40
Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

  • Upload
    kylee

  • View
    249

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu. Kata Sendi Nama “dari” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan: arah tempat waktu masa. (a) menunjukkan tempat atau arah Contoh: - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Page 2: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Sendi Nama “dari” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama

yang menunjukkan:

arah tempatwaktu masa

Page 3: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

(a) menunjukkan tempat atau arah

Contoh: Angin kencang yang bertiup dari arah

tenggara mungkin akan membahayakan bot-bot kecil.

Pihak pengkaji akan membuat kajian tersebut dari sudut ekonomi.

Puan berasal dari mana? Mereka baru sahaja balik dari

perpustakaan. Kami akan membincangkan tajuk itu dari

segi moral.

Page 4: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

(b) menunjukkan waktu atau masa

Contoh: Pihak pengurusan akan memantau kes ini

dari semasa ke semasa. Sukacita dimaklumkan bahawa Khemah

Bahasa akan diadakan dari 26 hingga 29 September 2010 di Taman Negara Lambir,

Miri. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul

sembilan pagi hingga ke pukul empat petang.

Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.

Page 5: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Sendi Nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menyatakan punca bagi:

manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak)

sumber atau asal kejadian sesuatu benda

perbezaan atau perbandingan.

Page 6: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

a. menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda,

dan unsur mujarad (abstrak)

Contoh: Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. (manusia)

Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati daripada pihak Kementerian Pendidikan. ( manusia)

Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. (haiwan)

Kain berasal daripada benang manakala benang pula berasal daripada kapas. (benda)*

Daripada penyelidikan yang dilakukan, sebanyak 80.3 peratus responden gemar menonton rancangan

berbentuk hiburan. (abstrak) Dia mendapat manfaat daripada nasihat bapanya.

(abstrak)

(* juga boleh menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatubenda seperti di bawah)

Page 7: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

b. menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

Contoh:Ukiran itu diperbuat daripada logam.Semua ubatnya daripada akar kayu.Azreen mendapat ilham daripada

pemandangan itu.Kebanyakan kuih berasal daripada tepung.

Page 8: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

c. menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

Contoh: Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris SPM tahun ini lebih baik daripada tahun lalu.

Budak itu lebih suka membaca buku daripada menonton televisyen.

Cara berfikirnya lain daripada yang lain. Daripada Alia, lebih baik Azura.

Harga kain itu kurang sedikit daripada harga biasa.

Page 9: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Sendi Nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama

untuk menyatakan sasaran yang merujuk:

manusia, haiwan, unsur mujarad (abstrak)

menyatakan pecahanmenyatakan perubahan keadaan.

Page 10: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Contoh:

Tuan/puan diminta merujuk hal ini kepada pihak atasan. (manusia)

Pekerja zoo memberi makanan kepada binatang di zoo tersebut tiga

kali sehari. (haiwan) Perkahwinannya mampu bertahan

kerana bersandar kepada kesetiaan. (mujarad)

Peserta Khemah Bahasa telah dibahagikan kepada enam

kumpulan. (pecahan) Suhu badannya meningkat kepada

39°C. (perubahan keadaan) Keadaan ekonomi berubah kepada

tahap yang lebih baik. (perubahan keadaan)

Page 11: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

*** Namun, kata sendi nama “kepada” boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi

yang ada kaitan dengan manusia.

Contoh: Ibu bapa telah menghantar surat bantahan

kepada sekolah tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan

buku bacaan kepada beberapa buah perpustakaan sekolah.

Surat itu hendaklah dihantar kepada Kementerian Pendidikan dengan segera.

Page 12: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Sendi Nama “pada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama dalam situasi yang berikut:

i. menunjukkan keterangan waktuContoh:

Pihak kami berharap hal ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

Borang itu dihantar kepada pihak tuan pada 22 Disember 2005.

ii. menunjukkan hubungan tempat bagi perbuatan kata kerja

Contoh:Iklan syarikat itu terpampang pada setiap bas Sri Jaya.

Bajunya tersangkut pada cangkuk besi lalu koyak.Sindiran orang tua itu dirasai terkena tepat pada

batang hidungnya.

iii. apabila hadir di hadapan kata “ada” atau “tiada”, mesti diikuti kata nama yang merujuk manusia

atau haiwan.Contoh:

Semua ketua jabatan disarankan memanfaatkan kuasa yang ada pada mereka untuk kepentingan organisasi

masing-masing.Keupayaan untuk berfikir tiada pada binatang.

