Kertas Kerja Permainan Kecil

Embed Size (px)

Citation preview

InstitutPendidikanGuruKampusPulau PinangInstitutPendidikanGuruKampus PulauPinangInstitutPendidikanGuruK ampusPulauPinangInstitutPendidikan GuruKampusPulauPinangInstitutPendi dikanGuruKampusPulauPinangInstitut PendidikanGuruKampusPulauPinangI nstitutPendidikanGuruKampusPulauPi INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS nangInstitutPendidikanGuruKampusP PULAU PINANG ulauPinangInstitutPendidikanGuruKa KERTAS KERJA PERMAINAN KECIL KANAK-KANAK (MUSANG DAN mpusPulauPinangInstitutPendidikanG AYAM) ANTARA KELAS IPG KAMPUS PULAU PINANG uruKampusPulauPinangInstitutPendid ikanGuruKampusPulauPinangInstitutP endidikanGuruKampusPulauPinangIns titutPendidikanGuruKampusPulauPin angInstitutPendidikanGuruKampusPul

PERMAINAN KECIL MUSANG DAN AYAM

1. MATLAMAT Matlamat permainan kecil ini dijalankan adalah untuk menjalankan ujian amali. Terdapat empat komponen yang diuji dalam permainan kecil ini iaitu ketangkasan, daya tahan kardiovaskular, daya dayan otot dan kepantasan. Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif. Selain itu permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan seseorang dengan melakukan pergerakan yang melibatkan empat komponen seperti yang dijelaskan disamping melakukan gerakan yang merangkumi pergerakan lokomotor. Justeru itu,seseorang individu dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. OBJEKTIF Permainan kecil ini membantu peserta mencapai perkembangan yang

menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Berikut merupakan objektif permainan kecil ini dijalankan: 1. Memperkenalkan permainan kecil kepada peserta 2. Menguji daya tahan kardiovaskular 3. Menguji daya tahan otot 4. Memupuk sikap kerjasama antara ahli kumpulan 5. Menerapkan nilai-nilai murni serta semangat kesukanan

6. Meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan 7. Melibatkan koordinasi otot-saraf, kelajuan, dan ketangkasan

3. TARIKH Amali permainan kecil ini akan dijalankan pada 28/03/2010 4. JANGKA MASA Jangka masa yang diperlukan untuk meghabiskan satu set permainan 10 15 minit 5. TEMPAT Tempat yang dipilih ialah padang IPG Kampus Pulau Pinang. Tempat ini sesuai dijalankan kerana faktor lantainya yang mempunyai rumput. Perkara ini menyebabkan keselamatan peserta lebih terjamin berbanding jika sekiranya aktiviti permainan kecil ini dilaksanakan di kawasan yang bersimen. 6. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran ialah kumpulan PPSIMP ambilan Jun 2010, kelas 2 MU 1 dan 2 MU 2 sahaja kerana memudahkan segala pengelolaan dan pelaksanaan aktiviti. 7. BILANGAN PESERTA Setiap kelas terdiri daripada lima kumpulan. Pecahan kumpulan mengikut kelas. Satu kumpulan mewakili musang manakala empat kumpulan yang berikutnya mewakili ibu ayam dan anak ayam.

8. JAWATANKUASA KERJA PENAUNG En Khoo Tiang Oon selaku pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan IPG kampus Pulau Pinang. PENGERUSI Mohd Faiq Bin Ab Latif NAIB PENGERUSI Muhammad Helmi Bin Abd Razak SETIAUSAHA Muhd Zimam Bin Mohd Nawi AJK PERALATAN Muhammad Hafiz Bin Ismail

9. SENARAI NAMA PESERTA (Sila rujuk Lampiran)

10. SENARAI SEMAK GERAK KERJA Sebelum BIL SENARAI SEMAK SEBELUM PERLAKSANAAN PERMAINAN 1 Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan 2 Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing 3 4 Membuat kertas kerja Menghantar kertas kerja kepada pensyarah pembimbing dan diluluskan YA TIDAK CATATAN

