27
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN TIGA SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya ABD. AZIZ BIN AHMAD . ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: EN. KAMALULARIFIN BIN SUBARI JA 9856, JLN. TERATAI 12, (Nama Penyelia) TAMAN MAJU, 77000 JASIN, MELAKA . Tarikh: 17 APRIL, 2006 Tarikh : 17 APRIL, 2006

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN TIGA

SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006

Saya ABD. AZIZ BIN AHMAD .( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHADDisahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: EN. KAMALULARIFIN BIN SUBARIJA 9856, JLN. TERATAI 12, (Nama Penyelia)TAMAN MAJU, 77000 JASIN,MELAKA.

Tarikh: 17 APRIL, 2006 Tarikh : 17 APRIL, 2006

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) “

Tandatangan : _

Nama Penyelia : _KAMALULARIFIN BIN SUBARI_

Tarikh : 17 APRIL, 2006 .

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN TIGA

ABD. AZIZ BIN HJ. AHMAD

Laporan Projek Ini DikemukakanSebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

ii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : _ ABD. AZIZ BIN HJ. AHMAD__

Tarikh : 17 APRIL, 2006 .

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian

dan kesyukuran atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat

dan salam ke atas junjungan Nabi Allah, Muhammad S.A.W.

Yang teristimewa isteri tercinta, Surati bt. Sarin, atas segala pahit maung

yang terpaksa diharungi di sepanjang tempoh pengajian ku. Terima kasih atas

segala kesabaran, dorongan, sokongan dan galakan yang diberikan. Sesungguhnya

pengorbanan mu adalah terlalu amat bermakna buat ku.

Buat tiga cahaya penyinar hidup ku, Fatin Najihah, Fatin Nur Laili dan

Farid Imran, tuntutlah ilmu sehingga terupaya oleh mu, semoga kejayaan ini menjadi

sumber inspirasi, perangsang dan panduan buat putera puteri ku tersayang.

Untuk insan yang dihormati dan dikasihi, bonda Rokiah, segala jasa,

pengorbanan dan pendidikan yang telah dicurahkan tidak terkira nilainya, belum pasti

mampu ku balas sepenuhnya . Semoga segala pengorbanan mu menjadi tauladan oleh

anak cucu mu kelak.

Tidak lupa juga, ibu dan bapa mertua ku, adik Ahmad Fohad serta rakan-rakan

seperjuangan ku yang banyak memberi dorongan dan sokongan serta sentiasa

mendoakan kejayaan ku. Terima kasih atas segalanya. Sesungguhnya kejayaan

ini adalah kejayaan kita bersama.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Dan Penyayang. Segala

pujian bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam buat Nabi junjungan.

Sekalung doa dan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih

kepada EN. KAMALULARIFIN B. SUBARI selaku pensyarah pembimbing dan

penyelia Projek Sarjana Muda ( PSM ) yang telah banyak meluangkan masa memberi

tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan bantuan sepanjang tempoh perlaksanaan sehingga

siapnya projek ini.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan semoga kehidupan kita

sentiasa mendapat rahmat dari Nya.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

v

ABSTRAK

Penggunaan teknologi maklumat yang semakin berkembang telah membawa satu

era baru kepada kehidupan manusia. Ekoran dari perkembangan yang pesat ini, maka

konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah dihasilkan. Tujuan PBK ini

adalah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mudah dan mendalam sesuatu

topik yang diajar oleh guru. Tajuk perisian ini ialah Sistem Enjin bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan tiga. Perisian ini dibina berdasarkan Huraian

Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan tiga yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004. Perisian ini menggunakan

Macromedia Flash MX 2004 dengan beberapa perisian sokongan lain. PBK ini

dibangunkan dengan gabungan empat elemen utama iaitu teks, grafik, animasi dan audio

untuk mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan tidak

membosankan. Kandungannya pula merangkumi komponen, fungsi, kendalian, isi

pelajaran dan latihan. Perisian ini mempunyai interaktif yang menarik dan mudah

digunakan. Perisian PBK ini telah disediakan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi

memudahkan kebolehcapaiannya. Oleh itu dengan terhasilnya perisian ini adalah diharap

dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna dengan sebaik mungkin.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

vi

ABSTRACT

The advancement and usage of information technology have taken human living

to a new era. As a result a new study concept which is called Computer Assisted

Learning (CAL) had been introduced. CAL lessons are more attractive and more

meaningful to the students and help them to understand lessons better. The title of this

software is the Engine System which was designed for the Form Three students for the

subject of Integrated Living Skill. This software is developed based on the Form Three

Syllabus Specifications of Integrated Living Skill which was published by the Ministry of

Education in year 2004. This software was developed with Macromedia Flash MX 2004

and with the help of a few other supporting softwares. This CAL is the combination of

four elements namely text, graphic, animation and audio which will definitely make the

teaching and learning more effective and interesting. The contents of this software

include components, functions, handling, learning objectives and related exercises. This

software is in the form of compact disc (CD) where it is not only easily accessible and

available but also is interactive and user friendly. Therefore it is highly hoped that this

software will be used effectively by teachers and instructors.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 10

