Upload
hazwani-kamaludin
View
299
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
DISEDIAKAN OLEH:ZULHILMI BIN MOHD YUSOFFBADRUL ALIFF BIN RAZMAN3 PISMP PJKIPGKSM
Citation preview
DISEDIAKAN OLEH:DISEDIAKAN OLEH:
ZULHILMI BIN MOHD YUSOFFZULHILMI BIN MOHD YUSOFF
BADRUL ALIFF BIN RAZMANBADRUL ALIFF BIN RAZMAN
3 PISMP PJK3 PISMP PJK
IPGKSMIPGKSM
Padang dan gelanggang adalah tempat
melaksanakan kebanyakan aktiviti pendidikan jasmani dan juga tempat mengadakan tempat latihan dan acara-acara sukan yang lain.
Keselamatan di padang sering diambil mudah kerana murid hanya ingin berseronok sahaja di padang.
KESELAMATAN DI PADANG DAN GELANGGANG
Guru pula mengambil sambil lewa kerana
menganggap aktiviti di padang tidak membawa sebarang kepentingan.
Oleh kerana kecuaian dan sifat ambil mudah ini, pelbagai kecelakaan boleh berlaku. Guru dan murid sendiri mem punyai peranan untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dn selamat.
Memastikan keselamatan anak murid
Memastikan setiap alatan yang digunakan berada dalam keadaan baik
Memakai pakaian yang sesuai [pakaian sukan]
Memastikan anak murid memakai pakaian yang sesuai
Memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan teratur
Mengawasi setiap pergerakan anak murid
Jangan sesekali meninggalkan anak murid di padang atau gelanggang
Tahu mengenai murid yang menagalami masalah kesihatan
Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan
murid itu sendiri
Mengarahkan murid untuk beratur dan tidak berlari-lari
PERANAN GURU
Memakai pakaian yang sesuai
Mendengar arahan daripada guru
Jangan bermain atau bergurau dengan alatan sukan yang
merbahaya
Jangan memasuki stor sukan tanpa pengawasan guru
Beratur ketika keluar dan masuk daripada bilik persalinan
Memberitahu guru jika terdapat sebarang kecederaan
Memakai kasut sukan
Jangan berada jauh dari pengawasan guru
PERANAN MURID
Sudah menjadi lumrah di alam persekolahan pelajar akan
berebut sewaktu waktu rehat di kantin untuk membeli makanan.
Ini adalah suatu keadaan yang merbahaya kerana pelbagai
kecelakaan boleh berlaku dan mengakibatkan kecederaan.
Selain pihak guru dan murid itu sendiri, pihak kantin juga
memikul tanggungjawab untuk memastikan keselamatan-akhir .
Pihak kantin akhir ini gemar menjual makanan-makanan ringan
yang boleh membahayakan kesihatan pelajar.
KESELAMATAN DI KANTIN SEKOLAH
Melantik pengawas bertugas untuk menjaga
keselesaan semasa waktu rehat
Menasihati murid tentang bahaya jika mereka
bermain di kantin
Mengawasi murid di kantin
Membuat jadual guru bertugas untuk memantau
keadaan di kantin semasa waktu rehat
PERANAN GURU
Beratur ketika hendak membeli makanan
Jangan bergurau atau bermain semasa membeli makanan dan
semasa makan
Membeli makanan yang berkhasiat
Jangan bermain di kawasan kantin
Meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di tempat
yang sepatutnya
Jangan buang sampah bersepah-sepah
Menjaga kebersihan kawasan kantin
PERANAN MURID
Menyediakan makanan yang secukupnya
Menyediakan makanan yang berkhasiat untuk
tumbesaran murid
Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan
Memastikan kebersihan kawasan kantin
Elakkan daripada menjual makanan yang menjejaskan
kesihatan murid
PERANAN PIHAK KANTIN
Makmal adalah salah satu tempat di mana situasi
pembelajaran dan pengajaran sering berlaku.
Makmal juga boleh menjadi satu tempat yang
bahaya kerana tempat tersebut penuh dengan
bahan-bahan yang berbahaya.
Kelekaan dan kecuaian boleh mengakibatkan
kecelakaan berlaku pada bila-bila masa.
KESELAMATAN DI MAKMAL SEKOLAH
Memastikan murid dalam keadaan terkawal
Jangan sesekali meninggalkan murid tanpa pengawasan
Memberi arahan dengan jelas supaya pelajar benar-benar
faham
Elakkan pelajar daripada mendekati atau bermain
berhampiran kawasan-kawasan yang merbahaya.
Jangan benarkan pelajar mengendalikan peralatan yang
merbahaya sendirian
PERANAN GURU
Jangan memasuki makmal tanpa pengawasan dan
kebenaran guru
Jangan bergurau dan bermain di dalam kawasan makmal
Jangan membawa pulang apa-apa peralatan makmal
Melaporkan pada guru jika berlaku apa-apa masalah
Mengikut setiap arahan yang diberikan daripada guru
PERANAN MURID
Meletakkan tanda-tanda amaran pada tempat yang sepatutnya
Memastikan semua peralatan makmal berada dalam keadaan
baik
Menyelenggara peralatan makmal yang memerlukan
penyelenggaraan
Memaklumkan pada guru jika ada sebarang masalah supaya
guru sedia maklum
Menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan makmal
PERANAN PEMBANTU MAKMAL
Keselamatan perkhidmatan yang disediakan didalam bilik
darjah oleh pihak sekolah perlulah dititikberatkan kerana bilik
darjah merupakan tempat dimana aktiviti pembelajaran berlaku.
Jika pihak sekolah tidak peka terhadap tahap keselamatan
perkhidmatan yang diberikan, mungkin suasana pembelajaran
menjadi tidak kondusif serta proses pengajaran dan
pembelajaran kurang berkesan.
Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa mengambil perhatian
diatas semua perkhidmatan yang tersedia.
KESELAMATAN DI BILIK DARJAH
Memang tidak dinafikan peranan guru dalam menjaga keselamatan murid
amatlah besar. Ini kerana keselamatan kesemua murid didalam kelas
adalah dibawah tanggungjawab guru itu sendiri.
Malah guru juga boleh didakwa diatas kecuaiannya jika berlaku sesuatu
kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada murid dibawah
tanggungjawabnya.
Guru tersebut juga adalah satu perkhidmatan yang diberi oleh pihak
sekolah untuk membimbing dan mengawal aktiviti murid semasa berada
didalam kelas. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru
dalam memastikan keselamatan perkhidmatan didalam kelas terjamin
ialah :
PERANAN GURU
1. Memastikan bilangan murid mencukupi semasa memulakan aktiviti
kelas dan mengetahui bilangan dan sebab murid yang tidak hadir untuk
mengelakkan sebarang kemungkinan.
2. Guru mestilah mengawal keadaan murid didalam kelas supaya tidak
ada murid yang menggangu murid lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
3. Pastikan keadaan kelas selamat contohnya kerusi, meja serta alatan
lain elok untuk digunakan oleh murid dan tidak mendatangkan bahaya
kepada mereka.
4. Peka dengan alatan yang dibawa oleh murid seperti pisau dan gunting
dan sentiasa mengingatkan mereka agar tidak bergurau menggunakan
alatan tajam.
5. Pastikan murid beratur dan tidak berlari untuk keluar kelas serta
amalkan membaca doa sebelum dan selepas memulakan sesi
pembelajaran.
Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru sahaja. Ini kerana, semasa ketiadaan
guru didalam bilik darjah keselamatan murid adalah terletak dibahu mereka sendiri.
Antara peranan mereka ialah :
1. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang alatan kelas yang rosak untuk guru
ajukan kepada pihak pentadbiran.
2. Menjaga kebersihan kelas untuk mewujudkan keadaaan kelas yang kondusif dan
mengelakkan sebarang penyakit.
3. Tidak bergurau menggunakan alatan tajam seperti gunting dan pisau samada yang
dibawa ataupun yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan
kecederaan.
4. Menjaga serta menggunakan alatan dan kemudahan dengan baik supaya tidak
rosak.
PERANAN MURID
Pihak pentadbir adalah pihak yang berkuasa
mengurus semua kemudahan dan memastikan ianya
berada dalam keadaan baik.
Pihak pentadbir juga haruslah segera menggantikan
kemudahan atau alatan yang rosak dan difikirkan
akan mendatangkan bahaya kepada murid yang
menggunakannya.
PERANAN PIHAK PENTADBIR
Jika sesebuah sekolah sedang membuat penambahan
bangunan baru, maka semua pihak terutamanya guru haruslah
bijak mengawal murid agar tidak mendekati kawasan
pembinaan kerana ianya amatlah berbahaya.
Pihak pemaju juga haruslah mengambil langkah-langkah yang
proaktif bagi menangani dan mengelakkan segala
kemungkinan kemalangan yang bakal berlaku dalam menjamin
keselamatan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.
KESELAMATAN DI KAWASAN PEMBINAAN
Pihak pemaju yang diamanahkan untuk
menyiapkan bangunan sekolah haruslah peka dengan keadaan sekeliling kawasan pembinaan.
