29
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISM DALAM REKABENTUK DAN PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PPBK) 1. PENGENALAN Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Gagne (1985) mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian adalah untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori pembelajaran yang relevan dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang penting dalam membekalkan beberapa program pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK yang berlandaskan pendekatan teori-teori pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih

Kon Struk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Konstruktivisme

Citation preview

Page 1: Kon Struk

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISM DALAM REKABENTUK DAN

PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER ( PPBK)

1. PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan salah satu

cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk

mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori

pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori

pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan

keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Gagne

(1985) mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian adalah untuk

mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke

atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui

proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori

pembelajaran yang relevan dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang penting dalam membekalkan

beberapa program pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi

pelajar dengan sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam

rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK yang berlandaskan pendekatan teori-teori

pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan

menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti.

Soal perancangan kini menjadi semakin kritikal memandangkan matlamat

pendidikan negara ini amat mementingkan pembinaan potensi insan dalam semua aspek

iaitu rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu

Berdasarkan Perspektif Bersepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan di sekolah adalah

untuk memanusiakan manusia dan memperadabkan manusia ( Nik Aziz Nik Pa, 1997).

Pembinaan konsep pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring

dengan matlamat negara akan menjadi landasan kepada rekabentuk perisian PPBK.

Pendekatan teori pengajaran dan pembelajaran, strategi dan pengkaedahan yang

diamalkan dalam rekabentuk perisian PPBK hendaklah bersesuaian dengan

Page 2: Kon Struk

kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar, di samping itu juga mengambilkira kecerdasan

kepelbagaian dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta penerapan nilai-nilai

murni.

Terdapat pelbagai jenis teori pembelajaran dalam bidang pedagogi yang boleh

diaplikasikan dalam rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK. Teori-teori

pembelajaran mempengaruhi pembentukkan model-model rekabentuk pengajaran yang

digunakan sebagai panduan dalam pembinaan perisian PPBK. Aplikasi teori ini perlulah

relevan dengan keperluan dan kesesuaian penggunaannya. Teori pembelajaran

konstruktivism merupakan salah satu daripada teori tersebut yang akan menjadi

tumpuan perbincangan dalam kertas kerja ini berkaitan dengan rekabentuk dan

pembinaan perisian PPBK.

2. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISM

2.1 Apakah Konstruktivism?

Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan.

Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin

kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang mengkaji perubahan

tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar

dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses

di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa

mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan

membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema

dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan

membolehkan individu “melangkau melebihi maklumat yang diberikan” (Beyond the

information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan

pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

Page 3: Kon Struk

Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji

idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang

diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang

dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami

sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka

dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang

tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa

yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau

mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru

ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism adalah

satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana

manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina

pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan

pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan

baru dalam mindanya (PPK, 2001:9). Secara ringkasnya, teori pembelajaran

konstruktrivism adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru

dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada

dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi

sosial atau persekitaran diselaraskan melalui proses metakognitif . Rajah 1

menunjukkan gambaran pengertian konstruktivism secara ringkasnya.

Rajah 2 menunjukkan sebuah peta minda tentang pengertian konstruktivism

secara kesluruhannya iaitu dari segi implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran ,

prinsip-prinsip dan peranan guru dan pelajar .

Page 4: Kon Struk

MaklumatPengetahuan

IdeaKonsep

KemahiranMaklumat

Pengetahuan sedia ada/

pengalaman lepas

Persekitaran/ sosial/ individu

Proses metakognitif

Proses metakognitif

Pengetahuan baru

Idea baru

Konsep baru

Secara aktif

RAJAH 1 : GAMBARAN PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Diubahsuai/ diselaraskan

Page 5: Kon Struk

GOL PENGAJARAN GOL

PENGAJARAN

BERPUSATKAN PELAJAR

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN

PERANAN PELAJAR

PERANAN GURU

Menerima autonomi pelajarLebih bertumpu kepada pembelajaran

Pelajar berwawasanPelajar bermatlamat

konstektual

Aktiviti sosial

masa

fokuskan

“reasoning”

Pemikiran kritikal

Penyelesaian masalah

“retrieval”, pemahaman dan penggunaan

Fleksibiliti kognitif

refleksi

Agihan Kepakaran

Pembelajaran satu proses yang aktif

Motivasi-kunci pembelajaran

Pengalaman-peranan kritikal dalam pembelajaran

Menggalakkan penemuan inkuiriMenggalakkan perasaan ingin tahu

Menggalakkan inisiatif

Pengalaman kepercayaan lepas, pengetahuan lepas, sikap sedia ada

“Cognitive pre-disposition” manusia

Pilih dan ubah maklumatKonstruk hipotesisMembuat pilihan

Berkaitan dengan kehidupanBerkaitan dengan prejudis

Berkaitan dengan kebimbangan

Pembelajaran kooperatif

Pembelajaran melibatkan

bahasaPembelajaran melibatkan

situasiPembelajaran melibatkan realiti dunia

Pembelajaran melibatkan

dialog

Refleksi dan kematangan

Pemahaman dan prestasi

Bertanggungjawab-pembelajaran kendiri

Double lesson

Penggunaan teknologi

Organisasi kerja sendiri

Trait yang diingini- ingin

tahu, inisiatif dan “persistent”

Membelajari maklumat baru

Cara belajar yang baru

Perisian –alat mencapai gol pembelajaranPengaksesan

Internet- perkongsian maklumat,Simulasi,

modelling dll –sokong kajian

Fasilitator

Pembimbing

Berfikiran terbuka

Penyokong kognitif

Akses pelajar individu

Set limit

Rancang dan urus

Kaunseling dan arah tuju

“Learn along the way”

Buat cadangan,Memperkenalkan,Cabaran kreativitiGalakkan berdikari

Kemungkinan, Kekuatan, Keperluan & perasaan.

PRINSIP-PRINSIP KESELURUHANPRINSIP-PRINSIP KESELURUHAN

GURU & PELAJARGURU &

PELAJAR

RAJAH 2: PETA MINDA KONSTRUKTIVISMSumber: Ubahsuai dari

http://uib.no/People/sinia/CSCL/HMM_Constructivism.htm

Page 6: Kon Struk

2.2 Prinsip-prinsip pembelajaran konstruktivism

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu implikasi utama yang

pendekatan konstruktivism yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah

berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada

aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara

pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukan guru.

Berdasarkan Rajah 2, prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan

pelajar mempunyai ciri-ciri iaitu pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini

guru perlu menerima autonomi pelajar. . Ia lebih menekankan pembelajaran daripada

pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian pelajarannya.

Yang kedua ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia

menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu

pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada

memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.

Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive

predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk

pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek / kajian.( contoh; menguji hipotesis) dan

membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcarakan

ekstrapolasi dan memenuhi ruang (“going beyond the information given”).

Dalam teori konstruktivism, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia

berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan

kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong

pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan

situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga menggalakkan dialog

dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Satu lagi prinsip

pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan masa yang

Page 7: Kon Struk

mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan pemikiran refleksi

dan proses kematangan.

Pembelajaran konstruktivism amat memokus kepada pemahaman pelajar dan

prestasinya. Mengikut Alessi & Trollip (2001), ia mempunyai asas dalam kognitif

bersituasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu.

2.3 Pendekatan pembelajaran secara konstruktivism

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivism dapat dibahagikan kepada lima format

iaitu :

a. Penglibatan : Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu

tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.

b. Penjelajahan : Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui

penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat, melalui

eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan menyoal.

c. Penerangan: Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan penyataan.

Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan

penjelasan.

d. Penghuraian: Memperdalamkan lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain.

Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau

topik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkiatan dengan konsep/

topik ke dalam situasi dunianya.

e. Penilaian: Menilai pemahaman pelajar melalui demontrasi pemahaman dan

kemahiran atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar dan

kemahiran dan konsep. Mengemukakan soalan terbuka (contoh: Apa yang sedang

anda fikirkan?)

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997: 45)

Untuk mencapai gol pengajaran , beberapa pendekatan pengajaran secara

konstruktivism seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 iaitu mewujudkan aktiviti sebab-

musabab (reasoning), melibatkan pemikiran yang kritikal dan KBKK dan aktiviti

penyelesaian masalah. Pelajar juga perlu berupaya mendapatkan kembali maklumat,

Page 8: Kon Struk

memahami dan menggunakan maklumat. Pengajaran juga perlu menekankan kepada

fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran di kalangan pelajar

dengan pelajar , pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.

.

2.3 Peranan guru dan pelajar dalam pembelajaran konstruktivism

2.3.1 Peranan Guru

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, guru memainkan peranan sebagai fasilitator

yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru

merupakan pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum

kepada kehidupan mereka. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan

merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru juga

merupakan pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid

untuk membina pengetahuan baru. Guru sentiasa berfikiran terbuka yang sentiasa

menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.

Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar

persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,

menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Pelajar juga perlu digalakkan

menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu pelajar juga digalakkan membuat

penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan bersoal jawab antara satu sama lain.

Masa yang secukupnya perlu diberikan agar pelajar dapat membuat perkaitan antara idea-

idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu tahu cara melaksanakan pembelajaran

koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing pelajar untuk mendapatkan

jawapan yang tepat.

2.3.2 Peranan Pelajar

Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivism melibatkan

sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan

Page 9: Kon Struk

masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu

dan membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan

juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka,

mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina asas pengetahuan

yang mereka faham.

Selain itu pelajar perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan

untuk membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan

kemahiran penggunaan teknologi dimana mereka dapat menggunakan data dan bahan-

bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada Internet) bagi menolong

mereka menjana idea dan pengetahuan baru.

2.4 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivism

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism

menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar

berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak

dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti

penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis.

Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep

dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.

Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka

panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan

pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan

yang baru.

Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan

membolehkan pelajar berani mengahadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi

baru.

Page 10: Kon Struk

Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat

bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.

Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan

guru dalam membina pengetahuan mereka.

Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar

membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan

kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat

walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.

3 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM

PEMBINAAN DAN REKABENTUK PERISIAN PPBK

PPBK merupakan atucara komputer untuk menyampaikan isi pengajaran sesuatu mata

pelajaran kepada pelajar (Alessi dan Trollip, 1991). Ia ialah aturcara komputer yang

menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan manusia untuk membantu seseorang

belajar ( Jamaluddin. 1989).

Perisian PPBK memerlukan penglibatan pelajar secara aktif mengaplikasikan

pengetahuan dalam membina realiti diri sendiri . PPBK tradisional menekankan kepada

pendekatan yang sistematik berdasarkan kepada satu set prinsip rekabentuk pengajaran.

(Bolye, 1997:67). Tetapi kini konstruktivisme menjadi amat berpengaruh dalam

teknologi moden misalnya dalam rekabentuk multimedia interaktif ( IMLE). Pendekatan

lama yang lebih berbentuk objektivis tidak lagi sesuai kerana dalam psikologi moden,

pembelajaran dilihat sebagai satu proses yang dinamik di mana manusia akan membina

pengetahuan baru dalam dunia realitinya. Peranan pengajaran bukan untuk mewujudkan

pengetahuan berstruktur tetapi untuk membentuk proses pembelajaran yang konstruktif

yang lebih berpusatkan pelajar.

