Click here to load reader
Upload
haslindazainee
View
104
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
contoh laporan experiental
Citation preview
Pengenalan
Kursus Pembangunan Sahsiah telah diwujudkan dan diwajibkan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris bertujuan membincangkan falsafah , konsep sahsiah pendidik , teori – teori
berkaitan pembangunan sahsiah , meningkatkan kemahiran insaniah , kemahiran menolong , dan
nilai murni pelajar . Selain itu , kursus ini juga bertujuan menjustifikasi isu sahsiah guru
berlandaskan moral dan etika profesion keguruan .
Kursus ini juga telah mewajibkan pelajar untuk perlu terlibat secara aktif dalam
Program Experiential . Program Experiental ini merupakan salah satu tugasan yang bertujuan
membina persekitaran pembelajaran yang berasaskan pengalaman .
Pembinaan persekitaran pembelajaran yang berasakan pengalaman bertujuan membantu
para pelajar meningkatkan keyakinan diri . Disamping itu , program ini membantu para pelajar
memahami tentang diri mereka sendiri dari segi kelemahan dan kekuatan diri sendiri serta
menerapkan sifat untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri . Selain itu , program
Experiential ini bertujuan untuk menerapkan sifat kerjasama sesama pelajar ketika berpasukan .
Program ini berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 17 April 2015 ( Jumaat) dan
18 April 2015 ( Sabtu). Program ini diadakan di Bilik Seminar Aminudin Baki Blok 9 Kampus
Sultan Azlan Shah , Universiti Pendidikan Sultan Idris pada hari Jumaat bermula dari jam 8.00
malam . Antara aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut adalah pendaftaran pelajar ,
pembahagian kumpulan , ‘Ice Breaking ‘ , serta taklimat dari ketua Fasilitator . Selepas
pembahagian kumpulan dijalankan pelajar telah diberi arahan untuk menutup mata menuju ke
dewan kuliah sambil diarahkan oleh ketua . Aktiviti ini bertujuan meningkatkan semangat
kerjasama antara satu sama lain serta mendidik sifat jujur dan amanah dalam diri . Antara aktiviti
‘Ice Breaking “ yang dijalankan adalah mendapatkan informasi daripada pelajar – pelajar lain
yang mempunyai kriteria yang ditulis di dalam kertas. Antara informasi yang perlu didapatkan
adalah nama , kursus , bilangan adik- beradik , dan negeri kelahiran . Aktiviti ini bertujuan
mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain selain membuang sifat malu untuk
berkamunikasi dengan rakan baharu .
1
Pada keesokan harinya iaitu Sabtu , 18 April 2015 program bermula dari jam 7.00 pagi di
Padang Kawat , Kampus Sultan Azlan Shah sehingga jam 4.30 petang . Program ini dimulakan
dengan pendaftaran dan seterusnya senaman regangan badan yang di ketuai oleh 4 orang peserta
daripada kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan . Kemudiannya , peserta dibahagikan
kumpulan baharu beserta seorang fasilitator . Pelajar iaitu peserta kemudiannya dibawa ke Pusat
Kokurikulum , Kampus Sultan Azlan Shah . Setibanya disana , peserta diedarkan sarapan pagi
dan seterusnya taklimat diberikan sebelum mendaki bukit . Peserta dikehendaki melalui 5
‘Checkpoint’ yang berbeza aktivitinya . Antara aktivit yang dijalankan di ‘ checkpoint’ adalah
mencari 4 daun herba , mereka satu fesyen baharu , memasak , membuat rawatan dengan
menggunakan sumber yang terdapat di dalam hutan seperti daun – daun dan ranting kayu , dan
memberi nama haiwan yang ditunjukkan gayanya oleh wakil kumpulan tanpa berbicara dan
bunyi . Program ini berakhir dengan ucapan ketua fasilitator dan refleksi peserta pada jam 4.30
petang .
KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
Sepanjang aktiviti ini dijalankan terdapat pelbagai sifat positif dan negatif diri seperti kelemahan
dan kekutan diri sendiri dapat dikenal pasti . Antara kekuatan saya ketika sepanjang program ini
dijalankan semangat berkumpulan yang tinggi , dan tidak mudah berputus asa . Saya bersyukur
ditempatkan didalam sebuah kumpulan yang dianggotai oleh peserta yang semnagat bersaingnya
tinggi . Ketika aktivit dijalankan saya dan peserta yang lain tidak berasa malu untuk menaikkan
nama kumpulan kami . Selain itu , aktiviti ini menyedarkan saya bahawa saya tidak mudah
berputus asa . Ketika memasak saya ditugaskan untuk membasuh ayam . Ini merupakan
pengalaman baharu saya kerana saya perlu mencuci ayam menguna air sungai . Saya
menghadapi kesukaran keran perlu membersihkannya dengan teliti bagi membuang kotoran yang
terkena pada ayam seperti tanah dan lumpuh . Walaupun , saya dan rakan – rakan sangat penat
tetapi kami tetap meneruskan kerja tersebut sehingga siap tanpa meminta bantuan ahli yang lain
yang berbeza tugasan .
