1
cofreth (M) Sdn Bhd No. 39, Jalan USJ Sentral 3, USJ Sentral, Persiaran Subang 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +(603) 8023 8878 Fax: +(603) 8025 1252 Email: [email protected] Website: www.cofreth.com.my Latihan Kebakaran (Fire Drill) di IJM CLQ Cheras By Mohamad Naim Zainol Admin Executive - IJM CLQ Pada Jumaat 21 Mac 2014, IJM CLQ telah berjaya mengadakan latihan kebakaran (Fire Drill) bersama-sama Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRV-V6) dengan kerjasama dari Jabatan Bomba Kajang. Latihan ini telah diadakan bertempat di tempat letak kenderaan berhadapan IJM CLQ V5 bermula dari jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.45 malam. Latihan ini melibatkan penghuni IJM CLQ seramai 152 orang, 5 orang kaki tangan dari Bahagian Pengurusan (Cofreth Management Team) dan seorang kakitangan Bahagian QSHE (Cofreth). Manakala AZRB-V6 pula melibatkan 6 orang kakitangan Bahagian Pengurusan (Management Team) dan 260 orang penghuninya. Turut sama adalah Jabatan Bomba Kajang yang dihadiri oleh seorang pegawai bersama tiga orang anggotanya. Latihan ini juga disertai oleh tujuh orang pegawai daripada CLQ Officer Project Develop Partner (PDP) daripada PDP CLQ Department - MMC Gamuda. Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para penghuni CLQ sekiranye terjadi kebakaran apakah tindakan pertama yang di ambil bagi menyelamatkan diri. Langkah tersebut adalah dengan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti dalam “Emergency Respond Plan (ERP)”. Selain itu, pihak bomba juga telah memberikan taklimat mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran. Pada masa yang sama, penghuni juga telah ditunjukkan cara-cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam kebakaran. Apa yang lebih penting, latihan ini dapat memastikan penghuni CLQ lebih peka dan sentiasa berwaspada agar tidak panik sekiranye terjadi kebakaran. Selepas latihan selesai dijalankan, pihak Jabatan Bomba Kajang telah memberi komen dan nasihat untuk penambahbaikan di masa akan datang. Latihan ini diakhiri dengan jamuan ringkas dan sedikit cenderamata dari pihak penganjur. Secara umumnya, Latihan Kebakaran ini dijalankan dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di IJM CLQ Cheras activities/Latihan Kebakaran... · Pada Jumaat 21 Mac 2014, IJM CLQ telah berjaya mengadakan latihan kebakaran (Fire Drill) bersama-sama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latihan Kebakaran (Fire Drill) di IJM CLQ Cheras activities/Latihan Kebakaran... · Pada Jumaat 21 Mac 2014, IJM CLQ telah berjaya mengadakan latihan kebakaran (Fire Drill) bersama-sama

cofreth (M) Sdn Bhd

No. 39, Jalan USJ Sentral 3, USJ Sentral, Persiaran Subang 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +(603) 8023 8878 Fax: +(603) 8025 1252 Email: [email protected] Website: www.cofreth.com.my

Latihan Kebakaran (Fire Drill) di IJM CLQ CherasBy Mohamad Naim ZainolAdmin Executive - IJM CLQ

Pada Jumaat 21 Mac 2014, IJM CLQ telah berjaya mengadakan latihan kebakaran (Fire Drill) bersama-sama Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRV-V6) dengan kerjasama dari Jabatan Bomba Kajang. Latihan ini telah diadakan bertempat di tempat letak kenderaan berhadapan IJM CLQ V5 bermula dari jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.45 malam.

Latihan ini melibatkan penghuni IJM CLQ seramai 152 orang, 5 orang kaki tangan dari Bahagian Pengurusan (Cofreth Management Team) dan seorang kakitangan Bahagian QSHE (Cofreth). Manakala AZRB-V6 pula melibatkan 6 orang kakitangan Bahagian Pengurusan (Management Team) dan 260 orang penghuninya. Turut sama adalah Jabatan Bomba Kajang yang dihadiri oleh seorang pegawai bersama tiga orang anggotanya. Latihan ini juga disertai oleh tujuh orang pegawai daripada CLQ Officer Project Develop Partner (PDP) daripada PDP CLQ Department - MMC Gamuda.

Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para penghuni CLQ sekiranye terjadi kebakaran apakah tindakan pertama yang di ambil bagi menyelamatkan diri. Langkah tersebut adalah dengan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti dalam “Emergency Respond Plan (ERP)”. Selain itu, pihak bomba juga telah memberikan taklimat mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran. Pada masa yang sama, penghuni juga telah ditunjukkan cara-cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam kebakaran. Apa yang lebih penting, latihan ini dapat memastikan penghuni CLQ lebih peka dan sentiasa berwaspada agar tidak panik sekiranye terjadi kebakaran.

Selepas latihan selesai dijalankan, pihak Jabatan Bomba Kajang telah memberi komen dan nasihat untuk penambahbaikan di masa akan datang. Latihan ini diakhiri dengan jamuan ringkas dan sedikit cenderamata dari pihak penganjur.

Secara umumnya, Latihan Kebakaran ini dijalankan dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.