Page 11: Kon Struk

Papert (1980), anak buah Piaget telah menggunakan idea teori konstruktivsim

dalam merekabentuk persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan komputer untuk

menyokong pembelajaran misalnya program Logo yang bukan hanya membolehkan

kanak-kanak mempelajari kemahiran bahasa tetapi untuk membantu mereka dalam

perkembangan kognitif. Papert melihatkan Logo sebagai suatu alat yang menolong

kanak-kanak menyelesaikan masalah. Dalam proses ini, pelajar akan memperolehi

“powerful ideas” bagi menyelesaikan masalah amnya. Pandangan pembelajaran

konstruktivis dan perkembangan kognitif memberikan tema yang penting dalam

memahami persekitaran pembelajaran dalam rekabentuk perisian multimedia PPBK.

Pelajar dianggap sebagai konstruktur yang aktif ke atas pengetahuan dunia yang

diperolehi ( Boyle, 1997: 11). Papert telah memperkembangkan idea lain yang lebih

relevan dengan rekabentuk IMLE yang lebih moden. “Microworlds” dibina dengan Logo

membolehkan seseorang kanak-kanak membelajari secara aktif tentang konsep yang

abstrak (Boyle, 1997:12). Konsep micorworlds ini berpotensi mewujudkan teknik yang

berkesan bagi membina persekitaran pembelajaran secara interaktif dan berasaskan

kepada psikologi konstruktivism.

Beberapa pendekatan konstruktivism yang menggunakan komputer sebagai alat

untuk membantu pembelajaran misalnya pemprosesan kata dan hamparan elektronik.

Program yang dibina untuk meningkatkan pembelajaran dan penyelesaian masalah

dikenali sebagai “mindtools” misalnya alat pemetaan berkonsep (concept mapping

tools)yang merupakan paparan berbentuk grafik tentang pengetahuan konseptual (Boyle,

1997:26) . Di sini format visual dan aplikasi model mental perlu ditekankan. Menurut

Jonassen dan Marra (1994), tujuan pemetaan adalah menjadikan pembelajaran lebih

efektif. Kafai (1996) berpendapat pelajar yang merekabentuk dan mengimplementasikan

perisian sendiri tentang sesuatu topik membolehkan mereka memahami sesuatu konsep

dengan lebih mendalam.

Berdasarkan prinsip pembelajaran konstruktivism juga, PPBK memungkinkan

pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on”. Selain daripada pensel, buku latihan

dan teks, komputer membolehkan pelajar bertukar-tukar maklumat serta-merta seperti

Page 12: Kon Struk

melalui Internet, e-mail dan tutoran sama ada di antara individu dan bilik darjah secara

jauh dan dekat. Ia membolehkan pelajar mengakses pangkala data, perkhidmatan

maklumat talian terus dan sumber multimedia. Selain itu media lain seperti bahan

“hands-on” seperti modul, buku , majalan , jurnal dan terbitan lain akan

mengkomplimenkan perlaksanaan PPBK

Dalam tradisi objektivis, pendekatan strategi pengajaran dan bahan serta penilaian

keberkesanan program pendidikan. Pembelajaran lebih berupa proses transmisi dan

pemerolehan stuktur pengetahuan yang dipengaruhi oleh pendekatan behaviorism dan

kognitivism. Konstruktivism memperkenalkan satu epistemologi yang mempunyai

perbezaan yang radikal di mana pembelajaran lebih diutamakan daripada pengajaran

(Boyle, 1997:71)

PPBK yang menggalakan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif

memainkan peranan dalam menyokong komunikasi dam pembelajaran berkumpulan.

Lin(1996) menerangkan suatu alat digunakan untuk mennstruktur dan menyokong

perbincangan berkumpulan melalui elektronik , misalnya melalui video konferencing

atau “E-bincang” di Universiti Kebangsaan Malaysia. Guzdial et al (1996) menyatakan

komputer sebagai alat untuk menyokong idea “brainstroming” dan perancangan. Dalam

pembelajaran penemuan, pelajar menjalankan penemuan dengan membentuk perkaitan

mental, sedangkan guru berperanan sebagi pengantara, fasilitator atau pemudah cara

pembelajaran sahaja. Dalam perlaksanaan PPBK, pengajar perlu menyediakan peluang

kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam proses pembelajaran mereka

seperti menggunakan aktivit berbentuk projek atau kajian kes yang melibatkan

penggunaan komputer.