Page 13: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Sendi Nama “di” dan Imbuhan “di”

Kata sendi nama (KSN)- di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan

tempat- dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang

mengikutinya - manakala imbuhan di dicantum dengan kata yang

mengikutinya (kata kerja)

Nota : Oleh kerana KSN di digunakan di hadapan kata nama/frasa nama menunjukkan tempat, maka penggunaan di kalangan

tidak tepat kerana kalangan bermaksud golongan/ kelompok/ kumpulan (abstrak). Penggunaan yang tepat ialah dalam kalangan kerana dalam digunakan di hadapan kata nama

bersifat abstrak/ tidak mempunyai ruang.

Contoh : Seorang wanita dipenjara 10 tahun kerana menyalahgunakan

wang syarikat. Wanita tersebut menjalani hukuman penjara di Penjara Pudu. Kursus Kepimpinan Pelajar akan diadakan di Kem Belia Pueh,

Sematan. Semua pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti kelas

tambahan Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing.

Page 14: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Sendi Nama “ke” dan Imbuhan “ke”

(a) Apabila berfungsi sebagai kata sendi nama yang menyatakan hubungan tempat atau arah, maka “ke” dieja

terpisah daripada kata nama (tempat) yang mengikutinya.

Contoh: Beliau telah berkhidmat di sini dari muda hingga ke tua.

Konvoi Kembara Bahasa telah singgah ke lima tempat sebelum sampai ke Sibu. Papan tanda tersebut dialih ke tengah ruang pejabat agar mudah dilihat oleh

pelawat. Semua pekerja menjengok ke luar setelah mendengar bunyi jeritan yang dahsyat.

(b) Apabila “ke” berfungsi sebagai imbuhan, maka “ke” ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk

kata nama, kata bilangan dan kata kerja. Contoh:

Ketua unit di setiap jabatan memainkan peranan penting memastikan staf di unit mereka menjalankan tugas dengan cekap dan dedikasi. (kata nama)

Minit Mesyuarat Kelima Pusat Pengajian Bahasa disahkan tanpa sebarang pindaan. (kata bilangan)

Encik Hashim telah keluar pejabat sejak pukul 10.00 pagi tadi. (kata kerja)

Page 15: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan “di dalam” dan “dalam”

Frasa sendi nama di dalam - menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang

kata dalam - memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal,

urusan, bahasa, bidang dan sebagainya.Contoh:

Pemburu itu sesat di dalam hutan. Penumpang tidak dibenarkan merokok di

dalam kabin kapal terbang. Semua peserta berkumpul di dalam

dewan. Dia merupakan pelajar yang pintar dalam

kalangan kawan-kawannya. Masalah itu telah dibangkitkan dalam

mesyuarat yang lalu. Kemahiran berkomunikasi dalam

pelbagai bahasa amat penting bagi pelajar.

Page 16: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan “di antara” dan “antara”

Frasa sendi nama di antara - mempunyai ruang (kedudukan fizikal atau tempat)

Kata antara - berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah dan digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang

bersifat abstrak

*Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan

Contoh: Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan

Shahira. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

Masalah disiplin merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Kini, ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.

Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

Antara Rahim dengan Azman banyak perbezaannya.

Page 17: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Hukum D-MHukum D-M (Diterang-Menerangkan) ialah peraturan susunan frasa dalam bahasa Melayu. Dalam susunan

frasa bahasa Melayu, kata yang diterangkan (D) MESTI hadir dahulu, diikuti oleh kata yang menerangkan (M).

