27
KUMPULAN 11 KURSUS ORIENTASI DSKP SEJARAH TAHUN LIMA KSSR 20-21 Mei 2014

Kumpulan 11 Kajian Kes (Bendera Kebangsaan)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Kajian Kes Sejarah Tahun 5 KSSR

Citation preview

KUMPULAN 11

KUMPULAN 11KURSUS ORIENTASI DSKP SEJARAH TAHUN LIMA KSSR20-21 Mei 2014

1NAMA AHLI KUMPULAN1. MOHD NORHIESYAM BIN KAMALUDIN2. MOHD RAZALI BIN ISHAK3. MOHD ISTAJIB BIN SUBOH4. FADHILAH BINTI ABDUL MANAN5. RAUNAH BINTI IBRAHIMKAJIANKESTAJUK 9.2 : BENDERA KEBANGSAAN TAJUK SOALAN:BENDERA KEBANGSAAN MERUPAKAN SALAH SATU IDENTITI NEGARA KITA, BINCANGKAN.

PERSOALAN1. Apakah nama bendera kebangsaan?2. Apakah maksud warna-warna yang dipilih?3. Apakah maksud bagi simbol di dalam bendera?4. Siapakah pencipta asal bendera Malaysia?5. Apakah kepentingan bendera ?6. Bagaimanakah anda menzahirkan rasa hormat pada bendera?

Jalur gemilang

Pernyataan masalahGuru mengenal pasti tajuk/ tema9.2 Bendera KebangsaanObjektif kajianObjektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:1. menyatakan nama bendera kebangsaan.2. Nyatakan maksud warna-warna yang dipilih.3. Menyatakan maksud bagi lambang di dalam bendera.4. Menyatakan pencipta asal bendera kebangsaan.5. Menyatakan kepentingan bendera .6. Menyatakan cara menzahirkan rasa hormat pada bendera.

Perancangan guruMenetapkan tempoh kajian Pembentukkan kumpulan (jika perlu)Memberi tugasan dengan memberikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid.Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan.- kaedah kajian perpustakaan- temuramah- Kaedah media cetak/elektronik.Rujukan sumberMajalah/bukuOrang/ sumberSurat khabarLaman sesawangAnalisis dataBanding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.Laporan kajianLaporan: Buku skrap/ Pembentangan/ Laporan BertulisHasil Laporan:Mengandungi 1-5 halamanMerangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan (Hasil Kajian), kesimpulan dan rujukan.CONTOH HASIL KERJA MURID

BENDERA KEBANGSAAN

KATA-KATA ALUANKumpulan kami telah ditugaskan membuat kajian tentang bendera kebangsaan. Kami seramai 5 orang telah melaksanakan tugasan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah tahun 5, guru-guru lain, ibu bapa dan rakan-rakan yang telah banyak membantu semasa proses menyiapkan tugasan ini.

PENDAHULUANBENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI JALUR GEMILANG MERUPAKAN LAMBANG IDENTITI KEPADA NEGARA KITA. BENDERA INI MENJADI LAMBANG PERPADUAN DAN KEBANGSAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM.

PERBINCANGAN (HASIL KAJIAN)NAMA BENDERA MALAYSIABENDERA MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI JALUR GEMILANG.

MAKSUD WARNA-WARNA DI DALAM BENDERAWarna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.MAKSUD LAMBANG PADA BENDERA KEBANGSAANLambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.PENCIPTA ASAL BENDERA KEBANGSAANBendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.Hasil ciptaan dicipta oleh seorang arkitek JKR di Johor, yang bernama Mohamad bin Hamzah.

KEPENTINGAN BENDERA KEBANGSAAN.1. Lambang pentadbiran sesebuah negara.2. Simbol penghormatan. 3. Simbol kewarganegaraan bagi sebuah negara.4. Memupuk semangat patriotisme

Cara menzahirkan rasa hormat pada bendera negara. 1. Jangan letak bendera di atas tanah .2. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika menurunkannya .3. Jika hendak mengibarkan bendera separuh tiang, naikkan dahulu sepenuh tiang, kemudian barulah turunkannya semula.4. Jangan guna bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda kecuali sebagai tanda penghormatan.contohnya , untuk menutup keranda Jenazah.

5. Tali bendera hendaklah sentiasa diperiksa dan pastikan teguh serta tidak mudah putus.

6. Tidak boleh mengelap tangan dengan bendera apabila tangan kotor.

7. Menggantungkan bendera di rumah-rumah dan kedai-kedai pada hari kebangsaan.

8. Jangan bercakap-cakap dengan kawan semasa bendara dinaikkan dan lagu negaraku dinyanyikan.

9. Melambai-lambaikan bendera apabila pertandingan badminton kebangsaan diadakan.

10.Melibatkan bendera dengan cara yang baik dan betul selepas menggunakannya.

11.Menampalkan bendera di papan kenyataan dan sudut-sudut bacaan semasa bulan kebangsaan.

12.Memakai pakaian yang dibuat daripada kain Jalur Gemilang juga merupakan satu cara untuk menghormati bendera kita.

kesimpulanKita perlulah menghormati bendera kebangsaan kita kerana ia merupakan identiti sesebuah negara.Kita juga perlu berbangga dengan bendera kebangsaan kita.Kita perlu mempertahankan bendera kebangsaan kita daripada dipermainkan oleh sesiapa sahaja.

rujukanBuku Malaysia KitaLaman Sesawangan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7956-bendera-malaysia.htmlhttp://www.google.com.myGuru Kajian TempatanSEKIAN. TERIMA KASIH