4 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM

REKABENTUK DAN PEMBINAAN PERISIAN PPBK

Page 13: Kon Struk

Rekabentuk perisian PPBK dari segi pandangan konstruktivism perlu mengambil kira

aspek multimedia interaktif. Bahan direkabentuk supaya pelajar dapat membina

pengetahuan sendiri dan bukan berpusatkan pengajar. Ia menekankan pemikiran aras

tinggi . Rekabentuk bahan hipermedia dapat memberi bimbingan kepada pelajar tentang

hala tuju pembelajaran dan poin rujukan kedudukan mereka Bimbingan tidak semestinya

diperolehi dari sistem perisian tetapi peranan komunikasi antara pelajar dan pengajar dan

sosial pelajar sendiri.

Dalam pembelajaran penemuan rekabentuk antaramuka perisian PPBK penting

dalam membantu pelajar membina pengetahuan yang ingin diperolehi, misalnya

penyediaan peta atau glosari dan pernyataan yang jelas tentang tujuan program.

Rekabentuk antaramuka perlu menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif.

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menekankan gerakkerja berkumpulan dalam

menyelesaiakan masalah. Perkins (1991) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif

mengilustrasikan agihan kecerdasan iaitu setiap individu dapat bertukar-tukar idea dan

pendapat serta kemahiran / pakar ke aras pencapaian gol yang diingini. Ia merupakan

persekitaran yang ideal bagi pelajar mempelajajari cara berkongsi tanggungjawab dan

berkerjasama ke arah gol yang sama dan kemahiran yang diperolehi didapati amat

berguna dalam pelbagai “setting” di luar persekitaran sekolah (Roblyer & Edwards,

2000:68). Pendekatan ini amat penting disisipkan semasa perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan PPBK.

Kaedah penilaian tulen ( Authentic Assessment) merupakan strategi penilaian lebih

berbentuk kualitatif dibantingkan dengan jenis penilaian kuantitatif. Dalam perlaksanaan

P&P PPBK, pelajar boleh dinilai melalui penyediaan portfolio bertulis atau portfolio

elektronik yang merangkumi hasil kerja yang mereka telah buat (Bateson, 1994:;

Yong,1995 dalam Roblyer & Edwards, 2000: 68)

Dick (1997) , menyatakan bahawa konstruktivism hanya mencadangankan kaedah

dalam mana persekitaran pembelajaran yang pelbagai boleh disusunatur dan diurus

Page 14: Kon Struk

supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk pelajar. Duffy dan

Jonassen (1991) telah mempertikaikan tentang hubungakait antara teori pembelajaran

dengan pendekatan pengajaran.

Cunningham et al (1993) telah memperkenalkan tujuh prinsip dalam

merekabentuk persekitaran pembelajaran yang pelbagai dalam konstruktivism . Ia amat

berguna sebagai rangka kerja bagi memperkenalkan rekebentuk persekitaran

pembelajaran.

4.2.1 Pembelajaran Tulen

Konstruktivis bertumpu kepada pembelajaran melalui konteks penyelesaian masalah yang

relevan dengan dunia realiti. Pelajar perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang

relevan dengan penyelesaian masalah ( Jonassen et al. 1993 dalam Bolye, 1997:71) .

Video digunakan untuk mewujudkan situasi kes berasaskan masalah tentang “ realiti

hidup” Pendekatan ini memastikan aktiviti penyelesaian masalah adalah diselitkan dalam

pembelajaran

4.2.2 Konteks Sosial

Interaksi sosial dilihat sebagai asas sumber bahan bagi pembentukan kognitif bahawa

manusia membuat persepsi tentang dunia. Dialog dan perundingan tentang makna

menjadi asas kepada individu untuk berkembang, menguji dan memperhalusi idea

mereka. Terdapat dua elemen utama untuk membina pembelajaran berbentuk interaktif

dan konteks sosial ( Cunningham et al, 1993 dalam Bolye, 1997:73). Elemen ini

memokus kepada tutor, hubungan pelajar dan kumpulan rakan sebaya. Ia melibatkan dua

proses iaitu “scaffolding” dan “fading”. Ini bermakna guru merupakan jurulatih dan

fasilitator di mana dia akan membimbing pelajar memperolehi kemahiran yang ingin

dipelajari dan pengetahuan. Guru akan menjadi sumber pelajar dalam memberi

bimbingan , komen dan membuat demontrasi. Setelah itu guru akan mengurangkan

bantuannya secara perlahan yang dikenali sebagai proses “fading”. In akan memaksa

pelajar menjadi lebih berdikari dalam aplikasi kemahiran dan pengetahuan mereka dan

akhir sekali diikuti oleh penyelesaian masalah dalam domain ini.

Page 15: Kon Struk

Modelling yang diimplementasikan dengan menggunakan klips video disertai

dengan program animasi amat berguna untuk memberi perwakilan yang konkrit bagi

proses yang tidak dapat dilihat. Di sini bimbingan dan “fading” dilanjutkan kepada

artikulasi, refleksi dan eksplorasi untuk membolehkan pelajar memperolehi kawalan yang

lebih baik kepada proses penyelesaian masalah dan seterusnya menjadikannya lebih

eksplisit (Collins et al, 1989 dalam Bolye, 1997:74).

Misalnya dalam sistem SMALLTALKER, pelajar digalakkan mengartikulasikan

pengetahuan mereka melalui soalan konseptual yang memerlukan pelajar menyatakan

pemahaman mereka. Tetapi keadaan ini tidak dapat memproses jawapan pelajar. Oleh itu

ekplorasi pula menggalakkan pelajar lebih menyelesaian masalah secara berdikari.

Butang “Explore” dalam sistem ini diberikan untuk membolehkan pelajar mengakses

kepada persekitaran program sepenuhnya. . Di sini pelajar boleh mengkonstruk program

sendiri dan meninjau sistem ini .

Guzdial et al (1996) telah menggunakan sokongan “scaffolding” menggunakan

perisian di mana tugasan pembelajaran dipecahkan kepada aktiviti-aktiviti seperti

kolaborasi melalui perbincangan elektronik berkumpulan, menyatakan dan

menggambarkan idea dan mengakses sumber penyelesaian masalah.

Dalam pembinaan perisian PPBK juga, komponen antaramuka seperti butang,

menu dan ikon yang dalam meningkatkan kompleksiti visual bagi skrin perlu

ditekankan. Interaktif merupakan satu kawalan yang menggerakkan pengguna

memanupilasikan maklum balas intrinsiknya. Misalnya terdapat opsyen “Bantuan” yang

boleh memberikan maklum balas intrinsik. Reflektif membolehkan pelajar belajar

mengikut kadar kemampuan masing-masing misalnya melalui pemetaan konsep

(Phillips, Rob: 1997:21-31)

Dalam PPBK , aktiviti seperti menulis esei , membentuk simulasi & permainan

dan mencipta movie boleh dilaksanakan dengan menggunakan alat perisian Penggunaan

kemudahan komunikasi berperantara komputer (CMC) seperti e-mail , Internet “chat

Room” , video konferens dan perkongsian fail juga digalakkan.dalam kerja projek dan

kajian berkumpulan .

Page 16: Kon Struk

4.2.3 Galakkan autonomi dan pemilihan dalam proses pembelajaran.

Pertikaian tentang pembelajaran berpusatkan pelajar bahawa pelajar dibenarkan

memilih masalah yang akan mereka hadapi. Pelajar perlu bertanggungjawab ke atas

pengalaman pembelajaran mereka (Cunningham et. al.1993 dalam Bolye, 1997:76).

Mereka perlu memperolehi pengalaman untuk menjanakan masalah sendiri. Ini

merupakan bahagian utama dalam penyelesaian masalah dalam realiti dunia.

