Upload
nursyazwana-abu-bakar
View
114
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
AMALAN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
Citation preview
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG PROJEK
Pemakanan adalah sumber penting dalam proses pembangunan sosioekonomi
dan merupakan aspek kesihatan yang penting. Makanan merupakan keperluan yang
perlu dipenuhi oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Menurut
Krause dan Mahan (1993), pemakanan merangkumi hubungan makanan dengan
kesihatan. Ia termasuklah metabolisma makanan, nilai pemakanan sesuatu jenis
makanan, keperluan makanan daripada segi kualitatif dan kuantitatif pada peringkat
umur dan tahap perkembangan yang berbeza.
Taraf pemakanan dipengaruhi oleh pendidikan kesihatan dan memerlukan
pelbagai kerjasama dari pelbagai pihak untuk memastikan masyarakat mempunyai
tahap pengetahuan yang tinggi berkenaan pemakanan sihat. Kesedaran individu
amatlah penting bagi mengawal mutu, kualiti dan kuantiti makan yang diambil bagi
mengelakkan pelbagai masalah kesihatan kelak. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir
Hashim (1992), cara terbaik amalan pemakanan ialah dengan memastikan makanan
seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam.
1
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak seimbang turut dikaitkan sebagai
punca utama berlakunya masalah-masalah kesihatan yang kronik seperti obesiti,
diabetis dan penyakit kardiovaskular. Hal ini seterusnya mampu menjejaskan kualiti
kehidupan seseorang individu dan sekiranya tidak dikawal mampu mengancam nyawa
(Baltaci et al. 2008)
Oleh itu, cara terbaik bagi mengatasi masalah penyakit-penyakit tersebut ialah
pencegahan daripada peringkat awal. Keadaan itu memberi cabaran kepada pengamal
perubatan untuk memberi rawatan terbaik dan pada masa yang sama, kesedaran
terhadap pemakanan yang sihat dan seimbang perlu dipertingkatkan lagi dalam
kalangan masyarakat
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan dan amalan
pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Pulau
Pinang. Hal ini bertujuan untuk menilai samada tahap pengetahuan pelatih
mempengaruhi amalan pemakanan mereka dalam kehidupan seharian.
1.3 TUJUAN KAJIAN
Penyelidikan tentang pemakanan seimbang ke atas jururuwat pelatih adalah untuk
menilai tahap pengetahuan dengan pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat
pelatih. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujan untuk menilai amalan dalam
2
mengamalkan pemakanan seimbang dengan teratur. Dengan adanya kajian ini, ia
dapat mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan dan amalan mengenai pemakanan
seimbang dalam kalangan jururawat pelatih. Menurut Mohd Azlan Abdullah & Noraziah
Ali, (2011) melalui pengetahuan dan amalan dalam mengamalkan pemakanan
seimbang, jururawat pelatih dapat memberi informasi dan tunjuk ajar kepada
masyarakat mengenai pemakanan seimbang supaya dapat mengekalkan berat badan
yang ideal.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif am :
Untuk menilai tahap pengetahuan dan amalan jururawat pelatih dalam makanan
seimbang.
1. 4.1 Objektif spesifik :
i. Untuk menilai tahap pengetahuan mengenai kepentingan pemakanan seimbang
dalam kalangan jururawat pelatih.
ii. Untuk mengetahui amalan jururawat pelatih dalam pengambilan makanan
seimbang.
iii. Untuk mengetahui faktor-faktor pemilihan makanan seimbang dan faktor-faktor
yang menghalang pengambilan makanan seimbang dalam kalangan jururawat
pelatih.
3
iv. Untuk mengetahui kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang dalam
kalangan jururawat pelatih.
v. Untuk mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan amalan pemakanan
seimbang dalam kalangan jururawat pelatih.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan jururawat pelatih dalam amalan makanan
seimbang?
2. Adakah jururawat pelatih mengamalkan pemakanan seimbang?
3. Apakah faktor yang mengalakkan pemilihan makanan dalam kalangam
jururawat pelatih?
4. Apakah faktor yang menghalang jururawat pelatih dalam mengamalkan
pengambilan makanan seimbang?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Membantu mengenalpasti amalan pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat
pelatih dan menentukan perkaitan antara pengetahuan serta amalan jururawat pelatih
dalam pemakanan seimbang. Maklumat yang diperolehi dapat membantu
meningkatkan amalan pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih.
4
1.6 DEFINISI TERMA
1. Pengetahuan
Segala yang akan diketahui atau dipelajari. (Kamus Dewan Dan Pustaka Kuala
Lumpur 2007, Kamus Dewan Edisi Ke-4) halaman 1571.
Dalam kajian ini, merujuk kepada pengetahuan mengenai tahap Pengetahuan
pemakanan adalah salah satu faktor yang diperlukan bagi mengubah tabiat
makan, walau bagaimanapun pengaruh pengetahuan pemakanan terhadap
tabiat makan menunjukkan hasil yang tidak konsisten.
(Worsley 2002)
2. Amalan
Sesuatu yang dilakukan, dilaksana, dikerjakan dan sebagainya, sebagai sesuatu
kebiasaan. (Kamus Dewan Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007, Kamus Dewan
Edisi Ke-4) halaman 42.
Amalan pemakanan akan mempengaruhi kesihatan kita. Sejak kecil lagi ibu bapa
mengajar kita bahawa tidak boleh terlalu memilih semasa makan. Walau
bagaimanapun, ibu bapa haruslah menunjukkan model yang baik (Bastable,
2001). Amalan merupakan “sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan,
dikerjakan dan disebut sebagai suatu kebiasaan”. Walau bagaimanapun, dalam
5
konteks kajian ini, amalan bermaksud pengamalan pelatih jururawat terhadap
pemakanan seimbang berdasarkan kepada pengetahuan pemakanan sedia ada.
3. Pelatih
Orang yang dilatih atau orang yang sedang menerima latihan contohnya
jururawat yang sedang dilatih. (Kamus Dewan Dan Pustaka Edisi Ke-4) halaman
898.
Dalam kajian ini, pelatih merujuk kepada jururawat pelatih dimana jururawat
pelatih dijadikan sampel untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap
pengetahuan dan amalan pelatih dalam pemakanan seimbang.
4. Pemakanan Seimbang
Pemakanan yang seimbang adalah makanan yang mengandungi kesemua
nutrisi yang diperlukan untuk tubuh berfungsi dengan baik dalam kuantiti yang
mencukupi. Noble, C. (2002) menyatakan bahawa makanan yang seimbang
adalah makanan yang mengandungi zat-zat yang mencukupi untuk
perkembangan fizikal dan mental individu. Selain itu, tenaga yang dibekalkan
oleh makanan seimbang berkadaran dengan tenaga yang dikeluarkan oleh tubuh
badan manusia semasa melakukan aktiviti harian. Bagaimanapun, dalam
konteks kajian ini, penyelidik akan menilai keseimbangan makanan yang diambil
6
oleh pelajar berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
7
BAB 2
LITERATURE RIVIEW
2.1 PENGENALAN
Menurut Chua Yan Piaw, Literature Review bermaksud membuat kajian secara kritikal
dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data
dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan
dilaksanakan. (Chua Yan Piaw, 2006 : 35)
Pengetahuan dalam pemakanan seimbang adalah amat penting dalam kehidupan
seharian,Selain menjamin kesihatan fizikal, ia juga turut menjamin kesihatan mental.
2.2 LITERATURE REVIEW
Menurut kajian Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali (2011), “Amalan Pemakanan dalam
Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran” mengatakan
bahawa kesedaran tentang kualiti makanan dan pola makanan juga mempengaruhi
mental dan fizikal seseorang pelajar. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan amalan
pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan persepsi mereka terhadap amalan
pemakanan yang betul. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah ‘cross-
sectional’ dan ‘simple random sampling’. Borang kaji selidik digunakan sebagai
instrumen utama kajian. Kajian ini melibatkan 102 orang responden yang terdiri
daripada pelajar prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dipilih
8
secara rawak dari pelbagai fakulti dan kolej kediaman di kampus induk UKM, Bangi.
Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai pengetahuan dan
kesedaran yang baik mengenai aspek pemakanan yang betul dan sihat. Hal ini
dibuktikan dengan hasil kajian menunjukkan terdapat lebih 50 % responden mempunyai
kesedaran terhadap diet seimbang, namun terdapat 60.7 % responden tidak
mengamalkan diet seimbang dalam pemakanan mereka. Kesimpulannya, pemakanan
berkualiti adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Menurut Kurubaran Ganasegeran et. al (2012) “Social and Psychological Factors
Affecting Eating Habits Among University Students in a Malaysian Medical School”
mengatakan bahawa faktor sosial dan psikologikal mempengaruhi amalan pemakanan
dalam kalangan pelajar perubatan di Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
menilai corak pemakanan dan kaitannya dengan faktor sosial dan psikologikal dalam
kalangan pelajar perubatan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah ‘cross-
sectional’. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik termasuk soalan berkenaan
sosio-demografi, antropometri, amalan pemakanan dan faktor psiko-sosial sebagai
instrumen kajian. Analisis data yang telah digunakan dalam kajian ini adalah program
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Kajian ini telah melibatkan
seramai 132 orang pelajar perubatan di Universiti Malaysia. Hasil kajian menunjukkan
lebih daripada separuh responden mengambil makanan secara kerap dan 40.2 %
responden mengambil makanan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Hasil dapatan ini
adalah lebih rendah daripada yang dilaporkan oleh kajian China di mana 83.6 % pelajar
universiti makan pada waktu yang ditetapkan. Bagi pelajar yang mengambil sekurang-
9
kurangnya tiga kali sehari adalah 79 %. Kesimpulannya, kebanyakan pelajar dalam
kajian ini mempunyai tabiat pemakanan yang sihat, namun dari segi kekerapan dalam
pengambilan makanan seperti pengambilan buah-buahan, pengambilan air dan
makanan yang berminyak adalah berbeza.