1.6 Pengguna Sasaran 10

1.7 Skop Projek 11

1.8 Definasi Istilah 11

1.8.1 Masalah Pembelajaran 11

1.8.2 Pembelajaran Kendiri Terarah 11

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 12

1.8.4 Perisian 12

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

viii

1.8.5 Multimedia 12

1.8.6 Multimedia Interaktif 13

1.8.7 Sistem Enjin 13

1.8.8 Sistem Pelinciran 13

1.8.9 Sistem Bahan Api 14

1.8.10 Sistem Penyalaan 14

1.8.11 Sistem Ekzos 14

1.8.12 Sistem Penyejukan 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 16

2.3 Difinisi Pembelajaran Berbantukan Komputer 16

2.3.1 Tutorial 17

2.3.2 Latih Tubi 17

2.3.3 Simulasi 18

2.3.4 Permainan Berpendidikan 18

2.3.5 Penyelesaian Masalah 19

2.3.6 Ciri-Ciri PBK Berkualiti 19

2.4 Multimedia 20

2.4.1 Difinisi Multimedia 20

2.4.1.1 Format Yang Interaktif Dan Merangsang 20

2.4.1.2 Komunikasi Maklumat Yang Efektif 20

2.4.1.3 Menarik Dan Meyeronokkan 21

2.4.1.4 Maklum Balas Serta Merta 21

2.4.1.5 Mudah Alih 21

2.4.2 Pengajaran Individu 21

2.4.3 Keseronokan Menggunakan Komputer 22

2.4.4 Jangka Masa Pengajaran Dan Pembelajaran 22

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

ix

2.4.5 Elemen-Elemen Multimedia 22

2.4.5.1 Teks 23

2.4.5.2 Grafik 23

2.4.5.3 Video 24

2.4.5.4 Animasi 24

2.4.5.5 Audio 24

2.5 Isi Pelajaran Sistem Enjin 25

2.6 Aplikasi Teori-Teori Pembelajaran Dalam PBK 25

2.6.1 Teori Behaviourisme 26

2.6.2 Teori Kognitivisme 26

2.6.3 Teori Konstruktivisme 27

2.7 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan Komputer 27

2.7.1 Bergantung Kepada Sistem Main Balik Komputer 28

2.7.2 Kos Membangunkan PBK 28

2.7.3 Tempoh Penghasilan Perisian PBK 28

2.7.4 Memerlukan Kepakaran Tinggi 29

2.7.5 Terlalu Menyeronokkan 29

2.8 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 29

BAB III METODOLOGI PERISIAN

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Prosedur Perisian 32

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 33

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 33

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 33

3.3 Pemilihan Tajuk 34

3.4 Bahasa Pengarang 35

3.4.1 Macromedia Flash MX 2004 35

3.4.2 Macromedia Authorware 36

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

x

3.4.3 Adobe Photoshop 36

3.4.4 Ulead Cool 3 D 37

3.4.5 Sonic Foundry Sound Forge 7.0 37

3.4.6 AutoCAD 2004 37

3.5 Perkakasan Dan Perisian 39

3.5.1 Pemilihan Perkakasan 39

3.5.2 Perisian 40

3.6 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 40

3.7 Carta Aliran 41

3.8 Carta Aliran Perisian 42

3.9 Perancangan Pengujian 49

BAB IV HASIL REKA BENTUK DAN PENGUJIAN PERISIAN

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Pakej Perisian 50

4.3 Reka Bentuk Antara Muka 51

4.4 Kandungan Perisian 53

4.4.1 Intro 53

4.4.2 Menu Utama 53

4.4.3 Objektif 54

4.4.4 Pengenalan 55

4.4.5 Sistem Enjin 56

4.4.5.1 Sistem Pelinciran 57

4.4.5.2 Sistem Bahan Api 58

4.4.5.3 Sistem Penyalaan 60

4.4.5.4 Sistem Ekzos 62

4.4.5.5 Sistem Penyejukan 63

4.4.5.6 Operasi Sistem Keseluruhan 64

4.4.6 Bantuan 65

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

xi

4.4.7 Bahagian Latihan 65

4.4.8 Bahagian Penghargaan 68

4.5 Pengujian Perisian PBK 69

4.5.1 Pemprosesan Data Pengujian 69

4.5.2 Dapatan Hasil Pengujian Perisian PBK (Bah. A) 70

4.5.3 Dapatan Hasil Pengujian Perisian PBK (Bah. B) 74

4.6 Penutup 74

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 75

5.2 Rumusan 72

5.3 Perbincangan 73

5.4 Masalah 75

5.4.1 Faktor Kemahiran Dan Kepakaran 75

5.4.2 Faktor Kos 76

5.4.3 Faktor Masa 76

5.4.4 Faktor Pembinaan Soalan 76

5.4.5 Penggunaan Perisian 77

5.5 Kelebihan 77

5.6 Kelemahan 78

5.7 Cadangan 78

5.8 Kesimpulan 79

RUJUKAN 85

LAMPIRAN 89

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Skala Likert 5 Pemeringkatan Dan 3 Pemeringkatan 69

4.2 Taburan Analisis Item 70

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Aliran Model Hannafin & Peck 31

3.2 Model reka Bentuk Instruksi Bersistem Hannafin Dan Pech 33

3.3 Carta Aliran Menu Utama 41

3.4 Carta Aliran Operasi Sistem Pelinciran 42

3.5 Carta Aliran Operasi Sistem Bahan Api 43

3.6 Carta Aliran Operasi Sistem Penyalaan 44

3.7 Carta Aliran Operasi Sistem Ekzos 45

3.8 Carta Aliran Operasi Sistem Penyejukan 46

3.9 Carta Aliran Operasi Latihan 47

4.1 Carta Aliran Perisian PBK Keseluruhan 51

4.2 Paparan Intro Dan Tajuk 52

4.3 Paparan Menu Utama 52

4.4 Paparan Objektif 53

4.5 Paparan Pengenalan 54

4.6 Paparan Sistem Enjin 4 Lejang 54

4.7 Paparan Penerangan Sistem Pelinciran 55

4.8 Paparan Komponen Dan Fungsi Dalam Sistem Pelinciran 55

4.9 Paparan Penerangan Sistem Bahan Api 56

4.10 Paparan Komponen Dan Fungsi Dalam Sistem Bahan Api 56

4.11 Paparan Cara Kendalian Sistem Bahan Api 57

4.12 Paparan Penerangan Sistem Penyalaan 57

4.13 Paparan Komponen Dan Fungsi Dalam Sistem Penyalaan 58

4.14 Paparan Cara Kendalian Sistem Penyalaan 58

4.15 Paparan Penerangan Sistem Ekzos 59

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

xiv

4.16 Paparan Cara Kendalian Dalam Sistem Ekzos 59

4.17 Paparan Komponen Dan Fungsi Bahagian Dalam Sistem Ekzos 60

4.18 Paparan Penerangan Sistem Penyejukan 60

4.19 Paparan Komponen, Fungsi Dan Cara Kendalian Sistem Penyejukan 61

4.20 Paparan Operasi Sistem Keseluruhan 61

4.21 Paparan Bantuan 62

4.22 Paparan Bahagian Hadapan Latihan 63

4.23 Paparan Bahagian Latihan Untuk Nama Dan Lokasi Komponen 63

4.24 Paparan Bahagian Fungsi Setiap Komponen (Padanan) 64

4.25 Paparan Jumlah Markah Dan Peratus Diperolehi 64

4.26 Paparan Pilihan Ingin Keluar Perisian Atau Ke Menu Utama 65

4.27 Paparan Bahagian Penghargaan 65

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantuan Mengajar

BBM Bahan Bantuan Mengajar

CAD Computer Aided Design

CD Compact Disk

IT Information Technology

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

MPV Mata Pelajaran Vokasional

MSC Multimedia Super Corridor

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

PMR Penilaian Menengah Rendah

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Perubahan paradigma peranan pendidikan sebagai agen informasi maklumat

dan asas bagi membentuk masyarakat bestari memberi cabaran yang besar kepada

profesion perguruan dan perubahan peranan serta fungsi institusi pendidikan umumnya

di abad ke-21.

Matlamat utama reformasi pendidikan ini adalah sejajar dengan wawasan dan

matlamat pembinaan negara yang menekankan kepada pembentukan masyarakat

bermaklumat, berpengetahuan dan celik komputer. Langkah ini merupakan agenda

utama ke arah menangani kepantasan perkembangan teknologi maklumat yang berlaku

dalam masyarakat yang semakin terdedah dengan pengaruh dan perkembangan teknologi

maklumat. Cabaran dan perubahan drastik dari segi wawasan dan paradigma pendidikan

ini menuntut suatu perubahan besar berkaitan dengan reformasi yang perlu dilakukan

dari segi kurikulum pendidikan di sekolah dan kurikulum pendidikan guru di institusi

latihan keguruan di seluruh negara.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Hishammuddin Tun Hussein (2005), konsep

sekolah bistari yang diperkenalkan pada tahun 1996 untuk melahirkan pelajar yang kritis

dan kreatif akan diperluaskan ke luar bandar dan pendalaman. Secara dasarnya, sekolah

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

2

bestari diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi cabaran

di zaman maklumat ini manakala penekanannya di sekolah-sekolah luar bandar adalah

perlu bagi merapatkan jurang antara sekolah di luar bandar dan di bandar serta

membolehkan pelajar-pelajar dari luar bandar bersaing dengan pelajar lain. Konsep

pembangunan sekolah bestari atau ‘smart school’ memerlukan reformasi teknologi

maklumat mendasari perubahan budaya belajar dan budaya mengajar di sekolah sebagai

asas mengembangkan masyarakat celik komputer, bermaklumat dan bestari.

Menurut Abd.Rahim Abd.Rashid (2001), perkembangan dan kemajuan teknologi

maklumat memberi cabaran kepada kurikulum sekolah dan pengetahuan yang diajar

di sekolah-sekolah sama ada releven dan ‘up-to-date’ dengan perubahan yang berlaku.

Walaupun teknologi maklumat boleh digunakan bagi merapatkan lagi jurang pengetahuan

dan perkembangan terbaru yang berlaku, namun sistem pendidikan yang terikat dengan

kurikulum yang kurang fleksibel dan sebahagian besar maklumat bergantung kepada

buku teks yang diguna pakai di sekolah menjadikan pengetahuan yang dipelajari

di sekolah kurang releven dan tidak sesuai mengikut arus perubahan.

