Click here to load reader

Ayat Majmuk pancangan

  • View
    174

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of Ayat Majmuk pancangan

KATA HUBUNG

[email protected]

Bagaimanakah perasaan kamu semasa membaca e-mel kiriman abang?

Ayat indukAyat kecil

KATA HUBUNGBertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berlapis atau ayat majmuk.

Ia boleh hadir di awal atau di tengah ayat.Contoh Kata Penghubung :dansambilwalaupunkeranalalusupayajikaatautetapihttp://youtu.be/CRkNMweIqcw

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ ayat kecil disambungkan dengan ayat yanglebih panjang.Kata Hubung PancanganContoh ayat :

Ayat induk :Saya akan ke rumah awak.Ayat kecil:Hari tidak hujan.Saya akan ke rumah awak jika hari tidak hujan.

KATA HUBUNG PANCANGANsebabsupayakalauwalaupunsemasasetelahsebelumselama

SEBAB / KERANADigunakan untuk menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu musabab atau akibat.Tangannya patah sebab jatuh daripokok.Dia memakai kaca mata keranamatanya rabun.Budak kecil itu menangis sebabduitnya hilang.

KALAU / JIKA / JIKALAUDigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.Dia menggunakan payung kalau hari hujan.Beliau akan ke Makkah jikalau wang simpanannya sudah mencukupi.Shafiq akan menyertai bengkel itu jika permohonannya diterima.

SUPAYA / AGARDigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tujuan yang tertentuOrang tua itu sentiasa berdoa supaya anak-anaknya hidup bahagia.Luqman belajar bersungguh-sungguh agar lulus peperiksaan dengan cemerlang.Erlina memakai payung di tengah hujansupaya bajunya tidak basah.

WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUNDigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.Dia masih nakal walaupun telah dinasihati Be berapa kali.Abang Aidil masih tekun menelaah pelajaran sekolahnya sungguhpun hari sudah lewat malam.Perempuan tua itu tetap bekerjameskipun badannya sudah uzur.

SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKADigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan serentak.Ayah sudah berada di rumah semasa kami tiba.Kata datuknya, beliau dilahirkan sewaktu peperangan Jepun bermula.Saya dan Suhail berada di situ tatkalaterjadinya peristiwa itu.

SESUDAH / SETELAH / SELEPASDigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.Dia mahu bercakap dengan saya sesudah saya memohon maaf.Pemuda biadab itu beredar dari situ sesudah orang kaya itu mengusirnya.Anggota-anggota bomba pulang ke balai sesudah berjaya memadamkan kebakaran itu.

SEBELUMDigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.Nelayan tua itu membaca doa sebelumturun ke laut.Petani-petani itu menggemburkantanah batasnya sebelum menaburbenih sayur.Anak kesayangan Encik Ismail itumenggosok gigi sebelum masuk tidur.

SELAGI / SELAMADigunakan bagi menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.Dia berhasrat untuk menginap terus dihotel itu selagi dia mempunyai wang.Kehidupannya tidak akan bahagiaselagi dia belum insaf akan kesalahanyang dilakukanya.Wanita itu tidak mahu tidur selamasuaminya belum pulang.16

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ Menggunakan kata hubungan bahawa dan untuk Komplemen bermakna pelengkap. ~ Klausa komplemen adalah klausa yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi melengkapkan klausa tersebutAyat Pancangan KomplemenContoh ayat :

Dia memberitahu sesuatu.Giginya sakit Ayat induk Klausa kecilDia memberitahu bahawa giginya sakit.BAHAWA Ayat IndukKlausa KomplemenDia memberitahumembeli baju baruDia memberitahu bahawa dia membeli baju baharu.Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.Dia memberitahu bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur esokDia menerangkanmurid itu sakit.Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.Projek mega itu gagal( perkara ) adalah tidak tepat.Bahawa projek mega itu gagal adalah tidak tepat.UNTUK Ayat IndukKlausa KomplemenAli melakukannya(perkara ) sangat sukar.Untuk Ali melakukannya sangat sukar.Perkara itu amat senang.Dia lulus ujian.Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.Mengatakan dia mencuri barang(perkara ) itu adalah mustahilUntuk mengatakan dia mencuri barang itu adalah mustahil

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubung yang sesuai.sebelumketikawalaupunkeranaselagiselagijikasetelahtatkala1.Dia tetap pergi ke sekolah _________ sakit perut.

2.________ awak tidak keberatan, datanglah ke rumah saya esok.

3.Pipi kirinya bercalar _________ dicakar oleh kucing liar.

walaupunJikakerana1.Sudin belajar dengan rajin.Dia gagal di dalam peperiksaan.

2.Adik masuk tidur.Adik akan menggosok giginya dahulu.

3.Sarah lulus peperiksaan.Perkara itu tidak mustahil.Walaupun Sudin belajar dengan rajin dia tetap gagal di dalam peperiksaan.Sebelum masuk tidur, adik menggosok giginya dahulu.Untuk Sarah lulus peperiksaan itu tidaklah mustahil.4.Ibu menasihatkan saya.Baju kurung itu terlalu mahal.

Aliah menulis laporan itu. Perkara itu bukan mudah.

Ibu menasihatkan saya bahawa baju kurung itu terlalu mahal.Untuk Aliah menulis laporan itu bukanlah mudah.Aktiviti BerpasanganBina 5 potong ayat pancangan komplemen berdasarkan gambar berikut ini.

Lengkapkan latihan di Buku Aktiviti Hal 8 & Lembaran Kerja