Menurut Eleni Evagelou et. al (2014), “Exploration of Nursing Students’ Dietary Habits”
mengatakan bahawa pelajar yang tinggal sendiri dan berjauhan dari keluarga
mengalami perubahan persekitaran di mana memberi kesan negatif terhadap kualiti
pengambilan makanan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tabiat
pemakanan pelajar kejururawatan. Metodologi dalam kajian ini adalah ‘cross-sectional’.
Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajiannya. Data
analisis yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah program Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 19 dan menggunakan “Chi-square tests”.
Seramai 435 orang pelajar kejururawatan dalam Institusi Teknologi Pendidikan di
Athens telah dijadikan sebagai responden kajian. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa 88.7 % pelajar lebih menggemari makanan yang dimasak di rumah dan hanya
11.3 % yang gemar makan makanan yang telah disediakan. Kesimpulannya, pelajar
kejururawatan dalam Institusi Teknologi Pendidikan di Athens beralih daripada diet
Mediterranean tradisional. Program pendidikan kesihatan perlu digalakkan dalam
pembelajaran kejururawatan untuk mewujudkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
Menurut Lim Ching Ju et. al (2010), “Tahap Pengetahuan Pemakanan dan Kesedaran
Kesihatan dalam Kalangan Pesakit Diabetes Mellitus di Klinik Kesihatan Cheras, Kuala
10
Lumpur, Malaysia” mengatakan bahawa kawalan glisemik yang kurang memuaskan
dalam kalangan pesakit Diabetes Mellitus adalah berkait rapat dengan tahap
pengetahuan pemakanan yang rendah. Tujuan kajiannya adalah untuk mengkaji tahap
pengetahuan pemakanan dan kesedaran kesihatan dalam kalangan pesakit Diabetes
Mellitus Type II di Klinik Kesihatan Cheras. Metodologi kajian yang digunakan adalah
‘cross-sectional’. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.
Data analisis yang digunakan oleh pengkaji ialah program “Statistical Package for
Social Sciences” (SPSS) versi 14. Seramai 132 responden telah diambil sebagai bahan
kajian yang terdiri daripada 62 orang lelaki dan 70 orang perempuan. Hasil kajian
mendapati kebanyakan responden menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan
pemakanan kurang memuaskan iaitu 37.1 %, diikuti dengan sederhana iaitu sebanyak
31.8 % dan memuaskan adalah 31.1 %. Kesimpulannya, tahap pengetahuan
pemakanan dan kesedaran kesihatan dalam kalangan responden terutama dalam
kalangan warga tua adalah kurang memuaskan. Oleh itu, program intervensi dan
pendidikan kesihatan perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran kesihatan pemakanan pesakit Diabetes Mellitus.
Menurut Gloria O. Anetor et. al (2012), “Effect of Nutrition Education on the Eating
Habits of Undergraduates in South-West, Nigeria” mengatakan bahawa pembelajaran
nutrisi mempengaruhi amalan pemakanan dalam kalangan pelajar di South-West,
Negeria. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesan pendidikan pemakanan ke atas
pelajar mengenai tabiat makan yang menyebabkan kanser. Dalam kajian ini pengkaji
menggunakan kaedah kajian “quasi-experimental design of the pretest-posttest
11
method”. Semua data yang dianalisis telah menggunakan program “Statistical
Package for Social Sciences” (SPSS) versi 15. Seramai 436 calon mahasiswa (lelaki
dan perempuan) telah dijadikan sampel dalam kajiannya. Hasil kajian mendapati tabiat
makan yang berskala “experimental group” menunjukkan 50 % ahli mempunyai tabiat
makan yang baik. Manakala 50 % ahli yang berskala “control group” mempunyai tabiat
makan yang baik. Kesimpulannya, mahasiswa dinasihati untuk menghadiri pendidikan
pemakanan untuk mengubah tabiat makan yang lebih baik terutama “undergraduated”
pelajar-pelajar universiti.
Menurut Kylie J Smith*1 et. al (2009), “Takeaway Food Consumption and its
Associations with Diet Quality and Abdominal Obesity” mengatakan bahawa
pengambilan makanan segera sebanyak dua kali sehari atau lebih meningkatkan risiko
obesiti dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji amalan pengambilan makanan segera berkaitan dengan kualiti keseluruhan
pemakanan dan “abdominal obesity”. Metodologi kajian yang dilakukan dalam kajian ini
adalah ‘cross-sectional’. Borang soal selidik digunakan dalam kajian ini. Analisis data
yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis “Chi-square”. Seramai 1277 orang
lelaki dan 1585 orang wanita berumur antara 26 hingga 29 tahun telah dijadikan
sebagai responden kajian tersebut. Hasil kajian ini mendapati pengambilan makanan
segera dua kali seminggu atau lebih telah dilaporkan bahawa jumlah lelaki (37.9 %)
adalah melebihi jumlah wanita iaitu (17.7 % P < 0.001). Berbanding individu yang
mengambil makanan segera sekali seminggu atau kurang, lelaki yang mengambil dua
kali seminggu atau lebih adalah ketara pada lelaki yang bujang, muda, perokok dan
12
banyak menghabiskan waktu semasa menonton televisyen sedangkan wanita lebih
kepada melakukan kerja dan menghabiskan lebih banyak masa dengan menonton
televisyen. Kesimpulannya, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil dalam
mengurangkan pengambilan makanan segera dan mempromosikan pengambilan
makanan yang lebih sihat untuk meningkatkan kualiti makanan dan mengelakkan
obesiti.
Mengikut Ismawati Sharkawi et. al (2014), “Healthy Eating: The Preventive Factors
among Malaysians” mengatakan bahawa faktor penghalang dalam pengambilan
makanan seimbang perlu diambil perhatian bagi mengurangkan risiko penyakit dalam
kalangan rakyat Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji halangan
yang menjadi faktor utama dalam pengambilan makanan yang sihat dalam kalangan
orang dewasa di Malaysia. Metodologi kajian yang dilakukan dalam kajian ini adalah
“cross-sectional”, dan “simple random sampling”. Analisis statistik yang telah dijalankan
dalam kajian ini menggunakan “Statistical Package for Social Sciences” (SPSS) versi
20.0 Data diperolehi secara rawak yang melibatkan seramai 1719 orang remaja. Hasil
kajian menunjukkan secara keseluruhannya, 55.8 % responden bersetuju dengan
kenyataan “It is difficult for me to eat healthy foods at shops / restaurants”, manakala
55.1 % bersetuju bahawa “There is not much choice of healthy food available when I
eat out” dan lebih daripada 50 % daripada responden bersetuju dengan kenyataan
berikut “It is hard for me to eat healthy because of irregular working hours” (52.1 %) dan
“I don’t have time to prepare and eat healthy food” (51.1 %). Kesimpulannya, hasil
kajian ini bukan sahaja mengetengahkan pilihan makanan sihat di luar tetapi ia juga
13
ingin menyampaikan kepentingan makanan sihat kepada semua orang secara
berkesan.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Noor Farhana Nazri dan Ruzita Abdul Talib
(2013), “Keterlibatan Aktiviti di Kolej Kediaman dan Perkaitannya Terhadap Status
Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus
Kuala Lumpur” mengatakan bahawa penglibatan pelajar UKM dalam aktiviti di Kolej
Kediamannya mempunyai kaitan terhadap status makanan mereka. Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara keterlibatan aktiviti di kolej
kediaman dengan status pemakanan pelajar UKM Kuala Lumpur dan menentukan
tabiat makan pelajar serta boleh mendapatkan makanan sihat di sekitar mereka.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah “cross-sectional”. Borang soal
selidik telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dalam kajian ini telah
menggunakan perisian “Statistical Package for Social Sciences” (SPSS) versi 16.0.
Seramai 106 orang pelajar tahun dua hingga empat UKM Kuala Lumpur terlibat dalam
kajian ini (20.8 % lelaki dan 79.2 % perempuan). Hasil kajian menunjukkan majoriti
daripada subjek (62.3 %) terlibat secara aktif dengan aktiviti yang diadakan di kolej
kediaman. Daripada peratusan ini, 5.3 % daripada lelaki dan 31.9 % perempuan
adalah kurang berat badan. 68.4 % lelaki dan 55.3 % perempuan mempunyai berat
badan normal manakala 21 % lelaki dan 8.5 % perempuan adalah pra obesiti.
Tambahan pula, 5.3 % (n = 1) lelaki dan 4.3 % (n = 2 ) daripada perempuan tergolong
dalam klasifikasi Body Mass Index (BMI) obesiti. Kesimpulannya, walaupun ramai
responden yang aktif, masih terdapat dalam kalangan mereka yang mengalami
14
masalah kurang berat badan, lebih berat badan dan obesiti. Oleh yang demikian,
penglibatan dalam aktiviti di kolej kediaman memberi kesan kepada status pemakanan
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut kajian SV Letlapel et. al (2010), “Knowledge of Students Attending a Highest
School in Pretoria, South Africa, on Diet, Nutrition and Exercise (2010), kajian ini adalah
untuk menentukan pengetahuan pelajar tentang komposisi diet yang sihat, keperluan
pemakanan harian dan kepentingan senaman. Metodologi kajian yang digunakan
adalah kaedah “cross-sectional”. Borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini.
