14
‘1 MALAYSIA’ Definisi konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan- tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai- nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia Terdapat lapan nilai yang telah diterapkan oleh YAB Dato’Sri Najib dalam konsep satu Malaysia.Salah satu daripadanya ialah budaya kecermerlangan. Terdapat pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara

last edit 1 mal

  • Upload
    tk324

  • View
    214

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KBKK IPG

Citation preview

Page 1: last edit 1 mal

‘1  MALAYSIA’

Definisi konsep 1 Malaysia  menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd

Najib  Tun Abdul Razak:“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai

bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan

berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan

bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum

Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan

memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat

sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.Kita keluar daripada cara bertindak

dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. 1Malaysia adalah

satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya

menjadi amalan setiap rakyat Malaysia

Terdapat lapan nilai yang telah diterapkan oleh YAB Dato’Sri Najib

dalam konsep satu Malaysia.Salah satu daripadanya ialah budaya

kecermerlangan. Terdapat pengamalan budaya cemerlang akan membawa

Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan

pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya

kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya cemerlang perlu

dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai

pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Prinsip ketepatan menjadi

elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa

amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain

terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. Ketepatan

pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi

menentukan kecemerlangan dan kejayaan.Negara luar akan mengiktiraf

Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam

segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan

eksport.Dalam aspek pendidikan,budaya kecemerlangan amat dalam

kehidupan setiap pelajar,guru,mahasiswa mahupun pensyarah.Setiap pelajar

harus menunjukkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan secara

Page 2: last edit 1 mal

konsisten.Para guru pula haruslah meyampaikan pengajaran dengan

cemerlang untuk memastikan apa yang disampaikan dapat diterima oleh para

pelajar.dan memastikan segala fakta yang diberi adalah benar belaka.Oleh

yang demikian, nilai kecemerlangan amat penting dalam semua bidang

terutamanya bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang

cemerlang.

Selain itu,setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan

ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan

dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah

menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah

menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan

Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah

menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik

mencapai sesuatu matlamat.Ketabahan dalam menghadapi perubahan

peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau

kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.Kejatuhan atau kemerosotan yang

dialami perlu dikaji  kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu

memperbaikinya secara positif.Sebagai contoh,dalam aspek pendidikan

pelajar haruslah tabah dan cekal sepanjang proses belajar jika ingin menjadi

pelajar yang berjaya. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan

kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjayaDalam   menangani

kegagalan,  pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi

menghasilkan perubahan  yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat

juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan

diri

Di samping itu,rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk

dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri

amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat

masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.Merendah

diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang

Page 3: last edit 1 mal

lain.Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan

dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat 

Malaysia.Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat

merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh

terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan

masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Apabila berada di luar

negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu

dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita

sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan

penindasan. Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki.

Dalam konteks – contohnya katakanlah jika anda seorang guru. Begitu juga

jika anda seorang pensyarah. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah

satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat

tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat

merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati.

Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu

tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda sedang

mengajarsebagai seorang guru, anda mestilah boleh menyesuaikan diri

dengan pelajar. Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya

melakukan tugas saya sebagai guru, saya sangat selesa dengan keadaan

tersebut. Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke

rumah para pelajar , saya memastikan tingkah laku saya tidak akan

membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana

bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka.

Maka itu pada saya ia adalah satu aset. Namun begitu, bersikap rendah diri

bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia

cenderung disalah ertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila

berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu

menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana

apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia

dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Maka itu saya merasakan ia juga

adalah mengikut keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan

masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda

Page 4: last edit 1 mal

berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan

kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan. Tambahan lagi,konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara

yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan.

Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima

sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur

terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau

secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak

tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan.  Penerimaan dari segi kita bersedia untuk menerima sebarang

perkara. Jika kita sanggup menerima sebarang perkara, kita mengambil

perkara tersebut dengan kerelaan, maka kapasiti kita untuk melihat kepada

semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi

semata-mata.Masyarakat yang maju dan saintifik adalah Wawasan

2020.Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima

perubahan .Agen perubahan utama ialah pendidikan.Pendidikan dan latihan

merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia kea

rah pemcapaian matlamat pembangunan Negara.Pendidikan bertaraf dunia

atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insane.Perkara

yang pasti akan pasti akan menghadapinya,mahu atau tidak

mahu.perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf

baru.Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi Negara

tanpa sempadan,peningkatan teknologi computer dan internet di hujung jari

dan persaingan antara kelompok atau Negara semakin

meningkat.Masyarakat adalah manifestafi pendidikan mahukan perubahan

yang terbaik dan sesuai dengan kehendak serta norma masyarakat.Objektif

perubahan pendidikan yang harus diterima masyarakat ialah mengurangkan

konflik.Persekitaran masyarakat dalam sesebuah Negara semakin

kompleks.pelbagai factor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit

untuk merebut peluang dan sumber yang terhad.Selain itu,ia juga dapat

meningkatkan motivasi.Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada

peningkatan penerimaan perubahan.Semakin besar motivasi dalaman

semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.

Page 5: last edit 1 mal

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara

wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. 

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada

negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan

kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras

kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan. Pengikut

perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi

yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami

kehancuran.  Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu

ikatan peribadi antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui

kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan

sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kritikan dan pandangan

yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan

kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau

kekurangan adalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina

kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar

segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan

bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap

sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai dengan

keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.Nilai atau ganjaran

kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan

kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.Kesetiaan atau

perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang  kemajuan adalah tidak

bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu

dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil

kesempatan.

Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan dalam

negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi

kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.Dalam keadaan

tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti

masyarakat yang tinggal di kawasan  pendalaman, estet-estet dan

Page 6: last edit 1 mal

perkampungan baru  adalah menjadi  tanggungjawab Kerajaan untuk

membantu golongan tersebut. Meritokrasi menekankan  persaingan secara

terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya

memenuhi  kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan

prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang

akan memaksimumkan potensi Malaysia  dalam semua bidang.Dalam aspek

pendidikan pelajar Melayu perlu menjadikan sistem meritokrasi dalam bidang

pendidikan negara pada masa ini sebagai satu cabaran untuk mereka

menjadi lebih cemerlang dan bukannya halangan bagi mencapai kejayaan

dalam pelajaran.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh

berkata, ini kerana tujuan pelaksanaan sistem berkenaan adalah untuk

membuktikan keyakinan pelajar Melayu itu sendiri dalam pelajaran selain

boleh melonjakkan mereka ke tahap yang di luar jangkaan.``Oleh itu, saya

amat berharap supaya pelajar-pelajar Melayu menjadikan kenyataan UMNO

Johor bahawa sistem meritokrasi itu telah membawa kemerosotan sebagai

satu cabaran untuk anak-anak Melayu,'' katanya kepada pemberita selepas

merasmikan Majlis Sambutan Hari Pertahanan Awam Peringkat Negeri

Selangor Ke-35 di Pantai Morib di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan

UMNO Johor pada Sabtu lalu yang menganggap sistem meritokrasi dalam

bidang pendidikan bukan sahaja membawa kemerosotan pelajar Melayu

dalam bidang kritikal tetapi juga merupakan satu bentuk diskriminasi dan

penindasan.Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi

Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, sistem itu telah menindas ribuan

anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan

berkualiti.Mengulas lanjut Shafie berkata, dasar meritokrasi yang telah

diluluskan oleh kabinet akan diteruskan melainkan ada arahan terbaru oleh

kerajaan sendiri supaya ia dihentikan.Beliau memberitahu, pelaksanaan

sistem berkenaan juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk terus

meningkatkan lagi tahap pendidikan pada sepanjang masa terutama sekali

pada era globalisasi.Katanya, tindakan berkenaan adalah sangat sesuai bagi

mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat

pendidikan serantau pada masa akan datang.``Saya tidak memandang

serong terhadap kenyataan yang telah dibuat itu dan saya pulangkan balik

perkara ini kepada pelajar Melayu itu sendiri sebagai satu cabaran supaya

Page 7: last edit 1 mal

mereka belajar dengan lebih bersungguh-sunnguh.``Mereka kena buktikan

kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Johor itu adalah tidak betul,''

katanya. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam

menghadapi cabaran globalisasi/libera

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-

mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah

berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan

mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang

mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Budaya

membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai  minda

yang sentiasa terbuka. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula

untuk memasukkan sekolah vernakular. Semua aliran, sama ada  sekolah

kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari

peluang berinteraksi  dengan mengadakan aktiviti bersama. Kurikulum yang

dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran  hendaklah menekankan nilai-nilai

bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu MalaysiaAdalah penting

bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan

rakyat.Selain itu ,system pendidikan di Negara kita juga haruslah seiring

dengan teknologi sekarang iaitu penggunaan multimedia dan internet dalam

pendidikan tapi harus diingat penggunaan internet hendaklah digunakan ke

jalan yang betul.perkembanagn dalam teknologi multimedia menjanjikan

potensi besar dalam meruba cara seseorang belajar ,cara memperoleh

maklumat ,cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya.multimedia

juga penyedian pelbagai peluang kepada para pendidik menaplikasikan

pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang

kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran.pelajar juga berpeluang untuk

menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka,membentuk

pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta menaglami

sussana pembelajaran yang ;lebih menarik dan berkesan.sumber maklumat

serta rujukan juga bukan terikat dengan buku teks semata-mata tetapi lebih

luas dari itu.kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan

lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam

pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan

Page 8: last edit 1 mal

pantas. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilai-nilai integriti.

Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak  daripada pemimpin sehingga

semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Bersikap jujur terhadap sesuatu

tindakan dan percakapan. Bercakap benar walaupun perkara yang

disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Berusaha memperbaiki kesilapan.

Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi

mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji  dan masa  adalah sifat

mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis

kepercayaan dan kesetiaan.Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang

terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak.Segala

kritikan  dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan

kesilapan dan kesalahan yang dilakukan Kelayakan dan kemampuan perlu

diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak

sah. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan

perlakuan.  Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala

kepentingan lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok

tertentu perlu dijauhi.

Nilai intergriti penting dalam sesebuah Negara yang mempunyai

pelbagai kaum seperti Negara kita,Malaysia.Oleh itu ,bagi memupuk nilai

tersebut setiap rakyat memainkan peranan penting.Bersempena dengan hari

kemerdekaan Negara kita ke-52 yang semakin dekat ,semua rakyat haruslah

menunjukkan semangat patriotisme yang dalam diri masing-

masing.Sebenarnya semangat ini hendaklah diterapkan dalam diri kita

sepanjang masa tidak kira hari kemerdekaan ataupun tidak. Najib berkata

nikmat kemerdekaan dapat dikecapi oleh rakyat selama ini kerana negara

ditadbir dengan begitu baik dan berkesan. Di Malaysia, pelbagai cara

digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya

menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan

pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan

bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran 

Pendidikan  Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar

pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan

Page 9: last edit 1 mal

kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik.  Pelajar-

pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa

diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam

kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk  guru  memupuk

semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara

satu dengan lain.  Sebahagian daripada dasar  dan tindakan strategik ini telah

dilaksanakan  dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya

dasar penggunaan  bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam

sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan

generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan

lebih saling memahami. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama,

Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk

memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia

Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa

bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan

keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama

dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem

pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..

  Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk

menggantikan kelemahan-kelemahan  yang terdapat dalam kurikulum  yang

sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi

antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan

adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak

sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan

integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia

dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk

negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak

berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa

Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa

untuk bersama memajukan negara

Page 10: last edit 1 mal