Hbae3103 Kraf Tradisional Aspaliza Abdullah

  • Upload
    haryboy

  • View
    87

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2014

HBAE 3103

KRAF TRADISONAL

NAMA TUTOR: EN. YEW KO WOONAMA PELAJAR: ASPALIZA ABDULLAHNO. MATRIKULASI : 820418135538001NO. KAD PENGNEALAN: 820418135538NO. TELEFON: 0168528239E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: SIBU LEARNING CENTRE

1

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan2.0 Konsep dan Falsafah Kesenian Islam

3.0 Faktor-faktor perkembangan Islam di Alam Melayu

4.0 Ciri-ciri Kesenian Islam

5.0 Ukiran Tradisional Melayu6.0 KesimpulanRujukan

1.0 PENDAHULUAN

Kesenian telah menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui kraftangan seperti ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 Keluaran Kraf tangan beerti apa-apa keluaran artistic yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau mana-mana bahagian. Maksud kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraf, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan moyang kita satu masa dahulu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui imaginasi, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran dengannya.Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu tinggal di alam Melayu dan terpengaruh dengan kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu memeluk agama Islam, sementara yang lain terus mengamalkan tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu berubah. Mereka telah meninggalkan amalan pemujaan terhadap patung-patung serta tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang tuhan yang maha esa. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu pentas yang berfungsi untuk menyerikan hidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan mempunyai fungsi tertentu tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang ada kaitannya dengan akhirat.Perbezaan dalam menghasilkan ilham dan pemikiran ahli kraf ianya dapat memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan kepelbagaian dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah setiap hari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometriKesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam segala serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya mereka. Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni kraf.Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi. kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan.Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.

2.0 Konsep dan Falsafah Kesenian IslamFalsafah seni dan budaya dalam Islam bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Quran yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah s.w.t. bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci lagi Maha Indah. Sebagai umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam.Secara asasnya, seni dan budaya Islam adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:1. Berteraskan wahyuKesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang dan syariat-Nya. Maknanya, ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Prinsip ini membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.2. Penghayatan akhlakKeseniaan dan budaya Islam mementingkan penghayatan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang bergantung secara keseluruhannya kepada kesahihan Islam. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketakwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.3. Kesepaduan antara keimanan dan persekitaranKesenian Islam mengangkat martabat seseorang insan tanpa mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar menjadi galeri seni insan tersebut dalam proses menjadi seorang seniman yang dapat menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah s.w.t.Dalam sejarah kehidupan manusia, terdapat pelbagai cabang seni yang telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. Walaupun ada beberapa perbezaan antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain, namun ia tidak dapat lari dari pada cabang-cabang asas seni yang dimaksudkan.