Ini kerana, kawasan sekolah adalah dipenuhi oleh kanak-kanak yang masih tidak boleh membezakan keadaan bahaya mahupun tidak, malahan sifat ingin tahu mereka akan mendorong mereka mendekati kawasan pembinaan yang memungkinkan mereka terdedah kepada bahaya. Antara peranan pihak pemaju ialah :
PERANAN PIHAK PEMAJU
1.Membuat pagar adang setinggi 1800mm tinggi dan mengelilingi kawasan
pembinaan seperti yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.
2.Letakkan tanda amaran ditempat yang sesuai beserta simbol yang
mudah difahami supaya menjauhi kawasan pembinaan jika tiada urusan.
3.Pintu keluar masuk jentera haruslah ditempatkan dimana kedudukannya
dapat mencegah bahaya dan kesulitan lalulintas kepada pelajar dan orang
awam.
4.Semua alat dan barang binaan hendaklah disimpan didalam kawasan
pembinaan untuk mengelakkan murid cuba menggunakannya.
5.Seboleh-bolehnya, pihak sekolah haruslah cuba untuk mencari masa
yang sesuai untuk memulakan pembinaan sekolah misalnya waktu cuti dan
sebagainya.
Pihak guru dan pentadbir sememangnya tidak boleh lepas daripada mengawal
murid-murid agar tidak mendekati kawasan pembinaan. Ini kerana, mrid-murid
adalah sentiasa dekat dengan guru mereka. Jadi peranan gurulah paling besar
bagi berpesan kepada murid mereka agar menjauhi kawasan pembinaan
tesebut. Antara peranan guru dan pihak pentadbir ialah :
1. Sentiasa berpesan kepada murid-murid mereka semasa perhimpunan mahupun
waktu kelas supaya menjauhi kawasan pembinaan tersebut.
2. Denda murid yang mendekati kawasan tersebut bagi memberi peringatan
kepada murid tersebut serta murid yang lain agar menjauhi kawasan tersebut.
3. Sentiasa memantau kawasan pembinaan tersebut dari masa ke semasa dan
meletakkan seorang pengawal bagi memastikan tiada murid berkeliaran
dikawasan tersebut.
PERANAN GURU DAN PENTADBIR
Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah
hanya menyerahkan bebanan tersebut kepada guru dan pihak pentadbir
sahaja. Ini kerana, semasa ketiadaan guru pada waktu petang,
keselamatan murid adalah terletak dibahu mereka sendiri. Antara peranan
mereka ialah :
1. Sentiasa mengingati pesanan guru dan pihak pentadbir supaya menjauhi
kawasan tersebut.
2. Melarang rakan yang cuba memasuki kawasan tersebut dan melaporkan
kepada guru jika rakannya tidak mengendahkan larangannya.
PERANAN MURID
Tempat letak kenderaan juga adalah satu perkhidmatan yang
telah diberikan oleh pihak sekolah kepada murid-murid serta
guru-guru untuk memudahkannya meletakkan kenderaan.
Namun, bagaimana untuk memastikan perkhidmatan yang
diberikan adalah selamat untuk digunakan oleh semua.
Semua pihak berperanan dalam menjaga dan memastikan
keselamatan perkhidmatan tempat meletak kenderaan.
KESELAMATAN DI TEMPAT LETAK KENDERAAN
Pihak pentadbir adalah bertanggungjawab menguruskan segala hal berkaitan sekolah dan
mereka haruslah pandai meletakkan tempat letak kenderaan pada tempat yang sesuai
dan tidak menyusahkan pengguna. Antara peranan mereka ialah :
1. Melarang murid menunggang basikal menuju ke tempat letak basikal untuk mengelakkan
berlaku kemalangan.
2. Tempat letak basikal dan kereta guru haruslah berjauhan bagi mengelakkan kesesakan.
3. Pastikan tempat letak kenderaan tidak berbahaya dan tidak menghalang lalulintas.
4. Tempat letak kenderaan haruslah dibina di tempat yang sesuai dan tidak tersorok bagi
mengelakkan kecurian.
5. Pastikan tempat letak kenderaan mencukupi dan tersusun.
6. Arahkan pihak pengawal keselamatan membuat pemantauan terhadap kenderaan-kenderaan
didalam sekolah.
PERANAN GURU DAN PIHAK PENTADBIR
Keselamatan di sekolah amat penting bagi semua
kakitangan sekolah, guru-guru, dan murid.
Perkhidmatan dalam sekolah kebanyakannya
menggunakan mesin dan alat selenggaraan.