Analisis data dalam kajian ini telah menggunakan “Research, Ethics and Publications
Committee” (REPC). Seramai 500 orang pelajar yang telah mengambil bahagian dalam
kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 77 % pelajar tidak mempunyai
pengetahuan yang mencukupi dalam diet, pemakanan dan senaman manakala 23 %
pelajar menunjukkan pengetahuan yang memuaskan. Seramai 26 % dan 16 % pelajar
melaporkan bahawa mereka mengambil bahagian dalam latihan. Kesimpulannya,
pelajar di “Tswaing High School” tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi
tentang diet, makanan dan senaman. Mereka mencadangkan program atau seminar
yang boleh membantu untuk memberitahu pelajar tentang kepentingan diet dan
senaman.
Menurut kajian Sarah-Jeanne et. al (2011), “ Influence of Parents and Friends on
Children’s and Adolescents’ Food Intake and Food Selection” mengatakan bahawa cara
pemakanan remaja tidak dipengaruhi secara langsung oleh ibu bapa dan rakan-rakan.
15
Cara pemakanan mereka juga turut dipengaruhi oleh perkembangan sosial. Tujuan
kajian ini dilakukan adalah untuk membandingkan kesan ibu bapa dan rakan sebaya
terhadap kanak-kanak dan remaja dalam pengambilan tenaga daripada “sandwich”,
makanan sihat dan makanan tidak sihat serta pencuci mulut. Penyelidik telah
mensasarkan 23 orang kanan-kanak berusia 5 hingga 7 tahun dan 27 orang remaja
berusia 13 hingga 15 tahun makan bersama ibu mereka dalam satu masa manakala
dalam satu masa yang lain mereka makan bersama rakan-rakan yang sama jantina
dengan mereka sebagai responden kajian. Metodologi kajian yang digunakan adalah
secara “survey”. Data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan “Mixed
Regression Models” (MRM) dan ia juga dikenali sebagai Random-effects Models”. Hasil
kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan memilih untuk makan
“snacks” sedikit semasa bersama ibu mereka berbanding bersama rakan-rakan
mereka. Sebaliknya remaja perempuan pula memilih untuk makan makanan berkhasiat
semasa bersama rakan-rakan berbanding bersama ibu mereka. Kesimpulannya,
pemilihan makanan adalah berbeza mengikut sumber sosial, umur dan jantina kanak-
kanak. Ibu bapa bertindak sebagai sumber inspirasi kepada kanak-kanak tentang
pengambilan makanan yang tidak seimbang. Gadis remaja cuba memberi tanggapan
yang baik tentang makanan seimbang ketika makan bersama rakan sejantina tetapi
amalan pemakanan remaja lelaki pula tidak dipengaruhi oleh perhubungan sosial.
Menurut kajian Ali Barzegari et. al (2011), “A Study of Nutrition Knowledge, Attitudes
and Food Habits of College Students “ mengatakan bahawa pengetahuan dan sikap
16
pelajar mempengaruhi amalan pemakanan mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji tahap pengetahuan, amalan dan sikap pelajar kolej dalam mengamalkan
makanan seimbang. Target populasi yang dipilih terdiri sepenuhnya daripada pelajar
University Payam Nour, Iran iaitu seramai 415 pelajar yang dipilih secara random.
Metodologi kajian yang digunakan adalah “cross-sectional” dan “simple random
sampling”. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah “Analysis of Variations”
(ANOVA). Hasil kajian menunjukkan pengumpulan data telah dianalis mengunakan “t-
test” yang menunjukkan (p<0.05). Kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian yang
diperolehi, menunjukkan tahap pengetahuan yang paling tinggi tentang amalan
pemakanan seimbang adalah dalam kalangan pelajar Pendidikan Jasmani manakala
bagi pelajar Pengurusan Perniagaan menunjukkan jumlah yang paling sedikit mengenai
tahap pengetahuan tentang amalan pemakanan seimbang. Pemakanan yang seimbang
penting dalam kalangan pelajar kerana ia boleh memberi kesan terhadap kurikulum.
Tahap persekitaran pembelajaran juga berkaitan dengan keperluan nutrisi yang
ditekankan di kolej.
17
Bab 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Graziano dan Raulin (1996) mendefinisikan metodologi sebagai suatu pencarian yang
sistematik terhadap maklumat serta suatu proses penyelidikan. Mengikut ODEC (1996)
menyatakan di dalam Oxford Compact English Dictionary kajian didefinisikan sebagai
“the systematic investigation into and study of materials, and sources, in order to
establish facts and reach new conclusions”. Manakala, mengikut Adams dan
Schvaneveldt (1985), mengatakan bahawa metodologi merupakan satu proses, suatu
set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, ia
juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains. Bab 3 ini akan membincangkan
metodologi kajian yang akan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Melalui bab ini,
penyelidik membincangkan lebih mendalam mengenai reka bentuk kajian, tempat
kajian, populasi dan sample, instrumen yang digunakan serta kesahihan dan
kebolehpercayaan kajian yang dijalankan.
3.2 Reka bentuk kajian
Menurut Sabitha, (2006), reka bentuk kajian ialah “pelan tindakan yang
memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan”. Reka
bentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab
masalah kajian yang dibina. Reka bentuk kajian berbentuk kaedah kuantitatif adalah
18
kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif. Menurut
Wagner, (1984), Burn dan Groves, (1993), “pemilihan kaedah kajian secara soal selidik
adalah yang paling sesuai untuk mengutip data kuantitatif untuk mengukur attitudes,
perceptions dan opinion”. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukur saperti soal selidik dan ujian.
3.3 Tempat kajian
Kajian telah dijalankan di Kolej Kejururawatan Pulau Pinang dimana lokasi responden
ditempatkan sepanjang tiga tahun menjalani latihan untuk memperoleh Diploma
Kejururawatan. Bilangan jururawat pelatih semester 1 hingga semester 6 adalah
seramai 328 orang dan mereka tinggal di asrama Kolej Kejururawatan Pulau Pinang.
Kami telah memilih jururawat pelatih dari semester 1, semester 2, semester 3, semester
4 dan semester 6 untuk menjawab borang soal selidik yang akan kami edarkan.
3.4 Populasi dan sampel
3.4.1 Populasi
Fraenkel & Wallen, (1990), “populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya
sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan”. Dalam kajian ini populasi sasaran kami
terdiri daripada jururawat pelatih daripada semester 1, semester 2, semester 3,
semester 4 dan semester 6 Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu seramai 266 orang.
19
3.4.2 Sample
Kami mengunakan cara penyelidikan simple random sampling sebagai kaedah kajian
kami. Dengan cara ini, semua pelatih mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
sebagai sampel. Faedah daripada menggunakan kaedah ini adalah penyelidik
memerlukan saiz yang lebih kecil dan anggaran persampelan dapat dikesan. Kumpulan
dan bilangan sampel seperti jadual 3.4.3 di bawah.
Semester Bilangan Jururawat Pelatih
Semester 1 59 orang
Semester 2 49 orang
Semester 3 48 orang
Semester 4 51 orang
Semester 6 59 orang
Jadual 3.4.3 Kumpulan sample dan bilangan sample
20
3.5 Instrumen
Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Manakala menurut Chua
Yan Piaw (2014) edisi ketiga, instrumen merupakan soal selidik yang direka khas untuk
mengumpul data kajian. Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur sikap
seseorang samada melalui soalan respon tetap, bebas (terbuka), senarai semak atau
skala kadar. Dalam kajian ini, soal selidik dijalankan dalam Bahasa Melayu bagi
membantu responden memahami dan memberi maklumbalas mengikut kefahaman
mereka. Kajian yang dipilih adalah soalan berstruktur iaitu ‘closed ended question’ yang
perlu diisi oleh responden sendiri. Borang soal selidik ini dibentuk berdasarkan objektif
kajian. Di dalam borang soal selidik ini terdapat enam bahagian iaitu bahagian A, B, C,
D, E dan F.
Bahagian A terdiri daripada data demografi yang merangkumi 6 soalan tentang biodata
responden iaitu tentang semester, umur, bangsa, tahap pendidikan, kawasan tempat
tinggal dan Body Mass Index(BMI) untuk mengumpul data-data responden. Bahagian B
pula terdiri daripada 3 soalan dengan menggunakan ‘closed ended question’ yang
terdiri daripada soalan berkenaan tahap pengetahuan responden mengenai makanan
seimbang. Bahagian C mengandungi 11 soalan mengenai amalan dalam
mengamalkan pemakanan seimbang. Bahagian D pula mengandungi 10 soalan
mengenai faktor-faktor pemilihan makanan. Bahagian E mempunyai 5 soalan berkaitan
dengan kesan daripada tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Akhir sekali,
bahagian F mempunyai 5 soalan berkaitan cadangan dan langkah dalam
menggalakkan amalan pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih.
21
3.8 Rangka Analisa Data
Borang soal selidik yang dipungut dan disemak terlebih dahulu untuk memastikan
setiap responden menjawab soal selidik dengan mematuhi arahan dan keperluan yang
telah ditetapkan dalam kajian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan
menggunakan Microsoft Office Excel. Analisis data ditunjukkan dalam jadual kekerapan
dan peratusan atau skor min. Kajian ini dalam bentuk deskriptif kuantitif. Pembentangan
data kuantitatif adalah dalam kekerapan dan peratusan seterusnya ditafsirkan dalam
bentuk jadual.
3.9 Kesimpulan
Metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah sebagai panduan dan
gambaran yang dapat memberi hala tuju proses kajian dengan lebih teratur dan
sistematik. Oleh itu, pengkaji telah memperlihatkan langkah-langkah yang dilakukan
dalam proses melaksanakan kajian. Setiap prosedur yang dinyatakan dalam bab ini
bertujuan memudahkan proses penyelidikan dijalankan.
22
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN
Bab ini berkenaan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi melalui soal
selidik dari responden dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office
Excel. Hasil kajian dibentangkan dengan menggunakan carta pai dan carta bar untuk
bahagian A - Maklumat demografi, bahagian B – tahap pengetahuan jururawat pelatih,
bahagian C – amalan makanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih, bahagian
D – faktor-faktor pemilihan makanan dan faktor penghalang pengambilan makanan
seimbang, bahagian E – kesan tidak mengamalkan makanan seimbang dan bahagian F
– cadangan dan langkah-langkah bagi meningkatkan amalan pemakanan seimbang
dalam kalangan pelatih.
4.2 ANALISIS PENEMUAN DATA
Bahagian ini melaporkan analisis maklumat demografi yang terdiri daripada semester,
umur, bangsa, tahap pendidikan, kawasan tempat tinggal dan Body Mass Index (BMI)
terkini. Analisis maklumat demografi kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.2.1 hingga 4.2.5.
23
4.2.1 BAHAGIAN A : Data Demografi
Soalan 1
20%
20%
20%
20%
20%
Bilangan Jururawat Pelatih Mengikut Semester
SEMESTER 1
SEMESTER 2
SEMESTER 3
SEMESTER 4
SEMESTER 6
RAJAH 1
Rajah 1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut semester.
Terdapat seramai 32 ( 20%) orang responden yang terdiri dari setiap Semester 1, 2, 3,
4 dan 6 yang telah menjawab soalan yang diedarkan. Jumlah keseluruhan responden
yang telibat dengan kajian ini adalah seramai 160 orang.
24
Soalan 2
18 - 20 tahun36%
21 - 24 tahun55%
25 tahun keatas9%
Umur Jururawat Pelatih
RAJAH 2
Rajah 2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur.
Terdapat seramai 160 orang jururawat pelatih yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 58
orang (36%), berumur antara 19 hingga 21 tahun, 88 orang (55%) berumur 22 hingga
24 tahun dan selebihnya seramai 14 orang (9%) berumur 25 tahun dan ke atas.
Responden kajian terdiri dari Semester 1, 2, 3, 4 dan 6.
25
Soalan 3
Melayu98%
India1%
Lain-lain1%
Keturunan
RAJAH 3
Rajah 3 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut keturunan. Majoriti
responden terdiri daripada keturunan Melayu iaitu seramai 157( 98%) orang responden.
Manakala terdapat 2 (1%) orang responden terdiri dari lain-lain keturunan. Terdapat
seorang( 1%) responden terdiri dari keturunan India.
26
Soalan 4
Bandar47%Luar bandar
53%
KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan taburan dan bilangan kawasan tempat tinggal pelatih. Seramai
84 orang responden iaitu 53 % responden tinggal di kawasan luar bandar. Manakala
seramai 76 orang responden iaitu 48% pula tinggal di kawasan bandar.
27
Soalan 5.1
SPM STPM/Diploma Ijazah0
20
40
60
80
100
120
98
58
3
Tahap Pendidikan
Rajah 5
Berdasarkan rajah 5 di atas, berikut merupakan jumlah keputusan keseluruhan bagi
tahap pendidikan responden. Majoriti responden memiliki SPM iaitu seramai 98(61.3%)
orang responden diikuti dengan 58(36.3%) orang responden yang memiliki STPM/
Diploma. Manakala seramai 3(1.9%) orang responden memiliki ijazah.
28
Soalan 5.2
UPSR PMR SPM STPM/Diploma Ijazah0
10
20
30
40
50
60
70
80
2825
69
30
8
Tahap Pendidikkan Ibu Bapa
RAJAH 6
Rajah 5.2 menunjukkan tahap pendidikan ibu dan bapa responden. Seramai 28 (17.5%)
orang ibu bapa pelatih mempunyai tahap pendidikan sehingga UPSR. Seterusnya,
seramai 25 (15.6%) orang ibu bapa pelatih mempunyai tahap pendidikan sehingga
PMR. Manakala seramai 69(43.1%) orang ibu bapa jururawat pelatih mempunyai tahap
pendidikan sehingga SPM. Seterusnya, terdapat seramai 30(18.8%) orang ibu bapa
jururawat pelatih yang mempunyai tahap pendidikan STPM/ Diploma. Akhir sekali,
terdapat 8(5%) orang ibu bapa jururawat pelatih yang mempunyai tahap pendidikan
Ijazah.
29
Soalan 6
< 18.5 18.5 hingga 24.9 25 hinnga 29.9 > 300
20
40
60
80
100
120
23
113
18
7
Body Mass Index (Bmi)
RAJAH 6
Rajah 6 menunjukkan jumlah keputusan keseluruhan bagi Body Mass Index ( BMI )
responden. Seramai 113 orang responden iaitu 70.6% mempunyai BMI 18.5 hingga
24.9 yang menunjukkan berat badan yang normal diikuti dengan 23 orang responden
iaitu 14.4% mempunyai BMI < 18.5 yang menunjukkan kurang berat badan. Manakala
18 orang responden iaitu 11.3% pula mempunyai BMI 25 hingga 29.9 yang
menunjukkan berat badan berlebihan. Namun terdapat juga responden yang
mempunyai BMI > 30 yang menunjukkan obesiti iaitu terdiri daripada 7 orang
responden iaitu 3.8%.
30
4.2.2 BAHAGIAN B : Tahap pengetahuan responden
Soalan 7
Makanan mengikut piramid makanan
Makanan mengikut citarasa Makanan tinggi fiber0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
153
5 2
Maksud Makanan Seimbang
RAJAH 2
Berdasarkan rajah 2 di atas, berikut merupakan jumlah keputusan keseluruhan bagi
soalan 7 “ Maksud Makanan Seimbang” menunjukkan keputusan, seramai 153 (95.6%)
responden menjawab “makanan mengikut piramid makanan”. Seterusnya, seramai 5
(15.6%) orang responden menjawab “ makanan mengikut citarasa”. Manakala, 2 (1.3%)
orang responden menjawab “ makanan tinggi fiber”. Kesimpulannya, majoriti responden
menjawab “ makanan mengikut piramid” bagi soalan “ Maksud Makanan Seimbang”.
31
SOALAN 8
RAJAH 3
Berdasarkan rajah 3 di atas, berikut merupakan jumlah keputusan keseluruhan bagi
soalan 8 iaitu “ waktu makan yang sesuai ”. Seramai 131 (81.9%) orang responden
menjawab jam “6 am – 8 am” merupakan waktu yang sesuai untuk bersarapan.
Seterusnya, seramai 25 (15.6%) orang responden menjawab jam “ 8 am - 10 am
merupakan waktu yang sesuai untuk sarapan”. Manakala, 4 (2.5%) orang responden
menjawab “ 11 am – 12 noon ” merupakan waktu yang sesuai untuk bersarapan.
Seterusnya untuk makan tengahari pula, seramai 111 (69.4%) orang responden
menjawab jam 12 noon – 2 pm merupakan waktu yang sesuai untuk makan tengahari.
Manakala seramai 49 orang responden menjawab jam “ 10 am – 12 noon” merupakan
32
sarapan makan tengahari makan malam0
20
40
60
80
100
120
140 131
49
123
25
111
37
4
Waktu Makan Yang Sesuai
Series 1Series 2Series 3
waktu yang sesuai untuk makan. Bagi makan malam pula, seramai 123 (76.9%) orang
responden menjawab jam “6 pm – 8 pm” dan seramai 37(23.1%) orang responden
menjawab jam “10pm – 12 mn” merupakan waktu yang sesuai untuk makan malam.
Soalan 9
Kurang b
erten
aga
Mudah m
enga
ntuk
Berat b
adan
men
ingkat
Mudah m
endap
at pen
yakit
Kurang t
umpuan se
masa se
si pem
belajar
an04080
120160 144 144 132
151 140
16 16 289 20
Kesan Tidak Mengamalkan Pemakanan Se-imbang
YaTidak
RAJAH 4
Berdasarkan rajah 4 di atas, berikut merupakan jumlah keputusan keseluruhan bagi
soalan 8 iaitu “kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang”. Bagi kenyataan
“kurang bertenaga” seramai 144 ( 90%) orang responden mengatakan “Ya” bagi
kenyataan tersebut. Manakala 16 (10% ) orang responden pula mengatakan “Tidak”
bagi kenyataan tersebut. Seterusnya, seramai 144(90%) orang responden mengatakan
“Ya” bagi kenyataan “mudah mengantuk” dan 16(10%) orang responden mengatakan
33
“Tidak” bagi kenyataan tersebut. Bagi kenyataan “berat badan meningkat” pula, seramai
132 (82.5%) orang responden mengatakan “Ya” dengan kenyataan tersebut dan
28(17.5%) orang responden pula mengatakan “Tidak” bagi kenyataan tersebut. Bagi
kenyataan “mudah mendapat penyakit”, seramai 151 (94.4%) orang responden
mengatakan “Ya” dan 9 (6.6%) orang responden mengatakan “Tidak” bagi kenyataan
tersebut. Akhir sekali, seramai 140(87.5%) orang responden mengatakan “Ya” bagi
kenyataan “kurang tumpuan semasa sesi pembelajaran” dan 20(12.5%) orang
responden pula mengatakan “Tidak” bagi kenyataan tersebut.