Antara cabang-cabang seni tersebut ialah:Cabang seni Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. Seni yang diperoleh melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. Seni yang dapat diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. Seni yang dinikmati melalui bacaan seperti hasil karya sastera.Terdapat lima hukum dalam seni iaitu:WajibJika kesenian itu amat diperlukan yang mana tanpanya boleh menyebabkan mudaratseperti untuk membina masjid dan mencantikkan reka bentuk masjid bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.SunatJika kesenian itu diperlukan untuk membantu dan menaikkan semangat penyatuan umat Islam, seperti nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah s.a.w ketika sambutan Maulidur Rasul dan Taranum (seni lagu Al-quran).MakruhJika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan manusia.HarusApa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.HaramJika kesenian itu berbentuk hiburan yang :1. Melekakan manusia yang sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah s.w.t seperti ibarat fardu ain dan kifayah.2. Menyebabkan manusia khayal sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak(betul) atau yang batil(palsu).3. Disertai dengan alat muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat tiupan, bertali, tabuh yang bertutup bahagian atas serta alat muzik tekaan jari.3.0 Faktor-faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu.Terdapat beberapa faktor yang mendorong penyebaran Islam secara positif di rantau ini. Ada di antara faktor-faktor tersebut mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Antara faktor-faktor tersebut seperti berikut :Ajaran IslamKepercayaan Hindu yang menguasai kepulauan Melayu ketika itu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang tidak tenteram kerana konsep ajaran yang tidak jelas bagi melaksanakan tuntutan agama tersebut. Islam telah dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat di rantau ini kerana kelebihan yang ada pada agama tersebut serta ajarannya bersesuaian dengan fitrah manusia. Umpamanya sistem masyarakat Hindu yang serba kompleks dan rumit terutama mengenai amalan kasta sesama manusia seperti Brahma, Ksyatria, Vaisya dan Paria. Islam mengetengahkan konsep persamaan di kalangan manusia tanpa membezakan di antara golongan atasan dan bawahan dan menyebabkan ia mudah diterima penduduk di rantau ini. Segala persoalan yang dibincangkan dalam ajaran Islam adalah mudah difahami serta jelas sepertimana konsep ketuhanan, kenabian, alam ghaib dan Iain-lain.Perdagangan.Kegiatan perdagangan di antara Arab, Parsi dan India dengan Nusantara telah berlaku sejak beberapa kurun sebelum masihi hinggalah ke zaman kedatangan Islam pada abad ke 7M dan ke 8M. Tugas menyampaikan Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Sebaliknya merupakan tugas yang wajib dipikul oleh seluruh umat Islam. Atas rasa tanggungjawab dan amanah yang dipikul telah menyebabkan pedagang-pedagang yang datang berniaga di Alam Melayu telah bertindak menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat sekeliling walau di mana mereka berada.Sifat mulia dan keperibadian yang tinggi serta amalan-amalan agama yang dilakukan oleh mereka mempengaruhi raja-raja dan pembesar-pembesar negeri bagi menyakini kebenaran agama Islam yang dianuti oleh mereka. Hubungan baik di antara mereka dengan pembeli di samping barang dagangan yang berkualiti serta layanan yang baik berlandaskan Islam telah berjaya menarik minat ramai pembeli di kalangan masyarakat tempatan untuk mendalami ajaran Islam. Tanpa perlakuan dan budi bahasa yang berasaskan Islam adalah sukar untuk menembusi pasaran di rantau ini.PerkahwinanPerkahwinan merupakan salah satu faktor pemangkin Islam di Nusantara kerana kebanyakan golongan sufi, pedagang dan pendakwah telah berkahwin dengan anak-anak gadis tempatan, termasuklah puteri-puteri di kalangan istana dan pembesar negeri ketika itu. Hasil dari pergaulan dalam keluarga tersebut telah menarik tninat ahli keluarga yang lain untuk menerima Islam.Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, baginda telah mengahwinkan puteri-puteri dari negeri Melaka dengan raja-raja di Kepuluan Melayu serta Sumatera, Indragiri dan lain-lainnya. Begitu juga Syeikh Abu Bakar salah seorang pendakwah yang masyhur dari Makkah telah berkahwin dengan anak Raja Sulu, kemudian telah bersama-sama membantu kerajaan tersebut dalam menyusun sistem pemerintahan mengikut Islam. Selain itu juga perkahwinan di antara raja Melaka iaitu Parameswara dengan puteri Pasai pada tahun 414M. Dengan berlakunya perkahwinan tersebut telah mendorong raja Melaka memeluk Islam dan bertukar nama kepada Sultan Muhammad Syah serta tindakannya ini diikuti oleh para pembesar istana dan rakyat jelata.Situasi yang sama berlaku di daerah Sumatera pada zaman kerajaan Islam Acheh dan juga di daerah-daerah Pulau Jawa pada zaman kerajaan Islam Demak. Struktur penerimaan agama bermula dari istana atau golongan bagsawan kemudian diikuti oleh rakyat merupakan budaya masyarakat yang terdapat di mana-mana di Kepulauan Melayu.

PenaklukanPenaklukan merupakan antara faktor yang tidak kurang pentingnya dalam penyebaran Islam di Nusantara. Sebagai contohnya kerajaan Pasai pada abad ke 14M seperti dilaporkan oleh Ibn Batutah telah menakluki negeri-negeri di sekitarnya dan berjaya menyebarkan Islam ke kawasan-kawasan tersebut,Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 terutamanya di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah di bawah bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah misalnya telah meluaskan empayarnya merangkumi Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar, Indragiri, Aru, Rokan, Siak dan Bengkalis. Kerajaan Melaka juga bertindak menghantar ulama ke kawasan tersebut untuk mengajar agama Islam. Kerajaan Johor-Riau yang muncul kemudiannya pula berusaha menawan semula Melaka dari tangan Portugis untuk mengelakkan daripada menjadi pusat penyebaran agama Kristian.Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, Acheh memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam pada abad ke 16 dan ke 17M. Acheh mengambil langkah menaungi beberapa negeri Di Sumatera Utara. Akhirnya Acheh menjadi sebuah kerajaan Islam yang kukuh serta pusat perdagangan yang penting di bahagian utara Selat Melaka.Keperibadian Golongan Pendakwah dan Ahli-Ahli Sufi.Pendakwah merupakan golongan ulama yang berwibawa dalam penyebaran agama Islam. Mereka bukan sahaja memiliki berbagai ilmu Islam secara mendalam bahkan amat bertakwa kepada Allah di samping mempunyai keperibadian muslim yang sempurna. Keperibadian yang tinggi seperti ikhlas, jujur, bertanggungjawab, tidak mencari apa-apa kepentingan diri dalam berdakwah menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan mereka.Golongan Sufi atau ahli-ahli tasawuf merupakan orang yang sangat bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia. Menerusi keperibadian, ketokohan dan pengorbanan mereka dalam menyebarkan agama Islam menjadikan golongan raja, pembesar serta rakyat jelata amat terpengaruh dengan Islam. Dikatakan mereka bergitu berpengaruh di zaman kekuasaan Melaka, Acheh dan kerajaan Islam Demak. Mereka diberi kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan ada sesetengah dari mereka diberi keutamaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan.Peranan Pusat Kebudayaan di Alam Melayu. Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu Kuno yang menggunakan tulisan Pallava merupakan bahasa komunikasi. Ekoran dari kedatangan Islam, tulisan Arab diperkenalkan untuk memudahkan memahami al-Quran dan al-Hadith serta kitab-kitab agama yang ditulis dalam bahasa Arab. Tulisan Arab telah diubahsuai mengikut iidah pertuturan orang-orang Melayu yang dikenali dengan tulisan iawi. Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam yang pen ting di Alam Melayu ketika itu yang memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan keilmuan seperti Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Sebagai contohnya Kerajaan Samudera-Pasai pada zaman kegemilangannya merupakan pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu. Banyak kitab-kitab agama diterjemahkan ke bahasa Melayu. Menurut cerita sejarah Melayu Klasik, Kitab"al-Durr al-Manzum" pernah dihantar oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. Sultan Mansur Syah pula dikatakan pernah merujuk ke Samudera-Pasai mengenai kemusykilan agama. Golongan ulama dan cerdik pandai dari Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada raja dan alim ulama dari luar seperti Syeikh Ismail al-Siddiq.Pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, buku-buku kesusasteraan yang dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad All Hanafiah, Hikayat Amir hamzah dan Hikayat Nabi lercukur dijadikan bacaan umum sebagai cerita rakyat. Manakala -asil karya Acheh yang terkenal ialah Tajul-Salatin (Mahkota Raja- raja) dan Bustanul-Salatin (Taman Raja-raja) yang menceritakan keindahan sebuah kerajaan dengan istana, kota dan taman-tamannya. Di antara tokoh ulama dan penulis Acheh yang banyak menghasilkan karya bercorak Islam ialah ; Hamzah Fansuri dengan karyanya berbentuk prosa dan puisi seperti Syair Burning Pingai, Syair Perahu dan sebagainya. Syeikh Nurudin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan seperti Siratul Mustakim, Akhbar al-Akhirah Fi Ahwal al-Kiamah dan sebagainya.Syeikh Syamsudin al-Sumatrani menghasilkan karya Islam yang menyentuh soal ketuhanan dan kemanusiaan sejagat seperti Syarah Rubai' Hamzah Fansuri, Miratul Mukminin dan Mirat al-Mustaqqiqin. Syeikh Abdul Rauf al-Singkili menghasilkan karya kitab agama seperti Mirat al-Tulab, Tafsir Badawi dan sebagainya. Syeikh Abdullah Arif dengan kitabnya Kitab Bahr al-Lahut sebuah kitab tasawuf yang ditulis dalam bahasa Arab dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. 4.0 Ciri-ciri Kesenian Islam Mengandungi Unsur Keindahan Ertinya keindahan bukan hanya terletak pada objek seni tersebut semata-mata. Sebaliknya ia mampu menimbulkan rasa yang menyenangkan atau gembira serta kepuasan kepada pencipta dan penikmat objek itu, kerana ia sesuai kepada panca indera atau deria rasa. Mengandungi unsur moral/akhlak Seni Islam adalah seni yang berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak atau pun moral. Ia hendaklah diciptakan untuk tujuan yang baik serta bebas dari nilai-nilai yang negatif sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Seni Islam juga adalah sebuah karya hasil cetusan penghayatan seniman terhadap ajaran Islam tentang nilai-nilai akhlak Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan Keunikan seni Islam ialah ia kaya dengan ciri-ciri kepelbagaiannya. Ertinya, ia bukanlah seni yang mewakili sesebuah bangsa, budaya atau negara. Ini terjadi kerana Islam sebagai agama yang universal, walaupun dianuti oleh berbagai-bagai kaum dan bangsa dari berbagai-bagai negara, mereka diikat dengan satu tali yang disebut tauhid. Perbezaan latar belakang dan budaya umat Islam ini justru membawa kepada perkara-perkara yang positif dalam kegiatan seni kerana ia mampu memperkaya dan mempelbagaikan khazanah dunia Seni Islam. Ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan ini juga dapat dilihat dalam bentuk perancangan bandar-bandar Islam, di mana selain wujud bangunan-bangunan pelbagai fungsi, wujud juga institusi-institusi keagamaan. Eleman-eleman ini mempunyai hubungan yang tersendiri dengan tauhid. Mempunyai hubungan antara agama, etika dan estetika Seni Islam adalah sem yang mempunyai hubungan erat dengan agama, estetika dan etika. Islam dengan niali-nilai etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga ukuran keindahan bukan dilihat dari sudut luaran atau bentuk material seni tersebut diolah. Ia perlu mengambil kira nilainilai agama dan etika untuk melayakkan karya tersebut diiktiraf sebagai karya seni. Mengelak dari wujud unsur-unsur paganisme, animisme dan lain-lain. Contoh ukiran patung, arca dan tugu. Mengelakkan diri dari menggambarkan hakikat kebenaran agama- gambaran Allah, Rasul, malaikat, syurga, neraka, hari kiamat dan lain-lain. Untuk membezakan dengan agama Kristian, Hindu dan Buddha.Mengutamakan alam natural sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan haiwan (hidupan bernyawa).Bercirikan kesenian arab dan kesenian asia barat terutama semenanjung arab dan Parsi. Contoh seni khat, seni suara dan kesusasteraan.

Kebudayaan Islam telah mewujudkan suatu bentuk seni rupa yang mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat yg tersendiri seperti juga dalam tamadun Barat, China dan lain-lain.Ciri-ciri Penghayatan Tauhid Dalam Kesenian Islam : Abstraksi dan kemujaradan:Corak Infiniti (tanpa sempadan) dalam kesenian Islam bercorak abstrak dan mujarad; Islam menolak gambaran figure @ alam semula jadi secara tepat. Seniman Islam haruslah menolak yg berbentuk flora @ fauna @ bangunan @ manusia secara tepat. Jadi ia mestilah bertentangan dengan objek asal.

Struktur Modular:Gabungan modul-modul dan disusun menjadi bahagian yg lebih besar. Ia menjadi satu ukuran kemuncak dan kesempurnaan yg membolehkan ditanggapi sebagai unit ekspresif dan memuaskan diri sendiri.

C. Gabungan berturutan/ kombinasi berterusan:Corak saujana bunyi, penglihatan dan pergerakan menunjukkan gabungan berturutan bagi model asas dan pengulangannya. Oleh itu gabungan tambahan terbentuk dan ia membawa status dan identiti yang bebas. Yang besar tidak melemahkan/menenggelamkan yang kecil dan seterusnya menjadi kompleks.D. Perulangan: Iaitu pengulangan motif, modul struktual serta kombinasi berturutan yang sama. Pengulangan tersebut dimujaradkan (diperhalusi) agar ia tidak mudah dibandingkan dengan yang lain.- Motifnya-berulang-ulang ialah gambaran muslim dituntut melaksanakan ajaran ketaatan secara berulang-ulang kali contoh solat 5 waktu dan wuduk.

E. Dinamisme:Iaitu satu corak yg melalui lingkungan masa. Contoh corak yang seni halus @ infiniti tidak dapat difahami dengan semberono sahaja @ jangka masa yang pendek, tetapi perlu diamati dan dijiwai agar ia tidak tersalah tafsir maksud ceritanya. Contoh lukisan gambar-gambar miniatur. Motifnya- Islam itu tidak dapat difahami dengan belajar /tahu sejuzuk sahaja dari bahagian-bahagian Islam. Tetapi mesti belajar keseluruhan Islam itu sendiri. F. Intriksi / kerumitan: Iaitu menekankan keupayaan sesuatu corak atau hasil seni untuk menarik perhatian dan tumpuan penonton secara tidak langsung terhadap sesuatu struktur yang dipersembahkan( halus dan ditail). Motifnya- Islam ambil berat yang kecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara.

G. Padat: Karya seni Islam mempunyai bentuk-bentuk yang padat dan penuh sehingga tiada ruang kosong pun @ cacat. Motifnya Masa dan kelapangan setiap Muslim hendaklah dipenuhi dengan ibadat kpd Allah s.w.t. dengan apa jenis sekali pun.H. Beranyam: Karya seni sedemikian seperti berombak, beranyam akibat dari naik turun bentuknya.. Motifnya- Islam menitik beratkan sifat-sifat seperti sabar dan tawadu, suka duka dan sebagainya dalam hidup setiap Muslim.Keseluruhannya- karya seni Islam didasari oleh konsep tauhid, iaitu tiada permulaan dan tiada pengakhirannya- utk menerangkan doktrin tauhid dlm karya seni Islam

5.0 Ukiran Kayu Tradisional Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool (Khairuddin Talib:2011). Ukiran kayu tradisional merupakan hasil kraf tangan Melayu yang mengagumkan. Seringkali kita lihat ukiran kayu ini terdapat pada tangga rumah, masjid, istana, perabot, kepala sampan dan sebagainya. Ukiran dijadikan sebagai pelengkap untuk sesuatu kesempurnaan reka bentuk. Kehalusan seni ukiran dan corak2 yang dihasilkan memberikan keindahan tersendiri dalam ukiran kayu. Motif-motif yang dipilih diolah dengan baik bagi menghasilkan satu karya kraf yang mempunyai nilai yang tersendiri. Di negara kita ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu, malahan Orang Asli dan suku kaum di Sabah dan Sarawak, juga turut menghasilkan ukiran. Perbezaan nya mungkin pada teknik yang digunakan dan juga pemilihan motif dan juga kegunaan hasil ukiran tersebut. Penemuan bahan-bahan sejarah dari zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir pada zaman dahulu. Penemuan perlatan belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk yang mempunyai ukiran. Sejarah tentang ukiran kayu di negara kita pula boleh di ketahui melalui buku Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada abad ke-17. Di dalam buku tersebut tercatat tentang keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

