Upload
ain-abu-amar
View
55
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
lawatan
Citation preview
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH TAHUN 2015TARIKH
2 SEPTEMBER 2015
HARI
RABU
TEMPAT
SANRIO HELLO KITTY TOWN,
JOHOR BAHRU
MASA
7.30 PAGI 5.00 PETANG
ANJURAN
JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH SESI 2015
1.0RASIONAL
Menyedari betapa pentingnya pendidikan luar kepada murid-murid dalam proses membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain juga merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.
Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
2.0OBJEKTIF
Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk:
Mendedah kepada murid-murid prasekolah untuk meneroka dunia luar yang lebih menyeronokkan dan bermanfaat kepada mereka.
Melihat dan merasai pelbagai aktiviti yang meningkatkan minat murid untuk belajar serta berkomunikasi dengan rakan mereka yang lain.3.0SASARAN
Terdiri daripada murid-murid Prasekolah Permata Cilik Sk Sedili Besar seramai 25 orang diikuti oleh 4 orang guru pengiring serta 4 orang AJK Permuafakatan Prasekolah.4.0 TARIKH LAWATAN
Program lawatan sambil belajar ini dicadangkan untuk dilaksanakan selama satu hari iaitu pada 02 September 2015 bermula pada pukul 7.30 pagi dan dijangka tamat pada pukul 5.00 petang.
5.0 TEMPAT LAWATAN
Sanrio hello Kitty Town, Nusajaya JohoR Bahru
6.0 PENGANGKUTAN
Pengangkutan ke tempat lawatan adalah dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu bas. Sebuah bas telah diperuntukkan untuk membawa murid ke tempat lawatan.
7.0 CARTA ORGANISASI
PenasihatEN. ZAMRI BIN HJ ISHAK
(Guru Besar SK Sedili Besar)Pengerusi
PN.MARIANI BINTI MOHAMED
Ibu bapa/ Penjaga Murid Prasekolah
Naib Pengerusi
PUAN ZURAINI BINTI AZIZ
Ibu bapa/ Penjaga Murid Prasekolah
Setiausaha
CIK NORFARAHIN BINTI ABU AMAR
Guru Prasekolah SK Sedili Besar
Bendahari
PN SERI NORLIAH BT ABD GHANI
Pembantu Pengurusan Murid SK Sedili Besar
Pen. Bendahari
PN. RUZAIMAH HJ. SAHLAN
Ahli Jawatankuasa
PN NOR AZIMAH BT MAZLAN
PUAN NORA BINTI RAHIM
PUAN NOR SAHIRA BT DALIM
PUAN SURAYA BTE HARUN
8.0 GURU PENGIRING
Cik Norfarahin bte Abu Amar
Pn. Seri Norliah Bt. Abdul Ghani
Pn Ruzaimah Bt Hj. Sahlan
Cik Siti Aminah Bt. Mohamad Noor
9.0 KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PERBELANJAAN
Bil.PerkaraPerbelanjaanJumlah
1.Bayaran pengangkutanRM1200RM 1200.00
2.Bayaran makanan32 orang x RM 10RM 320.00
3.Bayaran Tiket Masuk ke Sanrio Hello Kitty Town 32 x RM 55.00RM 1760.00
JumlahRM 3280.00
10.0 TENTATIF PROGRAM
MASAAKTIVITI
7.15 pagiPeserta rombongan berkumpul di Prasekolah SKSB
7.30 pagiSarapan pagi
8.00 pagiBertolak ke Sanrio Hello Kitty Town
10.00 pagiTiba di Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya
12.00- 2.00ptgBerhenti rehat, makan dan solat
2.00-4.00ptg Bersiar di sekitar Bandaraya Johor Bahru
4.00 petangBergerak pulang
5.00 petangTiba di SK Sedili Besar
11.0 PENUTUP
Pihak kami berharap agar cadangan program lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan agar dapat memenuhi perancangan aktiviti ko-kurikulum bagi tahun 2015. Kerjasama pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh:
..................................................................
(NORFARAHIN BINTI ABU AMAR)
Setiausaha Majlis Permuafakatan
Prasekolah SK Sedili besar
Disahkan oleh:
..................................................