Kata Majmuk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fd

Citation preview

  • KATA MAJMUKCikgu Normila@DYSS

  • PEMAJMUKANPemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.

  • PEMAJMUKANPerlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya: Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

  • PEMAJMUKANProses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu: Umum Istilah Kiasan/peribahasa

  • KATA MAJMUK UMUMKata majmuk biasa Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari Kata Majmuk Gelaran Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar

  • Senaraikan tiga kata majmuk umum..

  • KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUSKata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus. Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja

  • Senaraikan tiga kata majmuk khusus..

  • KATA MAJMUK KIASANKata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya: Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

  • Senaraikan tiga kata majmuk istilah..

  • PEMAJMUKANAda juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.

  • PEMAJMUKANDua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan.

    Misalnya, cantikjelita bererti sangat cantik hancur lebur bererti hancur sama sekali sunyi sepi bererti sangat sunyi

  • BENTUK KATA MAJMUKKata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.

    Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari,kekuda, dan sebagainya.

  • BENTUK KATA MAJMUKBeberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

  • BENTUK KATA MAJMUKDari segi bentuknya, kata majmuk terbahagikepada beberapa kelas seperti yang berikut : kata nama majmukkata bilangan majmukkata adjektif majmukkata kerja majmukkata sendi majmukkata keterangan majmukkata hubung majmuk

  • JENIS KATA MAJMUKContoh kata nama majmuk : air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, hak cipta.

  • JENIS KATA MAJMUKContoh kata bilangan majmuk : tiga puluh, dua pertiga, dua ratus lima puluh.

  • JENIS KATA MAJMUKContoh kata adjektif majmuk : aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, kelam kabut.

  • JENIS KATA MAJMUKContoh kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada.

  • TUGAS KATA MAJMUKKata majmuk mempunyai dua tugasseperti yang berikut: menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)

    lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)

    dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

  • TUGAS KATA MAJMUKKata majmuk mempunyai dua tugasseperti yang berikut: mengubah kelas kata dasar. Contohnya : apa + bila (kata ganti tanya) (kata keterangan tanya) apabila (kata hubung)

    alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim ulama (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)

  • RUJUKAN :http://skhk8k.tripod.com/bm/ayattunggalmajmuk.htm

    http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm