2
Nasi Lemak Kukus Resepi nasi lemak kukus ni saya cari dari internet juga..setelah mencubanya, alhamdulillah menjadi dan sedap.. Bahan-bahan: 5 cawan beras ( atau secukupnya ) Santan pekat ~ secukupnya 3 helai daun pandan 1 inci halia ~ dihiris Garam secukup rasa Sedikit gula ( secubit ) Cara penyediaan: 1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam. 2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering). 3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk. 4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. 5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia. 6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras. 7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik. ** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Nasi Lemak Kukus

Embed Size (px)

DESCRIPTION

12dsr

Citation preview

Page 1: Nasi Lemak Kukus

Nasi Lemak Kukus

Resepi nasi lemak kukus ni saya cari dari internet juga..setelah mencubanya, alhamdulillah menjadi dan sedap..

Bahan-bahan:5 cawan beras ( atau secukupnya )Santan pekat ~ secukupnya3 helai daun pandan1 inci halia ~ dihirisGaram secukup rasaSedikit gula ( secubit )

Cara penyediaan:1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Page 2: Nasi Lemak Kukus

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:1 mangkuk ikan bilis15-20 tangkai cili kering ~ dikisar ( jika nak pedas tambah lagi )6 ulas bawang merah ~ dikisar3 ulas bawang putih ~ dikisar1-2 labu bawang besar ~ dihirisSedikit air asam jawaGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaMinyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya.2. Lebihan minyak tadi, gunakan utk menumis sambal.3. Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.4. Goreng cili dgn api yg perlahan sehingga pecah minyak dan cili betul2 masak/garing.5. Kemudian masukkan sedikit air, air asam jawa, garam dan gula.6. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.7. Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.8. Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

**Kalau suka blhlh letakkan sedikit belacan.

Bahan sampingan lain:Ikan bilis goreng, kacang tanah(digoreng), telur rebus dan hirisan timun.