14
Tugasan : Menyediakan manual Permainan Kecil - Kemahiran Asas (Satu permainan bagi satu kemahiran asas) Pengenalan Permainan Permainan Bola Baling merupakan sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan tujuh orang sepasukan. Kebiasaanya sesuatu pasukan mengandungi 12 orang pemain termasuk lima orang pemain simpanan. Daripada tujuh orang pemain, seorang akan menjadi penjaga manakala yang lain menjadi pemain padang. Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling diadili oleh dua orang pengadil. Kemahiran Asas Yang Perlu Dikuasai Bola baling adalah permainan yang memerlukan pelbagai kemahiran untuk mencapai sasaran kemenangan dan permainan yang cantik dan menarik. Kemahiran asas yang akan diberi penekanan di dalam tugasan ini ialah seperti berikut: a) Kemahiran Menghantar Bola b) Kemahiran Menangkap Bola c) Kemahiran Menjaring Bola Kemahiran Menghantar Bola Kemahiran menghantar bola adalah asas utama dalam permainan bola baling. Kemahiran permainan ini menyerupai cara-cara yang

Tugasan Permainan Kecil

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sukan dan pendidikan jasmani

Citation preview

Page 1: Tugasan Permainan Kecil

Tugasan : Menyediakan manual Permainan Kecil - Kemahiran Asas(Satu permainan bagi satu kemahiran asas)

Pengenalan Permainan

Permainan Bola Baling merupakan sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14

orang pemain dengan tujuh orang sepasukan. Kebiasaanya sesuatu pasukan mengandungi 12

orang pemain termasuk lima orang pemain simpanan. Daripada tujuh orang pemain, seorang

akan menjadi penjaga manakala yang lain menjadi pemain padang. Bola baling boleh dimainkan

oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling diadili

oleh dua orang pengadil.

Kemahiran Asas Yang Perlu Dikuasai

Bola baling adalah permainan yang memerlukan pelbagai kemahiran untuk mencapai sasaran

kemenangan dan permainan yang cantik dan menarik. Kemahiran asas yang akan diberi penekanan di dalam tugasan ini ialah seperti berikut:

a) Kemahiran Menghantar Bola

b) Kemahiran Menangkap Bola

c) Kemahiran Menjaring Bola

Kemahiran Menghantar Bola

Kemahiran menghantar bola adalah asas utama dalam permainan bola baling. Kemahiran

permainan ini menyerupai cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola

jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

a)    Hantaran aras dadab)    Hantaran bahuc)    Hantaran lantund)    Hantaran lompate)    Hantaran sisi

Page 2: Tugasan Permainan Kecil

Kemahiran Menangkap Bola

Kemahiran menangkap bola merupakan kemahiran yang kedua perlu dikuasai oleh pemain. Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.  Tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna. Kemahiran menangkap bola terbahagi kepada empat iaitu:

a) Tangkapan bola aras mukab) Tangkapan bola rendahc) Tangkapan bola dengan sebelah tangand) Tangkapan bola tinggi

Kemahiran Menjaring Bola

Kemahiran menjaring bola amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa jenis teknik dan cara iaitu:

a) Jaringan bahu

b) Jaringan lompat

c) Jaringan dive

d) Jaringan rendah

Page 3: Tugasan Permainan Kecil

PERMAINAN KECIL 1

Nama permainan : Bouncing Ball

Tujuan permainan : Meningkatkan kemahiran menghantar bola tinggi, rendah dan sisi

Peralatan : Bola dan gelung

Pelan Permainan

Bola Baling Gelung

Page 4: Tugasan Permainan Kecil

Cara bermain:

Permainan ini dimainkan oleh 12 orang pelajar.

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 6 orang dalam satu kumpulan.

Semua pelajar perlu berada di dalam gelung secara berselang-seli mengikut

pembahagian yang telah dibuat.

Pelajar perlu menghantar bola kepada rakan sepasukan mereka manakala pihak

lawan di sebelah akan mencuba untuk merampas bola yang dihantar.

Bagi setiap bola yang berjaya dihantar 1 mata akan diberikan.

Peraturan permainan:

Pemain hanya boleh memegang bola selama 3 saat, sekiranya lebih bola akan

diserahkan kepada pihak lawan.

Pemain perlu berada di dalam gelung semasa membuat dan menerima hantaran.

Pemain tidak boleh keluar dari gelung sepanjang permainan dijalankan. Jika

keluar, penalti akan dikenakan iaitu tidak boleh membuat halangan semasa pihak

lawan menerima bola

Pemain tidak dibenarkan menghalang semasa pihak lawan ingin membuat

hantaran.

Kedua-dua pasukan perlu memakai “Bibs” yang berlainan warna supaya dapat

bermain dengan senang.