2
Seterusnya , antara kelemahan saya yang dikenalpasti sepanjang aktiviti ini ialah
kurangnya keyakinan terutamanya ketika darurat . Ini merupakan pengalaman pertama saya ,
iaitu mengambil wudhuk di tepi sungai . Saya berasa kurang selesa dan tidak merasa yakin untuk
menunaikan solat dalam keadaan kotor iaitu berlumpur dan berpasir . Ketika itu , sumber air
hanya bergantung pada sungai . Saya amat meragui diri saya dan merasa kurang selesa
sehinggalah saya diyakinkan oleh rakan saya bahawa ia merupakan situasi darurat .
REFLEKSI DIRI TERHADAP AKTIVITI PEMBELAJARAN EXPERIENTIAL
Sepanjang aktiviti ini dijalankan , saya sedari bahawa saya sepatutnya membuat
persiapan sebelum melakukan aktiviti seperti membaca pengalaman yang lain ketika mendaki
bukit , dan apakah keadaan darurat . Ketika itu , saya melatih diri dan berusaha untuk menepis
segala kelemahan dengan meyakinkan diri . Program ini juga dapat memberikan saya
pengetahuan asas ketika mendaki bukit contohnya rawatan ketika dihutan dan mempelajari
beberapa jenis herba seperti Hempadu Beruang .
Selain itu , program ini juga memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain . Ketika
mendaki bukit , kami perlu memantau keadaan ahli yang lain bagi memastikan keselamatan
terjamin terutamanya ketika menuruni curam . Selain itu , ketika ingin memasak kami perlu
bekerjasama untuk menyiapkan makanan dengan setiap ahli pelbagai tugasnya .
Seterusnya , program ini juga menerapakan pentingnya perancangan . Sebelum kami
mendaki bukit , kami telah membuat perancangan seperti pembahagian tugas masing – masing
agar aktivti yang dijalankan berjalan lancar .
Penerimaan untuk pendapat dan kata sepakat bukanlah suatu yang mudah untuk dikecapi.
Namun , saya amat bersyukur kerana program ini mampu mendidik saya untuk menerima ,
membantah atau menilai pendapat orang lain dengan cara yang terbaik .
Selain itu , sifat positif dapat diterapkan seperti sifat amanah dan jujur . Sifat ini amat
penting bagi melahirkan seorang guru yang bertanggungjawab . Seorang guru yang
bertanggungjawab mampu menjalankan tuganya denga baik bagi mendidik anak , bangsa dan
negara .
3
HUBUNGAN INTERPERSONAL DENGAN ORANG LAIN
Saya merupakan anak kelima daripada enam orang adik – beradik dan saya juga
merupakan anak yang manja . Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ahli
keluarga saya. Saya amat memetingkan keluarga daripada perkara lain . Hal ini lebih jelas
apabila saya menghadapi situasi untuk memilih samada untuk berjauhan dengan keluarga atau
tidak . Saya diberi pilihan untuk memilih dua buah institusi yang berbeza iaitu Matrikulasi
Kelantan dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) . Akhirnya , saya membuat
keputusan untuk memilih PASUM kerana jaraknya tidaklah begitu jauh . Selain itu , saya
membuat keputusan begitu kerana saya ingin selalu pulang kerumah untuk berjumpa ibu bapa
saya yang mempunyai masalah kesihatan seperti Diabetis yang menyebabkan kurangnya
efisyensi penglihatan . Saya juga sering dan suka melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti
kekeluargaan sebagai contohnya kenduri kahwin, sambutan hari jadi , dan lain-lain . Saya selesa
menghadiri akitivi-aktiviti keluarga dan juga saudara kerana ianya bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan bahkan dapat mengelakkan kita daripada terlibat dengan
perkara yang tidak baik atau berasa terasing daripada ahli keluarga yang lain.
Hubungan interpersonal saya dengan rakan-rakan juga sangat baikdan kebanyakan
mempunyai bidang yang sama dengan saya iaitu Sains . Sebenarnya saya lebih suka berinteraksi
dengan rakan – rakan yang mempunyai bidang sama kerana mereka lebih memahami saya dan
cara pemikiran mereka juga agak berbeza daripada rakan – rakan yang berbeza bidang .