34
4.2.3 BAHAGIAN C : Amalan responden dalam pemakanan seimbang
Soalan 10
karbohidrat, protein dan lemak
karbohidrat dan lemak protein, vitamin / fiber dan lemak
semua kelas makanan0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
39
21
10
90
Kelas Makanan yang Anda Ambil Setiap Hari
RAJAH 5
Rajah 5 menunjukkan jumlah keputusan keseluruhan bagi soalan 10. Seramai 90 orang
responden iaitu 56.3% mengambil kesemua jenis kelas makanan setiap hari. 39 orang
responden pula iaitu 24.4% mengambil karbohidrat, protin dan lemak setiap hari.
Seterusnya, 21 orang responden iaitu 13.1% hanya mengambil karbohidrat dan lemak
setiap hari. Manakala 10 orang responden pula iaitu 6.3% mengambil protin,
35
vitamin/fiber dan lemak setiap hari. Kesimpulannya, majoriti responden mengambil
kesemua jenis kelas makanan dalam hidangan mereka setiap hari.
.
Soalan 11
Sarapan Makan tengahari Makan malam0
20
40
60
80
100
120
140
160
127
24
142
23
133
153 1 1
7 2 2
Waktu Makan Jururawat Pelatih6am - 8am
8am- 10am
11am-12noon
Tidak makan
11am - 12 noon
12noon-2pm
3 pm - 4 pm
tidak makan
6pm-8pm
9pm - 11pm
lebih 12 mn
tidak makanRAJAH 6
Rajah 6 menunjukkan jumlah keputusan keseluruhan bagi soalan 11 iaitu, “ waktu
makan jururawat pelatih”, seramai 127 orang responden iaitu 79.4% mengambil
sarapan pada pukul 6 am – 8 am, 23 orang responden iaitu 14.4% mengambil sarapan
pada pukul 8 am – 10 am dan 3 orang responden iaitu 1.9% mengambil sarapan pada
pukul 11 am – 12 am manakala 7 orang responden iaitu 4.4% tidak mengambil sarapan
pagi. Bagi makan tengah hari pula, majoriti responden makan pada pukul 12 noon - 12
36
pm iaitu seramai 133( 83.1% ) orang responden diikuti dengan 24( 15% ) orang
responden makan pada pukul 10 am – 12 noon dan seorang( 0.6%) responden makan
pada pukul 2 pm – 4 pm. Namun, terdapat 2 ( 1.3%) orang responden yang tidak
mengambil makan tengah hari. Seterusnya, bagi makan malam pula menunjukkan
seramai 142 orang responden iaitu 88.8% mengambil makan malam pada pukul 6 pm –
8 pm. 15 orang responden pula iaitu 9.4% mengambil makan makan malam pada pukul
9 pm – 11 pm manakala seorang responden iaitu 0.6% mengambil makan malam
melebihi jam 12 malam. Namun terdapat 2 orang responden iaitu 1.3% yang tidak
mengambil makan malam. Kesimpulannya, majoriti responden mengambil sarapan
pada pukul 6 am – 8 am, makan tengah hari pula pada pukul 10 am – 12 noon dan
makan malam pada pukul 6 pm – 8 pm.
37
Soalan 12
1 - 2 kali sehari15%
3 - 4 kali sehari81%
5 - 6 kali sehari4%
Kekerapan Anda Makan Setiap Hari
RAJAH 7
Rajah 7 menunjukkan jumlah keputusan keseluruhan bagi soalan 12 iaitu “ kekerapan
jururawat pelatih makan setiap hari”. Seramai 130 (81%) orang responden makan
sebanyak 3 – 4 kali sehari. Seterusnya, seramai 24 (15%) orang responden pula makan
sebanyak 1 – 2 kali sehari. Manakala 6 (4%) orang responden pula makan sebanyak 5-
6 kali sehari. Kesimpulannya, majoriti responden makan 3 – 4 kali dalam sehari.
38
Soalan 13
77.5%
22.5%
Saya Mengambil Sarapan Pagi Setiap Hari.
YA TIDAK
RAJAH 8
Rajah 8, menunjukkan amalan pengambilan sarapan pagi setiap hari dalam kalangan
pelatih jururawat. Seramai 124 orang responden iaitu sebanyak 77.5% mengatakan
‘YA’ dimana peratusan ini menunjukkan bilangan responden yang mengambil sarapan
pagi setiap hari. Manakala, seramai 36 orang responden iaitu 22.5% tidak mengambil
sarapan pagi setiap hari. Kesimpulannya majoriti responden mengambil sarapan pagi
setiap hari.
39
Soalan 14
48.1%51.9%
Saya Mengambil Makanan Ringan Setiap Hari
YATIDAK
RAJAH 9
Rajah 9 menunjukkan amalan pengambilan makanan ringan setiap hari dalam
kalangan pelatih jururawat. Seramai 77 orang pelatih iaitu sebanyak 48.1%
mengamalkan pengambilan makanan ringan setiap hari. Manakala, seramai 83 orang
pelatih iaitu 51.9% tidak mengamalkan makanan ringan setiap hari. Kesimpulannya,
separuh daripada responden tidak mengamalkan pengambilan makanan ringan setiap
hari iaitu seramai 83 orang responden daripada 160 orang responden.
40
Soalan 15
11.9%
88.1%
Saya Mengambil Makanan Segera Setiap Hari
YATIDAK
RAJAH 10
Rajah 10 menunjukkan amalan pengambilan makanan segera setiap hari dalam
kalangan pelatih jururawat. Seramai 19 orang pelatih iaitu sebanyak 11.9% mengatakan
‘YA’ dimana peratusan ini menunjukkan bilangan pelatih yang mengamalkan
pengambilan makanan segera setiap hari. Manakala, seramai 141 orang pelatih iaitu
88.1% tidak mengamalkan makanan segera setiap hari. Kesimpulannya, kebanyakkan
pelatih tidak mengamalkan pengambilan makanan segera setiap hari.
41
Soalan 16
YA28%
TIDAK72%
Saya Mengambil Hidangan yang Manis Setiap Hari
RAJAH 11
Rajah 11 menunjukkan amalan pengambilan hidangan yang manis dalam kalangan
pelatih jururawat. Seramai 45 orang pelatih iaitu sebanyak 28.1% mengatakan ‘YA’
dimana peratusan ini menunjukkan bilangan responden yang mengamalkan
pengambilan hidangan yang manis. Manakala, seramai 115 orang responden iaitu
71.9% tidak mengamalkan pengambilan hidangan yang manis. Kesimpulannya,
kebanyakkan responden tidak mengamalkan pengambilan hidangan yang manis.
42
Soalan 17
Rajah12
Berdasarkan rajah 12, kajian terhadap 160 orang jururawat pelatih menunjukkan
tentang pengambilan hidangan yang berat pada setiap hari. Rajah tersebut
menunjukkan seramai 99 orang pelatih iaitu sebanyak 62% responden mengatakan
‘YA’ terhadap pernyataan tersebut. Manakala, jumlah yang selebihnya sebanyak 61
orang pelatih iaitu 38% orang responden mengatakan ‘TIDAK’ terhadap pengambilan
hidangan yang berat setiap hari. Kesimpulannya, bagi rajah tersebut peratus tertinggi
ialah respon yang memilih jawapan ‘YA’ dengan pernyataan berkenaan.
Soalan 18
43
62%
38%
Saya mengambil hidangan yang berat setiap hari
Ya
Tidak
25%
75%
Saya mengamalkan pengambilan protein yang berlebihan
Ya
Tidak
Rajah 13
Rajah 13, menunjukkan amalan pengambilan protein yang berlebihan dalam kalangan
pelatih jururawat. Seramai 40 orang pelatih iaitu 25% mengatakan ‘YA’ dimana
peratusan ini menunjukkan bilangan pelatih yang mengamalkan pengambilan protein
yang berlebihan. Manakala, seramai 120 orang pelatih iaitu 75% mengatakan ‘TIDAK’
mengamalkan pengambilan protein yang berlebihan. Kesimpulannya, ramai pelatih
yang tidak mengamalkan pengambilan protein yang berlebihan kerana peratus yang
mengatakan ‘TIDAK’ adalah lebih tinggi berbanding yang mengatakan ‘YA’.
Soalan 19
44
74%
26%
Saya mengambil sayuran di dalam hidangan setiap hari
Ya
Tidak
Rajah 14
Berdasarkan rajah 14, seramai 160 orang pelatih jururawat telah dijadikan responden
bagi pernyataan pengambilan sayuran di dalam hidangan setiap hari. Bilangan pelatih
yang menjawab ‘YA’ bagi pernyataan tersebut adalah seramai 118 orang iaitu
sebanyak 74%. Walau bagaimana pun, masih terdapat 42 orang pelatih yang tidak
mengambil sayuran di dalam hidangan makanan seharian mereka iaitu dengan
peratusan yang ditunjukkan sebanyak 26%. Kesimpulannya, kebanyakkan pelaith
jururawat mengamalkan pengambilan makanan seimbang kerana peratus jumlah
pelatih yang mengatakan ‘YA’ adalah lebih tinggi berbanding yang menjawab ‘TIDAK’.