4.2.4: Pengalaman dengan proses pembinaan pengetahuan

Penekanan kepada pembelajaran tulen dan dialog sosial merupakan asas kepada

pengalaman dengan proses pembinaan pengetahuan. Ahli konstruktivis mempertikaian

bahawa pengalaman dan kemahiran dalam proses membina pengetahuan adalah lebih

penting. Ini bermakna mempelajari cara belajar, cara mengkonstruk dan memperhaluskan

makna baru adalah lebih penting.

4.2.5. Kesedaran Kendiri dalam proses membina pengetahuan

Ia merupakan gol utama dalam pendekatan konstruktivism yang agak sama dengan idea

metakognisi. Penyelesaian masalah melibatkan proses yang memaparkan masalah dan

pencarian penyelesaiannya. Metakognisi merupakan proses aras tinggi dalam membuat

refleksi ke atas pemikiran sendiri dan proses penyelesaian masalah di mana Cunningham

merujuk kebolehan ini sebagai reflektiviti.

Pembinaan perisian PPBK perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk perspektif

konstruktivisme di mana pelajar ditafsirkan sebagai individu yang aktif dalam membina

pengetahuannya. Ia perlu melibatkan pembentukan dan penyusunan semula pengetahuan

pelajar melalui pengalaman dan peristiwa yang berlaku sepanjang masa mereka

berinteraksi dengan perisian PPBK. Contoh penyediaan persekitaran yang aktif adalah

melalui pendekatan penjelajahan dan penerokaan.

Dalam konteks pembelajaran, format visual dan model mental yang berhubung

dengan paparan komponen yang menegaskan kepada kawalan pengguna ke atas

kandungan dan strategi pembelajaran akan menjadikan persekitaran pembelajaran

Page 17: Kon Struk

multimedia yang kaya dengan maklumat, memberi kawalan pengguna yang berkesan dan

mempunyai tahap interaktivit yang tinggi. (Merill, 1983) . Paparan grafik, animasi, audio,

video, suara latar, muzik dan lagu iringan yang menarik mewujudkan keseronokan

mengikuti perisian PPBK. Paparan teks yang ringkas dan bernas, maklumat yang

berbagai, grafik yang berwarna-warni dapat mendorong pelajar terus membuat

penjelajahan terhadap setiap ruang di dalam perisian yang dikemukakan dan disamping

meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Suasana pembelajaran yang seronok dan yang

memberangsangkan dalam pengumpulan maklumat dapat meningkatkan tahap ingin

tahu, pemahaman terhadap kandungan pakej dan dorongan untuk terus mara ke hadapan

dapat dipupuk dan terus dipertingkatkan. Unsur-unsur klip video yang diselitkan dapat

membawa imaginasi pelajar dalan dunia realiti dan membantu mengukuhkan lagi

pengalaman sedia ada.

Impak kepada pendekatan konstruktivism dikaitkan dengan tiga aktiviti utama

iaitu “front end analysis”, pemilihan strategi pengajaran dan sumber, dan penilaian.

Kebolehan menjanakan masalah , terlibat dalam kolaborasi, menghargai perspektif yang

pelbagai, menilai dan secara aktif menggunakan pengetahuan menjadi lebih penting.

Penggunaan artifaks multimedia dalam PPBK merupakan satu ciri penting dalam

pembelajaran konstruktivism. Ia merupakan alat yang digunakan untk perwakilan,

komunikasi dan penilaian

Perkins (1991) telah memperkenalkan lima asas paparan persekitaran

pembelajaran dan membincangkan impak konstruktivism dalam membuat pilihan ke atas

komponen-komponen ini iaitu “information banks”, “symbol pads” “ contruction kits”,

“phenomenaria” dan “task managers”. Informasi banks menyimpan maklumat seperti

buku teks, buku rujukan dan database komputer. Simbol pads merupakan permukaan bagi

pembinaan dan manipulasi simbol . Contohnya: pad tulisan atau satu pemprosesan kata.

“Construction Kits” adalah set komponen yang membekalkan bahan mentah untuk

aktiviti konstruktif, misalnya Lego Technic atau satu kit asas komputer seperti Logo.

