29
Sunday, August 22, 2010 PRINSIP DAN KONSEP MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL Konsep Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Mod dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau

NOTA EDU 3103

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NOTA EDU 3103

Sunday, August 22, 2010

PRINSIP DAN KONSEP MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL

Konsep

Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti

pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar

menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama

dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai

seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan.

Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan

kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak

langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Mod

Page 2: NOTA EDU 3103

dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara

kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.

Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu pelajar mengenal pasti

pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai

pemikiran, berbanding dengan diri sendiri. Berbekalkan pandangan ini, seseorang

dapat membentuk perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya. Mod

interaktif ini mendorong pelajar mengumpulkan maklumat dan berbincang dengan

menggunakan kemahiran sosial.

Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan

kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat

serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung

semua maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran Koperatif

            Koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif diertikan sebagai

sekumpulan murid belajar secara kerjasama, dalam bilik darjah atau di luar bilik

darjah. Melalui pembelajaran secara koperatif, murid-murid saling berinteraksi dan

bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan

dan prestasi yang cemerlang.

Model pengajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam

menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh

kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.

Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga

perkara iaitu:

- Pencapaian akademik

- Penerimaan kepelbagaian

- Kemahiran sosial

Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan:

- Tugasan koperatif

- Matlamat

- Struktur ganjaran

Page 3: NOTA EDU 3103

Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki

bekerjasama untuk menyelesaikan untuk menyelesaikan satu tugasan bersama

demi mencapai matlamat yang sama. Mereka juga saling bergantung antara satu

sama lain untuk mencapai ganjaran bersama.

Menurut pelopor Slavin (2005), pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran

aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada

suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar.

Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pembelajaran koperatif

sebenarnya berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar

mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan

pembelajaran.

Selain itu, model pengajaran sosial ini sangat memanfaatkan kumpulan pelajar

berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan

pembelajaran bersama. Sebagai contoh, pelajar berpencapaian rendah akan

menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada

mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan

sebagai tutor dalam proses tersebut serta akan menggalakkan mereka untuk berfikir

secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu.

Konsep Utama Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang

merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran.

Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan

mungkin bercorak kompleks mahupun mudah dalam suasana kelas yang terdiri

daripada aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran

pembelajaran yang demokratik dan peranan aktif oleh pelajar dalam menentukan

cara pencapaian pembelajaran mereka.

Selain itu, di sini dapata kita lihat bahawa melalui pembelajaran koperatif ini

guru memainkan peranan dalam menstruktur kumpulan dan prosedur tau langkah-

langkah, manakala pelajar mengawal keadaan dan corak interaksi dalam kumpulan.

Maksud pelajar mengawal corak interaksi dalam kumpulan ialah di mana

pilihan pelajar itu sendiri untuk mahu terlibat secara aktif mahupun pasif dalam

sesuatu interaksi dalam kumpulan.

Page 4: NOTA EDU 3103

Terdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu:

- Pasukan

- Keinginan untuk bekerjasama

- Pengurusan koperatif

- Kemahiran bekerjasama

- Prinsip asas pembelajaran koperatif

- Struktur pembelajaran koperatif

Kelebihan Pembelajaran Koperatif

- Membawa manfaat kepada pelajar yang lemah yang mendapat bantuan daripada

pelajar yang cerdas.

- Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.

- Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai.

- Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara

positif dalam kalangan pelajar.

- Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam

aktiviti kognitif dan afektif.

- Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan

individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan.

- Kajian meninjukkan bahawa pembelajaran loperatif ini membawa kepada

penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar.

- Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik.

Simulasi : Main Peranan dan Lakonan

Definisi dan Konsep Simulasi

Definisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi

yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.

Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan

Page 5: NOTA EDU 3103

dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara

penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta. Masalah ini boleh melibatkan

sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam

sekitar.

Sebagai kesimpulannya, dengan menggunakan teknik simulasi ini dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran

dengan cara melakon sesuatu peristiwa situasi mahupun peristiwa dalam sesuatu

keadaan yang telah diaturkan. Murid dapat mengemukan cara penyelesaian sesuatu

masalah yang telah ditimbulkan melalui aktiviti lakonan ini.