Media ialah alat atau perantara komunikasi atau hubungan. Sebagai alat

perantara, media merupakan saluran untuk manusia berkomunikasi atau berhubung.

Media pengajaran berfungsi memberi maklumat untuk tujuan mendidik atau mengajar.

Dengan menggunakan media, komunikasi antara guru, sebagai pihak yang memberi

maklumat dan pelajar, sebagai pihak yang menerima maklumat akan menjadi lebih

mudah dan berkesan. Pada masa kini, perisian komputer kian menjadi media penting

dalam membantu guru dan pelajar. Cara pengajaran-pembelajaran menggunakan

komputer dikenali sebagai Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK).

Salah satu elemen penting dalam Pembelajaran Berbantu Komputer ialah multimedia.

Multimedia merujuk kepada suatu persembahan informasi dengan menggunakan gabungan

teks, grafik, audio, animasi, dan video serta mempunyai interaktiviti antara pengguna dan

juga komputer. Perisian-perisian yang dibangunkan menggunakan multimedia dikenali

sebagai Multimedia Interaktif.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

3

Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk membina satu kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang menggunakan perisian multimedia berbantukan komputer bagi

proses pengajaran guru memandangkan penggunaan komputer dalam pendidikan dapat

meningkatkan minat serta memberikan kesan yang positif berbanding dengan keadah

pembelajaran konservertif. Teknologi multimedia ini merupakan satu fenomena baru

dalam pendidikan di Malaysia terutamanya di sekolah-sekolah dan program ini perlu

direncanakan agar lebih berjaya.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Teknologi maklumat merupakan teknologi yang berkembang dengan begitu pesat,

dan diramal akan mendominasi ke arah pembangunan masa hadapan. Umum mengakui

kehadiran teknologi maklumat banyak memberi manfaat dan memudahkan kerja-kerja

seharian. Teknologi maklumat bukan sahaja membantu dalam sistem pengurusan dan

pentadbiran, malah turut menolong dalam sistem pendidikan.

Awang Had Salleh yang merupakan pakar pendidik yang tidak asing lagi,

semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk “IT in Education : An Asset And A Liability”

di simposium Educomp 1996 yang dianjurkan bersama oleh Majlis Komputer Dalam

Pendidikan (Malaysian Council For Computer in Education) dan Universiti Malaya telah

menekankan betapa pentingnya IT pada masa kini. Menurut beliau, negara tidak akan

maju ke hadapan tanpa IT. Seterusnya beliau turut menyeru para pendidik supaya

giat membangunkan perisian-perisian IT untuk kegunaan bidang pendidikan pada

kadar yang segera.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Abdul Rafie Mahat dalam kata-kata aluan Buku

Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran (2002) menyatakan bahawa penggunaan media

dalam pengajaran dan pembelajaran sudah semestinya menjadi satu amalan harian seorang

guru. Dunia telah menghasilkan pelbagai inovasi baru merupai produk perkakasan dan

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

4

perisian pendidikan yang canggih dalam pelbagai bentuk. Penghasilan produk tidak akan

memberi apa-apa faedah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya tidak

disusuli dengan proses aplikasi.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Unit

Teknologi Komputer khusus untuk membina perisian multimedia bagi mata pelajaran

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Sehingga kini ianya belum lagi

dilaksanakan kepada mata pelajaran lain. Unit ini juga turut menjadi agen untuk

menggalakkan penggunaan komputer di dalam pendidikan (Yusuf Hashim, 1999).

Selain itu, dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi multimedia belum

lagi digunakan secara menyeluruh walaupun sekolah-sekolah telah disediakan dengan

kemudahan komputer. Punca utama masalah ini ialah kekurangan perisian untuk mata

pelajaran tertentu terutamanya di dalam bidang teknikal di samping terdapat beberapa

masalah lain iaitu khususnya berkaitan kesediaan tenaga pengajar dalam penggunaan

dan perlaksanaannya.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diajarkan kepada semua pelajar

tingkatan satu, dua dan tiga di semua sekolah aliran biasa. Perkara yang membezakan

setiap pelajar yang mengambil mata pelajaran ini adalah topik pilihan yang diambil

dalam mata pelajaran ini. Berdasarkan format awal pentaksiran mata pelajaran ini, terdapat

satu teras dan dua daripada empat pilihan yang mesti di ambil oleh setiap pelajar.