Soalan 20
45
40%
60%
Saya mengambil hidangan tengahari dalam kuantiti yang banyak
Ya
Tidak
Rajah 15
Rajah 15, menunjukkan jumlah pelatih jururawat dalam pengambilan hidangan
tengahari dalam kuantiti yang banyak adalah seramai 160 orang. Sebanyak 40% pelatih
yang mengambil hidangan tengahari dalam kuantiti yang banyak iaitu seramai 64
orang. Namun begitu, seramai 96 orang pelatih iaitu 60% adalah tidak mengambil
makanan tengahari dalam kuantiti yang banyak. Kesimpulannya, ia menunjukkan para
pelatih jururawat tidak ramai yang mengambil hidangan tengahari dalam kuantiti yang
banyak dan mereka makan hanya mengikut keperluan sahaja.
46
4.2.4 BAHAGIAN D:
SOALAN 21 – 25
i. Faktor-faktor yang mempengaruhi anda dalam pengambilan makanan seimbang
Rajah 16
Rajah 16 menunjukkan jumlah keputusan keseluruhan bagi soalan 21 – 25 iaitu faktor
– faktor yang mempengaruhi responden dalam pengambilan makanan seimbang. Bagi
soalan 21, “ saya mudah terpengaruh dengan iklan makanan segera di televisyen “ ,
seramai 100(62.5%) orang responden mengatakan Tidak dan 60(37.5%) orang
responden pula mengatakan Ya bagi kenyataan tersebut. Seterusnya, bagi soalan 22
pula seramai 109(68.1%) orang responden tidak engikut citarasa rakan semasa
membuat pesanan makanan berbanding 51(31.9%) orang responden yang mengikut
citarasa rakan semasa membuat pesanan makanana. Bagi solan 23 “ saya akan
mengambil hidangan lengkap jika bersempatan” menunjukkan majoriti responden iaitu
47
saya akan memilih makanan yang murah
ibu bapa saya sentiasa menyediakan makanan seimbang
saya akan mengambil hidangan lengkap jika berkesempatan
saya mengikut citarasa rakan semasa membuat pesanan makanan
saya mudah terpengaruh dengan iklan makanan segera ditelevisyen
0 20 40 60 80 100120140160
74
140
135
51
60
86
20
25
109
100
TIDAK
YA
135(84.4%) orang responden menjawab Ya bagi kenyataan tersebut. Manakala
25(15.6%) orang responden pula mengatakan Tidak bagi kenyataan tersebut. Bagi
soalan 24 pula, majoriti responden iaitu 140(87.5%) orang responden menjawab Ya
bagi kenyataan “ ibu bapa saya sentiasa menyediakan makanan seimbang” manakala
20(12.5%) orang responden pula menjawab Tidak bagi kenyataan tersebut. Akhir
sekali, bagi soalan 25 seramai 86(53.8%) orang responden tidak memilih makanan
yang murah berbanding 74(46.2%) orang responden yang memilih untuk makan
makanan yang murah.
SOALAN 26 HINGGA 30
ii. Faktor-faktor penghalang dalam pengambilan makanan seimbang
48
saya tiada masa untuk menyediakan makanan yang sihat
banyak pilihan makanan sihat apabila saya makan di luar
saya mengalami kesusahan semasa mengambil makanan seimbang di kedai dan restoran
saya sukar mengambil makanan seimbang kerana waktu kerja yang tidak tetap
saya mempunyai masalah dalam pengambilan makanan disebabkan alahan
0 20 40 60 80 100 120 140
77
118
101
104
42
83
42
59
56
118
TIDAKYA
Rajah 17
Rajah 17 menunjukkan jumlah keputusan keseluruhan bagi soalan 26 hingga 30. Bagi
soalan 26 “ saya mempunyai masalah dalam pengambilan makanan disebabkan
alahan”, menunjukkan seramai 118 orang responden mengatakan Tidak bagi
kenyataan tersebut. Manakala 42 orang responden pula mengatakan Ya bagi
kenyataan tersebut. Soalan 27 pula, “saya sukar mengambil makanan seimbang
kerana waktu kerja yang tidak tetap”, seramai 104 mengatakan Ya bagi kenyataan
tersebut dan 56 orang responden mengatakan Tidak bagi kenyataan tersebut.
Seterusnya, untuk soalan 28 “ saya mengalami kesusahan semasa mengambil
makanan seimbang di kedai dan restoran”, seramai 101(63.1%) orang responden
mengatakan Ya bagi kenyataan tersebut manakala 59(36.9%) orang responden
mengatakan Tidak bagi kenyataan tersebut. Bagi soalan 29 pula, “ banyak pilihan
makanan sihat apabila saya makan di rumah” seramai 118(73.7%) orang responden
mengatkan Ya bagi kenyataan tersebut manakala 42(26.3%) orang responden
49
mengatakan Tidak bagi kenyataan tersebut. Akhir sekali, soalan 30 “ saya tiada masa
untuk menyediakan makanan sihat” menunjukkan seramai 83(51.9%) orang responden
mengatakan Tidak. Namun 77(48.1%) orang responden pula mengatakan Ya bagi
kenyataan tersebut.
4.2.5 BAHAGIAN E : KESAN TIDAK MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Soalan 31
50
Rajah 18
Berdasarkan rajah di atas, seramai 44 (27.5 %) responden bersetuju dengan kenyataan
“berat badan saya meningkat” sebagai kesan tidak mengamalkan pemakanan
seimbang dan ini merupakan peratusan tertinggi bagi kenyataan ini berbanding dengan
pilihan jawapan ‘sangat setuju’ hanya 17 (10.6%) responden. Seterusnya, seramai 40
(25%) responden tidak bersetuju, manakala 38 (23.8%) responden tidak pasti dengan
kenyataan ini. Seterusnya, rajah ini menunjukkan seramai 21 (13.1%) responden
sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.
Soalan 32
51
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
21
4038
44
17
BERAT BADAN SAYA MENINGKAT
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU0
10
20
30
40
50
60
70
80
2
20
31
79
28
SAYA MUDAH MENGANTUK SEMASA SESI PEMBELAJARAN
Rajah 19
Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan seramai 79 (49.4%) responden bersetuju
dengan kenyataan ‘saya mudah mengantuk semasa sesi pembelajaran’ akibat tidak
mengamalkan pemakanan seimbang. Bagi keputusan ‘sangat setuju’ pula, seramai 28
(17.5%) responden memilih kenyataan ini. Seterusnya, seramai 31 (19.4%) tidak pasti,
manakala 20 (12.5%) responden tidak setuju dengan kenyataan ini. Rajah ini juga
menunjukkan seramai 2 (1.2%) responden ‘sangat tidak setuju’ dengan kenyataan ini.
Soalan 33
52
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU0
10
20
30
40
50
60
70
80
4
35
26
78
17
SAYA MENGALAMI KURANG TUMPUAN SEMASA DI DALAM KELAS
Rajah 20
Berdasarkan rajah di atas, seramai 78 (48.75%) responden bersetuju dengan
kenyataan “saya mengalami kurang tumpuan semasa di dalam kelas” sebagai kesan
tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ini merupakan peratusan tertinggi bagi
kenyataan ini. Bagi keputusan ‘sangat setuju’ pula hanya 17 (10.6%) responden,
manakala seramai 35 (21.9%) responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Seterusnya, seramai 26 (16.25%) responden tidak pasti dan 4 (2.5%) sangat tidak
setuju dengan kenyataan ini.
Soalan 34
53
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU0
10
20
30
40
50
60
10
47
29
57
17
SAYA BERASA KURANG BERTENAGA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
Rajah 21
Rajah di atas menunjukkan seramai 57 (35.6%) responden bersetuju dengan kenyataan
‘saya berasa kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti harian’ akibat tidak
mengamalkan pemakanan seimbang. Bagi keputusan ‘sangat setuju’ pula, seramai 17
(10.6%) responden memilih kenyataan ini. Seterusnya, seramai 47 (29.4%) tidak
bersetuju, manakala 29 (18.1%) responden tidak setuju dengan kenyataan ini. Rajah ini
juga menunjukkan seramai 10 (6.3%) responden ‘sangat tidak setuju’ dengan
kenyataan ini.