Simulasi

            Penggunaan efektif model simulasi dalam bilik darjah bergantung kepada

bagaimana guru menyelitkan simulasi yang disediakan dalam kurikulum dan

mengaplikasikan serta mengukuhkan pembelajaran. Perlu diingatkan bahawa,

kebolehan guru dalam melaksanakan aktiviti secara simulasi adalah sangat penting.

Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al.,

dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang

penting iaitu:

- Orientasi

- Latihan peserta

- Proses simulasi

- Perbincangan

Melalui fasa yang pertama, guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar,

menerangkan konsep simulasi. Manakala untuk fasa yang kedua pula ialah, murid-

muridmula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur,

cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi.

Seterusnya ialah melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri

dalam permainan atau simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi

serta menilai maklum balas pelajar.

Page 6: NOTA EDU 3103

Fasa terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang

hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan

dunia sebenar.

Tujuan Simulasi

            Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi

mempunyai beberapa tujuan iaitu:

Untuk menguasai kemahiran.  Sebagai contoh, simulasi melatih murid

bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Selain itu, ia juga dapat melatih

murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

2. Untuk membina sikap positif

   Sebagai contoh, masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal biasanya

melibatkan unsur-unsur pertentangan sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan,

konflik sosial itu dapat diselesaikan.

Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah.  Contoh yang boleh

diberikan ialah semasa melaksanakan teknik simulasi ini, situasi-situasi yang berlaku

di luar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah. Misalnya, untuk

memperjelaskan konsep “demokrasi”, guru boleh menjalankan simulasi di mana

murid-murid berlakon sebagai pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka.

Jenis-jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam

bilik darjah terbahagi kepada dua:

- Sosiodrama

- Main peranan

Sosiodrama

Definisi : bagi sosiodrama ialah suatu aktiviti lakonan yang menarik. Biasanya,

aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang

menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang

menentang nilai sosial. Contoh yang boleh diberikan adalah seperti:

Page 7: NOTA EDU 3103

- Cerita Hang tuah dan Hang Jebat

Disebabkan sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang

lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang

dipilih berlakon supaya murid-murid dapat membuat persediaan. Selain itu,

sosiodrama melibatkan situasi yang berkonflik, maka ia akan mengajar dan

menggalakkan murid untuk berfikir secara langsung mahupun tidak langsung

tentang cara penyelesaian masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional.

Kelebihan sosiodrama ini ialah membolehkan murid-murid menunjukkan sikap

dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas

secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama.

Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip drama

yang telah disediakan terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Guru pula akan memilih

murid-murid untuk berlakon dan murid-murid yang telah dipilih ini akan memainkan

peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan. Selepas aktiviti

lakonan, guru akan meminta murid untuk mengadakan aktiviti perbincangan bagi

menganalisis dan menilai watak-watak lakonan serta membuat rumusan tentang apa

yang telah dilakonkan.

Main Peranan

Definisi :

Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan

dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik

mengajar dalam bilik darjah. Main peranan merupakan lakonan spontan yang

melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan

ini adalah berdasarkan kepada sesuatu atau masalah yang timbul. Selain itu, dalam

aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi yang

timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara

spontan.

Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A.

Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada

murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada

melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu

Page 8: NOTA EDU 3103

situasi. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti

main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran

seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan.

            Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan

watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada murid-murid dalam bilik darjah

terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan

serta mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu.

Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan satu

masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa

selama 8 hingga 10 minit sahaja. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian

serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru.

            Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif

melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta seterusnya membina keyakinan diri

mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu, para murid juga boleh

berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-

watak lain.

Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan

perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan

masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid

untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara

kesimpulannya, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti main peranan ini proses

pengajaran dan pembelajaran sebenarnya  menjadi lebih menarik serta berkesan.

Terdapat lima jenis main peranan iaitu:

1. Memerihal

Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah.

Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan

satu lawatan sambil belajar.

2. Demonstrasi

Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain

boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.

3. Latihan

Page 9: NOTA EDU 3103

Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran

berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau

menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawan tempat tinggal.

4. Cerminan

Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain.

Contohnya, bagaimana seorang pelajar memujuk seorang rakan untuk melakukan

sesuatu untuknya. Pelajar belajar sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu

situasi.

5. Kepekaan

Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka

terhadap satu-satu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu pelajar

untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya, pelajar

memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh seorang pencuri di

jalan raya.

Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid

pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini

boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang stuasi dan

topik.

Prinsip-prinsin Pelaksanaan Simulasi

- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara

bertulis atau lisan di dalam kelas.

- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah,

peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

- Murid-murid yang mahir dalam pertuturan boleh dipilih sebagai pelakon. Tindakan

ini dilakukan adalah supaya menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan

lancar.

- Untuk aktiviti sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan

terlebih dahulu kepada murid-murid yang telah dipilih untuk berlakon.

Page 10: NOTA EDU 3103

- Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, guru boleh

menyediakan bahan bantu belajar seperti topeng,kad main peranan serta alatan-

latan lain.

- Sesama sesi simulasi, guru perlu memastikan bahawa murid lain yang menjadi

penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.

- Manakala, selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi

pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam

lakonan.

- Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan memalui perbincangan di antara murid

pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, August 22, 2010

SENARAI BAHAN RUJUKAN

Buku

Choong Lean Keow PhD, Murid dan Alam Belajar, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.,

Kuala Lumpur, (2008).

Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar,

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor, (2008).

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Siri

Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar, Oxford Fajar Sdn. Bhd., Selangor, (2009).

Sufean Hussin, Abd. Rahim Abd. Rashid & Sulaiman Ngah Razali, Pengajaran Alam

& Manusia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, (1988).

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert

Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori ini telah dinamakan semula sebagai “Teori

Kognitif Sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori ini menyatakan bahawa

faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam

Page 11: NOTA EDU 3103

pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar

sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan

pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.

Contohnya jika ibu bapa gemar membaca , maka tingkah laku tersebut akan

mempengaruhi anaknya.

Teori ini menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat

pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan

peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan

oleh kuasadalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif

terhadap pengaruhpersekitaran.Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan

bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran

mereka.Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama

lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,Walter Mischel, Julian

Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi

penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran

melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational

learning), dan cara berfikir yang ki ta miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga

sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan

menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh

orang lain (observational opportunity)

Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain

sebagai model merupakan tindakan belajar.

Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik

yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan.

Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial

jenis ini. Contohnya, seorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan

judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap

bahawa judi itu adalah tidak baik.

Page 12: NOTA EDU 3103

Teori belajar ini juga dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang

belajar dalam keadaan atau lingkungan sebenarnya. Bandura (1977)

menghipotesiskan bahawa tingkah laku (B), lingkungan (E) dan kejadian -kejadian

internal pada pelajar yang mempengaruhi persepsi dan aksi (P) adalah merupakan

hubungan yang saling berpengaruh ata u berkaitan (interlocking). menurut Albert

Bandura lagi, tingkah laku sering dievaluasi, iaitu bebas dari timbal balik sehingga

boleh mengubah kesan-kesan personal seseorang. Pengakuan sosial yang berbeza

mempengaruhi konsepsi diri individu.

Hubungan yang aktif dapat mengubah aktiviti seseorang. Seterusnya, menurut

Bandura (1982), penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang kompleks tidak

hanya bergantung pada proses perhatian, motor reproduksi dan motivasi, tetapi juga

sangat dipengaruhi oleh unsur -unsur yang berdasarkan dari diri pelajar sendiri iaitu

sense of self Efficacy dan self-regulatory system. Sense of self efficiancy adalah

keyakinan pembelajar bahawa ia dapat menguasai pengetahuan dan keterampilan

sesuai seperti yang berlaku.

2.0 BIODATA

Page 13: NOTA EDU 3103

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember

1925. di sebuah perkampungan kecil di sebelah utara Alberata, Kanada. Beliau

merupakan anka lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang

petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2

orang guru dan 20 orang pelajar. Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah

Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia.

Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada

tahun 1952. dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang

pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.

Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam

jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada

tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura

menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun

1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University.

Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti

tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. .

Beliau kemudiannya mengahwini Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan

dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain

itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran ph.D, Albert Bandura telah

menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai

tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah

dilantik sebagai profesor dan Seterusnya menerima anugerah American

Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun

1980

Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang

pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu

Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil

Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja

di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip bela jar cukup untuk

menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus

memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma

Page 14: NOTA EDU 3103

behaviorisme.

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning

Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada

komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura

menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi

penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.

Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-

pelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan

maklumat yang mereka perlukan.