Page 18: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Contoh-contoh lain kesalahan hukum D-M adalah seperti yang berikut:

Salah Betul

Mini telekungmi 2 minit segeraLinda Restoranlain-lain halmaksimum dendaS.Y Lim Klinik Sakit Puan dan BersalinJuara Kedai Kopi

telekung minimi segera 2 minitRestoran Lindahal-hal laindenda maksimumKlinik Sakit Puan dan Bersalin S.Y LimKedai Kopi Juara

Page 19: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kecualian Hukum D-M

boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama sekali pada nama-nama jawatan. Contohnya:

Penerang (M) Yang diterangkan (D)

PerdanaPerdana

TimbalanTimbalan

NaibNaib

IbuIbu

MenteriMenteri

MenteriMenteri

PresidenPresiden

PejabatPejabat

Page 20: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan Tanda Sempang ( - )

(a) menghubungkan awalan ke- dengan angka bagi membentuk angka bilangan ordinal.Contoh:

Minit Mesyuarat ke-3 Khemah Bahasa 2010 disahkan tanpa sebarang pindaan. Perayaan Ulang Tahun ke-50 RTM sungguh meriah.

Sejak kurun ke-17, sastera Islam telah berkembang dengan pesatnya.

(b) merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an.Contoh:

Pegawai kerajaan yang telah berpencen selepas tahun 80-an akan menerima insentif khas daripada pihak kerajaan.

Penyanyi tahun 70-an masih popular hingga kini.

Nota : Rangkai kata 80-an dan 90-an dalam ayat di atas merujuk dekad-dekad abad ke-20 (tahun 1900 hingga 1999). Dekad-dekad dalam abad ke-19 dan sebelumnya dirujuk

dengan menyebut angka tahun sepenuhnya.

(c) menghubungkan imbuhan dengan kata nama khas.Contoh:

se-Malaysia pro-Malaysiaanti-Israel anti-Amerika

(d) menghubungkan kata nama dengan ganti nama diri yang merujuk Tuhan.Contoh:

hamba-Mu suruhan-Nyakepada-Ku perintah-Nya

Page 21: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata MajmukTerdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata yang telah mantap adalah:

antarabangsa

beritahu

bumiputera

jawatankuasa

kakitangan

kerjasama

olahraga

matahari

setiausaha

tandatangan

tanggungjawab

warganegara

pesuruhjaya

Page 22: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Terdapat sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara

lazimnya dieja bercantum

Contohnya:(i) kata nama: peribadi, peribahasa, hulubalang, dinihari, perikemanusiaan(ii) kata adjektif: sukacita, dukacita

(iii) kata sendi nama: kepada, daripada(iv) kata hubung: apabila, manakala,

padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal

(v) kata tanya: bagaimana

Page 23: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya:alat-alat tulis

balai-balai raya

suku-suku kata

jirim-jirim organik

Menteri-Menteri Besar

gambar-gambar rajah

kapal-kapal terbang

garis-garis pusat

model-model linear

Naib-Naib Canselor

Ketua-Ketua Menteri

PengecualianPengecualian - penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur

Contohnya:

Pesuruhjaya-pesuruhjaya

Warganegara-warganegara

Tandatangan-tandatangan

Jawatankuasa-jawatankuasa

Page 24: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk + imbuhan = kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk:

(i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya:

(ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

campur aduk → bercampur aduk

litar selari → berlitar selari

ambil alih → mengambil alih

temu bual → ditemu bual

daya serap → daya serapan

campur aduk → mencampuradukkan satu padu → menyatupadukan

daya serap → kedayaserapan urus niaga → diurusniagakan

garis pusat → menggarispusatkan

Page 25: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata Pemeri

- unsur yang memerikan hal atau merupakan perangkai antara subjek dengan frasa-frasa

utama dalam predikat- 2 kata pemeri dalam bahasa Melayu:

(i) ialah - digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan.

Contoh:Rumah itu ialah rumah Datuk Mohan.

Nama ketua jabatan kami (ialah) Azman bin Halim.Kucing belang itu ialah kucing jenis parsi.

(ii) adalah - hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang bersifat huraian

Contoh:Keputusan pihak hakim adalah muktamad.

Jawapan yang diberikan oleh peserta kuiz itu (adalah) tepat.Kursus ini adalah untuk memantapkan disiplin pelajar.Sumbangan besar beliau adalah dari segi kewangan.

Page 26: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja (pada pangkal ayat, seperti yang lazim digunakan dalam

ayat berbentuk makluman dan pengisytiharan).

Contoh:

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama pihak RTM akan menganjurkan Malam Kesenian pada 31 Disember

2004. (salah)(sepatutnya : Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan

kerjasama pihak RTM akan menganjurkan Malam Amal pada 31 Disember 2005.)

