Konsep Budi BahAsa Dalam Masyarakat Melayu Dan Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konsep budi bahasa

Citation preview

Konsep budi bahAsa dalam masyarakat melayu dan malaysia

Konsep budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan MalaysiaRUBATARSHNE A/P VASUP6J

Takrif budiBudi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan.Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, memberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.

Takrif bahasaBahasa merupakan alat komunikasi yang dihasilkan alat ucap manusia.Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.Bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Takrif budi Bahasa

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

PENGERTIAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA

Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Ciri-ciri budi bahasaSeseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:

(1) Bertimbang rasa

Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaumbertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lainmemahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi

bersikap sabarsikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur

tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-matatidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lainmudah memaafkan kesalahan orang lain

(4) Bersopan-santun

lemah-lembuttidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.perilaku yang sopan.

(5) Ramah mesra

mudah diajak berunding.mesra dan memberi senyumanpenyabar dan tidak emosional.

(6) Tidak mementingkan diri sendiri

tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.selalu tolong-menolong antara satu sama lainmemberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.

Terima kasih.