Pemain yang didapati bermain dengan kasar akan dikeluarkan dari permainan

dengan serta merta.

Page 5: Tugasan Permainan Kecil

Permarkahan:

1 mata akan diberikan kepada satu hantaran yang berjaya dibuat.

Pemenang akan dikira dengan jumlah penghantaran yang terbanyak dalam

tempoh masa yang ditetapkan oleh guru.

PERMAINAN KECIL 2

Nama permainan : Volley Handball

Tujuan permainan : Meningkatkan kemahiran menghantar bola tinggi

Peralatan : Bola, kon dan jaring

Bola Baling Kon

Page 6: Tugasan Permainan Kecil

Pelan Permainan

Cara bermain:

Permainan ini dimainkan oleh 20 orang pelajar.

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B seramai 10 orang dalam

satu kumpulan.

Pemain A dikehendaki menghantar bola kepada rakan sepasukannya tidak

melebihi 10 hantaran dan kemudian membaling bola melepasi jaring ke arah

gelanggang lawan.

Pelajar B perlu menangkap bola yang dibaling tanpa menjatuhkan bola tersebut.

Jaring

Page 7: Tugasan Permainan Kecil

Proses diulang selepas 10 hantaran bola dilontar. Pasukan B pula akan

memulakan permainan.

Bagi setiap bola yang berjaya ditangkap 1 mata akan diberikan.

Peraturan permainan:

Pemain perlu menghabiskan 10 kali hantaran dalam gelanggang sendiri sebelum

membuat balingan kepada lawan.

Pemain tidak boleh keluar dari kawasan permainan yang dikenali sebagai

gelanggang yang disediakan.

Permainan ini akan dimainkan selama 6 minit di mana 3 minit pada separuh masa

pertama dan 3 minit pada separuh masa kedua. Permainan akan diberhentikan

selama 1 minit pada pertengahan permainan untuk berehat.

Bola perlu dilontar kepada rakan ‘short-pass’ tidak dibenarkan.

Kedua-dua pasukan perlu memakai “Bibs” yang berlainan warna supaya dapat

bermain dengan senang.

Pemain yang didapati bermain dengan kasar akan dikeluarkan dari permainan

dengan serta merta.

Permarkahan:

1 mata akan diberikan kepada satu tangkapan yang berjaya dibuat.

Pemenang akan dikira melalui mata yang dikumpul.

Page 8: Tugasan Permainan Kecil

PERMAINAN KECIL 3

Nama permainan : Bakul Emas

Tujuan permainan : Meningkatkan kemahiran menjaring bola

Peralatan : Bola tenis, bakul dan gelung rotan

Bola Tenis Bakul

Page 9: Tugasan Permainan Kecil

Pelan Permainan

Gelung

Page 10: Tugasan Permainan Kecil

Cara bermain:

Permainan ini dimainkan oleh 20 orang pelajar.

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 10 orang dalam satu kumpulan.

Konsep asas yang digunakan seperti dalam permainan bola baling dan bola

jaring.

Pemain perlu memasukkan bola ke dalam bakul lawan dan 1 mata akan dikira.

Pelajar perlu bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk memasukkan bola ke

dalam bakul.

Peraturan permainan:

Pemain hanya boleh memegang bola selama 3 saat, sekiranya lebih bola akan

diserahkan kepada pihak lawan.

Pemain yang memegang bola tidak boleh bergerak.

Pemain tidak boleh keluar dari kawasan permainan yang dikenali sebagai

gelanggang yang disediakan.

Bola dibaling ke dalam sekira bola keluar dari kawasan permainan.

Permainan ini akan dimainkan selama 10 minit di mana 5 minit pada separuh

masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua. Permainan akan

diberhentikan selama 1 minit pada pertengahan permainan untuk berehat .

Keputusan pengadil adalah muktamad.

Page 11: Tugasan Permainan Kecil

Pemain tidak dibenarkan menghalang bakul semasa pihak lawan ingin memasuk

gol.

Kedua-dua pasukan perlu memakai “Bibs” yang berlainan warna supaya dapat

bermain dengan senang.

Pemain yang didapati bermain dengan kasar akan dikeluarkan dari permainan

dengan serta merta.

Permarkahan:

1 mata akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya memasukkan bola ke dalam

bakul.

Kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan dijadikan sebagai pemenang.

Aspek keselamatan permainan:

Pastikan kawasan padang yang akan digunakan rata dan selamat untuk pergerakan

pelajar.

Pastikan pemain memakai pakaian yang sesuai untuk bermain contohnya baju

tshirt sukan, seluar track bottom dan berkasut sukan.

Pemain tidak dibenarkan memakai rantai, anting-anting, jam tangan dan barang

berharga yang lain boleh senang hilang ketika bermain.

Page 12: Tugasan Permainan Kecil