Tajuk Enjin merupakan salah satu sukatan yang dipelajari melalui pilihan satu

yang diambil pelajar dalam mata pelajaran ini. Melalui sukatan ini, para pelajar akan

didedahkan dengan jenis dan kegunaan pengikat dan pencantum, bahagian luar enjin,

bahagian dalam enjin, edaran empat lejang, lima sistem enjin serta fungsinya dan

menservis enjin ( Farid Hassan, 2004 ).

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

5

Dapatan pra kajian yang dijalankan menunjukkan masalah yang dihadapi oleh

guru-guru untuk mengajar sukatan pelajaran Sistem Enjin ialah apabila menerangkan

bagaimana sistem ini beroperasi dan berfungsi. Pelajar biasanya sukar mengambarkan

situasi sebenar bagaimana sesuatu sistem enjin itu beroperasi. Apatah lagi masa yang

diperuntukkan untuk mengajar setiap tajuk adalah hanya tiga waktu ( 120 minit) dalam

masa seminggu (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, KPM 2004 ).

Hasil temu bual dengan beberapa orang guru Kemahiran Hidup di sekitar bandar

Jasin, Melaka, dapat dirumuskan bahawa dalam menggunakan kaedah yang ada sekarang,

guru akan menerangkan operasi sistem enjin ini dengan menunjukkan bahagian-bahagian

pada sistem enjin dengan menggunakan alat bantu enjin sedia ada sebenar yang tidak

beroperasi, telah dipisahkan antara satu sama lain sedangkan keseluruhan sistem enjin ini

beroperasi melibatkan pemasangan satu enjin lengkap. Jadi penerangan ini tidak

mengambarkan kitaran operasi sistem yang lengkap. Oleh itu, kaedah yang digunakan

masih sukar untuk menerangkan apa yang berlaku berkaitan sistem enjin semasa ia sedang

beroperasi.

Salah satu kaedah penyelesaian masalah yang digunakan ialah penggunaan rajah

grafik keratan rentas sistem enjin ini secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun kaedah

ini masih kurang efektif kerana operasi sistem enjin ini melibatkan pergerakan komponen-

komponen serta sistem di dalamnya sedangkan rajah grafik tidak mampu menyediakan

kesan-kesan pergerakan komponen ini secara terperinci.

Berdasarkan pra kajian yang dijalankan terhadap bebebrapa kumpulan pelajar

dan guru-guru Kemahiran Hidup di sekitar daerah Jasin, Melaka, antara masalah yang

dihadapi daripada kaedah pembelajaran yang digunakan sebelum ini untuk sukatan

pelajaran bagi topik Sistem Enjin ialah :

i. Tidak dapat mengambarkan secara keseluruhan bagaimana sesuatu sistem enjin

beroperasi dengan hanya menggunakan rajah grafik sebagai bahan bantu mengajar.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

6

ii. Tidak dapat menunjukkan operasi sistem enjin yang terletak di bahagian dalam

pada keadaan sebenar dengan menggunakan alat bantu bahagian-bahagian enjin

yang telah dipisahkan dan tidak boleh beroperasi.

Kulik, Bergert dan William dalam Noreen Azura (2002), telah mengkaji terhadap

48 orang pelajar dan didapati 39 orang pelajar yang menggunakan PBK memperoleh

markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.

Menurut Abdul Razak dan Jamaludin (1997), terdapat enam kelebihan

menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran :

i. Komputer memberikan tindak balas yang cepat sama ada jawapan yang diberikan

oleh pelajar betul atau salah. Tindak balas yang diberikan itu disertai dengan

penerangan sebagai pengukuhan atau pun pemulihan.

ii. Pelajar boleh mengikut kemahuan mereka sendiri. Mereka boleh berhenti atau

meneruskan gerak kerja pada masa yang mereka fikirkan sesuai. Ini sebenarnya

membantu pelajar untuk bersedia bagi pembelajaran yang berikutnya.

iii. Kerja-kerja yang dilakukan boleh dicetak. Ini akan merangsang pelajar untuk

menghasilkan sesuatu yang terbaik kerana sebelum mencetak, kerja-kerja

penyuntingan mudah dilakukan.

iv. Komputer lebih mengambil kira diri pelajar secara individu. Pelajar yang lemah

atau pandai dapat dilayani oleh komputer secara berasingan pada satu masa.

Komputer boleh mengulang seberapa banyak yang diperlukan oleh pelajar tanpa

ada kesan emosi. Keadaan ini memberikan keyakinan kepada pelajar.

v. Pelajaran yang dirancang adalah berperingkat-peringkat. Pelajar akan bermula

daripada yang asas atau mudah ke peringkat yang lebih susah. Ini bermakna

pelajar yang lemah tidak akan ketinggalan dalam sebarang pelajaran. Pelajaran

yang baru tidak akan diteruskan sehingga dikehendaki pelajar.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

7

Dalam pembelajaran teori yang menjadi masalah utama ialah untuk

menerangkan pergerakan sesuatu komponen terutamanya bahagian komponen itu tertutup.

Pergerakan ini tidak dapat dilihat secara terus. Kebiasaannya ialah penerangan melalui

lukisan, gambar atau model-model tertentu dan imaginasi pelajar sahaja. Adakah cara

ini dapat mencapai dan menepati objektif yang hendak disampaikan ? Dengan

adanya PBK, segala kaedah tadi termasuklah imaginasi pelajar dapat ditukarkan

kepada simulasi atau pergerakan yang jelas.

Walau bagaimanapun, menurut Baharuddin, Manimegalai Subramaniam dan

Rio Surmani Shariffudin (2001), penggunaan alat bantuan mengajar (ABM) yang canggih

atau berbentuk elektronik jarang sekali digunakan memandangkan penghasilan satu

perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh itu kebanyakan guru

lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dan kapur ( Chalk and Talk ), carta

atau poster dan sampel sebenar.

Jestru itu, untuk menangani perkembangan teknologi maklumat yang memberi

kesan yang luas kepada dunia pendidikan dan profesion perguruan, maka para guru

di negara ini perlu mengadaptasikan diri dan profesion mereka mengikut arus perubahan

yang berlaku. Pendidikan perlu bergerak secara berterusan mengikut arus perubahan serta

ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang secara dinamis mengikut tuntutan reformasi

baru dalam perkembangan teknologi maklumat.

Pelancaran sekolah bistari pula mengwujudkan satu anjakan paradigma baru

dalam sistem pendidikan negara kita di mana pendekatan inovatif dan kreatif dalam

pengajaran dan pembelajaran dijadikan keutamaan. Sejajar dengan keperluan tersebut,

penggunaan multimedia merupakan aplikasi yang paling tepat dan berkesan. Penggunaan

teknologi ini disampaikan melalui kaedah PBK. Kaedah ini mengwujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran interaktif serta menyeronokkan. Ia juga mampu membina

daya kreativiti di kalangan pelajar di samping menambah kecekapan menggunakan

teknologi dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

8

Komputer pula adalah alat yang mampu mengabungkan kemampuan audio

dan video. Ciri-ciri komputer tersebut bersesuaian dengan konsep alat bantu mengajar.

Menurut John P. (2002), pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan teknik

multimedia dan internet di sekolah membawa banyak perubahan kepada pendidikan.

Pelajar didapati lebih cenderung dan mahir membuat kajian serta dapat berfikir

secara kritikal.

