Nota BMM 3103

  • View
    309

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Nota BMM 3103

INTERAKSI MINGGU 15 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARANPENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN: -definisi -ciri -pelaksanaan Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran: Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan. Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes. Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik. Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran: 4. Kaedah Jigsaw 5. Kritikan Terbuka 6. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK) Kaedah Jigsaw Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006). Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya. 6. Pergatungan secara positif. 7. Tanggungjawab. 8. Interaksi secara terus seperti bertentang mata. 9. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian. 10. Penilaian kendiri secara berterusan. Kritikan Terbuka Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakanrakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi. Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: 6. Intinasi dan kejelasan suara. 7. Keyakinan diri dikhalayak ramai. 8. Kelancaran bahasa. 9. Penampilan. 10. Maklum balas terhadp soalan yang diterima. Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK) Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar. Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka. Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran: Tajuk: Keluarga i. Kompetensi Dasar 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah . a. Indikator 1.PKN -Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik . -Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain. -Memberi contoh hidup rukun di rumah. -Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah. -Menyebutkan manfaat hidup. c. Langkah-langkah Pembelajaran: A. Set Induksi: Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi) B.Kegiatan Inti: 1. Menceritakan hidup rukun di rumah. 2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik . 3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain. 4. Memberi contoh hidup rukun di rumah. 5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah . 6. Menyebutkan manfaat hidup. 7. Menggunakan kata tanya dengan betul. 8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana) 9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat) Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu Keluargaku Sayang mengikut Melodi Bangun Pagi Bahan Bantu Mengajar: 1. Kad Kata Tanya 2. Kad Perkataan 3. Kad Huruf 4. Gambar Ahli Keluarga Penilaian: 1. Lisan 2. Bacaan 3. Tulisan 4. Portofolio

Posted by Hidayatul isma at 04:08 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

INTERAKSI MINGGU 14 : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAHPENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH : a. Instrumen b. Penggredan b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah. c. Rumusan Penggredan: Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah: 1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. 2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah) 3. Portfolio individu. 4. Laporan Perkembangan Pelajar. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah: 1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS). 2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar. 3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah. 4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar. 5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar. 6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi. 7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat. Posted by Hidayatul isma at 04:04 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

INTERAKSI MINGGU 13 : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAHPENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH : 1.Rasional 2. Ciri-ciri 3. Prinsip 4. Aspek Penilaian Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah: Penilaian Berasaskan sekolah dapat mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan muird-murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Boleh membantu guru mengetahui kenberkesanan pengajaran guru. Seterusnya, guru boleh merancang dan mengubahsuai pengajarannya. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta selepas membuat Penilaian Berasaskan Sekolah. Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah: Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembanga Peperiksaan Malaysia. Penilkaian Berasaskan Sekolah terbahagikan kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu: 1. Kerja kursus/ PEKA: Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dokumen pentaksiran adalah dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

LPM/JBN/PPD yang melantik pemantau atau penyelaras. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Kemudian pemarkahan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil dikeluarkan oleh sekolah. 2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah: Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang membekalkan panduan. Pemantau/penyelaras dilantik oleh LPM/JPN/PPD. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Sijil juga dikeluarkan oleh sekolah. 3. Projek: Calon melaksanakan tugasan di sekolah.LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil. 4. Modul. Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi. LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan.LPM/JPM/PPD melantik pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil. 5. Ujian Lisan Berasakan Sekolah (USBS) Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah /LPM mengeluarkan sijil. Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah: Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada beberapa perancangan berikut: Murid akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran , siapa yang terlibat dalam pentaksiran pemilihan atau pembinaan instrument pentaksiran, penskoran,pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kapada Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran berkenaan. Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh paraturan penggredan yang telah dibina. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dimoderasikan pula merujuk kepada usha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelaraskan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan . Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan. Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah: Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah: 1. Daya kreatif. Contohnya: mereka cipta, melukis. 2. Kemahiran proses sains, Contohnya: memerhati, membuat inferens. 3. Perlakuan dan amalan nilai. Contoh: membantu, berdikari. 4. Sikap. Contoh: bersemangat untuk belajar, gigih bekerja. 5. Kesihatan dan kecergasan. Contoh: sihat, cergas dan aktif. 6. Kemahiran kinestetik. Contohnya: bersukan, bergerak secara kreatif. 7. Bakat dan minat. Contohnya: Kesungguhan membuat sesuatu,kelebihan dalam sesuatu bidang

