Upload
zainol-muda
View
24
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN REFLEKTIF KUMPULAN
Program Bina Insan Guru Fasa 3
14 September 2013
SK Bagan Serai, Perak.
Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan
atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada
sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai
kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang
mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas
alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai
Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk
mengubah masyarakat.
Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai
keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke
arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti
perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan
profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan
satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.
Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan
dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.
Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi
yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu
1
mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya
menulis.
Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah
Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim
Program BIG Fasa III. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PPG Ambilan
Jun 2011. “Ceramah & Bengkel Pengucapan Awam” merupakan tema ceramah kali
ini. Sebagai seorang guru yang berpengalaman perlulah memberi tunjuk ajar dan
dorongan kepada murid-murid agar menjadi pemangkin semangat kepada murid-
murid supaya menjadi seorang yang berani dan bijak dalam berbahasa.
Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan
fizikal, mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan
100% secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan
seorang guru kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi
jati diri, kayakinan serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran-
cabaran di era dunia tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga
mengeratkan tali silaturahim di kalangan guru-guru dan juga pihak pengurusan IPG
serta masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan.
Melalui program BIG, peserta dapat mencapai objektif :
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, patuh kepada ajaran
agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
2
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal
serta perpaduan masyarakat.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan.
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia
melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian.
Program Bina Insan Guru fasa 3 daripada PPG ambilan Jun 2011 sains
kumpulan 2 telah bersepakat memilih Sek.Keb Bagan Serai dan telah
dijalankan pada tarikh 14 September 2013 jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.
Fasa 1 Ceramah
Ceramah Dan Bengkel Pengucapan Awam
Perjalanan program fasa 1 ini telah dimulakan dengan pendaftaran murid-murid
dan rakan sejawat dan juga pelajar-pelajar PPG Sains 2 Ambilan Jun 2011.Kaunter
pendaftaran telah dibuka seawal jam 7.00 pagi. Kehadiran yang direkodkan ialah
seramai 26 orang pelajar PPG dan orang rakan sejawat iaitu murid-murid Sekolah
Kebangsaan Bagan Serai telah hadir untuk mengikuti ceramah yang diadakan.
Tepat jam 7.30 pagi acara telah dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi
majlis iaitu En Razali Bin Othman. Seterusnya untuk memberkati lagi program
ceramah yang diadakan bacaan doa telah disempurnakan oleh En. Mohd Shahmin
Sabri Bin Mohd Yusoff. Aktiviti di mulakan dengan ceramah dan bengkel
pengucapan awam bertajuk bijak berbahasa oleh Pn Rosmawati Bt Ismail. Beliau
3
merupakan seorang Guru Cemerlang negeri Perak. Penceramah juga adalah salah
seorang pelajar PPG Sains kumpulan 2.
Antara kekuatan yang dapat kami kenal pasti melalui ceramah ini adalah
penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat
berkesan.Penceramah menggunakan persembahan multimedia yang menarik yang
mana pemilihan warna slaid dan pautan menjadikan para murid-murid tidak bosan
dan dapat memahami isi kandungan ceramah yang hendak disampaikan. Huraian
yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini
membolehkan murid-murid dapat memanfaatkan ceramah yang disampaikan
dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana
ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan. Mesej yang
ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur supaya
para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil iktibar akan apa
yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan “masuk telinga kanan
keluar telinga kiri” tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan yang kami dapati semasa
aktiviti ceramah tersebut berlangsung adalah tempat yang disediakan oleh pihak
penganjur adalah sangat selesa untuk para peserta mendengar ceramah. Bagi saya,
penyediaan tempat yang baik adalah sangat penting kerana ia akan melambangkan
kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu
majlis yang baik dan akan diingati oleh setiap peserta program.
Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang
kami dapati mengenai isi kandungan ceramah ini adalah kebolehan untuk
membentuk keyakinan seseorang individu untuk berani berucap di hadapan
khalayak ramai adalah sangat sukar. Walaupun telah menjadi guru selama berpuluh
tahun namun masih merasa gementar untuk berucap di khalayak ramai. Begitu juga
4
dapat dilihat pada murid-murid yang menjadi peserta program tersebut. Walaupun
diberi galakan dan ganjaran namun perasaan malu dan segan masih tidak dapat
dibuang sepenuhnya.
Antara peluang yang kami peroleh melalui ceramah ini adalah kami dapat
membina kekuatan diri untuk berucap di hadapan khalayak yang ramai. Kami dapat
mengatur ayat agar menjadi lebih baik ketika berucap dan mengurangkan rasa
gementar apabila berucap. Walaupun sering bercakap dengan murid-murid di
sekolah, namun masih rasa gementar sekiranya terpaksa mengacarakan majlis-
majlis yang formal..
Ancaman yang kami dapati semasa program ceramah berlangsung ialah
keadaan kesihatan penceramah yang kurang baik. Penceramah mengalami
kecederaan yang serius pada bahagian saraf kaki dan tulang belakang apabila
terjatuh semasa hendak menunjukkan amali pergerakkan semasa pengajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah.Penceramah menangguhkan rawatannya di hospital
kerana hendak bersama-sama menjayakan Program BIG fasa dua ini.Dengan
keadaan penceramah yang kurang sihat ini kawalan dewan dan hadirin kurang
memuaskan.Terdapat segelintir guru yang tidak memberi perhatian terhadap
ceramah yang diberikan antaranya ialah dengan cara berbual kosong dan ada juga
melayari internet melalui telefon pintar.Dengan keadaan ini dikhuatiri objektif
penceramah untuk menyalurkan maklumat PBS tidak tercapai.
