17
KERTAS KERJA 1.0 TAJUK Permainan Kanak-Kanak ( Bola Tampar Duduk ) 2.0 PENGENALAN Kumpulan kami telah diarahkan untuk merancang permainan yang berkaitan dengan permainan mendinding atau menjaring. Setelah memahami konsep permainan ini, kami memilih untuk menggunakan kaedah menjaring sebagai permainan kami. Bagi menonjolkan kreativiti dalam jenis permainan yang bakal kami kendalikan, kami telah membuat pengubahsuaian terhadap permainan sukan yang telah sedia ada bagi menambahkan keseronokan dan bersesuaian dengan peringkat umur para peserta iaitu kanak-kanak. Permainan Bola Tampar Duduk ini telah diubahsuai dari permainan bola tampar yang selaras dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak di sekolah rendah. Gelanggang yang digunakan adalah gelanggang tenis kerana mempunyai jaring yang rendah sesuai dengan kaedah permainan ini iaitu dengan kaedah duduk.

Kertas Kerja Permainan Knk2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kkkkkk

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Permainan Knk2

KERTAS KERJA

1.0 TAJUK

Permainan Kanak-Kanak ( Bola Tampar Duduk )

2.0 PENGENALAN

Kumpulan kami telah diarahkan untuk merancang permainan yang berkaitan

dengan permainan mendinding atau menjaring. Setelah memahami konsep

permainan ini, kami memilih untuk menggunakan kaedah menjaring sebagai

permainan kami.

Bagi menonjolkan kreativiti dalam jenis permainan yang bakal kami

kendalikan, kami telah membuat pengubahsuaian terhadap permainan sukan yang

telah sedia ada bagi menambahkan keseronokan dan bersesuaian dengan

peringkat umur para peserta iaitu kanak-kanak.

Permainan Bola Tampar Duduk ini telah diubahsuai dari permainan bola

tampar yang selaras dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak di

sekolah rendah. Gelanggang yang digunakan adalah gelanggang tenis kerana

mempunyai jaring yang rendah sesuai dengan kaedah permainan ini iaitu dengan

kaedah duduk.

3.0 MATLAMAT

3.1 Permainan kanak-kanak ini adalah untuk memberikan pendedahan

tentang kaedah permainan kanak-kanak yang bakal dilaksanakan di

sekolah nanti.

3.2 Menyediakan asas kemahiran yang kukuh dalam bidang Pendidikan

Jasmani supaya bakal-bakal guru dapat mengaplikasikan kemahiran

ini kelak.

Page 2: Kertas Kerja Permainan Knk2

3.3 Memberikan para guru pelatih peluang untuk menguasai kemahiran

baru tentang konsep belajar sambil bermain pada masa kini.

3.4 Menyediakan asas permainan sukan kepada para murid di sekolah

berdasarkan permainan kanak-kanak yang diadaptasi dari permainan

atau sukan sebenar

4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-

1. Persembahan ini untuk mendedahkan bakal-bakal guru dengan permainan

kecil yang bersesuaian dengan pembelajaran yang berkonsepkan belajar

sambil bermain.

2. Melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran untuk menganjurkan

permainan kanak-kanak yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan

para murid di sekolah.

3. Permainan ini dijalankan dalam kalangan Guru Pelatih untuk mencungkil

bakat-bakat dan idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran serta

memberi pendedahan yang lebih meluas dan boleh digunakan pada masa

depan.

4. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri

para murid di sekolah

5. Menggalakan para murid menajamkan kemahiran mereka seperti kemahiran

menservis dan menampan bola

5.0 TARIKH

1 Oktober 2012

Page 3: Kertas Kerja Permainan Knk2

6.0 JANGKA MASA

1 hari

5 minit bagi setiap set permainan ( 2 set = 10 minit )

1 minit masa rehat

11 minit bagi setiap 1 perlawanan

7.0 TEMPAT

Gelanggang Tenis, IPGM Kampus Kota Bharu

8.0 KUMPULAN SASARAN

Kanak- kanak sekolah rendah Tahap 1 dan Tahap 2

( 8 – 12 tahun )

9.0 BILANGAN PESERTA

6 orang pemain termasuk 1 orang pemain simpanan

10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Muhamad Azhan Abu Hanifah

Naib Pengerusi : Nor Azlan Ahmad @ Ismail

Setiausaha : Mohd Zulkiefadly Mohd Zulkifli

Page 4: Kertas Kerja Permainan Knk2

AJK :

Peralatan : Mohd Hanif Kamaruddin

Persiapan Tempat : Mohd Muhaimin Nur Anuar

Dokumentasi : Mohamad Fikrie Ahmad Shaidi

Kebajikan : Nur Ridzwan Mohd Aziz

SENARAI NAMA PESERTA

( Rujuk Lampiran 1 )

SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PERMAINAN

Sebelum

Semasa

Selepas

( Rujuk Lampiran 2 )

SENARAI ALATAN

Bola

Page 5: Kertas Kerja Permainan Knk2

Gelung

Jaring ( Net )

Skittle (Kon)

Page 6: Kertas Kerja Permainan Knk2

PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Pelan kedudukan pelaksanaan permainan

Langkah-langkah pelaksanaan permainan

Peraturan dan syarat-syarat permainan

( Rujuk Lampiran 3 )

11.0 RUMUSAN

Melalui kertas kerja ini, saya dapat mempersiapkan diri sebelum ujian amali

pergerakan bermula. Sememangnya kertas kerja ini amat penting kerana banyak

maklumat dan pengetahuan baru yang saya perolehi ketika menyediakannya.

Bukan itu sahaja, latihan yang mencukupi adalah perlu untuk membina keyakinan

pada murid supaya pergerakan boleh dilakukan tanpa perasaan takut dan dengan

adanya pendedahan seperti ini, diharapkan murid sentiasa yakin untuk

melakukannya dengan perlakuan yang betul.

Bukan itu sahaja, dengan pengajuran permainan ini, diharapkan para guru

pelatih mendapat maklumat dan kemahiran yang berguna dalam menjalankan

aktiviti di sekolah nanti. Ia juga dapat mengasah bakat dan kemahiran asas para

murid bagi sesuatu permainan dan sukan sebenar kelak.

Page 7: Kertas Kerja Permainan Knk2

- PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN -

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN

Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 6 pemain termasuk 1 orang

pemain simpanan

Permulaan untuk menservis akan ditentukan dengan undian iaitu balingan

duit syiling. Kumpulan yang memenangi undian tersebut akan memulakan

servis dan dikenali sebagai ‘pihak mula’ manakala kumpulan yang kalah

dalam pengundiaan dikenali sebagai ‘pihak lawan’

Setiap peserta perlu menservis dan menampan bola hanya di dalam gelung

dan dalam keadaan duduk atau melutut

Jika pemain menservis atau menampan bola bukan dalam keadaan duduk

atau melutut, ‘fault’ akan dikenakan dan mata akan diberikan kepada pihak

sebaliknya

Mata akan diberikan apabila bola yang diservis oleh pihak mula tidak berjaya

ditampan dan dikembalikan semula pihak lawan dengan syarat bola jatuh

tidak melebihi garisan gelanggang perlawanan. Maka, pihak mula mendapat

mata. Begitula sebaliknya.

Mata juga akan diberikan kepada pihak lawan jika mereka berjaya

menampan bola yang dihantar oleh pihak mula dan kemudiannya tidak

berjaya ditampan kembali pihak mula. Begitula sebaliknya.

Jika bola yang ditampan oleh mana-mana pihak jatuh melebihi garisan

gelanggang, maka mata akan diberikan kepada pihak sebelah.

Setiap mata yang dikutip akan diberikan 1 mata

Masa perlawanan adalah selama 5 minit bagi 1 set permainan.

Perlawanan akan berhenti rehat selama 1 minit sebelum memulakan set

kedua

Perlawanan akan berlangsung dalam 2 set permainan iaitu selama 11 minit

termasuk masa rehat

- LAMPIRAN 3 -

Page 8: Kertas Kerja Permainan Knk2

Pemenang akan ditentukan melalui jumlah kutipan mata tertinggi bagi kedua-

dua set permainan

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan

rayuan tidak akan dilayan

Page 9: Kertas Kerja Permainan Knk2

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN

1. Permainan dimulakan dengan setiap ketua kumpulan dikehendaki untuk

memilih dan membuat undian masing-masing dengan menggunakan duit

syiling

2. Pengadil akan melambung duit syiling tersebut dan menyambutnya kembali.

Kumpulan yang memenangi undian tersebut (pihak mula) akan memulakan

permainan

3. Semua para peserta mengambil posisi masing-masing dengan duduk atau

melutut di dalam gelung.

4. Bola akan diservis oleh pasukan mula menuju ke pihak lawan. Pihak lawan

dikehendaki untuk membalas servis tersebut dengan menampan kembali ke

gelanggang pihak mula tanpa bola jatuh ke tanah

5. Jika bola yang diservis oleh pihak mula tidak dapat dibalas dan ditampan

pihak lawan, mata akan diberikan kepada pihak mula

6. Perlawanan akan berlangsung selama 5 minit bagi setiap set permainan dan

diberikan rehat selama 1 minit

7. Pemenang akan dikira melalui pungutan mata tertinggi selepas tamat

perlawanan

- LAMPIRAN 3 -

Page 10: Kertas Kerja Permainan Knk2

PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

- LAMPIRAN 3 -

GELANGGANG (KAWASAN) PERMAINAN

JARING (NET)

SKITTLE (KON) GELUNG

Page 11: Kertas Kerja Permainan Knk2

SENARAI NAMA PESERTA

SENARAI NAMA PESERTA PERMAINAN BOLA TAMPAR DUDUK

KELAS / PASUKAN :

NAMA KETUA PASUKAN :

BIL NAMA

NO KAD

PENGENALAN /

NO SURAT LAHIR

TANDATANGAN

1

2

3

4

5

* 6

* peserta simpanan

- LAMPIRAN 1 -

Page 12: Kertas Kerja Permainan Knk2

SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PERMAINAN

SEBELUM PELAKSANAAN PERMAINAN

BI

L

PERKARA TINDAKAN CATATAN

1 Kesempurnaan persiapan tempat - AJK persiapan

tempat

2 keselamatan dan persekitaran kawasan - AJK

persiapan

tempat

- pengerusi

3 Bilangan peralatan mencukupi atau tidak - AJK peralatan

4 Keselamatan penggunaan alatan - AJK peralatan

- pengerusi

5 Kewujudan peti kecemasan - AJK kebajikan

6 Kehadiran urusetia dan pengadil - pengerusi

7 Kehadiran peserta (pemain) - semua

urusetia

8 Kesihatan para peserta - AJK kebajikan

9 Taklimat perlawanan permainan - Pengadil

SEMASA PELAKSANAAN PERMAINAN

BI

L

PERKARA TINDAKAN CATATAN

1 Memotivasikan para peserta - pengerusi

2 Melakukan senaman ringan atau ‘warming

up’

- pengerusi

- LAMPIRAN 2 -

Page 13: Kertas Kerja Permainan Knk2

3 Pelaksanaan tugas oleh urusetia dan

pengadil

- pengerusi

4 Disiplin dan tingkah laku pemain - semua

urusetia

5 Kelancaran perlawanan - pengerusi

- semua

urusetia

6 Ketepatan masa perlawanan - pengadil

7 Perasaan para pemain - semua

urusetia

8 Langkah pelaksanaan permainan - pengadil

- setiausaha

9 Kewujudan peti kecemasan - AJK kebajikan

10 Pendokumentasian aktiviti - AJK

dokumentasi

SELEPAS PELAKSANAAN PERMAINAN

BI

L

PERKARA TINDAKAN CATATAN

1 Ketepatan pengiraan markah (mata) - urusetia

- pengadil

2 Pengumuman pemenang - pengadil

3 Kebajikan para pemain - AJK kebajikan

4 Melakukan senaman ringan atau ‘cooling

down’

- pengerusi

5 Mengemas kembali tempat permainan atau

gelanggang

- AJK persiapan

tempat

Page 14: Kertas Kerja Permainan Knk2

6 Menyimpan kembali peralatan - AJK peralatan

7 Mengadakan ‘post-mortem’ - pengerusi

8 Mendokumentasi - AJK

dokumentasi