54
Soalan 34
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU SANGAT SETUJU0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
23
37
43 44
13
SAYA MUDAH MENDAPAT PENYAKIT
Rajah 22
Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan seramai 44 (27.5%) responden bersetuju
dengan kenyataan ‘saya mudah mendapat penyakit’ akibat tidak mengamalkan
pemakanan seimbang. Bagi keputusan ‘sangat setuju’ pula, seramai 13 (8.1%)
responden memilih kenyataan ini. Seterusnya, seramai 43 (26.9%) tidak pasti,
manakala 37 (23.1%) responden tidak setuju dengan kenyataan ini. Rajah ini juga
menunjukkan seramai 23 (14.4%) responden ‘sangat tidak setuju’ dengan kenyataan ini
55
4.2.6 BAHAGIAN F : Cadangan dan langkah - langkah
Soalan 35 - 40
Rajah 23
Rajah 23 menunjukkan tentang cadangan dan langkah-langkah bagi meningkatkan
amalan pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih. Berdasarkan Rajah
23, kajian terhadap 160 orang jururawat pelatih menunjukkan seramai 157 orang
responden iaitu 98.1% mengatakan ‘YA’ bagi cadangan memantau berat badan pelatih
melalui Body Mass Index (BMI) setiap bulan, manakala 3 orang responden iaitu 1.9%
mengatakan ‘TIDAK’ bagi cadangan tersebut. Melalui kajian kami, cadangan ini
merupakan pilihan paling tinggi oleh jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Pulau
56
Memantau
berat badan pelati
h melalui BMI se
tiap bulan
Membuat p
emantau
an cara p
enyediaan
makanan di dewan maka
n
Membuat s
pot check
di setiap bilik
pelatih sam
ada pelati
h ada m
enyimpan maka
nan ringan
(junk food)
Mengenaka
n tindakan tat
atertib ter
hadap pelatih yan
g menyim
pan makanan rin
gan
Mengadaka
n ceram
ah atau kem
pen kepentingan
pengambilan
makanan sei
mbang
04080
120160
Cadangan dan Langkah-langkah Bagi Meningkatkan Amalan Pemakanan Seimbang
Dalam Kalangan Jururawat Pelatih
YATIDAK
Pinang berbanding dengan cadangan yang lain. Selain itu, seramai 146 orang
responden iaitu 91.3% memilih cadangan “membuat pemantauan cara penyediaan
makanan di dewan makan” bagi meningkatkan amalan pemakanan seimbang dalam
kalangan jururawat pelatih, manakala seramai 14 orang responden iaitu 8.7% tidak
memilih cadangan tersebut. Seterusnya, bagi cadangan “membuat spot check di setiap
bilik pelatih samada pelatih ada menyimpan makanan ringan (junk food)” menunjukkan
seramai 57 orang responden iaitu 35.6% mengatakan ‘YA’, manakala seramai 103
orang responden iaitu 64.4% mengatakan ‘TIDAK’ bagi cadangan tersebut. Hal ini
menunjukkan peratusan bilangan responden yang tidak memilih cadangan tersebut
lebih tinggi daripada peratusan bilangan pelatih yang memilihnya. Bagi cadangan
“mengenakan tindakan tatatertib terhadap pelatih yang menyimpan makanan ringan”
menunjukkan seramai 28 orang responden iaitu 17.5% memilih cadangan ini, manakala
seramai 132 orang responden iaitu 82.5% tidak memilih cadangan tersebut. Selain itu,
seramai 136 orang responden iaitu 85% mengatakan ‘YA’ bagi cadangan “mengadakan
ceramah atau kempen kepentingan pengambilan makanan seimbang”, manakala
seramai 24 orang responden iaitu 15% mengatakan ‘TIDAK’ bagi cadangan tersebut.
57
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN
Bahagian ini adalah terdiri daripada perbincangan, limitasi kajian implikasi kajian,
rekomendasi dan kesimpulan kajian. Dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4 akan
dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah di
tetapkan dalam Bab 1.
5.2 PERBINCANGAN
Perbincangan hasil kajian ini adalah tertumpu kepada hasil dapatan kajian yang
diperolehid aripada analisis yang dibuat dalam bab 4. Tahap pengetahuan dan amalan
makanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih akan dibincangkan.
5.2.1 SOSIAL DEMOGRAFI RESPONDEN
Soalan 1 – 5 adalah mengenai perihal demografi para pelatih yang terdiri
daripada semester, umur, keturunan, tahap pendidikan responden dan ibu bapa
responden serta BMI. Responden terdiri daripada orang responden iaitu 25% bagi
setiap semester 1, 2, 3 ,4 dan 6. Seterusnya, bagi umur responden pula peratusan
tertinggi menunjukkan responden berumur 21 – 24 tahun iaitu sebanyak 55 %, seramai
58
88 orang responden. Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
berketurunan melayu dengan peratusan 98% iaitu seramai 157 orang responden. Bagi
aspek kawasan tempat tinggal pula, penyelidik ingin tahu perkaitan antara kawasan
tempat tinggal responden dengan amalan makanan responden. Peratusan tertinggi
menunjukkan 53% iaitu seramai 83 orang responden tinggal di kawasan luar bandar.
Seterusnya, bagi data taraf pendidikan yang terdiri daripada SPM, STPM/ Diploma dan
ijazah, responden yang memegang peratus tertinggi terdiri daripada mereka yang
mempunyai sijil SPM iaitu 61.3 %, seramai 98 orang. Menurut Teisl et al. (1999),
individu yang mempunyai tahp pendidikan yang rendah kurang memberi perhatian
terhadap kepentingan diet dalam kehidupan. Menurut Andrzejewski et al. (2008) pula,
pendidikan formal dan peningkatan kebolehan membaca serta pengaruh social
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pengetahuan kesihatan
masyarakat. Bagi data taraf pendidikan ibu bapa responden pula, kajian ini dilakukan
adalah untuk mengetahui samada taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi amalan
pemakanan anak – anak. Ibu bapa responden yang memegang peratusan tertinggi
terdiri daripada mereka yang mempunyai sijil SPM. Menurut kajian Wee et al. (2002)
individu yang berpendidikan menengah mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi
berkaitan pemakanan seimbang. Akhir sekali, bagi data BMI responden pula, majoriti
responden mempunyai BMI yang normal iaitu antara 18.5 hingga 24.9 dengan
peratusan 70.6 %, seramai 113 orang responden. Namun terdapat juga 7 orang
responden dengan peratusan 3.8% yang mengalami obesiti dengan BMI lebih daripada
30. Menurut Gates et al.(1998) ,mengatakan bahawa pelajar dengan berat yang normal
59
mempunyai amalan pemakanan yang lebih sihat, pengetahuan yang lebih banyak
dalam pemakanan seimbang berbanding yang lain.
5.2.2 TAHAP PENGETAHUAN MAKANAN SEIMBANG DALAM KALANGAN
JURURAWAT PELATIH
Objektif pertama kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan jururawat
pelatih Kolej Kejururawatan Pulau Pinang dalam pemakanan seimbang. Oleh itu,
3soalan telah di keutarakan bagi mengupas objektif tersebut. Hasil kajian bagi soalan
maksud makanan seimbang menunjukkan jawapan ‘mengikut piramid makanan’
mendapat peratusan tertinggi iaitu 95.6%, seramai 153 orang responden. Menurut
national coordinating committee on Food and Nutrition Ministry of Health Malaysia,
(2013) piramid makanan adalah alat visual yang digunakan sebagai panduan dalam
merancang diet yang sihat. Seterusnya, untuk tahap pengetahuan responden terhadap
kesan tidak mengamalkan makanan seimbang pula, majoriti responden tahu bahawa
sekiranya tidak mengamalkan makanan seimbang boleh menyebabkan kurang
bertenaga, mudah mengantuk, berat badan meningkat, mudah mendapat penyakit dan
kurang tumpuan semasa sesi pembelajaran.
5.2.3 AMALAN JURURAWAT PELATIH DALAM AMALAN MAKANAN SEIMBANG
Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengetahui amalan jururawat pelatih
dalam pengambilan makanan seimbang. Seramai 90(56.3%) responden daripada 160
orang yang mengambil semua jenis kelas makanan setiap hari. Menurut Guagliardo et
al. (2011) mengatakan universiti di Perancis menawarkan makanan yang lengkap bagi
membekalkan jumlah tenaga yang mencukupi. Seterusnya, seramai 127(79.4%)
60
responden mengambil sarapan pada pukul 6 am – 8 am. Namun menurut kajian Mohd
Azlan Abdullah dan Noraziah Ali (2011) pula, seramai 37(36.6%) memilih waktu
sarapan pada pukul 8 am – 10 am. Ini menunjukkan perbezaan waktu pengambilan
sarapan dalam kalangan responden. Bagi makan tengah hari pula, majoriti responden
makan pada pukul 12 tgh - 2 pm iaitu seramai 133( 83.1% ) orang responden. Hasil
kajian ini juga turut disokong dengan kajian Mohd Azlan Abdullah dan Noraziah Ali
(2011) iaitu, seramai 77(75.6%) responden memilih waktu makan tengah hari pada
pukul 12 tgh – 2 pm. Seterusnya, bagi makan malam pula menunjukkan seramai
142(88.8%) orang responden mengambil makan malam pada pukul 6 pm – 8 pm.
Namun menurut kajian Mohd Azlan Abdullah dan Noraziah Ali (2011) seramai
50(48.8%) responden memilih waktu makan malam pada pukul 8 pm – 10 pm. Ini
menunjukkan perbezaan pengambilan makan malam dalam kalangan responden.
Seramai 124(77.5%) responden daripada 160 responden mengamalkan pengambilan
sarapan pagi setiap hari. Penyataan ini disokong oleh Eleni Evagelou et al (2014),
dimana seramai 300(69%) responden daripada 435 responden yang mengamalkan
pengambilan sarapan pagi. Ini menunjukkan jururawat pelatih mengamalkan
pengambilan sarapan pagi. Seterusnya bagi soalan 13 hingga 20 telah mengemukakan
soalan pengambilan sarapan pagi setiap hari, pemgambilan makanan segera setiap
hari, gemar mengambil hidangan manis setiap hari, pengambilan hidangan yang berat,
pengambilan protin berlebihan, mengambil sayuran dalam hidangan setiap hari dan
mengambil makan tegahhari dalam kuantiti yang banyak. Berdasarkan hasil kajian
menunjukkan bahawa responden mengamalkan pengambilan sayuran di dalam
hidangan setiap hari sebanyak 118 orang responden (74%). Hasil kajian ini turut
61
disokong oleh kajian Eleni Evagelou et al (2014) iaitu sebanyak 95.1% responden
mengamalkan pengambilan sayuran dalam hidangan.