Program ceramah tamat pada pukul 10.15 pagi.Semua guru-guru dan juga
pelajar IPG dijemput untuk menikmati jamuan minum pagi dikantin sekolah.Menu
jamuan pagi itu ialah nasi lemak sambal bilis dan juga kuih.Setelah selesai
menikmati jamuan semua guru SK Sungai Megat Aris telah meninggalkan sekolah
5
untuk pulang ke rumah.Manakala kami pelajar IPG PPG bergerak untuk
melaksanakan aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong royong membersihkan bilik
sains.
Fasa 2 Aktiviti Kemasyarakatan
Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B
Tepat jam 11.00 pagi kami semua berkumpul di dalam bilik sains bersama-
sama dengan murid.tahun 5. Murid-murid masih berada di dalai kumpulan masing-
masing. Sesi teknik menjawab di jalankan dengan murid. Murid telah diedarkan
dengan kertas soalan Sains bahagian B. Ceramah telah disampaikan oleh Pn
Norasikin Bt Adnan iaitu merupakan seorang pemeriksa kertas Sains.
Antara kekuatan yang diperolehi semasa menjalankan Aktiviti
kemasyarakatan ini ialah murid dapat menambah pengetahuan yang lebih kepada
cara menjawab soalan sains bahagian B. Ini kerana penerangan yang disampaikan
adalah daripada seorang pemeriksa kertas Sains. Sudah pasti pengalaman beliau
dapat dikongsi dengan murid-murid ini agar dapat menjawab soalandengan baik dan
tepat. Ceramah teknik menjawab ini juga member kebaikan kepada kami antaranya
ialah kami dapat menambah pengetahuan dalam menyemak kertas Sains bahagian
B. Dapat juga dilihat kerjasama antara kami juga bertambah apabila kami saling
membantu murid memahami isi ceramah yang di sampaikan. Tanpa kerjasama
sepasukan sudah pasti ceramah yang dijalankan akan menjadi sukar
memandangkan peralatan yang digunakan memerlukan bantuan rakan-rakan seperti
penggunaan slaid power point.
Kelemahan yang kami dapati semasa menjalankan aktiviti ini ialah ruang bilik
sains yang bercahaya menyebabkan slaid power point kurang jelas. Mungkin
penggunaan bilik komputer yang gelap lebih baik untuk tayangan slaid.
Memandangkan sekolah ini tiada bilik yang gelap maka terpaksalah juga
menggunakan kemudahan yang sedia ada.
6
Ancaman yang didapati daripada aktiviti cermah ini ialah murid cepat merasa
bosan. Ini kerana teknik menjawab soalan terlalu memfokuskan kepada cara
menjawab soalan. Ini membuatkan murid cepat bosan.
Peluang yang kami perolehi daripada aktiviti ini kami dappat pengalaman
yang berguna dalam menanda dan menjawab soalan Sains bahagian B.
Pengalaman ini amat berguna untuk kami bagi mengukuhkan pengetahuan kami
cara menjawab soalan Sains bahagian B dengan betul dan tepat.
Pensyarah kami iaitu En Salleh b Mislan merangkap jurulatih BIG IPG telah
tiba pada pukul 11.30 tengah hari. Beliau banyak memberi penerangan dan tunjuk
ajar untuk melengkapkan laporan dan Portfolio BIG. Banyak soalan-soalan yang
diajukan kepada beliau untuk diminta penjelasan.Hasil daripada perbincangan itu
kami diminta untuk menghasilkan portfolio peribadi dan juga kumpulan.En Salleh
juga menerangkan ciri-ciri rakaman dan audio yang berkesan kerana pemberatan
markah yang diberikan ialah 40%.En Salleh juga mengingatkan agar kami dapat
menghantar fail BIG kumpulan dan individu pada 21 September ini untuk semakan
beliau.
Tepat jam 1.00 tengah ,hari kami mengadakan majlis penutup di
Dewan.Pengacara majlis En Razali Bin Othman telah menjemput En Badrulisham
Bin Mohd Noor iaitu Penolong Kanan Ko-kurikulum untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis penutup program BIG fasa 3 ini. Antara ucapan En
Salleh ialah beliau memuji sikap kami yang masih lagi bersemangat. Beliau juga
mengharapkan kami memperolehi sesuatu yang berguna untuk meningkatkan lagi
martabat profesion perguruan. Kami juga sentiasa dialu-alukan bagi menjayakan
program yang akan datang.
Selepas majlis perasmian penutup tamat kami telah mengadakan sesi
bergambar kenang-kenangan bersama En Salleh jurulatih BIG kami, dan En
Badrulisham Bin Mohd Noor Penolong Kanan Kokurikulum SK Bagan Serai. Gambar
murid-murid yang terlibat juga telah diambil. Rakan-rakan yang ditugaskan bahagian
dewan telah mengemaskini dewan seperti keadaan asal semula.Pada jam 2.30
petang semua pelajar IPG telah bertolak pulang kerumah masing-masing.
7
8