Prasekolah KSPK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Prasekolah

Text of Prasekolah KSPK

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PRASEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAANKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2010

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

DRAF DAN SULIT

ii

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KANDUNGANmuka surat FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR MATLAMAT DAN OBJEKTIF FOKUS DAN ORGANISASI KURIKULUM STANDARD KANDUGAN KURIKULUM REKABENTUK KURIKULUM PERUNTUKAN MASA STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STANDARD PENTAKSIRAN STANDARD DOMAIN KREATIVITI ORGANISASI DOKUMEN KURIKULUM STANDARD KERANGKA KONSEP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIAN A: STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN MENGIKUT TUNJANG TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA MALAYSIA TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA INGGERIS TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA CINA TUNJANG KOMUNIKASI - BAHASA TAMIL TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN ISLAM iii v vi 1 2 7 15 16 21 24 26 28 29 31 33 45 53 65 75

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

DRAF DAN SULIT 83 91 97

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL TUNJANG KETRAMPILAN DIRI - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA - PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA - KREATIVITI TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI AWAL SAINS DAN AWAL MATEMATIK TUNJANG KEMANUSIAAN BAHAGIAN B: MODUL TERAS BERTEMA LAMPIRAN CADANGAN JADUAL WAKTU PANEL PENGGUBAL

109 117 135 145 229 237

iv

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

v

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KATA PENGANTARPerkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu kanak-kanak pada usia enam tahun yang pertama. Melalui asuhan dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini dapat dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta kreativiti dan pemikiran kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas ini, kanak-kanak ini akan lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian jangka panjang mendapati pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak memberi pulangan yang positif kepada kerajaan dan masyarakat. Pada masa yang sama, semakin banyak hasil kajian neurosains menunjukkan kaitan antara pendedahan rangsangan pada peringkat awal dengan perkembangan minda kanak-kanak yang optimum. Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996, prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan. KSPK digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggubalan KSPK mengambilkira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku. KSPK digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanakkanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan (enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun). Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Dalam usaha menyediakan KSPK, pelbagai pihak telah dilibatkan seperti guru, pensyarah, pegawai dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tadika swasta. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(DATU Dr HJ. JULAIHI HJ. BUJANG) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

MATLAMATPendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

xii. xiii. xiv.

xv. xvi. xvii. xviii. xix.

Mengamalkan nilai murni. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mengembangkan daya kreatif dan estetika Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

OBJEKTIF Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Membina kecergasan badan. Mempunyai tubuh badan yang sihat. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar. Mempunyai kematangan emosi. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.

Pendahuluan

1

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

FOKUSPendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

KOMUNIKASIKemahiran berbahasa, bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

SAINS & TEKNOLOGIPendekatan Inkuiri, pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik Pengetahuan dan kemahiran matematik, penyelesaian masalah. ICT. INSAN SEIMBANG

KEROHANIAN, SIKAP & NILAIAmalan agama dan kepercayaan, sikap & nilai

ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanakkanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk Rajah 1). Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKAPerkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

KEMANUSIAANIlmu dan amalan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global

KETRAMPILAN DIRIPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Penghayatan semangat patriotisme & perpaduan

Rajah 1: Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah