33
1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan (BMM3123) / Fairos Azmi bin Marzah BAHAGIAN 1 1.0 PENDAHULUAN(PERIBAHASA) Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan kelunakan pengucapan.Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula.Jenis yang lazim terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, kiasan dan simpulan. Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk-bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari-harian. Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara tersurat atau tersirat. Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan itu tidak akan berubah-ubah. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai penasihat yang didalamnya terkandung unsur nasihat. Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.

KKBI BMM3123

  • Upload
    fairos

  • View
    93

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KKBI BMM3123

Citation preview

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan (BMM3123) / Fairos Azmi bin Marzah

28

BAHAGIAN 11.0 PENDAHULUAN(PERIBAHASA)

Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan kelunakan pengucapan.Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula.Jenis yang lazim terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, kiasan dan simpulan.Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk-bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari-harian. Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara tersurat atau tersirat. Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan itu tidak akan berubah-ubah. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai penasihat yang didalamnya terkandung unsur nasihat. Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.

PENDAHULUAN (BAHASA MELAYU)Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok manusia dari Yunan, China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dn akhirnya bahasa Melayu Moden. Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut. Bahasa Melayu Kuno dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sankrit dan agama Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu Klasik Dipengaruhi oleh bahasa Arab dan agama Islam dan bahasa MelayuModen pula banyak menerima pengaruh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden serta meninjau perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis).

Definisi Bahasa Melayu KlasikSebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik, takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan (1986 : 590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para ilmuan

Definisi Bahasa Melayu ModenBahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di nusantara dan seterusnya telah mempengaruhi bahasa Melayu.

2.0 JENIS-JENIS PERIBAHASA 2.1 Simpulan Bahasa

Contoh-contoh simpulan bahasa ialah:2.1.1 Hari jadi bermaksud hari ulang tahun atau tarikh lahir2.1.2 Langkah kanan bermaksud nasib baik2.1.3 Buka mulut bermaksud bercakap2.1.4 Lampu hijau bermaksud keizinan melakukan sesuatu

Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan apabila diberi perkataan-perkataan laksana,bak,umpama,bagai,ibarat dan seperti di hadapannya.

2.2 Pepatah

Pepatah mempunyai ciri-ciri puisi tradisional Melayu. Pepatah juga berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam.Contoh-contoh pepatah ialah:

2.2.1 Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati bermaksud apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja tergendala.2.2.2 Pada sangka pohon beringin,kiranya tersandar dipunggur lapuk bermaksud menyangka dapat berkahwin dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin.2.2.3 Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai bermaksud jimat cermat ialah tangga kejayaan,murah hati ialah tangga tuah.2.2.4 Zaman beralih, musim bertukar bermaksud segala sesuatu, baik perasaan,peraturan,rekaan atau ilmu pengetahuan akan berubah mengikut perkembangan masa.

2.3 Bidalan

Contoh-contoh bidalan ialah:2.3.1 Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya bermaksud kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.2.3.2 Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat bermaksud kunci kejayaan ialah pada sifat sabar dan tekun.2.3.3 Tujuh kali pindah jadi papa bermaksud perbuatansuka berpindah randah dan bertukar-tukar kerja tidak mendatangkan sebarang keuntungan.2.3.4 Ukur baju di badan sendiri bermaksud lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.

2.4 Perumpamaan

Istilah pinjaman bahasa Inggeris bagi perumpamaan ialah simili.Contoh-contoh perumpamaan ialah:

2.4.1 Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku bermaksud sesuatu yang tidak mendatang sebarang faedah.2.4.2 Umpama membungkus api bermaksud menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui orang juga.2.4.3 Laksana perempuan mandul baru beranak bermaksud kegembiraan dan kesyukuran yang amat sangat kerana mendapat sesuatu yang hampir-hampir putus asa.2.4.4 Bak mentimun bengkok bermaksud tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