Posted by Hidayatul isma at 03:55 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

INTERAKSI MINGGU 12 : PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEKPENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK : 1. 2. 3. 4. 5. BROSUR IKLAN POSTER LAMAN WEB POWER POINT

BROSUR : Definisi Brosur: Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur: 1. Lemah (0-5) 2. Sederhana(6-8) 3. Cemerlang(9-10) Kreativiti dan keaslian: 1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) 2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. Fungsi: 1. Reka bentuk dan paparan yang salah. 2. Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapiu kurang menarik. 3. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar. Tatabahasa: 1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah. 2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik , jelas dan tidak mengandungi kesalahan. Ilustrasi: 1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat. 3. Menggunakan ilustrasi yangpelbagai, menarik dan sesuai. IKLAN: Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya. ASPEK YANG DINILAI: Dari segi penyampaian: -surat khabar -televisyen -radio POSTER: Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada dinding.

LAMAN WEB:

Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.POWER POINT Definisi Power Point: Micrasoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hinbgga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing ,colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengenali persembahan yang professional. Matlamat Power Point ialah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Objektif Power Point ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT . Selain itu, menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru. Ciri-ciri Power Point : Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan pelajaran semasa. Bahan yang dipertandingan mestilah mengikut kriiiiteria seperti berikut: 1. Hasil ciptaan sendiri. 2. Berkonsepkan pembelajaran kendiri. 3. Berasaskan windows. 4. Interaktif. Aspek Penilaian Power Point adalah seperti berikut; 1. Warna , pengurusan ruang yang kreativiti. 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan. 3. Ketepatan isi kandungan. 4. Kelengkapan laporan. 5. Cara penyampaian maklumat. 6. Keistimewaan persembahan. 7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam CD. 8. Masa terhad untuk persembahan. Posted by Hidayatul isma at 03:51 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Thursday, 15 September 2011

INTERAKSI MINGGU 11 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARANPENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN : -Definisi -Ciri-ciri Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran: Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan

yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan. Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes. Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik. Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran: 1. Kaedah Jigsaw 2. Kritikan Terbuka 3. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK) Kaedah Jigsaw Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006). Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya. 1. Pergatungan secara positif. 2. Tanggungjawab. 3. Interaksi secara terus seperti bertentang mata. 4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian. 5. Penilaian kendiri secara berterusan. Kritikan Terbuka Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi. Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: 1. Intinasi dan kejelasan suara. 2. Keyakinan diri dikhalayak ramai. 3. Kelancaran bahasa. 4. Penampilan. 5. Maklum balas terhadp soalan yang diterima. Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK) Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar. Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Posted by Hidayatul isma at 20:31 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

INTERAKSI MINGGU 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASAPENILAIAN AKTIVITI BAHASA : 1. Pidato 2. Pantun 3. Sajak 4. Ceramah 5. Forum 6. Debat 7. Syarahan Pidato: Mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. Interaksi satu hala dilakukan di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan ,member interprestasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebi9h nkukuh kerana adanya fakta berserta contoh yang diberikan. Pantun: Pantun merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah , berbentuk kias ibarat , usik mengusik dan puji memuji. Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat. Istilah pantun bagi orang Melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Dari perumpamaan atau bidalan jugalah pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. Kompenan yang terdapat dalam pantun seperti baris pertama dan kedua sebagai pembayang sahaja manakala baris ketiga dan keempat membawa maksud . Pantun terdiri daripada tiga atau empat perkataan. Terdiri daripada dua atau tiga suku kata dalam setiap perkataan. Rimanya abad. Jenis-jenis pantun: -pantun dua kerat. -pantun empat kerat. -Talibon(enam kerat,lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan empat belas kerat serangkap) Bentuk-bentuk pantun: - Pantun kanak-kanak. - Pantun orang muda (pantun kasih saying, pantun perpisahan, pantun dagang , pantun kehibaan hati, pantun ketabahan hati, pantun sendiran dan pantun jenaka) - Pantun orang tua(pantun nasihat, pantun adat dan pantun kiasan) Sajak: Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair. Rangkap dan tema pada sajak tidak terhad dan bebas . Baris dan rentak dalam sajak juga terhad. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah: Ceramah merupakan pengycapan tentang bidsang tertentu disampaikan oleh orangyang pakar. Penerangan dan penjelasan diadakan di majlis atau ndi perhimpunan. Jenis-jenis ceramah: -Ceramah agama -Ceramah kesihatan