Dalam kalangan masyarakat pula , secara keseluruhannya saya tidak mempunyai
masalah. Saya juga suka menghadiri aktiviti yang melibatkan masyarakat seperti melawat warga
emas , menghadiri dan membantu ketika kenduri , dan sebagainnya .
Hal yang sama juga terjadi terhadap hubungan interpersonal saya dengan warga UPSI.
Namun yang demikian, saya akan berusaha lagi untuk merapatkan hubungan dengan mereka.
Saya akan berusaha untuk merapatkan hubungan dengan warga yang berbeza bidangnya .
4
MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB MENOLONG
Setiap manusia pasti akan mengalami masalah dan tekanan dalam kehidupan ini ..
Penderitaan dan kepahitan hidup juga merupakan salah satu cubaan yang telah diterangkan
dalam Al-Quran (2:214, 6:43, 18:7). Maka perlulah ada seusatu yang dapat mengurangkan
tekanan tersebut dan itu adalah “ menolong “ . Menolong merujuk kepada proses membantu
mengurangkan tekanan seseorang yang tidak berkaitan dengan bidang perubatan. Proses ini
bertujuan untuk membantu seseorang supaya mereka boleh membuat pilihan yang lebih baik dan
dapat meningkatkan keupayaan kendiri seseorang.
Tujuan menolong secara umumnya adalah untuk memberi arahan dan motivasi –
mengatasi masalah sosial atau peribadi, menyelesaikan konflik interpersonal, isu-isu yang
mendadak, dan keperluan-keperluan manusia. Seandainya perkara-perkara ini dapat di atasi,
maka kualiti hidup akan meningkat, dan ini merupakan salah satu matlamat menolong.
Menggalakkan “adaptive functioning”dalam perhubungan sesama individu dan di antara individu
dengan institusi sosial juga merupakan matlamat utama menolong .
Terdapat tiga kategori orang-orang yang menolong. Yang pertama ialah golongan
professional iaitu golongan yang mempunyai kepakaran pada peringkat ijazah tinggi dan juga
yang terlatih. Golongan yang kedua ialah separa professional iaitu golongan yang menerima
latihan-latihan berkaitan perhubungan manusia pada peringkat kolej. Golongan yang seterusnya
ialah tidak professional iaitu kumpulan yang mungkin tidak mempunyai latihan formal untuk
menolong namun berkemungkinan pernah menghadiri seminar atau bengkel.
Bentuk pertolongan yang dapat kita hulurkan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kebendaan dan bukan-kebendaan. Contoh bagi pertolongan dari segi kebendaan ialah masalah
fizikal ( kesihatan, kewangan, pekerjaan). Manakala contoh bagi pertolongan bukan-kebendaan
ialah masalah sosial, masalah kerohani dan masalah organisasi. Namun yang demikian,
sesetengah individu memerlukan kedua-dua bentuk pertolongan kerana bentuk masalah yang
dihadapi merangkumi kedua-dua elemen.
5
Pada pendapat saya , menolong ini juga mampu menyelesaikan maslah bukan sahaj
mengurangkan masalah atau tekanan. Namun begitu , menolong perlu diletakkan pada tempat
yang tinggi . Sesetengah pihak , menyalah erti pengertian menolong . Mereka menggunakan
pertolongan atau menolong kerarah perkara – perkara negative . Perkara ini sering diambil
enteng oleh masyarakat kita hari ini .
Menolong juga seharusnya disertakan adab dan akhlak yang mulia . Pentingnya jika
sesuatu individu itu menjadi pendengar yang baik . Setiap manusia mempunyai pelbagai
perspektif dalam sesuatu perkara . Kita tidak sepatutnya menghukum mereka dan menjadikan
sesuatu situasi menjadi buruk kerana idea atau pendapat mereka tidak bagus . Kita sepatutnya
mengawal emosi kita dan membantu atau menolong mereka dengan idea atau pendapat yang
lebih baik dengan cara yang bernas .
Konklusinya , menolong amatlah penting sekali dan kita tidak sepatutnya menukarkan
perkara baik sepeerti menolong menjadi sesuatu sifat yang buruk .
KECINTAAN TERHADAP PROFESION PERGURUAN
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed
Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki BimMiskon:Julai2010:m.s;5). Guru adalah merupakan
sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik,
sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak
akan tercapai matlamatnya. Untuk mencapai matlamat tersebut , seorang guru seharusnya
mempunyai rasa cinta akan professionnya bagi memastikan lagi segala anasir – anasir negatif
dapat ditangkis dengan mudahnya .
