendekatan kaedah rawatan yang optimum

untuk amalan klinikal.

Di dalam pengkajian penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, peranan ahli

epidemiologi adalah pelbagai iaitu dari penyiasatan wabak kepada reka bentuk kajian,

pengumpulan data dan analisis termasuk pengembangan model statistik untuk menguji hipotesis

1

Page 2: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

dan pendokumenan keputusan untuk dihantar ke jurnal kajian semula setara. Melalui kajian yang

telah dijalankan kepelbagaian wabak, bakteria mahupun jenis penyakit yang jarang didengar

mula mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia hari ini.

Dari tahun 1980 sehingga 1990, banyak usaha telah dijalankan kerajaan untuk mencegah dan

mengawal penyakit berjangki termasuklah program imunisasi dan vaksinasi. Program yang

bersifat pencegahan dan kawalan itu lazimnya dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik

serta hospital samada milik kerajaan mahupun swasta. Hasilnya, penyakit berjangkit yang

dibawa air dan makanan telah dapat dikawal dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia, misalnya.

Dalam konteks itu, bekalan air yang bersih kepada penduduk dan penyeliaan kebersihan di

tempat makan awam dipantau dari masa ke masa. Akan tetapi, sikap mereka yang bekerja di

dalam sektor penyajian makanan amatlah dikesali. Mereka didapati lebih mementingkan

keuntungan berbanding kebersihan dan mutu makanan yang mereka sediakan. Akibatnya,

pelbagai penyakit bawaan air dan kekotoran makanan sering terjadi di Malaysia. salah satu

penyakit yang mula membuka mata masyarakat Malaysia khususnya mengenai penjagaan

kebersihan adalah Leptospirosis ataupun lebih dikenali sebagai penyakit bawaan kencing tikus.

2

Page 3: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

WABAK LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA

Kebelakangan ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan sejenis gejala penyakit yang telah

menjadi wabak di seluruh negara. Leptospirosis merupakan satu wabak penyakit berjangkit

disebabkan oleh bakteria Leptospira Interrogans yang boleh menular daripada air kencing tikus.

Takrifan Leptospirosis adalah satu jenis penyakit yang disebabkan oleh haiwan yang mempunyai

bakteria pathogen iaitu Leptospira Interrogans dan dipindahkan melalui air kencing haiwan

kepada manusia.

Menurut Ashford et al. (2000), apabila air kencing daripada haiwan yang dijangkiti memasuki

tubuh manusia melalui kulit atau secara tidak langsung melalui air atau tanah yang tercemar,

kuman – kuman ini pula akan memasuki buah pinggang. Gejala atau simptom penyakit ini

bermula dengan demam, sakit kepala, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, muncul

kemerahan pada mata, ruam pada kulit, sakit pada abdomen, batuk dan mungkin melibatkan hati

yang boleh menyebabkan jaundis.

Penyakit bawaan tikus ini mula menggemparkan rakyat Malaysia pada tahun 2010 yang lalu.

Pahang menjadi tarikan media apabila dilaporkan 6 orang telah meninggal dunia akibat dijangkiti

bakteri leptospirosis dan melioidosis di lokasi Lubuk Yu, Maran. Kemudian ianya menular ke

negeri Kedah apabila seorang lagi mangsa disahkan maut manakala 3 lagi dimasukkan ke

hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ianya berlaku selepas mereka menyertai perkelahan di

3

Page 4: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling. Terdapat satu lagi kes yang membabitkan 6 orang tahanan

warga Myanmer di Depoh Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang.

Akibat daripada kebimbangan terhadap risiko penyakit ini, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk

Seri Liow Tiow Lai mengumumkan wabak leptospirosis dikategorikan sebagai penyakit wajib

lapor di mana maksudnya setiap kes yang berlaku perlu dilaporkan kepada kakitangan

Kementerian Kesihatan. Tujuannya adalah untuk memantau dan mengawal keadaan sebenar

penyakit berkenaan di negara ini. Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan pantas

memberi respon terhadap wabak ini kerana jika dibiarkan ianya akan menimbulkan ketakutan

dan juga spekulasi di kalangan masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan akan merebak

ke seluruh dunia.

Penularan wabak ini mendatangkan kebimbangan di kalangan masyarakat yang jarang

mengambil tahu tentang kepelbagaian wabak yang dibawa oleh haiwan zoonosis. Namun

demikian apabila berlaku banyak kes yang melibatkan penyakit ini di kebanyakan negeri di

Malaysia, masyarakat mula sedar tentang kewujudan penyakit. Disebabkan itu banyak laman –

laman web mahupun artikel – artikel di akhbar yang memberi pendedahan kepada masyarakat

tentang latarbelakang serta faktor – faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit ini.

4

Page 5: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

FAKTOR – FAKTOR PENULARAN WABAK

Wabak leptospirosis boleh berlaku kepada golongan pekerja yang bekerja di ladang, sawah,

penternakan haiwan, kawasan setinggan mahupun tapak pembinaan terutamanya projek

terbengkalai. Hal ini berikutan kawasan – kawasan tersebut terdedah kepada kekotoran dan

menjadi tempat pembiakan haiwan zoonosis yang gemarkan kekotoran terutamanya tikus.

Kurangnya pengawasan ke atas isu kebersihan di kawasan – kawasan tersebut menyebabkan

timbulnya penyakit berjangkit dan memberi kesan kepada manusia.

Wabak ini berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan telah menular ke merata tempat di dunia.