3.0 PRINSIP/ KONSEP

Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan

hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini

difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan

orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam

masyarakat.

Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu

pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat

berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat

membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan

mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan

lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan

kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan.

4.0 MAKLUMAT

MODEL SOSIAL

Page 15: NOTA EDU 3103

Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsang murid-

murid kita secara social, bahkan secara intelek. Oleh hal yang demikian, mereka

mengesyorkan agar guru member tugas pengajaran dan pembelajaran yang

memerlukan interaksi social bagi mencapai matlamat tersebut.

Untuk makluman anda, apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan

sesuatu tugas, mereka akan lebih Berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang

dikenali sebagai sinergi. Bagi memaksimunkan fenomena ini, seelok-eloknya kita

bentukkan komuniti pembelajaran. Melalui budaya sekolah yang bersifat positif ini,

kita akan dapat memgembangkan cara-cara berinteraksi yang lebih beringtegrasi

dan produktif seterusnya membentuk aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.

Antara model-model yang terkandung dalam model sosial,ialah pembelajaran

koperatif,main peranan dan simulasi.

4.1 PEMBELAJARAN KOPERATIF

4.1.1 APA DIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang

bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara

untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar

secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat

mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan

dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan

dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir

murid tersebut.

Selain itu, murid juga berlajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu dalam

aktiviti pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan

pelajar dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini

juga bertujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula,

dengan membuat kerja dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif

dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggung jawab

terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang

Page 16: NOTA EDU 3103

4.1.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti merupakan asas utama

dalam pembelajaran koperatif. Selain itu, pembelajaran koperatif juga merupakan

kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan, pelbagai latar

belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik bekerjasama dalam pasukan

kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pelaksanaan aktiviti dikawal

mengikut masa yang ditetapkan, diatur supaya peluang pembelajaran adil dan telus

dan ada pengukuhan yang jelas. Akhir sekali, pembelajaran ini juga dapat

menggalakkan pelajar diberi ruang merehatkan minda (Brain Breaks) untuk

mengelakkan pelajar merasa bosan dan cepat jemu.

4.1.3 UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

• Saling bergantung antara satu sama lain secara positif

• Saling berinteraksi secara bersemuka

• Tanggungjawab individu

• Kemahiran sosial

• Pemprosesan pasukan

4.1.4 FALSAFAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Menurut falsafah pembelajaran koperatif, pembelajaran ini berasaskan pengalaman

bagi seseorang individu . pengalaman yang dimaksudkan ialah apabila membuat

kerja secara individu, Pelajar akan dapat mengimbau kembali pengalaman membuat

kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan dapat melaksanakan kerja individu

dengan mudah. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mengintergrasikan

pembelajaran masteri, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, kemahiran

Page 17: NOTA EDU 3103

berfikir, kemahiran berkomunikasi, selain dari mengukuhkan kemahiran sosial

4.1.5 TOKOH-TOKOH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar

saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai

matlamat bersama dan pembelajaran koperatif juga merupakan pembahagian

pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran. (Menurut Effandi Zakaria (1998))

Selain itu pembelajaran koperatif juga mempunyai beberapa cara pembelajaran

koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw,

TGT (teamsgames- tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),

Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered

Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pembelajaran ini juga dapat menggalakkan

murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan

perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam,

sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

4.1.6 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Kaedah Teknik

1. PEMUDAHCARA Proses memudahkan sesuatu tindakan,

Kemahiran memotivasikan murid,

Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan

lancar,

Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat

kepimpinan,

Sesuai untuk aktiviti kumpulan,

kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dll,

Page 18: NOTA EDU 3103

Teknik pemudahcaraan – perbincangan, perbahasan,

seminar, forum, sumbangsaran, sesi buzz dll.

2. PERBINCANGAN3.

Aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas,

Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat

Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara

Mengemukakan topik perbincangan dan soalan,

Galakkan murid main peranan aktif dalam memberi

pandangan,

Guru memberi panduan / bimbingan

Guru atau murid membuat rumusan

Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan

kumpulan.

4. BERCERITA

Satu kaedah mengajar yang boleh menarik minat murid belajar

Isi disampaikan dengan kaedah bercerita

Kemahiran bercerita adalah diperlukan guru

Pelbagai gaya bercerita boleh digunakan untuk

penyampaian pengajaran

Secara lisan, melalui pita rakaman, melalui

patung-patung, melalui pita video, VCD,

komputer dsb.