Apa yang pasti, komputer telah banyak memberikan kelebihan kepada

semua orang dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai salah seorang warga

pendidik, seharusnya kita lebih bersedia memanfaatkan teknologi yang ada,

khususnya untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah pembelajaran di kalangan pelajar dapat dikelaskan kepada tiga kriteria

utama iaitu kriteria kognitif (cognitive characteristics), kriteria afektif (affective

characteristics) dan kriteria tingkah laku ( Mercer & Mercer, 1998)

Menurut Mercer & Mercer (1998), dalam kriteria kognitif, masalah pembelajaran

adalah disebabkan oleh faktor seperti kekurangan aspek kognitif dan metakognitif,

pencapaian akademik yang rendah, masalah penumpuan, hiperaktif dan kekeliruan. Bagi

kriteria afektif pula, faktor-faktor seperti kemahiran sosial yang lemah (interaksi), konsep

kendiri yang lemah, motivasi yang rendah dan tahap emosi. Manakala bagi kriteria

tingkahlaku, masalah pembelajaran pelajar adalah disebabkan beberapa faktor tingkahlaku

seperti tidak mudah menyesuaikan diri, keruntuhan tingkahlaku dan menyisihkan diri.

Menurut Robiah Sidin (2001), Pelajar lemah biasanya disebabkan mereka

ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, mencatat dan membuat

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

9

rujukan. Kelemahan ini senang dikenalpasti dan sewajarnyalah apabila diketahui, usaha-

usaha untuk membantu pelajar dilipat gandakan (Utusan Malaysia, Selasa 26 Jun, 2001).

Jestru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membina dan membangunkan satu

perisian bagi membantu guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dalam proses menjadikan

pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan. Perisian ini memuatkan satu topik

kecil dalam Pilihan 1 (Kemahiran Teknikal) iaitu yang berkaitan dengan Sistem Enjin.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk menyediakan satu program Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) berbentuk perisian multimedia interaktif bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang bertajuk Enjin, topik Sistem Enjin seperti

yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (2004). Antara lain, objektif

pembangunan reka bentuk perisian adalah seperti berikut :

1.4.1 Membangunkan satu perisian multimedia interaktif Pembelajaran Berbantu

Komputer bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu untuk tajuk kecil

Sistem Enjin berdasarkan sukatan pelajaran yang meliputi objektif pelajaran,

pengenalan, kandungan pelajaran dan latihan.

1.4.2 Menghasilkan satu perisian multimedia interaktif yang mengandungi elemen-

elemen kaedah pembelajaran kendiri terarah untuk guru dan pelajar.

1.4.3 Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang dapat membantu guru dan pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih berkesan dan dapat

disesuaikan dengan perkembangan teknologi semasa.

1.4.4 Memperbanyakan perisian pendidikan berbentuk multimedia bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu.

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PBK ) TAJUK KECIL SISTEM ENJIN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

10

1.5 Kepentingan Projek

Adalah menjadi hasrat supaya projek perisian ini mempunyai kepentingan

kepada semua pihak sama ada pelajar, guru, sekolah atau pihak yang berkaitan untuk :

1.5.1 Membantu pelajar memahami lebih mendalam bahagian-bahagian utama dalam

Sistem Enjin Satu Silinder Empat Lejang yang beroperasi.

1.5.2 Mempelbagai serta memberikan pilihan terhadap kaedah penyampaian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

1.5.3 Sebagai sumber inspirasi dan motivasi bagi tarikan minat terhadap mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu khususnya berkaitan tajuk Sistem Enjin.

1.5.4 Memberi peluang kepada pelajar, belajar mengikut kehendak, keupayaan dan

minat mereka sendiri.

1.5.5 Membantu pelajar memahami kaedah pembelajaran secara visual dengan lebih

berkesan dan menarik serta dapat belajar tajuk yang sukar difahami berulang kali.

1.5.6 Membantu guru dalam meningkatkan lagi pengajaran dan dapat menilai

pencapaian pelajar dengan segera.

1.5.7 Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan

bermakna.