Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

  • Upload
    mie-isa

  • View
    2.602

  • Download
    252

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

    1/6

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG

    JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG

    _______________________________________________________________________________

    KERTAS CADANGAN

    Tajuk:Pembinaan 4 Gelanggang Petanque

    Disedia dan Dibentang oleh:

    Pn Sharifah Raudzah binti Syed Junid

    Unit:Koperasi

    Tarikh Pembentangan:18 Januari 2013

    Tempat:Bilik Pusat Sumber SMK Pasir Gudang

    Status Kertas Cadangan Yang Dibentangkan:

    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    ____________________ Nama dan Cop Ketua Jabatan(Tandatangan)

    1. Nama Program Pembinan 4 Gelanggang Petanque

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

    2/6

    2. Pendahuluan Petanque sememangnya sinonim dengan Angkatan

    Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa). Sehubungan

    itu Angkasa akan terus menjadikan sukan petanque

    sebagai acara rasmi pertubuhan koperasi itu selepas 22

    kali menganjurkan temasya sukan itu sejak 1990.

    Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah

    berkata, konsep permainan sukan itu juga sejajar dengan

    falsafah koperasi yang memerlukan kerjasama

    berpasukan untuk mencapai kejayaan.

    Katanya, keistimewaan sukan itu terletak pada

    kehebatan pasukan yang bertanding melalui kekuatan

    fizikal dan mental selain sesuai disertai semua peringkat

    umur.

    Angkasa akan berusaha memperkenalkan sukan yang

    kurang popular itu di peringkat komuniti selain

    menggalakkan penyertaan daripada koperasi sekolah

    dan dewasa dalam pertandingan yang akan diadakan

    setiap tahun.

    3. Rasional Petanque boleh dianggap sejenis permainan yang

    mudah dipelajari dan murah perbelanjaannya.

    Sebagiamana sedia maklum, antara permainan yang

    pernah dimainkan atau dilihat oleh kita semasa kecilialah permainan guli. Permianan petanque boleh

    diibaratkan sebagai guli orang dewasa dan ianya mudah

    untuk dimainkan. Badminton juga mudah dimainkan

    pada peringkat permulaan tetapi menjadi lebih teknikal

    dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menjadi

    seorang yang profesional berbanding sukan petanque

    yang boleh dimainkan pada semua jenis permukaan

    kecuali simen dan tar serta tidak terikat dengan

    gangguan angin. Dari segi bilangan pemain pula, sukan

    petanque boleh dimainkan secara perseorangan, berguatau bertiga. Akhirnya, mudah-mudahan sukan petanque

    menjadi sukan yang paling digemari dalam kalangan

    masyarakat seluruhnya.

    4. Isu Pihak sekolah telah menubuhkan Kelab Permainan

    Petanque. Ramai pelajar yang berminat untuk menyertai

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

    3/6

    Kelab ini sehingga ahlinya hampir 50 orang. Malangnya

    SMKPG tiada gelanggang khusus untuk bermain

    petanque. Pelajar hanya menggunakan kawasan kecil

    antara Koperasi dan Bilik SRT untuk berlatih dan

    mengadakan pertandingan dalaman dan setiap tahun

    menghantar wakil untuk peringkat daerah. Itu pun

    hanya sebahagian kecil pelajar sahaja yang terlibat.

    5. KRA & KPI Semua ahli Kelab Permainan Petanque dapat mencuba

    dan merasai pengalaman bermain petanque bagi

    mencari bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah.

    6. Matlamat Semoga dengan adanya gelanggang petanque itu nanti

    dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada ahli

    di samping dapat mengerat dan mengukuhkan

    kerjasama antara ahli. Melalui permianan ini juga dapat

    mencungkil potensi diri ahli dalam melahirkan pemainyang berkaliber.

