Upload
vanque
View
228
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK PEMBIAKAN TUMBUHAN BERBUNGA
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 5
HU LEE LEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK PEMBIAKAN TUMBUHAN BERBUNGA
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 5
HU LEE LEE
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MARCH, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..........................
Nama Penulis : HU LEE LEE
Tarikh : ...........................
iii
DEDIKASI
Untuk ahli keluarga tersayang
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Arba’at
Bin Hassan dan Tuan Haji Muslim Bin Jonid selaku pensyarah penyelia projek
sarjana muda, juga menjadi pembimbing sehingga terhasilnya satu prototaip perisian
yang diharapkan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan PSM yang tidak
jemu menghulurkan bantuan, dan kepada ahli keluarga saya yang sentiasa memberi
bantuan dan dorongan kepada saya, serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung panjang tempoh pembangunan perisian ini.
v
ABSTRAK
Selaras dengan perkembangan pesat bidang multimedia dan perlaksanaan
penggunaan komputer di dalam bilik darjah secara giat mulai tahun 2003 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
berasaskan komputer bagi subjek sains khususnya amat diperlukan. Maka, satu
perisian ABM versi bahasa Inggeris telah dibangunkan bagi memenuhi kekurangan
perisian ABM Biologi yang wujud dalam versi Bahasa Inggeris. Berjayanya
program pembangunan ini, bererti bilangan perisian modul ABM Biologi dalam
Bahasa Inggeris telah turut bertambah bilangan di Malaysia. Selain itu, adalah
diharapkan perisian modul ABM Biologi ini akan menjadikan sesi pembelajaran
Biologi, khususnya bagi topik Pembiakan Tumbuhan Berbunga, berjalan dalam
suasana yang lebih menarik dan konduktif berbanding menggunakan ABM
tradisional. Ini adalah kerana perisian ini dibangunkan dengan memasukkan unsur-
unsur multimedia yang menjadikannya lebih menarik untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Turut dimuatkan juga di dalam perisian ini sesi pengujian dan
cadangan menyusuri internet.
vi
ABSTRACT
In consistent of fast development of multimedia and introduction of
computer’s application in the classrooms by Ministry Of Education, the usage of the
teaching aid facilities (TAF) based on computers for science subjects is more
demanding. Due to this reason, the TAF software was developed in order to fulfill
the shortage of Biology’s TAF software in English version. A success in this
development programmed would increase a number of Biology’s TAF software in
Malaysia. This software was developed over the topic of Flowering Plant
Reproduction for Form 5 Biology. It makes the teaching session more interesting
and also provides conducive environment to the students if compared to the
traditional TAF since many multimedia elements have been include in the
development of this software. This software also consitsts of testing sessions and
guidelines for further internet browsing.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Kepentingan Projek 6
1.6 Skop Projek 7
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8
1.8 Definisi istilah 8
1.8.1 Perisian 9
1.8.2 Modul 9
viii
1.8.3 ABM 9
1.8.4 Biologi 10
1.8.5 Pembiakan 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Alat Bantu Mengajar 12
2.3 Kriteria Pemilihan ABM 13
2.4 Modul ABM Berasaskan Komputer 14
2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) 14
2.6 Perbezaan antara Perisian Modul ABM
dan PBK 15
2.7 Kepentingan Perisian Modul ABM 16
2.8 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul
ABM 16
2.9 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul
ABM 17
2.10 Aspek Pedagogi dalam Perisian Modul ABM 18
2.11 Teori Pembelajaran 18
2.11.1 Teori Tingkah Laku 19
2.11.2 Teori Konstruktivisme 20
2.12 Taksonomi Bloom 20
2.13 Elemen-elemen Multimedia 22
BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 25
3.2.1 Objektif Pengajaran 25
ix
3.3 Pengumpulan Bahan Dan
Pencetusan Idea 26
3.4 Analisis Pembangunan 26
3.4.1 Kumpulan Sasaran 27
3.4.2 Isi Kandungan Pelajaran 27
3.4.3 Soalan / Penilaian 27
3.4.4 Format Spesifikasi Isi
Kandungan 28
3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 28
3.6 Pemilihan Perisian Multimedia 30
3.7 Pemilihan Perkakasan 32
3.7.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum
Pengguna 32
3.8 Pembangunan Perisian 33
3.9 Carta Alir Perisian 34
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Penyediaan Bahan 42
4.2.1 Penyediaan Dan Pengeditan Teks 42
4.2.2 Grafik Dan Visual 42
4.2.3 Penghasilan Animasi 43
4.3 Struktur Asas Perisian 43
4.3.1 Paparan Montaj 44
4.3.2 Skrin Menu Utama 44
4.3.3 Skrin Topik 45
4.3.4 Skrin Penilaian 46
4.3.4.1 Skrin Penilaian Pengetahuan
Sedia Ada 46
4.3.4.2 Skrin Penilaian Formatif 47
4.3.4.3 Skrin Penilaian Sumatif 48
4.3.5 Kemudahan Laman Web 48
x
4.3.6 Paparan Glosari 49
4.3.7 Paparan Bantuan 50
4.4 Pempekejan Perisian 50
4.5 Panduan Pengguna 52
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Kekangan Yang Dihadapi
Semasa Pembangunan Perisian 54
5.2.1 Kos Yang Tinggi 55
5.2.2 Kekurangan Kepakaran Perisian 55
5.2.3 Kekurangan Perisian Asal 55
5.2.4 Kekurangan Perkakasan 56
5.3 Kekuatan Perisian 56
5.4 Kelemahan Perisian 57
5.5 Cadangan 58
5.6 Kesimpulan 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN 63
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
2.1 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 18
2.2 Spesifikasi Soalan 22
3.1 Format Spesifikasi Isi Kandungan 28
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Perisian Secara Umum 35
3.2 Carta Alir Spesifik Struktur Bunga 36
3.3 Carta Alir Spesifik Perkembangan Butir Debunga 37
3.4 Carta Alir Spesifik Perkembangan Pundi Embrio Di
Dalam Ovul 38
3.5 Carta Alir Spesifik Proses Persenyawaan Ganda Dua 39
3.6 Carta Alir Spesifik Pembentukan Buah Dan Biji Benih 40
4.1 Paparan Montaj 44
4.2 Paparan Menu Utama 45
4.3 Paparan Skrin Topik 46
4.4 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 47
4.5 Paparan Penilaian Formatif 47
4.6 Paparan Penilaian Sumatif 48
4.7 Paparan Laman Web 49
4.8 Paparan Glosari 49
4.9 Paparan Bantuan 50
4.10 Opsyen Pack & Go Power Point XP 51
4.11 Embed True Type Fonts 51
xiii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat
A Borang Soal Selidik 1 63
B Borang Soal Selidik 2 64
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan komputer dalam pendidikan bukan satu lagi isu yang baru di
negara kita. Teknologi pengajaran berasaskan komputer beransur-ansur bermula di
sekolah. Kementerian Pendidikan melabur jumlah wang yang banyak untuk
peruntukkan kemudahan komputer di sekolah.
Perkembangan dalam dunia ICT telah mengubah senario pendidikan moden
hari ini. Daripada kaedah pendidikan tradisional yang berpusat kepada guru dan
buku teks, kini dengan adanya komputer, ia sedikit sebanyak dapat membantu
mempercepatkan dan meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Justeru itu, apabila pihak kerajaan mengambil langkah
menerapkan budaya ICT di sekolah-sekolah di Malaysia, kita anggap ia sebagai satu
langkah yang bijaksana agar generasi muda kita tidak ketinggalan zaman.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seterusnya akan
meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan
(networking) dalam pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan
disimpan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru
yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pengajaran, di
samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang meluas dalam
proses pendidikan.
Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
membantu Malaysia menjadi sebuah Negara yang maju. MSC (Multimedia Super
Corridor) ialah satu projek teknologi maklumat yang sangat penting untuk ke arah
meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan
teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih
bersistematik pada suatu hari nanti.
IT dianggap sebagai senjata yang penting untuk sektor pendidikan
khususnya dalam usaha perkongsian dan penyampaian maklumat, kerjasama,
perbincangan dan sebagainya. Dengan itu kini adalah masa yang tepat kepada semua
pihak untuk memandang serius terhadap pentingnya ke arah menyediakan IT dalam
pendidikan.
Kemunculan IT membawa pendekatan baru terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendedahan komputer peribadi kepada para pelajar dan guru dapat
memperbaiki lagi proses penyampaian dan penerimaan ilmu. Kaedah pengajaran
melalui teknologi dapat mengubah cara penyampaian maklumat dan
memperkemaskan lagi teknik pengajaran guru supaya pelajar lebih berminat dan
seronok semasa belajar. Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang
menyeronokkan dan membawa perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan.
Guru harus mempunyai strategi yang dapat mendorong pelajar-pelajarnya memberi
tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran
pembelajaran.
Pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih dan memahami konsep
dengan lebih cepat jika diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer
berbanding dengan pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional.
Pelajar menunjukkan sikap positif terhadap mata pelajaran yang diajar apabila
mereka diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer.
Mengikut Mat Nor Hussin (1987), alat bantu mengajar dapat memberi
rangsangan dan meningkatkan keinginan pelajar untuk mempelajari sesuatu pelajaran
di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan efektif.
Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran guru. Menurut Mok (1993), dengan adanya bantuan daripada ABM,
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
Terdapat kajian membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat
membina sikap positif dan mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar dan pelajar
dapat belajar berkesannya dengan persembahan isi pelajaran yang menggunakan
elemen-elemen multimedia yang menarik.
Menurut Pamela (1999), perisian komputer memudahkan guru dalam
menyediakan Bahan Bantu Mengajar. Guru hanya perlu mengajar mengikut program
yang telah dirancang dalam perisian. Terdapat juga perisian seperti Microsoft Excel
akan memudahkan guru membuat analisis keputusan peperiksaan pelajar.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat
merangkumi objektif pembelajaran yang luas. Pendekatan interaktif dalam
pembelajaran membolehkan pembelajaran dan pengajaran mendapat maklum balas
segera.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan dan latihan. Komputer digunakan
sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Komputer juga boleh mengendalikan seluruh proses pengajaran tanpa bantuan guru.
Dengan itu, ia dianggap sebagai guru atau tutor. Dalam proses pengajaran sebenar
bilik darjah, komputer dapat mengambil alih semua peranan ini daripada guru.
Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan
simulasi di samping aktiviti latih tubi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
menjadi semakin penting tetapi memandangkan cara pengajaran di sekolah masih
berpusatkan guru atau pengajaran tradisional, cara penyampaian pengajaran yang
linear dan membosankan pelajar masih digunakan. Buku teks atau buku rujukan
tidak dapat menunjukkan audio dan animasi, rajah yang berwarna juga sukar
dihasilkan memandangkan kos cetakan yang tinggi. Lagipun, masih banyak lagi
guru-guru yang tidak berkemahiran tinggi dalam menggunakan perisian
pembelajaran komputer serta mengendalikan alat komputer.
Menurut Baharuddin Aris (2000), penggunaan ABM yang berbentuk
elektronik jarang sekali digunakan memandangkan penghasilan perisian ABM
memerlukan masa, tenaga dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu, penggunaan perisian
ABM di sekolah masih terhad.
Namun demikian, kekurangan perisian tempatan untuk pengajaran dan
pembelajaran juga menjadi kekangan utama dalam melaksanakan pendidikan
berteknologi di negara kita. Kebanyakan perisian pendidikan yang dipasarkan adalah
dihasilkan di negara lain. Perisian ini tidak begitu sesuai dengan sukatan pelajaran
negara kita. Ia hanya sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan sahaja. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan menggalakkan syarikat-syarikat tempatan untuk
membangunkan perisian multimedia pendidikan terutama dalam bidang sains bagi
kegunaan sekolah-sekolah di seluruh negara sekali gus membantu memacu
penggunaan teknologi maklumat (IT).
Selain itu, pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa
Inggeris telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Enam
Rendah di sekolah menengah serta program Matrikulasi mulai tahun 2003. Maka
Perisian ABM berasaskan komputer dalam versi Inggeris amat diperlukan supaya
pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan jelas di samping
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran berbantukan komputer adalah salah satu cara untuk
mengoptimumkan pembelajaran pelajar. Maka perisian modul alat bantu mengajar
boleh dikenal pastikan sebagai bahan pengajaran yang penting dalam proses
pengajaran seseorang guru. Namun demikian, ABM berkomputer adalah sangat
berkurangan di sekolah-sekolah negara kita.
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan orang pakar dalam
menyediakan ABM berkomputer. Lagipun, kos dan masa pembangunan satu
perisian ABM juga amat memberatkan pembangun perisian tersebut.
Untuk menyelesaikan masalah kekurangan ABM berkomputer, satu ABM
berkomputer akan dibangunkan. Projek ini adalah satu idea, percubaan dan usaha
untuk menghasilkan satu perisian modul ABM bagi subjek Biologi Tingkatan 5.
1.4 Objektif Projek
Objektif pembinaan perisian modul alat bantu mengajar ini adalah:
i) menghasilkan perisian modul ABM bertajuk Pembiakan Tumbuhan
Berbunga dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 dalam Bahasa
Inggeris.
ii) menambahkan bilangan perisian ABM yang menggunakan Bahasa
Inggeris dalam penyampaian isi pelajaran.