Adalah menjadi harapan pihak kami agar pihak tuan dapat memberi maklum balas segera berkenaan hal ini. (salah)

(sepatutnya : Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberi maklum balas segera berkenaan hal ini.)

Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14 November 2004. (salah)

(sepatutnya : Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14 November 2004.)

Nota : kata pemeri boleh hadir di hadapan kata kerja seperti contoh berikut kerana kata berenang, memasak dan menyanyi telah mengambil sifat kata nama dalam konteks ini.

- Hobi saya ialah berenang/memasak/menyanyi.

Page 27: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kata pemeri juga tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.

Contoh:Encik Razak ialah bukan timbalan pengarah jabatan kami.

(sepatutnya: Encik Razak bukan timbalan pengarah jabatan kami.)Arahan tersebut adalah bukan untuk semua kakitangan kerajaan.

(sepatutnya: Arahan tersebut bukan untuk semua kakitangan kerajaan.)

Namun demikian terdapat kecualian. Dalam keadaan tertentu, kata pemeri adalah boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif.

Contoh:Kenyataan itu adalah tidak benar. (Boleh juga: Kenyataan itu tidak benar).

Keputusan itu adalah tidak adil. (Boleh juga: Keputusan itu tidak adil).

Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta adalah tidak sesuai dengan budaya timur.

(Boleh juga: Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta tidak sesuai dengan budaya timur.)

Page 28: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan Kata Tanya

-berfungsi untuk membentuk ayat tanya- Kata tanya tidak sepatutnya digunakan dalam ayat penyata.

Contoh penggunaan yang betul:Apa yang dilihat oleh mereka?

Bagaimana dia hendak pergi ke klinik dalam keadaan lemah begini?Mengapa pelajar diminta mendaftar kursus di dewan itu?

Mana satu buku yang hendak dibeli?Berapa harga sekilo beras sekarang?

Bila kamu akan berangkat ke Kuching?

Contoh penggunaan yang salah:Saya tidak tahu apa yang mereka bualkan tadi.

(Sepatutnya : perkara/topik/isu)Puan Aini ingin mengetahui bagaimana pelajarnya meniru dalam

peperiksaan.(sepatutnya : cara/kaedah)

Fahmi menanyakan ibunya bilakah mereka akan pergi ke taman permainan(sepatutnya : masa/tarikh/hari)

Page 29: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Walau bagaimanapun, beberapa kata tanya seperti apa, bila dan mana boleh digandakan menjadi apa-apa, bila-bila dan mana-mana dan

digunakan dalam ayat penyata.

“Apa-apa” berfungsi untuk merujuk kepada sebarang perkara secara umum. Contoh:

Saya tidak mahu makan apa-apa kerana sudah kenyang.Apa-apa sahaja yang diminta oleh anaknya akan dipenuhi oleh Puan Noraini.

Kami memang tidak tahu apa-apa tentang kecurian yang berlaku di rumahnya minggu lepas.

“Bila-bila” berfungsi sebagai kata ganti umum yang merujuk kepada waktu /masa/

ketika (digunakan untuk menggantikan masa secara umum)Contoh:

1. Sekiranya budaya kerja kakitangan kerajaan tidak diubah, sampai bila-bila pun prestasi kerja mereka tetap di takuk lama.

2. Dia akan muncul bila-bila masa sahaja.3. “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke pejabat saya,”kata Parameswari.

4. Kata Tim, “Bila-bila masa sahaja bangunan lama itu akan runtuh.”

“Mana-mana” pula digunakan untuk menggantikan tempat, benda dan orang secara umum.

Contoh: 1. Mana-mana pakaian yang lama itu disimpannya di dalam almari.

2. Dia tidak pergi ke mana-mana petang itu.

Page 30: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

“Apabila” pula berfungsi sebagai kata hubung untuk membentuk ayat majmuk keterangan.

Contoh:Semua kakitangan kerajaan menarik nafas lega apabila

Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka.

Murid-murid berhenti bercakap apabila guru mereka masuk.

Pelajar-pelajar akan berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan.

Ayat-ayat berikut pula salah:

Semua kakitangan kerajaan menarik nafas lega bila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebulan

gaji kepada mereka.Murid-murid berhenti bercakap bila guru mereka masuk.

Pelajar-pelajar akan berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan.

Page 31: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan Ungkapan “Yang Mana” dan “Di Mana” dalam Ayat Penyata

-hanya berfungsi sebagai kata tanya dalam ayat tanya. -Kesilapan sering berlaku disebabkan penterjemahan secara langsung

daripada perkataan bahasa Inggeris which yang berfungsi sebagai ganti nama relatif dalam bahasa Inggeris dan where yang boleh berfungsi

sebagai kata hubung.

Contoh:Indicipline in schools which has become a serious phenomena in our

education system should be handled efficiently.a. Masalah disiplin di sekolah yang mana sudah menjadi satu fenomena serius dalam sistem pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (salah)b. Masalah disiplin di sekolah yang sudah menjadi satu fenomena serius

dalam sistem pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (betul)

The village where I live is very peaceful.a. Kampung di mana saya tinggal sangat aman. (salah)b. Kampung tempat saya tinggal sangat aman. (betul)

Page 32: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Contoh-contoh kesalahan lain:

Untuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini bertaraf generik di mana ditawarkan

kepada semua pelajar.(salah)Untuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga

di universiti ini bertaraf generik dan ditawarkan kepada semua pelajar.(betul)

Sesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi hanya dipelajari untuk kerjaya yang

teknikal yang mana anggapan ini akan membataskan minat mereka terhadap bidang sains. (salah)

Sesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi hanya dipelajari untuk kerjaya yang

teknikal. Anggapan ini akan membataskan minat mereka terhadap bidang sains. (betul)

Page 33: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Kesalahan Penggunaan “ianya”

Kata ianya tidak wujud dalam bahasa Melayu. Kedua-dua ia dan nya merupakan kata ganti nama diri. Jika ianya digunakan, maka terdapat dua ganti nama diri dan hal ini amat janggal. Oleh itu, ayat-

ayat di bawah ini salah:

Contoh:Bakul yang penuh dengan sayur-sayuran itu tidak terangkat oleh Suresh kerana ianya terlalu berat.

Kes itu sulit kerana ianya melibatkan golongan atasan.

Page 34: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan “Oleh Kerana”, “Oleh Sebab”, “Kerana” dan “Sebab”

(a) Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana adalah salah. Hal ini disebabkan oleh mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan

kerana ialah kata hubung. Bentuk yang betul ialah oleh sebab.

Contoh:1. Oleh kerana kesilapan sering berlaku, perkara ini perlu dibincangkan lagi.

(Sepatutnya: Oleh sebab kesilapan sering berlaku, perkara ini perlu dibincangkan dengan teliti.)

2. Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat memilukan oleh kerana ribuan mayat bergelimpangan di mana-mana sahaja.)

(Sepatutnya: Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat memilukan oleh sebab ribuan mayat bergelimpangan di mana-mana sahaja.)

(b) Kata hubung kerana tidak boleh disamakan dengan kata nama sebab. Oleh itu,

penggunaan sebab untuk menggantikan kerana seperti dalam ayat-ayat di bawah ini adalah salah.

Contoh:1. Jasmin berasa bimbang sebab ibunya sakit

(Sepatutnya: Jasmin berasa bimbang kerana ibunya sakit)2. Mesyuarat itu ditangguhkan sebab pengerusinya tidak dapat hadir.

(Sepatutnya: Mesyuarat itu ditangguhkan kerana pengerusinya tidak dapat hadir)

Page 35: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Pengejaan Kata Apabila Menerima Imbuhan

(a) Kata asli bahasa Melayu yang bermula dengan konsonan p, t, k, s mengalami pengguguran

konsonan tersebut apabila menerima imbuhan me-N dan pe-N

Contoh:

perlu – memerlukan (p > m)perlu – memerlukan (p > m)potong – pemotongpotong – pemotongkerja – mengerjakan (k > ng)kerja – mengerjakan (k > ng)kelompok – pengelompokankelompok – pengelompokankagum – mengagumkankagum – mengagumkan

tarik – menariktarik – menarik (t > n) (t > n)tolak - penolakantolak - penolakansuci – menyucikansuci – menyucikan (s > ny) (s > ny)sayang – penyayangsayang – penyayang