Page 19: NOTA EDU 3103

5. BERMAIN Melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal,

Aktiviti permaianan memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan

potensi jasmani, intelek, rohani dan sosial

Menghilangkan bosan dan menggalakkan keseronokan belajar

Biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Permainan bahasa, kuiz, teka teki, silang kata, penyelesaian masalah, memadan,

demonstrasi dsb.

Individu, berpasangan, kumpulan & secara kelas.

4.1.7 CARA (DEMONSTRASI)

• Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru

melakukan tunjuk cara,

• Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti

pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.

• Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

• Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid

melihat dsb.

• Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan

demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

• Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan model persepsi.

• Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat muzik,

Page 20: NOTA EDU 3103

• Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh murid-

murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih.

• Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa berlari

100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video

4.1.8 STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

- Team Interview - Team Project

- Fan-N-Pick - Rally Robin

- Round Robin - Rally Table

- Round Table - Simultaneous Round

- Table - Talking Chips

- Show Down - Trade-A-Problem

- Line Ups -Team Word-Web

- Gallery Tour - Think-Pair-Share

- Team Statement - Traveling File

- Rotating Review - Mendeklamasikan sajak / pantun/ menyanyi lagu

4.1.9 KEISTIMEWAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

5.2 MAIN PERANAN

4.2.1 Konsep

Page 21: NOTA EDU 3103

Pembelajaran main peranan merupakan satu teknik mengajar dalam bilik darjah

yang dilakukan oleh guru dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Pembelajaran main peranan mengajarkan kepada murid tentang

lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang

skrip iaitu murid akan diberikan satu situasi atau keadaan dan murid akan

melakonkannya secara spontan dengan menggunakan skrip sendiri.

Selain itu pembelajaran main peranan ini juga menggambarkan keadaan yang

berlainan misalnya, murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian

melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.

4.2.2 Tujuan

Pembelajaran main peranan ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid

memahami tingkah laku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara

menyelesaikan masalah dengan berkesan. Selain itu, dapat meningkatkan lagi daya

permikiran yang matang dikalangan murid-murid ketika hendak menyelesaikan

sesuatu masalah yang dihadapi.

Tujuan yang lain ialah dapat mengukuhkan kemahiranpertuturan dan melatih diri

untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat

mungkin dalam situasi yang terkawal dan terancang.pembelajaran ini juga dapat

membantu mereka mengumpul serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial,

megembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan boleh menambahbaikkan

kemahiran sosial mereka.

Yang terakhir adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami lebih

mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang

sebenar.

4.2.3 LANGKAH-LANGKAH MAIN PERANAN

CONTOH AKTIVITI

Contoh Pelajaran melalui Teknik Main Peranan

Page 22: NOTA EDU 3103

- Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan Moral

- Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup berkelompok.

- Watak-watak : Harimau, anak kerbau dan sekumpulan kerbau

5.3 SIMULASI

4.3.1 KONSEP

Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-

akan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian

pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang

konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.

Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu

peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of

affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa

mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji

reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.

4.3.2 TUJUAN

Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan

mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses sibernetika.

Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang

dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan

dengan menggunakan simulator.Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk:

(1) melatih keterampilan tertentu baik bersifat profesional mahupun bagi kehidupan

seharian

(2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip

(3) melatih memecahkan masalah

(4) meningkatkan keaktifan belajar

(5) memberikan motivasi belajar kepada murid

(6) melatih murid untuk mengadakan kerjasama dalam situasi kelompok

(7) menumbuhkan daya permikiran kreatif dan kritis di kalangan murid

(8) melatih murid untuk mengembangkan sikap toleransi.

Page 23: NOTA EDU 3103

4.3.3 LANGKAH-LANGKAH SIMULASI / TIRUAN

Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan,

pengeluaran dan motivasi.

Langkah-langkah proses peniruan Pengaplikasian dalam P&P

1. Pemerhatian (Attention)

- iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan

model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-

langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Subjek harus memberi tumpuan

kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada

subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk

kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain yang dimiliki.

Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku

pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura

& Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development"

menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh

berlaku.