3.0 HURAIAN PERIBAHASA DALAM PELBAGAI SITUASIPeribahasa lahir daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang diteliti oleh masyarakat Melayu lama. Peribahasa Melayu ini dapat mencerminkan kehidupan masyarakat di kala itu. Sikap dan tingkah laku seseorang sering sahaja diteliti oleh ahli masyarakat Jika seseorang ahli masyarakat itu melakukan perkara-perkara yang kurang menyenangkan maka teguran akan diberikan secara tidak langsung. Kadang-kadang sindiran ditujukan secara maksud tersirat yakni melalui peribahasa. Contohnya gambaran pada sikap negatif seseorang iaitu sikap jahat. Seseorang manusia itu dibandingkan dengan manusia-manusia yang jahat dalam sejarah manusia yang lalu iaitu Abu Dajal , Abu Jahal , Jin Afrit , jahat bagaikan syaitan atau pelesit. Sikap kedekut pula diberikan peribahasa yang berbunyi air digenggam tiada tiris, tangkai jering dan ketam batu. Mengikut kaedah ini sesuatu benda itu dibandingkan dengan benda yang lain yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berlainan. Dalam peribahasa ini, sikap kedekut seseorang itu dibandingkan dengan air yang digenggam rapat. Adalah sesuatu yang tidak logik menggenggam air. Kenapa pula tangkai jering digunakan pula untuk menunjukkan sikap kedekut? Buah jering sememangnya sukar untuk dipisahkan dari batangnya. Untuk memisahkannya dari batangnya memerlukan sedikit tenaga kerana ia liat. Keliatannya ini menjadikan orang-orang tua membuat perbandingan dengan sikap manusia. Sikap negatif manusia yang malas pula digambarkan sebagai curi tulang ataupun bagaikan ular sawa kekenyangan. Gambaran ular sawa yang tidak dapat berjalan selepas membaham mangsanya dibandingkan dengan manusia yang malas terutama selepas makan. Di samping itu, sikap malas seseorang itu juga dikaitkan sebagai peluk tubuh, berat tangan, berat hati dan berat tulang. Sikap malas ini banyak dikaitkan dengan berat anggota fizikal seseorang. Sebaliknya sikap suka mencuri pula dikaitkan dengan tangan. Ini kerana tangan manusialah yang mengambil barang-barang. Contoh peribahasa yang digunakan ialah panjang tangan, cepat tangan dan pantas seperti tangan beruk. Seseorang yang panjang tangannya ataupun cepat tangannya akan dapat mengambil barangan orang lain dengan pantas dan cekap. Sikap negatif yang lain pula ialah sikap pentingkan diri sendiri. Sikap ini dikaitkan dengan enau. Tumbuh-tumbuhan enau memang banyak terdapat di negara ini. Enau ini memang cepat tumbuh untuk mencari cahaya matahari. Jadilah peribahasa yang berbunyi seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Manusia bagaikan enau ini memang banyak terdapat dalam masyarakat kita .Di bandar-bandar, corak kehidupan masyarakat tidak ubah seperti enau. Masing-masing sibuk mencari rezeki tanpa memperdulikan orang lain. Keduniaan merubah sikap baik manusia. Sebaliknya di kampung-kampung tradisional yang belum banyak diserapi arus pembangunan, sifat bergotong-royong masih diamalkan. Sekiranya kenduri diadakan, semuanya bekerjasama tanpa mengira upah. Peribahasa yang bertepatan dengan sikap ini ialah hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah. Segala masalah dikongsi bersama seperti peribahasa yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Sikap kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan sesama sendiri. Ini dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sifat negatif yang lain ialah sikap pembohong. Cakap sedikit akan dipanjangkan menjadi banyak. Contoh peribahasa di sini ialah cakap sejengkal dibawa sehasta. Seseorang yang suka mendedahkan keburukan diri sendiri pula dikaitkan dengan membuka pekung di dada sendiri atau campak baju nampak kurap, atau ludah ke langit, menimpa batang hidung sendiri dan tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri Peribahasa Melayu memang banyak menyatakan sikap positif seseorang. Seseorang yang inginkan sesuatu mestilah perlu berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Sikap ini dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, dan dimana ada kemahuan di situ ada jalan, siapa gatal dialah yang menggaru dan siapa menjala, sebaliknya yang mengena. Setiap kejayaan yang diharapkan bukan dengan mudah boleh diperolehi. Ini semuanya memerlukan ketekunan dan kesungguhan SERTA kesabaran. Ini bertepatan dengan pepatah yang mengatakan yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek. Dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan seseorang amat mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga sehingga disamakan nilainya dengan emas. Terbitlah peribahasa yang berbunyi masa itu emas, masa itu lebih mahal dari permata. Ajaran Islam juga menuntut kita menghargai masa. Ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya manusia menghargai masa seperti yang terkandung dalam surah al Asr. Hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu amatlah dititik beratkan. Hubungan keluarga yang jauh cuba dieratkan. Walaupun hubungan itu bau-bau bacang, ianya cuba dipereratkan melalui ziarah-menziarahi. Hubungan silaturahim sentiasa terjalin walaupun berjauhan. Andainya berlaku pergaduhan atau perkelahian sesama anggota keluarga, ianya pastilah tidak akan berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus SERTA carik-carik bulu ayam, lama-lama akan bertaut kembali. Pergaduhan sesama adik beradik tidak melarat sehingga berpatah arang. Di dalam kamus am, peribahasa disenaraikan di bawah kata masukan. Dalam Kamus Dewan, di bawah kata masukan ibu terdapat peribahasa bahasa ibu, rumah ibu, ibu afrit, ibu angkat, ibu ayam, ibu haruan, ibu pembohong, ibu pertiwi, ibu tangga dan seperti anak ayam kehilangan ibu.Kata anak diungkapkan dalam peribahasa sebagai anak bapa yang bermaksud anak yang disayangi oleh bapanya ataupun anak yang bernai dan sanggup bertanggungjawab. Anak emas memberi erti seseorang yang disayangi oleh keluarganya ataupun oleh ketua dan majikannya. Anak angkat, anak tut dan , anak ambil memberi maksud yang sama iaitu anak orang lain yang diambil dan dipelihara seperti anak sendiri. Selain daripada itu terdapat juga peribahasa lain seperti anak tiri,anak kandung,anak tekak, anak dapat,anak ayam,anak bulan, anak tunggal,anak yatim,anak manja,anak gampang,anak haram,anak sumbang dan anak buah. Kata rumah dalam peribahasa dikaitkan sebagai rumah haram, bermakna rumah yang dibina di atas tanah kerajaan dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak pemerintah. Rumah kilat maksudnya rumah haram yang dibuat dalam tempoh satu malam sahaja. Rumah pasung pula bererti balai polis. Rumah ibu menunjukkan bahagian rumah yang menjadi asas pada bangunan rumah itu manakala rumah dapur ialah bahagian dapur sesebuah rumah. Seterusnya rumah sorong dinamakan pada bahagian tambahan sesebuah bangunan ataupun rumah. Untuk membandingkan rupa bentuk seseorang pula, sesuatu yang hendak diceritakan itu dibandingkan dengan benda-benda yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya seseorang yang tinggi dan kurus, umpamanya seperti tiang telefon. Oleh itu terciptalah peribahasa perempuan itu bagai tiang telefon. Contohnya seseorang tua yang tidak boleh bekerja lagi dibandingkan dengan Quran buruk sedangkan kedua-dua benda ciptaan Allah ini sangat berlainan rupa bentuknya; yang satu manusia dan yang satu lagi kitab suci. Seseorang yang menjadi orang harapan majikan dikatakan sebagai harimau tambatan kerana antara kedua-duanya mempunyai sifat yang serupa. Peribahasa Melayu banyak membandingkan manusia dengan benda-benda lain dalam masyarakat tempatan. Misalnya gambaran kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin, seperti cincin dengan permata, bagai pinang dibelah dua dan bagai tanduk bersendi gading. Seseorang yang mendapat keuntungan secara tiba-tiba dikaitkan dengan mendapat durian runtuh, bulan jatuh ke riba, dapat harta karun dan dapat harta timbul. Walaunpun usahanya sedikit namun keuntungan yang diperolehi ialah secara tidak disangka-sangka. Ini bergantung pada nasib seseorang. Seseorang yang bernasib baik atau lucky ia langkah kanan. Peribahasa yang diungkapkan oleh orang-orang tua dahulu amatlah indah dan puitis bahasanya. Ianya sering digunakan dalam perbualan seharian secara tidak langsung. Misalan yang dibuat sebahagian besarnya adalah merujuk kepada alam ciptaan Tuhan seperti tumbuhan dan haiwan. Ayam adalah haiwan ternakan yang dicipta dalam peribahasa, bagai anak ayam kehilangan ibu,ayam tambatan dan ajak-ajak ayam. Perlakuan ayam diperhatikan dan dibandingkan dengan manusia yang berkelakuan hampir sama dengan ayam tersebut. Seperti ayam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang yang membawa maksud keadaan hidup seseorang yang sangat susah. Bekerja hari ini untuk mendapat makanan hari ini sahaja. Rabun ayam menunjukkan seseorang yang kurang jelas penglihatannya pada waktu senja. Gajah dan harimau adalah binatang liar yang diumpamakan dalam peribahasa seperti gajah mati kerana gadingnya yang bermaksud mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama menunjukkan orang yang baik meninggalkan nama yang baik, sebaliknya orang yang jahat meninggalkan nama yang jahat pula. Gajah terdorong kerana gadingnya dan harimau terlompat kerana belangnya bermakna berbuat sesuatu yang kurang baik kerana kelebihannya. Harimau ialah binatang liar yang amat ditakuti. Untuk memberi perlambangan sifat garang pada seseorang, harimau dikaitkan dalam peribahasa. Contohnya harimau beranak muda yang bermaksud keadaan seseorang yang sangat bengis atau garang. Amat ditakuti dan digeruni oleh orang lain. Harimau menyembunyikan kuku memberi erti seseorang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya seerti juga dengan orang yang berpura-pura bodoh atau pun orang yang berani tetapi berpura-pura takut. Harimau juga lambang kekuasaan dan kekuatan. Peribahasa yang berbunyi harimau takut sebab giginya memberi maksud orang besar ditakuti sebab kekuasaannya. Manusia berani bila memegang tampuk kekuasaan. Manusia juga akan jadi sombong, bongkak, takbur SERTA hilang perikemanusiaan bila memegang kuasa. Pipit merupakan seekor burung yang menjadi contoh dalam peribahasa Melayu. Pipit hendak menjadi enggang diibaratkan kepada seseorang yang ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan diri sendiri. Manakala peribahasa yang berbunyi pipit itu, pipit jugalah lawannya menunjukkan setiap sesuatu itu menurut taraf masing-masing. Pipit pekak makan berhujan bermaksud orang yang sangat rajin. Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendung pula memberi makna orang lain yang mendapat kesenangan, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Manakala anjing sebagai binatang jinak dikaitkan dalam peribahasa sebagai haiwan yang dilambangkan dengan sifat jahat, seperti anjing makan muntahnya bererti orang yang tamak itu tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang jahat. Anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh dan anjing menyalak di ekor gajah membawa maksud walau bagaimanapun celaan dan cemuhan yang dibuat oleh orang yang lemah atau jahat ke atas seseorang yang kuat ataupun baik, celaan dan cemuhan itu tidak akan memberikan apa-apa kesan. Anjing kalau biasa makan tahi, tidak makan pun dihidu ada juga yang ditujukan kepada orang yang biasa melakukan kejahatan itu walau bagaimanapun dia akan teringat juga akan perbuatan jahatnya dan akan membuatnya jika mempunyai kesempatan. Manakala peribahasa yang berbunyi ekor anjing, betapapun dilurut, tiada betul juga memberi maksud seseorang yang jahat itu tidak dapat diajar kerana sekali-sekala dia akan berbuat jahat juga. Binatang lain yang dikaitkan dalam peribahasa ialah itik di air mati kehausan; ayam di kepuk mati kelaparan menunjukkan maksud keadaan kesusahan seseorang meskipun mempunyai wang yang banyak ataupun berpangkat tinggi. Ikan tergantung kucing tunggu bererti mengharapkan sesuatu barang yang sangat diingini. Kucing kurap ditujukan kepada orang yang sangat miskin atau pun hina. Kutu embun pula bermaksud seseorang atau pun orang yang suka berjalan sehingga jauh malam tanpa tujuan tertentu.Kutu adalah sejenis binatang yang hidupnya merayap. Embun pula menunjukkan waktu dinihari. Seperti kerbau dicucuk hidungnya diibaratkan kepada orang yang bodoh dan sentiasa mengikut sahaja kehendak orang lain, samalah seperti pak turut. Peribahasa kumbang putus tali dan belut digetil ekor membawa maksud keadaan orang yang lari dengan pantas apabila terlepas dari tahanan. Peluang yang ditunggu tidak akan dilepaskan. Seperti kucing dengan panggang peribahasa yang menunjukkan sesorang yang berjumpa dengan benda yang sangat dikehendakinya, kalau kurang diawasi tentulah barang berkenaan akan dapat diambilnya (biasanya dikaitkan kepada lelaki dan perempuan yang selalu berdekatan atau pun tidak pernah berenggang). Sesuatu perkara yang mustahil berlaku jangan berangan akan terjadi, umpama mengharapkan benda yang sia-sia seperti mengharapkan kucing bertanduk; puntung berasap; masak buah rumbia; menanti Kuaran bertelur; bakar air ambil abunya. Sesuatu yang pasti tidak akan terjadi, kucing telah dijadikan oleh Allah tidak bertanduk masakan manusia boleh mengubahnya. Begitu juga air sudah pasti anugerah Allah ini tidak akan dapat dibakar sampai bila-bila , jangan diharap untuk mendapatkan abunya.Tumbuhan yang terdapat di persekitaran manusia dijadikan bahan perumpamaan terhadap kelakuan dan sikap manusia dalam kehiduapan seharian. Contohnya daun nipah disangka daun labu yakni menunjukkan seseorang yang segan bertanya tentulah timbul salah faham. Sedangkan daun nipah dan daun labu amat berbeza dari segi rupa bentuknya. Darah setampuk pinang yang bermaksud belum berpengalaman. Seseorang yang cetek pengalamannya digambarkan dengan darah dalam bekas tampuk pinang yang kecil sahaja. Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah? Ubi gadung sejenis tanaman, jika diratah dengan banyak ia akan memabukkan. Sikap ini sudah tentu akan menimbulkan banyak masalah dan membawa penyesalan. Ini bertepatanlah dengan maksud peribahasa ini iaitu sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesali diri sendiri. Selain itu, peribahasa lain yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ialah seperti gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. . Ia membawa maksud orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan tetapi perbuatan itu sia-sia belaka. Sesuatu perbuatan yang berlebih-lebihan itu, biasanya akan menjadi sia-sia. Ini ada kaitan dengan peribahasa yang berbunyi gulai terlampau serai, maung rasanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling masyarakat Melayu, mudah sahaja dikaitkan dengan peribahasa. Contohnya tebu dan asam. Bertanam tebu di tepi bibir bermaksud orang manis percakapannya tetapi hati di dalam lain jadinya. Gigi telah gugur, tebu menjadi-jadi juga merupakan peribahasa yang dikaitkan dengan tebu. Ia bermaksud sesuatu keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi untuk melakukannya. Orang Melayu, sememangnya beragama Islam. Islam percaya rezeki, maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ini dikaitkan dengan peribahasa yang ada kaitan dengan pokok asam misalnya peribahasa yang berbunyi garam di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga. Ia membawa maksud seseorang perempuan atau lelaki itu kalau sudah jodoh, mereka akan bertemu (berkahwin) juga pada akhirnya. Kaduk ialah sejenis tumbuhan liar yang banyak khasiatnya. Seperti kaduk naik ke junjung adalah satu peribahasa yang bermaksud keadaan seseorang yang hina tetapi berkelakuan mengada-ngada apabila dia mendapat sesuatu kesenangan seperti dinaikkan pangkat dan sebagainya. Dalam hubungan kekeluargaan juga setiap anak buah selalu diingatkan supaya tidak bersikap sombong sebaliknya eloklah bersikap peramah dan baik hati.

Berbudi dan berjasa

Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul peribahasa:

i. Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga.ii. Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa matiiii. Muka berpandangan Budi kedapatanKasih bak lama juga

Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

i. Hidup kayu berubah Hidup manusia biar berjasa.ii. Kayu mati berpunggur Manusia mati biar bernama.iii. Harimau mati tinggal belangnya Gajah mati tinggal tulangnya Manusia mati tinggalkan nama.

Merendah diri

Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian budi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.

i. Bawa resmi padi; Makin berisi makin merunduk Jangan bawa resmi lalang Makin berisi makin jegang.ii. Berfikir sebelum berkata Berunding sebelum dibuat.

Menuntut pelajaran

Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-khabar yang disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta.

i. Kurang wang ringgit boleh dicari Kurang akal fikiran habis bicara.ii. Arang habis besi binasa Tukang bekerja penat sahaja.iii. Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi

Bekerja kuat dan berjimat-cermat

Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:

i. Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain.ii. Ditangkap buaya nampak riaknya Ditangkap malas tak bertanda.iii. Berhemat sebelum habis Sediakan payung sebelum hujan.

iv. Besar pasak dari tiang Besar sendal dari gelegar.v. Sekali merengkuh dayung Dua tiga pulau terlangsung Sekali mengorak pura Dua tiga hutang langsai

Taat setia dan menghormati undang-undang

Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintah jelas terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu waad dengan yang diperintahnya. Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuah kerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepadanya, seperti dalam contoh berikut:

i. Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah.ii. Biar mati anak Jangan mati adat.iii. Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah.iv. Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung.v. Bagai pucuk ru: Ke mana angin keras Ke sana ia berpihak.vi. Hujan emas di negeri orang Hujan keris lembing di negeri sendiri Baik juga di negeri sendiri.vii. Penohok kawan seiring Penggunting dalam lipatan.

Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat Melayu yang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-mata sebagai pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, menjadikannya sebagai sesuatu yang sakral. Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa berfungsi sebagai alat untuk menasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam tuntutan dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejak azali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan. Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus mengajak semua untuk hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawa kepada kerosakan kepada diri sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya.Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuai akan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkan keberkesanannya terutama di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan yang mengandungi peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua peribahasa mengandungi tema didaktik iaitu dengan maksud mengajar dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam mengingatkan pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjam dan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan:

i. Ingat-ingat yang di atas Kelak di bawah akan menimpa.ii. Hutang kajang belum langsai Hutang samir sudah tiba pulaiii. Ibarat kain tengah empat Elak ke atas bawah terbuka Elak ke bawah atas terbuka.

Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah mengajar manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah:

i. Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada berguna.ii. Lepas di tangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut manis jangan didengar.

Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup.

BAHAGIAN 24.0 PERBANDINGAN DAN HURAIAN TEKS KLASIK SULALATUS SALATIN DAN NOVEL MELAYU MODEN

4.1SINOPSIS SULALATUS SALATINSulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan.Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.

4.2 SINOPSIS SUTERA DALAM LUKISANNovel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mula merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias. Malah Adila turut difitnah menghidap AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.