Page 36: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

(b) Kata pinjaman yang bermula dengan konsonan p, t, k, s akan mengekalkan konsonan tersebut apabila

menerima imbuhan me-N dan pe-N

Contoh:

proses – memprosesproses – memproses pamer - mempamerkan pamer - mempamerkan terjemah – menterjemahterjemah – menterjemah transitif - ditransitifkantransitif - ditransitifkan kategori – mengkategorikategori – mengkategori klasifikasi - pengklasifikasiklasifikasi - pengklasifikasi sintesis – mensintesissintesis – mensintesis struktur - penstrukturanstruktur - penstrukturan

Page 37: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

(c) Apabila kata dasar yang berakhir dengan konsonan k menerima imbuhan akhiran -kan, maka terdapat dua cara penulisannya.

(i) Kata dieja dengan satu k apabila menunjukkan kata

nama amContoh:

Saya sentiasa merindui masakan ibu yang tiada tandingannya.

Pertunjukan pentas yang dianjurkan oleh pihak Astrio berjaya menarik perhatian orang ramai.

(ii) Kata dieja dengan dua k apabila menunjukkan

kata kerja (perbuatan)Contoh:

Tolong masakkan saya bubur sebab saya kurang sihat.

Semua staf diminta menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

Page 38: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan “Ini Kerana”

Contoh : Ini kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih

mementingkan kebendaan. (salah)Ini kerana kursus generik yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan pelajar di universiti

tersebut. (salah)

Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana ungkapan ini menyalahi struktur ayat bahasa Melayu. Ungkapan ini

mengikut struktur atau pola ayat bahasa Inggeris This is because.

Ayat-ayat ini boleh dibetulkan menjadi:Hal ini demikian kerana kehidupan masyarakat hari

ini lebih mementingkan kebendaan. Hal ini demikian kerana kursus generik yang

ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan pelajar di universiti tersebut.

Page 39: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Penggunaan “tetapi” dan “yang” pada Pangkal Ayat

- tidak dapat digunakan pada pangkal ayat sekiranya ayat tersebut merupakan ayat

pertama bagi sesebuah wacana (kecuali penggunaan yang pada ayat tanya,

tiada masalah) - Walau bagaimanapun, kedua-dua kata ini boleh digunakan pada pangkal sesuatu ayat

jika:

a. ayat tersebut merupakan ayat sambungan daripada ayat sebelumnya. Contoh:

Masyarakat di kampung tersebut telah menikmati kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, elektrik dan air paip sejak sepuluh tahun lalu. Tetapi bekalan elektrik dan air

paip sering terputus, terutama pada penghujung tahun.Pihak universiti menggalakkan para mahasiswa mengikuti kursus merentas kurikulum agar mereka berupaya menjadi graduan yang serba boleh. Tetapi hal ini disalah tafsir

oleh sesetengah mahasiswa, dan beranggapan tindakan pihak universiti membebankan mereka.

b. berlaku proses pengguguran subjek.

Contoh:Yang berbaju kuning itu tunang saya.

(Berasal daripada ayat “Lelaki yang berbaju kuning itu tunang saya”)Yang rajin berusaha selalunya akan berjaya.

(Berasal daripada ayat “Mereka yang rajin berusaha selalunya akan berjaya)

Page 40: Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu

Amalan Kelewahan Dalam Bahasa Melayu

- amalan kelewahan dapat diertikan sebagai penggunaan kata, frasa

ataupun ungkapan secara berlebihan dalam penulisan

Contoh:Kanak-kanak itu diberi hadiah

percuma oleh penganjur pertandingan.(sepatutnya : Kanak-kanak itu diberi hadiah oleh penganjur pertandingan.Punca masalah ini disebabkan virus.(sepatutnya : Punca penyakit itu ialah

virus atau Penyakit itu disebabkan virus)

Kita perlu berjuang demi untuk negara tercinta.

Pelajar-pelajar itu hanya diminta membayar RM 5 sahaja.

Di samping itu, kita juga perlu memberi tumpuan kepada pencapaian

akademik anak-anak. Ahmad merupakan pelajar yang

paling tinggi sekali di dalam kelasnya. Saya pun hendak pergi ke situ juga. Tempoh masa yang diberi kepadanya

untuk menyelesaikan kerja tersebut agak singkat.