10
LAPORAN PERKHEMAHAN KURSUS ASAS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM 2/2015 NAMA PELAJAR : THULASI A/P BALASUBRAMANIAM AMBILAN : JAN 2014 SEMESTER : 4 PISMP OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS (SJKT) TARIKH : 4 OKTOBER HINGGA 7 OKTOBER FASA : 2 TEMPAT : TELUK GOREK CHALET AND CAMP SITE TG,RESANG MERSING LAPORAN REFLEKTIF : TAJUK : FASA 2 PERKHEMAHAN KURSUS ASAS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM 2/2015 (A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA ( Laporan umum , sila sertakan gambar sebagai bukti) HARI PERTAMA

LAPORAN PERKHEMAHAN 1

  • Upload
    deva

  • View
    246

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mkllqw

Citation preview

Page 1: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

LAPORAN PERKHEMAHAN

KURSUS ASAS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM

2/2015

NAMA PELAJAR : THULASI A/P BALASUBRAMANIAM

AMBILAN : JAN 2014

SEMESTER : 4 PISMP

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS (SJKT)

TARIKH : 4 OKTOBER HINGGA 7 OKTOBER

FASA : 2

TEMPAT : TELUK GOREK CHALET AND CAMP SITE TG,RESANG MERSING

LAPORAN REFLEKTIF :

TAJUK : FASA 2 PERKHEMAHAN KURSUS ASAS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM 2/2015

(A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA ( Laporan umum , sila sertakan gambar sebagai bukti)

HARI PERTAMA

Pada pukul 7.30 pagi kami telah berkumpul di depan blok I. Setelah kami mengumpul di sana

Ketua Komandan kami telah mengenalpasti semua ahli kelas berada di sana.

Page 2: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

Seterusnya kami telah menyemak barang-barang yang perlu dibawa ke Kem. Selepas kami

menyemak barang-barang tersebut kami telah menaikkan barang-barang tersebut ke dalam

bas. Bas yang kami dinaiki itu telah bertolak pada pukul 9.00 pagi.

Perjalanan kami ke Teluk Gorek mengambil selama 4 jam. Kami sampai di sana pada pukul

2.00 petang.

Setelah kami sampai di sana , Kumpulan 4 & Kumpulan 2 telah memeberi penerangan tentang

pembinaan khemah. Mereka telah mengajar cara untuk mendirikan khemah. Selepas itu,kami

telah mendirikan khemah masing-masing dengan ahli kumpulan masing-masing. Kami juga

telah memebrsihkan tempat perkhemahan terlebih dahulu. Setelah mendirikan khemah kami

telah teruskan aktiviti kami iaitu membina gajet-gajet seperti pintu gerbang, rak kasut,tiang

bendera, rak alatan tajam dan sebagainya.

Page 3: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

Pada pukul 4.30 petang kami telah diberi masa untuk berehat.Kami juga telah mengambil

minum petang selepas menyediakan tapak perkhemahan serta membuat gajet. Pada pukul

6.30 petang kami telah diberi masa untuk pengurusan diri dan makan malam. Pada pukul 8.00

malam, kami telah menyambung lagi kerja membuat gajet sehingga lewat malam.

HARI KEDUA

Pada hari keduanya, kami telah membangun dan menguruskan diri sebelum pukul 5.30 pagi.

Pada pukul 5.30 pagi kami sekumpulan telah mebuat senaman seterusnya bersedia untuk

agenda menaikkan bendera. Setelah itu pada pukul 8.00 pagi kami telah mengikuti latihan

mengikat tali dan ikatan dengan jurulatih kami mengikut 4 stesen. Setelah kami mengikuti

latihan mengikat tali dan ikatan kami telah diuji oleh jurulatih kami samada kami dapat

memahami cara membuat ikatan.Selepas itu kami telah mengambil makanan tengahari.

Selepas itu, pada pukul 2.00 petang kami telah membuat latihan persembahan untuk malam

kebudayaan nanti. Kami telah dibahagi kepada 3 kumpulan dimana setiap kumpulan akan

menari tarian etnik yang berbeza. Setelah tamatnya latihan persembahan malam kebudayaan

kami telah diberi masa untuk pengurusan dan persiapan diri. Pada pukul 8.00 malam kami

telah mengambila bahagian dalam pertandingan pertolongan cemas yang dianjur oleh BSMM.

Kami telah bertanding antara kumpulan dalam pertandingan ini. Kami telah diberi satu situasi

dimana kami perlu membantu mangsa yang cedera. Kami telah melaksanakan tugasan kami

dengan betul .

HARI KETIGA

Kami telah bangun pada pukul 5.00 pagi dan bersedia untuk senaman pagi. Pada pukul 7.00

kami BSMM sekumpulan telah bersedia untuk agenda menaikkan bendera. Jurulatih yang

Page 4: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

bertugas pada hari tersebut telah memberi sedikit penerangan mengenai perjalanan aktiviti

pada hari ini. Selepas itu kami telah mengambil sarapan kami dan seterusnya bersedia untuk

aktiviti penggembaraan. Peserta dipecahkan kepada enam buah kumpulan dan setiap

kumpulan dikehendaki membawa sendiri alatan masakan kerana di akhir penggembaraan ini,

kami akan memasak mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti Penggembaraan dimulakan

setelah taklimat ringkas tentang keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang

tempoh penggembaraan. Dalam perjalanan kami telah berjumpa pelbagai jenis flora dan fauna.

Perjalanan kami diteruskan ke tepi air terjun untuk tujuan aktiviti memasak. Kami telah

menjalankan aktiviti memasak untuk makan tengah hari. Tepat pada jam 12tengahari, kami

bertolak pulang. Setelah sampai di tepi pantai kami sekumpulan dikehendaki untuk membuat

strectcher dan membawa salah seorang ahli kumpulan selama 100 kaki perjalanan. Selepas itu

kami diberitahu oleh ketua jurulatih darat yang kami telah menyelesaikan aktiviti darat dengan

sempurna dan kami diberi masa untuk merehat.