4.1 Jenis Ukiran Kayu TradisionalUkiran Kayu Tradisonal terbahagi kepada empat jenis. I. . Ukiran LayangUkiran layang merupakan ukiran yang dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak di tebuk. Silat hanya dibuat hanya pada corak.II. . Ukiran Bunga TimbulUkiran bunga timbul dihasilkan pada permukaan papan dengan bahagian latar corak ini di tebuk. Ini menyebabkan corak ukiran jenis ini lebih timbul dan bersilat daripada ukiran layang. Biasanya ukiran ini terdapat pada perabot, panel-panel hiasan, mimbar masjid, hulu dan sarung senjata.III. Ukiran Tebuk TembusUkiran dihasilkan pada papan yang di tebuk. Motif-motif dan corak dihasilkan dengan gerudi, gergaji dan pahat. Terdapat dua jenis ukiran tebuk tembus iaitu, ukiran tebuk tembus bersilat dan ukiran tebuk tembus tidak bersilat. Selain berfungsi sebagai hiasan, ukiran tebuk tembus juga berfungsi sebagai pengalir udara tradisional. Oleh itu, ukiran ini terdapat di serambi dan bahagian atas dinding rumah.IV. Ukiran LarikUkiran larik ialah sejenis ukiran berbentuk bulat pada batang kayu menggunakan mesin atau alat larik. Biasanya, ukiran jenis ini terdapat pada perabot, tiang, gasing, hulu senjata, perhiasan rumah dan sebagainya.

Rajah 4.1 Ukiran Layang

Rajah 4.2: Ukiran Tebuk Tembus

Rajah 4.3: Ukiran Bunga Timbul

Rjah 4.4: Ukiran Larik

4.2 Proses MengukirDalam membuat ukiran terdapat tiga proses yang perlu dilakukan.a. Penyedian KayuKayu dalam bentuyk papan dipilih daripada jenis yang sesuai dan dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Permukaan kayu diratakan dengan menggunakan ketam kayu. Corak kemudiannya dilukiskan pada permukaan kayu. Terdapat tiga cara yang boleh digunakan dalam melukis corak. Pertama melukis terus di atas permukaan kayu. Kedua, menekap corak yang telah dilukis terlebih dahulu di atas kertas. Ketiga, menampal kertas yang telah dilukis corak pada permukaan papan. b. MengukirProses mengukir dilakukan bergantung pada jenis ukiran yang dikehendaki. Samaada ukiran layang, ukirang bunga timbul, ukiran tebuk tembus dan juga ukiran larik. c. KemasanKemasan merupakan proses terakhir dalam ukiran kayu. Kemasan bertujuan untuk mencantikkan hasil kerja dan mengukuhkannya. Proses kemasan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, melicin membersih. Proses kedua adalah mengilat.

4.3 Penghasilan SilatTerdapat lima jenis silat yang digunakan dalam ukiran tradisional. Silat digunakan mengikut kesesuaian jenis ukiran disamping menimbulkan pergerakan dan bentuk. Jenis-jenis silat tersebut adalaha. Silat LeperBentuknya menyerupai silat belah rotan, tetapi lebih leper dan rendah. Bentuk ini paling mudah dan cepat untuk disiapkan.b. Silat Belah RotanSilat ini berbentuk separuh bulat seperti rotan yang dibelah dua.c. Silat SerongSilat ini menitikberatkan ukiran pada corak tepi sesuatu motif. Corak diukir secara menyerong, melengkung atau mencuram untuk menimbulkan bentuk pada bahagian tepi.d. Silat MinangkabauBahagian tepi silat minangkabau di bentuk menyerong manakal;a bahagian tengahnya dibntuk menajam.e. Silat Dada TumaSilat dada tuma mempunyai bentuk seperti silat belah rotan, tetapi bahagian tengah corak itu dilengkungkan.

6.0KesimpulanSebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ianya mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.

Rujukan

Kathleen Chee.(2006). SPM Fokus U; Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.

Modul HBAE3103 Mengenal Kraf Tradisional (2009). Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ukiran Kayu Tradisionalhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html