2
2.0 RASIONAL Sekolah merupakan sebuah institusi yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek yang dirancang. Kerbekesanan dan kejayaan perlaksanaan sesuatu projek memerlukan pengelolaan dan penyeliaan dari pihak pentadbir sekolah, guru-guru disamping bantuan daripada pihak PIBG. Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini memang diperlukan demi mencapai matlamat yang ingin dicapai. Projek seni mural ini adalah salah satu usaha untuk mendekatkan masyarakat kepada kesedaran menikmati satu bidang yang boleh menceriakan kehidupan serta, mengubah suasana pemandangan dan menghargai nilai-nilai estetik yang terdapat dalam budaya persekitaran. Sesuai dengan kejayaannya merangkul tempat pertama di peringkat kebangsaan dalam pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012 dan pengiktirafan sebagai Sekolah Penanda Arasan Lestari Alam Sekitar, maka wajar projek mural ini diadakan untuk mempertingkatkan keceriaan prsarana SK Bandar Pusat. 3.0 MATLAMAT Matlamat program ini ialah untuk untuk menceriakan dan menambah iklim yang selesa dan tenang di kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid dan ibu bapa.

Matlamat Mural

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mural

Citation preview

Page 1: Matlamat Mural

2.0 RASIONAL

Sekolah merupakan sebuah institusi yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek yang

dirancang. Kerbekesanan dan kejayaan perlaksanaan sesuatu projek memerlukan pengelolaan

dan penyeliaan dari pihak pentadbir sekolah, guru-guru disamping bantuan daripada pihak PIBG.

Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini memang diperlukan demi mencapai matlamat yang ingin

dicapai. Projek seni mural ini adalah salah satu usaha untuk mendekatkan masyarakat kepada

kesedaran menikmati satu bidang yang boleh menceriakan kehidupan serta, mengubah suasana

pemandangan dan menghargai nilai-nilai estetik yang terdapat dalam budaya persekitaran.

Sesuai dengan kejayaannya merangkul tempat pertama di peringkat kebangsaan dalam

pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012 dan pengiktirafan sebagai

Sekolah Penanda Arasan Lestari Alam Sekitar, maka wajar projek mural ini diadakan untuk

mempertingkatkan keceriaan prsarana SK Bandar Pusat.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini ialah untuk untuk menceriakan dan menambah iklim yang selesa dan

tenang di kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang

kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan

mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid dan ibu

bapa.

Mural adalah merupakan satu bentuk karya seni yang paling hampir dengan warga sekolah jika

dibandingkan dengan lain-lain karya untuk pengindahan. Justeru itu wajar projek ini

dilaksanakan untuk menjadikan mural sebagai salah satu elemen penting yang mesti ada dalam

proses menceriakan kawasan sekolah serta menaikkan imej sekolah. Sebagai tempat yang

menjadi tumpuan ramai, sosioemosi iklim persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam

menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum bagi keselesaan

dan kepuasan hati pelanggannya. Keselesaan dan suasana yang kondusif yang digabungjalinkan

dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.

Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan motivasi diri

mereka.

Page 2: Matlamat Mural