Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UITM CAWANGAN JOHOR Bil 1 / 2019
http://www.facebook.com/PKKUiTM/ http://careercounselling4u.uitm.edu.my
Disediakan oleh Pn Suzainah Rahmat
Kaunselor merupakan Penasihat bagi Kelab
Bahasa Cina di Kampus Pasir Gudang, Persatuan
Bahasa Cina, UiTM Pasir Gudang telah mengambil
inisiatif untuk menganjurkan dan melibatkan peserta
dari UiTM Pasir Gudang dalam menyertai program-
program sepanjang Semester satu ini. Penasihat
bersama adalah Ms Chong Peng Hwa (Pensyarah
Bahasa).
Tanggal 25 April 2019 (Khamis) bertempat di Ruang
Legar Bangunan Budisiswa UiTM Pasir Gudang telah
b e r l a n g s u n g n y a p r o g r a m " A i H u
Huanjing" ( SAYANGI ALAM SEKITAR)) dan juga
pada 20 April 2019 (Sabtu) bertempat di UiTM Pasir
Gudang dan Museum Heritage Johor Bharu
berlangsung Program PBC Step Up : 2.0 . Penasihat
mengharapkan program seumpama ini melahirkan
Generasi Z dan Generasi Y dalam menyayangi alam
sekitar dan kelastarian hidup di dalam Program Ai Hu
Huanjing. Manakala bagi Program Step Up : 2.0
untuk menanam dan menyuntik dalam jiwa peserta
tentang perasaan Patriotisme dan Sayangi
Malaysiaku.
Sepanjang program berlangsung, terdapat pelbagai
aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak Persatuan
Bahasa Cina untuk pelajar yang menyertai program
tersebut. Antara aktiviti yang ada ialah Slot
pendedahan kepada kerosakan alam sekitar yang
tak dijaga, dan sesi komunikasi menggunakan
Bahasa Mandarin, pertandingan menimbang berat
sisa kitar semula, slot “Ice-breaking dan Explorace.
Program ini dijalankan untuk mencapai objektif-
objektif berikut :
1. Melahirkan mahasiswa/i yang mementingkan
kebersihan alam sekitar. Memupuk sikap
untuk lebih berwibawa dan berdisiplin
terhadap alam sekitar.
2. Memperkenalkan beberapa perkataan baharu
dalam Bahasa Mandarin yang berkaitan
dengan alam sekitar,
3. Mewujudkan hubungan silaturahim yang erat
antara mahasiswa/i.
4. Melahirkan semangat bekerjasama antara
satu sama lain.Memantapkan struktur
organisasi kelab serta cara pengendalian
kelab mahupun di dalam kampus atau di luar
kampus.
5. Memperkenalkan budaya kaum Cina kepada
para pelajar agar dapat melahirkan sikap
sayangi budaya semua bangsa di
Malaysia .
Terima Kasih kepada semua pihak terutama HEP yang meluluskan program ini.