Page 5: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

Seterusnya, pada pukul 4.00 petang pertandingan orienteering telah dimulakan. Kami telah

mnegambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan dapat berjaya menghabiskan tugasan

yang diberi dalam 10 minit. Seterusnya, [ada sebelah malamnya pula Malam Kebudayaan

Majlis ini bermula tepat pada jam 8 malam. Terdapat 5 kumpulan yang telah menghiburkan

tetamu yang hadir. Setiap kumpulan telah diberikan tema iaitu “ Sehati Sejiwa” untuk

persembahan pada malam ini. Setelah semua kumpulan mempersembahkan persembahan

mereka malam kebudayaan telah pun tamat.

HARI KEEMPAT

Pada hari keempat pula, Seperti biasa kami telah bangun pada pukul 5.00 pagi dan

membersihkan diri dan mengikuti agenda menaikkan bendera. Selepas kami mengambi

sarapan kami, kami telah diarahkan untuk meruntuhkan khemah serta membersihkan tempat

perkhemahan serta sekelilingya. Selepas itu, kami telah bersedia untuk raptai majlis penutupan

rasmi.

Pada pukul 12.00 tengahari tetamu khas , Timbalan Pengarah Akademik IPG Kampus

temenggong Ibrahim ,En Dr Mazlan Bin Aris telah sampai dan perarakkan kawad kaki telah

bermula sebagai tanda kehormatan kepada beliau. Majlis pemberian hadiah telah dijalankan

dimana pemenang-pemenang bagi semua pertandingan telah diumumkan. Seterusnya, Beliau

telah memberi sedikit ucapan dan seterusnya menutupkan perkhemahan kursus asas

kepimpinan unit beruniform secara rasminya. Selepas itu kami telah mengemas barang dan

menyemak barang-barang yang telah kami bawa dan menaikkan barang-barang tersebut ke

dalam bas. Pada pukul 1.30 tengahari kami telah bertolak pulang dari Teluk Gorek dan sampai

di Kampus pada pukul 4.00 Petang.

Page 6: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

(B)ANALISIS SWOT

KEKUATAN

Melalui pengalaman ini kami dapat mencapai objektif perkhemahan yang telah

ditentukan dan aktiviti telah membina jati diri pelajar. Walaupun kami tidak pernah

melakukan aktiviti-aktiviti seperti orienteering, pertolongan cemas serta penggembaraan

dan sebagainya, kami telah mengambil aktiviti tersebut sebagai cabaran kami. Aktiviti

perkhemahan telah mengajar kami untuk mendirikan khemah dengan betul dan

membuat ikatan dan simpulan dengan betul. Selain itu, semua aktiviti telah

meningkatkan semangat bekerjasama dan sikap tolak ansur semasa aktiviti kumpulan.

Kami dapat memberi pandangan semasa melakukan aktiviti kumpulan. Semua aktiviti

dan pertandingan yang dijalankan sangat menarik dan berfaedah kepada kami.

Program ini berpeluang meningkatkan daya tahan seorang guru dari segi fizikal dan

mental.

KELEMAHAN

Kemudahan asas yang kurang menyenangkan seperti penggunaan tandas.

Kebersihan tandas tidak memuaskan dan ramai pelajar guru tidak dapat mengeluarkan

sisa pembuangan selama 4 hari. Hal ini menyebabkan tandas telah sumbat. Selain itu,

tempat itu penuhi dengan gangguan monyet dan makanan-makanan yang simpan di

dalam khemah telah di ambil oleh monyet. Oleh itu, keselamatan perlu ditingkatkan,

contohnya daripada haiwan seperti monyet.

PELUANG

Melalui perkhemahan ini, kami dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam

diri kami selama ini. Kami berasa mengkagumi terhadap kawan-kawan yang

menunjukkan bakat yang unik semasa persembahan malam kebudayaan.

Perkhemahan ini telah memberi peluang kepada kami untuk melakukan pelbagai aktiviti

walaupun ini kali pertama kami melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dalam hidup kami.

Selain itu, kami dapat memahami satu sama yang lain dalam ahli kumpulan. Hal ini

Page 7: LAPORAN PERKHEMAHAN 1

kerana kami jarang berkomunikasi antara satu sama lain dalam kampus kerana

berlainan bidang pembelajaran.

ANCAMAN

Ancaman yang telah menimpa pada hari ketiga semasa perkhemahan ini tidak

dapat kami lupakan kerana hujan. Ancaman tersebut adalah pengalaman yang baru

saya perolehi. Kami tidak dapat melakukan aktiviti yang ditentukan dengan sempurna

kerana hujan tetapi kami telah menggantikan dengan aktivit yang lain dimana latihan

persembahan yang dijalankan di dewan serbaguna. Secara keseluruhanya

perkhemahan ini, telah mengajar dan memberi pengalaman yang baru kepada kami

semua.

PENUTUP

Kesimpulannya Perkhemahan Kursus Asas Kepimpinan Unit Beruniform 2/2015 ini

berupaya melahirkan pendidik yang berkarisma dan berketerampilan dari semua sudut

fizikal, jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Tambahan lagi, program ini menjamin

pengalaman kepada semua guru pelatih untuk menjadi seorang pendidik yang berguna

untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam program ini telah dilaksanakan

dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan komitmen yang menyeluruh

terhadap semua aktiviti yang dijalankan.

Tandatangan Pelapor : Disahkan Oleh Penyelia :

(THULASI A/P BALASUBRAMANIAM) (TANDATANGAN DAN NAMA)