4.3 LATAR BELAKANG KARYA

SULALATUS SALATINSejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang mulai bulan Februari 1614 dan siap pada tahun 1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya, Tun Ganggang. Tun Sri Lanang merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau juga menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai contoh, beliau telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.

SUTERA DALAM LUKISANNovel yang saya pilih ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Mohd Hassan. Beliau telah dilahirkan pada 1947. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-Laki Teluk Intan pada tahun 1954 hingga 1957. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan pada 1958 hingga 1960, sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan pada tahun 1960 hingga 1965. Selepas mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor. Antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Di Rahang Sumpah (1992), Sutera Dalam Lukisan (1993), Jerebu (1994), Khailee (1997) dan Diari Hati (2005). Selain itu, banyak kejayaan yang diperoleh beliau dalam penulisan karya sastera seperti memenangi tempat pertama Sayembara Novel GAPENA pada tahun 1976 menerusi novel Saga serta hadiah tempat kedua Sayembara Novel Hari Guru pada tahun 1977 menerusi novel Pelarian. Beliau juga memenangi tempat kedua Sayembara Novel GAPENA dan Yayasan Sabah pada tahun 1979 menerusi novel Warisan.

5.0 PERBANDINGAN DAN HURAIAN DARI ASPEK MORFOLOGI, SINTAKSIS DAN SEMANTIK

TEKS SULALATUS SALTINMorfologiNik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.Personafikasi adalah memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis sebagai daun nyiur melambai-lambai, daun kelapa menggamit manja dan sebagainya. Contoh personafikasi yang ada dalam novel adalah seperti berikut:1) Rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja dan catria.

Maksud: awan berarak: Awan adalah unsur alam yang diberi perlakuan manusia iaitu berarak yang bererti berjalan beramai-ramai dan beriring-iring.

2) Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai dengan kenaikan baginda.

Maksud: perahu bercerai: perahu adalah benda yang diberi perlakuan manusia iaitu bercerai yang bererti berpecah atau berpisah.

NOVEL SUTERA DALAM LUKISANMorfologiPenggunaan Bahasa asing seperti Bahasa inggeris, Bahasa arab dan Bahasa Indonesia juga menjadian struktur ayat lebih menarik dan memberikan gambaran yang berbeza dalam setiap ayat.

a) Penggunaan kata bahasa inggeris. Contoh: good morning; excuse me.b) Penggunaan kata bahasa arab. Contoh: Insya-Allah, Alhamdulillah; bertawakallah.c) Penggunaan kata bahasa Indonesia. Contoh: mikirkan;dong

Di tepi sungai kecil, pada waktu petang, Hafiz/Bujei menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya.

Maksudnya pengarang menggambarkan sungai sebagai latar tempat dan masa dalam cerita

TEKS SULALATUS SALTINSintaksisCabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ia menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh kata komplemen yang selalu digunakan ialah bahawa.

Contoh ayat:Ya tuanku,jangan apalah hati patik sekalian duli tuanku perbinasakan dengan titah yang demikian itu;bahawa patik sekalian ini adalah berkaul

Penggunaan ayat aktif dan pasifKedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud yang sama. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek dan kata kerjanya berawalan men-. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam ayat aktif) sebagai perkara atau unsur yang diterangkan, manakala subjek asalnya tidak diutamakan.

Contoh ayat 1:Ayat aktif: Temenggunglah yang memasung dan menangkap dia. Ayat pasif: Dialah yang dipasung dan ditangkap oleh Temenggung.

Contoh ayat 2:Ayat aktif : baginda memberi anugerah persalin akan kedua utusan Pahang itu. Ayat pasif : Kedua utusan Pahang itu telah diberi anugerah persalin oleh baginda.

Penggunaan kata pinjaman,kiasan dan ungkapan:

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;

Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya.

Selain itu,novel sulalatus salatin juga banyak menyelitkan rangkap-rangkap lagu yang dinyanyikan oleh rakyat jelata berdasarkan sesuatu perkara yang menarik perhatian. Contohnya Tun Hassan Temenggung anak Bendahara yang mempunyai rupa paras yang baik dan sering diperkatakan rakyat jelata.contoh rangkap lagu tersebut ialah:

Apa di jeruk dengan belimbing,Geranggang mudik muara,Apa ditengok di balik dinding?Tun hassan temenggung anak bendahara.

Penggunaan ungkapan tertentu yang digunakan untuk menggantikan atau menukarkan dengan idea yang telah diungkap sebelum itu. Contoh ungkapan daripada novel Sulalatus Salatin ialah mengenai Sultan Mahmud yang amat mengagumi Tun Teja. Anak Seri Wak Raja itu digambarkan begitu baik paras dan akalnya. Baginda mengungkapkan perihal tersebut melalui pantun iaitu:

Tuan Teja Ratna Menggala,Pandai membelah lada sulah;Jikalau tuan tidak percaya,Mari bersumpah kalam Allah.