Semasa BIL SENARAI SEMAK SEMASA PERLAKSANAAN PERMAINAN YA TIDAK CATATAN

1 2 3

Memastikan keadaan kesihatan pelajar Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa

4

Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul

5 6 7 8

Penyemakan alatan Mengambil kehadiran pelajar Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan

9

Memberi penerangan tentng aktiviti yang akan dijalankan

10

Memastikan bahawa guru menjalankan demontrasi permainan

11 12

Memastikan keadaan gelanggang selamat Pengadil mestilah berada di kawasan permainan sepanjang permainan berlangsung

Selepas BIL SENARAI SEMAK SELEPAS PERLAKSANAANPERMAINAN 1 2 3 4 Post Mortem Mengemas kawasan gelanggang Menyimpan semula alatan yang digunakan Membuat refleksi terhadap perlaksanaan permainan YA TIDAK CATATAN

11. PERINGKAT PENJELASAN Bentuk Permainan Nama Permainan Kawasan Permainan : Musang Dan Ayam : Padang IPG Kampus Pulau Pinang

Bilangan Pemain Setiap Kumpulan : Alatan : Batu sebagai kunci

Apresiasi Permainan Peraturan Permainan : 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi watak musang, ibu ayam dan anak ayam. 2. Watak musang hendaklah merebut anak ayam daripada ibu ayam disamping ibu ayam melindungi anaknya. Langkah Keselamatan : 1. Pemain dikehendaki memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Pemain diwajibkan memakai seluar sukan. 3. Kawasan permainan dipastikan terlebih dahulu jauh dan terlindung daripada bendasing yang mengakibatkan kecederaan seperti kaca, paku dan sebagainya.

Pengubahsuaian Permainan : Permainan dijalankan mengikut kumpulan. Variasi : Menggunakan batu sebagai kunci dalam permainan.

Kesedaran Taktikal Prinsip Pergerakan : 1. Koordinasi mata dan pergerakan 2. Pemain watak musang fokus kepada anak ayam. Pemain watak ibu ayam fokus kepada Musang 3. Kemahiran mengubah arah pergerakan 4. Pergerakan badan mengikut lawan. Pemain watak musang mengikut hala tuju pergerakan pemain watak anak ayam, manakala pemain watak ibu ayam mengikut hala tuju pemain watak musang. Ruang dan Masa : 1. Saiz gelanggang mengikut terpulang kepada pemain tetapi hendaklah berada dalam kawasan padang. 2. Permainan tamat mengikut masa ataupun apabila pemain watak musang Berjaya menangkap pemain watak anak ayam. Situasi dan Hala Tuju :

1. Menggunakan pelbagai taktik untuk merebut anak ayam 2. Strategi menyusun ahli kumpulan 3. Kemahiran mengubah arah pergerakan 4. Menggunakan taktik untuk melindungi ahli kumpulan Kesan Kelemahan : 1. Pemain watak musang gagal merebut pemain watak anak ayam 2. Pemain watak ibu ayam gagal melindungi pemain watak anak ayam

Membuat Keputusan Apa dan Kenapa Perlu Dilakukan : 1. Menilai situasi cara yang digunakan untuk menyerang 2. Menilai situasi cara untuk melindungi Pelaksanaan Kemahiran Kemahiran ketangkasan : Teknik mengubah arah pergerakan 1. Pemain watak musang akan bergerak sama ada ke kiri, ke kanan, atau ke hapadan untuk merebut pemain watak anak ayam 2. Pemain watak ibu ayam akan bergerak sama ada ke kiri, ke kanan, atau ke hadapan untuk melindungi pemain watak anak ayam

Penilaian Prestasi diambil kira terhadap pemain watak musang yang berjaya menangkap pemaian watak anak ayam

12. SENARAI ALATAN Gelanggang bola keranjang / astaka / lapangan yang agak luas / padang PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN Pelan Kedudukan Pelaksanan Permainan GELANGGANG PERMAINAN Padang IPG