5.2.4 FAKTOR MEMPENGARUHI DAN FAKTOR PENGHALANG DALAM AMALAN
MAKANAN SEIMBANG
Objektif kajian yang ketiga pula dilakukan adalah untuk mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi pelatih dalam pengambilan makanan seimbang. Sebanyak 5
soalan yang telah dikemukakan kepada responden iaitu faktor pelatih memilih makanan
yang seimbang adalah berdasarkan makanan yang murah, faktor ibu bapa yang
menyediakan makanan seimbang, mengambil hidangan yang lengkap jika
berkesempatan, mengambil makanan mengikut citarasa semasa membuat pesanan
makanan dan pelatih terpengaruh dengan iklan makanan segera ditelevisyen. Melalui
hasil kajian yang telah dijalankan faktor yang tertinggi yang mempengaruhi pelatih
dalam pengambilan makanan seimbang adalah faktor ibu bapa sentiasa menyediakan
makanan seimbang iaitu 140 (87.5%) orang responden yang bersetuju dengan faktor
tersebut. Faktor ini disokong oleh kajian SV Letlapel et al. (2010) menunjukkan 80 %
responden bersetuju dengan faktor tersebut.
Soalan 26-30 adalah berkaitan dengan faktor penghalang dalam pengambilan
makanan seimbang dalam kalangan pelatih. Antara soalan yang dikemukakan adalah,
faktor tiada masa untuk menyediakan makanan yang sihat, faktor tidak banyak pilihan
makanan sihat apabila makan di luar, faktor mengalami kesusahan semasa mengambil
makanan seimbang di kedai dan restoran, faktor sukar mengambil makanan seimbang
kerana waktu kerja yang tidak tetap dan akhir sekali faktor masalah alahan dalam
62
pengambilan makanan. Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan dalam kalangan
pelatih Kolej Kejururawatan Pulau Pinang (KKPP), faktor penghalang yang paling
dipersetujui oleh responden adalah disebabkan tidak banyak pilihan makanan sihat
apabila makan di luar iaitu sebanyak 118 orang responden (73.7%) yang bersetuju. Hal
ini dinyatakan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Azlan & Noraziah Ali (2011)
menunjukkan seramai 29.5 % bersetuju dengan faktor penghalang pengambilan
makanan yang sihat adalah disebabkan makanan di luar tidak banyak pilihan makanan
yang sihat
5.2.5 KESAN TIDAK MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Objektif kajian yang seterusnya bertujuan untuk mengetahui kesan tidak
mengamalkan pemakanan seimbang dalam kalangan jururawat pelatih. Oleh itu, 5
soalan telah di keutarakan bagi mengupas kenyataan objektif ini. Antara soalan yang
dikemukakan adalah berat meningkat, mudah mendapat penyakit, mudah mengantuk
semasa sesi pembelajaran, kurang tumpuan semasa di dalam kelas dan kurang
bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Berdasarkan hasil kajian yang telah
dijalankan, kesan yang paling dipersetujui oleh responden adalah mudah mengantuk
semasa sesi kelas iaitu seramai 79 orang responden(49.4%) yang bersetuju. Menurut
Mohd Azlan, (2011) amalan makanan yang tidak seimbang akan meninggalkan kesan
buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.
5.3 LIMITASI KAJIAN
63
Semasa kajian ini dijalankan, terdapat beberapa halangan yang menyebabkan proses
kajian terganggu. Berikut adalah halangan – halangan tersebut :
5.3.1 Kurang Kerjasama
Sewaktu sesi penganalisaan data dijalankan, terdapat beberapa orang responden yang
tidak hadir pada masa yang telah ditetapkan untuk menjawab borang soal selidik yang
diedarkan. Hal ini menunjukkan kurang kerjasama dan minat para responden dalam
menyertai kajian, menyebabkan para penyelidik terpaksa menunggu lama untuk
memastikan kesemua responden hadir menjawab borang soal selidik.
5.3.2 Penganalisaan data
Terdapat kesilapan semasa penganalisaan data dilakukan menyebabkan para
penyelidik terpaksa menganalisa semula borang soal selidik mengakibatkan tempoh
untuk menganalisa data menjadi lama.
5.3.3 Tiada kepelbagaian jantina
Kajian yang dijalankan hanyalah kepada jururawat pelatih yang terdiri daripada
kalangan perempuan sahaja. Oleh itu, perbandingan antara jantina lelaki dan
perempuan dalam amalan makanan seimbang tidak dapat dilakukan.
5.4 Implikasi kajian
64
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap pengambilan seimbang dalam
kalangan jururawat pelatih, beberapa implikasi yang didapati telah dikenalpasti
Antaranya seperti berikut:
A. Meningkatkan kesedaran pelatih dalam mengamalkan pemakanan yang
seimbang melalui kajian yang telah dilakukan. Contohnya pelatih sedar
tahap kefahaman mereka dalam pengambilan makanan seimbang,
amalan dalam mengamalkan makan seimbang,faktor pengambilan
makanan seimbang dan kesan sekiranya pelatih tidak mengamalkan
makanan seimbang.
B. Dapat meningkatkan kefahaman pelatih dalam pengambilan makanan
seimbang. Melalui kajian yang dijalankan pelatih boleh mengubah corak
pemakanan mereka untuk kesihatan tubuh badan yang sihat.
C. Dapat mencegah kadar overweight dalam kalangan pelatih dengan
mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan amalan pemakanan
seimbang.
D. Dapat menambahkan ilmu pengetahuan pelatih-pelatih jururawat dalam
pemakanan seimbang. Disamping itu, pelatih boleh memberikan
pendidikan kesihatan berkaitan dengan pemakanan seimbang kepada
orang awam.
E. Melalui kajian yang dilakukan pelatih dapat mengekalkan kesihatan pada
tahap optima dengan megamalkan pemakanan seimbang
65
5.5 Rekomendasi
Bagi penambahbaikan kajian yang akan dijalankan kelak kami telah
mengusulkan beberapa cadangan bagi memastikan responden dapat mengekalkan
amalan pemakanan seimbang dengan lebih baik. Melalui hasil kajian, didapati
cadangan memantau berat badan pelatih melalui BMI setiap bulan merupakan pilihan
tertinggi oleh responden. Pemantauan berat badan pelatih melalui BMI mungkin dapat
membantu pelatih dalam mengawal pengambilan makanan bagi memastikan berat
badan pada tahap yang ideal. Selain itu, pihak pengurusan kolej perlu membuat
pemantauan penyediaan makanan di dewan makan asrama pelatih bagi memastikan
para pelatih mendapat makanan yang seimbang.
Seterusnya, cadangan mengadakan ceramah dan kempen tentang kepentingan
pengambilan makanan seimbang juga merupakan inisiatif yang baik bagi meningkatkan
tahap kesedaran dan mengekalkan amalan pemakanan seimbang dalam kalangan
pelatih.
Secara amnya, pengambilan makanan seimbang merupakan amalan yang
terbaik dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf kesihatan individu dari segi
mental dan fizikal.
5.6 Kesimpulan
66
REFERENCES
Ali Barzegari, M. E. (2011). A Study of Nutriton Knowledge, Attitudes, and Food Habit of College Students. World Applied Sciences Journal , 1012-1017.
Eleni Evagelou, E. V. (2014). Exploration of Nursing Students Dietary Habit. Health Science Journal, 452-468.
Gloria O. Anetor, B. O. (2012). Effect of Nutrition Education on the Eating Habits of Undergraduates in South-West,Nigeria. Asian Journal of Epidemiology, 32-41.
ILKKM. (2014). Panduan Pemakanan dan Keselamatan Makanan. Putrajaya.
Ismawati Sharkawi, Z. M. (2014). Healthy Eating : The Preventive Factors among Malaysians. Jounal if Economics, Business and Management, 2(4), 257-261.
Kurubaran Ganasegeran, S. A.-D.-A. (2012). Social and Psychological Factors Affecting Eating Habits Among University Students in Malaysian Medical School. Nutrition Jounal.
67
Kylie J SMith, S. A. (2009). Takeaway Food Consumption and Its Associations with Diet Quality and Abdominal Obesity. International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 6(29).
Lim Ching Ju, S. S. (2010). Tahap Pengetahuan Pemakanan dan Kesedaran Kesihatan di Kalanagan Pesakit Diabetis Mellitus di Klinik Kesihatan, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Sains Malaysiana, 3(39), 501-511.
M Liebman, S. P. (2003). Dietary intake, eating behavior, and physical activityrelated. International Journal of Obesity, 684-692.
Mohd Azlan Abdullah, N. A. (2011). Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran. Jurnak Personalia Pelajar(14), 59-68.
Noor Farhana Nazri, R. A. (2014). Keterlibatan Aktiviti di Kolej Kediaman dan Pekaitannya Terhadap Status Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Kampus Kuala Lumpur. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 2(15), 9-17.
Safia Begum, M. K. (2010). Socio Economic Factors Affecting Food Consumption Pattern in Rural Area of District Nowshera, Pakistan. Sarhad J. Agric, 26(4), 649-653.
Sameer Deshpande, M. D. (2009). Factors Influencing Healthy Eating Habits Among College Students. Health Marketing Quarterly, 145-164.
Sarah-Jeanne Salvy, A. E. (2011). Influence of Parents ang Friends on Children's and Adolescents' Food Intake and Food Selection . American Society for American, 87-92.
Shin Yi Chou, I. R. (2008). Fast Food Restaurant Advertising on Television and Its Influence on Childhood Obesity. Journal of Law and Economics, 51, 599-603.
Wardle, K. P. (1999). Development of A General Nutrition Knowledge Questionnaire for Adult. Europen Jurnak of Clinical Nutrition, 298-308.
68
69