Kakitangan sekolah, guru dan murid sekolah sendiri
perlu memainkan peranan dalam menjaga
keselamatan diri di dalam sekolah.
MESIN/ALAT SELENGGARAAN
Guru amat penting dalam menjaga keselamatan murid di sekolah. Malah
diri guru itu sendiri perlu peka dalam mengendalikan mesin dan alat
selenggaraan ini. Ini termasuk dalam penggunaan bahan di makmal sains
dan bengkel Kemahiran Hidup. Antaranya adalah seperti :
Memastikan alat dan mesin jauh daripada bilik darjah.
Pastikan murid tidak bermain dengan alatan yang berbahaya.
Simpan alat atau mesin di tempat tertutup.
Tutup makmal sains, makmal komputer, setor, dan bengkel selepas
menggunakannya.
Elakkan diri daripada mengguna mesin di hadapan peelajar.
Pastikan suis terpadam semasa menggunakan alatan atau mesin.
Awasi murid semasa mereka menggunakan sebarang mesin.
Kemaskan dan simpan mesin ke tempat asal sselepas menggunanya.
PERANAN GURU
Murid juga perlu tahu dan mendapat pendedahan awal daripada guru ataupun
ibu bapa dalam mengendalikan mesin atau alatan di sekolah. Kebanyakan kes
atau kemalangan berlaku adalah daripada kecuaian murid itu sendiri. Antara
peranan murid adalah:
Murid perlu jauhkan diri daripada mesin semasa kakitangan ataupun guru
sedang mengguna mesin tersebut.
Murid dilarang bermain di kawasan bengkel, makmal, dan setor.
Murid tidak dibenarkan mengguna alatan tanpa pengawasan guru.
Murid perlu meminta kebenaran daripada guru sebelum mengguna sesuatu
alatan.
Murid dilarang memasuki setor, bengkel, dan makmal semasa ketiadaan guru
dan kakitangan sekolah.
PERANAN MURID
Selain daripada itu, kakitangan sekolah juga perlu mengambil kira
keselamatan di sekolah semasa mengendalikan mesin. Ini kerana
kebanyakan kakitangan tidak menghiraukan aspek keselamatan
samaada bagi dirinya, murid, dan juga guru sekolah itu sendiri. Pekebun perlu menggunakan mesin seperti mesin rumput semasa
ketiadaan murid. Simpan mesin ke tempat asal selepas menggunakannya. Pastikan kawasan sekeliling selamat sebelum mengendalikan
mesin.
KAKITANGAN SEKOLAH
Aktiviti luar sekolah amat penting dikira keselamatannya.
Pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya sekira aspek
keselamatan tidak digunakan semasa melakukan pendidikan
luar sekolah.
Kebanyakkan kes telah berlaku melibatkan pelajar sekolah
kerana guru tidak menjaga aspek keselamatan semasa
melakukan aktiviti di luar sekolah.
Ini banyak terjadi semasa sekolah melakukan aktiviti
perkemahan, lawatan sambil belajar, dan sebagainya.
KESELAMATAN AKTIVITI LUAR
Guru amat berperanan penting semasa aktiviti luar sekolah dijalankan. Ini
kerana pihak sekolah dan ibu bapa memberi tanggungjawab dan kepercayaan
dalam mengawasi pergerakan murid.
Guru perlu mengawasi murid dengan sepenuhnya semasa melakukan aktiviti.
Pastikan alat keselamatan lengkap semasa melakukan perkemahan.
Pastikan kawasan atau tempat aktiviti selamat daripada sebarang bahaya.
Jauhi dan elakkan daripada murid menggunakan alatan tajam seperti pisau
kecil, parang, gunting, dan pelbagai alatan yang tajam.
Pastikan murid berjalan dengan kumpulan masing-masing.
Pastikan pakaian murid sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.
Kira murid dan anggota yang terlibat dalam aktiviti atau sebarang program yang
dilakukan.
PERANAN GURU
Murid juga perlu menjaga keselamatan diri semasa berada di luar sekolah
dan melakukan aktiviti. Ini kerana kebanyakan murid suka untuk bertindak
sendiri dan menyebabkan kemalangan berlaku. Murid perlu mendapat
nasihat tentang keselamatan daripada guru sebelum melakukan aktiviti di
luar sekolah.
Murid perlu berjalan dan melakukan aktiviti mengikut kumpulan.
Lantik seseorang daripada kumpulan untuk menjadi ketua yang boleh
dipercayai.
Jauhkan diri daripada tempat dan kawasan berbahaya.
Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dilakukan.
PERANAN MURID
SEKIAN
TERIMA KASIH