Fenomena ria adalah contoh fenomena yang dikaji. “Task manager” menentukan jenis

pembelajaran, menyelia dan mengakses hasilnya. Secara tradisional, sistem PPBK dan

Page 18: Kon Struk

ITS mempunyai peranan kuat sebagai “task manager” (Bolye, 1997:78). Komputer

sebagai “tool” untuk merekod maklumat, membuat analisis dan berkomunikasi dengan

kumpulan lain. Misalnya dalam kajian luar, komputer digunakan untuk merekod,

menganalisa dan komunikasi tentang interpretasi maklumat.

5. PENUTUP

Akhirkata, konstruktivism merupakan idea bahawa pembelajaran melibatkan pembinaan

skima pengetahuan seseorang individu yang dicapai melalui proses keseimbangan

( Reiber,1994). Keseimbangan ini dicapai melalui proses akomodasi dan assimilasi di

mana skema pengetahuan baru dibentuk melalui penstrukturan semula skema

pengetahuan baru dengan skema pengetahuan sedia ada. Pendekatan ini menggalakkan

pembelajaran induktif berdasarkan penemuan yang melibatkan penerokaan isi pelajaran

dengan lebih lanjut, menguji idea, membina dan menguji hipotesis.

Konstruktivism merupakan paradigma yang dominan dalam rekabentuk dan

pembinaan perisian PPBK di mana ia mempunyai asas yang kuat dalam bidang psikologi

pembelajaran dan perkembangan kognitif. Pendekatan ini menekankan penyediaan

sumber untuk pelajar membina pengetahuan sendiri. Dalam pendekatan BIG (Beyond the

Information Given) pelajar dibekalkan dengan maklumat berarahan untuk pembentukan

pengetahuan.

Walau bagaimanapun, untuk merekabentuk dan membina perisian PPBK yang

efekrif dan berkualiti, gabungan elemen-elemen pendekatan lain seperti behaviorism,

kognitivism dan konstruktivism serta pendekatan lain amat diperlukan dan ini juga

bergantung kepada gol, jenis pengguna dan kandungan perisian. Dalam satu persekitaran

pendidikan yang lengkap , ia melibatkan penggunaan teknologi bersama komponen lain

seperti guru, pelajar, buku dan media lain

RUJUKAN

Page 19: Kon Struk

Alessi, Stephen. M. & Trollip, Stanley, R. 2001. Multimedia for Learning.: Methods and

Development. Massachusetts: Allyn and Bacon.

Boyle, Tom. 1997. Design for Multimedia Learning. Great Britian: Prentice Hall.

Bruner, J. 1973. Going Beyond the Information Given. New York: Norton.

Cunningham. D. J. 1991. Assessing constructions and constructing assessments: a

dialouge, Educational Technologu, 31, no.5, 13-17.

Nik Azis Nik Pa. 1997. Konsep tentang realiti dan prospek pendidikan di abad ke 21.

Jurnal Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia. 2: 37-52.

Merill, M.D. 1983. Component Display Theory in Regeluth, C (ed). Indtructional design

theories and models. New Jersey: Erlbaum Hillsdale.

Mohd Fadzli Ali. 2001. Distance Education: Constructivism and the Internet. Prosiding

Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali ke 14. hlm. 242-246.

Gagne, R. 1985. The conditions of learning and theory of instruction. Ed ke 4. New

York : Holt Pub.

Perkins D.N. 1991. technology meets constructivism: do they marriagel ?. Educational

Technology, 31, No.5:18-23.

Phillips, Rob. 1977. Interactive Multimedia: A practical guide for educational

applications. USA: Kogan Page.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala

Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reiber, L.P. (1994). Computer-based Microworlds: A bridge between constructivisme

and direct instruction. Educational Technology Research and Development, 40 (1)

Roblyer, M.D. & Edwards, Jack. 1997. Integrating Educational Technology into

Teaching. Ohio: Prentice Hall.