KEDUDUKAN PEMAIN

Musang Ibu Ayam

= =

Anak Ayam =

Langkah-langkah pelaksanaan Permainan 1. Setiap kumpulan terdiri daripada 8-10 pemain dan setiap kumpulan mepunyai seorang yang akan menjadi musang dan ibu ayam dan selebihnya adalah anak ayam. 2. Permainan dimulakan dengan dialog dan lakonan antara ibu ayam dan musang. 3. Ibu ayam meminta kunci pada musang 4. Selepas musang memberi kunci, ibu ayam dan anak-anaknya pergi bersiar-siar. 5. Tiba-tiba kunci rumah hilang dan ibu ayam pergi mencari musang untuk meminta kunci lagi. 6. Musang menjadi marah dan menginginkan seekor anak ayam sebagai pengganti. 7. Musang merebut anak ayam yang berlindung di belakang ibu ayam. 8. Ibu ayam hendaklah menjaga anak-anaknya daripada direbut oleh musang. 9. Permainan tamat apabila musang berjaya menangkap anak ayam atau tamat masa permainan iaitu 15 minit.

Peraturan dan Syarat-syarat Permaian. Penyertaan i. Peserta terdiri daripada pelajar kumpulan PPISMP kelas 2 MU 1 dan 2 MU 2 ii. Bilangan peserta dari setiap kumpulan adalah seramai lapan hingga 10 orang. Format pertandingan i. Kalah mati ii. Masa yang diberi hanya 15 minit iii. Kemenangan diberikan kepada musang apabila musang berjaya menangkap anak ayam iv. Kemenangan diberikan kepada ayam sekiranya musang tidak dapat menangkap anak ayam sehinggalah masa berakhir. Pakaian Setiap kumpulan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai iaitu pakaian sukan. Pemakaian kasut adalah diwajibkan.

y y

Keselamatan Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

y

y

Pastikan jarak pemain antara kumpulan lain pada jarak yang sesuai bagi mengelakkan sebarang kemalangan ataupun pelanggaran yang serius.

y

Pakaian yang digunakan mestilah sesuai (pakaian sukan yang lengkap).

13. ANGGARAN BELANJAWAN Bil. Perkara Minum petang y Pelajar: 1 y Guru Minuman 4 Makanan (Mi Goreng) JUMLAH 14.00 RM 69.00 RM 3.50 x 4 = RM Minuman 70 Makanan (2 jenis kuih) 35.00 Kuantiti Catatan Air Oren untuk 70 orang = RM 20 Rm 0.50 x 70 = RM

Tempahan di kafeteria IPG Banner (cetakan PVC) 2 y y Gerbang IPG Backdrop pentas

1 1

RM 50 x 2 = RM 100

JUMLAH RM 169

14. JADUAL / TENTATIF PROGRAM MASA 8.00 pagi PERKARA / AKTIVITI Pendaftaran dan para peserta berkumpul di lapangan hadapan gim 8.15 pagi Perasmian pembukaan oleh Penyelaras Permainan, Encik Khoo Tiang Oon 8.30 pagi 9.00 pagi 9.15 pagi Permainan Musang dan Ayam Rehat Perasmian penutup oleh Penyelaras Permainan, Encik Khoo Tiang Oon 9.30 pagi 10.00 pagi Penyampaian hadiah Bersurai

15. SPESIFIKASI TUGAS

Bil. Perkara 1. 2. Tempahan makanan Tempahan banner dan flyers pen

Guru Bertugas Mohd Faiq bin Ab. Latif Muhammad Helmi bin Abd Razak

3.

Penyediaan tempat jamuan y Minum petang (Msquare) Meja pelajar Meja Pensyarah/VIP

y

Muhamed Zimam bin Mohd Nawi

y

Mohd Faiq bin Ab. Latif

y

Muhammad Hafiz bin Ismail

4.

Pemasangan banner

Muhammad Helmi bin Abd Razak

5.

Sambutan VIP y Hiasan tempat duduk pensyarah/VIP

Muhammad Hafiz bin Ismail

16. PENUTUP Melalui permainan kanak-kanak Musang dan Ayam ini, pelajar-pelajar dapat belajar beberapa kemahiran asas. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah: 1. Kemahiran Ketangkasan 2. Kemahiran Kepantasan Melalui penerapan ini, pelajar-pelajar dapat menggunakan kemahiran ini dalam sukan atau permainan yang melibatkan ketangkasan. Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut. Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar. Selain itu, melaui permainan Musang dan Ayam ini juga dapat meningkatkan konsentrasi para pelajar. Hal ini kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menangkap anak ayam mahupun melarikan diri

daripada pihak musang. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak Musang dan Ayam bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

BIBLIORGRAFI Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (7th Edision, St Louis: VC Mosby Pangrazi dauer (1995), Dynamic Education For Elementery School Children ; 11th United states of Amarica allyn and Bacon Inc Pauline Wetton (1987) Bright Idea Games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications Ltd P.Y Ramakrisnan (1998), Pendidikan Pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan Fajar Bakti Teng Boon Tong (1992), Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah, Edisi Kedua, Selangor, Siri Pendidikan Longman Vasudevan T. Arasoo (1991), Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-sekolah Rendah, Selangor, Siri Pendidikan Fajar Bakti

LAMPIRAN

DIALOG DAN AKSI PERMAINAN KECIL MUSANG DAN ANAK AYAM

Babak 1: Dialog antara ibu ayam dan musang semasa ibu ayam meminta kunci kepada musang. Ibu ayam Musang ; Hai musang! Aku perlukan kunci rumah. : (Sambil menghulurkan kunci) Jaga kunci ini baik-baik. Kalau hilang, anak-anak kau menjadi ganti! Ibu ayam Babak 2 : Ibu ayam dan anaknya pergi bersiar-siar secara berbaris dan berhenti pada satu tempat dan memberi kunci kepada anaknya yang berbaris di belakangnya. Seterusnya, kunci itu diberikan kepada anak ayam seterusnya sehingga kepada anak ayam yang terakhir. Seterusnya, anak ayam yang terakhir akan membuang kunci tersebut. Selepas itu, secara barisan, ibu ayam membawa anaknya pergi berjumpa musang dengan hajat untuk meminta kunci yang baru. Babak 3 : Dialog antara ibu ayam, anak-anak ayam, dan musang. Ibu ayam Musang : HmmmMusang Aku perlukan kunci rumah. : (Dengan nada kehairanan) Hah! Kan aku sudah beri sebentar tadi? : Ok! Aku akan jaga kunci ini dengan baik.

Ibu ayam Musang Ibu ayam

: Hmmm.sudahhilang.. : Macam mana boleh hilang? : (Sambil menunding jari kearah anak yang berada di belakangnya) Saya berikan kepada dia.

Seterusnya anak ayam menggunakan ayat yang sama seperti yang dikatakan oleh ibunya sambil menunding jari kearah belakang sehingga anak ayam barisan terakhir tetapi anak ayam tersebut menggunakan dialog yang berbeza. Kemudian berlakulah dialog antara musang dan anak ayam barisan terakhir.

Babak 4 : Dialog antara musang dan anak ayam barisan terakhir. Anak ayam Musang Anak ayam Musang Anak ayam Musang : (Dengan yakin dan beraninya) Saya campakkannya. : Campak kat mana? : Campak kat pelangi. : Macam mana nak ambil? : Guna tangga. : Kalau jatuh?

*Semua anak ayam : Padan muka! Hahahaha!

Setelah semua anak ayam berkata padan muka!, musang menjadi marah maka bermulalah permainan ini dimana musang perlu mendapatkan anak ayam untuk menjadi mangsa buruannya dan pada masa yang sama ibu ayam perlu melindungi anaknya.