Profesion perguruan ini sering kali dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang kurang dan
ia juga disebabkan kurangnya keyakinan oleh para pendidik itu sendiri . Sesungguhnya , peranan
guru merupakan sesuatu yang dianggap usaha terpenting bagi mencapai kecemerlangan
pendidikan negara . Dapatan kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi
positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik
darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan
6
dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping
kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah,
usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan
guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Guru juga perlulah mempunyai semangat untuk mendidik pelajar – pelajar mereka agar
semangat yang ditonjolkan akan memberi perkembangan positif kepada pelajar – pelajar
tersebut. Hal ini demikian , pelajar – pelajar juga dipengeruhi oleh persekitaran ketika belajar .
Jika pendidiknya bersemangat untuk mengajar , keberangkalian untuk pelajarnya bersemangat
ketika belajar juga tinggi .
Guru yang berkualiti haruslah mempunyai sahsaih yang baik dan dihormati serta menjadi
contoh yang baik kepada murid-murid. Sahsiah yang dimaksudkan termasuklah mempunyai
tingkah laku yang baik sperti bermurah hati dan sentiasa bersabar. Selain mengajar murid dalam
pelajaran, guru juga berperanan sebagai penasihat dan pembimbing kepada murid dan seterusnya
menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Konklusinya , seorang guru yang menjadi cemerlang dan bertanggungjawab mestilah
mempunyai kriteria-kriteria seperti cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan
tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.
PEMBINAAN KENDIRI SETELAH MENGIKUTI PROGRAM.
Sepanjang menjalani program ini , saya dapat menerapkan dan meningkatkan nilai – nilai
murni dalam pembinaan kendiri yang telah membantu saya untuk lebih berkeyakinan dalam
pelbagai situasi . “Selama sobat yakin, tidak ada yang tidak mungkin. Percaya diri sahabat lebih
hebat dari yang sahabat fikirkan” (kata-kata motivasi )
Selain itu , ia juga boleh memperbaiki sifat dalam berpasukan . Sebagai contohnya , saya
mempelajari cara untuk menerima dan membantah pendapat ahli kumpulan dengan cara yang
7
bernas bagi menjaga emosi ahli pasukan yang lain . Secara tidak langsung , ia meningkatkan
kemahiran berkomunikasi saya diantara satu sama lain .
Bukan itu sahaja , melalui kelamahan dan kekuatan yang dikenalpasti mampu diperbaiki
dan diteruskan kelak . Ia amat bermanfaat terutamanya ketika berkumpulan malah menerapkan
lagi sifat saling tolong – menolong antara satu sama lain . Seterusnya , perkerjaan menjadi lebih
efisyen kerana tugas diagihkan mengikut kekuatan dan kelemahan . Sebagai contoh , ketua kami
mempunyai kepakaran dalam memotong buluh dan kami pula ditigaskan untuk memasak dan
sebagainya .
KESIMPULAN
Program ini secara keseluruhannya memberi impak yang positif kepada setiap individu
yang terlibat . Namun , saya berharap agar program seperti ini perlu diberi gambaran awal
kepada peserta seperti pengalaman – pengalaman mendaki bukit . Peserta atau pelajar yang
terlibat boleh membuat persedian awal dan gambaran awal sebelum menjalankan aktiviti .
Persedian amatlah penting kepada pelajar atau peserta.
Harapan saya , agar program seperti ini seharusnya diteruskan bagi mencapai matlamat
untuk melahirkan bakal guru yang berwawasan dan cemerlang .Hal ini demikaian , setiap dari
kita pasti mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang beretika dan seterusnya berjaya jika
kita lebih menghayati sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya ; “ Barangsiapa yang amalannya
hari ini lebih baik dari semalam , dia adalah orang yang beruntung . Barang siapa yang
amalannya hari ini sama dengan semalam , dia adalah orang yang rugi . Dan barangsiapa yang
amalannya hari ini lebih buruk dari semalam , dia tergolong orang dilaknat Allah S.W.T.”
Kesimpulannya , program ini telah berjaya memupuk semangat dan nilai – nilai murni
dalam diri peserta yang terlibat . Selain itu , kualiti sebagai mahsiswa dapat ditingkatkan malah
peningkatan kualiti untuk bakal-bakal guru juga dapat dicapai . Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pengajur program kerana mengajurkan sesuatu yang memberi impak yang
mendalam kepada mahsiswa terutamanya bakal guru .
8
Lampiran
Salah seorang ahli kumpulan sedang menjaga unggun api
Ketika kami berada di ‘checkpoint’ 3 untuk menjalankan satu ‘
Fesyen Show ‘
9
Gambar ahli kumpulan saya iaitu kumpulan 7 ketika di ‘ checkpoint ‘ 5
10
Ketika mendengar talimat
sebelum mendaki bukit