-Ceramah kesedaran dan sebagainya. Forum Forum merupakan suatu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengelaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif ,kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran , pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada pada peringkat sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya. Debat: Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logic dan idea yang tersusun. Terdapat dua pihak yang akan menutamakan pendapat masing-masing. Contohnya: Sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua membangkang tajuk tersebut. Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yamg kukuh dan bernas. Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutamakan berdasarkan tajuk yang diberikan. Semasa pihak pencadang sedang member hujahnya, pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya jika didapati hujan tersebut menggugat fakta yang diberikan dianggap tidak sesuai . Sesi pengulasan akan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahlu yang sudah melontarkan hujah mereka. Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak akan diberikan sekirannya lebihan masa digunakan. Syarahan: Syarahan adalah aktiviti yang berformat khusus. Setiap syarahan mesti mempunyai kata alu-aluan atau pendahuluan, kata-kasta penghadapan, isi-isi dan penutup. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan mesti disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta dengan contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong dengan isi-isi sampingan. Sebagai langkah awal syarahan, sediakan suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan . Peringkat Kemahiran: Pada peringkat persediaan mesti mamahami tajuk dan kehendak soalan. Kemudian mengumpul idea atau isi-isi penting tentang tajuk syarahan. Selepas itu, menyusun idea-idea atau isi-isi dan membuat rangka syarahan. Pada peringkat penulisan pula menulis perenggan pendahuluan,. Kemudian mengembangkan isi-isi secara tersusun.Akhirnya menyatakan kesimpulan pada perenggan penutup. Akhirnya mesti menyemak ejaan, tatabahasa dan mengira jumlah perkataan. Beberapa langkah perlu untuk memtitikberatkan untuk mempertingkatkan teknik bersyarah: a.Sediakan nota-nota yang mencukupi. b.Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringfkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu. c. Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau beberapa masalah. d.Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara=perkara penting sahaja. e. Syarahan tersebutr disampaikan dalam bentuk pertuturan biasa. Jangan dibaca sahaja, guru perlu ,enerangkan , membuat interpretasi, menghuraikan idea-idea dan sebagainya. Tunjukkan rasa keyakinan diri semasa menyampaikan syarahan. Posted by Hidayatul isma at 20:27 0 comments

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

INTERAKSI MINGGU 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASAPENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA : A. Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. B. Penilaian Kemahiran Membaca. C. Penilaian Kemahiran Menulis. A. Penilaian Mendengar dan Bertutur. Menurut J. Floyd(1985) mendapati kajian kecekapan mendengar penting dan perlu diajar bersama 3 kemahiran lain. Berikut merupakan peratus kemahiran bahasa yang dikaji oleh J. Floyd. Kemahiran Mendengar----42% Kemahiran Bertutur----32% Kemahiran Membaca----15% Kemahiran Menulis----11% Kemahiran Mendengar: Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang diperolehi secara semulajadi oleh penutur sesuatu bahasa. Kemahiran mendengar berlaku pada peringkat penerima. Tetapi kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Sebenarnya kemahiran ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar dan menguasai kecekapan bahasa dengan berkesan. Penilaian Kemahiran Mendengar: 1. Tahap kebolehan murid-murid memahami maksud yang didengar dalam teks yang dirakamkan. 2. Terdiri daripada pelbagai jenis laras seperti laporan,ucapan, syarahan,perbincangan dan perbahasan. 3. Kecekapan berbahasa murid dapat dinilai melalui kemahiran mendengar seperti berikut: a. Petikan Laporan. Berdasarkan petikan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan oleh gaya bahasa laporan yang ringkas dan tepat. b. Petikan Ucapan. Membuat rakaman berdasarkan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya ucapan yang menggunakan bahasa, intonasi dan sebutan yang betul. c. Petikan Syarahan. Teks yang mempunyai tajuk tertentu disampaikan dengan menggunakan bahasa ,intonasi, gaya dan suara yang menarik. d. Petikan Perbincangan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam situasi bilik darjah antara guru dengan murid-murid yang mengandungi isi dan idea yang jelas, tepat dan teratur. e. Petikan Berbahasan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam suatu perbahasan dengan menggunakan perbendeharaan kata dan susunan kata yang sesuai , gaya dan suara yang baik. Kemahiran Bertutur: Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid-murid menyampaikan maklumat ,pendapat ,perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Ia merupakan satu kemahiran semulajadi pada peringkat penglahiran. Satu kemahiran yang perlu ditiru dan diajuk. Melafazkan bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi untuk berkomunikasi antara manusia. Penilaian Kemahiran Bertutur: Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan ,tekanan,jeda, intonasi tatabahasa, kelancaran dan kefasihan. 1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Selain melatih murid-murid menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka. 2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-

tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan itu ialah /?/.Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan( Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.. 3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar. Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. Contoh ayat seperti berikut: 1. (# saja minum susu lembu #)(Maksudnya: Orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu lain) 2. /# saja minum susu # lembu #(Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu) Sebagai contoh:(# saya makan biskut kopi),(#saya makan buskut #kopi) 4. Intonasi: Intonasi:adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbezabeza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun. 5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis. 6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur. 7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas.Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati. Tujuan kemahiran lisan: 1. Menyebut perkataan atau ayat dengan betul. 2. Melatih murid-murid mendengar dan mamahami pertuturan orang lain. 3. Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri supaya berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak. 4. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang luas. 5. Untuk berinteraksi dengan orang lain untuk menyampaikan perasaan ,kehendak dan lain-lain. Penilaian Kemahiran Bertutur dalam lisan: 1. Guru berperanan mengenalpasti tahap kebolehan murid dalam menguasai bahasa. 2. Murid-murid diberi peluang untuk membaca petikan, menjawab soalan dan mengemukakan pendapat. 3. Dapat dilihat melalui pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyampaikan idea. Penilaian Kemahiran Membaca: Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Ciri-ciri Penilaian Membaca: 1. Merupakan satu proses yang berterusan. 2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang. 3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi. 4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri. 5. Terbuka dan tiada batasan. 6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3: 1. Matlamat Persepsi. 2. Matlamat Kognitif. 3. Matlamat Afektif. Matlamat Persepsi: 1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan. 2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan. Matlamat Kognitif: 1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca. Matlamat Afektif: 1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca. 2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks. Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3: 1. Mengenal pasti idea keseluruhan. 2. Mengenal idea utama dan sokongan. 3. Membuat ramalan dan kesimpulan. Mengenal pasti idea keseluruhan: a. Mesej utama yang disampaikan penulis. b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis. c. Kenal pasti prinsip penulisan: -Pengelasan mengikut kronologi. - Pengelasan mengikut hierarki. - Pengelasan mengikut ciri-ciri. Mengenal idea Utama dan Keterangan: a. Idea Utama. -satu atau lebih idea utama. -satu idea utama dalam satu perenggan b. Sokongan -Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama. -Disertai dengan contoh-contoh. Membuat Ramalan dan Kesimpulan: a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat. b. Mesti baca dan teliti seluruh teks. c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan. d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca. Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid. Penilaian Kamahiran Menulis: Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik

pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan. Tujuan Penilaian Menulis: 1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam sesuatu bahasa. 2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian. 3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal, penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai. Jenis Ujian : 1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran. 2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti. 3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus. 4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam kemahiran mengarang. Cara menguji: 1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan. 2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat. 3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan. Jenis Tugasan: 1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru. 2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis. 3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan. Penulisan Ujian: Untuk kesahihan isi dan juga kesan yang baik ke atas pengajaran ,pilihan antara kemahiran menulis ini perlu dibuat untuk diuji. Sebelum ujian ditulis, perlu diadakan spesifikasi ujian iaitu maklumat tentang isi ,format, masa yang diperuntukkan ,peringkat perlakuan mengikut kriteria yang tertentu dan cara memberi markah. Isi Ujian: 1. Tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam ujian penulisan harus berdasarkan sukatan pelajaran. Tugasan ini memerlukan pelajar menulis dengan menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dengan jenis teks. 2. Jenis karangan . cerita ,huraian ,laporan,ulasan dan pengumuman,arahan ,nota, surat kiriman dan lain-lain. 3. Penerima /pembaca. Orang yang menerima(membaca)apa yang ditulis pelajar. 4. Format dan masa. Ujian dibentuk mengikut struktur termasuklah peruntukan masa dan jenis soalan. Kepentingan Skim Permarkahan Dalam Teknik Penilaian Menguji dan mengukur kebolehan murid menyusun fikiran dan pendapat serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan,gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan. Dilihat dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan pengukuran, skim pemarkahan dianggap

sangat penting bagi seorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa. Skim pemarkahan karangan sesuatu bahan pemeriksaan membuktikan antara lain subkemahiran yang perlu diukur dan dinilai. Penilaian Berdasarkan 3 aspek kebolehan dalam karangan: 1. Isi karangan 2. Penyusunan 3. Bahasa Tujuan Skim Pemarkahan Disediakan Untuk Para Guru atau Pemeriksa. 1. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan dalam sisitem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu. 2. Mengawal ketekalan pemarkahan pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan. 3. Menyenaraikan semak sub-sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran. 4. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah dan markat. Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan: a. Teknik Global(Holistik) 1. Pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan. 2. Merunut Heaton(1979), sebaik-baiknya 3 atau 4 orang pemeriksa menilai karangan dan 1 persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan itu. 3. Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan skala 5 mata, 10 mata dan sebagainya. 4. Skema pemarkahan yang menggunakan teknik global menurut Azman Wan Chik. 10 Markah- cemerlang. Daripada semua aspek prestasinya tinggi. Cemerlang dalam perbendaharaan kata, tatabahasa,gaya dan lain-lain. 9 Markah-Amat Baik. Lebih tinggi pencapaian daripada 8 . 8 Markah- Baik. Walaupun jelas. 7 Markah-Hampir Baik. 6 Markah-Sedang. 5 Markah-Boleh Diterima. 4 Markah-Lemah. 3 Markah-Terlalu Lemah. 2 Markah-Buruk 1 Markah-Tidak Berkemanpuan Langsung. 0 Markah-Tidak Ada Sambutan. b. Teknik Perincian(Analitikal) 1. Teknik perincian ialah cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran penulisan kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik. 2. Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan. 3. Heaton (1979) berpendapat bahawa 5 aspek yang penting yang perlu diteliti secara berasingan adalah: tatabahasa,perbendaharaan kata,kaitan isi dengan tajuk, kelancaran dan aspek mekanis. 4. Setiap aspek diberi sebanyak 5 markah. `5 Markah-Sangat Baik 4 Markah-Baik 3 Markah-Sederhana 2 Markah-Lemah 1 Markah-Sangat Lemah Menurut Abdul Aziz Abdul Talib(1993) sub kemahiran adalah seperti berikut. 1. Kemahiran struktur dan gaya. Kemahiran ini menekankan kebolehan menulis ayat yang betul, manipulasi ayat dan menggunakan bahasa secara berkesan.

2. Kemahiran memilih isi. Kemahiran ini menekankan kebolehan memilih isi karangan yang sesuai dengan tajuk. 3. Kemahiran perbedaharaan kata. Kemahiran ini mencakupi kebolehan memilih , menggunakan perkataan beragam dan luas dengan tepat dan berkesan. 4. Kemahiran menyusun. Kemahiran ini memerlukan kebolehan menyusun isi atau idea yang berkaitan secara teratur dalam turutan yang paling logic dan berkesan. 5. Kemahiran Mekanis. Kemahiran ini mencakupi kebolehan mengeja, menggunakan tanda baca ,pemerengganan dan tulisan yang boleh dibaca.