Namun demikian, menurut Bharti et al. (2003) penyakit ini lebih banyak ditemui menular di

kalangan penduduk di negara Tropika kerana kurangnya kesedaran di kalangan masyarakatnya

dengan penyakit ini serta faktor – faktor penularannya. Tambahan pula dengan sikap manusia

yang tidak mengambil kira tentang faktor kebersihan di mana sesuka hati mengambil makanan

atau minuman yang dicemari dengan air kencing tikus dan akhirnya peluang untuk terkena

penyakit ini adalah tinggi. Umumnya pada musim banjir, bilangan tikus akan meningkat dan

sama – sama menghuni kawasan yang selamat bersama manusia dan secara tidak langsung risiko

keterdedahan kepada leptrospirosis adalah tinggi.

Walaupun kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini akan sembuh, tetapi tanpa

rawatan yang segera akan boleh menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun dengan

perkembangan perubatan moden kini, wabak leptospirosis dapat dikawal. Pesakit yang mendapat

5

Page 6: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

jangkitan bakteria yang serius akan dirawat dengan penggunaan ubat antibiotik seperti

Doxycycline, Erythromycin, Penicillin, Cefotaxime dan Ceftriaxone untuk memendekkan tempoh

penyakit dan mengurangkan pengeluaran bakteria leptospirosis di dalam air kencing pesakit.

Kebiasaannya rawatan ini dijangka hanya mengambil masa antara lima hingga tujuh hari (Bintu

Rasyada, 2010)). Namun demikian, penjagaan sokongan perlu diberikan kepada pesakit yang

mengalami kegagalan buah pinggang. Para pesakit ini mungkin memerlukan rawatan untuk

mencuci buah pinggang melalui dialisis, bantuan sokongan pernafasan, pemindahan darah dan

seumpama dengannya.

6

Page 7: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

KESIMPULAN

Meskipun penularan wabak leptospirosis di Malaysia dapat dikawal, tetapi sekiranya langkah –

langkah pencegahan tidak praktikkan akan menyebabkan epidemic ini kembali merebak.

Meskipun penyakit ini mempunyai penawarnya tetapi jika terlambat didiagnos akan

menyebabkan kematian. Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai

agensi dalam menangani wabak ini patut dipuji dan kerjasama daripada rakyat Malaysia harus

digemblengkan supaya isu ini tidak berterusan sehingga menjejaskan negara.

Wabak leptospirosis ini menimbulkan implikasi bukan sahaja kepada masyarakat malahan

ekonomi negara turut terjejas. Ini kerana apabila epidemik ini berlaku terutama melibatkan

kawasan – kawasan pelancongan misalnya seperti kes di Kedah, industri pelancongan akan

terjejas berikutan ketakutan orang ramai untuk ke tempat tersebut. Sekiranya tiada tindakan yang

diambil maka kawasan pelancongan tersebut akan terbiar dan negara akan kehilangan satu lagi

pusat tarikan pelancongan. Dalam masa yang sama imej negara juga akan terjejas di mata

pelancong – pelancong asing berikutan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Sehubungan dengan itu, masyarakat juga perlu prihatin dengan penjagaan kesihatan dan juga

kebersihan kerana kedua – duanya saling berkaitan di antara satu sama lain. Sikap segelintir

warga Malaysia yang sering memandang ringan isu kebersihan bagaikan menjadi satu budaya

yang akhirnya menimbulkan epidemik serius sehingga menimbulkan perasaan panik di kalangan

masyarakat. Kebersihan sangat berkait rapat dengan kesihatan diri kerana tanpa kebersihan

7

Page 8: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

seseorang akan mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan wabak leptospirosis adalah salah satu

daripadanya. Ini kerana haiwan zoonosis yang menjadi perantara wabak misalnya tikus

merupakan haiwan yang kotor baik dari segi pemakanan mahupun tempat tinggalnya. Maka

tidak hairanlah jika tikus mampu menyebarkan wabak yang boleh mendatang maut terutamanya

kepada manusia.

Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa hubungan yang kompleks antara manusia dengan

mikroorganisma patogenik seperti virus, bakteria dan parasit tidak dapat dielakkan dalam usaha

mana - mana pihak seperti Kementerian Kesihatan Malaysia untuk merangka program

pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Manakala secara tidak langsung, pendekatan

epidemiologi, ekologi kesihatan dan sosiobudaya perlu dilihat secara holistik dalam usaha

merangka polisi serta program kesihatan bagi keseluruhan penduduk. Harus dinyatakan juga

bahawa ekologi manusia berkait rapat dengan ekologi penyakit manakala ekosistem manusia itu

pula menentukan persekitaran kehidupan yang sihat untuk dijadikan tempat tinggal yang selesa

lagi aman.

8

Page 9: Jka 316 - Budaya & Epidemiologi Penyakit (Rohaizi)

BIBLIOGRAFI

Ashford, D., Kaiser, R., Spiegel, R. & Perkins, B. (2000). Asymptomatic Infection and Risk

Factor for Leptospirosis in Nicaragua. American Journal of Tropical Medicine and

Hygiene, Vol. 63, pp. 249 – 254

Bintu Rasyada A. Rahman, (2010). Lestospirosis Undang Derita. Artikel Kesihatan, Utusan

Malaysia, rujuk laman web - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Bharti, A., Nally, J. & Ricaldi, J., (2003). Leptospirosis: A Zoonotic Disease of Global

Importance. Journal of Public Health, Vol. 43, pp. 89 – 93

Fatan, H.Y. (2005). Kemunculan Penyakit Berjangkit dan Kesannya Terhadap Manusia Di

Malaysia. Laporan Penyelidikan Universiti Sains Malaysia, No. 23, pp. 153 – 168.

Hafizah Iszahanid, (2010). Bahaya Kencing Tikus. Berita Harian, 4 April 2010. Rujuk laman

web - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index

Wikipedia. Rujuk laman web - http://ms.wikipedia.org/wiki/Epidemiologi

9