2. Penyimpanan (Retention),

- iaitu langkah-langkah perlakuan model akan

disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Subjek yang memerhati harus mengenkod

peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa

itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3. Pengeluaran, (Repr oduction) - iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan

dalam situasi yang sesuai. Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu

tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau

menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Sebagai contoh,

memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran

motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah

diperhatikan

4.3.4 PROSES-PROSES SIMULASI / TIRUAN

Page 24: NOTA EDU 3103

Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah :

Proses dalam

Teori Pembelajaran Tiruan Contoh-contoh Aktiviti

i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.

-Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika

mengajar

mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai

watak

‘promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan

secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.

ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

- Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan

bersorak

adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam

kelas

semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu

perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan

tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.

iii) Proses tiruan melalui elisitasi

- Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.

Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul

keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya

untuk

meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

5.0 FOTO MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL

Page 25: NOTA EDU 3103

6.0 IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN.

Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapar meniru tingkah laku

positif secara tidak lansung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan

dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu

menggunakan situasi realistik.

Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai

tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara

cirri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian,

ketepatan masa, personality dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan

perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata pelajaran.

Akhir sekali, implikasi yang dapat diterangkan ialah peniruan juga boleh dilakukan

secara tidak lansung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati

pelajar tentang program yang sesuai ditoton dan tidak sesuai ditonton oleh mereka.

7.0 ANALISIS TEKNIK SWOT

Kelebihan Dan Kelemahan Model Pembelajaran Simulasi

Wina Sanjaya (2007) menyatakan bahwa terdapat beberapa kelebihan dan

kelemahan dengan menggunakan simulasi sebagai metode mengajar.

Kelebihan Model pembelajaran ini di antaranya adalah:

1) Simulasi dapat dijadikan sebagai bekal bagi siswa dalam menghadapi situasi

yang sebenarnya kelak, baik dalam kehidupan keluarga, masyarakat, maupun

menghadapi dunia kerja.

2) Simulasi dapat mengembangkan kreativitas siswa, karena melalui simulasi siswa

diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang

disimulasikan.

3) Simulasi dapat memupuk keberanian dan percaya diri siswa.

4) Memperkaya pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam

menghadapi berbagai situasi sosial yang problematis.

5) Simulasi dapat meningkatkan gairah siswa dalam proses permbelajaran.

Kelemahan model pembelajaran ini, di antaranya adalah:

1) Pengalaman yang diperoleh melalui simulasi tidak selalu tepat dan sesuai dengan

kenyataan di lapangan.

2) Pengelolaan yang kurang baik, sering simulasi dijadikan sebagai alat hiburan,

sehingga tujuan pembelajaran menjadi terabaikan.

Page 26: NOTA EDU 3103

3) Faktor psikologis seperti rasa malu dan takut sering memengaruhi siswa dalam

melakukan simulasi.

PELUANG

Model pengajaran sosial telah member banyak peluang kepada pelajar. Sebagai

contohnya melalui pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar banyak

diberikan peluang untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Murid-murid dapat

belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat idea dan kemahiran yang

penting, di samping memikirkan cara-cara penyelesaian bagi masalah yang timbul.

Selain itu, mereka juga akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang

kondusif. Dalam pada itu, setiap ahli juga mempunyai peluang yang sama untuk

memperolehi pencapaian yang cemerlang.

Model pengajaran sosial ada juga menerangkan tentang teknik main peranan.

Teknik inijuga banyak member peluang kepada murid-murid. Teknik main peranan

membantu murid-murid kita untuk memahami tingkah laku sosial, dan cara-cara bagi

menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, teknik ini juga

membantu mengenai isu-isu sosial, Memgembangkan sifat empati terhadap orang

lain, dan menambahbaikkan kemahiran sosial mereka.

Teknik simulasi juga tidak ketinggalan dalam memberikan peluang kepada

pelajarnya. Tknik simulasi dapat membantu murid-murid untuk melihat perwakilan

objek sebenar. Sebagai contoh, katakana kita ingin mengajar cara-cara membedah

seekor katak. Terlebih dahulu, adalah disyorkan agar kita menunjukkan

pembedahan bersifat simulasi menggunakan computer. Dengan ini, murid-murid

akan didedahkan untuk melihat dengan sendirinya kandungan organ dalam seekor

katak sebelum mereka melakukan pembedahan secara individu, berpasangan atau

kumpulan kecil.

Posted by PISMP 2F 2010 at 8:07 PM