Selain itu, penggunaan seloka juga kerap digunakan dalam novel sulalatus salatin berdasarkan peristiwa-peristiwa tertentu. Contohnya kejadian Singapura dilanggar todak dimana seekor todak telah melompat ke atas gajah Paduka Seri Maharaja dan terkena bajunya. Kemudian peristiwa ini telah dibuat seloka seperti berikut:

Carek baju dilompati todak,Baharu menurut kata budak.

NOVEL SUTERA DALAM LUKISANSintaksis

Dalam Novel yang menggambarkan latar masyarakat

i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.

Contoh:Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.

ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemahusiaan.

Contoh:Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun.

iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

Contoh:Baharu sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta.

iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.

Contoh:Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Sameah.

Dalam novel ini juga struktur ayat yang menggambarkan nilai-nilai murni adalah seperti berikut:

i. Nilai kasih sayang

Contoh:Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.

ii. Nilai hormat menghormati

Contoh:Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya Hafiz.

iii. Nilai baik hati

Contoh:Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.

iv. Nilai keadilan

Contoh:Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.

v. Nilai keberanian

Contoh:Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

vi. Nilai keadilan

Contoh:Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.

vii. Nilai keberanian

Contoh:Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

Struktur ayat yang menggambarkan pengajaran juga digunakan dalam novel melayu moden untuk memberikan pengajaran kepada pembaca.

i. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan

Contoh:Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.

ii. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.

Contoh:Alias telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.

iii. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik

Contoh:Adila optimis dia boleh membatu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.

iv. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.

Contoh:Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.

v. Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh:Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan Adila menghidapi penyakit AIDS untuk menjauhkan perhubungan mereka.

vi. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.

Contoh:Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.

TEKS SULALATUS SALTINSemantikBudaya perkahwinan merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam novel Sulalatus Salatin. Adat memberi mas kahwin kepada gadis yang ingin dikahwini merupakan adat yang dilakukan sehingga ke hari ini. Hal ini dibuktikan melalui akad nikah antara Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus dinar emas.

dan berkata ia kepada Raja Iskandar bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar.Adapun isi masnya tiga ratus ribu dinar emas,redakah tuan hamba? Maka sahut Raja Iskandar, Redalah hamba.

Antara aspek budaya yang dapat dikesan dalam karya ini adalah budaya dalam mematuhi peraturan kerabat diraja. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terdapat beberapa peraturan diraja yang diperkenalkan untuk dipraktikkan oleh seluruh isi masyarakat Melaka, agar kedudukan masyarakat kerabat terpelihara. Sebagai contoh, larangan kepada rakyat biasa untuk mengamalkan cara hidup masyarakat istana dalam segala aspek kehidupan seperti pakaian kekuningan, emas, keris, rumah dan berperahu.Oleh itu,amalan budaya tersebut pada ketika itu telah diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi menghormati taraf atau kedudukan kaum kerabat diraja. Contohnya dalam ayat berikut:tiada dapat diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada lain itu pun tiada juga dapat, melainkan kain, baju dan destar tiga perkara itu jua yang dapat dipakai.

Seterusnya, amalan taat setia kepada Raja dan Negara juga merupakan salah satu budaya yang ditunjukkan dalam novel Sulalatus Salatin ini. Budaya taat setia kepada raja dan negara amatlah dititikberatkan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, sehingga konsep waad diperkenalkan. Contohnya, Tun Biajid yang menunjukkan taat setianya kepada Sultan Mahmud Syah walaupun dia tahu bahawa baginda telah berzina dengan isterinya. Namun, oleh sebab nilai taat setia yang sudah terpupuk beliau tetap menghormati Sultan Mahmud Syah sebagai tuannya.Tegasnya, budaya taat setia kepada raja dan negara ini diamalkan dalam kehidupan seharian oleh seluruh lapisan masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pada hari ini,seperti yang termaktub dalam prinsip rukun negara.

Contoh ayat yang menunjukkan taat setia kepada raja dalam novel Sulalatus Salatin adalah seperti berikut:

maka titah Sultan Mahmud Shah, jangan kamu semua marah, kerana katanya itu benar, kita sedia salah kepadanya; pada hukumnya patut kita dibunuhnya, daripada ia hamba melayu, tiada ia mahu derhaka, maka demikian lakunya

NOVEL SUTERA DALAM LUKISANSemantik

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan supaya jiwa menjadi tenang boleh digambarkan dalam huraian ayat dibawah :

Hafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias,diatidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya

Kita hendaklah bertanggungjawab membantu anak yatim kerana beban mereka dapat diringankan. Huraian penyataan ini seperti ayat di bawah:

MakSommengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz.Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.

