Click here to load reader

Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia

  • View
    1.604

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Text of Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia

Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia

MARTABATKAN BAHASA MELAYUGUNAKANLAH BAHASA MELAYU DENGAN BETUL,TEPAT DAN BERKESAN.

Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua aspek tatabahasa.KESALAHANdan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka.

Pada paparan menu, ejaan makanan juga perlu dititikberatkan.

Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Hasil kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2007 dan masih berterusan sehingga sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonanmahupunpembaharuan lesen bagipeniaga dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskanoleh pihak MBJB.Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan pengesahan bahasa daripada DBPWS.Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan papan iklan.

Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.Oleh Siti Hajar Elah

Kesalahandan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka.Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:i. Konsortium Bas Ekspress yang sepatutnya adalah Bas Ekspress Konsortium.ii. Goreng Pisang Panas sepatutnya Pisang Goreng Panas iii. Perlantikan sepatutnya Pelantikan iv.Kedai Kerinting Rambut sepatutnya Kedai Keriting Rambut Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Zaba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah punPada 22 Mac 2009, pelajar-pelajar kuliah HMT 329 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lebuh Gurney dan Plaza Gurney bersama dua orang pengiring iaitu pengajar HMT 329, Dr. Radiah dan seorang pengajar bahasa Korea dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan iaitu Cik Helena. Kami telah menaiki bas pada jam 9.30 pagi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan lawatan kami adalah untuk melihat analisis kontrastif dari segi penjenamaan semula, bentuk hormat, kesalahan bahasa dan penggunaan kata panggilan.

Sepanjang perjalanan dan lawatan kami telah menemui beberapa aspek yang menjadi tumpuan kajian kami. Aspek pertama yang ditemui adalah dari segi bentuk hormat. Bentuk hormat ini telah ditunjukkan oleh dua orang pelajar kursus HMT 329 iaitu Nasibah dan Chan Yan Yi sewaktu berada di dalam bas. Mereka berdua telah bangun dari tempat duduk dan memberi ruang kepada golongan yang lebih tua yang menaiki bas tersebut apabila bas tersebut berhenti mengambil penumpang. Mereka juga bercakap secara sopan kepada orang tua tersebut, seperti Tak pe mak cik duduklah.

Kami tiba di Lebuh Gurney sekitar jam 10.15 pagi dan melawat kawasan sekitarnya. Dalam perjalanan kami ke Lebuh Gurney kami telah menemui aspek penjenamaan semula. Penjenamaan semula atau re-branding atau re-packagin, menurut Kamus Dewan Edisi ketiga membawa maksud Pemberian Jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.. Lantas penjenamaan semula itu mengikut fahaman biasa adalah memberi nama baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikan. Antara contoh penjenamaan semula yang ditemui ialah Fly Fm yang ditemui pada bahagian Bas Rapid Penang, penjenamaan MAXIS, HONDA, FOLLOW ME, TM dan SHARP di tempat menunggu bas dan penjenamaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terdapat di Bas Rapid Penang yang tidak mengenakan tambang. Namun, kami agak sedih apabila melihat keadaan telefon awam yang disediakan oleh syarikat TM. Telefon awam disediakan untuk kegunaan orang awam tetapi telah disalahgunakan sehingga telefon itu tidak dapat berfungsi lagi.

Telefon awam yang dikatakan. Telefon ini tidak berfungsi apabila ganggang diangkat.

Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contohnya kesalahan penggunaan kata di sebagai kata sendi nama dan penggunaan kata di sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata di sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-

a) Kerja pembersihan sedang di jalankanb) Di larang masukc) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selatd) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini.

Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama. Penggunaan kata di dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan di sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar papan tanda di bawah.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Kata di dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna.

Bagi kesalahan penggunaan di sebagai kata sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney ialah dalam ayat berikut:

a) Kari kepala ikan ada dijual disini.

Dalam ayat di atas penggunaan kata di ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata di dieja secara rapat dengan perkataan sini yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan gambar di bawah :

a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi.b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8.c) Menjadi yang pertama di kalangan

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Penggunaan kata di dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat.

Selain itu, kami turut menemui kesalahan ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat dalam gambar di bawah :

Gambar 8

Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:

a) Happy hair is beautiful hairAyat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai rambut yang sihat ialah rambut yang cantik. Penggunaan kata happy dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.

Gambar 9

Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan bahasa Melayu yang disertakan. Antaranya ialah perkataan masuk dan way in. Way in jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah jalan masuk. Selain itu, dalam ayat kawalan sprinkler injap dan pam, diterjemahkan sebagai sprinkler control valves and pumps menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris sprinkler dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah perenjis. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah:a) Ayat sumber,TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARANAyat sasaran,PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSONb) Ayat sumberDi beri nama bersempena nama Gabenor

Search related