    7. Objektif 7.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat untukberjaya di dalam jiwa warga SMK Pasir Gudang

    7.2 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukanantara ahli dan seterusnya dapat mengeratkanperpaduan

    7.3 Mewujudkan kerjasama antara ahli, warga sekolah

    dengan pihak lain melalui perlawanan persahabatanmahupun peringkat sekolah, daerah dan negeri.

    7.4 Mencungkil kreativiti dan inovasi dalam kalanganpelajar

    7.5 Melahirkan modal insan yang mempunyai jati diriyang kental menghadapi abad ke-21.

    8. Penganjur Koperasi SM Pasir Gudang JB Bhd

    9. Tempat Kawasan lapang antara Makmal Bahasa dan MakmalKomputer

    10. Tempoh Perlaksanaan 5 hari

    11. Kumpulan Sasaran Ahli Kelab Permainan Petanque khususnya dan SemuaWarga SMK PG amnya.

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

    4/6

    12. Sumber KewanganAnggaran Perbelanjaan SUMBER KEWANGAN DARIPADA KOPERASI

    Anggaran Perbelanjaan 4 Gelanggang

    12.1 Quary dust (20 tan x RM40) RM 800.00

    12.2 Batu (30 tan x RM50) RM 1500.00

    12.3 Kasaran (40 tan x RM50) RM 2000.00

    12.4 Tembok (batu curve 2) RM 600.00

    JUMLAH RM 4900.00

    13 Jawatankuasa Program Jawatankuasa Pembinaan gelanggang petanque

    Pengerusi : Pn. Hajah Salleha Binti Abd KaharPengetua Cemerlang

    Timbalan : En. Mohd Suhaimi Bin Mat Isa

    Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum

    Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Saleha binti WahabPen. Kanan Pentadbiran

    Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Ali Bin HarunPenolong Kanan HEM

    Naib Pengerusi 3 : Pn. Rodziah Binti YahyaPenolong Kanan Petang

    Penyelaras : Pn. Sharifah Raudzah binti SyedJunid

    Pen. Penyelaras : Pn. Fazura binti Abd Ghani

    Setiausaha : Pn. Hidayah binti Sanusi

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

    5/6

    14 Penilaian Program

    15. Proses Perlaksanaan15.1 Membuat Kertas Cadangan (10 Januari 2013)

    15.2 Mendapatkan kelulusan daripada PengerusiKoperasi dalam Mesyuarat Koperasi kali

    pertama 2013 (18 Januari 2013)

    15.3 Mendapatkan sebut harga daripada beberapa

    Kontrakror (2025 Januari 2013)

    15.4 Mengenal pasti kontraktor yang layak melalui

    perbincangan dengan Pengerusi dan Timb.

    Pengerusi (30 Januari 2013)

    15.5 Kerja-kerja pembinaan dimulakan (1 Februari

    2013)

    15.6 4 gelanggang petanque dijangka siap

    Sepenuhnya (5 Februari 2013)

    16. Tentatif Program

    17. Perincian Program

    18. Penutup Diharapkan impian untuk mempunyai gelanggang

    petanque sendiri yang berkualiti dan selesa akan

    menjadi kenyataan. Semoga dengan adanya gelanggang

    petanque yang baik dapat mencungkil potensi diri ahli

    dan melahirkan lebih ramai pemain petanque yang

    berkaliber dan berkualiti serta menaikkan imej SMKPG

    Disediakan oleh , Disokong oleh , Disahkan oleh ,

    __________________ ____________________ ____________________

    PN SH RAUDZAH BT SY JUNID EN MOHD SUHAIMI B MAT ISA PN HAJAH SALLEHA BT ABD KAHASETIAUSAHA KOPERASI PEN. KANAN KOKURIKULUM PENGETUA CEMERLANG

  • 8/12/2019 Kertas Kerja Pembinaan Gelanggang Petanque

    6/6

    SMK PASIR GUDANG SMK PASIR GUDANG SMK PASIR GUDANG