Kita hendaklah bersimpati dengan masalah orang lain supaya beban mereka dapat diringankan dan huraian ayat adalah seperti berikut :

Adila memberitahu Sameah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila sering memberitahu Sameah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.

6.0 REFLEKSIAlhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Tugasan ini memberikan peluang kepada saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam menghasilkan kerja kursus mata pelajaran BMM 3123 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan. Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Pada pendapat saya sejarah perkembangan Bahasa Melayu , perkamusan dan terjemahan adalah penting bagi seorang guru kerana BMM 3123 ini akan menyedarkan guru tentang perkembangan Bahasa Melayu sama ada dari segi sejarah, perkamusan dan terjemahan. Melalui BMM 3123 ini kita akan memahami perkembangan bahasa Melayu dari Bahasa Melayu kuno hingga Bahasa Melayu moden. Kita juga akan memahami perkembangan perkamusan dan kepentingan kamus dalam meyelesai masalah Bahasa. Selain itu tidak ketinggalan juga kita akan mengetahui prinsip-prinsip terjemahan. Sejarah mengajar kita erti lebih dewasa kata-kata ini memang sesuai bagi guru Bahasa Melayu. Melalui sejarah perkembangan bahasa Melayu ini, para guru akan lebih berkeyakinan serta lebih berpengetahuan di dalam pengajaran Bahasa Melayu. Apabila saya mendalami ilmu Sejarah perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan berdasarkan modul BMM 3123 serta mendapat bahan dengan merujuk kepada bahan bacaan serta melayari internet untuk menyiapkan tugasan ini, kefahaman saya semakin meningkat , oleh itu pengetahuan yang lebih mendalam ini akan dapat membantu saya untuk mengajar murid-murid dengan lebih baik. Tugasan ini memberikan saya peluang bagaimana peribahasa boleh menggambarkan kebudayaan atau falsafah masyarakat melayu. I juga boleh menggambarkan sistem ekonomi, sosial dan politik masyarakat melayu kita. Di samping itu juga saya dapat membanding dan menghuraikan teks klasik salalatu salatin dan novel melayu dari segi morfologi, sintaksis dan juga semantik. Ini memberikans saya peluang memahami semua struktur tersebut.Apabila saya memikir tentang pengalaman ini, maka saya benar-benar menginsafi bahawa murid-murid perlu memahami mengenai peribahasa yang melibatkan kebudayaan dalam masyarakat melayu sendiri. Justeru dengan itu, pengetahuan baru yang saya perolehi ini amat berguna dan akan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana sebagai seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu melihat bahawa guru perlu melengkapi ilmu bahasanya serta kreatif dalam pengajarannya supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Jika kita buat yang terbaik , murid juga akan dapat yang terbaik.Sekian, terima kasih.FAIROS AZMI BIN MARZAH810809145533PPG 6.07

7.0 RUMUSANKesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup.Di samping itu juga kesimpulan bagi teks Sulalatus Salatin dikatakan telah ditulis sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ditulis semula serta disemak oleh Tun Sri Lanang di Johor pada awal abad ke-17 (1621).Pelbagai versi Sulalatus Salatin telah diwujudkan dan diselenggarakan oleh pengkaji-pengkaji seperti Raffles, Shellabear, Munshi Abdullah dan A. Samad Ahmad. Namun, buku Sulalatus Salatin- Sejarah Melayu (edisi pelajar) yang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad, terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (1979) telah digunakan oleh Ismail Embong sebagai rujukan untuk melahirkan karya lukisannya.Sulalatus Salatin ini telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa khususnya dari aspek kesusasteraan. Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang penting kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang terpenting daripada semua cabang kebudayaan itu. Hal Ini boleh dilihat pada pengiktirafan dunia terhadap keagungan kesusasteraan sesuatu bangsa sebagai pengakuan keagungan kebudaayan bangsa itu.Teks sastera tradisional ini amatlah penting dalam memartabatkan bangsa Melayu kita. Banyak panduan dan kisah-kisah dlm pentadbiran raja Melayu dahulu yang wajar dijadikan pedoman masa ini.Bukan saja kepada golongan raja-raja malah untuk kepentingan masyarakat juga.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hasbullah Ibrahim, 1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah. Selangor: Pan Asia Publications Sdn Bhd.Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan Seri Kota.Kassim Ahmad, 2008. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka AntaraZainon S. Ahmad, 1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur: Penerbitan Elman.Laman web: www.google.com/ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_SalatinLaman web: www.google.com/sejarahmelayu.wordpress.com

LAMPIRAN